Showing posts with label Mahkamah Sesyen. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah Sesyen. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Pembantu exco bebas tuduhan pecah amanah

Dis 23, 10 11:58am

Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan Wong Chuan How, pembantu kepada exco kerajaan Selangor atas dakwaan pecah amanah melibatkan RM5,000.

Hakim AzNONEhaniz Teh Azman Teh mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah.

Ini merupakan kali kelima Wong dibebaskan daripada tuduhan berkaitan salah guna dana kerajaan negeri untuk ADUN.

"Saya puas hati dengan keputusan ini. Saya tiada niat jahat. Saya tiada niat untuk menipu sesiapa," kata Wong kepada pemberita selepas itu.

Wong didakwa pecah amanah melibatkan cek RM5,000 sebagai kos mengadakan pertemuan dengan persatuan penduduk di anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di pejabat daerah Sepang pada 19 Februari tahun lalu.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/151506

Monday, October 4, 2010

Majistret rasuah dijel


MOHD. FIRDAUS dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas dijatuhi hukuman penjara semalam.


KOTA BHARU – Seorang majistret muda dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM40,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan mengambil rasuah pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Firdaus Ramlan, 28, yang bertugas di Majistret di Mahkamah Kuala Krai dan Machang didapati bersalah atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM8,000 sebagai dorongan bagi melepaskan seorang pesalah kes dadah.

Hakim Sabariah Othman menetapkan bagi tuduhan pertama, Mohd. Firdaus dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 dan jika gagal membayar denda itu dia perlu menjalani hukuman penjara 12 bulan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Firdaus dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM25,000 dan jika gagal membayar denda, dia dikenakan penjara 18 bulan.

“Pendakwa berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah maka tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan dua pertuduhan tersebut,” kata beliau.

Sabariah mengarahkan hukuman penjara tersebut berjalan secara serentak mulai semalam.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menerima rasuah dalam bentuk wang tunai sebanyak RM3,000 daripada Md. Shani Ishak di sebuah stesen minyak Esso, Machang pada pukul 10.30 malam, 11 Oktober tahun lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...