Showing posts with label National Budget. Show all posts
Showing posts with label National Budget. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

RINGKASAN LAPORAN AUDIT NEGARA 2010

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 26TH, 2011

Ringkasan audit 2010 :

KEMENTERIAN PELAJARAN

RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai.

KEMENTERIAN PERTAHANAN
  1. Rak akhbar dan majalah : RM 1445
  2. Ubahsuai katil : RM 950
  3. Katil Bujang : RM 700
  4. Kerusi Plastik : RM 761
  5. Meja Kayu kecil : RM 950



KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

  1. 55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan.
  2. Makanan tamat tempoh.
  3. Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.



KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
(Jabatan Taman Laut Malaysia)

Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.

  1. Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
  2. LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
  3. Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
  4. Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
  5. Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
  6. Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal
JUMLAH KERUGIAN ADALAH : RM 172 501

Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :

  1. Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396
  2. Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670
  3. Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855
  4. LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905
  5. GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025
  6. CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110
  7. Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808

MAJLIS SUKAN NEGARA

MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.

KEMENTERIAN KESIHATAN

Anggota tiruan tanpa kelulusan berjumlah RM 310 696.

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI



Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif.



KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peraltan tersebut.

SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.

5. Penurunan Untung Sebelum Cukai

Secara ringkasnya, 40.4% sayrikat GLC mengalami penurunan untung sebelum cukai. Berakhir 2009, RM 3.83 billion kerugian akibat penurunan untung sebelum cukai kepada RM 92.35 billion pada tahun 2009 berbanding RM 96.16 billion pada tahun 2008.

6. Pinjaman Belum Selesai

Terdapat 17 syarikat GLC yang menanggung hutang sehingga 2009 yang berjumlah lebih RM 12 Billion. Menduduki senarai tertinggi ialah, Perwaja Terengganu, Indah Water, Malaysia Debit Ventures dan Bank Pembangunan Malaysi Berhad.


Sumber: Harakah Daily

Wednesday, October 19, 2011

REFSA: Hutang negara mungkin cecah RM1 trillion

REFSA: Hutang negara mungkin cecah RM1 trillion
Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).

azlanSenario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.

Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

"Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka," petik laporannya itu.

Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

azlan"Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang - RM1, 000000000000," petik laporan itu.

Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.

"Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, "kata laporan itu lagi.

[Baca berita penuh]

Hutang negara mencecah RM437.2 bilion

Hutang negara mencecah RM437.2 bilion

Hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

azlanDaripada jumlah berkenaan, sebahagian besar hutang kerajaan adalah daripada hutang dalam negara yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dewan Rakyat juga diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negara itu diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Dalam pada itu hutang luar negara kerajaan persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Euro, Dolar Kanada serta Dinar.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Saturday, October 15, 2011

BAJET 2012: DANA RAKYAT ATAU PEMIMPIN?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 15TH, 2011

Adil Mat Selamat

Sebagai sebuah kerajaan yang mana parti tonggaknya berideologikan satu kaum, persoalan sering timbul tentang bagaimana ia mahu mengendalikan dana rakyat pelbagai kaum yang tersimpan di kantong negara untuk dipunggah dan diagihkan secara adil kepada semua.Dalam Bajet BN yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan baru-baru ini yang berhasrat ‘memacu pembangunan masyarakat Bumiputera’, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah diberi mandat untuk melaksanakan agenda dan menyalurkan bantuan dana kepada rakyat khususnya peniaga-peniaga kecil Bumiputera.

Najib telah mengumumkan sebuah lagi skim dana iaitu Dana Mudahcara Bumiputera, enak sungguh nama ini bila didengar, dengan bantuan berjumlah RM300 juta.

Dalam pada itu juga, KKLW akan membimbing 1,100 buah syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk dibangun atau dimajukan. Sudah pasti kos untuk ‘membimbing’ syarikat-syarikat kecil ini juga akan menelan kos.

Bagus jika kerajaan mahu membantu dan membangunkan ekonomi kaum Bumiputera yang patut mendapat bantuan.

Tetapi pada dasarnya, beberapa persoalan telah timbul:

* Adakah jaminan pihak kerajaan khususnya KKLW bahawa proses permohonan dan karenah birokrasi dapat diatasi atau paling tidak dikurangkan?

* Adakah ada jaminan bahawa dana ini kelak akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan?

Antara niat dan karenah birokrasi

Di bawah KKLW sudah sedia wujud beberapa badan yang sudah sarat dengan pelbagai program di setiap satu bahagian dan bermacam-macam karenah birokrasi baik dari aspek proses permohonan, pengesahan, perbincangan dan lain-lain.

Bagi kita rakyat yang tidak mudah lupa, suatu ketika dulu dan ia sudah pun menjadi rahsia umum, di mana skandal Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah RISDA hingga hari ini tiada apa-apa tindakan yang telah diambil.

Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2000 mengesahkan secara jelas kira-kira RM40 juta peruntukan projek telah diselewengkan. Hanya rakyat yang lebih arif, siapa penghisap darah rakyat dalam kes ini.

Lihatlah, bagaimana UMNO-BN yang sepatutnya menolong rakyat miskin sedangkan pada masa yang sama hak rakyat termiskin ini turut dibahamnya. Inilah yang dikatakan Drakula, lebih menyedihkan, mangsanya adalah Bumiputera miskin sendiri.

Dan ada lagi yang amat-amat menyedihkan, rakyat miskin yang telah hidup-hidup dibohong oleh UMNO ini masih terus menyokong UMNO setelah digula-gulakan dengan kain batik dan kain pelikat semasa kempen pilihan raya, dan sekarang ini kena ditambah sedikit wang tunai.

Begitu sekali UMNO menjual anak bangsanya.

Oleh yang demikian, berdasarkan sejarah dan sistem dalam kementerian yang masih lagi sama seperti dahulu, apakah jaminan kerajaan bahawa semua dana-dana ini akan diurus dengan betul dan telus?

Tawaran sebenar untuk rakyat

Dalam hal ini, Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat tidak culas dalam memahami dan membantu golongan luar bandar dan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana renedah.

Antara lain Pakatan menawarkan:

  1. Pembangunan serantau dan luar bandar akan digalakkan melalui desentralisasi pentadbiran.
  2. Monopoli import beras yang dipegang BERNAS akan dihapuskan. Lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif dan terbuka. Subsidi akan diberi terus kepada para petani melalui institusi-institusi pertanian.

‘Disentralisasi’ ini jelas memberi makna ‘kuasa atau monopoli’ kroni kerajaan dalam melaksana dan mengurus pembangunan luar bandar akan dikurangkan, jika tidak dihapuskan sama sekali.

Dengan maksud lain, kerajaan PR apabila memerintah kelak, akan memberi kebebasan dan dorongan kepada pengusaha di luar bandar untuk merencana dan mencorak sendiri aktiviti ekonomi dan pembangunan mengikut kehendak dan keperluan mereka sendiri.

Bukankah ini demokrasi namanya?

Bukankah rakyat tidak mahu dikongkong malah mahu berdikari demi menentukan apa yang mereka mahukan di dalam kawasan mereka sendiri?

‘Hak rakyat’ adalah asas pertama dalam perjuangan Pakatan Rakyat di mana ia adalah penentu sebelum dana atau wang disalurkan.

Kuasa monopoli BERNAS juga akan turut dihapuskan. Ini bertujuan memberi dan mewujudkan persaingan pengusaha/usahawan yang sihat. Dengan dasar ini, maka kualiti dan produktiviti akan lebih mudah meningkat.

Bukankah ini dasar mewujudkan satu sistem yang telus?

UMNO tidak perlu segan untuk belajar dalam hal ini. Lagi pun ia untuk kepentingan rakyat.

http://www.kl-today.com/2011/10/bajet-2012-dana-rakyat-atau-pemimpin/

Friday, October 14, 2011

JABATAN PERDANA MENTERI PALING BOROS?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 13TH, 2011

Daripada pembentangan Belanjawan 2012 oleh perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak baru-baru ini, kementerian di bawah kelolaan beliau, iaitu Jabatan Perdana Menteri (JPM) masih merupakan badan utama kerajaan yang paling boros.Walaupun peruntukan perbelanjaan JPM telah dikurangkan kepada RM16,005,844,600 daripada jumlah sebelumnya iaitu, RM18,118,889,900 namum jumlah peruntukan perbelanjaan tersebut masih merupakan satu perbelanjaan yang paling besar di kalangan kementerian-kementerian yang lain.


Ini adalah kerana, kini terdapat terlalu ramai menteri di JPM yang dilantik dan yang paling terbaru adalah presiden MIC G.Palanivel yang telah dilantik bagi menyama taraf beliau dengan timbalan presiden MIC S.Subramaniam, menteri sumber manusia. Palanivel sebelum ini hanyalah seorang timbalan menteri.

Menteri-menteri di JPM yang lain adalah Dr Koh Tsu Koon, Nazri Aziz, Nor Mohamed Yakop, Jamil Khir Baharom dan Idris Jala, manakala timbalan-timbalan menteri di JPM adalah Dr Masitah Ibrahim, Liew Vui Keong, Haji Ahmad Maslan beserta dengan S.Devamany.

Terlalu ramai menteri dalam JPM

Kami tidak faham kenapa JPM memerlukan begitu ramai menteri dan timbalan menteri untuk membantu perdana menteri menjalankan tugas-tugasnya, sedangkan JPM telahpun mempunyai seorang timbalan perdana menteri.

Selain daripada itu, kebanyakan menteri dan timbalan menteri di JPM adalah terdiri daripada calon-calon pilihanraya ataupun pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah kalah di dalam pilihanraya umum yang lalu, iaitu mereka-mereka yang telah ditolak rakyat. Buat apa nak melantik mereka yang telah kalah dan ditolak rakyat? Semata-mata kerana mereka ini adalah pemimpin dan presiden parti-parti dalam BN?

Pembaziran kerana duplikasi

Lebih buruk daripada itu, adalah terdapat lebih daripada 30 buah jabatan dan agensi di bawah JPM yang mana peranan dan bidang tugas masing-masing kesemuanya hamper menyamai kementerian-kementerian yang lain yang sedia ada. Ini bermakna, terdapat banyak duplikasi ataupun wujudnya dwi-peranan di antara kebanyakan kementerian-kementerian dan agensi-agensi di bawah JPM.

Kewujudan duplikasi ataupun dwi-peranan di antara JPM dan kementerian-kementerian tersebut menunjukkan seakan-akan timbulnya sebuah kabinet yang berada di dalam sebuah kabinet atau lebih dikenali di dalam bahasa Inggeris (a cabinet within a cabinet or an inner cabinet).

Ini bermakna, dengan adanya sebuah “kabinet” sendiri yang wujud di dalam JPM, perdana menteri boleh membuat sebarang keputusannya sendiri tanpa perlu rujuk sepenuhnya kepada menteri-menteri di kementerian-kementerian yang berkenaan.

Pembiayaan wakil-wakil rakyat palsu

Selain daripada itu, di dalam JPM, terdapat juga sebuah agensi yang dipanggil Unit Penyelarasan Perlaksanaan (Implementation Coordination Unit – ICU) yang ditugaskan untuk mengurus serta membiayai kos-kos semua calon-calon BN yang kalah di dalam pilihanraya umum dan membayar gaji bulanan mereka selaku penyelaras (wakil rakyat bayangan) di kawasan-kawasan parlimen dan dewan undangan negeri yang pernah ditandingi mereka.

Yang juga kami tidak faham kenapa pula perlunya seorang penyelaras yang bertindak sebagai wakil rakyat bayangan sedangkan di kawasan-kawasan tersebut telahpun mempunyai wakil-wakil rakyat yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum? Dan yang kami fahami juga kesemua peruntukan parlimen dan dewan undangan negeri yang sepatutnya disalurkan kepada wakil-wakil rakyat yang sah disalurkan pula kepada para penyelaras-penyelaras BN ini.

Selain daripada perbelanjaan yang begitu boros sekali, adakah perlantikan sedemikian (penyelaras – wakil rakyat bayangan) berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan?

Tamakkan kemewahan

Dan kami juga amat yakin bahawa, defisit-defisit (lebihan perbelanjaan) belanjawan pada setiap tahun adalah disebabkan oleh keborosan yang meluas di dalam JPM. Kita tengoklah lawatan peribadi perdana menteri ke Kazakhstan bagi merisik dan bertemu dengan bakal saudaranya ekoran pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki sulong presiden Kazakhstan, telah dengan begitu senang mencecah lebih daripada RM1.0 juta.

Satu lagi lawatan singkat perdana menteri ke Australia baru-baru ini turut mencecah berjuta-juta Ringgit.

Ini dengan jelas menunjukkan tidak ada kawalan yang menyeluruh bagi memastikan perbelanjaan kerajaan tidak meningkatkan defisit. Pemborosan demi pemborosan berterusan pada setiap tahun semata-mata untuk memuaskan nafsu kemewahan dan ketamakan beberapa pihak yang tertentu, tetapi rakyat negara kita akan terus dihantui dengan bebanan kenaikan kadar inflasi yang telahpun mencecah di luar kawalan.

Mungkinkah jika sekiranya ramai lagi calon BN lagi yang akan kalah di dalam pilihanraya umum yang akan datang, adakah JPM akan menaikan lagi peruntukan belanjawannya bagi membiayai kesemua kegiatan-kegiatan yang membazirkan ini.

http://www.kl-today.com/2011/10/jabatan-perdana-menteri-paling-boros/

KERAJAAN GAGAL SERAH LAPORAN AUDIT?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 13TH, 2011

Pakatan Rakyat bercadang untuk membawa usul tergempar mengenai kegagalan kerajaan menyerahkan Laporan Audit Negara kepada Ahli Parlimen pada Isnin ini.Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun sudah memasuki hari keempat sesi perbahasan belanjawan 2012, laporan tersebut masih belum diserahkan kepada Ahli Parlimen.”Jadi kita cadang untuk bawa usul mengenai perkara tersebut kerana hari ini sudah masuk hari keempat sesi perbahasan tapi laporan masih tiada.

“Kegagalan itu sudah tentu memalukan kerajaan kerana laporan audit akan menjadi bahan rujukan untuk perbahasan kami bagi mengetengahkan persoalan berkaitan pengurusan perbelanjaan sebelum ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Khamis.

Beliau turut mempersoalkan ketiadaan laporan itu sedangkan sesetengah negeri termasuk Kelantan sudah menerima laporan audit negeri masing-masing.

Katanya, Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap perkara ini dan tidak seharusnya menunggu sehingga ianya dituntut.

“Kalau di luar negara, PAC dipengerusikan wakil pembangkang jadi senang untuk menggesa kerajaan tapi di Malaysia PAC diketuai wakil kerajaan sebab itu lambat bertindak,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar meminta Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid menjelaskan perkara tersebut.

“Kita minta Azmi Khalid jelaskan perkara ini kerana bukan saja Ahli Parlimen tapi rakyat juga menunggu untuk mengetahui laporan kewangan negara,” katanya.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, Jabatan Audit Negara turut terkejut apabila beliau memaklumkan bahawa Ahli Parlimen belum menerima laporan itu.

“Pegawai jabatan itu terkejut dan menyatakan Ketua Pengarah sendiri gembira kerana laporan tersebut siap lebih awal berbanding tahun lalu dan lengkap.

“Jadi kita hairan. Di manakah sangkutnya laporan itu? Adakah di Parlimen atau berada di tangan menteri tertentu,” tambahnya.

http://www.kl-today.com/2011/10/kerajaan-gagal-serah-laporan-audit/

TUN M AKUI BAJET 2012 BAJET PILIHANRAYA

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 13TH, 2011

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan belanjawan yang dikemukakan Datuk Seri Najib Razak bertujuan untuk menang pilihanraya, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.Kenyataan itu, katanya, membuktikan apa yang disebut pemimpin Pakatan Rakyat selama ini adalah benar.“Berbeza dengan belanjawan Pakatan, kita menyerahkan kembali wang rakyat bukan sempena pilihanraya tetapi dasar itu kita umum dan laksana selepas menang pada Mac 2008 di negeri-negeri yang kita perintah.

“Selain itu, pemberian wang kita beri secara tahunan dan bukannya one off seperti yang diumum Najib,” katanya.

Mahathir hari ini dilapor berkata, belanjawan diumumkan Najib umpama ‘membunuh dua ekor burung menggunakan sebiji batu’.

Bidalan itu dimaksudnya merujuk kepada belanjawan untuk kononnya rakyat dan untuk menang pilihan raya.

“Pilihan raya umum di ambil kira dan tingkat kualiti hidup juga,’” kenyataan Mahathir dipetik.

Pakatan sebelum ini menegaskan belanjawan Najib hanya memberi sedikit kepada rakyat berbanding kebanyakannya diagih untuk mengkayakan kroni.

Dalam belanjawan yang dibentang 7 Oktober lalu, kerajaan memperuntukkan RM232.8 bilion ketika negara mengalami defisit 14 tahun berturut-turut.

Sementara Pakatan memperuntukkan RM220 bilion, melibatkan penjimatan sebanyak RM14 bilion dari perbelanjaan kerajaan BN, dengan rakyat memperoleh 20 peratus nilai tambah.

Belanjawan yang dinamakan Belanjawan Sejahtera Untuk Semua itu menumpukan usaha mengurangkan defisit negara kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada KDNK tahun ini.

Defisit negara yang mencecah 6 peratus itu jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit pada kadar 5.2 peratus seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan 2011 dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

http://www.kl-today.com/2011/10/tun-m-akui-bajet-2012-bajet-pilihanraya/

Thursday, October 13, 2011

BANTUAN RM500 MULA DIAGIH JANUARI

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 13TH, 2011

Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.

Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.

Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini, Rabu.

Seminar tersebut dianjurkan oleh LHDN dengan penyertaan seramai 1,120 peserta.

Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.

Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHD Nserta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.

“Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.

Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama.

Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.

“Soal isi rumah…seorang, tetapi sudah bekerja dan bayar zakat sendiri, saya rasa dia layak. Namun, ini kita akan pastikan kemudian dan masukkan dalam isu-isu yang perlu diperjelaskan,” katanya.

http://www.kl-today.com/2011/10/bantuan-rm500-mula-diagih-januari/

Wednesday, October 12, 2011

PROJEK SG BESI SAH MILIK JHO LOW?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 11TH, 2011

Pelbagai keraguan timbul berhubung Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dikenali sebagai projek Jho Low, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.Malah katanya, projek berkenaan menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2012 dan turut dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10).“Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu, dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sehingga kini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur sebanyak RM3.5 bilion dalam Petrosaudi International Limited yang kemudian melabur lebih RM1.5 bilion dalam UBG Berhad.Gambar: Jho Low bersama-sama berparti dengan selebriti Paris Hilton.

UBG Bhd ialah syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di mana Jho Low merupakan salah seorang ahli lembaga pengarahnya.

Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dipertikaikan itu.

Salahuddin juga melihat Belanjawan 2012 lebih mementingkan projek-projek yang bersifat ‘projek Taek Jho Low’ dari menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat seperti projek tebatan banjir di negeri Kelantan, Kedah dan Sabah.

“Ini belanjawan rakyat atau belanjawan Taek Jho Low?” soal beliau seperti dilapor Harakahdaily.

Sebelum ini menjadi pengetahuan umum Rosmah Mansor mempunyai hubungan rapat dengan jutawan muda tersebut.

Malah Jho Low baru-baru ini mengakui beliau adalah kawan baik kepada Rosmah dan turut dilapor memiliki sebuah penthouse di New York yang secara kebetulan dikatakan hanya 10 minit dari syarikat pengeluar berlian, Jacob & Co.

Rosmah sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian bernilai RM24 juta dari Jacob & Co.

Nama Jho Lho sebelum ini turut dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1MDB.

Pada Jun 2010, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

KEADILAN sebelum ini turut mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta.

http://www.kl-today.com/2011/10/projek-sg-besi-milik-jho-low/

KHIR TOYO MENGULAS BAJET 2012

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 11TH, 2011

Dr. Mohd Khir Toyo

Ada dua perkara yang menarik perhatian saya dalam pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri minggu lalu.Pertamanya pemansuhan semua yuran sekolah rendah dan menengah. Dan keduanya pemberian bantuan RM 500 kepada keluarga berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah. Kedua-dua perkara ini sangat dekat dengan hati rakyat berpendapatan rendah namun ia memerlukan pemantauan dan mekanisme pelaksana yang cekap.

Penghapusan yuran sekolah pernah diumumkan sebelum ini dalam Bajet beberapa tahun lalu. Namun ia tidak terhapus sepenuhnya kerana ada yuran yang masih dikutip bagi menampung tabung sekolah untuk perjalanan aktiviti dan juga pentadbiran.

Dengan penghapusan sepenuhnya ini, kerajaan perlu memperuntukan dana kepada sekolah sebagai ganti penghapusan yuran ini. Selain itu, pentadbiran sekolah harus diperingatkan agar tidak mewujudkan sebarang bentuk kutipan yuran tambahan dan sebagainya sehingga memberi gambaran seolah-olah pengumuman kerajaan mengenai sekolah kebangsaan yang percuma sepenuhnya hanya satu sandiwara.

Mekanisme Bantuan RM500

Pelaksanaan cadangan pemberian RM500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000 merupakan satu cabaran yang sangat besar kepada jentera kerajaan. Ini kerana kerajaan perlu mengenal pasti keluarga yang berpendapatan di bawah RM3,000 bagi mengelakkan berlakunya penipuan dan juga penganiayaan.

Kebergantungan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan banyak membantu kerana kebanyakan mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 di luar bandar bukan kumpulan yang “makan gaji”.

Saranan pendaftaran melalui LHDN bukan sahaja akan menambah beban kerja agensi tersebut malah akan menyusahkan golongan sasaran di luar bandar. Adalah kurang wajar untuk meminta ketua isi rumah yang berada di kampung-kampung e LHDN bagi mengisi borang pendaftaran dan pengisytiharan hanya semata-mata untuk satu bayaran sekali sahaja berjumlah RM500.

Sungguhpun jumlah ini agak besar namun janganlah sampai pelaksanaannya menyebabkan RM500 tersebut tinggal RM300 kerana mereka yang layak terpaksa menghabiskan wang ke bandar untuk mendaftar dengan LHDN.

Justeru penggunaan jentera di peringkat akar umbi sangat penting bagi membantu kumpulan sasar ini. Oleh kerana Bajet 2012 dianggap tidak relevan oleh pembangkang, maka kerajaan perlu bekerjasama dengan Barisan Nasional bagi mengenal pasti dan menyediakan pangkalan data kumpulan sasar ini.

Jentera politik Barisan Nasional di peringkat bawahan boleh digunakan untuk menghantar nama berserta bukti perkahwinan dan juga pengesahan pendapatan oleh Penghulu atau Ketua Kampung bagi setiap nama yang dihantar. Senarai ini kemudiannya perlu disemak oleh pegawai kerajaan bagi memastikan ada ketelusan dan kejujuran dalam pelaksanaannya.

Cadangan penggunaan Pos Malaysia sebagai agen pembayaran sangat tepat memandangkan ia mempunyai rangkaian yang meluas dan cekap termasuk di kawasan luar bandar.

Lebih penting pemberian ini perlu dilakukan setelah senarai dimuktamadkan agar ia tidak menimbulkan kekeliruan apabila ada pihak yang telah dapat dan ada pula yang belum dapat.

Kerajaan juga perlu melaksanakan pemberian ini sebelum pilihan raya umum ke-13 atau berhadapan dengan tuduhan pembangkang bahawa ia hanya sandiwara pilihan raya.

Apa yang rakyat mahukan adalah kejujuran kerajaan dan kesungguhan YAB Datuk Seri Najib diterjemahkan. Biar nanti rakyat akan berkata indah khabar, indah lagi rupanya bukannya “indah Khabar dari Rupa”.

* Dr Khir Toyo adalah Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Sungai Panjang dan bekas Mentri Besar Selangor.

http://www.kl-today.com/2011/10/khir-toyo-mengulas-bajet-2012/

EMPANGAN PERLIS BAKAL PECAH?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 11TH, 2011

Mohamad Faisol Abdul Rahman

Ternyata apa yang diwar-warkan oleh sebelum ini – bahawa kerajaan Perlis akan memulakan projek ‘Saliran Khusus Empangan Timah Tasoh’ seawal tahun 2012 setelah proses pengambilan tanah selesai – tidak benar.Ini kerana dalam pembentangan Bajet 2012 oleh perdana menteri merangkap menteri kewangan Jumaat lepas menyebut dengan jelas bahawa peruntukan hanya melibatkan kerja menaik taraf Empangan Timah Tasoh dan mendalamkan Sungai Arau sahaja.

Justeru, kestabilan rakyat Perlis, khususnya penduduk sekitar kawasan yang pernah dilanda banjir masih dirundung gelisah.

Persoalannya apakah sekadar mendalamkan sungai yang sedia ada mampu mengatasi limpahan air Empangan Timah Tasoh yang akan dinaik taraf? Sudahkah kajian terperinci dibuat ataupun hanya sekadar mahu menunaikan janji?

Persoalan yang selama ini menghantui penduduk Perlis mengenai tahap keselamatan Empangan Timah Tasoh masih belum terjawab.

Banjir besar yang melanda Bangkok sehingga mengorbankan ratusan nyawa berpunca daripada saliran sungai sedia ada tidak mampu menampung pembuangan air empangan akibat hujan lebat.

Natijahnya hampir seluruh kota itu ditenggelami air, sekali gus melumpuhkan aktiviti penduduk. Kejadian yang menimpa Bangkok ini wajar diambil iktibar oleh semua.

Empangan Timah Tasoh yang terletak lebih kurang 20km dari bandar Kangar dan Arau kini dianggap sebagai “bom masa”.

Mungkin ada yang menganggap hal ini lucu dan tidak masuk akal. Namun siapa sangka gempa bumi di Jepun baru-baru ini menyebabkan kerosakan reaktor nuklear hingga menimbulkan keresahan masyarakatnya.

Walaupun Malaysia di luar lingkaran gempa, namun negara ini tidak terkecuali merasakan gegaran gempa di negara jiran seperti Indonesia dan Burma.

Sesungguhnya warga Perlis amat bimbang seandainya Empangan Timah Tasoh retak, pecah dan runtuh akibat faktor luar jangka seperti gegaran gempa bumi. Dan apakah kerajaan negeri sudah bersiap sedia dengan rancangan kecemasan sekiranya hal ini terjadi?

Malaysia juga berpotensi menghadapi masalah tanah gelungsur akibat peningkatan projek dan aliran air dalam tanah yang tidak diurus dengan sempurna.

Kenyataan tentang projek menaik taraf Empangan Timah Tasoh yang kapasiti simpanan air semasa 33.3 juta meter padu kepada 87 juta meter padu sudah pasti akan menambahkan lagi ancaman keselamatan kepada lokasi popular banjir seperti Beseri, Kampung Syed Omar, Bintong, Kampung Jarak, Kangar, Repoh, Santan, dan Arau.

Dijangkakan sekiranya empangan ini pecah akibat faktor luar jangka, ia hanya memerlukan lebih kurang setengah jam untuk menenggelamkan seluruh Kangar dan Arau. Ia bukan sahaja membawa air tetapi segala benda yang ada.

Sehubungan dengan itu kami ingin mendesak kerajaan mengotakan janji untuk mempersiapkan saliran khusus ke laut dari empangan ini demi keselamatan dan ketenteraman seluruh warga Perlis.Kami ingin hidup selesa dan tidak mahu diganggu lagi dengan igauan buruk setelah beberapa kali mengalami banjir besar yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan korban nyawa.Maka kami akan terus mendesak kerajaan negeri supaya memikirkan sedalam-dalamnya dan mengambil langkah berani dengan melaksanakan segera saliran khusus untuk tujuan aliran stok limpahan air dari Empangan Timah Tasoh.

Penulis adalah pengerusi jawatankuasa bertindak rakyat Perlis atasi masalah banjir.

http://www.kl-today.com/2011/10/empangan-perlis-bakal-pecah/

Monday, October 10, 2011

PAS: BAJET ANAKTIRIKAN 12 JUTA PEKERJA

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 9TH, 2011

Kerajaan BN ternyata terus kekal dengan ketidakadilannya apabila menganaktirikan 12 juta pekerja yang juga rakyat negara ini menerusi Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam.Menerusi bajet tersebut, kerajaan hanya mementingkan 1.3 juta pekerja sahaja yang juga para penjawat awam dengan kenaikan gaji RM500 sebulan mulai tahun hadapan, tetapi menafikan hak pekerja-pekerja lain yang jauh lebih besar jumlahnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, dengan ketidakadilan itu, bajet tersebut ternyata hanya bersifat one off dan ia tetap gagal menyelesaikan masalah kewangan serta kos sara hidup tinggi yang dialami oleh rakyat negara ini.

Menurut beliau, dengan itu, bajet tersebut jelas bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat bagi memancing undi pilihanraya, tetapi tetap gagal menyelesaikan permasalahan dan bebanan yang dialami oleh rayat dalam jangka masa panjang.

Katanya, ketidakikhlasan Kerajaan BN dalam membantu rakyat turut kelihatan apabila bekas polis dan tentera termasuk yang bertugas ketika zaman darurat sama ada balu, duda dan sebagainya hanya baru dibantu sekarang dengan sumbangan RM3,000 seorang.

“Pada hal mereka sepatutnya dah lama diberikan bantuan seperti itu. Kenapa baru sekarang hendak diberikan?” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, kesemua pihak terbabit wajar menerima sumbangan tersebut kerana ia sememangnya merupakan hak mereka sendiri yang sepatutnya sudah lama diberikan oleh kerajaan.

Katanya, sungguhpun begitu, Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap meragui sama ada sumbangan tersebut benar-benar akan sampai kepada sasaran.

“Sejak dulu, BN sememangnya terkenal dengan masalah ketirisan dalam pengagihan sumbangan-sumbangan seperti itu kepada golongan sasar.

“Kali ini, pelbagai pihak turut meragui sama ada wang tersebut akan sampai sepenuhnya kepada sasaran atau tidak atau tetap terus tiris di tengah jalan juga seperti yang lalu,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan gula-gula BN itu kerana ia tetap tidak akan memihak kepada rakyat.

Katanya, bajet tersebut jelas merupakan bajet pilihanraya dengan pelbagai pemberian menarik daripada Kerajaan BN kepada rakyat untuk dinikmati dalam jangka masa pendek, tetapi terus membebankan orang ramai setelah selesai pilihanraya.

“Sebelum pilihanraya, mereka sanggup memberikan apa sahaja kepada rakyat dengan melibatkan peruntukan yang besar, tetapi setelah selesai pilihanraya dan kemenangan pula berpihak kepada mereka, rakyat pasti akan dikenakan pelbagai bebanan lain pula nanti.

“Jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dimenangani oleh BN juga, selesai sahaja pilihanraya, barangan keperluan utama rakyat pasti akan dinaikkan secara mendadak oleh kerajaan, di samping pelbagai jenis cukai,” katanya.

Permainan seperti itu, menurutnya, sememangnya telah dilakukan oleh BN sejak dulu dan ia amat perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini agar tidak terus tertipu.

Malah sekarangpun, katanya, rakyat juga boleh menilai tentang permainan BN itu apabila banyak juga peruntukan lain yang disediakan itu jelas memberikan keuntungan kepada para pemimpin BN dan kroni-kroni mereka sendiri.

“Tindakan itu dilakukan menerusi pemberian subsidi tertentu kepada pihak-pihak terbabit, tetapi tidak pula ditambah peruntukan subsidi petroleum bagi menurunkan harga minyak untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh orang ramai,” ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu Timbalan Ketua dan dua AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Adram Musa.

http://www.kl-today.com/2011/10/pas-bajet-anaktirikan-12-juta-pekerja/

BAJET 2012 ABAIKAN KEBAJIKAN BELIA

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 9TH, 2011

Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa Bajet 2012 yang dibentang Perdana Menteri Jumaat lalu juga membelakangkan kebajikan golongan belia.Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-His berkata dalam pengumuman itu, tiada peruntukkan khusus untuk pembangunan insan dan latihan untuk anak muda.”Kerajaan BN juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung kadar pengangguran graduan di tanahair yang semakin meningkat.

“Tiada perancangan untuk merangka mencetuskan pekerjaan yang kompatatif serta nilai idea baru terutamanya dalam industri pertanian moden buat anak muda,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, di saat ekonomi negara yang kurang bermaya, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi.

Menurutnya, kerajaan sewajarnya memperuntukan sejumlah peruntukan buat universiti tempatan bagi melatih bakal graduan dalam pengurusan risiko dan kreativiti kerja.

“Anak muda yang diluar lingkaran kampus dilihat semakin terpinggir dalam isu pencarian pekerjaan.

“Malah dalam konteks membina kerangka niaga buat generasi muda tiada penumpuan kursus sama ada kemudahan membuka peniagaan dalam bentuk teknologi dan perkilangan,” tegasnya lagi.

Beliau turut membidas bajet yang dianggap ‘gula-gula pilihan raya itu’ berhubung kebergantungan kerajaan terhadap pihak luar sehingga menafikan kemampuan anak tempatan terutama graduan yang berkemahiran dalam bidang tersebut.

Berhubung pembangunan sukan pula, kerajaan katanya hanya menumpukan prasarana dan bukannya jatidiri penggiat sukan tanahair ini.

“Dalam memberikan insatif dan kemahiran baru kepada semua atlet dilihat adalah paling penting yang tidak diambil kira oleh pihak Kerajaan.

“Pembangunan sukan bukan hanya memerlukan banyak prasarana, tetapi memerlukan kekuatan kemahiran yang tidak pernah menjadi keutamaan kepada semua atlet,” ujarnya.

Bidas berkebajikan BN

Sementara itu beliau turut membidas Najib yang mendakwa BN lebih awal melaksanakan konsep Negara kebajikan.

“BN perlu sedar kerana lebih 54 tahun memerintah semenjak negara mencapai Kemerdekaan, rakyat masih tidak melihat pendekatan kebajikan yang diberikan oleh Kerajaan BN selama ini.

“Tetapi ianya terlalu banyak ketirisan wang rakyat yang mengenggelamkan pendekatan kebajikan yang BN akui telah berikan sebelum ini lagi,” tegasnya.

http://www.kl-today.com/2011/10/bajet-2012-abaikan-kebajikan-belia/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...