Showing posts with label Pedestrian Bridge. Show all posts
Showing posts with label Pedestrian Bridge. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Menteri: Jejantas RM10 juta dibiayai KLCC bukan k'jaan

Menteri: Jejantas RM10 juta dibiayai KLCC bukan k'jaan
Feb 12, 11 9:41am

Kos pembinaan jejantas RM10 juta yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana KLCC sepanjang 153 meter, ditanggung sepenuhnya anak syarikat Petronas iaitu KLCC (Holdings) Sdn Bhd.

NONEMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerajaan tidak terbabit langsung dalam perkara itu, dan beliau serta Datuk Bandar Kuala Lumpur juga tidak ada kaitan langsung dalam pemilihan kontraktor.

"Pelantikan kontraktor pembinaan juga adalah melalui proses tender yang ketat dan 100 peratus dikendalikan oleh pihak KLCC," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menjelaskan pembinaan jejantas berhawa dingin yang dilengkapi empat eskalator automatik serta lif untuk kegunaan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) itu dibuat atas dasar tanggungjawab sosial korporat KLCC untuk keselesaan rakyat.

"Ia juga dibuat menggunakan bahan berkualiti tinggi, lengkap dengan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV (kamera litar tertutup) yang dihubungkan terus kepada Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain pemasangan jubin khusus untuk OKU," katanya.

NONEJusteru, Raja Nong Chik berkata dakwaan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa projek itu satu pembaziran serta menelan kos terlalu tinggi, adalah tidak berasas sama sekali.

"Dalam keghairahan berbuat demikian, janganlah sampai hendak menidakkan projek yang sememangnya mengutamakan keselesaan rakyat," katanya.

Isnin lalu, beliau mengumumkan kos sebanyak RM10 juta digunakan bagi menyiapkan jejantas itu, yang merupakan fasa pertama projek pembinaan jejantas sepanjang 12 kilometer, bagi menghubungkan jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam.

Sehari selepas itu, Nurul Izzah mempersoalkan sama ada kos secara purata RM70,422 semeter yang digunakan dalam projek itu menggunakan wang rakyat, dan sama ada tendernya dibuat secara terbuka.

http://malaysiakini.com/news/155827

Jejantas RM70k: Sikap membisu menteri dibidas

Jejantas RM70k: Sikap membisu menteri dibidas
Zaidatul Syreen Abdul Rashid
Feb 11, 11
1:22pm

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini melawat semula jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM70,422 semeter atau RM10 juta.

"Saya masih tertanya-tanya, apakah nilai sebenar bagi pembinaan jejantas ini?” katanya sambil menyifatkan kos pembinaan jejantas itu sebagai terlalu tinggi dan berkata beliau akan menimbulkan perkara itu pada sidang parlimen minggu depan.

"Selain daripada kos bangunan itu, ia juga dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator, jadi berapa pula kos penyelengaraanya?

NONE"Adakah terdapat alternatif yang lebih murah yang boleh digunakan?” kata Nurul Izzah kepada wartawan ketika melawat kawasan itu di Jalan Pinang, Kuala Lumpur pagi ini.

Fasa pertama projek jejantas ini menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana.

Menurut Nurul Izzah, beliau masih menunggu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik menjawap soalan-soalan yang dikemukakannya.

"Sehingga hari ini, saya masih belum menerima sebarang maklumbalas dari Raja Nong Chik mahupun daripada Datuk Bandar (Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail), katanya.

Selasa lalu, Nurul Izzah mempertikaikan kewajaran RM10 juta dibelanjakan bagi membina jejantas berhawa dingin yang hanya sepanjang 142 meter itu.

Enam lagi jejantas yang serupa dijadualkan dibina menghubungkan Pasar Seni LRT-Dayabumi; bangunan utama DBKL -pusat membeli-belah Sogo; Stesen KTM Komuter-Bandaraya LRT; Jalan Sultan Ismail-Maju Junction-Medan Tunku monorail station; Plaza Rakyat-terminal bas Puduraya; dan Masjid Albukhari-stesen LRT Hang Tuah.

Syarikat Prasarana Sdn Bhd (Prasarana) dilaporkan membelanjakan kira-kira RM60 juta untuk membina enam jejantas berkenaan yang merupakan sebahagian daripada projek sepanjang 12kilometer.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 juta untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat-syarikat swasta.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155756

Friday, February 11, 2011

Jejantas: Menteri Wilayah didesak berikan jawapan

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail didesak memberikan jawapan tepat berhubung persoalan berbangkit berkaitan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter menghubungkan KLCC dengan Hotel Impian.

Desakan itu dibuat ekoran Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad sehingga kini masih diam membisu bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Fasa pertama projek jejantas pejalan kaki berhawa dingin di ibu negara yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Hotel Impiana KLCC itu telah dilancarkan oleh Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad pada 7 Februari lalu.

Jejantas hanya sepanjang 142 meter yang dilengkapi sistem penghawa dingin dan eksalator itu dibina dengan kos amat tinggi sehingga RM10 juta atau dengan nilai RM70,422 semeter, sehingga menimbulkan pelbagai persoalan kepada pelbagai pihak.

Nurul Izzah Anwar ketika membuat desakan itu berkata, disebabkan kosnya yang terlalu tinggi, Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad tidak sepatutnya berdiam diri bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan mengenai jumlah sebenar perbelanjaan jejantas itu.

Menurut beliau, disebabkan jejantas itu berhawa dingin dan melibatkan penggunaan elektrik, bagaimanakah pula dengan kos penyelenggaraan dan pendendaliannya pada masa depan yang pasti meningkat akibat peningkatan unit elektrik.

"Oleh kerana syarikat-syarikat terbabit berkaitan dengan kerajaan dan badan-badan kerajaan termasuk Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Prasarana, adakah proses tender terbuka dilakukan dan apakah ada pilihan-pilihan yang lebih murah?" katanya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang medianya di Jalan Pinang, di sini, hari ini, beliau yang juga Naib Presiden PKR turut mengajak pelbagai pihak membuat perbandingan antara jejantas itu dengan jejantas di Singapura yang juga berhawa dingin, tetapi dibina di bawah tanah yang pasti melibatkan kos lebih tinggi dengan mengambil kira kos penggalian dan kos-kos lain.

"Pembinaan jejantas di Singapura diselenggarakan Perbadanan Pembangunan Semula Bandar (Uban Redevelopment Authority, URA. Syarikat swasta yang bertanggungjawab membina jejantas-jejantas di bandar tersebut dipilih menerusi sistem bidaan terbuka," katanya.

Kos pembinaan jejantas di Singapura juga, menurut beliau, dihadkan kepada $14,000 (RM33,400) untuk setiap meter persegi bagi pembinaan di tanah milik kerajaan di kawasan membeli-belah Orchard Road, berbanding kos pembinaan jejantas di KLCC bernilai secara purata RM70,422 semeter.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak Raja Nong dan Ahmad Fuad memberikan jawapan bagaimanakah kos pembangunan RM70,422 semeter bagi jejantas itu diputuskan?

"Adakah wujud formula khusus yang menyimpulkan kos sebesar itu yang ditanggung oleh Petronas dan Prasarana, bukan sahaja melibatkan jejantas itu, tetapi juga jejantas-jejantas lain yang melibatkan Petronas dan Prasarana? tanyanya.

Menerusi laporan Belanjawan DBKL 2009, dinyatakan bahawa 72 jejantas pejalan kaki disediakan di bawah seliaan DBKL, manakala 35 buah lagi telah ditaja oleh syarikat swasta.

"Apakah status kesemua 107 jejantas pejalan kaki yang diumumkan bagi tahun 2009 itu? Berapa pula kos purata bagi penyelenggaraan jejantas-jejantas tersebut?" katanya.

Memandangkan kos sara hidup rakyat akan terus meningkat dengan terlaksananya potongan subsidi secara berdikit dan konsisten oleh Kerajaan Pusat, beliau mendesak Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad menjawab kesemua persoalan itu supaya rakyat yakin tidak ada satu senpun wang negara dibelanjakan tanpa penelitian serius dan tanpa pembaziran.

Turut hadir pada sidang media itu termasuklah Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan pembantu khas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua iaitu Rozan Azen.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30812:jejantas-menteri-wilayah-didesak-berikan-jawapan&catid=1:utama&Itemid=50

Thursday, February 10, 2011

Nurul Izzah: Jejantas apa RM70,422 semeter?

Nurul Izzah: Jejantas apa RM70,422 semeter?
Feb 8, 11 12:59pm

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.

NONESemalam, ketika perasmian jejantas itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd Hashim Wahir dilaporkan berkata, RM10 juta digunakan bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana itu.

Jejantas itu, yang dibuka kepada orang ramai pada hari yang sama tertutup dengan lapisan cermin dan dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator bagi kemudahan orang kurang upaya (OKU).

Kemudahan itu dilaporkan sebahagian daripada projek menghubungkan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam bernilai 12 kilometer yang dijangka siap akhir tahun ini.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta.

NONEDalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata, walaupun gembira dengan kemudahan baru beliau berkata, masih banyak persoalan yang perlu dijawab, terutamanya oleh Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik (kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

"Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu? Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggkan ekoran kenaikan harga elektrik?

"Adakah syarikat berkaitan kerajaan(Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, DBKL, and Prasarana) terlibat, adakah projek itu dibuat secara tender terbuka yang mana pilihan yang lebih murah dapat dikenalpasti?" soal Nurul Izzah bertubi-tubi.

Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup".

"Akhir sekali, perkara ini juga menguatkan alasan supaya jawatan datuk bandar boleh dipilih supaya beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada (hal ehwal) Kuala Lumpur," tambahnya.

http://malaysiakini.com/news/155474
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...