Showing posts with label Ulama - Ahli Agama. Show all posts
Showing posts with label Ulama - Ahli Agama. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

HANYA MUSLIM JAHAT TAKUT HUDUD

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 15TH, 2011

Pertamanya tahniah kepada komponen Pakatan Rakyat atas sikap saling menghormati dan cuba memahami kerenah serta kehendak antara parti-parti komponen. Pertembungan ketegasan generasi senior PAS dan DAP berkaitan dapat direda oleh generasi pertengahan serta generasi baru bukan saja dalam Pakatan Rakyat, bahkan mereka yang sekadar memerhati dari luar.

Tulisan ini sekadar mengajak pembaca membuka sedikit ruangan minda terhadap kekalutan yang berlaku. Mungkin tidak sehebat tulisan mereka yang berpengalaman. Cuma kadangkala timbul persoalan terutama kepada yang mengaku beragama Islam, kenapakah sukar untuk mengakui, redha, menggunapakai serta menjadi duta Islam menerangkan keindahan hukum Islam kepada masyarakat keseluruhannya? Kebiasaannya mereka yang menentang hukum Islam yang dilihat agak tegas tetapi penuh keindahan ini, samada jahil , atau kerana mereka sendiri terlibat melakukan jenayah seperti yang terkandung di dalam hukum Islam itu? Tak pasti, hanya Allah saja mengetahuinya. Maka, mungkin boleh disimpulkan Hudud digeruni oleh Muslim yang bersalah sahaja, yang tidak melakukan jenayah tak perlu takut.

Memang sukar untuk mereka yang tidak memahami untuk mudah menerima sesuatu yang di luar lingkungan pemahaman mereka. Apatah lagi jika majoriti menganggap “adil” dalam erti kata samarata. Timbulnya persoalan (kadangkala dari mulut celupar pemimpin mengaku Islam) berkenaan tidak adilnya jika berzina, yang non muslim hanya membayar denda sedangkan yang muslim disebat 100 kali sebatan di khalayak ramai (bagi yang belum berkahwin), dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Tidak pasti persoalan itu timbul kerana kejahilannya, atau supaya masyarakat umum memandang serong terhadap usaha PAS mendaulatkan hukum Islam. Mufti-mufti, ulama’ samada dalam UMNO atau non partisan mendiamkan diri, tidaklah diketahui samada mereka takut bersuara kerana jawatan, atau memang kenyataan begitu tidak sesat dan menyesatkan orang lain.

Tidaklah juga janggal jika non muslim dalam MCA, DAP, PKR, MIC, PBS, SNAP atau mana-mana parti atau individu menyanggah hasrat PAS mengangkat hudud untuk dilaksanakan. Bukankah adil mereka mempersoalkan atau menyanggah kerana ianya bukan aspirasi, bahkan bukan termaktub di dalam agama mereka? Adil bagi mereka mempersoalkan mahupun menyanggah, tetapi zalim bagi yang mengaku beragama Islam bersikap sama.

Namun, jika ahli UMNO sendiri menyanggah dan cuba mengelirukan dengan memberikan gambaran negatif, sedangkan non muslim dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) boleh menyokong bahkan sedia memberi penerangan kepada rakan-rakan non muslim, mungkin UMNO boleh berkursus atau mengambil subjek Perundangan Islam dari mereka (sekadar sindiran).

Jikalah ada yang berkata, kita kena ambil masa supaya “semua” rakyat tahu apa itu HUDUD barulah boleh dilaksanakan. Baik, cuba kita survey “semua” rakyat di Malaysia, adakah mereka tahu kandungan undang-undang sedia ada? Adakah mereka tahu undang-undang terkini yang digubal? Adakah mereka tahu hak mereka jika ditahan dan disoal siasat penguatkuasa? Adakah mereka tahu hak mereka apabila dibicara di mahkamah? Pastinya ramai yang berkata, “Entah”. Tiada pula yang mengatakan undang-undang sedia ada samada undang-undang sivil mahupun syariah perlu dihentikan sementara dan dilaksanakan semula apabila “semua” rakyat mengetahui kandungannya dan hak mereka.

Dalam kes qazaf, agak pelik juga Jabatan Agama Islam negeri-negeri seolah-olah tidak memberi respon terhadap tuduhan demi tuduhan terhadap dakwaan liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Paling tidak pun, mereka kata ini bukan di mahkamah syariah sebagai mencuci tangan. Sehingga JAWI ( Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) pun menolak untuk dilibatkan atas alasan bukan urusan mereka. Jangan nanti ada yang berkata bila ada organisasi agama lain yang campurtangan terhadap urusan perjalanan tuduhan liwat ini, barulah geng-geng nasionalis bertempik supaya orang non muslim jangan campurtangan urusan agama Islam.

Apa yang susahnya untuk membuktikan UMNO yang mengaku beragama Islam mendakwa DSAI dibawah undang-undang Islam? DSAI beragama Islam, Dr Munawar Anees seorang muslim, Sukma Darmawan seorang muslim, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga muslim, apakah susah untuk dibawa ke mahkamah syariah? Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi keseluruhan perjalanan kehidupan termasuk undang-undang sudah pasti sepatutnya digunakan demi menegakkan keadilan.

Satu ketika kononnya negarawan kita berkata lebih kurang maksudnya jika nak makan sup tangan boleh ke Kelantan. Juga kenyataan lebih kurang maksud jika tangan orang Islam kudung, macam mana mereka umat Islam nak maju? Bgaimana mereka nak berkerja? Termenung sekali logiknya macam ya. Termenung sekali lagi, terserlah kebodohannya. Persoalannya, adakah dengan hukuman potong tangan maka orang Islam berebut-rebut mencuri untuk dipotong tangan untuk melariskan industri sup tangan? Mungkin saki baki pencuri adalah non muslim kerana mereka hanya dikenakan denda wang ringgit? Maka yang muslim pun berkata, tak adillah begitu. Umat Islam diwajibkan berpuasa, dan tidak kepada non muslim melainkan mereka ingin mencuba. Tiada pula yang bersuara tidak adil puasa dalam bulan Ramadhan tidak dilaksanakan kepada non muslim?

Apa maksud adil? Sama rata? Seorang anak perempuan mengatakan bapanya tak adil (samarata) kerana membelikannya baju kurung sedangkan adik lelakinya baju melayu bersamping. Seorang budak berumur 3 tahun mendakwa ibunya tidak adil (samarata) kerana nasi dan lauk untuk sedikit sedangkan abangnya berumur 13 tahun banyak. Apatah lagi jika ada yang berkata tak adil (samarata) kerana suami boleh mempunyai lebih seorang isteri dalam masa yang sama, sedangkan perempuan sebaliknya.

Adakah mereka membuat neraca keadilan berdasarkan kefahaman dan keyakinan terhadap perintah Allah, atau berdasarkan kejahilan, nafsu serta dakwaan Islam mengikut kacamata orientalis?

Apa pun, tahniah buat pimpinan Pakatan Rakyat kerana cermat menghadapi isu ini. PAS perlu lebih berkerja keras untuk menerangkan kepada rakyat menggunakan segala medium terhad yang ada sebagai jihad bekal mengadap Allah di akhirat kelak.

http://www.kl-today.com/2011/10/hanya-muslim-jahat-takut-hudud/

Monday, September 5, 2011

Umat Islam kehilangan ulama tersohor

M Faqih

Umat Islam di negara ini kehilangan seorang tokoh ulama tersohor apabila Tuan Guru Datuk Hashim Abu Bakar, 88, kembali ke rahmatullah pada petang 1 Syawal lalu.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Sim terlantar sakit hampir dua tahun lalu merupakan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) dan mudir Pondok Pasir Tumbuh.

Lebih 2,000 warga pondok dan penduduk tempatan menunaikan solat ke atas jenazahnya yang diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut berangkat menunaikan solat di Masjid Pondok Pasir Tumbuh kira-kira jam 6 petang iaitu Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan.

Jenazahnya kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran pondok terbabit.

Setiausaha PPPB, Adam Abdullah berkata, Allahyarham disifatkan sebagai generasi terakhir ulama tersohor dari Malaysia yang pernah mendalami pelbagai kitab di Makkah.

“Sekarang boleh dikatakan sudah tidak ada lagi ulama yang pernah mendalami ilmu agama di Makkah secara halaqat terus dengan ulama-ulama besar di Masjidilharam.

“Pada pandangan saya boleh dikatakan tiada lagi ulama besar seperti Allahyarham Ayah Sim di negara kita yang pernah menekuni pelbagai ilmu agama di Makkah,” katanya.

Menurutnya ulama yang belajar secara berkitab di Makkah berguru dengan ulama-ulama besar dan mengetahui lebih banyak cabang ilmu.

Setiausaha Pondok Pasir Tumbuh, Sairozi Atiqullah berkata, warga pondok benar-benar merasakan suatu kehilangan besar setelah kembalinya Ayah Sim menghadap Ilahi.

Katanya, Allahyarham satu-satunya pengasas Pondok Pasir Tumbuh yang ada sebelum ini selepas kematian Tuan Guru Haji Mustafa dan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Abu Bakar.

“Ayah Sim mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama dua orang iparnya. Dan selepas kedua-duanya meninggal beliau menggantikan tempat sebagai penguasa I atau mudir sehingga sekarang.

”Allahyarham juga dilantik sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad sejak 1995,” ujarnya.

Tuan Guru Hashim dilahirkan di Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah pada 1923. Mendapat pendidikan di Darul Ulum ad-Diniah, Makkah (1936 – 1939).

Pernah juga belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Abdullah Merbuk, Sungai Petani; Pondok al-Marhum Tuan Guru Haji Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak; Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jitra dan Pondok Bunut Payong Kota Bharu.

Ayah Sim juga pernah dianugerah Tokoh Hijraturrasul 1428 Hijriah peringkat negeri Kelantan dan mendapat anugerah Datuk Paduka daripada Sultan Kelantan pada 2010.

Beliau meninggalkan lima anak. Isterinya meninggal beberapa tahun lalu.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kehilangan Ayah Sin begitu dirasai rakyat dan kerajaan negeri Kelantan kerana kehebatan ilmu yang ada padanya.

“Sepanjang hayatnya Allahyarham sering menjadi rujukan dalam pelbagai bidang berkaitan permasalahan agama,” ujarnya.



http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/edu-spective/5210-umat-islam-kehilangan-ulama-tersohor

Tuesday, August 16, 2011

Mufti P.Pinang: Larangan dan bukan fatwa

Posted by admin on August 15th, 2011

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad (gambar) menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

“Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni,” katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.

“Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

“Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.


http://www.kl-today.com/2011/08/mufti-p-pinang-larangan-dan-bukan-fatwa/

Sunday, August 14, 2011

Larang pembesar suara: Perlis sokong Pulau Pinang

Larang pembesar suara: Perlis sokong Pulau Pinang
Ogos 13, 11 9:46am

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang," katanya.

Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan ssebarang bacaan selain azan dengan kuat ssebelum dan selepas'.

Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.

azan call for prayer“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.

“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih.

“Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam,” katanya.

Hormati keputusan

Mengulas perkara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik Bernama berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.

NONE"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur malam semalam.

Berita Harian semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Akhbar milik Umno itu juga memetik pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Abd Shukor Husin, berkata larangan itu ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini

Sebaliknya, kata beliau, larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.

"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya dipetik Berita Harian.


http://malaysiakini.com/news/172875

Friday, July 29, 2011

PUM tolak dakwaan Wahabi ‘pengganas’

Posted by admin on July 29th, 2011

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menegaskan tindakan menyamakan fahaman Wahabi dengan aktiviti pengganas adalah tidak berasas sama sekali sambil menjelaskan, kedua-duanya umpama langit dan bumi.Ini kerana, menurut Yang Dipertua PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir (gambar), fahaman Wahabi tiada kaitan dengan aktiviti pengganas walaupun sentiasa berbeza pendapat dan pandangan dengan pengikut Ahli Sunah Waljamaah.

“Wahabi dengan pengganas macam langit dengan bumi, fahaman Wahabi tiada kaitan dengan aktiviti pengganas… memang ada berbeza dengan kita tapi janganlah kaitkan dengan pengganas.

“Tuduhan ini tidak betul pun, kenapa mahu kaitkan dengan pengganas? Wahabi itu apa? Tiada pun mazhab Wahabi… pengikut fahaman ini ada yang berbeza cara dengan kita, jadi janganlah nak timbulkan masalah-masalah yang kecil seperti ini,” katanya hari ini.

Beliau yang ternyata terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap fahaman Wahabi menegaskan, perkara sebegitu sepatutnya perlu dibincangkan oleh tokoh-tokoh agama dan bukan secara umum kerana ia boleh menimbulkan keraguan tentang agama Islam sendiri.

Sheikh Abdul Halim juga menambah, fahaman Wahabi tidak sesat kerana ia menjadi amalan di Arab Saudi.

“Perkara ini perlu dibincangkan oleh orang-orang yang khusus, yang tahu pasal agama… jangan timbulkan keraguan macam ini. Fahaman Wahabi diamalkan di Arab Saudi, jadi macam mana kita boleh nak kata mereka sesat dan ada kaitan dengan aktiviti pengganas.

“Wahabi tidak sesat, kalau kita kata Wahabi sesat itu tidak betul… mereka cuma berselisih pendapat sahaja, kalau nak kata Wahabi sesat, celah mana mereka sesat? Beritahu pada saya mengapa mereka sesat, saya harap perkara ini boleh diselesaikan dengan baik dan tidak perlu nak diperbesarkan sangat kerana ramai yang tidak faham nanti,” katanya.

Polemik isu Wahabi muncul semula Isnin lalu dengan laporan media menyebut satu pertemuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengaitkan beberapa tokoh agama termasuk bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan 40 ulama muda Umno dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.

Pertemuaan itu juga dilaporkan telah meminta para mufti dan agensi agama memantau pergerakan mereka, namun pengesahan rasmi daripada MKN belum ada.

Ekoran pendedahan itu, Juanda dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa agar dialog terbuka diadakan bagi menyelesaikan isu Wahabi.

Selain itu Juanda juga mempelawa pendakwah bebas Dr Muhammad Uthman El Muhammady agar bertandang ke Perlis semasa Ramadan bagi menjernihkan isu “kesesatan Saudi.”

Uthman yang kini Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai isu Wahabi di Putrajaya, Isnin lalu.

Isu ini juga muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”

Tambah Sheikh Abdul Halim, beliau berharap polemik itu boleh diselesaikan dengan segera.

“Jangan timbulkan keraguan di kalangan umat Islam, perkara ini perkara kecil… elok diselesaikan dengan segera.

“Nanti kalau berlarutan lagi ramai yang tidak faham, siapa yang tidak faham baik mendiamkan diri… biar selesaikan secara ilmiah,” katanya dengan nada kecewa.


http://www.kl-today.com/2011/07/pum-tolak-dakwaan-wahabi-pengganas/

MKN nafi label ulama pengganas, Wahabi

MKN nafi label ulama pengganas, Wahabi

Jul 29, 11 4:45pm


Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam menafikan melabelkan mana-mana ulama sebagai Wahabi dan pengganas dalam taklimat anjurannya di Putrajaya baru-baru ini.

Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (bawah) berkata, apa yang dilabelkan adalah tafsiran peribadi pembentang dan bukan pandangan MKN, lapor Umno Online.

Thajudeen Abdul Wahab“Kita tidak melabelkan sesiapa.

"Ia adalah taklimat biasa secara tertutup dan dihadiri 30 orang dan ia lebih kepada perbincangan akademik, cenderung untuk lebih memahami sesuatu perkara,” beliau dipetik sebagai berkata.

Malaysiakini Isnin lalu melaporkan MKN menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Turut terkait sama mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan 40 ulama muda Umno yang menyertai parti itu lebih setahun lalu.

Bercakap kepada akhbar dalam talian milik Umno itu kelmarin,Thajudeen juga berkata, perbincangan dalam majlis itu turut menyentuh keadaan politik Timur Tengah yang membabitkan beberapa negara.

Malaysiakini difahamkan, salah seorang pembentang dalam majlis itu penceramah terkenal Dr Uthman El-Muhammady yang juga felo di Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) Kuala Lumpur.


http://malaysiakini.com/news/171429

Ulama muda Umno tawar diri berdialog

Jimadie Shah Othman
Jul 29, 11
12:58pm

Ulama Muda Umno hari ini menawarkan diri berkongsi pandangan dalam dialog berhubung isu Wahabi dan terorisme antara penceramah terkenal Dr Uthman El-Muhammady dan anggota jawatankuasa fatwa Perlis.

NONE"Kami berharap kerajaan Perlis akan turut menjemput kami bersama-sama berdialog dalam isu ini kerana kami juga merupakan pihak yang dituduh (sebagai Wahabi)," kata pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya (kanan).

Isnin lalu, taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya didakwa mengaitkan beberapa tokoh agama dengan Wahabi dan terorisme di mana Dr Uthman terlibat sebagai salah seorang pembentangnya.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan institusi agama negeri didakwa turut dikaitkan bersama 40 ulama muda Umno dan pensyarah agama Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Fathul berharap Dr Uthman menyambut pelawaan negeri Perlis itu bagi menjernihkan keadaan dapat berbincang dengan semangat persaudaraan Islam.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammadyDitanya tentang jumlah kehadiran mereka jika dijemput, Fathul tidak dapat memberikan angka tepat buat masa ini.

"Kita akan kerahkan jumlah semaksimun mungkin (ulama muda Umno) supaya hadir," katanya yang juga anak kepada mufti Perlis yang kelimat Mat Jahya Hussin.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah portal berita melaporkan Dr Uthman (kiri) sedia menerima pelawaan berdialog mengenai isu Wahabi dengan syarat ia diadakan secara tertutup dan membabitkan pakar-pakar berkaitan.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Bagaimanapun, Umno Online kelmarin melaporkan, MKN menafikan melabelkan mana-mana ulama dalam taklimat berhubung isu Wahabi baru-baru ini.


http://malaysiakini.com/news/171390

Ulama muda Umno sudah jatuh ditimpa tangga

Nasrudin Hassan

1. Saya masih ingat, antara maklumat yang diterima ramai orang dan bertiup pula ke serata ruang tatkala mengiringi kemasukan 40 ulama' muda ke dalam Umno baru-baru ini ialah kerana mahu mengelak dari dilabel sebagai pengganas atau terroris. Kebetulan, pada masa itu terdapat usaha dari beberapa pihak yang giat menyerang fahaman wahabi dan lebih nekad mengaitkannya dengan kumpulan pengganas.

2. Antara yang dipalit dan diseret ke kancah wahabi dan pengganas ialah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin mantan Mufti Perlis. Namun alhamdulillah, Dr. Mohd Asri tidak mudah terpedaya dan tidak mudah mengantuk biarpun telah dihulurkan bantal empuk buat beliau.

3. Buat beberapa purnama, isu pengganas ini reda, demikian juga isu wahabi surut seketika. Sementara itulah, ulama' Muda Umno giat menyerang usaha yang dilakukan oleh PAS terutama dalam beberapa isu seperti isu Majlis Fesyen Islam yang dinaungi oleh Rosmah Mansur di Monte Carlo. Ketika DPP Malaysia membantah, ulama' Muda Umno tampil mempersoalkan tindak DPP Malaysia ketika itu tanpa pula mempersoalkan penganjuran majlis tersebut.

4. Terbaru isu Himpunan BERSIH 2.0 yang menyaksikan beberapa tokoh Ulama' Muda UMNO ini gigih mempertahankan kerajaan dan sekaligus menempelak penganjuran himpunan BERSIH 2.0 sebagai bertentangan dengan syariat Islam dan manhaj salafus soleh.

5. Tidak semena - mena, setelah Ulama' Muda Umno mengerah segala keringat, ilmu dan masa untuk mempertahankan kerajaan dan memburukkan BERSIH 2.0 , kini mereka pula disenaraikan sebagai wahabi dan lebih malang dikaitkan pula sebagai pengganas.

6. Ternyata usaha Ulama' Muda Umno tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata - rata. Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai Umno adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak.

7. Andai benarlah bagai dikata, saya sungguh bersimpati dengan nasib 40 Ulama Muda Umno, sudahlah mereka jatuh terperosok dalam perangkap UMNO kini mereka pula tertimpa tangga yang mereka panjat sendiri untuk mencari ruang selesa dalam UMNO, parti yang mereka sangka mampu menyelamatkan kedudukan mereka pada waktu itu.

8. Andai maklumat umum yang saya terima itu tiada kebenarannya, maka atas dasar dan asas apa sekalipun 40 Ulama' Muda yang menyertai UMNO tempohari, setelah dipuja dan dijulang sebagai pembawa rahmat dan manisan buat Umno, kini usaha mereka dibalas racun berbisa apabila mereka terus dilabel sebagai Wahabi dan pengganas. Kelihatan Pergerakkan Pemuda Umnopun tidak mempertahankan Ulama' Muda UMNO tersebut biarpun dalam masa yang sama mereka membela Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. Apakah Pemuda UMNO merasakan Ulama' Muda UMNO ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas ? wallahua'lam bissowab.

9. Saya mengenali sebahagian dari tokoh Ulama' Muda UMNO tersebut. Tidak tergambar pada fikiran saya dengan raut wajah dan susuk tubuh yang dimiliki, mereka boleh tersenarai sebagai pengganas. Tapi apa boleh buat, kini usaha memerangi fahaman wahabi dan mengaitkannya dengan pengganas telah berjaya mempengaruhi pihak kerajaan. Sebagaimana Ulama' Muda UMNO itu begitu tega menuduh BERSIH 2.0 dengan pelbagai label maka kini kerajaan tidak sedikitpun menunjuk wajah simpati kepada mereka dengan melabelkan mereka pula sebagai ppengganas.

10. Sementara kerajaan UMNO dan BN ini pula memang terkenal mudah melabel satu - satu pihak dengan label yang bukan - bukan sesuka hati mereka. Terbaru lebih 60 Ngo yang bergabung membentuk sebuah kempen dikenali sebagai BERSIH 2.0 telah dilabel sebagai komunis dan mendapat pembiayaan dari kuasa asing. Kini saya termenung dianjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 Ulama' Muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya. Berbaloi digelar "pengganas" oleh kerajaan UMNO dan BN kerana menentang mereka.

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi


http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/4586-ulama-muda-umno-sudah-jatuh-ditimpa-tangga

Thursday, July 28, 2011

Dr Uthman diundang bincang Wahabi, terorisme

Dr Uthman diundang bincang Wahabi, terorisme
Jimadie Shah Othman
Jul 28, 11
9:16am

Kerajaan negeri Perlis melalui jawatankuasa fatwanya hari ini mengeluarkan undangan rasmi berdialog kepada penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

NONEMenurut mufti negeri Dr Juanda Jaya (kiri), undangan rasmi bertulis dihantar kepada felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) itu setelah diputuskan anggota jawatankuasanya semalam.

"Kita harap majlis itu dapat diadakan pada bulan puasa ini supaya kurang sedikit unsur syaitannya," katanya.

Dalam Islam, Ramadan adalah bulan yang berkat kerana menurut hadis Nabi, syaitan dirantai sepanjang bulan itu.

"Jika tuduhan itu tidak benar, ia dianggap memecahbelahkan orang ramai, mengikut perangai syaitan dan mengancam negara," katanya.

Malaysiakinidifahamkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya Isnin lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

NONEDikatakan juga taklimat itu juga mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu.

Bagaimanapun, semalam, Dr Juanda mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar" dalam majlis di mana Dr Uthman terlibat sebagai seorang pembentang kepada mufti dan wakil majlis agama Islam negeri yang hadir.

Libatkan haji ke Mekah

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Juanda berkata, Dr Uthman boleh memilih tarikh di mana beliau mempunyai kelapangan untuk membentangkan semula idea-ideanya kepada anggota jawatankuasa fatwa negeri dan ahli akademik yang akan dijemput.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammady"Majlis ini juga terbuka kepada orang awam dan pihak media supaya setiap pihak dapat menilainya," kata Dr Juanda yang juga felo pelawat di Universiti Oxford.

Menurut Dr Juanda, Dr Uthman perlu membuat penjelasan itu kerana implikasi dakwaan dalam taklimat itu melibatkan amalan penting umat Islam seperti mengerjakan umrah dan haji umat Islam di Mekah - wilayah yang ditadbir Arab Saudi.

"Menjelang Ramadan juga, ramai imam daripada Mekah dijemput mengimami solat Tarawikh di negara ini, kita bimbang amalan mereka tidak sah pula nanti," katanya.

Arab Saudi merupakan negara yang paling dikaitkan dengan fahaman Wahabisme, terutamanya oleh golongan Orientalis. Di Malaysia pula, Perlis satu-satunya negeri yang dikaitkan dengan amalan itu walaupun pemimpin dan ulamanya sering menafikannya.

azlanUsaha Malaysiakini mendapat komen Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Dr Uthman merupakan tokoh maal hijrah kebangsaan pada tahun 2005. Pemegang ijazah doktor persuratan kehormat (D Litt) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu terkenal kerana kajiannya dalam bidang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


http://malaysiakini.com/news/171263

Ulama muda Umno: Ini kerja 'ustaz simpanan'

Jimadie Shah Othman
Jul 28, 11
11:34am

Walaupun dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme, Ulama muda Umno berkata mereka tidak menyalahkan pihak kerajaan atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menganjurkan majlis itu.

Sebaliknya, tindakan itu disyaki diusahakan oleh beberapa 'ustaz-ustaz simpanan' yang didakwa berlegar di sekeliling MKN - badan bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri itu.

NONE"Mereka ini cuma mengambil kesempatan atas beberapa perbezaan pendapat dalam perkara furuk untuk memecah belahkan umat Islam," dakwa pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya (kanan).

Beliau bagaimanapun enggan menyebut secara khusus pihak yang didakwanya sebagai 'ustaz-ustaz simpanan' itu.

Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya Isnin lalu, 40 ulama muda Umno antara pihak yang disebut bersama bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bagaimanapun, semalam, bekas mufti Perlis Dr Juanda Jaya semalam mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar".

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Fathul mengambil pendekatan sama dengan pihak lain yang dituduh dan mahu menyelesaikan kekusutan itu melalui pendekatan dialog.

"Kita sedia berdialog dengan siapa pun mereka supaya tidak timbul lagi kekeliruan," katanya yang lebih selesa majlis itu diadakan secara tertutup.

Graduan Universiti Madinah yang menyertai Umno setahun lalu itu juga berkata partinya tidak harus dipersalahkan kerana Umno tiada kena mengeja dengan penganjuran taklimat itu.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan semalam berkata beliau bersimpati dengan 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.

Dakwanya, usaha itu tidak langsung dihargai dan kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata.


http://malaysiakini.com/news/171281

Isu Wahabi: Kusut pada metodologi, bukan pada hati

Shamsul Muda
Jul 28, 11
9:34am

Isu 'fahaman Wahabi mempunyai perkaitan dengan terorisme dan mengancam keselamatan negara', tercetus hasil peranan beberapa agamawan tertentu. Peranan yang mereka mainkan menyebabkan pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, akhirnya menerima fahaman Wahabi boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Inilah susur galur kemunculan isu ini.

Ringkasnya, ia muncul bukan disebabkan percaturan politik untuk kepentingan pihak tertentu. Ia juga tidak membabitkan mana-mana parti politik, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Salah seorang individu yang dilabel sebagai pengikut Wahabi, yang juga seorang ahli sebuah parti politik, turut menafikan penglibatan partinya itu dalam isu ini.

Hakikat ini perlu dimaklumi bagi sesiapa juga yang berusaha menangani isu ini atau cuba memahaminya.

Isu utama berhubung perkara ini ialah punca fahaman Wahabi didakwa berpotensi mendorong pengikutnya berfikiran radikal, dan seterusnya menjurus mereka ke arah terorisme. Punca ini perlu dikenal pasti kerana jika tidak, perbuatan melabel orang lain sebagai Wahabi, akan terus berlaku.

Puncanya bukan disebabkan kemahuan sesetengah pihak mencantas individu tertentu dari terus menganggotai parti politik tertentu. Ini kerana, tidak semua individu yang dilabel sebagai Wahabi, adalah ahli parti politik terbabit.

Mencantas

Malahan, ramai dari kalangan yang dilabel Wahabi, dilabel sedemikian sebelum mereka menganggotai parti politik lagi. Lebih dari itu, individu yang menjadi rakyat sebuah negara di utara tanah air, turut dilabel sebagai Wahabi.

Soal mencatas disebabkan perkiraan politik, jelasnya tidak timbul.

Ia bukan juga disebabkan niat jahat agamawan-agamawan 'tertentu' tadi untuk mengenakan fahaman Wahabi dan pengikutnya. Ini adalah berdasarkan pengamatan penulis terhadap tulisan-tulisan dan aktiviti agamawan-agamawan 'tertentu' tadi. Di samping persahabatan penulis dengan agamawan yang lantang 'berjihad' menentang Wahabi.

Punca isu ini-secara asasnya-ialah kepincangan metodologi yang digunakan agamawan-agamawan 'tertentu' tadi dalam mengamati fahaman Wahabi.

Metododolgi yang pincang ini, menemukan mereka dengan satu rumusan yang tersasar, iaitu 'fahaman Wahabi boleh membawa pengamal dan pengikutnya ke arah pemikiran radikal, dan kemudian ke arah terorisme'.

Metodologi yang mereka gunakan ialah menjadikan 'sikap keras dan tidak bertolak ansur fahaman Wahabi berhubung beberapa perkara', sebagai hujjah untuk mendakwa fahaman itu berpotensi membentuk pemikiran radikal, dan seterusnya terorisme.

Sikap keras dan tidak bertolak ansur Wahabi itu ialah tindakan mereka menghukumkan beberapa pengamalan majoriti umat Islam di seluruh dunia, khususnya di Malaysia, sebagai bid'ah, sesat dan syirik yang menjadikan seseorang itu murtad.

Bid'ah

Sebagai contoh, amalan menyambut Maulud Nabi dan peristiwa Israk Mi'raj. Aliran Wahabi menghukumkannya sebagai bid'ah. Bid'ah pula adalah sesuatu yang sesat. Manakala setiap yang sesat, tempatnya di neraka.

Demikian juga amalan kenduri arwah dan tahlil. Juga dipandang bid'ah oleh aliran Wahabi.

Lebih daripada itu, mereka memutuskan, amalan bertawassul dengan orang yang telah mati, adalah perbuatan syirik yang menjadikan seseorang itu murtad.

Masalah timbul apabila kesemua contoh pengamalan tadi (kecuali kenduri arwah) difatwakan harus oleh majoriti ulama sejak dahulu hingga sekarang. Ekoran itu, ia diamalkan oleh majoriti umat Islam, khususnya di Malaysia sejak zaman berzaman.

Satu lagi isu besar berkaitan Wahabi ialah penolakan mereka terhadap mazhab majoriti umat Islam, termasuk Malaysia dalam bidang akidah, iaitu mazhab Asya'irah. Sesetengah agamawan 'tertentu' tadi mendakwa, fahaman Wahabi menghukumkan mazhab Asya'irah ini sebagai sesat.

Pada titik ini, para agamawan 'tertentu' tadi akan membuat kesimpulan dan rumusan mereka sendiri. Rumusan mereka ialah 'fahaman Wahabi berpotensi membentuk pemikiran radikal dan seterusnya terorisme di kalangan pengikutnya'.

Asas kepada rumusan ini ialah pandangan aliran Wahabi-dalam konteks Malaysia- terhadap majoriti umat Islam di Malaysia. Iaitu mereka sesat, mengamalkan bid'ah dan kafir disebabkan mereka melakukan sambutan maulud Nabi, berpegang kepada akidah berasaskan mazhab Asya'irah dan bertawassul dengan orang yang telah mati.

Bertindak ganas

Sesuatu fahaman yang melihat umat Islam yang lain sebagai sesat, ahli bid'ah dan kafir, akan terdorong untuk bertindak ganas terhadap mereka yang dipandang sedemikian. Ia juga boleh mendorong pengikut fahaman sebegini, melakukan kekerasan dan keganasan bagi mencegah dan menghapuskan kesesatan, kekufuran dan bid'ah yang berlaku.

Demikianlah rumusan yang disimpulkan agamawan-agamawan 'tertentu' itu tadi.

'Sikap keras dan tidak bertolak ansur fahaman Wahabi' inilah yang dimaksudkan sesetengah agamawan 'tertentu' tadi, sebagai bukti-bukti yang menunjukkan fahaman Wahabi boleh membawa kepada pemikiran radikal dan terorisme.

Pada titik ini, tercetus satu persoalan asas dan utama berhubung isu ini. Apakah pewartaan beberapa amalan yang dilakukan majoriti umat Islam sebagai bid'ah, sesat atau syirik oleh fahaman Wahabi, boleh mendorong mereka bertindak ganas?

Jika jawapannya 'ya', maka kita akan berhadapan dengan masalah besar. Sebab dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW sendiri, banyak pengisytiharan berkenaan status banyak perkara sebagai sesat, kafir, jahiliyyah dan lain-lain.

Seperti contoh, al-Quran menyifatkan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah selaku pencipta mereka, sebagai lebih sesat daripada binatang ternakan. Mereka juga disifatkan memiliki akidah yang najis. Manakala pemerintah Islam yang tidak melaksanakan hukum Allah pula disifatkan sama ada zalim, fasik atau kafir.

Begitu juga dengan hadis-hadis Nabi. Ia melaknat peminum arak dan semua pihak yang terbabit dalam industri arak. Demikian juga pemberi dan penerima rasuah. Juga dilaknat oleh hadis Nabi. Hadis Nabi juga menghukumkan seseorang yang meninggalkan solat secara sengaja, menjadi murtad seperti pandangan mazhab Hambali.

Zalim, fasik, sesat?

Apakah boleh disimpulkan bahawa al-Quran dan Sunnah mengandungi pemikiran yang boleh membawa kepada terorisme, disebabkan ketegasannya memutuskan perkara-perkara ini sebagai zalim, fasik, sesat, kafir atau laknat?

Tentu sekali tidak. Ini kerana al-Quran dan Sunnah juga, dalam masa yang sama, menjelaskan pendekatan yang wajib digunakan dalam menyebarkan ajarannya.

Ringkasnya, sikap keras dan tidak bertolak ansur aliran Wahabi seperti yang dinyatakan, tidak boleh dijadikan hujjah bahawa fahaman itu boleh membawa pengikutnya kepada terorisme.
Ini kepincangan pertama metodologi agamawan-agamawan 'tertentu' tadi dalam menangani isu fahaman Wahabi ini.

Kepincangan kedua ialah mereka tidak melihat secara keseluruhan fahaman Wahabi. Mereka hanya melihat 'sikap keras dan tidak bertolak ansur Wahabi berhubung beberapa perkara' yang dinyatakan, kemudian terus membuat rumusan bahawa aliran ini boleh membawa pengikutnya kepada pemikiran radikal dan terorisme.

Malangnya, mereka 'terlupa' untuk turut melihat pendekatan yang dipegang oleh fahaman Wahabi dalam menyebarkan fahaman mereka. Meskipun fahaman ini bersikap tegas secara berlebihan dan tidak bertolak ansur dalam soal-soal yang dinyatakan, namun pendekatan mereka tidak sedemikian.

Sesiapa juga-termasuk agamawan-agamawan 'tertentu' tadi-mengetahui bahawa fahaman Wahabi ialah satu “manhaj (metod) yang memfokuskan kepada aspek tasfiah dan tarbiah”.

Definisi tentang fahaman Wahabi ini bersumberkan kenyataan Syaikh Albani, tokoh Salafi besar di zaman moden, yang memfokuskan gerak kerja beliau kepada aspek tasfiah dan tarbiah.

Pembersihan akidah

Tasfiah bermaksud pembersihan. Yang dimaksudkan di sini ialah pembersihan akidah dari segala khurafat dan ibadat dari segala bid'ah. Manakala 'tarbiah' bermaksud pendidikan. Iaitu mendidik umat Islam dengan didikan al-Quran dan Sunnah.

Bertitik tolak dari sini, fahaman Wahabi menolak pendekatan jihad atau pendekatan politik dalam menyebarkan fahaman mereka tentang Islam. Syaikh Albani secara terang-terangan menggesa umat Islam menjauhi politik.

Sebab itulah, dalam persekitaran fahaman Wahabi, masyhur kata-kata yang berbunyi “sebahagian daripada politik itu, ialah meninggalkan politik”.

Penolakan mereka terhadap pendekatan politik juga disebabkan oleh konsep ketaatan kepada pemerintah yang agak berlebihan yang menjadi pegangan mereka. Mereka menyeru masyarakat mentaati pemerintah biarpun “pemerintah menyebat belakang mereka dan mengambil harta mereka”, selama mana pemerintah itu mengizinkan rakyat mendirikan solat.

Pemikiran dan sikap aliran Wahabi secara umum, boleh dilihat melalui slogan mereka yang berbunyi “La Nukran Wala Hajran Wala Khuruj” (Tiada pengingkaran, pemulauan dan pemberontakan).

Rentetan daripada konsep ketaatan yang berlebihan ini juga, mereka mengharamkan penubuhan parti-parti politik dalam Negara Islam. Demikian juga demonstrasi membantah atau menuntut sesuatu dari pihak pemerintah. Ia juga haram.

Menurut fahaman Wahabi, satu-satunya aktiviti politik yang boleh dipraktikkan oleh rakyat ialah menasihati pemimpin. Itupun secara tertutup dengan cara menarik tangan pemimpin ke tempat tertutup untuk memberi nasihat.

Inilah pemikiran aliran Wahabi berhubung pendekatan dakwah.

Andainya para agamawan 'tertentu' tadi mengambil kira pendekatan aliran Wahabi yang lunak ini, tentu rumusan dan kesimpulan mereka tentang aliran ini tidak seperti yang ada sekarang.

Jadi pengganas

Justeru, adalah sesuatu yang tidak terlintas di fikiran bahawa aliran ini boleh dilabel sebagai berpotensi menjadikan pengikutnya pengganas. Dalam masa sama, ia suatu yang agak melucukan.

Tepat sekali catatan dalam satu portal, bahawa gerombolan ulama muda yang berpegang kepada semua pendekatan dakwah aliran Wahabi yang dinyatakan tadi, langsung tidak berpotensi dan berbakat untuk menjadi pengganas!

Malangnya, agamawan-agamawan 'tertentu' tadi tidak mengambil kira pendekatan dakwah aliran Wahabi yang dinyatakan ini dalam menentukan sikap mereka terhadap aliran ini. Yang mereka lihat dan jadikan asas ialah 'sikap keras dan tidak bertolak ansur fahaman Wahabi' berhubung persoalan-persoalan yang dinyatakan sebelum ini, mengakibatkan rumusan mereka tentang Wahabi tersasar.

Ironinya, metodologi yang pincang akan menatijahkan rumusan dan dapatan yang 'tempang'.

Saya menyeru agar semua pihak berlaku adil terhadap kawan dan lawan, sesuai dengan semangat al-Quran yang menegah kita bersikap tidak adil disebabkan kebencian kita terhadap sesuatu pihak.

Adalah sesuatu yang sangat malang bagi umat Islam di Malaysia, jika kerana metodologi yang tempang ini, menyebabkan banyak pihak dilabel sebagai berpotensi menjadi pengganas.

Lebih malang lagi, jika disebabkan metodologi yang tempang ini, beberapa orang saudara seagama dari Tanah Arab dan Bumi Afrika, telah diusir keluar kerana menganut fahaman Wahabi yang dihukumkan sebagai boleh membawa kepada keganasan berdasarkan metodologi yang tempang tadi.

Kepada semua pihak, ikutilah metodologi yang betul dan bertaqwalah kepada Allah dalam membuat sesuatu keputusan.

Penulis adalah lepasan kuliah Syariah dan Pengajian Islam dari Universiti Mu'tah, Jordan. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.


http://malaysiakini.com/news/171265

Wednesday, July 27, 2011

Wahabi, terorisme: Mufti gesa k'jaan segera perjelas

Wahabi, terorisme: Mufti gesa k'jaan segera perjelas
Jul 27, 11 11:20am


dikemaskini 11.39am

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Katanya, beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa "tuduhan liar" tersebut dalam majlis di Putrajaya itu.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Berlengah dalam memberikan respons hanya mengundang keraguan dan kesangsian pada pihak yang dituduh tanpa sebab," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini pagi ini.

Kenyataan Dr Juanda (kiri) itu dipercayai ekoran tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam yang mengelak mengulas berhubung taklimat MKN itu walaupun beberapa kali ditanya pemberita.

Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya pada hari sama, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Taklimat yang diserta mufti dan wakil majlis agama Islam negeri turut mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu. Malah, negara teluk lain seperti Kuwait dan Bahrain turut dikaitkan sama.

Malaysiakini difahamkan, kecuali Dr Juanda, semua mufti negeri lain diundang menghadiri taklimat yang antaranya disampaikan penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

azlanDr Juanda menegaskan bahawa keadilan kepada rakyat merupakan asas sebuah pemerintahan dan tidak wajar tidak diberikan sama rata, terutamanya kepada "pemimpin agama yang memandu kebaikan dunia dan akhirat".

Dr Juanda juga berkata, beliau, ulama dan anggota majlis fatwa negeri sedia berdialog dengan MKN, Jabatan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri berhubung perkara itu.

"Kerajaan perlu bagi keutamaan perkara ini kerana ia soal agama," katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/171162

Pemuda PAS 'simpati' pada ulama muda Umno

Jul 27, 11 12:15pm

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini berkata beliau bersimpati dengan 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.

Antara tindakan itu, tambahnya, apabila kumpulan itu menyerang PAS dalam isu kontroversi Festival Fesyen Islam (IIF) dan menempelak penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0.

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2"Ternyata usaha ulama muda Umno tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata.

"Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai Umno adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak," dakwanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersyukur apabila bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin tidak "terpedaya" walaupun dihulur "bantal empuk" menyertai Umno bersama kumpulan itu pada Jun tahun lalu.

Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya pada hari sama, bekas Dr Asri dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

young ulama join umno 250610 02Menulis dalam blognya malam tadi, Nasrudin - graduan Universiti Al-Azhar, Mesir - juga menyindir Pemuda Umno yang tidak membela kumpulan itu walaupun dalam masa sama mempertahankan Dr Asri.

"Apakah Pemuda Umno merasakan ulama muda Umno ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas?" soalnya sinis.

Bagaimanapun, Nasruddin yang mengakui mengenali sebahagian anggota ulama muda Umno berkata, melalui raut wajah dan sosok tubuh, tidak tergambar di fikirannya bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.

"Kini saya termenung di anjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya.

"Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," tulisnya lagi dalam artikel itu.


http://malaysiakini.com/news/171169

ULAMA UMNO TETAP KEKAL DALAM PARTI

POSTED BY ADMIN ON JULY 27TH, 2011

Ulama muda Umno mengetepikan saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti itu, sebaliknya mahu mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dilapor mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.Malah kata mereka, isunya bukan Umno tetapi ada pihak yang tidak suka dengan keanggotaan pihaknya dalam parti itu dan mahu mencantas dengan menggunakan label Wahabi.

“Saya sebenarnya tidak mahu beri apa-apa komen kerana kita tunggu untuk mengadakan perbincangan dengan MKN, bila ada perbincangan mungkin akan ada jalan keluar.

“Kita masih menunggu (untuk jumpa MKN), kita dalam proses ke arah itu, saya tidak mahu nak cakap banyak… kita mahu selesaikan masalah ini secara harmoni,” kata jurucakap ulama muda Fathul Bari Mat Jahya.

Mengenai saranan Asri, Fathul Bari (gambar) menegaskan “ini bukan pasal Umno.”

“Tuduh Wahabi bukan satu masalah sebab dulu sebelum masuk Umno juga orang dah tuduh.

“Apa yang berlaku ini hanya perbezaan pendapat dan pandangan, mungkin ada orang yang tak suka dan mahu cantas dengan labelkan orang sebagai pengganas,” katanya.

Selain 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu, Asri juga disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau oleh para mufti dan agensi agama.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi daripada MKN berhubung perkara itu.

Dalam laporan semalam, Asri berharap ulama-ulama muda Umno mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti itu ekoran tindakan pihak tertentu terus mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.

Beliau juga terkejut apabila ada pihak yang menganggap ulama muda menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

Dalam tulisan di laman Facebooknya kelmarin, Asri berkata “pada hari ini satu taklimat keselamatan diberikan kepada para mufti dan pegawai agama di seluruh negara… tamat pada pukul 1 tengah hari… beberapa tokoh dimasukkan sebagai mengancam keselamatan negara… saya pun dimasukkan juga… saya tidak kisah, memang ada pun pendapat saya yang tidak sama dengan kerajaan pusat termasuk dalam isu Bersih.”

“Namun yang peliknya 40 ulama muda Umno juga dimasukkan dalam senarai pengganas khusus Ustaz Fathul Bari… demikian setelah mereka berhempas membela kerajaan Umno, inilah balasannya.”

Malah kata Asri, “(kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas.. parti politik tertentu yang menerima bantuan daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas… sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas… inilah apabila madu dibalas racun, penawar dibalas tuba… elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik…”

Ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu dilihat sebagai rakan Asri. Asri juga pernah dikatakan akan menyertai Umno bersama mereka ketika itu, tetapi bekas mufti itu memutuskan untuk kekal di luar arena politik dan meneruskan pendirian beliau tanpa memihak mana-mana pihak.

Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu.

Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Juanda juga muncul. Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu.

Isu itu sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”

http://www.kl-today.com/2011/07/ulama-umno-tetap-kekal-dalam-parti/

SIAPA PEMBAWA DALIL KIAMAT YANG NYATA?

POSTED BY ADMIN ON JULY 27TH, 2011

Aspan Alias

Pihak kerajaan tidak boleh duduk diam tanpa berkata-kata yang tidak digemari ramai. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis pula sekarang dituduh sebagai seorang Wahabi dan beliau sangat hampir untuk dituduh sebagai pengganas.Apa sahaja yang terkeluar dari mulut pihak kita semuanya menyakitkan pihak yang lain. Dalam nafas yang sama mereka mengingatkan tentang perpaduan Islam dan entah apa yang lain.

Semua manusia dalam Malaysia ini merbahaya kepada kerajaan. Berjalan secara aman beramai-ramai untuk berhimpun secara aman dikatakan oleh pemerintah sebagai perhimpunan haram yang mengganas dan kononnya rakyat Malaysia hendak meniru apa yang berlaku di Timur Tengah.

Apabila rakyat menyokong bersih yang di ketuai oleh Datuk Dr Ambiga Sreenevasan mereka menuduh yang kita sebagai tidak patriotik dengan menyokong pimpinan bukan Islam. Penyokong Bersih itu di anggap sebagai perusuh tetapi disebaliknya polislah yang merusuh mereka. Pihak pemerintah begitu “paranoid” dengan apa sahaja yang dilakukan dan diungkapkan oleh pihak lain.

Dengan apa yang dilakukan terhadap Asri ini, satu lagi bukti jelas pihak kerajaan akan lakukan apa sahaja untuk menunduk sesiapa yang bercakap benar. Di dalam sistem pemerintahan kita yang benar akan selalu gagal dan yang bathil tidak akan menghadapi kesusahan. Malahan pemerintah seolah-olah merupakan pihak pembawa dalil hari kiamat yang paling jelas.

Dalil-dalil kiamat memang sudah nyata berada di hadapan kita. Dalil kiamat itu selalunya bertentangan dengan nilai dan moral biasa. Dan pemimpin-pemimpin kita nampaknya menjadi pembawa dalil yang tegar.

Apa sahaja yang baik itu salah baginya. Yang bathil bermaharaja lela, yang hak dan benar sentiasa diejek dan dihina. Yang salah nampak benar dan yang benar dikatakan salah… Kalau dahulunya kita hanya nampak dalil yang biasa sahaja seperti buah di luar musim, lelaki menyerupai perempuan dan perempuan pula menyerupai lelaki, kini dalil yang lebihnya sedang timbul dengan jelas sekali.

Ianya termasuk pengaruh perempuan yang sangat besar dalam masyarakat. Wanita di takuti oleh lelaki dan wanita bermaharajalela. Yang kaya bertambah kaya dengan cara bathil dan mereka dilindungi dengan undang-undang yang ketat.

Semua manusia yang mahu kebenaran akan menjadi bahan kritikan dan dihina. Yang berkuasa akan menggunakan kuasa secara bebas dan tidak adil semata-mata kerana kuasa yang ada.

Orang yang hina dan melakukan kesalahan dan noda akan menjadi idaman orang ramai. Agama akan diberikan intepritasi yang terbalik. Yang melakukan sesuatu dengan tujuan yang baik akan dihina dan diperkosa oleh pihak yang berkuasa.

Yang berilmu (ulamak) tidak akan mendapat tempat lagi. Itu sebabnya dalam kes Asri ini ianya merupakan satu dalil jelas menuju kearah kiamat itu tadi. Yang mendapat tempat ialah mereka yang memperjuangan perkara yang menyekutukan tuhan seperti tidak akan terjamin rezeki jika tidak mengikuti pihak berkuasa yang tidak adil itu.

Yang belum kita lihat dengan mata kepala kita hanyalah satu elemen dalil sahaja lagi… iaitu matahari belum lagi terbit dari barat. Dalil-dalil yang lain semuanya sudah ada dan kebanyakan dalil itu dilakukan oleh kalangan kita sendiri.

Jika matahari sudah mula terbit dari barat maka segala niat yang baik tidak akan menjadi kenyataan dan diterima tuhan lagi. Oleh itu jika kita mahu melakukan yang baik dan tidak mahu menjadi salah seorang dari pembawa dalil itu tadi elok melakukan sesuatu sebelum matahari terbit dari barat. Biar lambat asalkan selamat.

Tuhan berjanji jika masih ada umatNya yang masih berzikir kapadaNya walaupun seorang dunia ini belum lagi akan kiamat. Jika kita ingin menjadi penyelamat elok kita jangan terbabit dengan pembawa-pembawa dalil itu dan sebaliknya kita keluar dari kumpulan itu.

Semoga kita adalah di kalangan yang tidak bersama dengan pembawa dalil itu tadi, supaya dunia tidak dan belum lagi kiamat. Kita berbuatlah kebaikan sebelum matahari terbit dari barat kerana kita lakukan kebaikan selepas matahari terbit dari barat segala kebaikan ubudiah kita tidak lagi diterima tuhan kerana sudah terlambat.

— aspanaliasnet.blogspot.com


http://www.kl-today.com/2011/07/siapa-pembawa-dalil-kiamat-yang-nyata/

Wahabi, terorisme: Menteri agama elak ulas

Abdul Rahim Sabri
Jul 26, 11
5:25pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengelak mengulas berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh ulama dengan fahaman Wahabi dan terorisme semalam.

NONEWalaupun ditanya beberapa kali oleh pemberita, beliau hanya mahu menjawab berhubung isu berhubung programnya pada hari ini sahaja yang antaranya berkaitan hal ehwal pegawai penyelarasan masjid di daerah-daerah (PPMD).

"(Perkara) yang hari ini. Saya fokus yang hari ini. Pasal, kalau tidak tak keluar pula (dalam akhbar).

"Sebab (program) semalam, tak keluar, jadi saya berasa rasa kecil hati," katanya dalam sidang media selepas majlis pertemuan dengan pegawai PPMD di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya petang ini.

Diminta sekali lagi mengulas isu kebimbangan yang ditimbulkan dalam taklimat MKN di Putrajaya semalam, Jamil Khir tetap menjawab:

"Tak apalah, cukuplah yang itu dulu, sebab sat (sekejap) lagi, memang tak masuk".

azlanWalaupun terus diasak pemberita hingga kali ketiga, Jamil Khir dengan nada berseloroh tetap menolaknya dan berkata akan menjawab perkara itu apabila "esok, sampai masanya"

Semalam Malaysiakini melaporkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya semalam, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 Ulama Muda Umno adalah antara yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan Terorisme.

Kuasa pendakwaan pada Jakim

Taklimat yang diserta para mufti dan wakil majlis agama Islam negeri, turut mendakwa kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik tokoh-tokoh ini.

Sementara itu, Jamil Khir turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengkaji kerelevanan kedudukan jawatan PPMD yang diwujudkan sejak tahun 1991.

azlanKatanya, sejak 20 tahun lalu, seramai 89 orang menyandang jawatan berkenaan di mana 68 daripadanya mendapat elaun daripada Jakim.

"Saya sebut kepada Jakim, kaji balik adakah PPMD ini masih lagi dikira sebagai relevan. Dan kalau relevan bagaimanakah kita hendak memberi satu penambahbaikan (dan) kekuatan.

"Jadi saya nak tahu keperluan sebenarnya bagaimana, dan kita nak melihat hala tuju, misi dan visi kewujudan PPMD dapat diselaraskan dengan baik," katanya.

Beliau turut meminta Jakim meneliti sama ada jawatan itu perlu diselaraskan dengan menempatkan pegawai terbabit di peringkat parlimen, daerah atau negeri kerana pelbagai pandangan dikemukakan berhubung penempatannya.

Sementara itu, Jamil Khir menyambut baik berhubung pindaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang antaranya memberi kuasa pendakwaan kepada Jakim bagi menangani masalah berkaitan sijil halal di premis perniagaan.

Dengan pindaan itu, tambahnya, seramai 62 orang diberi kuasa itu buat masa ini.


http://malaysiakini.com/news/171115

MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi

MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi
Jimadie Shah Othman
Jul 25, 11
4:06pm

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

NONEMenurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.

"Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923)," dakwa sumber-sumber.

Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan

Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.

Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “terorisme agama dalam taklimat anti-keganasan anjuran pihak polis.

young ulama join umno 250610 02Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".

Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan.

"Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

'Tolak juga fahaman tak demokratik'

Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.

NONE"Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

"Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu - merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agama - hendaklah ditolak seluruh umat Islam.

"Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat.

"Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.


http://malaysiakini.com/news/170971

Asri: 40 ulama diminta kaji sertai Umno

Posted by admin on July 26th, 2011

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap ulama-ulama muda, yang menyertai Umno tahun lalu, mengkaji balik kedudukan mereka dalam parti itu ekoran tindakan pihak tertentu terus mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas. Isu ini menjadi perhatian ekoran laporan media semalam bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meminta para mufti dan agensi agama negeri mengambil tindakan memantau amalan tersebut.

Selain Asri, seramai 40 ulama muda (gambar) yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.

Sehubungan itu, Asri berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

“Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.

“Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno,” kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam tulisan di laman Facebooknya semalam, Asri berkata “pada hari ini satu taklimat keselamatan diberikan kepada para mufti dan pegawai agama di seluruh negara… tamat pada pukul 1 tengah hari… beberapa tokoh dimasukkan sebagai mengancam keselamatan negara… saya pun dimasukkan juga… saya tidak kisah, memang ada pun pendapat saya yang tidak sama dengan kerajaan pusat termasuk dalam isu Bersih.”

“Namun yang peliknya 40 ulama muda Umno juga dimasukkan dalam senarai pengganas khusus Ustaz Fathul Bari (Mat Jahya)… demikian setelah mereka berhempas membela kerajaan Umno, inilah balasannya.”

Malah kata Asri, “(kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas.. parti politik tertentu yang menerima bantuan daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas… sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas… inilah apabila madu dibalas racun, penawar dibalas tuba… elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik…”

Ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu dilihat sebagai rakan Asri. Asri juga pernah dikatakan akan menyertai Umno bersama mereka ketika itu, tetapi bekas mufti itu memutuskan untuk kekal di luar arena politik dan meneruskan pendirian beliau tanpa memihak mana-mana pihak.

Cakap-cakap mengenai isu Wahabi dan penyertaan ulama muda dalam Umno pernah kedengaran sebaik sahaja mereka menyertai parti itu tahun lalu tetapi dinafikan oleh mereka dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider.

Difahamkan mesyuarat pagi semalam merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir dengan pembabitan terorisme.

Mesyuarat itu adalah susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan amaln Wahabi di peringkat pusat pengajian tinggi.

Difahamkan mesyuarat semalam telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin yang popular negara ini termasuk tokoh-tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Selain Asri antara nama yang disebutkan ialah Fathul dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Dalam komen awal semalam, Asri berkata beliau terkejut dengan kemunculan semula isu amalan Wahabi sedangkan menurut beliau ia sepatutnya sudah “reda.”

Sementara itu, Fathul Bari memberitahu semalam bahawa beliau tidak mahu memberi sebarang komen berhubung perkembangan terbaru ini.

Beliau sebaliknya menegaskan agar pihaknya diberi peluang untuk membuat penjelasan dengan MKN.

Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu.

Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Juanda juga muncul. Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu.

The Malaysian Insider difahamkan nama Hadi dan Shahidan tidak muncul kali ini.

Isu itu sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”

Mengulas lanjut, Asri memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihak berkuasa boleh memanggilnya untuk mendapatkan penjelasan pada bila-bila masa, bukannya membuat tanggapan sedemikian.

“Dua hari lalu, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ada datang berjumpa saya di rumah saya (di Pulau Pinang). Ketika masa perhimpunan Bersih 2.0, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga ada menghubungi saya untuk berkongsi pandangan.

“Jadi, mereka (pihak berkuasa) boleh menghubungi saya bila-bila masa jika memerlukan maklumat dan penjelasan… bukan menyenaraikan dan melabelkan seperti ini,” kata tenaga akademik Universiti Sains Malaysia ini, yang akhir 2009 dikenakan dakwaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan kuliah agama tanpa tauliah di Hulu Klang.

Bertolak daripada pendiriannya berkaitan dengan isu-isu politik mutakhir, Asri juga berkata, pihak-pihak tertentu menentang fahaman Wahabi kononnya membawa fahaman sempit dan bertentangan dengan prinsip sebenar Islam.

“Saya menyokong usaha menentang jika fahaman Wahabi membawa fahaman sempit. Tetapi pihak yang membawa amalan Wahabi cuba membawa unsur progresif dan unsur-unsur yang sesuai dengan persekitaran moden, tetapi tidak meninggalkan prinsip Islam… misalnya isu kedudukan wanita dalam masyarakat.

“Seperti yang dikatakan oleh Barat, kita patut menentang dan mengelak perkara-perkara yang membawa kepada fahaman sempit,” kata Asri sambil menambah, “dalam perkembangan sekarang, mereka yang menentang kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan berhimpun juga seharusnya dianggap sebagai mereka yang mengamalkan fahaman Wahabi.”

“Sebab mereka tidak dapat membezakan antara fahaman progresif dan konservatif,” katanya lagi.

Asri merupakan antara tokoh agama progresif memberikan pandangan dan pendirian terbukanya mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu negara 9 Julai lalu. Ia dikatakan kurang disenangi oleh sesetengah pihak dalam kerajaan dan Umno.

Malaysian Insider


http://www.kl-today.com/2011/07/40-ulama-diminta-kaji-sertai-umno/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...