Showing posts with label Humor and Cartoon. Show all posts
Showing posts with label Humor and Cartoon. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

Mahkamah kekal pengharaman buku Zunar

Mahkamah kekal pengharaman buku Zunar
Regina Lee
Jul 14, 11
1:26pm

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur hari ini mengekalkan keputusan pengharaman oleh menteri dalam negeri ke atas beberapa buku kartun karya Zulkiflee Anwar Ulhaq (Zunar).

Hakim Rohaya Yusuf turut mengenepikan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh syarikat yang mewakili kartunis berkenaan, Sepakat Efektif Sdn Bhd serta penerbitnya Mkini Dotcom Sdn Bhd.

Katanya, beliau memutuskan bahawa langkah menteri berkenaan dalam mengharamkan buku tersebut adalah betul, dengan mengambil kira sensitiviti di negara ini.

Beliau juga memutuskan demikian setelah melihat kepada kenyataan dan afidavit yang dikemukakan menteri berkenaan.

Dalam keputusannya pagi ini, Rohaya berkata beliau tidak melihat bahawa keputusan pengharaman itu dibuat dengan melanggar logik ataupun sewenang-wenangnya.


[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/169893

Monday, July 11, 2011

Kartunis Zunar terima anugerah antarabangsa

Kartunis Zunar terima anugerah antarabangsa
Jul 11, 11 12:45pm


Kartunis kontroversi Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar dianugerahkan penghormatan antarabangsa ekoran kritikan sinisnya terhadap perjalan politik di negara ini.

Beliau menerima anugerah dalam bidang kartun editorial di daripada Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) yang berpengkalan di Amerika Syarikat pada 7 Julai lalu.

Anugerah itu disampaikan dalam majlis tahunan di St Petersburg, Florida oleh Presiden CRNI Joel Pett.

NONESementara itu, Pengarah CRNI Dr Robert Russell dalam ucapannya berkata cara Zunar menangani "penapisan yang tidak sah" menjadi pedoman bahawa semua orang boleh mempertahankan kebebasan bersuara dan mengekalkannya.

"Satu pengajaran yang kita dapat dari pemenang anugerah tahun ini ialah kebebasan bersuara di sebahagian besar tempat di dunia ini terpaksa diperolehi dengan membayar harga yang mahal," katanya.

Zunar mendapat perhatian CRNI apabila beliau dan Malaysiakini memfailkan saman terhadap Kementerin Dalam Negeri ekoran pengharaman dua bukunya 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun.

Menurut CRNI, ketabahan dan ketahanan Zunar menghadapi tekanan, menggunakan strategi kreatif dan keberanian melawan kekuasan melayakkan beliau menerima anugerah itu.

Antara yang hadir menyaksikan acara itu termasuklah pemenang Anugerah Pulitzer dalam kartun editorial seperti Daryl Cagle, Dick Locher, Clay Bannet, Ben Sergeant, Mark Fiore, Mike Keefe, Ed Stein dan Rob Rogers.

Pemenang-pemenang sebelum ini antaranya kartunis Iran Mana Neyestani (2010), kartunis Mexico Mario Robles (2009), dan kartunis Palestin Baha Boukhari (2008).

CRNI mewakili lebih 600 kartunis di seluruh dunia dengan 21 kerjasama dengan negara membangun di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin.


http://malaysiakini.com/news/169550

Kenapa cubit kalau boleh tumbuk?

Kenapa cubit kalau boleh tumbuk?
Zulkiflee SM Anwar Ulhaque
Jul 11, 11
1:16pm

Di Malaysia, akhbar, TV dan radio dikuasai oleh kerajaan melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Undang-undang ini mensyaratkan setiap pemilik media untuk memohon lesen pernerbitan setiap tahun. Pihak kerajaan berhak melulus atau menolak permohonan ini tanpa perlu memberi sebarang alasan.

Dan keputusan kerajaan tidak boleh dicabar di mahkamah.

NONEIni menutup jalan kepada penyiaran sebarang bahan-bahan alternatif atau pandangan berbeza terhadap kerajaan, termasuk kartun editorial. Kartunis independen terpaksa bergantung kepada media alternatif seperti internet untuk terus berkarya.

Saya melukis untuk portal berita Malaysiakini dan juga untuk akhbar Harakah. Disamping itu saya juga menerbitkan buku. Setakat ini saya telah menerbitkan Cartoons on Tun, 1 Funny Malaysia, Cartoon-O-Phobia, Even My Pen Has a Stand, Gedung Kartun, Perak Darul Kartun and tiga volume Isu Dalam Kartun.

Matlamat saya untuk menggunakan kartun sebagai senjata melawan korupsi dan salahguna kuasa oleh kerajaan Malaysia. Melalui kartun, saya mengetengahkan isu-isu yang tidak disiarkan oleh media arus perdana.

Ini termasuk dakwaan rasuah oleh perdana menteri dan kabinetnya, isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, kekuasaan isteri perdana menteri, skandal Scorpene dan pembaziran.

Falsafah saya adalah jelas: Supaya sesuatu karya mendapat impak, kita mesti melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Cara saya ialah mengkritik mereka yang paling berkuasa dengan cara yang paling keras. Why pinch when you can punch! (kenapa cubit kalau kita boleh tumbuk).

Pedang Damocles


Sepanjang bekarya, saya sentiasa hadapi tekanan, gangguan dan ugutan dari kerajaan. Pejabat saya selalu diserbu. Kerajaan mengharamkan semua buku-buku saya. Kilang-kilang pencetak juga diserbu dan diberi amaran agar tidak mencetak buku-buku saya di masa akan datang.

Pekedai-pekedai di seluruh negara juga diugut agar tidak menjual buku-buku saya.

Zunar taken to police station over cartoon-o-phobiaSeptember tahun lepas, sepuluh anggota polis menyerbu pejabat saya beberapa jam sebelum pelancaran buku terbaru saya, Cartoon-O-Phobia. Mereka turut merampas 66 buah buku tersebut juga sebuah sebuah lukisan kartun asli.

Saya ditangkap dan dibawa ke tujuh balai polis sebelum dilokap bawah akta hasutan, yang membawa hukuman tiga tahun penjara jika didapati salah.

Saya diletakkan dalam lokap yang sama bersama dengan penjayah-penjenayah lain seperti perompak dan penagih dadah. Kerajaan mahu mereman saya lebih lama, tapi mahkamah membebaskan saya pada keesokan hari.

Period ini merupakan saat yang sukar bagi saya. Pengharaman buku mengakibatkan kerugian RM80,000. Akta hasutan masih lagi tergantung ibarat 'pedang Damocles' di atas kepala saya.

Melukis kartun politik merupakan satu kesalahan jenayah di Malaysia. Melawan korupsi adalah kesalahan jenayah di Malaysia. Ini bertentangan sama sekali dengan prinsip Islam.

Kata Saidina Ali: "Patriotisma paling tinggi ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim."

Seperti Popeye mendapat bayam

Sebagai kartunis editorial, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menentang ketidakadilan. Di Malaysia, dan juga di negara-negara dunia ketiga serta Timur Tengah, kartunis menghadapi cabaran lebih berat.

Kita mesti bersedia menghadapi sebagai risiko. Kita mesti terus bangun. Kita mesti terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir. Jika kita berundur, bererti kita mengorbankan prinsip kita menentang kezaliman. Apabila melukis kartun merupakan kesalahan jenayah, petanda penguasa mula goyah.

zunar cartoon launch 030711 01Saya memfailkan saman terhadap kerajaan untuk mencabar pengharaman buku-buku saya. Untuk kes ini, hakim akan memberi keputusan pada 14 Julai depan.

Saya juga memfailkan satu lagi saman untuk mencabar kerajaan kerana menangkap saya secara tidak sah tahun lepas. Untuk kes ini, mahkamah belum lagi memberi keputusan.

Cabaran yang berat bukan sahaja di hadapi kartunis-kartunis di Asia dan Timur Tengah, tetapi juga dibahagian lain di dunia. Kartunis-kartunis Amerika memberitahu saya bahawa mereka menghadapi risiko kehilangan pekerjaan akibat ekonomi merudum dan kebangkitan internet. Saya bersimpati dengan mereka.

Saya rasa, sudah sampai masanya untuk kita, kartunis-kartunis di seluruh dunia bersatu, merapatkan hubungan dan mengadakan lebih banyak dialog supaya lebih memahami isu bersama.

Sekali lagi, terima kasih CRNI atas anugerah ini. Ia memberi kekuatan baru kepada saya, "seperti Popeye mendapat spinach (bayam)."

Tulisan ini merupakan terjemahan daripada ucapan Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar ketika menerima Anugerah Kartun Editorial 2011 oleh Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) di Florida, Amerika Syarikat pada 7 Julai lalu.

Ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.


http://malaysiakini.com/news/169557

Monday, July 4, 2011

Zunar talks about his latest work


Zunar

Even My Pen Has a Stand by Zunar,
104 pages (full colour),
Published by Kinibooks, 2011.
Price: RM25.00. Available here.

Even My Pen Has a Stand is my fourth cartoon compilation published by Kinibooks, a subsidiary of Malaysiakini. Previously, I collaborated with the same publisher for Cartoons On Tun… and Others (2005), 1 Funny Malaysia (2009) and Cartoon-O-Phobia (2010).

Even My Pen Has a Stand features a collection of my political cartoons that appeared on Malaysiakini website between September 2010 and June 2011, as well as works published in Cartoonmovement.com, an international cartoon website. In addition, the book also includes a special cartoon which I drew while being detained in the police lock-up in September 2010.

To answer questions from fans about my whereabouts prior to the reformasi era, I have also included 12 pages of "Cartoonology" in this book, which gives a history of my career as early as 1974 to the present.

There is also a special artwork from my personal collection, a caricature of me drawn by Anwar Ibrahim from Sungai Buloh prison, dated August 2001.

Even My Pen Has a Stand is chosen as the title because after I was arrested, detained and threatened, I consider it important to reaffirm my stand and continue producing cartoon till the last drop of my ink.

My stance is clear. I will draw to expose the corruption of the Barisan Nasional government as well as address fundamental issues such as abuse of power, police brutality, human rights violations and misuse of public funds.

Even My Pen Has a Stand mainly touches on the Altantuya issue, the Scorpene submarine scandal, the PM, his wife, electrical tariff and petrol hikes, the continuing conspiracies against Anwar Ibrahim, the judiciary, Apco, Egypt, 'FLOM' (First Lady of Malaysia), Sarawak election and racial issues, among others.

On September 24 last year, I was detained, arrested and locked up for two days over the publication of Cartoon-O-Phobia. Prior to that, the government banned six of my cartoon works: Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, 1 Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun Vol 1, Isu Dalam Kartun Vol 2 and Isu Dalam Kartun Vol 3.

This time around, will I be arrested or will this book too be banned? I do not have an answer to this but let me remind the Najib government that it is uncivilized to use force to stop a political cartoonist. Such a trend may be common in some Central American or African countries in the days of old, but in modern days, editorial cartoonists are recognized as agents of democratisation.

Even in Kazakhstan, cartoonist Vladimir Kadyrbaev has been allowed to criticise the government there, in a national newspaper!

My arrest has become a laughing-stock among the cartoonist community around the world. The feedback I received from fellow editorial cartoonists from America, Indonesia, Thailand, Europe and Japan is that my cartoons are funny, but the government's action against me is even funnier.

However, I am ready to face the consequences from the authority and will fight for my rights.

Last year I filed a suit against the government over the banning of my books, and the court will deliver judgement on July 14. Recently I filed another suit to challenge the unlawful detention against me, and for this the court has yet to set a trial date.

If Even My Pen Has a Stand cannot be sold in the open market, I will have to rely on the support from readers. Only with the support of my fans, the readers and the people who are concerned can the publication of my cartoon works continue.

I cordially invite all my fans, supporters and Malaysians to join me at the launching ceremony and show your support, not only for me but for the sake of freedom of expression.

[Even My Pen has a Stand will be launched on July 2, 2011, 8.00 pm, at the Selangor Chinese Assembly Hall by Lembah Pantai MP, Nurul Izzah Anwar.]


http://en.harakahdaily.net/index.php/articles/art-a-lit/3014-zunar-talks-on-his-latest-work.html

Monday, June 27, 2011

Lakaran Anwar di penjara dalam buku baru Zunar

Lakaran Anwar di penjara dalam buku baru Zunar
Jimadie Shah Othman
Jun 24, 11
8:51am


Kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menerbitkan buku terbaru, yang antaranya memuatkan lakaran wajahnya sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkiflee, kerja seni "istimewa" dari koleksi peribadinya itu dilukis ketua pembangkang ketika merengkok dalam penjara Sungai Buloh pada Ogos 2001.

NONE"Dalam pada itu, sebagai menjawab soalan dari peminat mengenai di mana saya berkarya sebelum era reformasi, dalam buku ini turut dimuatkan 12 muka surat 'cartoonology' iaitu sejarah karya saya sejak tahun 1974," katanya.

Buku tersebut, Even My Pen Has a Stand (Hatta pen saya punya pendirian) merupakan buku keempatnya terbitan Kinibooks, anak syarikat kumpulan Malaysiakini.

Sebelum ini dengan syarikat yang sama, beliau menerbitkan Cartoons On Tun… and Others (2005), 1Funny Malaysia (2009) dan "Cartoon-O-Phobia (2010)."

Koleksi kartu politik dalam buku terbaru ini pernah disiarkan dalam laman web Malaysiakini dari September 2010 sehingga Jun 2011 dan dalam laman web antarabangsa Cartoonmovement.com.

NONETurut dimuatkan kali ini kartunnya yang dilukis ketika berada dalam lokap polis pada 24 September tahun lalu berikutan penerbitan buku Cartoon-O-Phobia, tambah Zunar.

Dalam kenyatannya semalam, Zunar berkata Even My Pen Has a Stand dipilih sebagai tajuk untuk menegaskan pendiriannya yang "akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir" selepas ditangkap dan diugut.

'Saya ditangkap lagi'

"Pendirian saya jelas. Saya akan terus melukis kartun dan membongkar perlakuan rasuah kerajaan BN dan juga isu-isu penting lain seperti salah guna kuasa, kekejaman polis, pelanggaran hak asasi dan penyalahgunaan serta pembaziran wang rakyat," katanya.

Justeru, tidak hairan, isu-isu utama yang disentuh dalam buku itu berkaitan Altantuya Shaariibu, isu Scorpene, perdana menteri dan isteri, kenaikan tarik eletrik dan petrol, isu perkauman, kebangkitan rakyat Mesir, 'FLOM' dan pilihan raya Sarawak.

NONESebelum ini enam buku Zuhar diharamkan.

Buku-buku itu Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, 1Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun 1, Isu Dalam Kartun 2 dan Isu Dalam Kartun 3.

"Adakah saya akan ditangkap lagi kali ini? Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, tetapi (saya) ingin menasihati kerajaan Najib bahawa menangkap kartunis politik adalah satu tindakan tidak bertamadun," katanya.

Katanya, tangkapan dan ugutan terhadap kartunis Amerika Selatan atau Afrika sebelum kurun ke-19 adalah perkara biasa, tetapi dalam dunia moden sekarang, kartunis editorial diiktiraf sebagai ejen demokrasi.

NONE"Malah di Kazakhstan kartunis seperti Vladimir Kadyrbaev bebas mengritik kerajaan dan karyanya disiarkan dalam akhbar perdana!" katanya.

Buku baru itu setebal 104 muka warna penuh dan boleh turut diberi dalam talian dengan harga RM25.00 senaskhah.

Ia dijadual dilancarkan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara pada 2 Julai depan.

http://malaysiakini.com/news/167877

Friday, June 17, 2011

Hina Islam: Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa

Hina Islam: Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa
Jun 15, 11 6:00pm

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.


http://malaysiakini.com/news/167035

Tuesday, August 25, 2009

Sindir PM, majalah humor dirampas




Sindir PM, majalah humor dirampas
Salhan K Ahmad
Ogos 25, 09
11:05am

Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun hari ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir perdana menteri.

Lapan pegawai itu berada sejam di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Sebanyak 408 naskhah majalah terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.

Ketua pengarangnya Zunar berkata rampasan itu bermotif politik kerana pihaknya telah mendapat kelulusan secara lisan daripada KDN untuk menerbitkan Gedung Kartun.

Ditemui Malaysiakini di pejabatnya sewaktu serbuan itu, beliau mencetak majalah tersebut tanpa mendapat surat kelulusan untuk mengelakkan karenah birokrasi.

"Kita belum dapat surat rasmi tapi sebenarnya sudah ada kelulusan daripada menteri. Pada 14 Ogos, KDN janji untuk hantar surat dalam masa dua atau tiga hari.

"Sudah menjadi amalan biasa bagi penerbit, bila kita sudah habis mencetak kita akan dapat surat rasmi," katanya ketika ditemui di pejabat penerbit itu hari ini.

“Masalahnya tidak ada surat. Sepatutnya mereka keluarkanlah surat, selesailah masalah,” katanya lagi.

Selain Najib, isterinya Rosmah Mansor dan beberapa pemimpin Umno, majalah setebal 68 halaman itu turut memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan).

Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4.

Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana.

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan".

Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA (foto kiri).

Dihubungi selepas serbuan itu, pemangku pengarah penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN cawangan Selangor menjelaskan penerbit masih tidak berhak menerbitkan majalah sekalipun telah mendapat nombor rujukan permit penerbitan (PP).

"Ini bukan sebab formaliti. Kalau tidak ada surat, janganlah dia terbitkan dulu.

"Bila dah dapat nombor dan ada kelulusan rasmi, barulah boleh cetak,"
kata Zainal Abidin Osman, yang turut mengesahkan operasi berkenaan yang turut melibatkan pegawai-pegawainya.

"(Surat rasmi) ini macam kita ambil ujian memandulah. Kalau kita dah lulus semua dan diberitahu sudah lulus, kita masih tidak boleh memandu selagi belum dapat lesen," katanya kepada Malaysiakini.

http://www1.malaysiakini.com/news/111321

Majalah baru Zunar usik PM


Jimadie Shah Othman
Ogos 24, 09
11:18am

Kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque akhirnya kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalahGedung Kartun setelah meninggalkan organ PKR Suara Keadilanbeberapa bulan lalu.

Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung dwibulanan itu memaparkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara (foto kiri).

Edisi awal September kini sudah berada di pasaran.

Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut menyumbang rencana dalam Gedung Kartun.

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan" (foto kanan).

Edisi sulung ini menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA.

"Kita juga akan muatkan kartun istimewa karya Dr Farish A Noor," kata Zulkiflee atau lebih popular dikenali Zunar, tanpa mendedahkan karya pengamat politik itu.

Dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, kartunis terkemuka itu berazam menerokai pasaran genre berkenaan dengan tema "kartun alternatif" kerana, menurutnya, ia mempunyai pasaran yang besar.

"Ini yang pasaran mahukan. Kita lihat di Internet dan blog, banyak kartun berbentuk humor sebegitu.

"Ia bentuk yang orang suka, cuma tidak ada orang buat," katanya, yang bertindak sebagai ketua pengarang, yang terkenal dengan "kartun hidung besar" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya perbezaan menguruskan sebuah akhbar politik dan majalah kartun, Zunar berkata: "Tukar medium sahaja".

Menurutnya, idea menerbitkan majalah kartun dengan konsep sebegitu telah lama dirancang tetapi baru menjadi kenyataan kerana kesuntukan masa.

Dengan cetakan pertama sebanyak 10,000 naskhah, majalah tersebut akan berada di pasaran dua kali sebulan – pada 10 dan 20 hari bulan.

Majalah 68 halaman, terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd itu dijual di seluruh Malaysia dengan harga RM4 (Sabah dan Sarawak RM5).

Zunar, yang turut menyumbang karyanya kepada Malaysiakini, meninggalkan Suara Keadilan pada Mei lalu setelah empat tahun bertugas - dipercayai mangsa politik dalaman elit PKR.

http://www1.malaysiakini.com/news/111251
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...