Showing posts with label Hong Kong. Show all posts
Showing posts with label Hong Kong. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Tunjuk perasaan bantah bajet di Hong Kong


SEORANG anggota polis terbaring selepas dia bergelut dengan sekumpulan penunjuk perasaan di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Beberapa pergelutan kecil berlaku di antara anggota-anggota polis dan penunjuk perasaan semalam yang membantah rancangan bajet pemerintah di pulau itu.

Seorang jurugambar agensi berita AFP berkata, sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan dan seorang anggota polis cedera dalam pergelutan kecil di antara dua pihak itu.

Tunjuk perasaan berlaku sehari selepas pengumuman bajet oleh Setiausaha Kewangan, John Tsang yang didakwa tidak memenuhi kehendak orang awam seperti tiada skim keselamatan persaraan, perumahan awam dan perlindungan alam sekitar.

Tsang dilaporkan enggan memperuntukkan sejumlah wang untuk membantu rakyat walaupun bajet itu mempunyai lebihan sebanyak AS$9 bilion (RM27.25 bilion) pada 2010.

Sambil melaungkan slogan dan mengibarkan sepanduk, ahli-ahli politik dan rakyat berarak ke ibu pejabat pemerintah.

Tunjuk perasaan itu dihadiri oleh 10,000 orang.

Mereka mendakwa pemerintah gagal menyelesaikan banyak masalah termasuk harga hartanah yang tinggi dan jurang kekayaan yang luas.

Penganjur tunjuk perasaan itu berkata, penunjuk perasaan telah mengambil inspirasi dari gerakan kebangkitan rakyat dari negara lain di seluruh dunia untuk berhimpun.

"Rakyat Hong Kong berada dalam keadaan sangat tidak puas hati, kami mahu pemerintah yang lebih baik," kata seorang anggota perwakilan rakyat, Tanya Chan.

Hong Kong diberikan kuasa separuh autonomi oleh pemerintah komunis China. - AFP


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Wednesday, February 4, 2009

Budak 12 tahun jadi gigolo di Hong Kong


HONG KONG – Polis Hong Kong menyiasat seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang memaparkan gambar bogelnya di Internet dan menawarkan dirinya untuk dijadikan gigolo, lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak itu yang menggunakan nama Little Leung dan menawarkan khidmat seks kepada wanita berumur 10 hingga 45 tahun di ruang forum dewasa di Internet.

Iklan itu turut memaparkan bahagian sulitnya dan menawarkan diri untuk melakukan hubungan seks dengan perempuan dan wanita dewasa pada harga HK$450 (RM209.71). – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

Friday, December 26, 2008

Kapsul tidur untuk lepas penat


SEORANG pengguna lena di dalam kapsul tidur Metronaps di Hong Kong baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------


HONG KONG - Sebuah pasar raya di Hong Kong menyediakan sebuah kapsul tidur berteknologi tinggi bagi membolehkan orang ramai yang kepenatan tidur sebentar selepas seharian bekerja atau membeli-belah.

Kapsul yang berbentuk seakan-akan kerusi kapal terbang kelas pertama itu direka bagi membantu pengguna berehat selama 20 minit untuk satu sesi.

Pengguna akan dipisahkan daripada kesibukan dan bunyi bising bandar raya Hong Kong serta didodoi dengan pelbagai jenis muzik.

Kapsul tidur itu direka oleh syarikat Metronaps yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan ia pernah diperkenalkan di New York pada 2003.

Pengasas pusat beli-belah Delay No Mall, Benjamin Lau berkata, Hong Kong adalah sebuah bandar raya yang pantas dan ramai penduduk kurang masa untuk berehat.

"Ramai orang tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam kerana terlalu banyak tekanan.

"Kami meletakkan katil itu di pusat beli-belah ini supaya ia dijadikan tempat untuk orang ramai berehat,"
katanya.

Menurutnya, pengguna hanya perlu membayar sebanyak AS$12 (RM41.60) untuk satu sesi dan pelaburan itu pasti berbaloi. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...