Showing posts with label NGO 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label NGO 1Malaysia. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

NGO 1M'sia kini di Kuching, ditaja jutawan

Mac 24, 11 5:03pm

Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, NGO 1Malaysia mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan siri jamuan makanan percuma dan pertandingan untuk penduduk Kuching - semuanya ditaja oleh seorang jutawan.

Menurut satu laporan dalam akhbar harian berbahasa cina, China Press, perkara itu diumumkan oleh penyelaras NGO tersebut, Sia Teck Keong dalam satu kenyataan semalam.

Sia berkata, objektif aktiviti tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan tersebut, tegasnya lagi, adalah sebuah NGO bebas tanpa sebarang kaitan politik, dan kos operasinya ditanya oleh seorang jutawan yang menyokong konsep 1Malaysia.

Beliau tidak mendedahkan identiti jutawan tersebut.

NGO itu akan menganjurkan satu pertandingan bola keranjang di Batu Lintang pada hari Sabtu, satu majlis makan malam mega di Kenyalang keesokan harinya dan satu jamuan makanan Indonesia di Pusat Maklumat Islam di Kuching pada 2 April.

Semua majlis tersebut adalah terbuka kepada orang ramai.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/159576

Saturday, February 26, 2011

SPR kabur tentang 'lu tolong gua, gua tolong lu'

Feb 25, 11 5:31pm

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini enggan menyatakan pendiriannya sama ada pemberian 'habuan' dalam kempen pilihan raya, melanggar undang-undang pilihan raya.

NONEKetika ditemui wartawan ketika beliau melawat Kolej Politeknik Merlimau yang akan digunakan sebagai pusat penamaan calon esok, Abdul Aziz berkata beliau bukan seorang yang ahli mengenai perkara itu.

Ia walaupun suruhanjaya tersebut telahpun mengendalikan 12 pilihan raya umum dan banyak pilihan raya kecil selama ini.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai misteri NGO 1Malaysia yang muncul sewaktu pilihan raya kecil untuk menganjurkan majlis makan dan mengedarkan 'ole-ole' yang termasuk makanan ruji seperti Milo, beras dan susu pekat bersama-sama dengan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sasaran utama NGO 1Malaysia itu ialah pengundi bukan Melayu yang mengundi menentang BN dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

'Lu tolong gua, gua lu tolong'

Abdul Aziz juga memberi jawapan yang sama ketika ditanya tentang ucapan Najib "lu tolong gua, gua tolong lu' dalam satu majlis di SRJK (C) Merlimau pada 19 Februari lalu.

Ia dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Daily, bahawa Najib telah memberitahu kira-kira 1,000 hadirin di majlis itu bahawa: "Lu tolong gua, gua lu tolong".

Kata-kata itu pertama kali diucapkan ketika pilihan raya kecil Sibu, di mana Najib telah berjanji untuk melaksanakan kerja mitigasi banjir hanya jika menang. DAP berjaya merampas kerusi tersebut dari BN dengan majoriti tipis.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/157042

Friday, February 18, 2011

Operasi NGO misteri, 1Malaysia dikesan di KL

Operasi NGO misteri, 1Malaysia dikesan di KL
Regina Lee
Feb 17, 11
12:44pm

Pejabat atau gudang NGO misteri yang beroperasi atas nama 1Malaysia dan hanya muncul semasa pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan telah dikesan di Kuala Lumpur.

NONEBerikutan maklumat, Malaysiakini baru-baru ini terjumpa tempat operasinya di Plaza Mont Kiara yang dipercayai menjadi markas atau gudang NGO berkenaan.

Pejabat tersebut dikatakan telah diduduki sejak pertengahan tahun lalu dan menjadi tempat pembungkusan barangan keperluan seperti teh, susu, Milo dan juga set alat tulis yang diisi dalam sebuah beg oren sebelum diedarkan.

Pemeriksaan juga mendapati pejabat berkenaan didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat bernama Solar Shine Sdn Bhd tanpa kelihatan sebarang papan tanda nama yang lain.

Hanya terpampang di pintu pejabat ini adalah surat keizinan melakukan kerja-kerja pengubah-suaian yang tertera nama syarikat itu.

NONESementara itu, semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak menunjukkan sebarang perkara yang luar biasa mengenai syarikat berkenaan. Nama yang tidak dikenali seperti Muhammad Zaki Ilias, Ramli Ag Karim dan Chin Sin Yuet disenaraikan sebagai pengarah.

Syarikat itu hanya memiliki modal RM2 (jumlah minimum untuk menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad).

Aktiviti 1Malaysia yang dikendalikan oleh Solar Shine dikesan hanya aktif beberapa minggu sebelum kempen pilihan raya kecil.

Malah, Isnin lalu, kelihatan beberapa pekerjanya yang kebanyakan mereka berbangsa Cina sibuk membungkus barangan di pejabat itu sebelum membawanya ke sebuah lori yang menunggu di luar pejabat.

NONENGO 1Malaysia ini pertama kali muncul pada kempen pilihan raya kecil di Galas, pada akhir tahun lalu dengan sejumlah sukarelawannya mengagihkan beg barangan itu kepada pengundi, khususnya di kawasan yang ramai pengundi berbangsa Cina.

Dengan memakai kemeja T dengan logo 1Malaysia tertera dengan jelas di belakang, mereka membanjiri sesuatu kawasan - seolah-olah satu kempen penjenamaan sesuatu projek ataupun barangan.

Keadaan yang sama juga disaksikan pada pilihan raya kecil Tenang pada bulan lalu.

Beberapa ahli politik pembangkang mendakwa usaha sedemikian sebagai pembelian undi dan berkata ia berkesan memancing undi di kalangan penduduk luar bandar bagi menyokong BN.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/156247

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...