Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

ISA DIMANSUH BULAN MAC DEPAN

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 30TH, 2011

Usul memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibentangkan di Parlimen Mac depan selepas dua undang-undang yang bakal menggantikannya siap digubal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.Najib berkata janjinya untuk melaksanakan pembaharuan undang-undang akan bermula dengan memansuhkan Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad minggu depan apabila Parlimen mula bersidang.

“Minggu depan saya akan memulakan proses tetapi ISA akan dilakukan (proses pemansuhan) pada bulan Mac kerana perlu menggubal dua undang-undang baru,” kata beliau yang juga Presiden Umno selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi petang ini.

Katanya, pindaan ke atas Akta Polis antara lain bagi membolehkan kebebasan berhimpun akan dibentangkan November ini.

“Yang mana boleh kita buat cepat, kita buat cepat,” kata beliau.

Kata Najib, kerajaan perlu memberi tumpuan supaya langkah menepati hasrat dan tujuan.

“Kita tidak boleh terburu-buru. Ada banyak perkara yang perlu dikaji dengan teliti,” kata beliau.

Najib juga memberitahu bahawa Majlis Tertinggi Umno memberi sokongan penuh kepada pengumuman beliau mengenai perkara itu.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia 15 September lalu, Najib mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal.

Undang-undang baru itu akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Selain itu beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Seksyen 27 Akta Polis.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib menyifatkan penulis lirik dan pembikin filem yang kontroversial Wee Meng Chee sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia meskipun banyak pihak mahu tindakan dikenakan ke atas penerbit “Nasi Lemak 2.0” kerana didakwa mengkritik negara.

Presiden Umno berkata Wee , yang turut dikenali sebagai Namewee, seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.

http://www.kl-today.com/2011/09/isa-dimansuh-bulan-mac-depan/

Tuesday, August 2, 2011

Najib takut kepada Muhyiddin

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka mengakui bahawa beliau begitu takut kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Secara terbuka Najib membuktikan kepada seluruh dunia beliau begitu takut kepada Muhyiddin apabila beliau tak mahu mengulas kenyataan timbalannya itu bahawa beliau orang Melayu dahulu, kemudian barulah orang Malaysia.

"Kenyataan Muhyiddin itu dilihat umum sebagai penentangan kepada konsep 1Malaysia yang dikatakan diajar kepada Najib oleh firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide yang kemudiannya dijerit-jeritkan olah beliau di sana sini setiap hari seolah-olah ia adalah ideanya sendiri," katanya.

Bagi Mahfuz, keengganan Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu juga membuktikan Najib sanggup mengetepikan hampir apa sahaja termasuk konsep 1Malaysia yang dijajanya kerana ketakutannya yang amat sangat kepada Muhyiddin.

"Bagi Najib, tidak mengapa beliau ketepikan propaganda yang dijerit-jeritkannya setiap hari itu asalkan beliau tidak dilihat cuba menentang atau mencabar ketegasan timbalannya yang menekankan bahawa beliau orang Melayu dahulu kemudian barulah orang Malaysia," katanya.

Beliau menyifatkan Najib begitu bermasalah kerana selepas setiap hari diejek dengan tuduhan "takut bini", kini beliau sendiri yang membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau begitu takutkan timbalannya.

Mahfuz juga melihat rasa takut kepada Muhyiddin yang dizahirkan secara terbuka oleh Najib kepada seluruh dunia itu juga menjadikan perpecahan antara mereka sebagai perpecahan terbuka.

"Ia bukan rahsia lagi kerana secara terbuka Najib memperlihatkan ada perpecahan antara beliau dan timbalannya. Ia menunjukkan kepada umum tentang krisis dalaman yang dilihat semakin parah di dalam Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Najib yang tergesa-gesa membatalkan cutinya dan segera pulang ke Malaysia baru-baru ini mempunyai kaitan dengan krisis dalaman tersebut.

"Semua orang tahu kemampuan Muhyiddin dalam soal seperti itu. Kejatuhan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dahulu dilihat hasil dari usaha yang diterajui oleh beliau," katanya.

Ketika menjawab soalan para peserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di ibu negara semalam, Najib enggan menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu.

"Saya tidak akan jawab soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.

"Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan,” kata Najib.

Muhyiddin bukan sahaja menegaskan bahawa beliau Melayu dahulu di dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac tahun lalu, malah mengulanginya beberapa kali selepas itu termasuk dalam persidangan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Kenyataan beliau dikecam pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan.

Kenyataan itu juga disindir oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila beliau berkata: "Saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?"

Malah, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Muhyiddin tidak faham 1Malaysia berikutan kenyataannya itu.

"Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak," kata Ibrahim.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4655-najib-takut-kepada-muhyiddin

Najib elak bincang 'Melayu dahulu, M'sia kemudian'

Najib elak bincang 'Melayu dahulu, M'sia kemudian'
Hazlan Zakaria
Ogos 1, 11
9:24am


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengelak mengulas kenyataan timbalannya bahawa beliau adalah “Melayu terlebih dahlu, manakala Malaysia di tempat kedua”.

najib at ukec student forum 310711"Saya tidak akan jawap soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.

"Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan,” kata Najib.

Katanya, semua mereka yang menganggotai jemaah menteri adalah sehaluan dan mengikut arahan yang sama.

"Percayalah saya, 1Malaysia akan menjadi pedoman kita. Kita akan adil dan berpandukan perlembagaan,” kata Najib yang cuba mengelakkan isu berkenaan.

ukec forum studentsPerdana menteri menjawab soalan daripada hadirin semasa Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada sidang medianya di parlimen tahun lalu, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa beliau adalah Melayu terlebih dahulu dan kemudiannya baru rakyat Malaysia.



http://malaysiakini.com/news/171614

Wednesday, June 29, 2011

Barang 1Malaysia murah, 'kualiti belum tahu'

Barang 1Malaysia murah, 'kualiti belum tahu'
Norain Saleh & Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 24, 11
11:26am

Dalam keadaan warga kota yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga barangan, Kedai Rakyat 1Malaysia yang dirasmikan perdana menteri semalam dilihat sebagai satu peluang kepada pengguna untuk membeli barangan keperluan pada harga yang lebih rendah.

NONENamun, keyakinan pengguna terhadap kualiti barangan berjenama 1Malaysia itu setakat ini masih belum dapat dipastikan kerana ia masih belum dicuba oleh pembeli.

Tinjauan Malaysiakini ke kedai itu di stesen LRT Kelana Jaya semalam mendapati, orang ramai mula mengunjungi kedai tersebut seawal jam 11 pagi lagi dan keadaan kedai berkenaan mulai sesak menjelang jam 12 tengahari.

Antara tarikan kedai berkenaan ialah harga yang murah bagi barangan keperluan pengguna tertentu yang ditawarkan di situ, seperti beras, minyak dan susu tepung.

Produk berkenaan dijual dalam bungkusan tertera logo1Malaysia yang dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding produk berjenama lain di dalam kedai berkenaan.

Kedai kecil

NONESeorang pelanggan, Zafirul Wahab, berpendapat, harga barangan di kedai tersebut adalah murah namun jumlah barangan di kedai berkenaan agak terhad kerana saiz kedainya yang kecil.

“Harga boleh tahanlah rendah cuma produk terhad. Dari segi bungkusan memang menarik, tapi kualiti tidak tahulah,” katanya Zafirul, 33.

Beliau yang turut membeli sebanyak 20 botol air mineral daripada kedai berkenaan juga berkata beliau menghadapi kesulitan untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan untuk ke kedai berkenaan.

“Agak susah untuk parkir kereta. Saya kena pusing beberapa kali, kena guna 'Touch n Go' semula baru boleh masuk. Kalau boleh tambah cawangan (Kedai Rakyat 1Malaysia),” katanya.

NONESelain itu, seorang lagi pelanggan, Alice Chang berkata beliau perlu mencuba produk yang baru dibeli dari kedai tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada untuk berkunjung lagi ke kedai tersebut.

“Mesti mahu cuba dahulu. Harga bolehlah (murah). Mesti tengok kualiti dia (barangan) baru boleh cakap. Mesti mahu cuba kualiti dahulu baru boleh tahu boleh datang lagi ke tidak,” kata Alice, 58.

Tak menang tangan

Sementara itu, seorang petugas kedai berkenaan, Nuriah Mat Salleh, 20, berkata kadar harga yang ditetapkan itu membolehkan pengguna berpendapatan rendah membuat pilihan.

Katanya, sejak kedai itu dibuka semalam pelanggan berpusu-pusu mengunjungi kedai berkenaan sehingga kakitangan berkenaan tidak menang tangan.

NONEMalah, kedai berkenaan terpaksa 'meminjam' kakitangan daripada syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd yang mengendalikan kedai berkenaan, kata Nuriah lagi.

Salah seorang pelanggan yang ditemui, Fatimah Yaacob, 56, (kiri) mengakui bahawa harga barangan di kedai tersebut lebih murah berbanding kedai lain.

Namun, beliau berpendapat kedai berkenaan terlalu kecil untuk menampung jumlah pelanggan pada satu-satu masa.

“Harganya murah, bolehlah. Mungkin juga akan datang lagi. Kalau harga kurang, memang akan datang lagi... (Tapi) kedai ini kecil sangat, cuba besarkan lagi," katanya yang mengetahui mengenai pelancaran kedai tersebut sejak semalam.

Parkir terhad

NONETinjauan Malaysiakini turut mendapati, kawasan kedai berkenaan turut dipenuhi longgokan stok barangan yang masih belum disusun.

Diperhatikan, keadaan ini menimbulkan kesesakan untuk orang ramai bergerak di dalam kedai berkenaan yang hanya boleh dipenuhi sekitar 30 orang untuk satu-satu masa.

Kedai berkenaan yang terletak betul-betul di pintu utama stesen LRT Kelana Jaya dilihat mudah untuk dikunjungi pengguna yang dihubungkan dengan jaringan pengangkutan awam di situ.

NONENamun, bagi pengguna yang berkereta, lokasi kedai berkenaan menyulitkan mereka kerana stesen berkenaan tidak dilengkapi dengan tempat letak kereta yang mencukupi.

Beberapa orang pengguna berkenaan berpendapat, kedai berkenaan sepatutnya mudah dikunjungi oleh pengguna berkenderaan persendirian dan bukannya pengguna LRT sahaja.

"Pertama kali datang tengok Parkir di sini sangat susah. (Saya) datang naik kereta kalau LRT tak apa," katanya Leong Wei Meng, 40.

Demikian juga keluhan seorang lagi pelanggan yang berpendapat bahawa kedai berkenaan perlu diperluaskan ke kawasan lain yang menjadi tumpuan penduduk.

Tambah cawangan

NONEAngeline Mutu, 30, berkata kedai yang terletak di stesen LRT Kelana Jaya itu dikhuatiri tidak dapat menampung jumlah pelanggannya dan kawasan itu juga tidak disediakan dengan tempat letak kereta yang mencukupi.

"Parkir sini sangat susah, saya datang naik kereta. parkir sebelah jalan sana sebab parkir tak ada. Kalau parkir depan jalan nanti kena saman. Parkir dalam pun tidak boleh masuk kerana itu parkir untuk pekerja sahaja," katanya yang tidak begitu berpuas hati dengan harga barangan di kedai berkenaan.

Angeline berkata, harga barangan yang tidak berjenama 1Malaysia tetap dijual dengan harga sama seperti di kedai lain.


http://malaysiakini.com/news/167895

Thursday, June 16, 2011

Harapan Chua: 1Malaysia singkir PERKASA

Harapan Chua: 1Malaysia singkir PERKASA
Andrew Ong and Lee Way Loon
Jun 10, 11
12:51pm

Sejak 1Malaysia 'dilahirkan' dua tahun lalu, ia mendapat pelbagai reaksi - sesetengah memuji, tidak kurang yang mencemoh dan ada pula yang tidak ambil kisah.

NONEHasil ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 1Malaysia bagi penyokongnya dilihat mampu menyatukan rakyat majmuk di negara ini.

Tetapi pengkritiknya menganggap 1Malaysia sekadar slogan kosong kerana dasar kerajaan dan politik yang diamalkan masih berkisar kepada soal bangsa dan kerapuhan perpaduan rakyat semakin parah.

Antara mereka yang menyokong padu 1Malaysia adalah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengetuai parti politik yang hanya menerima orang Cina sebagai ahlinya.

Dalam wawancaranya baru-baru ini dengan Malaysiakini, Chua berkata 1Malaysia tidak boleh dicapai dalam sekelip mata dan meramalkan sekurang-kurangnya sehingga 10 tahun sebelum perubahaan sikap mula kelihatan.

Titik persamaan

Katanya, rakyat Malaysia masih terikat dengan identiti bangsa sehingga mereka mampu mencari titik persamaan.

NONEChua juga percaya 1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

"Kerana (keputusan pilihan raya) itu, semua orang terburu-buru mengatakan ia baik untuk negara ini. Jadi sekarang kita mempunyai sistem dua parti,” katanya.

Kesan pilihan raya, kata Chua menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.

"Ini kerana semua ahli politik di mana-mana di dunia ini adalah sama... berbalik kepada asas dan fundamental - bangsa dan agama - bagi mendapatkan sokongan. Ini agak malang,” katanya.

sedaq protest against penang government 050210 ibrahim ali speech 02Meskipun huraian ciri-ciri itu mengambarkan sikap yang diambil oleh ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali namun Chua tidak mahu diheret untuk berdebat dengan presiden kumpulan pendesak Melayu - PERKASA.

Sama seperti 1Malaysia, PERKASA juga lahir selepas pilihan raya umum 2008 tetapi berkonsepkan perjuangan Melayu kerana gusar penguasaan politik Melayu semakin pudar.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/166523

Saturday, April 16, 2011

Haris Zalkapli: Sarawak ujian terbesar 1 Malaysia


Haris Zalkapli

Pilihan raya di Sarawak itu mencatat sejarah sebagai ujian terbesar terhadap gagasan 1 Malaysia dan pelaksanaannya.

Politik di Semenanjung sebahagian besarnya melibatkan tiga etnik, Melayu, Cina dan India, yang menjadi perkiraan dalam pemilihan calon dan cara kempen parti-parti politik.

Di Sarawak, jumlah etnik dan agama yang lebih banyak ditambah lagi dengan isu jurang antara Semenanjung dengan Borneo melibatkan pelbagai isu.

Pilihan raya kali ini, yang bakal menjadi yang paling sengit dalam sejarah, menjadikan isu-isu tersebut sebagai topik utamanya.

Hal ini menjadikan medan politik Sarawak sebagai ujian terbesar terhadap gagasan 1 Malaysia, yang hanya akan diatasi oleh Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

1 Malaysia sentiasa berdepan ujian sejak kelahirannya yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Dalam era 1 Malaysia, elemen liberal dalam politik Malaysia semakin lantang bersuara, menuntut aspirasi mereka diterima.

Pada masa sama, muncul kumpulan etnonasionalis Melayu berhaluan kanan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa, yang menjadi sekutu dan pada masa sama pesaing kepada Umno, parti Melayu paling dominan.

Kempen Barisan Nasional, yang menyaksikan perdana dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkempen lebih lama di sana memberi gambaran persaingan sengit yang bakal dihadapi BN.

Janji-janji 1 Malaysia, menurut pelbagai tafsiran, kini dituntut oleh pengundi dan pemain politik di Sarawak.

Isu Injil dalam bahasa Melayu menjadi satu isu besar yang menggugat kerajaan BN, yang terlibat dalam debat ini sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak mahu menunjukkan sebarang komitmen.

Pendekatan berhati-hati pemerintah berdepan ujian dalam pilihan raya ini apabila isu Injil tersebut sekali lagi menjadi perhatian pembangkang dan kumpulan Katolik menjelang pilihan raya di Sarawak.

Kristian Katolik yang merupakan antara kumpulan agama terbesar di Sarawak berupaya mengundi secara blok dan memberi kesan terhadap dominasi BN.

Isu ini diambil kesempatan sepenuhnya oleh pembangkang dan menjadikan BN berada dalam keadaan defensif.

Kedudukan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang telah berdekad memerintah Sarawak juga menjadi liabiliti kepada BN.

Kompromi yang diambil, menjanjikan pengunduran Taib selepas pilihan raya kelihatan tidak memuaskan hati banyak pihak.

Kedudukan dominan Taib dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB, yang merupakan parti dominan Melayu turut menimbulkan isu kaum dalam pilihan raya kali ini.

Etnik yang ditakrifkan sebagai Melayu bukan etnik terbesar di Sarawak, tetapi Taib yang mewakili parti Melayu telah menguasai Sarawak selama 30 tahun.

Hal ini dijadikan satu isu yang menyentuh keadilan antara etnik di negeri itu, satu lagi isu yang meletakkan BN dalam keadaan defensif.

Pada masa sama, kedudukan Borneo yang jauh berbeza daripada arus pembangunan seperti dilihat di Semenanjung turut menyumbang poin negatif terhadap pemerintah BN.

Sarawak menjelang pilihan raya ini menjadi perhatian media propemerintah, dengan isu-isunya seperti pembangunan mengisi sisipan-sisipan dalam akhbar harian.

Malah, ada akhbar mula menerbitkan kolum dengan tajuk dalam dialek Sarawak.

Sepanjang kempen, berbilion peruntukan disebut dan dijanjikan oleh BN, dalam usaha menegaskan lagi kaitan parti pemerintah BN dengan pembangunan.

Secara tidak langsung, liputan media, janji dan pencapaian yang dikemukakan mengesahkan kedudukan Sarawak yang tidak terpandang dan jauh di belakang berbanding Semenanjung dalam pembangunan.

Pada masa sama, banyak paparan mengenai Sarawak dikemukakan dengan cara yang menekankan perbezaan antara wilayah itu dengan Semenanjung.

Tidak seperti pilihan raya sebelum ini, isu etnik, agama dan integrasi Sarawak dengan Semenanjung menjadi isu sentral, menguji kepimpinan Najib dan gagasan 1 Malaysianya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2805:haris-zalkapli-sarawak-ujian-terbesar-1-malaysia&catid=90:fokus-khas&Itemid=84

Monday, March 7, 2011

SPR: Logo parti jangan, 1Malaysia OK

SPR: Logo parti jangan, 1Malaysia OK
Jimadie Shah Othman
Mac 5, 11
5:32pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengeluarkan arahan supaya tiada logo parti dipamerkan pada kenderaan yang mengangkut pemilih ke pusat pembuangan undi esok.

NONEBagaimanapun, BN dan PAS masih boleh menggunakan pengenalan warna dengan menampal kertas bersaiz A4 padanya.

"BN warna biru dan PAS warna hijau. Pada lepas-lepas mereka menggunakan bendera dan logo. Kita dah bincang dengan polis.

"Itu dianggap berkempen," kata timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Ditanya tentang logo 1Malaysia, beliau berkata, ia tiada masalah kerana bukan logo parti.

"Apa juga lambang lain tiada masalah," tambahnya dalam sidang media di Temerloh hari ini.

Wan Ahmad menasihatkan orang ramai mematuhi keputusan itu dan tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri dengan menghalang pengundi yang memakai logo selain parti, seperti 1Malaysia.

"Itu dikira menghalang orang membuang undi dan boleh ditangkap," katanya sambil memberitahu arahan itu telah tiga hari dikeluarkan kepada parti bertanding.

Cadangan pengenalan warna itu pernah cuba dijalankan beberapa kali dalam pilihan raya kecil sebelum ini dan belum diikuti secara menyeluruh, tambahanya.

Sementara itu, beliau juga menasihatkan pemilih turun awal membuang undi kerana cuaca esok diramalkan mendung dan dikhuatiri hujan di sebelah petang.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan sasaran 80 peratus keluar mengundi akan dicapai kali ini.


http://malaysiakini.com/news/157803

Thursday, March 3, 2011

1Israel, 1Malaysia kebetulan, sindir Anwar

Harakahdaily

JASIN, 2 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi PRK Dun Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Beliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan.

"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan ‘People First’, Najib pula ‘Rakyat Didahulukan’. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.

Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri.

Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (PKR Gombak) R Sivarasa (PKR Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.

Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai.

Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.

Turut menyampaikan ceramah malam tadi beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PAS bagi Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31150:1israel-1malaysia-kebetulan-sindir-anwar&catid=1:utama&Itemid=50

Tuesday, February 22, 2011

Pereka grafik buka laman web 2Malaysia

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Kerana tidak berpuashati dengan slogan 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak, seorang pereka grafik membuka satu laman web khas untuk melawannya.

Menurut Ariff Junaidi dalam satu kenyataannya, beliau telah melancarkan satu laman web di http://www.2malaysia.org semalam bagi menyampaikan hasratnya itu.

"Sebelum ini saya telah mempromosikan 2Malaysia menerusi laman Facebook, http://www.facebook.com/2malaysia," kata Ariff dalam kenyataannya.

Ariff berkata, beliau mendapat inspirasi daripada kempen parodi politik luar negara seperti MyDavidCameron dan berhasrat melancarkan 2Malaysia untuk menunjukkan hipokritnya kerajaan dalam kempen 1Malaysia mereka.

Tiga poster kini disediakan mengikut tema 1Malaysia iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Saya berhasrat orang ramai boleh turut serta dengan menghantar poster rekaan mereka mengikut tema 2Malaysia kepada saya menerusi laman web dan Facebook saya.

"Saya yakin orang ramai juga muak dengan propaganda Kerajaan," kata Ariff dalam kenyataannya kepada Harakadaily.

Menurut Ariff, dia bukan ahli mana-mana parti tetapi kecewa melihat perbezaan antara apa yang Najib katakan dan apa yang berlaku dalam realiti.

"Sebagai seorang pereka grafik, ini antara apa yang saya mampu lakukan," katanya.

Antara poster awal yang dimasukkan Ariff dalam laman itu adalah poster runtuhnya bangunan Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu yang Ariff lakarkan ia sebagai 'pencapaian diutamakan'.

Turut dimuatkan Ariff dalam laman 2Malaysia beliau adalah parodi kepada 1Malaysia Najib dengan peranan yang dimainkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30997:pereka-grafik-buka-laman-web-2malaysia&catid=1:utama&Itemid=50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...