Showing posts with label PRIMA - Pertubuhan India. Show all posts
Showing posts with label PRIMA - Pertubuhan India. Show all posts

Monday, January 24, 2011

PRIMA: Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat...

PRIMA: Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat...
Hafiz Yatim
Jan 22, 11
2:17pm

Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.

indian ngo pc 221209 federation of malaysian indian ngos (prima) president a rajaretinamSebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara teranagn menuntut buku itu ditarik balik.

“Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya.

“Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan,” katanya dalam satu SMS kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini, PRIMA memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Tenang jika kerajaan gagal menangani isu tersebut tetapi tidak berbuat demikian hari ini.

Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa pengundi India supaya menyokong calon PAS.

muhyiddin pc 200910 02Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata mesyuarat Selasa lalu yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Puad Zarkashi telah mencapai konsensus dengan beberapa persetujuan bagi mengakhiri perbalahan mengenai Interlok.

Ini termasuk memuatkan nota khaki tambahan, glosari dan garis panduan pengajaran.

Muhyiddin dilaporkan berkata novel berkenaan membincangkan perpaduan dan intergrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/154128

Friday, January 7, 2011

Interlok: Kementerian digesa tubuh j/kuasa bebas

Interlok: Kementerian digesa tubuh j/kuasa bebas
Abdul Rahim Sabri
Jan 6, 11
7:54pm

Kementerian Pelajaran hari ini digesa menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi mengkaji isu berkaitan dengan masyarakat India sebelum ia dijadikan bahan cetakan dan menjadi buku teks sekolah.

ppp interlok chandrakumanan 060111Gesaan itu dibuat oleh Parti Pogresif Penduduk (PPP), Parti Makkal Sakti dan NGO Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA).

Pengerusi PPP Wilayah Persekutan Datuk A Chandrakumanan berkata jawatankuasa bebas perlu untuk merangka dan memantau isu yang berkaitan masyarakat India untuk dijadikan bahan dalam buku teks di sekolah.

"Ini adalah isu penting. Sekarang hanya satu jawatankuasa sahaja dalam kabinet. Kita tidak boleh menyuarakan suara kita dari luar.

"Kita di luar. Kabinet hanya satu badan sahaja yang mewakili masyarakat India.... Siapa lagi (dari luar) yang duduk dalam jawatankuasa yang boleh memantau isu-isu ini," katanya dalam satu sidang media di ibunegara hari ini.

Turut hadir ialah Presiden PRIMA, AP Raja Retinam dan beberapa pimpin PPP Wilayah Persekutuan.

Chandrakumanan mengulas novel "Interlok" sebagai buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima sekolah menengah yang didakwa mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum India.

Buku karangan sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain itu didakwa memberikan gambaran yang salah ke atas masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan penggunaan istilah "pariah".

Chandrakumanan berkata jawatankuasa bebas ini penting bagi memantau isu yang berkaitan kaum India sebelum ia diluluskan dan diterbitkan.

"Kementerian Pelajaran mesti sensitif (perkara ini) sebelum mengeluarkan jutaan ringgit untuk mengeluarkan buku," katanya.

Menurutnya lagi, jawatankuasa itu boleh berperanan sepertimana Dong Jiao Zhong (DJZ) yang memantau pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina.

Sementara itu, Presiden Makkal Sakti R Kannan ketika dihubungi Malaysiakinipetang ini mencadangkan agar anggota jawatankuasa bebas itu terdiri daripada wakil kaum Melayu, Cina dan India.

http://malaysiakini.com/news/152676

Sunday, January 2, 2011

NGO ancam protes jika 'Interlok' terus jadi teks

NGO ancam protes jika 'Interlok' terus jadi teks
Hafiz Yatim & Fadzly Esa
Dis 31, 10
2:13pm

Sebuah pertubuhan India mengancam untuk mematahkan rancangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung satu novel untuk pelajar SPM yang dipertikai.

NONEBuku karangan sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain itu didakwa memberikan gambaran yang salah ke atas masyarakat Indian, terutama ke atas sistem kasta dan penggunaan istilah "pariah".

Tidak puas hati dengan perkembangan itu, kumpulan berkenaan merancang untuk melancarkan satu protes di Putrajaya dan di Johor Bahru.

Ia juga bercadang untuk meletakkan calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan diadakan pada akhir bulan depan.

Ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) AP Raja Retinam berkata buku tersebut menentang semangat 1Malaysia dan perlu ditarik balik dari pasaran.

Letak calon bebas di Tenang

"Kerajaan dan Kementerian Pelajaran nampaknya tegas dalam mengekalkan buku itu sebagai sebahagian daripada buku teks sastera untuk Sijil Pelajaran Malaysia.

"(PRIMA) kesa kerana buku itu memberikan gambaran tidak betul terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan perkataan 'pariah' yang digunakan

"Kita telah mengemukakan perkara ini dengan MIC di mana menteri (sumber manusia Datuk S Subramaniam berjanji untuk membangkitkan perkara ini di kabinet.

"Bagaimanapun, jika kabinet dan menteri pelajara Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas untuk tidak menilai semula isu buku Interlok ini, kita akan turun ke jalan bulan depan.

"Kita juga akan letak calon bebas di Tenang," katanya lagi.

Retinam bersama presiden baru pertubuhan itu Dr V Suppiah tiba di pejabat Malaysiakini semalam untuk menyuarakan keresahan masyarakat India berhubung penggunaan buku itu sebagai teks pelajaran.

Suppiah berkata, gambaran terhadap masyarakat India dalam buku itu tidak relevan dan BN tidak harus terlalu angkuh sehingga menenggelamkan suara komuniti itu.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/152083

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...