Showing posts with label Isu Pengundi Hantu. Show all posts
Showing posts with label Isu Pengundi Hantu. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Ops kesan 'pengundi hantu' melalui Facebook

Ops kesan 'pengundi hantu' melalui Facebook
Salhan K Ahmad
Jul 7, 11
1:15pm

Wanita PKR bersama sayap angkatan mudanya hari ini melancarkan operasi mengesan 'pengundi hantu' melalui Ops IC yang digerakkan melalui laman sosial Facebook.

Rangkaian 'Road to Putrajaya' di laman berkenaan bertujuan untuk mengumpulkan maklumat berhubung pengundi yang diragui.

Ketua pengarah operasinya, Azwan Ramli berkata maklumat berhubung pengundi yang diragui itu kemudiannya akan dibawa ke majlis pimpinan pusat PKR.

"Kemudian kita akan siasat di jabatan imigresen dan juga jabatan pendaftaran," tambahnya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

NONESetakat ini, operasi berkenaan berjaya mengesan antara lainnya dua kumpulan pengundi, masing-masing seramai 66 dan 88 orang di dua buah rumah di kawasan parlimen Permatang Pauh.

Operasi berkenaan juga mengesan sejumlah pengundi dikhuatiri mempunyai dokumen pengenalan berbeza, kata Azwan lagi.

Sementara itu, ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, maklumat itu kemudiannya akan "dilambakkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya" bagi membolehkan suruhanjaya itu membuat pemutihan daftar pemilih.

Langkah itu akan diambil memandangkan amalan selama ini memerlukan bayaran sebanyak RM10 untuk setiap semakan pengundi.

"Sepatutnya kerajaan menyediakannya bagi memastikan daftar pemilih dibersihkan," katanya lagi dalam sidang media sama.


http://malaysiakini.com/news/169188

Sunday, July 3, 2011

Sistem baru SPR tak mampu kesan pengundi hantu

Sistem baru SPR tak mampu kesan pengundi hantu
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 2, 11
8:18am

Sistem baru online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mampu mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, sebagaimana yang dijanjikan oleh badan itu.

Khamis lalu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa sistem baru itu membolehkan seseorang pengundi memantau sama ada alamat rumahnya digunakan untuk mendaftar pengundi hantu.

NONEJika wujud kes sedemikian, katanya, pendaftar yang sah boleh mengemukakan aduan untuk tindakan lanjut SPR.

Bagaimanapun Malaysiakini mendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Sistem itu tidak akan memberikan maklumat mengenai jumlah pengundi dalam sesebuah rumah jika hanya alamat rumah disertakan dalam carian.

Penyelaras Jaringan Pemantau Pilihanraya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong berkata sistem carian baru SPR tidak menunjukkan sebarang kelainan berbanding kaedah sebelum ini.

my election watch mew hulu selangor by-election report 270410 ong boon keong“Apa yang kami perlukan ialah sebuah sistem yang membenarkan butir-butir tempat mengundi diperolehi berasaskan maklumat seperti alamat rumah dan bukan hanya dengan nombor kad pengenalan,” katanya.

Menurut Ong, SPR sebelum ini juga telah menolak cadangan itu beberapa tahun lalu kerana mendakwa ia membabitkan kos yang tinggi.

“Sebenarnya ia tidaklah mahal atau sukar dilaksanakan. Ia lebih kepada sama ada SPR mempunyai iltizam untuk berbuat demikian. SPR lebih cenderung untuk mengekang penyaluran maklumat kepada pihak awam,” katanya.



http://malaysiakini.com/news/168658

Saturday, July 2, 2011

PKR dakwa timbalan pengerusi SPR alat Umno

PKR dakwa timbalan pengerusi SPR alat Umno
Jul 1, 11 12:20p

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali hari ini mencabar Datuk Wan Ahmad Wan Omar supaya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ekoran serangan yang dilancarkan oleh timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu ke atas pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih & Adil (BERSIH).

NONEAzmin (kanan) turut menuntut supaya Wan Ahmad menarik balik kenyataan "tidak bertanggungjawab" itu bahawa pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreevenasan telah diperalat oleh pemimpin pembangkang bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang bakal menjelang.

"Kenyataan Wan Ahmad adalah tidak bertanggungjawab dan menzahirkan watak sebenar beliau yang selama ini dilihat sebagai alat kepada pimpinan Umno dan sistem yang rosak.

"Kenyataan sebegini tidak mengambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas.

"Adalah malang apabila Wan Ahmad gagal memperlihatkan profesionalisme sebagai penjawat awam yang seharusnya bersifat berkecuali," kata Azmin lagi dalam satu kenyataan.

"Ketaatan membuta-tuli beliau kepada Umno jelas membuktikan beliau gagal membezakan keperluan untuk setia kepada 'government of the day' dengan taat kepada parti pemerintah," kata Azmin dalam satu kenyaataan hari ini.

NONEAzmin turut berang dengan kenyataan Wan Ahmad yang dilaporkan berkata, parti komponen Pakatan kini mula bimbang kerana BN mula meperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil terakhir yang dijalankan sebelum ini.

"Apabila Wan Ahmad menzahirkan kenyataannya bahawa BN semakin kuat, maka timbul persoalan apakah beliau sudah merancang sesuatu bagi menjamin kemenangan Umno dan BN?

"Kalau inilah peranan yang dicatur oleh Wan Ahmad, maka pilihan raya di Malaysia sememangnya tidak lagi bebas dan adil," katanya lagi.

Azmin juga mendakwa, beliau telah menyahut cabaran Wan Ahmad untuk membuktikan bahawa Daftar Pemilih Induk 2010 sebagai "daftar pemilih yang terkotor dalam sejarah pilihan raya."

"Dakwaan saya telah diakui benar oleh SPR dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria bertarikh 24 Jun 2011.

bagan pinang by-election ec preparing postal votes 071009 deputy chief wan ahmad"Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan serta merta. Beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR," katanya lagi, merujuk kepada pengakuan oleh Kamaruddin sebelum ini berhubung kewujudan sejumlah 'pengundi hantu' di rumah ibu Azmin.

Kamaruddin sebelum ini dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata, suruhanjaya itu bagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengatasi masalah melibatkan lima orang individu Cina dan seorang Melayu yang tidak sepatutnya didaftarkan di rumah berkenaan.


http://malaysiakini.com/news/168569

Monday, June 27, 2011

Nazri: Tiada aduan rasmi pengundi hantu

S Pathmawathy
Jun 20, 11
1:42pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tiada laporan rasmi berhubung pengundi hantu.

Jawapan itu sekali gus mengetepikan dakwaan anggota parlimen pembangkang Azmin Ali.

NONEAzmin (PKR-Gombak) dalam jawapan tambahan mahukan menteri berkenaan menjelaskan pendaftaran pengundi secara terperinci di kawasan parlimennya.

Azmin (kiri) turut mendakwa bahawa terdapat pengundi didaftarkan menggunakan alamat ibunya di Kampung Klang Gate Baru.

Katanya, setelah dicabar Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar bagi membuktikan bahawa daftar pemilih pada Mei merupakan yang terkotor, beliau menemui perkara itu.

Katanya, dalam daftar tersebut, rumah bernombor 1E yang diduduki ibunya dikatakan didiami 11 orang lai dengan enam daripada Melayu dan lima lagi Cina.



http://malaysiakini.com/news/167427
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...