Showing posts with label aspanaliasnet. Show all posts
Showing posts with label aspanaliasnet. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

SAYA DOAKAN SAUDARA AZIZ BARI SELALU

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Aspan Alias

Prof Aziz Bari telah menerima surat dengan berisi peluru pada pukul 11.45 pagi semalam dan ini merupakan satu lagi usaha untuk menekan masyarakat yang berfikir. Nampaknya sekarang hanya satu sahaja cara untuk kita hidup aman di negara ini; iaitu dengan mendiamkan diri sahaja dan tidak memberikan tentangan tentang pandangan kuning masyarakat kita khususnya mereka yang bersama pihak berkuasa.

Jika ada telinga hanya dengar sahaja dan jika ada mata hanya tengok sahaja. Jangan bercakap benda yang benar. Tugas kita hanya menganggok seperti burung balam sahaja walaupun yang kita dengar itu adalah perkara bodoh dan sumbang untuk negara. Jika kita telah bersekolah tinggi jangan gunakan ilmu itu kerana yang penting kita di minta mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pihak yang sedang berkuasa.

Yang boleh menyentuh Raja-Raja Melayu hanyalah Umno. Orang lain nak bercakap benar dan tidak pun menderhaka kepada raja akan diambil tindakan seperti Aziz Bari. Dulu Umno kata kita tidak perlu Raja kerana raja-raja ini hanya memeningkan kepala rakyat kononnya. Kita boleh baca semua kenyataan pemimpin Umno semasa krisis perlembagaan 1993 dahulu. Saya dah sebut isu ini puluhan kali dan tidak bercadang untuk mengulanginya lagi.

Apabila terdesak Umno menggunakan raja-raja Melayu untuk berlindung dari pengaruh pembangkang yang kian hari kian bertambah. Umno cuba memisahkan pembangkang dengan raja-raja sedangkan DAP, PAS dan yang lain tidak pernah membuat tekanan terhadap raja-raja. Sekarang Umno sudah menjadi parti yang pengecut; terpaksa berlindung macam kucing di celah ketiak raja-raja Melayu yang pernah mereka hina dahulu.

Apabila kerajaan Selangor ingin meminda perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada Tuanku Sultan dalam memilih Setiusaha Kerajaan Negeri Umno pula yang menyanggah dan tidak mahu memberikan kuasa itu kepada Sultan Selangor seperti yang di peruntukan kepada Sultan Selangor sebelum krisis perlembagaan 1993 dahulu.

Sekarang pula bila ada seorang professor undang-undang dan pakar dalam isu perlembagaan Umno marah-marah pula dan menggantung tugas professor itu. Hari ini professor itu menerima pula surat berisi peluru yang datangnya dari orang yang tidak gemar dengan tindakan professor itu.

Saya tidak menuduh Umno yang menghantar peluru itu kerana nanti kena saman pula kita. Tetapi yang jelas ianya datang dari pihak yang bermain politik kotor yang tidak bersetuju dengan pandangan yang berbeza. Pihak berkuasa amat takut dengan pengaruh Aziz Bari yang kian bercambah di kalangan rakyat yang sudah pandai berfikir.

Yang menentang pandangan Aziz Bari ini hanyalah mereka yang bermain politik dan tidak tahu pun tentang undang-undang jauh sekali untuk memberikan tafsiran undang-undang dari sudut moral demokrasi yang kita kononnya anuti itu. Dengan isu ini kita telah nampak yang Umno sudah terdesak dan terasak ke dinding. Maka Umno terpaksa menjadi “aggressive” dan melakukan tindakan provokatif pula.

Kepada Prof Aziz Bari saya hanya memohon supaya bersabar dan melalui dugaan ini dengan penuh keimanan. Walaupun beliau seorang professor yang hebat tidak salah jika saya yang tidak mempunyai kepandaian seperti beliau untuk memberikan nasihat dan sokongan moral kepada beliau.

Kita mesti akui yang orang yang bersabar akan akhirnya berjaya dan sesiapa yang melakukan apa-apa tindakan dengan niat serong akan akhirnya gagal juga. Itu adalah hakikat yang benar dan real.

Ratusan ribu malahan jutaan rakyat secara moralnya berada dibelakang Prof Aziz dan sentiasa mendoakan beliau agar berada di dalam sepenuh keredhoan Tuhan Maha Esa. Prof Aziz mesti akui yang berkata benar diakhir zaman ini memang susah. Tetapi niat dan hajat yang baik akhirnya akan di redhoi Tuhan juga.

Biarkan sahaja apa yang akan diperkatakan terhadap saudara tetapi jika saudara tetap dengan niat dan pendirian yang baik saudara akan berjaya akhirnya. Kata alim ulamak yang muktabar, jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan onak, tetapi sebaliknya jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang lazat-lazat.

Bagi saya yang tidak dapat berbuat apa-apa ini, hanya meningkatkan doa untuk saudara ketingkat yang lebih tinggi lagi. Orang ramai percaya kata-kata saudara itu merupakan menifestasi rakyat yang inginkan sebuah kerajaan yang berlandaskan “rule of law”, beretika, demokrasi yang luhur, tidak rasuah dan menyalah gunakan kuasa serta pimpinan yang “magnanimous” dan menghormati pandangan rakyat yang setia kepada negara dan bangsanya.

Tindakan saudara membuat lapuran polis di atas surat yang mengandungi peluru itu adalah wajar dan diharapkan pihak yang berwajib akan membuat siasatan yang adil dan bijaksana.

Saya terus mendoakan saudara dan hadapilah isu ini dengan tabah. Insya’Allah saudara akan berjaya melepasi dugaan ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

http://www.kl-today.com/2011/10/saya-doakan-saudara-aziz-bari-selalu/

Sunday, October 30, 2011

SAYA DOAKAN SAUDARA AZIZ BARI SELALU

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Aspan Alias

Prof Aziz Bari telah menerima surat dengan berisi peluru pada pukul 11.45 pagi semalam dan ini merupakan satu lagi usaha untuk menekan masyarakat yang berfikir. Nampaknya sekarang hanya satu sahaja cara untuk kita hidup aman di negara ini; iaitu dengan mendiamkan diri sahaja dan tidak memberikan tentangan tentang pandangan kuning masyarakat kita khususnya mereka yang bersama pihak berkuasa.

Jika ada telinga hanya dengar sahaja dan jika ada mata hanya tengok sahaja. Jangan bercakap benda yang benar. Tugas kita hanya menganggok seperti burung balam sahaja walaupun yang kita dengar itu adalah perkara bodoh dan sumbang untuk negara. Jika kita telah bersekolah tinggi jangan gunakan ilmu itu kerana yang penting kita di minta mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pihak yang sedang berkuasa.

Yang boleh menyentuh Raja-Raja Melayu hanyalah Umno. Orang lain nak bercakap benar dan tidak pun menderhaka kepada raja akan diambil tindakan seperti Aziz Bari. Dulu Umno kata kita tidak perlu Raja kerana raja-raja ini hanya memeningkan kepala rakyat kononnya. Kita boleh baca semua kenyataan pemimpin Umno semasa krisis perlembagaan 1993 dahulu. Saya dah sebut isu ini puluhan kali dan tidak bercadang untuk mengulanginya lagi.

Apabila terdesak Umno menggunakan raja-raja Melayu untuk berlindung dari pengaruh pembangkang yang kian hari kian bertambah. Umno cuba memisahkan pembangkang dengan raja-raja sedangkan DAP, PAS dan yang lain tidak pernah membuat tekanan terhadap raja-raja. Sekarang Umno sudah menjadi parti yang pengecut; terpaksa berlindung macam kucing di celah ketiak raja-raja Melayu yang pernah mereka hina dahulu.

Apabila kerajaan Selangor ingin meminda perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada Tuanku Sultan dalam memilih Setiusaha Kerajaan Negeri Umno pula yang menyanggah dan tidak mahu memberikan kuasa itu kepada Sultan Selangor seperti yang di peruntukan kepada Sultan Selangor sebelum krisis perlembagaan 1993 dahulu.

Sekarang pula bila ada seorang professor undang-undang dan pakar dalam isu perlembagaan Umno marah-marah pula dan menggantung tugas professor itu. Hari ini professor itu menerima pula surat berisi peluru yang datangnya dari orang yang tidak gemar dengan tindakan professor itu.

Saya tidak menuduh Umno yang menghantar peluru itu kerana nanti kena saman pula kita. Tetapi yang jelas ianya datang dari pihak yang bermain politik kotor yang tidak bersetuju dengan pandangan yang berbeza. Pihak berkuasa amat takut dengan pengaruh Aziz Bari yang kian bercambah di kalangan rakyat yang sudah pandai berfikir.

Yang menentang pandangan Aziz Bari ini hanyalah mereka yang bermain politik dan tidak tahu pun tentang undang-undang jauh sekali untuk memberikan tafsiran undang-undang dari sudut moral demokrasi yang kita kononnya anuti itu. Dengan isu ini kita telah nampak yang Umno sudah terdesak dan terasak ke dinding. Maka Umno terpaksa menjadi “aggressive” dan melakukan tindakan provokatif pula.

Kepada Prof Aziz Bari saya hanya memohon supaya bersabar dan melalui dugaan ini dengan penuh keimanan. Walaupun beliau seorang professor yang hebat tidak salah jika saya yang tidak mempunyai kepandaian seperti beliau untuk memberikan nasihat dan sokongan moral kepada beliau.

Kita mesti akui yang orang yang bersabar akan akhirnya berjaya dan sesiapa yang melakukan apa-apa tindakan dengan niat serong akan akhirnya gagal juga. Itu adalah hakikat yang benar dan real.

Ratusan ribu malahan jutaan rakyat secara moralnya berada dibelakang Prof Aziz dan sentiasa mendoakan beliau agar berada di dalam sepenuh keredhoan Tuhan Maha Esa. Prof Aziz mesti akui yang berkata benar diakhir zaman ini memang susah. Tetapi niat dan hajat yang baik akhirnya akan di redhoi Tuhan juga.

Biarkan sahaja apa yang akan diperkatakan terhadap saudara tetapi jika saudara tetap dengan niat dan pendirian yang baik saudara akan berjaya akhirnya. Kata alim ulamak yang muktabar, jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan onak, tetapi sebaliknya jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang lazat-lazat.

Bagi saya yang tidak dapat berbuat apa-apa ini, hanya meningkatkan doa untuk saudara ketingkat yang lebih tinggi lagi. Orang ramai percaya kata-kata saudara itu merupakan menifestasi rakyat yang inginkan sebuah kerajaan yang berlandaskan “rule of law”, beretika, demokrasi yang luhur, tidak rasuah dan menyalah gunakan kuasa serta pimpinan yang “magnanimous” dan menghormati pandangan rakyat yang setia kepada negara dan bangsanya.

Tindakan saudara membuat lapuran polis di atas surat yang mengandungi peluru itu adalah wajar dan diharapkan pihak yang berwajib akan membuat siasatan yang adil dan bijaksana.

Saya terus mendoakan saudara dan hadapilah isu ini dengan tabah. Insya’Allah saudara akan berjaya melepasi dugaan ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

http://www.kl-today.com/2011/10/saya-doakan-saudara-aziz-bari-selalu/

Friday, October 21, 2011

KERANA POLITIK, SANGGUP HERET KANAK-KANAK

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 21ST, 2011

Aspan Alias

Isu yang dimainkan oleh Ketua Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri serta beberapa blogger pro-Umno terhadap anak Lim Guan Eng memang jelas mendapat perhatian ramai dan kebanyakan dari reaksi yang saya secara peribadi terima menunjukan sebagai satu isu yang menjadi kemarahan ramai.Ramai yang meminta saya menulis dan memberi komen tentangnya. Saya tidak mempunyai komen panjang tentang isu ini. Yang pasti “lawmakers” dari Umno nampaknya menjauhi diri mereka dari isu ini dan rata-rata kita mendengar yang Umno tidak terlibat dengan isu yang panas ini. Malahan Ahli-Ahli Parlimen Umno meminta Guan Eng menyaman Novandri dan bloggers pro-Umno jika itu merupakan fitnah yang sengaja diadakan kerana tuntutan politik yang “desperate”.

Komen saya senang sahaja; ini merupakan satu lagi dari banyak bukti yang Umno begitu “desperate” untuk mendapatkan kembali kerusi-kerusi yang mereka tertewas dalam pilihanraya yang lalu. Umno tidak menampakan lagi sikap seperti parti yang memimpin negara. Umno sudah menjadi “defensive” dan ini merupakan petanda yang parti itu sedang menuju kearah kejatuhan. Ini hakikat.

Umno tercari-cari kesalahan DAP di Pulau Pinang seperti orang mencari kutu yang halus dalam rambut. Umno tidak mempunyai modal lagi untuk mendapat perhatian ramai. Umno nampaknya sudah menjadi “sour grapes” dan jika sudah dihinggapi oleh penyakit seperti ini selalunya parti yang seperti ini akan ditinggalkan oleh orang ramai.

Orang ramai akan mula berfikir samada parti ini mampu untuk menjadi pelindung kepada rakyat kerana orang ramai akan sendirinya akan merasa tidak berkeyakinan jika sebuah parti pemerintah sanggup melakukan perkara yang amat menjijikan itu semata-mata untuk menyambung nikmat berkuasa.

Memalitkan seorang kanak-kanak yang tidak bersalah kerana kepentingan politik serupalah seperti penjenayah kanak-kanak yang sangat tidak bertanggungjawab. Ada pihak yang sanggup melakukan kerja seperti ini semata-mata kerana hendak menjatuhkan pihak lawan. Jika Guan Eng yang hendak dijatuhkan kenapa jadikan anaknya sebagai mangsa?

Tidak kah “penjenayah-penjenayah” ini merasa malu apabila Guru Besar SMK Heng Ee, George Town sendiri manafikan adanya berlaku perkara yang difitnahkan oleh pihak tertentu di dalam Umno itu? Kenapa setengah pihak yang desperado ini sanggup menyiarkan gambar orang lain yang dikatakan sebagai anak Guan Eng? Gambar yang dikatakan sebagai anak Guan Eng itu rupa-rupa gambar orang lain yang sedang belajar di AS (gambar atas0.

Inilah sebenarnya yang berlaku di dalam Umno. Umno sudah hilang segala-galanya. Yang ada hanyalah saki-baki kuasa yang ada yang dimandatkan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

Tidakkah terfikir oleh “penjenayah-penjenayah” ini bagaimana kanak-kanak berusia 16 tahun itu menghadapi hidup seharian kerana fitnah yang amat hina ini? Isu ini jelas merupakan satu fitnah yang amat rendah darjatnya. Kerja seperti ini tentulah berlaku kerana mereka sudah terbiasa melakukannya. Kata perbilangan “alah bisa tegal biasa”.

Kalau sudah biasa dengan jenayah, untuk melakukan jenayah yang lain akan menjadi perkara biasa. Kepada semua yang bertanggungjawab merencanakan pembohongan ini berfikirlah apa dengan tekun dan bertanya kepada diri sendiri, “apa yang telah aku lakukan ini?” dan perbaikilah diri masing-masing.

Politik itu politiklah! Tetapi janganlah sampai melakukan perkara yang sangat ternoda ini. Jangan tunjukan sangat “desperation” itu kepada khalayak ramai. Semua tindakan yang dilakukan terhadap seorang kanak-kanak sekolah itu hanya merupakan tindakan “self defeating” bagi parti yang memerintah.

Itu sahaja komen saya.

— aspanaliasnet.blogspot.com


http://www.kl-today.com/2011/10/kerana-politik-sanggup-heret-kanak-kanak/

Saturday, September 17, 2011

Jangan terburu-buru, nanti kecewa

Posted by admin on September 16th, 2011

Aspan Alias

Pengumuman memansuhkan ISA oleh Perdana Menteri semalam kita alu-alukan, tetapi jangan merayakannya terlalu awal kerana kita belum lagi melihat deraf Akta baru yang akan mengambil tempat ISA itu.Lagi pun perjuangan kita bukan setakat memansuhkan ISA tetapi banyak lagi isu yang lebih merbahayakan negara dari isu pemansuhan ISA ini. Mansuhnya ISA itu tidak bermakna semuanya telah selesai dan kita boleh hidup dalam keadaan aman dan tanpa disedari kita dilelapkan mata atau ditutupi pandangan kita daripada isu-isu besar lain yang telah menjadi kudis kepada kehidupan rakyat.

Tentulah isu pemansuhan ISA dan pemansuhan tiga deklarasi dharurat ini akan dijadikan modal politik oleh pihak pemerintah untuk mennagih sokongan ramai dalam pilihanraya nanti malahan pemerintah ingin menggunakan isu ini untuk mengadakan pilihanraya secepat yang mungkin. Sebagai pemerintah tentulah mereka mahu satu isu yang mereka anggap besar bagi menutupi isu-isu besar yang lain dari pandangan rakyat.

Dalam keadaan politik sekarang pemansuhan ini tidak mungkin memberikan apa-apa tambahan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan kerana Najib Razak masih lagi membisu terhadap isu Bersih dengan 8 tuntutannya yang melibatkan orang ramai.

Apa yang jelas apa yang dilakukan oleh Najib ini merupakan tindakan unilateral beliau sahaja kerana hanya sehari sebelum pemansuhan ini Hishammuddin Hussein masih masih lagi menyatakan bahawa ISA belum lagi ada pertimbangan kerajaan untuk dimansuhkan.

Isu ISA ini tidak pula melibatkan rakyat yang ramai kerana ianya hanya berkaitan dengan segelintir yang bergerak dalam siasah dan politik dan hanya melibatkan beberapa orang sehaja jika ISA dilaksanakan terhadap mereka. Tetapi isu rasuah merupakan isu yang terbesar yang dihadapi oleh kerajaan pada hari ini.

Mungkin pemimpin kerajaan akan berfikir yang setelah ISA dimansuhkan ianya akan mendapat markah yang tinggi dan akan mendapat sokongan rakyat, tetapi hakikatnya persepsi rakyat terhadap kebersihan pentadbiran pimpinan pada hari ini sentiasa bertambah dari hari ke hari dan bulan kebulan.

Bagi mereka yang giat memperjuangkan pemansuhan ISA ini mereka tetap meletakan isu rasuah dan salah guna kuasa sebagai isu yang terhadapan sekali. Rakyat masih tidak berhenti untuk memperjuangkan isu rasuah ini kerana Akta Rahsia Resmi 1971 masih tidak di sentuh oleh Najib.

Akta ini telah menghalang rakyat untuk melihat ketelusan kerajaan dalam pengendalian kerajaan. Akta Rahsia Resmi ini contohnya telah menghalang rakyat untuk mengetahui kandungan dan cara kerajaan memberikan konsessi lebuhraya kepada syarikat konsessi.

Isu konsesi lebuhraya ini merupakan isu yang besar kerana rakyat sangat terbeban dengan kos perjalanan di anatara satu tempat dengan tempat yang lain. Masih belum diberitahu rakyat bila konsesi ini akan berakhir kerana sedang menunggu masa untuk berjalan tanpa halangan toll di mana-mana.

Segala-gala projek besar yang dirunding terus kebanyakannya dilindungi oleh Akta Rahsia Resmi ini dan maka rakyat berkeyakinan yang ada perkara-perkara yang cuba dilindungi dari pengetahuan rakyat dan dalam kerahsiaan inilah berlakunya rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan pemimpin dan pelaksana kerajaan. Perkara ini sudah berlarutan sejak hampir tiga dekad dahulu dan ianya harus dihentikan. Oleh kerana kerajaan tidak mampu untuk memberhentikannya elok rakyat yang melakukan perubahan ini.

Rakyat tahu, jika kita mahukan kepastian untuk mewariskan kehidupan yang baik semasa kita sudah tiada lagi ialah dengan mewariskan kerajaan yang telus dan bersih dari rasuah. Rakyat sekarang berwajib untuk mengambil alih perjuangan membenteras rasuah ini kerana pemimpin kita tidak boleh diharapkan untuk memperjuangankan isu negara yang sangat besar ini.

Rakyat berhak untuk melalui proses “trial and error” sehingga sampai ke matlamat mendapat kerajaan dan pemerintah yang bersih dari rasuah dan salah guna kuasa ini. Rakyat sudah telalu mual dan tidak lagi mudah untuk termakan retorik dan ucapan yang bergegar-gegar kerana mereka sudah sedar bahawa selama ini mereka telah terpedaya dengan janji dan retorik kosong yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini.

Apa yang rakyat mahu sekarang ialah untuk melakukan pilihan secara telus dan itulah sebabnya rakyat tidak mahu lagi usaha mereka untuk membuat pilihan mereka tergendala oleh kerana penipuan yang mereka rasakan dilakukan oleh pihak yang berkuasa setiap pilihanraya berlaku.

Kita mesti bertegas dengan desakan untuk melaksanakan pilihanraya secara gentleman dan telus. Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab mutlak untuk mempastikan desakan ini dituruti dengan tindakan yang jujur untuk diperbaiki dan diperbetulkan. Jangan biarkan rakyat merasa tertekan dengan “intrigue” kotor yang sering dilakukan sejak zaman berzaman.

Tuntutan pembangkang untuk bersama-sama menggunakan media masa perdana untuk menyampaikan mesej kepada rakyat semasa pilihanraya merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan kerana selama ini media massa perdana sperti TV1, TV2 TV3 dan yang lain-lain hanya dikuasai oleh pemerintah sedangkan saluran TV itu adalah milik rakyat yang menggunakan wang dari cukai rakyat termasuk ahli-ahli parti pembangkang.

Jika parti pembangkang tidak dibenarkan menggunakan saluran-saluran TV milik rakyat itu saya cadangkan supaya ahli-ahli pembangkan dikecualikan dari membayar semua cukai kepada kerajaan. Najib perlu mengambil langkah adil kepada semua pihak termasuk parti-parti pembangkang di dalam pilihanraya umum nanti.

Rakyat yang tertekan akan membawa padah yang buruk kepada negara dan ini telah terbukti dengan apa yang kita lihat berlaku di banyak negara di dunia ini dalam mana sekuat mana pun sesebuah kerajaan itu jika tolak oleh rakyat kerajaan itu akan jatuh bergelimpangan di hadapan mata rakyatnya sendiri.

Seperkara yang perlu dilakukan oleh Najib sekarang ialah untuk menggunakan pengaruh pihak Lagislatif untuk menggubal undang-undang yang ketat supaya rakyat tidak dibenarkan bercakap tentang isu-isu rasis yang boleh memecah belahkan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Selagi usaha ini tidak dilakukan selagi itulah kita tidak boleh mengaku yang pimpinan kita telah melaksanakan transformasi seperti yang diwar-warkan oleh mereka melalui media massa perdana dan lain-lain.

— aspanaliasnet.blogspot.com


http://www.kl-today.com/2011/09/jangan-terburu-buru-nanti-kecewa/

Sunday, September 4, 2011

BN susah payah jadi pembangkang?

Posted by admin on September 3rd, 2011

Aspan Alias

Jelas, pilihanraya semakin hampir. Banyak isu yang dipaparkan oleh pihak parti kerajaan sekarang memberikan bayangan yang kuat yang pilihanraya sudah hampir tiba dan ada pandangan yang menyatakan pilihanraya akan di adakan pada penghujung tahun ini juga.Keputusan untuk memanggil pilihanraya ada di tangan Umno khususnya kepada Presidennya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Jika pilihanraya diadakan pada bulan November ianya merupakan penggal yang terpendek iaitu tiga tahun lapan bulan. Dalam sejarah pilihanraya negara penggal 1978 ke 1982 merupakan penggal yang hanya tiga tahun lapan bulan juga.

Keadaan ekonomi global yang dijangka akan bertambah buruk menyebabkan kemungkinan penggal pilihanraya kali ini akan menjadi penggal yang pendek kerana BN tidak mahu terjebak dalam situasi ekonomi global serta negara kita yang lebih buruk semasa pilihanraya nanti. Faktor ekonomi merupakan salah satu faktor terpenting dalam menentukan tarikh pilihanraya negara.

Oleh kerana desakan untuk mengadakan pilihanraya terawal yang mungkin maka BN yang belum lagi berkeyakinan tentang sokongan rakyat nampaknya menggunakan apa sahaja isu yang mereka anggap boleh melemahkan pihak pembangkang yang kian kuat dan kehadapan semasa ini.

Isu yang sedang di mainkan oleh pihak parti kerajaan khususnya Umno, ialah isu komunis dan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Isu mengkomuniskan Mat Sabu itu dianggap isu yang terbaik bagi Umno untuk mengurangkan pengaruh PAS. Umno tidak mampu untuk mendapat sokongan rakyat melalui rekod dan menampilan cemerlang. Oleh itu Umno mengambil jalan dengan cara “discredit” pembangkang dan pemimpinnya.

Ucapan Mat Sabu di Tasek Gelugor beberapa hari yang lepas dianggap yang terbaik untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu yang sangat besar yang sedang dihadapi oleh Umno dan BN sekarang ini, iaitu isu persepsi rasuah yang menebal dan telah menjadi stigma yang kekal kepada Umno dan BN. Isu “Mat Sabu dan komunis” yang tidak menesabah ini juga diharapkan oleh Umno untuk memalingkan pandangan rakyat terhadap isu kenaikan harga barangan keperluan yang terlalu mahal pada masa ini.

Kalau diteliti ucapan Mat Sabu yang telah direkodkan di Tasek Gelugor itu tidak ada sepatah pun isu komunis di sebut oleh Timbalan Presiden PAS itu. Tetapi Utusan telah menulisnya dengan besar di dalam akhbar harian itu semata-mata untuk discredit PAS yang sedang mengembang pengaruhnya di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Saya selalu menyebut di dalam tulisan saya di dalam blog saya ini yang segala isu yang ditimbulkan oleh Umno merupakan isu yang “counter productive” kepada BN dan Umno. Semua isu yang dimainkan oleh Umno akhir-akhir ini merupakan isu yang “self defeating” bagi parti pemerintah ini. Semakin hari rakyat semakin celek tetapi Umno terus terusan menggunakan isu yang memakan diri mereka sendiri.

Rata-rata orang ramai berpendapat yang Umno tidak mungkin berjaya untuk mendapat sokongan tambahan melalui rekod yang baik untuk parti itu. Isu Mohamad Sabu ini merupakan isu yang Umno anggap terbaik untuk memalingkan pandangan rakyat dari isu transformasi ekonomi dan politik yang tidak ada tanda-tanda kejayaannya. Pelan transformasi ekonomi tetap dan masih berada di dalam lab yang dihuni oleh Idris Jala di Jabatan Perdana Menteri.

Isu Mohamad Sabu ini juga diharapkan oleh Umno untuk menutup segala kesalahan dan kesilapan pihak pemerintah dalam menangani isu Bersih 2.0 dua bulan yang lepas. Bak kata Dr Mahathir, Umno sudah rosak sampai ke ususnya. Jika kata-kata seperti ini yang datangnya dari seorang bekas pemimpin negara yang di anggap besar oleh pengikutnya tentulah ianya satu pandangan yang sangat berasas, apatah lagi Dr Mahathir merupakan pengasas kepada parti Umno yang ada pada hari ini.

Hari ini Utusan telah meminta semua pihak menolak PAS sedangkan Utusan itu sendiri telah ditolak oleh pembaca dan kini Utusan hanya mempunyai pembaca tidak lebih dari seratus ribu sehari. Cara Utusan melakukan serangan yang merapu terhadap Mohamad Sabu itu seolah-olah meminta semua pihak melupakan kes rasuah di dalam kerajaan Umno dan semua kes salah guna kuasa yang berlaku begitu serius di dalam pentadbiran BN pada hari ini.

Isu komunis yang diputar belitkan oleh Utusan ini juga mungkin menjadi isu yang paling akhir sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Jika Utusan ingin menjadi akhbar yang berintregiti akhbar ini mesti juga lah membesarkan isu rasuah yang secara sistematik yang dilakukan oleh parti-parti di dalam BN khususnya Umno.

Rasuah dilakukan secara sistematik melalui projek-projek infrastruktor dilaksanakan secara “negotiated tender” yang begitu mahal untuk dibayar oleh rakyat. Semuanya ini merupakan tindakan yang memerah rakyat yang sudah menjadi ketagihan kepada pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini.

Jika Utusan sebenarnya bertanggungjawab ianya mestilah secara terbuka yang rasuah boleh di cegah kerana kerajaan Pulau Pinang telah berjaya mengelakan dari ketirisan dalam urusan mengurus wang rakyat dan telah memberikan keuntungan kepada rakyatnya yang berbilang kaum itu.

Kenapa Utusan tidak mengenengahkan kejayaan P. Pinang yang melaksanakan pentadbiran secara “transparent” tanpa berat sebelah kepada mana kaum dan agama. Contohnya banyak kontraktor Bumiputera berjaya mendapatkan tender secara terbuka. Kerajaan P. Pinang tidak memilih bulu, siapa yang ada meritnya dialah yang berjaya mendapatkan projek-projek kerajaan negari itu.

Di sebaliknya Umno yang dikatakan berjuang untuk Melayu itu hanya menggunakan isu keistimewaan Melayu itu untuk kroni-kroni dan pengampunya dan ramai kontraktor Bumiputera tidak mendapat apa-apa kerana segala projek yang hendak di laksanakan sudah ditentukan siapa yang akan mendapatnya, dan selalunya hanya kroni-kroni nya sahaja yang akan mendapatkannya. Kontraktor Melayu yang tidak masuk dalam senarai kroni hanya menganga denagn air lior meleleh hingga ke dagu.

Saya pernah menulis yang Umno itu hanya untuk beberapa orang yang eksklusif sahaja. Ahli-ahli yang ramai itu hanya dijadikan seperti kerbau-kerbau di sawah, gunanya hanyalah untuk membajak sawah dan hasil padinya dibaham oleh tikus-tikus yang liar di dalam kepok padi sahaja.

Melayu yang lain hanya mendapat sekam-sekam padi sahaja dan itulah yang digunakan oleh pemimpin kita untuk memujuk orang Melayu menyokong mereka melalui subsidi gigi palsu, lembu pawah, kambing pawah dan berbagai-bagai lain yang tidak bernilai untuk rakyat yang memerlukan peluang untuk membangun bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di antara kaum di negara kita ini.

Sekarang pilihanraya hampir tiba dan jika kerajaan yang memerintah benar-benar sebuah kerajaan yang adil di dalam pilihanraya kali ini, peluang untuk semua parti untuk mendekati rakyat melalui media masa perdana wajar diberikan kepada pembangkang juga. Jika ini diberikan, maka peluang untuk sesiapa untuk memfitnah dan berbohong dengan rakyat akan dapat dikurangkan. Rakyat perlu diberikan “accessibility” yang seadil-adilnya kepada semua pihak.

Yangt terlalu berkurangan bagi pihak BN ialah kejayaan yang benar-benar “organic” dalam melaksanakan dasar-dasar dan perancangan serta transformasi ekonomi dan politik negara yang dijanjikan oleh BN sekarang ini. Kejayaan perancangan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini tidak nampak lagi kejayaannya maka untuk menutupi malu pihak pemerintah bertindak menyerang parti-parti pembangkang habis-habisan dengan isu-isu yang mengarut.

Serangan BN itu seperti serangan parti yang membangkang. Kenapa begitu? Kenapa mengambil “attribute” parti yang membangkang….menghina pihak lain di mana-mana. Parti pembangkang pun tidak berbuat demikian.

Tindakan defensif sambil menyerang secara “offensive” yang dulunya dilabelkan oleh BN sebagai sifat pembangkang, kenapa pula BN melakukan perkara yang sama?

Kalau BN bersikap seperti pembangkang semasa masih berkuasa, adakah itu tanda-tanda awal yang BN akan menjadi pembangkang selepas pilihanraya nanti? Kenapa bersusah payah sangat nak jadi pembangkang?

Ramai juga rakyat yang mahu melihat Umno duduk di kerusi pembangkang di Dewan Parlimen dan Dewan-Dewan Lagilatif di negeri-negeri. Ibarat main gasing: kalau dah selalu memangkah kali ini elok juga mengambil giliran untuk memusing gasing.

Biarlah pihak lain pula mengambil giliran untuk memangkah.


http://www.kl-today.com/2011/09/bn-susah-payah-jadi-pembangkang/

Sunday, August 21, 2011

Pilihlah PM ikut Perlembagaan

Posted by admin on August 21st, 2011

Aspan Alias

‘Semakin hari semakin lemah’. Begitulah pandangan orang ramai terhadap kepimpinan hari ini. Kalau dahulu kta beranggapan yang Abdullah Badawi merupakan Perdana Menteri yang paling lemah, tetapi rupa-rupanya pandangan itu samasekali meleset. Dengan keadaan sebegini jika pimpinan masih mengambil pengganti dengan cara konvensyen iaitu siapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO dialah yang akan menjadi Perdana Menteri.

Pemilihan Perdana Menteri secara konvensyen ini menyumbang banyak masalah kepada negara kerana pimpinan UMNO akhir-akhir ini sudah tidak mampu lagi untuk mengekalkan kredibiliti sebagai parti yang unggul untuk dijadikan sebagai badan siasah yang mampu menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

Bagi saya kita perlu memilih Perdana Menteri mengikut peruntukan dalam Perlembagaan negara, iaitu Perdana Menteri dipilih di kalangan ahli-ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan di dalam Dewan Parlimen itu. Dengan cara ini maka risiko rakyat mendapat pemimpin yang tidak bertanggungjawab akan berkurangan.

Jika pucuk pimpinan UMNO itu dipegang oleh seorang pemimpin yang terlalu di ragui oleh rakyat maka negara akan menjadi kacau bilau politiknya. Keadaan sekarang sudah berlainan. Dulu UMNO dipimpin oleh mereka yang mengutamakan negara tetapi sekarang UMNO di pimpin oleh mereka yang mahu jadi ketua kepada negara walaupun tidak berkepimpinan. Seorang ketua tidak semestinya mempunyai kepimpinan.

UMNO sudah tidak mungkin mampu untuk memilih kepimpinan yang betul kerana sistem pemilihan secara delegasi itu masih diamalkan. Dengan bercambahnya kegiatan rasuah politik sekarang ini maka, hanya mereka yang berkuasa dan mempunyai kewangan yang besar sahaja yang akan menjadi pemimpin. Pendeknya UMNO tidak lagi mampu untuk mempersembahkan kepada rakyat pimpinan yang benar-benar berkepimpinan.

Mereka yang jujur dan berkepimpinan yang sepatutnya di persembahkan kepada rakyat. Pemimpin-pemimpin yang berkepimpinan hanya duduk di tepian dan inilah masalah yang paling rumit dan sukar untuk di perbaiki. Yang hendak kita selamatkan ialah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum ini.

Bagi pandangan yang bertanggungjawab pemilihan Perdana Menteri melalui pemilihan di Dewan Parlimen itu lah yang paling sesuai untuk masa dan generasi sekarang. Hanya yang perlu di lakukan ialah untuk memilih di kalangan ahli Parlimen Melayu yang beragama Islam untuk di tonjolkan dan dan disokong oleh Dewan Rakyat itu, tidak kira dari parti apa sekali pun.

Pandangan ini jangan di anggap sebagai pandangan di luar kotak. Ianya ada termaktub di dalam perlembagaan negara. Tidak ada parti dalam negara ini samada di dalam BN atau pembangkang yang menolak kenyataan yang negara ini mesti di pimpin oleh seorang Melayu tetapi Melayu itu biarlah Melayu yang berwibawa dan di hormati serta diterima oleh semua kaum dan pihak. PAS mengakui yang pimpinan negara kita mesti di kalangan Melayu dan beragama Islam. DAP pun begitu. DAP tidak mahu mencuba untuk mengambil tempat Perdana Menteri atau Menteri-Menteri Besar kecuali di dua buah negeri-negeri ‘Straits Settlement’ iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

DAP mengakui serta menerima yang negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu mesti diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif Melayu yang beragama Islam. Ini jelas tetapi pihak yang memerintah tidak mahu memberikan gambaran yang sebenarnya ini kerana permainan politik untuk mengelirukan pandangan ramai terhadap isu ini.

Cara konvensyen ini hanya boleh di teruskan jika UMNO berjaya mencari seorang pemimpin yang dihormati ramai. Memenangi kerusi Presiden UMNO itu hanya merupakan pilihan ahli-ahli UMNO tetapi dia bukan pilihan orang ramai. Sebenarnya pemilihan itu bukannya pemilihan ahli-ahli UMNO yang ramai pada hakikatnya tetapi hanya pemilihan dari delegasi seramai 3 ribu orang sahaja.

Masakan pilihan 3 ribu manusia Melayu yang menjadi delegasi dalam pemilihan itu merupakan satu representasi bagi 29 juta rakyat negara?

Yang 3 ribu orang itu pun selalunya dikongkong oleh permainan politik wang dan kuasa yang sangat merbahaya kepada masa depan politik dan kesetabilan negara. Ramai di antara delegasi itu memilih pada siapa yang membayar mereka. Itu sebabnya ramai di antara perwakilan itu boleh membeli kereta baru dan menyelesaikan masalah hutang rumah dan sebagainya.

Mahu tidak mahu kita wajar mengakui yang UMNO tidak memilih pemimpin yang berkemampuan tetapi yang memilih pada siapa yang paling berkuasa dan mempunyai wang yang banyak dan bertimbun. Selagi isu ini tidak dibereskan selagi itulah negara tidak akan dapat pemimpin yang sebenarnya.

Kita terpaksa memilih seorang Perdana Menteri ‘beyond the domain of political parties’. Kita perlukan pembaharuan yang drastik semata-mata untuk menjaga keselamatan dan keluhuran sebuah negara yang berdaulat seperti negara kita.

Apabila kita orang Melayu gagal untuk mencari kepimpinan ianya merupakan satu kegagalan yang sengaja di cari-cari oleh kita semua kerana kita tunduk kepada wang dan kuasa yang telah memecahkan rakyat dan negara kita ini.

Isu rasis yang subur di mainkan pada hari ini akhirnya akan berkesudahan juga. Parti-parti yang memainkan isu rasis ini secara deras akan di tolak rakyat terutamanya di kalangan rakyat yang ramai kerana ianya hanya membebankan kepada siapa yang mahu hidup dalam sebuah negara dengan aman, setidak-tidaknya dengan jiran dan tetangga kita.

Orang Melayu masih di berikan segala-galanya termasuk untuk menjadi tunjang kepimpinan negara tetapi tidak semestinya melalui UMNO yang kian hari kian merana dalam kebathilannya sendiri. UMNO mungkin wajar bersifat defensive tetapi orang Melayu tidak sekali-kali. Orang Melayu perlu berada dimana-mana. Mereka wajar berada di dalam PAS dan juga DAP atau pun PKR. Yang tidak bersetuju elok berada di dalam UMNO dan jangan mencerca di antara satu dengan lain. cerca-mencerca yang dilakukan oleh penyokong UMNO telah menjauhkan UMNO dari hati rakyat yang inginkan kesetabilan politik yang meyakinkan.

Orang Melayu tidak mungkin dapat menyertai MCA kerana MCA hanya untuk orang Cina yang kesempitan pemikiran, Begitu juga MIC hanya untuk orang India.

Kita wajar sedar yang parti-parti rasis ini akan tamat riwayatnya kerana rakyat sudah berubah nilai dan budaya politik mereka. Rakyat sudah jemu dengan politiking perkauman yang tidak dapat dikawal oleh parti-parti rasis masing-masing.

─ aspanaliasnet.blogspot.com


http://www.kl-today.com/2011/08/pilihlah-pm-ikut-perlembagaan/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...