Showing posts with label Rizab Negara. Show all posts
Showing posts with label Rizab Negara. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Gerakkan rizab Malaysia yang besar, kata Dr M

Gerakkan rizab Malaysia yang besar, kata Dr M

Nov 29, 10 3:43pm

Rizab antarabangsa Malaysia yang besar jumlahnya boleh digerakkan, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Rizab kita hari ini terlalu tinggi. Kita ada rizab berjumlah lebih US$100 bilion, yang boleh menampung lapan bulan import tertangguh," katanya.

NONENegara hanya memerlukan rizab bagi hingga tiga atau empat bulan import tertangguh, katanya dalam ucapannya pada acara "Revisiting Vision 2020" anjuran Institut Pemasaran Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

"Daripada US$100 bilion itu, kita sebenarnya boleh menggerakkan US$50 bilion, yang akan membantu kerajaan. Kerajaan berkata ia tidak ada wang untuk berbuat itu dan ini, tiada wang untuk memberi subsidi. Jadi, kenapa tidak gunakan wang ini," kata beliau.

Semasa krisis kewangan Asia 1997/98, rizab luar negara Malaysia berjumlah hanya US$17 bilion dan semasa pemulihan jumlahnya ialah US$30 bilion, katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, beliau tidak pasti sama ada rizab yang lebih tinggi itu disebabkan oleh penurunan nilai dolar atau itu merupakan rizab sebenar negara.

Dolar Amerika jatuh nilainya sebanyak kira-kira 20 peratus berbanding ringgit.

NONEBank Negara Malaysia mengumumkan bahawa setakat 15 Nov, rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM326.5 bilion (bersamaan US$105.8 bilion).

Kedudukan rizab ini mencukupi untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan adalah 4.5 kali hutang jangka pendek luar negara, kata Dr Mahathir.

Beliau juga berkata Malaysia dengan mudah boleh muncul sebagai negara kaya jika ringgit mengukuh ke paras sebelum krisis iaitu RM2.50 bagi setiap dolar.

Pada masa ini, ringgit berlegar pada sekitar RM3.1 berbanding mata wang Amerika itu.

http://malaysiakini.com/news/149478

Thursday, January 22, 2009

Rizab lebih RM316.8b


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melakukan pelbagai usaha mengharungi kesan krisis ekonomi global yang semakin buruk, termasuk memberi jaminan kepada pelabur kedudukan ekonomi Malaysia masih di tahap meyakinkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata, dalam tempoh setahun ini negara masih mampu bertahan berdasarkan fundamental kukuh, dengan lebihan dagangan yang sihat serta rizab antarabangsa melebihi RM316.8 bilion.

Katanya, usaha berterusan untuk meyakinkan pelabur bahawa negara ini adalah destinasi pelaburan utama diperlihatkan menerusi kestabilan politik, daya saing negara serta sumber modal insan berkualiti dan mempunyai ciri diperlukan industri.

“Kerajaan memang komited melakukan pembaharuan dan pengubahsuaian untuk mengukuhkan ekonomi negara. Kita akan terus menjalin kerjasama erat dengan rakan niaga dalam usaha mewujudkan persekitaran perniagaan memberangsangkan.

“Meskipun sedar seriusnya kemelesetan ekonomi dan sistem kewangan global yang mengakibatkan bukan saja kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) berkurangan, sebaliknya pelabur sedia ada juga mungkin gusar dan tidak berdaya, namun kerajaan tetap yakin.

“Kita percaya, Malaysia mampu mengharungi ketidaktentuan ekonomi ini dengan baik dan beri kesan yang paling minimum,” katanya ketika berucap melancarkan dua kenderaan Chana Era edaran Changan Berjaya Auto Sdn Bhd, di sini, semalam.

Turut hadir, Duta China ke Malaysia, Liu Jian; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation, Tan Sri Vincent Tan; Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation, Datuk Robin Tan; Timbalan Presiden Changan Automobile Limited, Wu Xue Song dan Pengerusi Changan Berjaya Auto Sdn Bhd, Datuk Amer Hamzah.

Najib berkata, kedudukan sektor automotif negara berada pada tahap terbaik walaupun terdapat sedikit pengurangan dari segi jualan dan keluaran sekali gus menyebabkan suasana ekonomi tidak menentu.

“Ini bukan penghalang sebaliknya, hari ini (semalam) menyaksikan kemasukan jenama baru (kenderaan Chana Era) dalam pasaran Malaysia seterusnya menggambarkan keyakinan pengeluarnya terhadap pelaburan dibuat dalam negara.

“Dengan kontrak pemasangan kereta Chana di Johor dan rancangan membangunkan kemudahan pembuatan di Bukit Tagar, Rawang dengan kapasiti pengeluaran 30,000 unit, ia diharap mampu mewujudkan pasaran baru dan peluang pelaburan kepada syarikat pembuatan tempatan,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Changan Berjaya Auto Sdn Bhd dengan wakil pasaran dari Sri Lanka, Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei. Malaysia akan menjadi hab eksport kenderaan Chana Era, pemanduan sebelah kanan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090120071053/Article/index_html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...