Showing posts with label Alcohol and Pig Issue. Show all posts
Showing posts with label Alcohol and Pig Issue. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

BISKUT MUNCHY DIDAKWA ADA ARAK?

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 15TH, 2011

Sejak beberapa minggu lalu, kecoh melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa biskut-biskut jenama Munchy’s mengandungi arak.

Ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak.

SMS berkenaan berbunyi;

‘TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DALAM BISKUT .. TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM&KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DR PEG. JAKIM-HJ. JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)’

Bagaimanapun, menurut Penerbit Eksekutif 999, Mazidul Akaml Sidek, perkara itu tidak benar melalui siasatan yang dilakukannya.

Berikut petikan dari blog beliau (http://www.mazidulakmal.com/) berhubung isu itu.

Saya percaya ramai antara pembaca menerima pesanan ringkas, SMS terbabit.

Jika dilihat dari aspek penulisan, maklumat kelihatan meragukan tetapi wajar untuk saya menyingkap fakta sebenar.

Sebaik membaca SMS itu, pasti ramai ingin tahu berhubung status kesahihan kandungannya. Justeru pada jam 1.45 tengah hari tadi saya menghubungi Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Ustaz Amri Abdullah.

“Saya mula menerima SMS itu sejak 2 hari raya tetapi kadar penerimaannya semakin meningkat sejak semalam. Setakat ini, saya telah menerima lebih 20 panggilan dari orang ramai dan ratusan SMS,” jelas beliau.

“Nama Haji Jalil Raihan memang ada di JAKIM?,” soal saya.

“Tidak ada. Ini kira macam SMS berantai. Memang pada tahun 2005, JAKIM pernah membuat pemeriksaan di kilang Munchy’s di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor tetapi siasatan telah selesai, tidak ada masalah,” balas Ustaz berasal dari Pahang itu.

Maksudnya, SMS disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu palsu.


http://www.kl-today.com/2011/09/biskut-munchy-didakwa-ada-arak/

Sunday, September 4, 2011

Pekerja pembuat komponen minuman keras dalam dilema

Harakahdaily

KUANTAN, 2 Sept: Kedatangan Syawal pada tahun ini ternyata disambut dengan rasa kecewa dan hiba oleh sebilangan besar pekerja kilang W.R. Grace yang prihatin berkenaan kepentingan halal dan haram dalam mencari rezeki.

Semua ini di sebabkan oleh pertemuan yang di adakan oleh majikan dengan pekerja pada minggu lalu yang memuktamadkan keputusan syarikat untuk meneruskan keputusan untuk mengeluarkan produk ‘Daraclar’ dari kilang mereka di Gebeng, Kuantan.

Daraclar adalah salah satu komponen untuk membuat minuman keras. Ia dikeluarkan oleh kilang ini.

Menurut beberapa pekerja yang di temui, dalam pertemuan tersebut mereka telah di maklumkan oleh salah seorang pengurusan kanan syarikat bagi rantau Asia Pasifik bahawa syarikat bertegas akan meneruskan projek tersebut di sebabkan mereka telah melabur terlalu banyak untuk projek tersebut setakat ini.

Pihak syarikat juga memaklumkan bahawa mereka tidak akan lagi merujuk kepada mufti berhubung kontroversi yang timbul hasil pendedahan yang di buat Harakahdaily baru-baru ini.

Yang lebih memilukan ialah pekerja telah di berikan dua pilihan samada untuk menjaga keimanan dan keberkatan rezeki yang akan di bawa pulang untuk anak dan isteri ataupun memejamkan mata dengan meneruskan pekerjaan mereka demi sesuap nasi.

Menurut pekerja berkenaan lagi, pekerja yang memilih untuk mengelakkan sumber yang haram tersebut akan di bayar 3 bulan gaji tetapi yang lebih memeritkan ialah mereka di kehendaki memberikan jawapan selewat-lewatnya sebelum 5 September ini.

“Ini jelas merosakkan ‘mood’ untuk kami berhari raya pada tahun ini. Notis yang begitu singkat dan juga tawaran 3 bulan gaji sebenarnya tidak ke mana memandangkan peluang pekerjaan yang terhad dan kos sara hidup yang melambung tinggi sekarang di samping tanggungan semasa seperti bayaran rumah, kereta dan sebagainya.

"Pihak syarikat seolah-olah tidak ingin melepaskan pekerja tetapi sekiranya pekerja berdegil mereka harus mengambil risiko sendiri. Itu belum mengambil kira tempoh masa seseorang itu menyumbang keringat demi syarikat selama ini,” ujar seorang pekerja dengan penuh kekesalan.

Mengulas isu tersebut Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad (gambar) jelas tidak dapat menyembunyikan rasa kesal beliau terhadap perkembangan terbaru yang berlaku.

“Kemuliaan bulan Ramadhan telah dicemari sebegitu rupa oleh mereka yang hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Yang lebih di kesali ialah terdapat orang yang mengaku Islam turut terlibat dalam menjayakan projek ini bermula dari peringkat syarikat hinggalah kelulusan dan kebenaran dari pihak kerajaan.

“Kita mendesak Menteri Besar Pahang agar menyatakan pendirian beliau dan kerajaan pimpinannya berhubung isu ini. Sudah tentu beliau telah di rujuk oleh pengurusan syarikat sebelum keputusan pelaburan di buat oleh mereka dan mengapa beliau boleh menerima pelaburan sebegini rupa?”

Tambahnya lagi “Bagaimana pula dengan pendirian Umno? Mereka yang seolah-olah amat galak kononnya ingin menjadi hero membela Islam kebelakangan ini sepatutnya memprotes habis-habisan dan mesti berkhemah di depan pejabat MB dan di depan kilang tersebut siang dan malam.
"Namun apa yang berlaku sebaliknya pula, mereka hanya galak dan bising jika ada isu di negeri Pakatan sahaja. Seolah-olah syiar dan syariat Islam hanya wujud di negeri yang di perintah oleh PR sahaja.

“Kami amat bersimpati dengan nasib yang menimpa para pekerja yang di duga sedemikian rupa dan mengharapkan agar mereka tetap dalam iman dan bersabar di atas ujian Allah ini.

“PAS mendesak kerajaan negeri bertindak menarik balik kebenaran pengeluaran produk ‘Daraclar’ ini agar sumber pendapatan pekerja dan juga negeri tidak di cemari oleh sumber yang jelas haram ini.

"Tindakan kerajaan yang membelakangkan pandangan golongan agama dalam perkara ini jelas membuktikan hujah bahawa Umno menggunakan golongan agama bila mereka perlukan sahaja seperti mana terompah kayu yang di gunakan hanya untuk ke tandas.

“Penerimaan pelaburan sebegini menunjukkan betapa terdesaknya MB dan kerajaan negeri untuk mendapatkan FDI (Foreign Direct Investment) sehingga terpaksa menerima pelaburan haram seperti ‘Daraclar’ dan yang merbahaya seperti Lynas.’

“Justeru kita meminta agar rakyat menilai sendiri kegagalan dan kemusnahan yang di buat oleh kerajaan pimpinan Umno dan BN ini. Sudah tiba masanya rakyat bersama-sama dengan PR melakukan perubahan dengan menolak Umno/BN dalam PRU 13 nanti demi menyelamatkan maruah dan masa depan agama dan negeri ini,” ujar beliau lagi.



http://202.190.180.135/index.php/berita-utama/5183-pekerja-pembuat-komponen-minuman-keras-dalam-dilema

Tuesday, August 16, 2011

Butter Golden Churn’ sah haram

Posted by admin on August 15th, 2011

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halalyang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lepas Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.


http://www.kl-today.com/2011/08/butter-golden-churn-sah-haram/

Wednesday, July 27, 2011

MINUMAN DARI GANDUM BUKAN ARAK

POSTED BY ADMIN ON JULY 27TH, 2011

Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa minuman ringan gandum seperti Barbican adalah halal dan boleh diminum oleh masyarakat Islam.Produk-produk ini dikatakan bukannya diproses untuk membuat minuman alkohol dan kandungan alkohol yang terhasil daripada pemprosesannya adalah rendah dan tidak memabukkan.

“Jadi, minuman seperti ini adalah halal dan boleh diambil oleh umat Islam seperti mana yang telah dipersetujui majlis tersebut dalam muzakarah yang diadakan pada tahun 1984, 1987, 1988 dan 2010,” kata pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini semalam.

Perbincangan-perbincangan yang dilakukan termasuk kadar kandunga alkohol dalam makanan, minuman dan ubat-ubatan dan keputusan terhadap minuman ringan tersebut yang diumumkan hari ini, telah dibuat pada muzakarah majlis tersebut yang diadakan pada 16 dan 18 Jun tahun ini.

“Dengan keputusan yang telah dicapai, umat Islam tidak perlu risau tentang status minuman-minuman ini kerana ianya adalah halal,” kata Abdul Shukor.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, muzakarah tersebut juga menasihatkan pengusaha minuman-minuman ringan seperti ini supaya tidak menggunakan label, jenama dan ciri yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada para pengguna, terutamanya pengguna Islam.

Abdul Shukor telah menghadiri majlis penyerahan sumbangan kepada pihak masjid dan surau dan pelancaran program Ihya’ Ramadan peringkat kebangsaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Masjid Al-Muqarrabin di Bandar Tasek Selatan.


http://www.kl-today.com/2011/07/minuman-dari-gandum-bukan-arak/

Thursday, July 21, 2011

Pusat sembelih khinzir perlu kelulusan menteri

Jul 18, 11 4:43pm

Pusat penyembelihan khinzir yang baru di Sungai Tok Pawang Mukim Semeling di Kuala Muda hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan menteri pertanian.

amiruddin hamzahPengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar, Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Amiruddin Hamzah (kiri) berkata pusat penyembelihan baru menggantikan tapak lama di kampung Berjaya di Alor Setar itu membabitkan tanah seluas 3.5 hektar.

"Projek ini adalah JV (usahasama) persatuan penyembelih dan individu-individu tertentu, kerajaan negeri hanya membantu mencari tapak menganggantikan pusat yang lama.

"Kerajaan negeri juga tidak memberi sebarang peruntukan kerana ia adalah projek swasta dan ia hanya boleh beroperasi selepas menteri pertanian memberi izin," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri di Alor Setar hari ini.

suraya yaacobBeliau menjawab soalan Suraya Yaacob (kanan) (BN-Sungai Tiang) yang memohon penjelasan mengenai status pembinaan pusat penyembelihan itu dan persoalan mengenai peruntukan bagi projek berkenaan.

Amiruddin berkata setelah pusat berkenaan beroperasi kelak, ia akan dipastikan mengamalkan sistem 'zero-discharge' dan sisa kumbahan perlu dikitar semula untuk kegunaan dalam ladang bagi mengelakkan pencemaran di kawasan sekitar.

NONESementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan Negeri, Tan Chow Kang (kiri) ketika menjawab soalan Datuk Md Roshidi Osman (PAS-Bukit Pinang) mengenai masalah pengangkutan awam di negeri ini berkata, beliau berhasrat menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi laluan Alor Setar ke Kuala Kedah.

Tan berkata, pihaknya juga meminta sedikit masa untuk memperbaiki mutu dan memperkemas sistem perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/170265

Saturday, February 26, 2011

Hasil minuman keras tiruan elak cukai tinggi

KUALA LUMPUR: Pelbagai taktik digunakan pengimport dan pengilang minuman keras bagi mengelak membayar cukai yang tinggi kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk memperkenalkan arak tiruan.

Penolong Kanan Pengarah Kastam, Bahagian Penguatkuasaan, KDRM, Habsah Harun berkata, hasil risikan pihaknya mendapati ada yang membotolkan dan menjual arak tiruan kepada pengguna.


Namun, katanya, arak tiruan memberikan mudarat lebih tinggi kepada kesihatan pengguna kerana ramuannya daripada pelbagai bahan kimia.

“Pengimportan haram banyak berlaku disebabkan penyeludupan berleluasa dan penjualannya yang tidak berlesen.


“Risikan kami juga menunjukkan ada pengeluar menggunakan botol berjenama mahal sedangkan kandungan hanya dibuat dalam negara, bukan diimport,” katanya pada Persidangan Meja Bulat Arak dan Pencegahannya, di sini, semalam.


Habsah berkata, minuman keras adalah komoditi yang dikenakan cukai tinggi selepas kereta dan rokok.

“Minuman keras memang menyumbang hasil negara. Ia ketiga selepas cukai rokok dan kereta. Banyak pihak mahu lari dari cukai,” katanya. Beliau berkata, disebabkan masalah untuk mengelak dikenakan cukai, rampasan minuman keras oleh KDRM juga makin meningkat kebelakangan ini.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hasilminumankerastiruanelakcukaitinggi/Article/index_html

Makin ramai wanita ketagih

KUALA LUMPUR: Wanita dikesan semakin mengambil minuman beralkohol, sekali gus menyaingi golongan lelaki, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyalahgunaan Alkohol, Kementerian Kesihatan, Dr Rozanim Kamarudin.

Menurutnya, kajian yang dilakukan pihaknya juga mendapati orang Melayu mengambil minuman haram itu walaupun peminum di kalangan kaum lain lebih tinggi.


“Sebanyak 24.6 peratus peminum sebab mabuk, menyebabkan mereka ketagih,” katanya pada Persidangan Meja Bulat Arak dan Pencegahannya di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Ikim dan Penasihat Perundangan Syariah Seksyen Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.


Persidangan dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Ikim, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin membabitkan lapan pembentangan kertas kerja daripada pelbagai agensi, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).


Dr Rozanim berkata, alkohol banyak membawa mudarat, malah individu ketagih alkohol tidak boleh berhenti serta-merta seperti ketagihan dadah.

Katanya, kajian pihaknya mendapati 48 peratus daripada keseluruhan kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alkohol di samping bahan psikoaktif lain.


“Alkohol adalah punca risiko besar bagi kemabukan dan penyakit kronik. Jika diambil setiap hari ia akan menyebabkan ketagihan pada masa depan.

“Mereka yang ketagih tak boleh berhenti serta-merta kerana boleh menyebabkan penyakit kronik seperti sawan dan maut.


“Jadi, nasihat saya, pergi ke hospital untuk berhenti, dapatkan nasihat dan ubat untuk berhenti. Namun, lebih baik tak ambil alkohol langsung,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Makinramaiwanitaketagih/Article/index_html

Pemabuk tidak gentar

KUALA LUMPUR: Hukuman terhadap pesalah berkaitan arak termasuk peminum di kalangan orang Islam masih ringan, malah kurang memberi kesan, kata Timbalan Bahagian Ketua Penasihat (Syariah), Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.

Menurutnya, sudah tiba waktu untuk mengenakan hukuman lebih berat, terutama apabila berdepan statistik kes berkaitan minuman itu yang semakin meningkat.


“Sekarang hukuman terhadap individu yang bersalah berkaitan arak masih rendah. “Orang tidak takut, sedangkan mabuk disebabkan minuman itu didapati antara punca jenayah antara kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Arak dan Pencegahannya: Pengalaman Jabatan Peguam Negara.


Mahamad Naser berkata, undang-undang berkaitan arak juga perlu disatukan supaya impak kawalan terhadap bahan itu lebih efektif.


“Berbanding sekarang, undang-undang mengenai arak berselerak, contohnya dalam akta eksais dan pihak berkuasa tempatan yang kadangkala menyukarkan tindakan diambil.

“Menyatukan undang-undang seperti memperkenalkan terma Akta Kawalan Arak akan meningkatkan kesedaran umum, malah dipandang negatif sebagaimana Akta Dadah Berbahaya yang menggerunkan orang ramai,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemabuktidakgentar/Article/index_html

Friday, February 11, 2011

UN health agency sounds alarm on alcohol abuse


GENEVA – Alcohol abuse is killing 2.5 million people each year and governments must do more to prevent it, the World Health Organization said Friday.

Some 4 percent of all deaths worldwide are attributable to alcohol, the U.N. body said. The main causes of alcohol-related deaths are injuries incurred when drunk, cancer, liver cirrhosis, heart disease and strokes.

"It's a killer and it's not good from a public health point of view," Melvin Freeman of South African's Ministry of Health and a contributor to the report, told reporters in Geneva.

Worldwide, over 6 percent of male deaths are related to alcohol, but only just over 1 percent of deaths in women. Almost one in 10 deaths among young people aged 15-to-29 is from alcohol-related causes — about 320,000 each year — WHO said.

The global body's first report on the subject in seven years recommended that governments raise alcohol taxes, restrict sales, promote alcoholism prevention and treatment programs, and ban some alcohol advertising.

WHO declined to provide a specific recommendation on the acceptable limit of alcohol consumption, saying setting such a level was up to member states.

Shekhar Saxena, the director of WHO's mental health and substance abuse department, said the effects of alcohol use also differ in ethnic groups. Populations in Asia, for example, are more susceptible to throat cancer from alcohol abuse.

But he added "in WHO's perspective, no drinking is entirely safe."

___

Online:

WHO report: http://bit.ly/eNzZep

http://news.yahoo.com/s/ap/20110211/ap_on_he_me/un_who_alcohol_abuse

Wednesday, January 26, 2011

Kenapa jual arak?: Anak Chua buat pusingan 'U'

Kow Gah Chie
Jan 25, 11
1:04pm

Setelah diberi tempoh 24 jam daripada PAS supaya membuktikan kenyataannya bahawa calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan pemilik kedai bukan Islam berhubung penjualan arak, ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong cuba berdolak-dalih.

Jika pagi semalam, Chua berkata kepada sebuah portal berita beliau tetap dengan kenyataanya tetapi enggan menamakan pemilik kedai berkenaan tetapi pada lewat petang, Chua menukar nadanya.

NONELaporan The Malaysian Insider memetik Chua sebagai berkata,” Sudah tentu, saya tidak boleh menamakan kedai itu, pemiliknya tidak mahu dikenali”.

Namun apabila diasak wartawan di sebuah majlis ketika kempen pilihan raya kecil Tenang di Labis, Chua memberi jawapan dalam versi yang berlainan.

"Semasa berkempen, ada pengundi tanya sama ada penjualan arak akan terjejas jika calon PAS dipilih, saya jawab mungkin.”

Berikutan kenyataan itu, PAS memberi Chua 24 jam bagi membuktikan bahawa Normala mempersoalkan jualan arak ataupun berhadapan dengan saman fitnah jika gagal berbuat demikian.

Menurut sebuah laporan China Press, Chua dilaporkan berkata, "Mengikut maklumat yang saya terima, semasa kempen Normala, dia bertanya kepada seorang pemilik kedai kopi mengapa bir dijual. Pemilik kata itu adalah haknya untuk berbuat demikian.”

tenang by election day 1 230111 normala greets public"Kami mahu beliau (Chua) memberikan nama kedai kopi itu (dan juga), tarikh dan masa Normala berkata demikian sebelum tengahari (esok).

"Jika tidak, kita akan memfailkan saman fitnah ke atasnya,” kata timbalan pesuruhjaya PAS Johor yang juga penyelaras pilihan raya kecil parti itu, Dzulkefly Ahmad, kepada wartawan.

Chua berkata beliau belum membaca laporan China Press kerana sibuk dengan kemp[en pilihan raya kecil.

"Saya mesti tunggu surat dari mereka (PAS) sebelum boleh beri ulasan.”

Diasak wartawan, Chua berkata, beliau tidak secara langsung menafikan laporan berkenaan tetapi meminta wartawan melaporakan apa yang dikatannya.

http://malaysiakini.com/news/154386

Thursday, January 13, 2011

MPSJ diarah tarik larangan kerja di tempat jual arak

Leven Woon Zheng Yang
Jan 13, 11
4:31pm

Kerajaan negeri Selangor hari ini mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menarik balik garis panduannya yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras, selepas didedahkan oleh Komunitkini.

NONEExco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu (kiri) mengesahkan pekeliling berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan pagi ini untuk menarik semula syarat itu kerana kerajaan negeri tidak menyedarinya.

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” kata Liu.

Menyedari tindakan MPSJ tersebut akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang ramai, khususnya masyarakat bukan Melayu, ADUN Pandamaran itu berkata syarat baru berkenaan juga ditimbulkan pada mesyauarat exco semalam.

Namun, Liu tidak mahu mengulas sama ada MPSJ mempunyai kuasa mengubal garis panduan seumpama itu, berdasarkan undang-undang Syariah Selangor dalam syarat-syarat perlesenannya.

NONE“(Garis panduan itu ) tidak pratikal. Kalau semua diberhentikan, siapa yang akan mencari pekerjaan untuk mereka?” katanya.

Semalam, Komunitikini, melaporkan bahawa syarat baru itu perlu dipatuhi sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Syarat itu dikatakan dibuat atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan” dan mana-mana syarikat yang gagal mematuhinya akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik.

http://malaysiakini.com/news/153324

Umat Islam dilarang kerja di tempat jual arak

Leven Woon Zheng Yang
Jan 13, 11
8:56am

Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

NONEMenurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam.

Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

NONE“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/153269

Wednesday, August 25, 2010

Minuman ringan beralkohol

MOHAMED menunjukkan sebahagian minuman ringan beralkohol menggunakan label buah-buahan di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Kerajaan digesa mengharamkan minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan kerana ia dibimbangi menjejaskan otak penggemarnya terutama pelajar dalam jangka panjang.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, satu kajian hasil daripada aduan guru-guru mendapati, sekelompok pelajar sebuah sekolah di barat daya Pulau Pinang telah ketagih minuman tersebut.

Beliau berkata, terdapat 15 jenis minuman mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus kini dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam di negeri itu.

Menurutnya, ia juga diletakkan sebaris dengan minuman biasa dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja termasuk remaja dan kanak-kanak.

"Penjualan minuman dengan harga di antara RM4 hingga RM10 sebotol ini bertentangan dengan undang-undang yang melarangnya dibeli oleh individu berumur 18 tahun ke bawah,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Lebih mabuk daripada bir



Oleh Idris Musa dan Kalidevi Mogan Kumarappa

2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati ada lebih daripada 15 jenis minuman beralkohol di pasaran tampil sebagai minuman ringan, sekali gus menimbulkan kekeliruan ramai.

MENGELIRUKAN...Idris menunjukkan pelbagai jenama minuman beralkohol yang dijual di pasaran.
MENGELIRUKAN...Idris menunjukkan pelbagai jenama minuman beralkohol yang dijual di pasaran.
Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata minuman ringan beralkohol ini boleh didapati di dalam botol 275 mililiter dengan dengan pelbagai perisa termasuk perisa buah yang dijual pada harga dari RM4 hingga RM10.

“Pengeluar menggunakan warna amat menarik yang sudah pasti mempengaruhi pengguna terutama kanak-kanak dan remaja untuk mencubanya dan kemudian akan ketagih.

“Malah, dengan sedikit kesan alkohol dalam minuman ringan menjadikan ia minuman beralkohol, apatah lagi kandungan alkoholnya empat hingga 6.3 peratus dalam minuman ringan ini.

Bir yang diminum dengan meluas mengandungi lima peratus alkohol, bermakna kandungan alkohol dalam minuman ringan ini jauh melebihi kandungan alkohol dalam bir,”
katanya, dalam satu kenyataan, semalam.

Antara minuman ringan yang ada kandungan alkohol terbabit ialah Storm Twistonic Gin & Tonic (6.3 peratus alkohol), Storm High Ball (5.6 peratus alkohol), Storm Screw Driver (5.6 peratus alkohol), Pelican Black Current + Vodka (5 peratus alkohol), Pelican Pink Vodka (5 peratus alkohol) dan Pelican Vodka Orange (5 peratus alkohol).

Mohamed berkata, undang-undang dengan jelas menyatakan minuman beralkohol dilarang kepada mereka berusia bawah 18 tahun, namun minuman ringan terbabit dijual sewenang-wenangnya kepada pelajar sekolah tanpa sekatan di pasar raya dan kedai 24 jam.

Beliau berkata, pihaknya merasakan hak pengguna dicabuli, malah keadaan itu juga amat tidak sihat kepada generasi muda.

“Pihak pengeluar menggunakan taktik ini untuk meningkatkan jualan mereka.

“Ia akan membawa mereka kepada ketagihan minuman alkohol lain yang lebih tinggi kandungan alkoholnya. Ini cara berbahaya memerangkap masyarakat ke dalam rantaian penagihan alkohol yang akan memastikan keuntungan berterusan kepada syarikat alkohol,”
katanya.

Katanya, pihak berkuasa disaran mengambil beberapa tindakan kerana minuman itu tidak seharusnya dijual sebagai minuman ringan.

Saturday, April 10, 2010

Ubat gelatin babi ditarik balik


INILAH pil Imodium Capsule yang mengandungi campuran gelatin lembu dan babi.


KUALA LUMPUR - Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengarahkan syarikat pemegang pendaftaran ubat cirit-birit Imodium Capsule yang disahkan mengandungi unsur babi supaya menarik balik produk itu dari pasaran.

Arahan tersebut dibuat selepas siasatan syarikat itu sendiri mendapati terdapat perubahan pada sumber gelatin yang digunakan oleh pembekal daripada bovine only source (lembu) kepada campuran lembu dan porcine (babi).

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, pihak pembekal bagaimanapun tidak memaklumkan kepada pengilang dan pemegang pendaftaran ubat berkenaan mengenai perubahan dalam ramuan ubat tersebut.

"Kami sudah meminta mereka tarik balik kesemua bekalan ubat itu dari pasaran dan mengemaskinikan label agar ia menepati ramuan yang digunakan,'' jelasnya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini semalam.

Kenyataan beliau itu adalah susulan kepada laporan Kosmo! Ahad pada 4 April lalu yang mendedahkan rasa tidak puas hati seorang pesakit, Datuk Mohd. Hanafiah Omar, 65, yang diberi ubat Imodium Capsule oleh kakitangan sebuah hospital swasta di Hulu Klang pada 29 Mac lalu tanpa memaklumkan ia mengandungi gelatin babi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Monday, August 3, 2009

H1N1: Sabah tidak bercadang tutup ladang ternakan babi

Isnin Ogos 3, 2009

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah tidak bercadang menutup ladang ternakan babi di negeri itu berikutan penularan virus selesema babi atau Influenza A(H1N1) yang semakin membimbangkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, berkata kes jangkitan virus itu berlaku dari seseorang kepada orang lain dan bukan daripada ternakan haiwan itu.

Bagaimanapun, tindakan menutup ladang tersebut hanya boleh dilakukan sekiranya ladang ternakan itu tidak memenuhi syarat dan piawaian yang ditetapkan, katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahim Ismail (BNPantai Manis) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Yahya berkata, sejak penularan virus itu April tahun ini, kementeriannya, melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, telah mengambil langkahlangkah bagi memastikan ternakan babi di Sabah tidak membawa virus itu.

Antaranya ialah dengan mengambil sampel darah dan calitan hidung dari ternakan babi untuk dianalisis, katanya.

"Sebanyak 1,411 sampel calitan hidung dan 1,371 sampel darah telah diambil dari 63 ladang ternakan babi di seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Pada masa yang sama, pemantauan klinikal juga dilaksanakan di semua daerah di mana tidak ada kes positif didapati pada ternakan babi mahupun di kalangan pekerja di semua ladang-ladang tersebut," katanya.BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/3/mstar_berita/20090803131617&sec=mstar_berita

Monday, June 8, 2009

Majlis Ulama Indonesia haramkan vaksin meningitis

JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan bahawa vaksin meningitis untuk jemaah haji haram kerana mengandungi enzim babi, lapor akhbar Batam Pos semalam.

Menurut Ketua Fatwa MUI, Maruf Amin, keputusan itu dibuat selepas badan agama itu membuat pertimbangan dan analisis berhubung vaksin tersebut.

“Namun keterangan yang paling kuat adalah daripada Jabatan Kesihatan yang menegaskan bahawa vaksin itu mengandungi babi,” ujarnya ketika ditemui pemberita di pejabatnya kelmarin.

Berikutan keputusan pengharaman itu, Maruf memberitahu, rancangan MUI untuk melawat Belgium bagi melihat proses pembuatan vaksin tersebut dibatalkan.

“Tidak ada lagi yang perlu dibuktikan. Justeru, kami batalkan hasrat untuk pergi ke Belgium,” katanya.

MUI sebelum ini menyuarakan keraguan berhubung kenyataan Badan Pengawas Ubat-Ubatan dan Makanan yang menjelaskan bahawa tidak ada kandungan babi dalam vaksin itu.

Badan itu menyatakan penggunaan enzim babi hanya digunakan untuk satu proses pemisahan bahan vaksin.

“Tidak mungkin tidak mengandungi babi kalau terdapat penggunaan enzim babi,” kata Ketua MUI, KH Amidhan.

Bagaimanapun, Amidhan memberitahu, penggunaan produk haram vaksin meningitis masih dibolehkan dalam keadaan darurat.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Wednesday, June 3, 2009

Penduduk kecewa terpaksa terus hidu bau busuk babi


Pusat penyembelihan babi bersebelahan pasar Kampung Berjaya di Alor Setar yang didakwa menjejaskan keselesaan penduduk kampung itu sejak 30 tahun lalu.


ALOR SETAR - Harapan penduduk di sekitar Kampung Berjaya di sini untuk segera bebas daripada masalah kekotoran pusat penyembelihan babi di kampung itu tidak kesampaian apabila kerajaan negeri menangguhkan operasi meroboh tempat itu yang sepatutnya dilakukan kelmarin.

Pusat penyembelihan tersebut sebelum ini didakwa turut mengganggu penduduk dua buah kampung lain iaitu Teluk Yan dan Seberang Terus dengan pencemaran bau dan bunyi bising selain gangguan sebilangan babi yang terlepas ke kampung berkenaan.

Seorang penduduk, Md. Salleh Abd. Rahman, 68, berkata, penduduk terkilan dengan arahan penangguhan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri memandangkan masalah itu telah menghantui penduduk sejak lebih 30 tahun lalu.

"Tempat penyembelihan ini dibuka lewat tahun 1973 dan sejak itu penduduk dan peniaga di pasar Kampung Berjaya yang terletak bersebelahan terpaksa berdepan dengan bau busuk.

"Rayuan supaya kerajaan memindahkan pusat sembelihan itu nampaknya masih tidak diberi perhatian," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Kosmo! difahamkan operasi merobohkan tempat penyembelihan babi itu sepatutnya dilakukan kelmarin oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) namun atas desakan beberapa pihak tindakan itu ditangguhkan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Monday, May 25, 2009

ADA APA PADA BABI?

25 mei 2009

"ZAMRI kecik's"

Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Kadang juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing. Dalam al-Quran, sebagai haiwan, babi hukumnya najis jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga diharamkan untuk dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di kalangan Kristian.


PENYAKIT YANG DIAKIBATKAN DARI DAGING BABI

DR Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan asisten Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang bisa dijangkiti dari babi. Di antaranya:

* Anthrax* Ascaris suum* Botulism* Brucella suis * Cryptosporidiosis* Entamoeba polecki* Erysipelothrix shusiopathiae* Flavobacterium group IIb-like bacteria * Influenza* Leptospirosis* Pasteurella aerogenes * Pasteurella multocida * Pigbel* Rabies * Salmonella cholerae-suis* Salmonellosis* Sarcosporidiosis* Scabies* Streptococcus dysgalactiae (group L)* Streptococcus milleri* Streptococcus suis type 2 (group R)* Swine vesicular disease* Taenia solium* Trichinella spiralis* Yersinia enterocolitica* Yersinia pseudotuberculosis. http://id.wikipedia .org/wiki/ Babi

FAKTA-FAKTA MENGAPA BABI HARAM

Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI

a. QS. Al Baqoroh (2) : 173
b. QS. Al Maa'idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115


KENYATAAN MUDAH TENTANG KEBURUKAN DAGING BABI:

Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor, Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering.

Babi haiwan pemalas dan tidak suka bekerja (mencari pakan), tidak tahan terhadap sinar matahari, tapi makannya rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan paling rakus di antara haiwan jinak lainnya. Jika tambah umur, jadi makin malas & lemah (tidak berhasrat menerkam dan membela diri). Suka dengan sejenis dan tidak pencemburu. (Buku : Adaptive physiology on mammals and birds).

Pengguna daging babi sering mengeluhkan bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tsb. disebabkan karana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Lemak punggung babi tebal, babi memiliki back fat (lemak punggung) yang sangat tebal.

Pemakan babi sering memilih daging babi yg lemak punggungnya nipis, karana semakin tipis lemak punggungnya, dianggap semakin baik kualitinya. Sifat lemak punggung babi adalah mudah mengalami oxidative rancidity.

Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya.

Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah modern di dua negara Timur & Barat, yaitu Cina dan Swedia. Cina (majoriti penduduknya penyembah berhala) & Swedia (majoriti penduduknya sekular) menyatakan:

"Daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser anus & kolon". Peratus penderita penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000.

Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit.

Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60’C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih.

Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1.

Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).

Daging babi adalah daging yang sangat susah dihadam karana banyak mengandung lemak. Meskipun empuk dan terlihat begitu enak dan lazat, namun daging babi susah dihadam. Ibaratnya racun, seperti halnya kolesterol!

Selain itu, daging babi menyebabkan banyak penyakit :

pengerasan pada urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (angina pectoris) , dan radang pada sendi-sendi.

Sekitar tahun 2001 pernah terjadi para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas meksiko yang terkenal berupa daging babi, hamburger (ham = babi, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging babi).

Sang perempuan menegaskan bahwa dirinya merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi. Telur cacing tsb menempel di dinding usus pada tubuh sang perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke ujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak bisa keluar darinya.

Hal ini menyebabkan dis-fungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak.

Penyakit-penyakit "cacing pita" merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang terjadi melalui pemakanan daging babi. Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

Saya pernah membaca sebuah artikel yang mengatakan : ”Bahwa seseorang itu berkelakuan sesuai dengan apa yang dimakannya.” Melihat tayangan di salah satu TV swasta kelmarin, seorang profesor dari IPB (lupa namanya) telah meneliti struktur DNA babi. Sesuatu yang mengejutkan ternyata, struktur gen babi itu mirip dengan struktur gen manusia. Jadi dapat dikatakan gen babi = gen manusia, jadi sama dengan kita memakan daging manusia (=kanibal), na'udzubillah.

Jadi ada betulnya artikel tadi mengatakan kalau kita memakan babi bukan tidak mungkin karakter babi menempel pada kita, tidak pada kita, boleh jadi pada keturunan kita ! wallahu a’lam.

KEHARAMAN BABI

Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bagian-bagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.

Al-Qur’an menggunakan kata lahma (daging) karena sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Qur’an menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya.Bahwa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi.

Lemak babi mengandung kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak hewan lainnya. Darahnya mengandung asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yan jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli kesehatan modern. Mereka mengatakan bahwa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana.

Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahwa peralatan masak modern telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menrima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahwa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung dalam daging babi.

Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi.

Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya.

BABI DALAM DUNIA FARMASI

Bagi pengguna Muslim babi adalah “jawara”-nya bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Padahal babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, dikaranakan adanya kemiripan sistem penting dalam tubuhnya.

Keterlibatan babi dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan. Mulai dari cangkang kapsul baik sebagai kapsul lunak, penyumbang organ-organ tubuh, dan hormon serta enzimnya.

Beberapa bagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut :

Kelenjar adrenal babi

Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pancreas babi

Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin babi.

Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor babi serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun .

Jika produksi babi pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta – 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar.

Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

Lambung babi

Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi

Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (babi). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.

Jantung babi

Jantung babi digunakan untuk mengganti beberpa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung babi yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan system vital yang terjadi pada manusia dan babi.

Kulit babi

Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.

Darah babi

Fibrin darah yang diekstraks dari darah babi digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu.

Darah babi juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel.

MENGAPA BABI HARAM BUAT UMAT MUSLIM

Ada orang asing (ilmuwan) bertanya kepada seorang Ulama mengenai haiwan babi ini.

Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya babi bukan karana sebab itu saja. Tetapi ada sifat Babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam

Ilmuwan : Apakah itu?

Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!! !

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!??? ?

Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang Babi?

Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut2an memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.

KATA USTAZ…

Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat?, maka jawabannya adalah bahwa karana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata karana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak minum arak bukan karana sekedar mabuk, melainkan semata-mata karana Allah SWT mengharamkannya. Tidak mau zina bukan karena takut kena sipilis atau HIV, tetapi karana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak makan babi bukan karana takut ada cacing pita, melainkan karana Allah SWT sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahasia dan hikmah di balik pelarangan makan babi yang boleh dapatkan. Namun semua itu sekadar menambah keyakinan yang sudah ada di dalam hati kita. Bukan sebagai landasan utama. Dan buat kita, apakah di balik larangan makan babi itu ada hikmah atau tidak, sama sekali tidak ada hubungannya dengan ketaatan kita kepada Allah SWT yang telah melarang kita makan babi.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disebut selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Semoga bermanfaat….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...