Showing posts with label TI - Transparency International. Show all posts
Showing posts with label TI - Transparency International. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

TI: Bantuan segera pilihan raya adalah rasuah

TI: Bantuan segera pilihan raya adalah rasuah
Regina Lee
Mac 30, 11
12:34pm

Kumpulan pemantau gejala rasuah Transparency International menolak dakwaan bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah.

NONE"Ini khususnya semasa kempen. Malangnya tidak ada undang-undang yang memadai bagi menangani perkara ini, terutamanya apabila ia membabitkan wang tunai dan mesin jahit,” kata presiden TI-Malaysia Paul Low.

"Banyak janji-janji ditaburkan seperti membina jambatan. Janji-janji ini tidak jelas.

"Awak hanya buat kesalahan bila berkata, 'nah ini RM1,000, undi saya',” kata Low pada sidang media di pejabatnya pagi ini.

Kenyataan TI itu jelas bercanggah dengan pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Nazri dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, semalam berkata 'bantuan' yang diberikan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya tidak boleh dianggap sebagai rasuah.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan itu adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

NONE"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh).

Bagaimanapun menurut Low, janji yang dibuat semasa pilihan raya bukan satu bentuk rasuah.

"Janji bukan rasuah dan kita tidak ambil peduli kecuali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil dengan peraturan tidak membenarkannya.

NONE"Ia mungkin tidak beretika tetapi bukan rasuah,” katanya.

Low berkata kedua-dua pihak - pembangkang dan juga parti pemerintah - melakukan kesalahan dengan menaburkan janji pilihan raya.

"Jika seseorang menjanjikan sebuah jambatan, tanya (ahli politik itu) 'bukankah hak kawasan kita mendapat pembangunan.' Kenapa tidak laksanakan sebelum pilihan raya?” katanya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/160060

Thursday, March 3, 2011

Kajian ketelusan: Petronas catat kedudukan lesu

Kajian ketelusan: Petronas catat kedudukan lesu
Kuek Ser Kuang Keng
Mac 1, 11
4:23pm

Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas mencatatkan prestasi lesu dalam kajian antarabnagsa mengemai ketelusan pendapatan dan pendedahan awam. Kajian itu membabitkan 44 syarikat minyak dan gas di seluruh dunia.

petronasMenurut laporan yang diterbitkan oleh Transparency International (TI) dan Revenue Watch Institute (RWI) hari ini, prestasi Petronas dalam ketiga-tiga sektor yang dijalankan pada kajian itu menunjukkan prestasi buruk.

Ia adalah adalah 'laporan program anti-rasuah', 'pendedahan organisasi' dan 'pendedahan peringkat negara untuk operasi antarabangsa.'

azlanMarkah yang dicatatkan oleh Petronas adalah adalah 30, 38 dan kosong peratus, berbanding dengan skor purata pada 43, 65 dan 16 peratus.

Kumpulan BG dari UK, India Oil dan Natural Gas Corporation Norway menduduki tempat teratas dengan masing-masing mendapat markah 93, 100 dan 69 peratus.

Petronas disenaraikan di bawah 25 peratus daripada 20 syarikat antarabangsa dan 24 syarikat minyak kebangsaan yang dikaji.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/157403
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...