Showing posts with label Halal Product. Show all posts
Showing posts with label Halal Product. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Makmal swasta dibenar ujian halal

halal logo





Ogos 25, 11 3:24pm

Pengusaha produk makanan akan dibenarkan menggunakan kemudahan makmal swasta bagi mendapatkan status halal bagi pengujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk produk makanan keluaran mereka.

Keputusan itu dicapai selepas perbincangan di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersama pengusaha industri kecil dan sederhana serta pengusaha dalam industri halal.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusof berkata kebenaran itu hanya akan diberikan kepada makmal swasta yang memenuhi piawaian dan mempunyai kelengkapan setaraf dengan Jabatan Kimia Malaysia sahaja.

"Keputusan itu diambil bagi mempercepatkan lagi keputusan status halal sesuatu produk dapat diketahui selain memberi peluang kepada pengusaha industri menghantar terlebih dahulu sampel produk sebelum dihantar ke Jabatan Kimia.

"Kebenaran berkenaan juga antara penambahbaikan yang dibuat kerana kadangkala Jabatan Kimia lambat dan apabila keputusan keluar didapati negatif jadi tidak adil pula untuk pengusaha industri," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Beliau berkata Jakim sentiasa menyediakan peluang untuk pengusaha berkomunikasi bagi urusan mendapatkan persijilan halal tetapi pada masa yang sama kepentingan Islam dan umat Islam tidak dikompromi sama sekali.

Pada pertemuan itu, pengusaha industri makanan juga dibenarkan untuk melantik wakil bagi mengadakan perbincangan dengan Jakim mengenai ujian DNA dalam produk keluaran mereka serta perkara-perkara lain yang berkaitan.

--Bernama


http://malaysiakini.com/news/174094

Wednesday, August 3, 2011

Benarkah Starbucks tidak halal?

Posted by admin on August 2nd, 2011

Beberapa blog berpengaruh meletakan entry di blog mereka bahawa kedai kopi Starbucks menyajikan minuman dan makanan yang haram kerana mengandungi unsur babi.Antara blog berkenaan adalah The Unspinners dan Taiping Mali.

Taiping Mali menyebut:

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 – 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut.”

Sebenarnya isu berkaitan sama ada Starbucks halal atau sebaliknya sudah banyak kali diperdebatkan dalam blog-blog dan forum.

Ia sudah menjadi satu isu yang berlanjutan.

Persoalan mengenai halal atau tidak produk yang dihidangkan di Coffee Beans turut menjadi persoalan.

Namun, setakat ini, jika maklumat yang diperoleh melalui Direktori Halal Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijadikan sandaran, maka kedua produk itu sebenarnya halal.

Kesemua bahan yang dihidangkan di kedua premis berkenaan memiliki sijil halal yang hanya akan luput tempoh tahun hadapan atau pada tahun 2013.

Jika Jakim, badan yang dipertanggungjawabkan dengan amanah halal haram melakukan kajian dan penelitian sebelum memberikan status itu, maka apakah kita masih perlu ragu dengan status halal yang dimiliki kedua pihak itu?

Untuk status halal Coffee Beans dan Starbucks klik sini (Taip Starbucks atau Coffee Beans dalam ruangan maklumat carian)


http://www.kl-today.com/2011/08/benarkah-starbucks-tidak-halal/

Monday, November 15, 2010

Jakim sahkan minyak sapi QBB halal

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah meluluskan permohonan pengesahan sijil halal bagi minyak sapi berjenama QBB Pure Ghee keluaran QBI Packaging Sdn Bhd, 1 November lalu.

Laman web Halal Malaysia, berkata sijil itu diberikan selepas pemeriksaan secara terperinci dengan menggunakan pendekatan ‘product tracebility’.

Katanya, tiga elemen diguna pakai iaitu ‘supplier traceability’, ‘process traceability dan ‘costumer traceability’.

“Jakim memaklumkan, minyak sapi jenama QBB Pure Ghee keluaran QBI Packaging adalah menepati konsep Halalan Toyiban dengan itu permohonan halal daripada terbabit sudah diluluskan pada 1 November,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JakimsahkanminyaksapiQBBhalal/Article/index_html

Monday, September 20, 2010

Daging halal diguna meluas di Britain


GAMBAR yang disiarkan akhbar Mail on Sunday menunjukkan seorang peminat kelab bola sepak Manchester United memakan daging halal yang dijual di Stadium Wembley, Britain.

--------------------------------------------------------------------------------



LONDON - Siasatan oleh wartawan akhbar Mail on Sunday semalam mendedahkan bahawa sekolah, hospital, pub dan lokasi-lokasi sukan berkuda terkenal seperti di Ascot serta Twickenham di Britain menyediakan daging yang disembelih secara halal untuk orang awam.

Semua daging lembu, ayam dan kambing yang dijual kepada peminat bola sepak di Stadium Wembley juga disediakan mengikut syariat Islam.

Kolej Cheltenham yang mengamalkan semangat Kristian yang kuat ialah antara sekolah awam utama yang menyediakan ayam halal kepada semua pelajarnya tanpa memberitahu mereka mengenainya.

Menurut akhbar itu, kumpulan hotel dan restoran terbesar di Britain, Whitbread yang memiliki rangkaian restoran Beefeater dan Brewers Fayre mengaku lebih tiga suku hidangannya adalah halal.

Perkembangan penggunaan daging halal, termasuk di kawasan yang populasi Muslim sangat kecil itu didedahkan ketika Ketua Gerega Roman Katholik, Pope Benedict XVI melawat Britain buat pertama kali.

Seorang jurucakap di Twickenham yang menjual hanya ayam halal tanpa membuat sebarang pengiklanan mengenainya menegaskan penjualan daging halal itu tidak pernah menjadi isu.

"Keutamaan kami ialah lebih kepada mereka yang mahukan daging halal," katanya.

Institusi lain yang secara rahsia menyediakan daging halal ialah Yayasan Amanah Mid-Staffordshire.

Jurucakap bagi hospital-hospital di London memberitahu satu-satunya cara orang ramai yang mengunjungi kantin mengetahui bahawa mereka sebenarnya makan ayam halal adalah dengan bertanya kepada penjual makanan di kantin tersebut.

Kumpulan hotel dan restoran Whitbread yang memiliki rangkaian restoran Table Table, kedai Costa Coffee dan hotel Premier Inn mengaku bahawa 80 peratus ayam yang disediakan pihaknya datang daripada pembekal makanan halal termasuk yang dimonopoli oleh peniaga Islam Turki.

"Kami tidak meletakkan halal sebagai syarat dalam pemerolehan bahan mentah. Keputusan kami dibuat atas dasar kualiti dan harga. Kebetulan pula sumber ayam kami adalah halal.

"Ia tidak dinyatakan dalam menu kerana kami tidak fikir pelanggan-pelanggan mahukan maklumat tersebut.

"Namun jika pelanggan mahukan makanan halal, kami pasti akan menyediakannya,"
kata jurucakap Whitbread.

Pihak pengurusan Kolej Marlborough di Wiltshire menyatakan walaupun pada kebiasaannya ayam halal hanya dihidangkan kepada pelajar Muslim, ada ketikanya ia turut dihidangkan kepada semua pelajar. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Sunday, September 5, 2010

Henti guna minyak sapi QBB


MOHD. MUSTAFFA menunjukkan logo halal yang masih digunakan pada tin minyak sapi QBB Pure Ghee di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.

Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya.

Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah, penarikan balik produk itu di pasaran perlu dilakukan serta-merta bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna.

"PPIM juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula produk tersebut yang berada di pasaran manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jakim pula mesti memantau produk itu dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...