Showing posts with label Sistem Biometrik. Show all posts
Showing posts with label Sistem Biometrik. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Kerajaan setuju guna dakwat kekal?

Posted by admin on September 8th, 2011

Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam, lapor Malaysiakini.

Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: “Saya juga tak tahu.”

Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya.

Sebelum ini, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan.

Jawatankuasa khas itu yang akan dibentuk dalam sidang parlimen akan datang – mulai 3 Oktober ini – dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu ekoran tekanan pembangkang dan pertubuhan sivil untuk reformasi sistem pilihan raya.

Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya.

Menjelang pilihan raya umum 2008, SPR pernah membuat pengumuman akan menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berganda namun ia dibatalkan kemudiannya.

Difahamkan, arahan pembatalan itu dibuat oleh kerajaan BN pimpinan Umno walaupun pengumumannya dibuat oleh Pengerusi SPR ketika itu.

Baru-baru ini, Bersih 2.0 mengumumkan antara tuntutan badan itu adalah penggunaan dakwat kekal di samping tujuh lagi tuntutan.

Pengerusi SPR pula mengumumkan, penggunaan dakwat kekal lebih realistik untuk mengelakkan pengundian berganda berbanding dengan sistem biometrik yang dicadangkan kerajaan.

Ekoran pengumuman itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersetuju jika SPR ingin menggunakannya dalam pilihan raya ini tetapi mengingatkan ini hanya satu dari lapan tuntutan Bersih yang turut disokong PAS.


http://www.kl-today.com/2011/09/kerajaan-setuju-guna-dakwat-kekal/

Friday, September 2, 2011

Dakwat kekal tidak jamin pilihan raya bersih

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak menjamin pilihan raya yang bersih dan adil selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bersihkan daftar pemilih dahulu selepas itu baru laksanakan penggunaan dakwat kekal dan apa sistem sekalipun untuk memperbaiki sistem pilihan raya negara ini.

"Jika daftar pemilih tidak bersih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak banyak membantu," katanya.

Menurut Mahfuz, walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda tidak sebanyak masalah yang ditimbulkan penggunaan sistem biometrik, tetapi perkara itu boleh diberikan perhatian selepas daftar pemilih dibersihkan dahulu.

"Selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, tidak banyak faedahnya jika sistem yang tidak bermasalah sekalipun digunakan untuk mengelakkan pengundian berganda," katanya.

Beliau bersetuju dengan cadangan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub supaya daftar pemilih diaudit oleh badan audir bebas yang diiktiraf diperingkat antarabangsa.

"Daftar pemilih perlu disemak habis-habisan, berapa nama bertindan, berapa nama mereka yang status kewarganegaraannya dipertikaikan, berapa pengundi yang sebenarnya tidak wujud dan banyak lagi keraguan lain yang perlu dibersihkan dalam daftar pemilih," katanya.

Mahfuz melihat kemasukan mereka yang mempunyai status kewarganegaraan yang meragukan dalam daftar pemilih sengaja dibuat untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan daftar pemilih diselewengkan bagi kepentingannya.

Dengan penggunaan warga asing, katanya, mungkin tidak perlu lagi diupah "hantu" yang boleh mengundi berkali-kali untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa ke atas pihak yang mengendalikan pilihan raya.

Daftar Pemilih yang bersih adalah salah satu dari lapan tuntutan utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Tuntutan lain ialah supaya SPR mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5170-dakwat-kekal-tidak-jamin-pilihan-raya-bersih

Saturday, August 27, 2011

UPKO: Dakwat lebih baik dari biometrik

Posted by admin on August 26th, 2011

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok (gambar)berpendapat, penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya umum adalah lebih mudah berbanding sistem biometrik.Katanya, sistem biometrik agak sukar untuk digunakan dalam keadaan tertentu terutama apabila berlaku gangguan bekalan elektrik semasa hari pengundian.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, dakwat kekal masih boleh digunakan dalam keadaan tertentu selain dapat mencegah pengundian berganda terutama di Sabah yang sudah sekian lama bergelut dengan masalah pendatang tanpa izin.

“Bagi saya, mana-mana pun tiada masalah tetapi yang mudah untuk digunakan ialah dakwat kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemberian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar bari ijazah pertama dan penyerahan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi kawasan Parlimen Penampang di Lok Kawi, dekat sini, Jumaat. Dompok, yang anggota Parlimen Penampang, mengulas laporan akhbar Khamis lepas bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan semula secara serius penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian selepas dibatalkan penggunaannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik sebagai berkata suruhanjaya itu akan mengkaji dengan terperinci cadangan berkenaan sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem plihan raya sedia ada.

Ditanya kenapa kerajaan sebelum ini tidak berminat untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya di negara ini, Dompok berkata kerajaan berpendapat cara itu lebih praktikal di negara-negara yang menghadapi kesukaran untuk mengadakan pilihan raya secara teratur.

“Saya rasa tidak ada bantahan daripada mana-mana pemimpin kerajaan termasuk saya mengenai penggunaan dakwat, jika keadaan memerlukan penggunaan dakwat kekal dilaksanakan… kita di pihak kerajaan tiada bantahan,” katanya.

Mengenai persediaan UPKO menghadapi PRU ke-13 akan datang, Dompok berkata parti itu sudah bersiap sedia menghadapinya pada bila-bila masa.


http://www.kl-today.com/2011/08/upko-dakwat-lebih-baik-dari-biometrik/

Friday, August 26, 2011

Warga Indonesia teramai daftar biometrik

Ogos 24, 11 8:45pm

Sejumlah 1,002,736 rekod biometrik warga Indonesia telah didaftarkan, sekaligus mengekalkan negara tersebut sebagai pendahulu atau 46 peratus daripada 2,222,636 jumlah keseluruhan warga asing yang didaftarkan setakat 8.30 pagi ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim berkata daripada jumlah keseluruhan warga Indonesia yang berdaftar, seramai 610,328 atau 61 peratus adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang didaftarkan menerusi Program 6P, manakala selebihnya adalah pekerja sah yang pendaftarannya akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.

Bangladesh di tempat kedua iaitu 254,428 PATI dan 129,561 pekerja sah, diikuti Nepal (30,804 PATI, 216,700 pekerja sah), Myanmar (125,124 PATI, 111,005 pekerja sah), India (47,767 PATI, 53,522 pekerja sah).

Filipina pula seramai 46,571 PATI dan 4,542 pekerja sah, Vietnam (12,213 PATI, 41,656 pekerja sah), Pakistan (19,714 PATI, 11,773 pekerja sah), Kemboja (22,613 PATI, 6,325 pekerja sah), Thailand (8,146 PATI, 4,399 pekerja sah), China (2,746 PATI, 5,904 pekerja sah), Sri Lanka (4,572 PATI, 12,625 pekerja sah) dan lain-lain negara (3,281 PATI, 1,236 pekerja sah).

Berdasarkan pecahan perbandingan antara PATI dan pekerja sah, lapan negara mencatatkan peratus PATI lebih tinggi iaitu Filipina sebanyak 91 peratus, Kemboja (78 Peratus), Bangladesh (66 peratus), Thailand (65 peratus), Sri Lanka (64 peratus), Pakistan (63 peratus), Indonesia (61 peratus) dan Myanmar (53 peratus), katanya dalam kenyataan di sini.

Bakinya pula mencatatkan peratus pekerja sah yang tinggi iaitu Nepal sebanyak 88 peratus, Vietnam (77 peratus), China (68 peratus), dan India (53 peratus).

Selain itu, bermula semalam Jabatan Imigresen telah mula keluar ke lokasi tertentu seperti kawasan pedalaman untuk mendaftarkan PATI bagi program 6P.

Sebelum ini jabatan itu hanya menumpukan pendaftaran di kaunter dalam pejabat manakala urusan pendaftaran di luar dilakukan oleh 336 syarikat pengurus menerusi lebih 1,900 kaunter di seluruh semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun susulan jumlah pendaftaran yang semakin menurun sejak awal bulan ini mendorong jabatan itu ke lokasi pedalaman bagi memujuk PATI yang masih berdegil untuk mendaftar.

KDN juga berusaha sedaya upaya untuk mendaftar seramai mungkin PATI di negara ini, justeru itu bagi yang belum mendaftar mereka diminta bertanggungjawab terhadap apa juga penguatkuasaan yang bakal diterima selepas tempoh pendaftaran tamat iaitu pada 31 Ogos ini.

Mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang bertajuk '6P Registration at Pos Malaysia', beliau menegaskan bahawa kenyataan itu tidak ada kaitan dengan KDN.

Laporan tersebut memetik bahawa sehingga 28 Ogos ini pendaftaran bagi program 6P untuk PATI boleh dilakukan di tujuh cawangan pejabat pos terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/174034

Aziz: Biometrik lebih banyak masalah dari dakwat kekal

Aidil Razak
Ogos 25, 11
1:23pm

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

pulau ketam village head election 310711 indelible ink 02"Hujah bahawa (seseorang yang mempunyai beberapa kad pengenalan) boleh mengundi sekali sahaja dan kemudian bawa kad lain ke saluran yang berbeza, dan ia akan sepadan dengan cap ibu jarinya dan dia akan dibenarkan mengundi

"Prasyarat bagi sistem ini berkesan ialah setiap orang mempunyai hanya satu kad pengenalan sahaja,"
katanya.

Dibanding dengan dakwat kekal, katanya, sistem tersebut boleh juga bermasalah pada hari mengundi dan menyulitkan prosesnya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mencubanya dengan 50 orang dan purata masa bagi setiap orang adalah 10 saat, tetapi menghadapi masalah apabila mesin tidak dapat mengesannya.

"Dengan dakwat kekal, anda hanya perlu celup jari dalam dakwat," katanya.

Beliau juga berkata sistem biometrik "sangat mahal" dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh bulan.

Abdul Aziz juga menafikan dakwaan timbalannya, Datuk Wan timbalan Ahmad Wan Omar bahawa dakwat kekal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menandakan pengundi naif supaya mereka hilang kelayakan untuk mengundi.


[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/174071

Saturday, August 20, 2011

Hisham: Lebih 2 juta pendatang sudah mendaftar

Hisham: Lebih 2 juta pendatang sudah mendaftar
Ogos 18, 11 11:08pm

Seramai 2,040,709 orang pekerja sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah mendaftar untuk Program 6P setakat 8 pagi semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata daripada jumlah itu, pekerja sah adalah seramai 936,732 orang manakala PATI berjumlah 1,103,977 orang.

NONEMenurutnya angka itu di luar jangkaan kerajaan terutamanya ketika tempoh pendaftaran berikutan jumlah yang tinggi dalam masa singkat.

"Ini satu jumlah luar dugaan kita dalam konteks pendaftaran, kerana selepas ini ada lagi proses pemutihan, pengampunan, pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan.

"Oleh itu, dalam masa beberapa hari ini, saya merayu sangat kepada mereka yang belum mendaftar supaya tampil untuk mendaftarkan diri dengan segera," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri di Kuala Lumpur, malam semalam.

Beliau juga menafikan mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas mendaftarkan diri dan menyifatkannya sebagai dakwaan bagi menggagalkan program 6P itu.

"Ada yang menuduh bahawa peralatan biometrik itu bermasalah...ia hanyalah tuduhan semata-mata kerana jika ada masalah besar, sudah pasti pendaftaran tidak mencecah 2 juta orang," katanya.

NONEHishammuddin berkata jumlah PATI terbesar ialah dari Indonesia iaitu seramai 551,268 orang diikuti Bangladesh seramai 241,538 orang manakala pekerja sah juga didahului oleh Indonesia dengan 361,431 orang dan Bangladesh 116,960 orang.

"Ini bermakna kerjasama yang kita wujudkan dengan kerajaan Bangladesh dan Kedutaan Indonesia merupakan satu perancangan awal yang sudah pun berjaya kerana jumlah yang ramai mendaftar dari kedua-dua negara ini.

"Saya mengucapkan terima kasih sangat kepada kedua-dua wakil negara-negara ini dan kerjasama ini akan kita teruskan," katanya.

Hishammuddin berkata proses itu perlu dilakukan kerana kerajaan sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar pendatang asing yang berada di negara ini.

azlan"Sebenarnya, daripada awal lagi kita membuat keputusan berani untuk meneruskan program ini kerana kita tidak tahu berapa ramai pekerja asing di negara kita.

"Jumlah 2 juta ini adalah mereka yang berdaftar secara sukarela dan belum lagi memasuki proses pemutihan dan penguatkuasaan dan jumlah ini tidak mustahil untuk menjadi lebih besar," katanya.

Pada majlis malam itu, Hishammuddin turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai kepada anak-anak yatim dari sekitar Lembah Kelang.

Beliau turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 bersama-sama anggota Umno Bahagian Semberong.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/173466

Thursday, August 18, 2011

PAS: 14,000 pengundi 'kelahiran luar negeri' di P Pinang

Susan Loone
Ogos 17, 11
6:27pm

PAS Pulau Pinang mendakwa telah mengesan kira-kira 14,000 pengundi 'kelahiran luar negeri' dalam senarai daftar pemilih di negeri itu dan sedang menyiasatnya, untuk mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONESetiausaha Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden (kanan)
berkata mereka dikesan oleh jawatankuasa pilihan raya parti sewaktu hujung minggu.

Katanya, parti itu mempunyai sistem komputernya sendiri, yang dapat mengesan bilangan orang asing atau penduduk tetap dengan angka status negeri kelahiaran '71 'dalam kad pengenalan mereka.

"Bilangan pengundi ini dalam daftar pemilih sangat tinggi dan muncul dengan tiba-tiba. Juga, kontroversi Mismah membuat kami lebih curiga," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Baru-baru ini, Malaysiakini mendedahkan kes seseorang individu yang bernama Mismah disenaraikan sebagai pemegang PR tetapi dimasukkan ke dalam senarai kemaskini pemilih di negara ini.

Bagaimanapun, status beliau telah ditukar kepada kerakyatan sepenuhnya hanya beberapa jam selepas isu itu dilaporkan.

SPR menjelaskan kes Mismah sebagai "kesilapan teknikal" kerana Jabatan Pendaftaran Negara gagal mengemaskini data walaupun Mismah mendapat kewarganegaraan sejak Januari tahun ini.

Mismah telah menafikan berlaku sebarang penyelewengan dalam pemberian kewarganegaraan Malaysia kepadanya.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/173318

Monday, August 15, 2011

Jawapan SPR macam Pak Pandir

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: PAS kesal dengan sikap lepas tangan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini yang menyatakan “tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini” sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara.

“Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan "bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak.

"Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada,” bidas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR, yang telah berkeras kepala dalam menafikan kelemahannya selama ini akhirnya terpaksa membuat pusingan U dan mengakui bahawa mereka sedar ada kelemahan dalam daftar pemilih negara.

Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Abdul Aziz sekadar menyalahkan “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.

“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.

"Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang,” jelasnya sebagai reaksi balas kepada bukti-bukti yang dikemukakan PAS dan Pakatan Rakyat mengenai isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu yang terdiri daripada ahli Umno sendiri dan nama pengundi yang tidak wujud di sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR.

Ketidakikhlasan SPR dalam memperbaiki sistemnya cukup terserlah dalam isu nama Kg Baru (MyKad: 830527115422) yang didaftarkan sebagai pengundi, dimana SPR hanya menukar nama Kg Baru kepada nama pengundi “Noraini binti Abdullah” berdasarkan data JPN tanpa usul periksa mengapa kesilapan demikian boleh berlaku.

“Demikian juga pendedahan warga asing yang mendapat kerakyatan, dan didaftarkan sebagai pengundi dengan jumlah ribuan orang adalah gambaran kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

"Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan Bersih 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut,” tegas Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Walaupun SPR dan pihak berkuasa yang di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional terus menggambarkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan nada yang sangat negatif, Tuan Ibrahim berkata dari segi positif perkara ini turut menyebabkan rakyat juga telah mula membuka mata dan dapat melihat betapa kotornya sistem pilihanraya negara kita yang dipenuhi dengan sampah sarap dan diancam oleh pendatang asing yang mendapat kerakyatan dan hak mengundi dengan begitu senang.

“Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara – siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?” soal Tuan Ibrahim.

SPR, katanya perlu melakukan segera satu reformasi bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

“Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihanraya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihanraya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihanraya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.

"Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihanraya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya,” kata beliau.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4910-jawapan-spr-macam-pak-pandir

Tuesday, August 9, 2011

Tentera, polis miliki 2 kad pengenalan?

Aslani

RANTAU PANJANG, 8 Ogos: Rahsia Umno dan Barisan Nasional (BN) berupaya mengekalkan kuasa sehingga 54 tahun kini terbongkar sedikit demi sedikit.

Sedangkan di negara lain tidak ada lagi parti yang mampu menguasai kerajaan dalam tempoh begitu lama seperti BN di Malaysia.

Rahsianya ada di sebalik undi pos dan keupayaan memperalatkan jabatan-jabatan penting kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara dan pasukan polis.

Dan hari ini satu lagi kegiatan yang dianggap sulit dibongkar apabila ramai anggota polis dan tentera yang masih berkhidmat dikesan memiliki kad pengenalan awam.

“Mereka didapati memiliki dua kad pengenalan. Satunya kad sebagai anggota pasukan keselamatan bagi melayakkan mereka mengundi secara pos.

”Dan keduanya kad pengenalan awam. Kad pengenalan ini membolehkan mereka mengundi seperti orang lain.

”Setahu saya kad pengenalan awam disimpan di kementerian sekiranya seseorang anggota keselamatan itu masih berkhidmat,” kata Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun (gambar).

Beliau yang juga Adun Bukit Tuku mempersoalkan kenapa perkara sedeimikian boleh berlaku dan melahirkan rasa amat terkejut.

”Adakah ini merupakan satu agenda sulit kerajaan BN bagi mengekalkan kuasa. Saya ada bukti terhadap dakwaan ini.

”Beberapa kenalan anggota polis dan tentera mengakui mereka sekarang memiliki dua kad pengenalan diri,” katanya meluahkan rasa bimbang terhadap perkembangan itu.

Abdul Fatah yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata, sekiranya pengakuan anggota polis dan tentera terbabit benar secara jelas menggambarkan kerajaan BN terpaksa menggunakan taktik kotor bagi mempertahankan kuasa.

Menurutnya juga sebab itulah kerajaan nampak beriya-iya mahu memperkenalkan kaedah biometrik menggantikan tuntutan Bersih 2.0 mengguna dakwat kekal ketika proses pengundian.

Kata beliau berdasar kepada banyak pendedahan yang berlaku sekarang nampak sangat kerajaan BN terpaksa bergantung kepada kaedah tidak bermoral bagi memanjang hayat kuasa.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4777-tentera-polis-miliki-2-kad-pengenalan-

Sunday, August 7, 2011

Biometrik boleh dimanipulasi juga

Posted by admin on August 6th, 2011

Pakatan Rakyat mempertahankan penggunaan dakwat kekal sebagai satu-satunya pengesahan bagi mengelakkan seseorang individu membuang undi berulang kali, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.Katanya, sistem biometrik yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya mengesahkan identiti seseorang tetapi tidak berupaya mengesahkan sama ada individu itu sudah membuang undi menggunakan identiti berlainan.

“Sistem biometrik hanya boleh mengesahkan kad pengenalan tetapi tidak mengesahkan sama ada seseorang itu ada tiga kad pengenalan atau sudah mengundi di lokasi berbeza.

“Contohnya, polis dan tentera dibenar memiliki Mykad selain kad pasukan keselamatan. Secara teori, mereka boleh mengundi dua kali. Tetapi jika jari sudah dicelup dakwat kekal, mereka tidak boleh gunakan Mykad untuk undi secara pos,” katanya.

Tian menempelak kerajaan Umno BN yang teruja menyokong cadangan SPR untuk melaksanakan sistem biometrik yang mahal bagi menyediakan peralatan selain sukar melatih kakitangan untuk menjalankan operasi.

“Kerajaan bersungguh-sungguh mahu melaksanakan sistem biometrik walaupun tidak bersedia dari segi teknologi. Mereka terlalu yakin dengan teknologi tetapi kita lihat pendaftaran pendatang asing secara biometrik pun bermasalah,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad mengakui timbul masalah di kaunter kendalian sebahagian 336 syarikat swasta yang dilantik bagi proses pemutihan pendatang tanpa izin.


http://www.kl-today.com/2011/08/biometrik-boleh-dimanipulasi-juga/

250,000 amah akan didaftar biometrik

Ogos 6, 11 4:22pm

Seramai 250,000 pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata ia berikutan pembantu rumah tidak termasuk dalam kumpulan pekerja dalam industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.

"Bilangan pekerja asing secara sah ialah 1.9 juta orang dan bilangan pembantu rumah yang sah adalah 250,000 orang.

"Ini bermaksud seramai 1.65 juta pekerja asing yang sah (yang terlibat dalam sektor industri) yang perlu didaftarkan dalam program pendaftaran biometrik," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Program Myskills 2011 peringat negeri ini, di Butterworth
hari ini.

Pendaftaran biometrik itu merupakan permulaan Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.

Mengenai program Myskills, Subramaniam berkata setakat ini kira-kira 3,000 orang telah mendaftar dalam program berkenaan.

Beliau berkata mereka yang telah mendaftar akan ditempatkan di institut kemahiran secara berperingkat untuk menjalani latihan dalam bidang tertentu.

"Setakat ini seramai 120 orang telah ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara," katanya.

Katanya program yang mendapat sambutan menggalakkan itu akan diteruskan di peringkat daerah tidak lama lagi.

--Bernama


http://malaysiakini.com/news/172181

Thursday, August 4, 2011

Pakatan tuntut PM panggil sidang tergempar Parlimen

Pakatan tuntut PM panggil sidang tergempar Parlimen
Jimadie Shah Othman
Ogos 3, 11
1:47pm

Anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkan isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.

NONEAnggota parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub (kanan) berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara "khianat" itu "mengancam keselamatan dan kedaulatan negara".

"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar anggota parlimen Pakatan di pejabat Pakatan di Petaling Jaya hari ini.

Menurut Salahuddin, sidang itu mestilah diadakan dalam bulan Ramadan ini juga.

Turut hadir Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), setiausaha biro antarabangsa DAP Liew Chin Tong (Bukit Bendera), Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS Dr Hatta Ramli (Kuala Krau), dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

Semalam, Malaysiakini melaporkan, status seorang penduduk tetap yang berjaya didaftar sebagai pengundi bertukar kepada warganegara dalam tempoh empat jam sahaja selepas didedahkan.

Laporan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, terutamanya oleh Pemuda PAS yang mendakwa memiliki banyak lagi bukti kes sebegitu berlaku.

Fokus Wilayah, Selangor, Johor

Ditanya tindakan lanjut Pakatan sekiranya desakan itu tidak diendahkan Najib, Salahuddin berkata: "Kami mempunyai beberapa siri tindakan. Tunggu saja."

"Kita akan dedahkan siapa taukenya nanti. Kita ada dokumen (bukti) yang cukup," katanya.

NONESalahuddin yang juga naib presiden PAS mendedahkan semakan mereka mendapati sehingga kini sejumlah 1,597 kes berhubung perkara itu dikesan di seluruh negara.

"Ia nampaknya terfokus di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor," dakwanya.

Dalam data yang diedarkannya, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,108 kes, diikuti Johor sebanyak 380 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 52 kes.

Salahuddin juga menunjukkan buku tebal kira-kira 2 inci mempunyai pelbagai maklumat berhubung kesalahan pilihan raya yang masih diselidiknya melalui satu pasukan khas PAS.

Mengulas prosedur permohonan warganegara, Salahuddin berkata, mengikut prosedur biasa, ia mengambil masa sehingga lebih 10 tahun.

"Tetapi ini berlaku sekelip masa atas konspirasi pemimpin Umno dan BN," katanya sambil mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dipergunakan bagi tujuan itu.

Pendaftaran biometrik pekerja asing


Sementara itu, Nurul Izzah berkata, kegagalan Najib mengambil tindakan akan menggambarkan bahawa beliau sebagai perdana menteri yang tidak berkuasa terhadap beberapa agensi kerajaan berkaitan.

NONE"Sekarang tiada dolak dalih lagi. Najib wajib panggil sidang tergempar (di parlimen)," katanya Nurul Izzah (kiri) lagi.

Sementara Liew pula berkata perdana menteri harus memberikan respons dengan "segera dan serta-merta" terhadap kes itu dan tuntutan Pakatan bagi membuktikan komitmennya terhadap pilihan raya yang bersih dan adil.

"Jika tidak, tiada gunanya kita adakan pilihan raya dengan sistem ini," katanya.

Sementara itu, Dr Hatta pula mengesyaki apa yang berlaku mempunyai kaitan dengan program pemutihan pendatang asing yang sedang berlangsung di seluruh negara yang bermula sejak sebulan lalu.

"Mereka daftar pekerja asing dengan biometrik. Adakah ini mempunyai kaitan? Adakah ini sebabnya data bertukar dalam beberapa jam sahaja," katanya.

Sejak dilaksanakan 13 Julai lepas, dilaporkan 390,404 pekerja asing daripada 26,894 majikan telah mendaftar bawah Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang Sah, manakala pendaftaran pekerja asing tidak sah pula bermula kelmarin.

http://malaysiakini.com/news/171869

Tuesday, August 2, 2011

Bukan pengundi hantu saja, sempadan p'raya juga

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 1 Ogos: PAS Pahang berpendapat jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, ia bukan setakat menangani isu pengundi hantu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, berkata bahkan juga mesti menentukan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan secara benar mengikut geografi dan demografi sesuatu parlimen.

“Sebagai contoh persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun 2003 menyaksikan Parlimen Pekan merangkumi sebahagian daerah Kuantan iaitu memasukkan Kem Tentera Batu 9 dan Batu 10.

“Perubahan persempadanan tersebut amat tidak munasabah daripada segi geografi dan demografinya. Tetapi hasilnya Najib sendiri yang hanya menang tipis 241 undi pada PRU 1999, menang besar pada PRU 2004,” ujarnya.

Tambahnya, jika proses persempadanan semula yang dilakukan setiap 8 tahun sekali itu tidak diberi perhatian, tafsiran ramai akan tetap mengatakan SPR boleh dipergunakan untuk kepentingan parti pemerintah.

“Sebab itu negeri-negeri yang dikuasai PAS dan kawasan majoriti besar berpengundi Melayu tidak mendapat tambahan kerusi parlimen,” ujarnya.

Roslan berkata demikian sebagai mengulas laporan media hari ini yang memetik Najib komited menangani isu pengundi hantu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) antara aspek ditekankan pembangkang selama ini.

Menurutnya, sistem biometrik juga akan diperkenalkan akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan pembangkang.

Berikutan itu, Najib berkata, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.

Beliau mengulas desakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dipengerusikan Datuk S Ambiga agar SPR menggunakan dakwat kekal bagi menangani isu pengundi hantu pada PRU-13.

Roslan berkata, Najib dan SPR juga mesti komited untuk mendaftarkan pengundi secara automatik apabila cukup syarat seseorang warganegara supaya nama pengundi tidak dimanupulasi.

“Kita mendakwa mempunyai sistem mykad tercanggih di dunia, jadi mengapa tak boleh daftar warganegara sebagai pengundi secara automatik?

“Kita cadang ia dilaksanakan, cuma pameran untuk semakan dan bantahan setiap suku tahun itu dikekalkan bagi check and balance,” katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4658-bukan-pengundi-hantu-saja-sempadan-praya-juga

Friday, July 29, 2011

Pendaftaran biometrik pekerja asing dilanjutkan

Pendaftaran biometrik pekerja asing dilanjutkan
Jul 29, 11 4:18pm

Program pendaftaran biometrik pekerja asing yang sah, yang dijadual berakhir Ahad ini, dilanjutkan sehingga satu tempoh yang akan ditentukan kelak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan itu selaras dengan kepentingan program yang dijangka antara lain mampu membendung jenayah merentasi sempadan.

hishamuddin hussein keeping mum"Kalau sekarang kita tidak tahu berapa jumlah pekerja asing yang ada dan ada pula agenda tertentu yang sehingga kini polis dapat pantau dan bendung, tapi pada masa depan jumlah bertambah tanpa diketahui dan boleh menjejaskan keselamatan negara, ketika itu sudah terlambat," katanya di ibunegara.

Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian dokumen diri sempena program Mydaftar hari ini, bagaimanapun enggan mengulas berapa lama tempoh lanjutan itu akan diberikan.

"Ia bukan isu lanjutan, isunya penyelesaian, maknanya kalau mereka dapat daftar awal kita dapat selesai awal dan ia praktikal.

"...saya telah belajar kalau kita tetapkan masa, hujung-hujung juga mereka akan buat,"katanya," katanya.

Ditanya kemungkinan ada pekerja asing tidak mendaftar kerana tiada tarikh akhir, Hishammuddin berkata jika proses pendaftaran pekerja asing sah dan tidak sah berjalan seperti yang dikeendakki, kerajaan akan menguatkuasakan peraturan mengusir mereka yang ingkar.

"Di situ tidak ada lagi alasan sebab mereka tidak mendaftar dan kalau perlu diusir, perlu dikembalikan ke negara asal, mereka tidak boleh salahkan kerajaan Malaysia,"katanya.

Pendaftaran biometrik itu merupakan permulaan Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.

Sejak dilaksanakan 13 Julai lepas, 390,404 pekerja asing daripada 26,894 majikan di negara ini telah mendaftar di bawah program pendaftaran biometrik pekerja asing yang sah, manakala pendaftaran pekerja asing tidak sah pula bermula 1 Ogos ini.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu berpendapat perlu ada tarikh akhir ditetapkan untuk pelaksanaan program pendaftaran biometrik pekerja asing yang sah.

Beliau berkata tempoh dua minggu dianggap mencukupi berbanding dengan menentukan kemudian tempoh akhir pelaksanaan proses itu.


"Kerajaan perlu lanjutkan tempohnya... dua minggu mencukupi, kalau tak mereka akan tunggu saat-saat akhir. Itu budaya Malaysia, mereka akan tunggu hingga saat akhir... perlu ada tarikh akhir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen MCA/Pemuda/Wanita MCA Negeri Terengganu 2011.

Dr Chua berkata majikan pula perlu memberi kerjasama dengan tidak melengahkan pendaftaran pekerja masing-masing.


"Dianggarkan terdapat 1.8 juta pekerja asing yang sah, namun sehingga semalam pendaftaran biometrik hanya mencatat 600,000. Kita harap dapat dilanjutkan selama dua minggu dan majikan pula tidak berlengah," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/171424

Biometrik bukan tuntutan Pakatan Rakyat

Fakhri Ali


SEBERANG JAYA, 28 Julai: Sistem biometrik yang cuba diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukannya menjadi salah satu tuntutan yang dibuat oleh PAS maupun Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar), berkata demikian ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja beliau dalam program 'Lunch Talk Zakat' anjuran Pusat Urus Zakat, yang telah diadakan di Hotel Sunway, di sini pagi tadi.

Menurut beliau lagi, biometrik banyak berdasarkan kepada data.

Oleh kerana itu, katanya semasa proses mengumpulkan data untuk diaplikasikan dalam sistem biometrik, dengan situasi yang ada keyakinan terhadap SPR adalah menyongsong dan menurun.

"Adalah tidak dinafikan dengan sistem biometrik ini juga kemungkinan besar, pendatang-pendatang asing yang didaftarkan baru-baru ini, kemungkinan data mereka juga akan didaftar serta dimasukkan dalam pangkalan data biometrik ini.

"Penggunaan sistem ini sebenarnya lebih merbahaya. Selain itu ia juga melibatkan kos dan biaya yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan dakwat celup jari yang lebih menjimatkan sepertimana yang telah disarankan sebelum ini.

"Dalam situasi kini, apabila kerajaan pula menarik subsidi dengan pelbagai alasan, tiba-tiba pembaziran dilakukan dengan cadangan untuk memperkenalkan sistem biometrik yang dilihat satu usaha kearah pembaziran dan pemborosan," tegasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, turut berkata, dakwat kekal bukan saja digunakan oleh kebanyakan negara di dunia seperti India dan Indonesia, termasuk juga negara-negara yang mengamalkan demokrasi yang lebih terbuka dalam dunia ini.

Jelas beliau lagi, penggunaan sistem biometrik ini juga, tidak akan menyelesaikan masalah pokok yang dibangkitkan seperti masalah daftar pengundi yang bertindih, pengundian berganda dan seumpamanya.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man dan Ahli MAIPP, Rosidi Hussain.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4605-biometrik-bukan-tuntutan-pakatan-rakyat

Thursday, July 28, 2011

Nik Aziz nafi sokong biometrik SPR

Jul 27, 11 5:48pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan bahawa beliau menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum.

NONE"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat.

"Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita (pembangkang) minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kota Baharu hari ini.

Semalam sebuah akhbar menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik" dan memetik kenyataan Menteri Besar Kelantan itu selepas merasmikan pelan hala tuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di Kota Baharu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sistem biometrik itu kerana berpendapat sistem itu terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

Ditanya sama ada di Kelantan terdapat pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Nik Abdul Aziz berkata PAS pusat sedang membuat semakan senarai daftar pemilih di seluruh negara dan dijangka siap dua minggu lagi.

--Bernama


http://malaysiakini.com/news/171223

Wednesday, July 27, 2011

BIOMETRIK: LAGI BANYAK MASALAH TIMBUL

POSTED BY ADMIN ON JULY 27TH, 2011

Pakatan Rakyat berpendapat pelaksanaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum (PRU 13) akan terdedah kepada lebih banyak masalah dan bukannya menyelesaikan pelbagai penipuan yang berlaku selama ini.Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi, demikian menurut satu kenyataan media bersama diwakili Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS), Liew Chin Tong (DAP) dan Mohd Rafizi Ramli (PKR) hari ini.

Menurut kenyataan itu, mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem.

“Maka tidak hairanlah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak boleh memberi komitmen sama ada ia boleh dilaksanakan menjelang PRU 13 kerana ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Lebih penting lagi adalah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulang kali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah; iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah.

“Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU 13,” kata mereka.

Justeru itu kata mereka, pendirian banyak pihak yang mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu adalah tepat apatah lagi apabila penyelesaian sedia ada melalui penggunaan dakwat kekal adalah mudah, murah dan berkesan.

Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderongan pengundi keluar mengundi.

Proses timbang tara terhapus

Sistem biometrik juga akan menghapuskan proses timbang tara (melalui penyertaan ejen mengundi/polling agent dan ejen pengiraan/counting agent dalam proses membuang undi) sedia ada yang memberi ruang kepada parti-parti politik memainkan peranan memastikan pilihan raya adalah adil dan saksama.

“Ini berlaku apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer,” jelas mereka.

Mereka berkata, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi. Kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

“Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui Bersih 2.0.

“SPR wajib kembali kepada lapan tuntutan yang disuarakan melalui Bersih 2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekal kerana langkah itu adalah berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

“Sistem pilihan raya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan lagi kemarahan rakyat,” kata mereka.

Bagaimanapun, mereka mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pelaksanaan sistem biometrik yang secara tidak langsung mengesahkan bahawa pengundi hantu dan pengundian berulang kali memang wujud dalam amalan pilihan raya di negara ini.

Cadangan SPR untuk melaksanakan sistem biometrik bagi mengekang masalah pengundi hantu dan pengundian berulang kali adalah bukti bahawa pimpinan Barisan Nasional (BN) sekalipun tidak mampu menafikan suara rakyat yang menyertai Himpunan Bersih 2.0.

“Maka, kita wajar mengucapkan tahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai kempen Bersih 2.0 dan turun ke perhimpunan aman pada 9 Julai.

“Tanpa kesabaran dan keberanian mereka, SPR dan BN akan terus menafikan bahawa penipuan-penipuan ini wujud,” kata mereka dalam kenyataan bersama itu.


http://www.kl-today.com/2011/07/biometrik-lagi-banyak-masalah-timbul/

PAS akan dedah jumlah besar pengundi 'klon'

PAS akan dedah jumlah besar pengundi 'klon'
Jimadie Shah Othman
Jul 26, 11
2:58pm

PAS hari ini mendakwa parti itu memiliki senarai pengundi 'klon' dan ini melibatkan angka yang besar dan "mengejutkan".

Naib presidennya Datuk Husam Musa (bawah, baju hijau) berkata pendedahan akan dibuat secara berperingkat selepas penyerahan senarai 500 orang pertama kepada SPR baru-baru ini.

NONE"Kita akan buat (majlis seperti) persidangan. Kita pamer pada semua orang dan media boleh semak," katanya.

Diminta menjelaskan anggaran jumlah terbabit, Husam bagaimanapun enggan berbuat demikian buat masa ini.

Bagaimanapun, katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS selepas ini, pihak media akan dibekalkan dengan senarai berkenaan.

Sehubungan itu, Husam sekali lagi menegaskan bahawa PAS tetap menolak sistem biometrik yang mahu diperkenalkan kerajaan.

"Setakat biometrik, tekan (jari pada sistem), timbul (maklumat). Tekan di Bangi, timbul; tekan di Gombak, timbul. Itu saja," katanya sambil menegaskan sistem itu tidak mampu menangani pengundian bertindih.

"Kenapa hendak habiskan wang yang besar dan tidak gunakan dakwat kekal?" soalnya.

'Siapa di belakang?'

Husam juga berkata, masalah dalam sistem pilihan raya negara ini bukan sahaja pada pertindihan pengundi, tetapi persoalan yang perlu dijawab, bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Siapa di belakang semua ini?" soalnya lagi yang juga exco kanan kerajaan Kelantan dan wakil rakyat Salor.

NONEMengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kiri) bahawa pihaknya tidak menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih dan meminta parti politik bekerjasama untuk membersihkannya, Husam berkata:

"SPR yang patut siasat. Ini bukan atas parti politik, tetapi institusi dalam kerajaan."

Husam juga berkata, buat masa ini, pihaknya tidak mempertimbangkan mengambil tindakan mahkamah kerana beliau tidak yakin bahawa keadilan dalam diberikan dalam kes sebegitu.

"(Sebab) ini usaha parti politik, masyarakat dan SPR," katanya.

hadi awang 010807Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) berkata cadangan SPR memperkenalkan sistem biometrik dalam proses pilihan raya bukanlah jalan penyelesaian terhadap isu "pengundi hantu".

Dalam satu kenyataan di laman rasmi parti itu, beliau berkata sistem itu terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran mengenainya.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu," katanya.

NONEDalam perkembangan berkaitan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat (kanan) dilaporkan berkata, beliau menyokong sebarang perubahan, termasuk sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya dilakukan secara bersih dan telus.

Nik Aziz dilaporkan berkata, PAS sedia mendengar taklimat SPR berhubung sistem itu selain mengadakan perbincangan susulan dari cadangan perubahan yang dicadangkannya, lapor Sinar Harian.

"Apa saja sistem sekalipun mesti membawa kepada kebersihan... saya tak sebut satu cara tadi (merujuk kepada sistem biometrik)... apa saja sistem yang tidak membawa kepada kebersihan mesti ditentang, yang boleh meragukan mesti ditentang," beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu semalam.


http://malaysiakini.com/news/171090

PAS tolak biometrik

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik.

"Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama.

Beliau menjelaskan, sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.

Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Katanya, kewujudan pengundian bertindih atau pengundian dua kali tidak boleh dinafikan oleh SPR atau pihak kerajaan kerana ia telah dikesan oleh PAS dengan menggunakan sistem komputer.

"Antara hasilnya, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS telah berjaya mengesan 500 orang pengundi bertindih. Pengesanan itu bukan hanya dibuat menerusi sample-samplenya, tetapi dengan orang-orangnya sekali," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, menurut beliau, pihak SPR sendiri turut mengakui kewujudan pengundian bertindih pada senarai pendaftaran badan itu dan jumlahnya pula amat besar serta menakutkan.

"Pengakuan SPR itu menjadi bukti bahawa kebimbangan kita tentang kewujudan pengundian bertindih itu selama ini memang berasas dan ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan," katanya.

Bertolak dari realiti itulah, Bersih 2.0 membuat cadangan agar SPR menggunakan kaedah dakwat kekal untuk mengatasi pengundian dua kali baru-baru ini, tetapi SPR pula menolaknya dengan memperkenalkan sistem biometrik.

"Penggunaan sistem biometrik itu sebenarnya adalah cadangan Perdana Menteri dan telah diterima oleh SPR untuk dilaksanakan, tetapi kita tetap menolaknya dan mahu menggunakan dakwat kekal seperti yang telah dicadangkan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini," tegas beliau.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4563-pas-tolak-biometrik

Biometrik untuk pastikan BN menang PRU 13

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Pemuda PAS Malaysia menolak penggunaan sistem biometrik kerana masih boleh dimanipulasi untuk mempastikan kemenangan Umno BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendirian tegas menolak penggunaan sistem biometrik ini yang pastinya masih boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mempastikan kemenangan Umno BN,” kata Pengarah Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan.

Ia juga, katanya akan membabitkan kos penyelenggaraan yang tinggi yang membabitkan duit rakyat berbanding penggunaan dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan selamat.

Justeru, Pemuda PAS menolak kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menyatakan bahawa pihak SPR akan memperkenalkan sistem biometrik untuk memantapkan lagi tahap keselamatan dalam proses pilihan raya di negara ini.

Abdul Aziz menyebut di dalam satu sidang media di Kuching bahawa perlaksanaan sistem itu diharap dapat mengatasi isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan pihak pembangkang setiap kali menjelang musim pilihan raya umum atau kecil.

Keputusan itu diambil apabila pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan sejumlah peruntukan kepada SPR untuk menggunakan sistem biometrik.

Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga bersetuju dengan pandangan Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang menyebut bahawa sistem biometrik ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah isu pertindanan pemilih di dalam daftar pemilih, pemilih yang dipindah keluar dan masuk tanpa pengetahuan mereka, isu pengundi yang melebihi usia 100 tahun, isu lebih dari seorang pengundi di alamat yang sama, isu pengundian pos, isu tentera dan polis yang telah bersara tetap mengundi sebagai pengundi pos dan lain-lain isu yang telah menyebabkan sistem pilihan raya di Malaysia ini nampak tempang.

Mohd Sany menambah, seperti mana pendedahan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor baru-baru ini dalam pertemuan dengan pihak SPR di Putrajaya, mereka telah menunjukkan sebahagian pembuktian pertindanan nama-nama pemilih di dalam daftar pemilih induk mengikut corak pengenalan diri (tarikh lahir/no kad pengenalan lama) dan corak nama hasil daripada gerak kerja mencari dan mengenal pasti pemilih-pemilih yang diragui yang telah dilaksanakan secara berterusan di seluruh kawasan.

Sehubungan itu, kata beliau pihaknya berharap semoga pihak SPR tidak meneruskan agenda mereka untuk menggunakan sistem biometrik ini yang belum pernah teruji keberkesanannya untuk memastikan sistem pilihan raya dapat dilaksanakan secara adil dan telus.

Beliau menambah, SPR tidak perlu berasa malu untuk menggunakan kaedah dakwat kekal seperti yang digunakan di Indonesia atau India tetapi hasilnya cukup memberangsangkan, tiada penipuan, tiada rusuhan dan sebagainya berbanding sistem biometrik yang tidak terjamin lagi ketelusannya.

Katanya lagi, Bersih 2.0 telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini telah bangkit untuk menolak sebarang penyelewengan dan penipuan, mereka juga memerhatikan dengan penuh minat bagaimana pihak SPR ingin mengendalikan pilihan raya umum ke 13 secara telus dan adil.

“Adakah SPR akan menjadi pihak yang mempunyai integriti dalam melaksanakan tanggungjawabnya secara beramanah ataupun berterusan menjadi salah satu daripada parti komponen Barisan Nasional yang akan mengusahakan pelbagai kaedah dan cara yang akan mempastikan kemenangan Umno BN di dalam pilihan raya yang akan datang?” soalnya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4555-biometrik-untuk-pastikan-bn-menang-pru-13

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...