Showing posts with label Psikiatrik. Show all posts
Showing posts with label Psikiatrik. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Aktivis S'wak Hii dibenar keluar dari wad psikiatri

Wong Teck Chi
Jul 24, 11
8:23pm

Aktivis Sarawak, Hii Tiong Huat, yang telah dimasukkan ke wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pihak polis Jumaat lalu, telah dibenarkan keluar petang ini.

NONEHii (kanan) memberitahu Malaysiakini bahawa dia dibenarkan
keluar dari wad tersebut pada jam pada jam 2:45 petang, selepas isterinya tiba dari Sibu malam semalam untuk membawanya pulang.

Isterinya itu dibantu oleh peguam Yohendra Nadarajan untuk membolehkan Hii dibenarkan keluar dari hospital tersebut.

Bagaimanapun Hii berkata dia tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya dan dia bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis dan hospital.

Katanya, polis telah dihantar ke wad psikiatri tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

NONE"Ini tidak bermoral, mereka telah menipu saya. Saya mahu pihak
polis membawa saya ke hospital untuk memeriksa kecederaan saya, tetapi mereka menghantar saya ke wad psikiatri."

Beliau juga tidak puas hati dengan HKL kerana merawat dia sebagai orang tidak siuman dan memasukkanya ke wad selama dua hari.

"Pihak hospital juga telah menyalahgunakan kuasa mereka. Doktor perlu menggunakan kemahiran profesional mereka untuk memastikan bahawa saya normal dan membenarkan saya pulang."



http://malaysiakini.com/news/170908

Sunday, July 24, 2011

Aktivis S'wak dihantar ke wad psikiatrik

Aktivis S'wak dihantar ke wad psikiatrik
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 23, 11
2:28pm

Aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sebanyak tiga kali sepanjang dua minggu lalu kerana menyokong BERSIH 2.0 telah dihantar ke wad psikiatrik malam tadi oleh polis.

flash mob read newspaper upside down 020510 chou z lamMenurut pembikin filem dokumentari bebas Chou Z Lam (kiri), yang melawat Hii malam tadi dan pagi ini di hospital, Hii dimasukkan ke wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur tanpa persetujuannya.

"Selepas dibebaskan oleh pihak polis malam tadi, dia berkeras supaya pihak polis menghantarnya ke hospital supaya kecederaannya dapat dirawat. Dia kata kecederaan disebabkan oleh polis dan mereka mesti bertanggungjawab menghantarnya ke hospital,” kata Chou ketika dihubungi.

Namun tanpa persetujuan atau pengetahuan Hii, Chou berkata polis dipercayai berurusan dengan pihak hospital bagi menempatkannya di wad psikiatrik.

"Doktor tolak tuntutan saya agar dia dibenarkan keluar dengan alasan saya bukan ahli keluarganya. Sekarang kita sedang cuba mendapatkan peguam bagai merunding situasi itu,” katanya sambil menambah keluarha Hii menetap di Sibu, Sarawak.

NONEChou berkata Hii dalam keadaan tenang ketika beliau berjumpa dengannya.

"Dia mengadu pesakit lain menyuruhnya menyapu air ludah di kecederaannya dengan mendakwa ia boleh mnyembuhkan luka itu. Pihak hospital juga tidak merawat kecederannya dengan betul.

"Saya risau dengan keadaannya. Telefon bimbitnya juga telah diambil. Bagaimana jika dia dicederakan oleh pesakit lain? Siapa perlu bertanggungjawab?” soal Chow.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/170809
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...