Showing posts with label Badrul Hisham - CikguBard. Show all posts
Showing posts with label Badrul Hisham - CikguBard. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Khairy mahu 'bos' batal cukai prabayar

Sep 9, 11 12:22pm

Pengenalan cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM prabayar, telah menyatukan ahli politik muda dari parti kerajaan dan pembangkang yang sama-sama membantah langkah itu.

NONESelepas pengumumannya semalam, ketua Pemuda Umno dan BN, Khairy Jamaluddin antara orang pertama yang secara terbuka menyuarakan bantahannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Boss @NajibRazak, tax kepada pengguna pre-paid satu keputusan yang tidak munasabah & bebankan rakyat.

"Saya bantah. Pohon dibatalkan," tulis Khairy di Twitternya malam tadi.

Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi Malaysia semalam, mengumumkan pengenalan cukai tersebut, berkuatkuasa 15 September.

Ini bermakna, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Syarikat telekomunikasi menyifatkannya sebagai cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah NGO yang diketuai pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menyertai Khairy membantah cukai baru itu.

Pandangan dikongsi 'musuh politik'

Mereka berdua dianggap sebagai 'musuh politik' kerana Chegubard bertanding menentang Khairy di kerusi parlimen Jelebu dalam pilihan raya umum lalu.

SAMM mengingatkan kerajaan bahawa sebahagian besar pengguna mudah alih prabayar adalah dari golongan berpendapatan rendah, termasuk pekerja kilang dan pelajar.

NONEBadrul (kiri) berkata, mengenakan cukai cukai 6 peratus cukai itu menunjukkan kerajaan hanya melindungi badan korporat dan syarikat telekomunikasi, dengan memindahkan bebannya kepada pengguna walaupun syarikat berkenaan membuat keuntungan setiap tahun.

Dalam kenyataan, SAMM mendakwa kerajaan 'tunduk' kepada gergasi korporat dengan tujuan untuk memperkayakan mereka tanpa mengambil kira masalah kepada pengguna.

Sehubungan SAMM menggesa rakyat supaya menolak kerajaan persekutuan, sekiranya ia meneruskan dasar-dasar yang membebankan mereka.

Bagaimanapun, pandangan Khairy tidak dikongsi oleh rakannya, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

abdul rahman dahlanDalam Twitternya, Abdul Rahman (kiri) melihat cukai tersebut sebagai sumbangan kepada ekonomi negara oleh pengguna prabayar.

Katanya, kali ini giliran pengguna prabayar pula untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/175277

NGO tampal report cincin RM24j pada pintu Utusan

Sep 9, 11 7:22pm

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menampal salinan laporan polis berhubung dakwaan pembelian cincin RM24 juta oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor di pintu pejabat Utusan Malaysia di ibu negara.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinPresiden SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, Penyelaras SAMM Negeri Sembilan Saufi Mi'ad berbuat demikian setelah Utusan dikatakan mencabar Badrul membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sedangkan, tambah Badrul atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bad (kanan), laporan berkaitan telah dibuat sebelum ini.

"Mustahil Utusan tak mengetahui laporan SPRM telah dibuat tetapi sengaja menggunakan taktik propaganda memperbodoh rakyat untuk menjaga kepentingan regim (Datuk Seri) Najib Razak," katanya.

Menulis dalam blognya, Badrul berkata, selepas mengambil tindakan itu, Saufi sempat berkata kepada pemberita:

"Tak guna bercakap dengan media pekak alat propaganda regim ini, kami tampal dan biar mereka baca sendiri.

"Terpulang kepada Utusan nak kata kami serang dan rosak pejabat mereka atau nak lapor polis kerana tindakan kami, dah ini saja cara nak layan akhbar penipu yang membodoh minda rakyat."


http://malaysiakini.com/news/175348

SAMM tampal laporan di pejabat Utusan

Posted by admin on September 9th, 2011

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menampal salinan laporan polis berhubung dakwaan pembelian cincin RM24 juta oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor di pintu pejabat Utusan Malaysia di ibu negara.Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, Penyelaras SAMM Negeri Sembilan Saufi Mi’ad berbuat demikian setelah Utusan dikatakan mencabar Badrul membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sedangkan, tambah Badrul atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bad, laporan berkaitan telah dibuat sebelum ini.

“Mustahil Utusan tak mengetahui laporan SPRM telah dibuat tetapi sengaja menggunakan taktik propaganda memperbodoh rakyat untuk menjaga kepentingan regim (Datuk Seri) Najib Razak,” katanya.

Menulis dalam blognya, Badrul berkata, selepas mengambil tindakan itu, Saufi sempat berkata kepada pemberita:

“Tak guna bercakap dengan media pekak alat propaganda regim ini, kami tampal dan biar mereka baca sendiri.

“Terpulang kepada Utusan nak kata kami serang dan rosak pejabat mereka atau nak lapor polis kerana tindakan kami, dah ini saja cara nak layan akhbar penipu yang membodoh minda rakyat.”

Badrul sebelum ini ada menyelar kenyataan bekas anggota KEADILAN, Anuar Shaari yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu.

Dalam laporan itu, Anuar mencabar Badrul yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau supaya melaporkan isu pembelian cincin itu kepada SPRM.

Menyifatkan tindakan itu sebagai usaha memperbodohkan rakyat, Chegu Bard berkata beliau sudah pun membuat laporan kepada SPRM pada 13 Julai lalu yang turut dihadiri wartawan Utusan.

“Mustahil Utusan tidak tahu laporan SPRM sudahpun dibuat pada 13 Jul 2011 kerana wartawan Utusan juga hadir dalam sidang media depan SPRM P.Pinang,” kata Badrul atau mesra dipanggil Chegu Bard.

Justeru itu, katanya, media kawalan Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 menggunakan taktik Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip “The Big Lie” – yang menyatakan bahawa sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali akan dipercayai rakyat.



http://www.kl-today.com/2011/09/salinan-laporan-ditampal-di-pejabat-utusan/

Friday, September 9, 2011

Bukan Melayu juga asaskan Umno?

Posted by admin on September 8th, 2011

Ketika Umno menonjolkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan dan ketuanan Melayu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan antara pengasas parti itu, merupakan seorang penjajah berbangsa Inggeris.Perkara itu diketahui ketika SAMM membuat kajian ke Johor dan meneliti pelbagai bahan berkaitan sejarah Bukit Kepong baru-baru ini.Menurut Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, terdapat banyak fakta sejarah yang dirahsiakan dari pengetahuan umum, termasuk keahlian seorang British bernama Dr Charles Joseph Pemberton Paglar dalam Umno.

“Umno telah ditubuhkan dengan keahlian bukan Melayu. Ahli nombor 6 ini seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia merupakan anak kepada British and Indian descendants, berasal dari Alor Gajah, Perak,” kata Badrul dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Badrul, ketika Sir Harold Mc Michael, ditugaskan ke London pada 1945 untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu bagi menubuhkan Malayan Union, Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor enggan menandatangani perjanjian tersebut.

“Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Pelbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim. Ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul,” kata Badrul atau dikenali Chegu Bard.

Menurutnya lagi, Sultan berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi pengasas Umno, Dato’ Onn Jaafar berusaha bersungguh-sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan baginda.

“Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak Mc Michael. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr Charles Joseph Pemberton Paglar diberi keahlian UMNO bernombor # 000006,” kata Chegu Bard.

Justeru, Chegu Bard menimbulkan beberapa persoalan untuk dijawab oleh Umno, antaranya asas penubuhan Umno dan mengapa antara pengasasnya adalah bukan Melayu.

“Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang,” ujarnya.

Menurut Chegu Bard, British tahu mereka tidak mampu meyakinkan orang ramai dengan menubuhkan organisasi baru ciptaan penjajah itu, justeru telah membuat perjanjian menubuhkan Malayan Union.

“British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan Malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?

“Apakah sebenarnya berlaku sebenarnya ? Che’GuBard bukan bijak sejarah, macam (Prof Emeritus Tan Sri) Khoo Kay Kim…nanti dia marah lagi. Cuma nak bangkitkan persoalan ini untuk sama kita fikirkan,” tulis beliau.


http://www.kl-today.com/2011/09/bukan-melayu-juga-asaskan-umno/

Sunday, September 4, 2011

Siapa sebenarnya pro-komunis?

Posted by admin on September 3rd, 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana berjaya menarik perhatian umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini dianggap taboo untuk dibincangkan.“Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah dan pemodal British.

“Malah dalam beberapa hal pewaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda,” kata presidennya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan media hari ini.

Badrul Hisham atau CheguBard berkata, setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib Tun Razak… adakah ini saja hero negara? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara.

“Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan secara terbuka,” kata beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau.

Ujarnya, “jika benar polemik ini dianggap menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi lesen penerbitan kepada lidah rasmi Parti Komunis China?”

‘The People’s Daily’

Katanya, mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Komunis Malaya bernama ‘The People’s Daily.’

“Mengikut Wikipedia ‘The People’s Daily ialah sebuah akhbar Republik Rakyat China. Akhbar ini merupakan suara rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, yang diterbitkan diseluruh dunia dengan edaran sebanyak tiga hingga empat juta naskhah,” katanya lagi.

“Yang menghairankan katanya, akhbar Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit dan banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.

“Kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri dan ada negeri Pakatan Rakyat yang memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas-bekas tentera kita yang telah terkorban menentang PKM satu masa dahulu?,” terangnya.

Bukankah PKM bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China? Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?,” soal beliau.

Menurut CheguBard, Umno sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan Parti Komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan dan malahan ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar pulang pelarian-pelarian politik Uighur China secara paksa.

“Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Bangsa Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah perjuangan untuk membentuk sebuah negara Islam yang merdeka.

“Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini merupakan satu kezaliman yang dilakukan oleh regim Najib lebih-lebih lagi ketika Ramadhan,” jelasnya.

Beliau menyoal, “adakah tindakan Umno ini adalah disebabkan hubungan formal di antara Umno dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas.

Hubungan Umno-Parti Komunis China

“Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti Umno dengan Parti Komunis China,” tegasnya.

Ujar beliau, “kalau nak kata menghormati pejuang-pejuang yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur syahid menentang kebangkitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.”

Menurut beliau, sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7).

“Perubahan ini bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk menjalin hubungan dagang dengan Israel,” kata CheguBard.

Sejak itu katanya, Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Katanya, di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan jelas terdapat banyak bahan untuk mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

“Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihan raya umum (PRU) 1986. Najib pula mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan PRU 13,” katanya.


http://www.kl-today.com/2011/09/siapa-sebenarnya-pro-komunis/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...