 11.40am:
11.40am: Penyokong dari kedua-dua kem BN  dan PAS di kawasan Merlimau dan Kerdau mula bersurai.
Tempoh kempen  selama lapan hari untuk kedua-dua pilihan raya kecil ini secara rasminya  bermula.
Tarikh pengundian bagi kedua-duanya ditetapkan pada Ahad, 6 Mac. 
 11.35am Merlimau: Tiga bantahan telah dikemukakan – Dua dairpada BN dan satu daripada PAS.
 PAS telah mengemukakan berhubung perletakan jawatan calon BN Roslan Ahmad  daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan.
Setiausaha agung PAS Mustafa  Ali berkata, jawatan Roslan dinyatakan sebagai 'tiada' sedangkan tiada surat  perletakan jawatan.
 BN pula telah mengemukakan bantahan berhubung alamat calon PAS dan juga  berhubung pendaftaran pengundinya.
 Mustafa juga berkata, setahunya, tiada bantahan dikemukakan  ke atas calon PAS.
Mustafa juga berkata, setahunya, tiada bantahan dikemukakan  ke atas calon PAS.
Calon PAS Yuhaizad Abdullah berkata mesejnya kepada pengundi:  Rakyat tetap berada di hatinya.
Sementara itu, calon BN  Roslan Ahmad pula berkata, beliau mengakui bahawa peluang kemenangannya banyak  dipengaruhi latar belakang politik keluarganya.
Katanya,  beliau tidak kisah dengan kelebihan berdasarkan latar belakangnya itu.  Bagaimanapun, Roslan berkata beliau mempunyai kelebihan dan kemampuannya  sendiri.
Tambahnya, beliau yakin akan namun enggan mendedahkan anggaran  majoriti yang bakal diraih olehnya. 
  11.30am Kerdau: Pengumuman oleh SPR  disambut ucapan takbir oleh pemimpin Pakatan dan 1Malaysia oleh BN. Ketika BN melaungkan  1Malaysia, pemimpin Pakatan berjenaka dengan menunjukkan isyarat jari nombor  dua. Ia disambut dengan senyuman oleh kira-kira 50 pemberita dan  jurugambar.

 11.28am Kerdau SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu  bagi kawasan pilihan raya ini di antara calon PAS Hassanudin Salim dan calon BN  Syed Ibrahim Syed Ahmad.
 Satu bantahan telah dikemukakan tetapi ditolak SPR. 
 11.26am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan raya Roslan  Eusoff mengumumkan tiga bantahan diterima namun kedua-dua pencalonan  diterima.
  Beliau turut mengumumkan pertandingan satu lawan satu di  antara Roslan Ahmad (BN) dan Yuhaizad Abdullah (PAS) bagi pilihan raya kecil  ini.
Beliau turut mengumumkan pertandingan satu lawan satu di  antara Roslan Ahmad (BN) dan Yuhaizad Abdullah (PAS) bagi pilihan raya kecil  ini.
11.02am Merlimau: Sekumpulan enam individu yang  mewakili 106 persatuan Cina tempatan dilihat berada di luar pusat penamaan  calon. Kumpulan itu menunggu untuk menyerahkan satu rayuan kepada calon PAS dan  BN.
11am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff  juga mengumumkan proses bantahan tamat.
11am Kerdau:  Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan tempoh  bantahan berakhir. Difahamkan tiada bantahan telah dikemukakan.
 10.51am Kerdau: Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin  Hussein berkata, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri  Muhyiddin Yassin akan memulakan lawatan mereka ke seluruh negara bermula bulan  depan.
 Lawatan itu akan bermula ke Sarawak yang akan melangsungkan  pilihan raya negeri dalam tempoh beberapa bulan, katanya kepada wartawan di  sini.
Lawatan itu akan bermula ke Sarawak yang akan melangsungkan  pilihan raya negeri dalam tempoh beberapa bulan, katanya kepada wartawan di  sini.
Menurutnya lagi, Najib dan Muhyiddin akan mengunjungi dua negeri  setiap bulan. Siri kunjungan ini diharap akan dapat diselesaikan menjelang  September, kata Hishammuddin lagi.
Mengulas rancangan Human Rights Party  untuk mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur esok, menteri dalam negeri itu  berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk menangani isu berkenaan. 
 10.40am: Kumpulan penyokong yang berkumpul di luar kawasan  penamaan calon di Kerdau dan Merlimau dilihat semakin tidak bermaya dalam cuaca  panas terik di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.
  10.26am Merlimau: Ketua pemuda MCA Datuk  Wee Ka Siong berkunjung ke khemah yang dikhaskan untuk pemimpin PAS di pusat  penamaan itu sementara menunggu tempoh bantahan berakhir.
10.26am Merlimau: Ketua pemuda MCA Datuk  Wee Ka Siong berkunjung ke khemah yang dikhaskan untuk pemimpin PAS di pusat  penamaan itu sementara menunggu tempoh bantahan berakhir.
Dengan  berjenaka, Wee berkata beliau hadir ke situ untuk "mengacau" pemimpin PAS  itu.
Jenakanya itu disambut oleh ketua angkatan muda PKR Shamsul Iskandar  Mohd Akin yang meminta Wee untuk menjaga kem PAS, sementara beliau pergi menjaga  kem BN.
 10.12am Merlimau:Ketua pemuda DAP Anthony Loke berkata  sesetengah penduduk kampung Melayu takut kepada Pakatan akibat usaha  yang didakwa dijalankan BN.
Beliau mendakwa, penduduk kampung itu  diberitahu bahawa sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaaan, orang Cina akan  memerintah dan kedudukan orang Melayu akan terjejas.
Di Merlimau, DAP  telah berusaha memasuki kawasan kampung Melayu bersama PAS dalam usaha  menjelaskan kedudukan mereka, katanya lagi.
 Dalam pada itu, naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid  Hamidi berkata pilihan raya kecil terdahulu membuktikan bahawa Pakatan telah  bertindak "jahat" dalam memburuk-burukkan BN.
Dalam pada itu, naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid  Hamidi berkata pilihan raya kecil terdahulu membuktikan bahawa Pakatan telah  bertindak "jahat" dalam memburuk-burukkan BN.
Katanya lagi, BN berharap  supaya pengundi Merlimau tidak terpengaruh dengan usaha itu. BN juga berharap  untuk meningkatkan majoriti di kawasan itu.
BN kehilangan kira-kira 3,000  undi pada 2008 bagi kawasan itu berbanding kira-kira 5,000 undi yang  diperolehinya pada pilihan raya umum 2004.
  10.10am Merlimau: Kumpulan penyokong BN  kini semakin ramai, menyamai jumlah penyokong PAS yang berjumlah kira-kira 3,000  orang.
10.10am Merlimau: Kumpulan penyokong BN  kini semakin ramai, menyamai jumlah penyokong PAS yang berjumlah kira-kira 3,000  orang.
Kumpulan penyokong PAS itu akan melaungkan 'rasuah' setiap kali melihat individu  daripada kelompok penyokong BN memasuki kawasan pusat penamaan calon.  
 10am Kerdau: Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul  Rahman mengumumkan tempoh penamaan tamat dan tempoh bantahan  bermula.
Hanya dua orang calon, masing-masing daripada PAS dan BN yang  mengemukakan borang pencalonan merek bagi pilihan raya kecil kawasan  ini.
 10am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan  raya Roslan Eusoff mengumumkan tempoh penamaan tamat. Pertandingan satu lawan  satu juga dijangka berlangsung di sini memandangkan hanya dua pencalonan  diterima setakat ini.

 9.52am Merlimau: Naib presiden PAS Nasharudin Md Isa berkata  kempen parti itu akan menggabungkan isu tempatan, nasional dan  antarabangsa.
Katanya lagi, kempen berkenaan merupakan satu latihan yang  baik kepada jentera Pakatan dan PAS dalam membuat persiapan bagi menghadapi  pilihan raya umum akan datang.
 Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang  berada di kawasan Merlimau sejak semalam pula berkata, pandangan pertamanya ke  atas kawasan DUN ini lebih positif berbanding Tenang.
Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang  berada di kawasan Merlimau sejak semalam pula berkata, pandangan pertamanya ke  atas kawasan DUN ini lebih positif berbanding Tenang.
Katanya, beliau  telah diajukan soalan berhubung isu melibatkan kerajaan persekutuan ketika  mengunjungi satu kawasan Melayu pada malam tadi.
 9.50am Kerdau: penyokong BN membalas 'PAS jual Islam' kepada  penyokong PAS.
 ketika ditemui di sini, naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata  walaupun peluang mereka masih 50-50, PAS akan mampu membuat kejutan.
Tuan  Ibrahim berkata BN sudah masuk perangkap PAS apabila menyangka beliau akan  bertanding dalam pilihan raya Kerdau kali ini.
 Sementara itu presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata tidak  mustahil calon PAS akan menang kerana generasi muda, termasuk di kawasan Felda  semakin bermaklumat dan sedar.
9.45am Kerdau: Penyokong  BN dan PAS masing-masing melaungkan 'kesiannya' terhadap satu sama  lain.
Sementara penyokong PAS pula menyanyikan lagu 'duit duit, di  mananya duit? Di sana, di sana' .
 9.45am Merlimau: Polis menghadkan jumlah  ahli parti yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, yang kemudiannya  mencetus konflik kecil antara ADUN Teratai, Jenice Lee dan pegawai  SPR.
9.45am Merlimau: Polis menghadkan jumlah  ahli parti yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, yang kemudiannya  mencetus konflik kecil antara ADUN Teratai, Jenice Lee dan pegawai  SPR.
Polis tidak benarkan ahli parti yang sudahpun berada dalam dewan,  untuk keluar membawa pas masuk untuk mereka yang lewat tiba.
Jenice yang  tiba jam 9.15 pagi dan tidak dibenarkan masuk ke dewan, mendakwa DAP telah  memohon 20 pas masuk dan dia ditugaskan oleh parti untuk berada di dalam  dewan.
 Bagaimanapun, polis tidak membenarkannya masuk dan Jenice  kemudian menemui pegawai SPR, yang memaklumkan bahawa kuota untuk parti itu  sudah habis.
Bagaimanapun, polis tidak membenarkannya masuk dan Jenice  kemudian menemui pegawai SPR, yang memaklumkan bahawa kuota untuk parti itu  sudah habis.
 "Saya hadir di banyak pilihan raya kecil. Perkara seumpama itu tidak pernah  berlaku sebelum ini," katanya.
9.26am: Kerdau: Calon BN,  Syed Ibrahim Syed Ahmad, siap mengisi borang pencalonan. Beliau dan calon PAS  Hassanuddin Salim kemudiannya bergambar untuk jurufoto sambil berjabat  tangan.
 Kedua-dua calon serta pencadang dan penyokong masing-masing bersarapan di  meja yang sama, sementara menunggu tempoh penamaan calon tamat.
 9.23am Merlimau:
9.23am Merlimau: - Ketua Pemuad MCA, Datuk  Wee Ka Siong berkata BN bersemangat ekoran kemenangan dalam pilihan raya kecil  sebelum ini, yang menurutnya, menunjukkan rakyat kembali menyokong BN.
"Kemenangan besar (di Merlimau) akan menunjukkan penerimaan kepimpinan Ketua  Menteri, Datuk Seri Minister Mohd Ali Rustam," katanya.
 Sementara itu, jurufoto sibuk mengambil gambar seekor kucing yang dipakaikan  baju-T BN.
 9.16am Kerdau: Hassanuddin Salim siap mengisi borang  penamaan calon di hadapan pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul  Rahman.
Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad sedang mengisi borang penamaan  calon.
  9.04am Merlimau: Calon BN, Roslan Ahmad  memasuki pusat penamaan calon.
9.04am Merlimau: Calon BN, Roslan Ahmad  memasuki pusat penamaan calon. 
 9am Merlimau: Calon PAS Yuhaizad Abdullah (kiri) telahpun  berada di pusat penamaan calon bagi mengemukakan borang pencalonannya. 
9am Kerdau: Calon PAS di Kerdau, Hassanuddin Salim  masuk ke pusat penamaan calon, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat  minit kemudian.
 Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan proses penamaan  calon bermula. 
  8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin  dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang  terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.
8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin  dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang  terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.
 8.40am Merlimau: Ahli Persatuan Ketua Kampung Melaka turut  menyertai penyokong BN. Mereka berpakaian Melayu bersampin. 
 8.39am Kerdau: Penyokong BN berkumpul di Stadium Temerloh.  
 8.38am Merlimau: Pemimpin BN, termasuk Datuk Wee Ka Siong,  Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Koh Tsu Koon,  Datuk G Palanivel.
Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan  calon. 
  8.30am Kerdau: kira-kira  2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak.  Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain  selawat, mereka turut melaungkan 'hidup Islam' dan 'hancur rejim'. Calon,  presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke  dalam kawasan perkarangan dewan.

  8.30am Merlimau: Penyokong PAS seramai  5,000 orang berkumpul dengan membawa bendera parti dan juga poster, antaranya  dengan slogan 'YB mati Merlimau maju', 'Apco Israel bahaya' dan 'Justice for  Beng Hock.'

 8.24am Merlimau: Penyokong MIC dan MCA tiba. Ahli parlimen  Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sedang mengendalikan penyokong.
 Penyokong Kimma pula melaungkan 'Hidup Kimma'. 
  8.10am Kerdau: Calon PAS  bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk  Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.
8.10am Kerdau: Calon PAS  bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk  Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.
 7.08am Merlimau: Polis, petugas parti dan media mula  mengambil tempat masing-masing untuk bertugas pada hari ini.
Polis telah  meletakkan halangan, kawat duri dan beberapa trak untuk memisahkan penyokong PAS  dan BN yang semakin ramai.
Penyokong BN akan mula berarak dari jarak  sejauh 200 meter daripada pusat penamaan calon, manakala PAS akan mula berarak  pada jarak 500 meter daripada dewan berkenaan.
 7.30am Kerdau: Penamaan calon bagi pilihan  raya kecil kawasan DUN ini akan berlangsung di Dewan Tun Razak di bandar  Temerloh, Pahang hari ini.
7.30am Kerdau: Penamaan calon bagi pilihan  raya kecil kawasan DUN ini akan berlangsung di Dewan Tun Razak di bandar  Temerloh, Pahang hari ini.
Polis telah memagari kawasan dewan tersebut  sejak malam tadi dengan meletakkan pagar besi dan kawat duri. Jalan menuju ke  pusat penamaan juga telah ditutup sejak awal pagi.
Penyokong PAS  berkumpul di Plaza Temerloh yang terletak kira-kira 500 meter daripada Dewan Tun  Razak seawal jam 5.30 pagi dan mula bersiap sedia untuk berarak ke pusat  penamaan.
Penyokong BN pula mula berkumpul di Dataran Temerloh, juga pada  jarak yang sama daripada dewan tersebut, sejak jam 7 pagi.
http://malaysiakini.com/news/157082