Showing posts with label PPMM - Peguam Muslim. Show all posts
Showing posts with label PPMM - Peguam Muslim. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

PPMM: Warta 'Valentine' haram seluruh negara

Feb 11, 11 7:33pm

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menyeru supaya fatwa pengharaman sambutan Hari Valentine diwartakan di seluruh negara.

Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah itu perlu dilakukan "bagi membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan lebih tegas."

Katanya, masih terdapat sebahagian umat Islam yang menyambut hari berkenaan walau ianya telah diputuskan sebagai "haram" oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005.

"Tidak ada salahnya pihak yang diberi kuasa melaksanakan kawalan moral sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang terhadap umat Islam.

"Malah orang awam juga dibenarkan mengikut Akta Tatacara Jenayah (Mahkamah Syariah) di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri melaksanakan kawalan pencegahan maksiat ini seperti yang dibenarkan oleh undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak berkuasa agama Islam perlu tegas dalam menjalankan kawalan pencegahan maksiat seperti itu dan bukannya terhad kepada hari Valentine sahaja.

"Tiada istimewanya hari tersebut yang membolehkan umat Islam bebas dari undang-undang jenayah syariah.

"Kawalan pencegahan maksiat ini perlu terus dilaksanakan sepanjang tahun selepas ini," katanya.

Katanya lagi, PPMM turut kesal dengan kenyataan golongan tertentu yang mempertikai pengharaman Hari Valentine.

Beliau mendakwa, Hari Valentine itu sememangnya berpunca daripada agama Kristian serta disambut bagi mengingati seorang santonya – Saint Valentine.

"Saint Valentine dianggap sebagai pejuang agama Kristian yang dibunuh kerana menyebarkan agama Kristian oleh orang Rom.

"Saint Valentine dianggap sebagai utusan agama Kristian yang dikenang, didewakan serta dipuja pada tarikh kematiannya," katanya lagi.

http://malaysiakini.com/news/155802

Wednesday, January 26, 2011

Isu salam: PERKASA sokong mufti, pendekatan Nik Aziz

Isu salam: PERKASA sokong mufti, pendekatan Nik Aziz
Jimadie Shah Othman
Jan 24, 11
3:39pm

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendekatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keengganan calon PAS bersalam dengan lelaki di Tenang.

NONEKetua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (kanan) berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam.

"Macam pendekatan Tuan Guru Nik Aziz, (apabila) mereka ini tidak faham (Islam), jadi kita mesti fahamkanlah mereka," katanya.

"(Contohnya) macam isu melibatkan DAP juga, (berlaku) kerana mereka tidak faham."

Dalam pengalaman Pakatan Rakyat, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang kerap berbeza pandangan dengan pemimpin lain daripada DAP dalam isu agama, khususnya negara Islam.

Beliau juga sering dilapor menyimpulkan apa yang berlaku akibat pemimpin berkenaan tidak memahami Islam dan perlu dimaklumkan tentang ajaran agama yang sebenar.

Di Tenang, kenyataan Chua kelmarin mengundang reaksi keras pelbagai NGO dan tokoh Islam, antaranya Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Harussani dan PAS sendiri.

Senada dengan peguam Muslim

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Arman Azha berkata menjadi tanggungjawab parti-parti komponen lain dalam BN menjelaskan "apa yang salah, apa yang tidak" kepada Chua secara matang.

tenang by election day 1 230111 chua soi lek campaigning 3"Kalau kita marah pun, mereka semakin jauh. Kalau perkara itu salah, Rasulullah suruh panggil dan nasihati cara yang betul daripada kita bertindak tidak tentu arah," katanya.

Bagaimanapun, Arman Azha tetap beranggapan bahawa tindakan Chua itu salah dan menghina Islam.

Justeru, menurutnya, ahli politik veteran itu patut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

"Bukan hanya minta maaf, tetapi dia juga kena memahami konteks Islam yang sebenar," katanya, senada dengan tuntutan PPMM semalam.

Ditanya sama ada pihaknya akan menganjurkan demonstrasi - tindakan yang dilihat sinonim dengan NGO Melayu itu kebelakangan ini - Arman Azha menjawab:

"Bukan semuanya kita berdemo."

http://malaysiakini.com/news/154300

Monday, January 24, 2011

Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala

Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala
Jan 23, 11 2:43pm

tan lian hoe





Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina.

Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.

tenang by election day 1 230111 ismail sabri and tan lian hoe at pasar labis"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.

"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."

Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat.

"Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijal"Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk."

Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya.

Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya."

Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat".

http://malaysiakini.com/news/154195
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...