Showing posts with label Gerakan Mansuhkan ISA. Show all posts
Showing posts with label Gerakan Mansuhkan ISA. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

ISA DIMANSUH BULAN MAC DEPAN

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 30TH, 2011

Usul memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibentangkan di Parlimen Mac depan selepas dua undang-undang yang bakal menggantikannya siap digubal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.Najib berkata janjinya untuk melaksanakan pembaharuan undang-undang akan bermula dengan memansuhkan Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad minggu depan apabila Parlimen mula bersidang.

“Minggu depan saya akan memulakan proses tetapi ISA akan dilakukan (proses pemansuhan) pada bulan Mac kerana perlu menggubal dua undang-undang baru,” kata beliau yang juga Presiden Umno selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi petang ini.

Katanya, pindaan ke atas Akta Polis antara lain bagi membolehkan kebebasan berhimpun akan dibentangkan November ini.

“Yang mana boleh kita buat cepat, kita buat cepat,” kata beliau.

Kata Najib, kerajaan perlu memberi tumpuan supaya langkah menepati hasrat dan tujuan.

“Kita tidak boleh terburu-buru. Ada banyak perkara yang perlu dikaji dengan teliti,” kata beliau.

Najib juga memberitahu bahawa Majlis Tertinggi Umno memberi sokongan penuh kepada pengumuman beliau mengenai perkara itu.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia 15 September lalu, Najib mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal.

Undang-undang baru itu akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Selain itu beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Seksyen 27 Akta Polis.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib menyifatkan penulis lirik dan pembikin filem yang kontroversial Wee Meng Chee sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia meskipun banyak pihak mahu tindakan dikenakan ke atas penerbit “Nasi Lemak 2.0” kerana didakwa mengkritik negara.

Presiden Umno berkata Wee , yang turut dikenali sebagai Namewee, seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.

http://www.kl-today.com/2011/09/isa-dimansuh-bulan-mac-depan/

Saturday, September 17, 2011

Mansuh ISA: PAS tunggu akta baru sebelum respons

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Sept: PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" dahulu bagaimana bentuk perundangan alternatif bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum memberi respons lanjut berhubung pemansuhan akta itu yang diumum perdana menteri malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru.

"PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri.

"Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut kerajaan hendak dibuat menggantikan ISA. Terlalu awal untuk kita memberi respon terhadap pembatalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Ianya sebagai respon awal PAS berhubung pengumuman kerajaan memansuhkan akta yang sudah lama dituntut oleh Pakatan Rakyat agar dihapuskan itu.

Biarpun ISA diumum akan dimansuhkan, Najib juga mengumumkan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan akta itu.

Selain itu, PAS juga kata Tuan Guru Abdul Hadi masih sangsi dengan pengumuman itu ekoran ianya dibuat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Tambahan pula ia dibuat menjelang pilihanraya yang kita lihat sebagai tujuan politik dan tawaran pilihanraya Barisan Nasional.

"Setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihanraya barulah ia dihapuskan," katanya.

PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu menentang akta ISA dan menganggapnya satu akta zalim kerana membuat "tahanan tanpa bicara" kepada mangsa akta itu.

Selain ISA, mereka juga sebelum ini mendesak beberapa akta serupa seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5441-mansuh-isa-pas-tunggu-akta-baru-sebelum-respons

Kerajaan akui ISA zalim - GMI

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengesahkan bahawa berlaku kezaliman terhadap mangsa akta tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1960.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula sedar kebangkitan rakyat yang mahukan kebebasan dalam demokrasi yang merupakan mesej yang dibawa oleh GMI sendiri.

"Ini sebagai pembuktian berlakunya kongkongan dan cengkaman ISA ke atas rakyat selama ini.

"Perdana Menteri menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, dan rakyat mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka dan dinamik demokrasinya," kata beliau pada sidang media tergempar GMI bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini, hari ini.

Menyifatkan pengumuman itu sebagai kejayaan GMI, beliau juga berkata, pengumuman itu membuktikan ISA digunakan ke atas individu yang berbeza ideologi politik dengan kerajaan.

"Beliau (Najib) memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Ini jelas mengisyaratkan penahanan aktivis 10 reformasi atas dakwaan ingin menggulingkan kerajaan dengan bahan-bahan letupan merupakan satu kesilapan dan penyalahgunaan kuasa ISA," katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut bekas tahanan ISA, Mat Sah Satray dan isterinya yang juga aktivis GMI, Norlaila Othman dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh.

Masih ragu-ragu

Pengumuman itu yang dibacakan Najib dalam pengumuman khas malam tadi sempena hari Malaysia itu bagaimanapun masih diragui GMI.

Antara persoalan yang timbul mengenai segala peruntukan dalam ISA khususnya berhubung dengan tahan tanpa bicara dan kuasa yang digunakan polis dan Menteri Dalam Negeri.

"Adakah peruntukan tersebut dipindahkan kepada dua undang-undang baru yang bakal digubal?

"Kelihatannya perintah mahkamah dikecualikan untuk undang-undang berkenaan," katanya.

GMI juga mahu kerajaan menyatakan dengan jelas bila ISA akan betul-betul dimansuhkan dan semua tahanan akan dibebaskan.

"Berapa lamakah tempoh ISA akan dimansuhkan? Jika memakan masa sehingga dua tahun sebagaimana tempoh pertama kali PM sebutkan tentang keji semula ISA sehingga sekarang, maka jangan salahkan rakyat jika menganggap pengumuman ini sebagai umpan dan sandir\wara pilihan raua ke 13 serta survival politik BN," katanya.

Selain itu tegasnya, kerajaan harus menutup Kem Kamunting serta merta selepas membebaskan tahanan di dalamnya.

"Apa akan jadi dengan Kem Kamunting? Kem ini mesti ditutup dan dijadikan warisa dunia seperti Robben Island di Afrika Selatan sebagai pengajaran kepada kezaliman dan kekejaman yang berlaku di bawah ISA," tegasnya.

Najib juga katanya harus membentangkan usul pemansuhan ISA pada sesi Parlimen akan datang.

Perkara tersebut turut disokong Nuridah yang meminta Najib membuktikan keikhlasannya untuk memasuhkan akta zalim itu.

"Kita minta kerajaan melihat gesaan -gesaan GMI ini dan membentangkan usul pemansuhan ISA ini ke Parlimen pada sesi terdekat ini kalau betul-betul ikhlas nak mansuhkan ISA," katanya.

Minta pampasan

Sementara itu, GMI turut menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar papmpasan setara kepada tahanan ISA setimpal dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang dilalui tahanan dan keluarga mereka.

Selain itu, GMI mahu mereka yang terlibat dalam meyeksa dan menganiaya tahanan ISA mesti dibawa ke muka pengadilan.

"Kerajaan, menteri berkenaan dan polis mestilah amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya, bukan sekadar servis bibir.

Norlaila yang turut meminta kerajaan membayar pampasan kepada mangsa pula berkata, ianya perlu kerana banyak kes penceraian berlaku akibat suami ditahan ISA.

"Saya tuntut pampasan daripada kerajaan kerana adakah kerajaan sedar ada isteri meminta cerai apabila suami ditahan ISA dan tahanan yang keluar hilang pekerjaan dan sukar untuk mendapat pekerjaan baru serta masih dianggap pengganas," katanya yang aktif berjuang dalam GMI selama tujuh tahun suaminya ditahan di Kem Kamunting.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5445-kerajaan-akui-isa-zalim-gmi

Akhirnya Najib akui demokrasi negara pincang

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya "mengakui demokrasi negara selama ini tidak berfugsi", kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon awal terhadap pengumuman yang dibuat Najib dalam Perutusan khas Hari Malaysia yang disiar secara langsung oleh RTM malam ini.

"Selepas 5 desawarsa, Najib akhirnya mengiktiraf demokrasi di negara ini tidak berfugsi," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam prutusan khas perdana menteri, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.

Jangan terlalu selesa

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor menganggap pengumuman tersebut juga sebagai kejayaan rakyat, NGO, aktivis demokrasi serta parti pembangkang yang selama ini telah lama mendesak perkara itu dimansuhkan.

Malah ujarnya, pengumuman itu hanya sebahagian kecil daripada perubahan yang dituntut rakyat untun menjadikan demokrasi negara benar-benar berfungsi.

Bagaimanapun beliau menasihatkan rakyat agar jangan terlalu selesa dengan pengumuman itu kerana apa yang diumumkan perdana menteri malam ini hanya dalam bentuk "janji lisan".

"Kita yakin ini hanya janji dan slogan saat-saat akhir bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Apa yang lebih penting, rakyat mahu melihat dalam praktik dan amalannya," katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Tambahnya lagi, apa yang diumumkan Najib itu juga adalah apa yang telah diumumkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu prubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari menguasai Putrajaya.

"Ini yang kita maksudkan reformasi politik sebelum datang transformasi ekonomi yang Pakatan Rakyat komited untuk lakukannya.

"Kita tak kisak mereka tiru pendekatan kita dalam Buku Jingga. Janji ianya untuk kebaikan rakyat keseluruhan," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5438-akhirnya-najib-akui-demokrasi-negara-pincang

Nik Aziz: ISA dimansuh kerana terdesak

Posted by admin on September 16th, 2011

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagai langkah di saat-saat terdesak.“ISA sepatutnya dihapus sejak lama dulu dan bukan di saat-saat terdesak seperti sekarang. Zaman komunis sudah lama berlalu, lagi pun tidak ada lagi fahaman komunis kecuali sekular di Malaysia.“Sejak dahulu ISA telah membuat jenayah kepada alim ulama di Kelantan. Sebab itulah saya menyertai PAS kerana melihat pengkhianatan Umno terhadap alim ulama.

“Ulama PAS dikenakan ISA sedangkan kita ada mahkamah, hakim dan peguam,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia di padang Majlis Daerah Machang di sini, hari ini.

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kelantan dan Hari Malaysia diserikan pelbagai persembahan antaranya kebudayaan melibatkan Melayu, India dan Cina.

Selain itu pertunjukan mempertahankan diri dan tempur tanpa senjata oleh Rejimen Askar Melayu Diraja yang memukau hadirin.

Perdana Menteri malam tadi mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Buang Negeri 1959 dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia.

“Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

“Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus,” kata Najib.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, apa tujuan diwujudkan sistem kehakiman kalau rakyat disekat membela diri daripada tuduhan tertentu.

“Alim ulamak adalah golongan yang mengajar supaya manusia taat kepada Allah dan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dilarang Islam,” tambah beliau.

Menurutnya juga Nabi Muhammad saw memerdekakan manusia daripada syaitan kepada mentaati Allah SWT seperti sering disebut dalam permulaan solat setiap hari.

Katanya, Nabi Muhammad saw ialah penganjur kemerdekaan yang sebenar di dunia, berjuang memerdekakan umat Islam daripada gangguan nafsu syaitan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika berucap sebelum itu berkata, kedatangan Islam ke alam dunia membawa mesej dan sifat kemerdekaan bagi menyeru manusia membebaskan diri daripada belenggu jahiliah serta syirik.

“Konsep kemerdekaan komprehensif dilaksanakan di Kelantan melalui dasar ‘Membangun Bersama Islam’ iaitu mengemudi manusia ke arah pengabdian diri kepada Allah SWT,” katanya.

Beliau juga Pengerusi Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kekantan dan Sambutan Hari Malaysia.

Sambutan kali ini disertai 75 kontinjen jabatan-jabatan negeri dan persekutuan, badan-badan beruniform dan sekolah.

Sementara itu kontinjen terbaik dimenangi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), naib johan UITM Machang, manakala tempat ketiga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Nasuruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zainuddin Ibrahim anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan.


http://www.kl-today.com/2011/09/nik-aziz-isa-dimansuh-kerana-terdesak/

Jangan terburu-buru, nanti kecewa

Posted by admin on September 16th, 2011

Aspan Alias

Pengumuman memansuhkan ISA oleh Perdana Menteri semalam kita alu-alukan, tetapi jangan merayakannya terlalu awal kerana kita belum lagi melihat deraf Akta baru yang akan mengambil tempat ISA itu.Lagi pun perjuangan kita bukan setakat memansuhkan ISA tetapi banyak lagi isu yang lebih merbahayakan negara dari isu pemansuhan ISA ini. Mansuhnya ISA itu tidak bermakna semuanya telah selesai dan kita boleh hidup dalam keadaan aman dan tanpa disedari kita dilelapkan mata atau ditutupi pandangan kita daripada isu-isu besar lain yang telah menjadi kudis kepada kehidupan rakyat.

Tentulah isu pemansuhan ISA dan pemansuhan tiga deklarasi dharurat ini akan dijadikan modal politik oleh pihak pemerintah untuk mennagih sokongan ramai dalam pilihanraya nanti malahan pemerintah ingin menggunakan isu ini untuk mengadakan pilihanraya secepat yang mungkin. Sebagai pemerintah tentulah mereka mahu satu isu yang mereka anggap besar bagi menutupi isu-isu besar yang lain dari pandangan rakyat.

Dalam keadaan politik sekarang pemansuhan ini tidak mungkin memberikan apa-apa tambahan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan kerana Najib Razak masih lagi membisu terhadap isu Bersih dengan 8 tuntutannya yang melibatkan orang ramai.

Apa yang jelas apa yang dilakukan oleh Najib ini merupakan tindakan unilateral beliau sahaja kerana hanya sehari sebelum pemansuhan ini Hishammuddin Hussein masih masih lagi menyatakan bahawa ISA belum lagi ada pertimbangan kerajaan untuk dimansuhkan.

Isu ISA ini tidak pula melibatkan rakyat yang ramai kerana ianya hanya berkaitan dengan segelintir yang bergerak dalam siasah dan politik dan hanya melibatkan beberapa orang sehaja jika ISA dilaksanakan terhadap mereka. Tetapi isu rasuah merupakan isu yang terbesar yang dihadapi oleh kerajaan pada hari ini.

Mungkin pemimpin kerajaan akan berfikir yang setelah ISA dimansuhkan ianya akan mendapat markah yang tinggi dan akan mendapat sokongan rakyat, tetapi hakikatnya persepsi rakyat terhadap kebersihan pentadbiran pimpinan pada hari ini sentiasa bertambah dari hari ke hari dan bulan kebulan.

Bagi mereka yang giat memperjuangkan pemansuhan ISA ini mereka tetap meletakan isu rasuah dan salah guna kuasa sebagai isu yang terhadapan sekali. Rakyat masih tidak berhenti untuk memperjuangkan isu rasuah ini kerana Akta Rahsia Resmi 1971 masih tidak di sentuh oleh Najib.

Akta ini telah menghalang rakyat untuk melihat ketelusan kerajaan dalam pengendalian kerajaan. Akta Rahsia Resmi ini contohnya telah menghalang rakyat untuk mengetahui kandungan dan cara kerajaan memberikan konsessi lebuhraya kepada syarikat konsessi.

Isu konsesi lebuhraya ini merupakan isu yang besar kerana rakyat sangat terbeban dengan kos perjalanan di anatara satu tempat dengan tempat yang lain. Masih belum diberitahu rakyat bila konsesi ini akan berakhir kerana sedang menunggu masa untuk berjalan tanpa halangan toll di mana-mana.

Segala-gala projek besar yang dirunding terus kebanyakannya dilindungi oleh Akta Rahsia Resmi ini dan maka rakyat berkeyakinan yang ada perkara-perkara yang cuba dilindungi dari pengetahuan rakyat dan dalam kerahsiaan inilah berlakunya rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan pemimpin dan pelaksana kerajaan. Perkara ini sudah berlarutan sejak hampir tiga dekad dahulu dan ianya harus dihentikan. Oleh kerana kerajaan tidak mampu untuk memberhentikannya elok rakyat yang melakukan perubahan ini.

Rakyat tahu, jika kita mahukan kepastian untuk mewariskan kehidupan yang baik semasa kita sudah tiada lagi ialah dengan mewariskan kerajaan yang telus dan bersih dari rasuah. Rakyat sekarang berwajib untuk mengambil alih perjuangan membenteras rasuah ini kerana pemimpin kita tidak boleh diharapkan untuk memperjuangankan isu negara yang sangat besar ini.

Rakyat berhak untuk melalui proses “trial and error” sehingga sampai ke matlamat mendapat kerajaan dan pemerintah yang bersih dari rasuah dan salah guna kuasa ini. Rakyat sudah telalu mual dan tidak lagi mudah untuk termakan retorik dan ucapan yang bergegar-gegar kerana mereka sudah sedar bahawa selama ini mereka telah terpedaya dengan janji dan retorik kosong yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini.

Apa yang rakyat mahu sekarang ialah untuk melakukan pilihan secara telus dan itulah sebabnya rakyat tidak mahu lagi usaha mereka untuk membuat pilihan mereka tergendala oleh kerana penipuan yang mereka rasakan dilakukan oleh pihak yang berkuasa setiap pilihanraya berlaku.

Kita mesti bertegas dengan desakan untuk melaksanakan pilihanraya secara gentleman dan telus. Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab mutlak untuk mempastikan desakan ini dituruti dengan tindakan yang jujur untuk diperbaiki dan diperbetulkan. Jangan biarkan rakyat merasa tertekan dengan “intrigue” kotor yang sering dilakukan sejak zaman berzaman.

Tuntutan pembangkang untuk bersama-sama menggunakan media masa perdana untuk menyampaikan mesej kepada rakyat semasa pilihanraya merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan kerana selama ini media massa perdana sperti TV1, TV2 TV3 dan yang lain-lain hanya dikuasai oleh pemerintah sedangkan saluran TV itu adalah milik rakyat yang menggunakan wang dari cukai rakyat termasuk ahli-ahli parti pembangkang.

Jika parti pembangkang tidak dibenarkan menggunakan saluran-saluran TV milik rakyat itu saya cadangkan supaya ahli-ahli pembangkan dikecualikan dari membayar semua cukai kepada kerajaan. Najib perlu mengambil langkah adil kepada semua pihak termasuk parti-parti pembangkang di dalam pilihanraya umum nanti.

Rakyat yang tertekan akan membawa padah yang buruk kepada negara dan ini telah terbukti dengan apa yang kita lihat berlaku di banyak negara di dunia ini dalam mana sekuat mana pun sesebuah kerajaan itu jika tolak oleh rakyat kerajaan itu akan jatuh bergelimpangan di hadapan mata rakyatnya sendiri.

Seperkara yang perlu dilakukan oleh Najib sekarang ialah untuk menggunakan pengaruh pihak Lagislatif untuk menggubal undang-undang yang ketat supaya rakyat tidak dibenarkan bercakap tentang isu-isu rasis yang boleh memecah belahkan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Selagi usaha ini tidak dilakukan selagi itulah kita tidak boleh mengaku yang pimpinan kita telah melaksanakan transformasi seperti yang diwar-warkan oleh mereka melalui media massa perdana dan lain-lain.

— aspanaliasnet.blogspot.com


http://www.kl-today.com/2011/09/jangan-terburu-buru-nanti-kecewa/

No need replacement for ISA

Posted by admin on September 16th, 2011

Malaysia does not need any replacements for the Internal Security Act (ISA), lawyers groups said today, noting that the country has ample legal options to deal with terrorism threats. While “applauding” the government’s plans to repeal the ISA and review security laws, the Malaysian Bar, Advocates’ Association of Sarawak and Sabah Law Association insisted that the country’s penal laws were more than enough to deal with terrorism-related offences.

In a joint statement, the groups pointed out that terrorism-related offences were included in the 2006 Penal and Criminal Procedure Code and that Malaysia had also passed a legislation dealing with offences related to financing of terrorism, in the form of the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001.

“No replacement is, therefore, needed for the ISA,” said three groups said.

Datuk Seri Najib Razak announced reforms to the country’s security and press laws last night, and the lifting of three Emergency Declarations when both the Dewan Negara and Dewan Rakyat sit next.

Apart from repealing the ISA and amending provisions in the Police Act regarding peaceful assembly, the prime minister also announced that the government will do away with the annual printing and publishing permits requirement as provided under the Printing Presses and Publications Act (PPPA).

In response, the lawyers’ groups urged Putrajaya to emulate countries such as Australia, Canada, United Kingdom and the United States if it still wanted to include additional laws to deal with terrorism.

They said that the additional laws should include “safeguards” such as an automatic clause to allow reviews of the said laws at regular intervals as well as a comprehensive judicial supervision to permit a review of the legislation in specific cases.

“(There should also be) limitations on the period of detention, subject to ordinary remand provisions and right to counsel for all detained persons,” added the statement.

The associations further said that the safeguards are essential to prevent abuse of any new counter-terrorism laws, and stressed that the application of the laws be subjected to judicial scrutiny.

“The Malaysian government should do likewise, and remove the excessive discretion that now lies with the Minister of Home Affairs,” said the lawyers.

Lim Guan Eng today expressed disappointment that the government plans to replace the ISA with two new security laws, and argued that the reforms announced by Najib last night fell short of being meaningful.

Saying he welcomed the prime minister’s move to repeal the ISA, the Penang chief minister was still concerned the introduction of two new laws in its place meant the exercise may be a repackaging of the controversial Act.

“Yes, of course it is good news but if it is going to be replaced by another two laws, then is there just going to be another two ISAs?

“We do not want to see a situation where you are pouring old wine in a new bottle,” he told a press conference here.


http://www.kl-today.com/2011/09/no-need-replacement-for-isa/

Pemansuhan ISA dianggap relevan

Posted by admin on September 16th, 2011

Pelbagai pihak mengalu-alukan langkah kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan melihatnya sebagai satu perubahan besar dalam undang-undang negara serta relevan dengan situasi keselamatan negara pada masa kini.Setiausaha Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Mohd Hanafiah Abdul Manap berkata keputusan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memansuhkan akta itu adalah tepat dan semua pihak seharusnya menyokong keputusan itu.

“Keputusan itu adalah tindakan yang wajar…mungkin ia satu keputusan yang terbaik dengan menggantikan akta itu dengan akta yang lain dalam langkah menangani keselamatan dan keamanan negara pada masa kini.

“Jika kita teliti akta ISA itu pun lama digunakan bagi menangani kegiatan subversif di negara ini dan jika (pemansuhan) ini dilihat sesuai serta kena pada keadaannya… kerana sebelum ini pun ada pihak yang mempersoalkan ketidakwajaran akta ISA,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Bagi bekas Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Rosli Abdul Rahman pula berkata, tindakan kerajaan menggubal dua undang-undang baru bagi menggantikan ISA adalah keputusan bersama dan polis hanya bertanggungjawab sebagai pasukan pelaksana.

Katanya, keputusan itu bukan hanya dibuat mengikut pandangan Perdana Menteri semata-mata tetapi juga hasil perbincangan dengan pakar perundangan.

“Jika akta baru yang digubal sesuai, ia akan terus digunapakai dan jika tidak mungkin kerajaan akan guna akta yang sebelum ini… kita sebagai rakyat harus memberi sokongan dan lihat keberkesanan akta itu dahulu sebelum membuat sebarang penilaian,” katanya.

Najib dalam Perutusan Khas Hari Malaysia pada malam Khamis mengumumkan, ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Perdana Menteri berkata, undang-undang baru itu akan digubal di bawah ’semangat serta payung’ Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk N. Siva Subramaniam berkata, pemansuhan akta ISA merupakan satu keputusan yang bukan sahaja mengejutkan rakyat negara ini malah masyarakat antarabangsa.

Katanya, langkah itu membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia sememangnya mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada hak asasi manusia.

Subramaniam yang turut terlibat dalam perbincangan mengenai cadangan pemansuhan itu sejak dua tahun lepas berkata, pelbagai pihak harus yakin bahawa dua undang-undang baru yang akan digubal bagi mengantikan ISA dapat mengekang perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah.

“Sebarang keputusan kerajaan sudah pasti akan membawa Malaysia ke tahap kebebasan yang bertanggungjawab,” katanya.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata, keputusan untuk memansuhkan ISA adalah satu langkah progresif dan boleh membantu meliberalisasikan negara.

“Sebenarnya, saya rasa akta itu (ISA) sudah ketinggalan zaman. Keadaan semasa ia digubal berbeza dengan keadaan kita sekarang… dan memang tepat masa ia dimansuhkan,” katanya. Menurut Lee, tindakan berani kerajaan itu juga dapat mengelak ISA daripada terus dijadikan modal politik oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bagi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, pihaknya mengalu-alukan serta menyambut baik pemansuhan semua akta darurat yang baginya tidak lagi relevan.

“Namun Perkasa mengambil sikap untuk melihat undang-undang baru yang diperkenalkan…bagi Perkasa jangan akhirnya seperti pepatah keris makan tuan,” kata Ibrahim.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut menganggap, pemansuhan akta ISA merupakan keputusan berani serta bijak yang dibuat oleh kepimpinan di bawah Perdana Menteri.

Mereka berkata, langkah itu menunjukkan kerajaan semakin yakin pada kematangan rakyat Malaysia dan tidak lagi perlu bergantung kepada akta-akta yang tidak relevan dengan keadaan semasa.


http://www.kl-today.com/2011/09/pemansuhan-isa-dianggap-relevan/

Zaid mohon maaf pada Najib

Posted by admin on September 16th, 2011

Bekas menteri Kabinet, Datuk Mohd Zaid Ibrahim Jumaat memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana suatu ketika dahulu beliau tidak pernah yakin dengan keupayaan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Mohd Zaid berkata ternyata pandangan beliau terhadap Najib adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam.

“Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini.

“Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini Jumaat.

Semalam Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.

Selain itu, antara yang turut dimansuhkan ialah Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Mohd Zaid yang kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) berkata apa yang dilakukan Najib itu telah memberi nafas baru kepada istilah demokrasi untuk terus subur di negara ini.

Beliau yakin Najib tidak mempunyai agenda politik dalam mengumumkan pemansuhan berkenaan dan meminta semua rakyat dan pembangkang agar menyokong setiap pembaharuan yang mahu dilaksanakan Perdana Menteri demi rakyat.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pemansuhan ISA yang bagi beliau sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi.

“Ia memang selari dengan kehendak kita (pembangkang) kerana ISA ini tidak selari dengan kehendak Islam dan melanggar hak asasi manusia.

“Kita ada hakim dan lawyer (peguam). Tak perlu ada ISA yang bertindak tidak betul ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat negeri di Padang Majlis Daerah Machang di sini.


http://www.kl-today.com/2011/09/zaid-mohon-maaf-pada-najib/

Thursday, July 21, 2011

Juham yakin tiada kes disabitkan himpunan GMI

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Perbicaraan kes 29 tahanan membabitkan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 lalu telah sampai ke penghujung, apabila saksi pihak pendakwaan terakhir selesai memberikan keterangannya di Mahkamah Sesyen Jenayah, di sini, hari ini.

Penggulungan hujah bagi pihak pendakwa dan peguambela telah ditetapkan pada 23 September ini, sebelum mahkamah membuat keputusan mengenainya.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan, sehingga hari ini seramai 23 saksi pihak pendakwa telah dipanggil oleh mahkamah untuk memberikan keterangan masing-masing.

Menurut beliau, berdasarkan keterangan kesemua saksi pendakwa, Juham yakin tidak terdapat kes yang boleh disabitkan dengan kesalahan yang didakwa oleh pihak pendakwa terhadap kesemua tahanan tersebut.

Katanya, malah sejak kes tersebut dibicarakan, pihak pendakwa ternyata gagal mengemukakan bukti-bukti tuduhan ke atas kesemua tahanan terbabit.

"Perbicaraan kes ini dah berjalan hampir 2 tahun. Selepas penggulungan, mahkamah akan putuskan sama ada terdapat prima kes atau tidak," katanya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Jenayah di sini, hari ini.

Mereka yang terbabit dalam kes tersebut, menurut beliau, berusia antara 20 hingga 30 tahun, manakala seorang daripada mereka masih di bawah umur.

Katanya, daripada jumlah itu, 13 orang adalah anggota Unit Amal yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala selebihnya kebanyakannya adalah ahli-ahli PAS termasuk dari Johor, Perak, Kelantan, Terengganu atau seluruh negara.

Kesemua mereka ditahan oleh pihak polis pada 1 Ogos 2009 lalu di sekitar Kuala Lumpur kerana terlibat dalam perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA, manakala pembelaan terhadap mereka yang berada di bawah Unit Amal dikendalikan oleh Juham yang diketuai oleh peguam Azizul Shariman bersama 7 peguam Juham lain.

Mereka yang ditahan itu, selain disabitkan dengan kesalahan menyertai perhimpunan itu turut dikaitkan dengan kesalahan menjual baju kempen Mansuhkan ISA.

Sepanjang perbicaraan, jelasnya, pihak pendakwa cuba mengaitkan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai pertubuhan haram.

"Tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana Unit Amal adalah pertubuhan yang sah, bukannya haram kerana ia berada di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala Dewan Pemuda PAS Pusat pula berada di bawah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang nyata merupakan pertubuhan berdaftar dan sah dari sisi undang-undang," jelasnya.

Dengan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti-bukti tuduhannya, Juham, tegas beliau, yakin bahawa tiada kes yang boleh disabitkan dengannya, terutama jika dikaitkan Unit Amal dengan pertuhuhan haram yang ternyata tiada sebarang isu yang timbul berhubung dengannya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4469-juham-yakin-tiada-kes-disabitkan-himpunan-gmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...