Showing posts with label Feri Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Feri Pulau Pinang. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar

Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar
Susan Loone
Feb 10, 11
7:08pm

Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.

NONEGambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.

Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.

Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.

Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.

leaflet"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.

"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu,” katanya.

Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.

"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri,” katanya.

Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155709

Thursday, February 10, 2011

NGO Melayu bakar buku 'My Balik Pulau'

NGO Melayu bakar buku 'My Balik Pulau'
Susan Loone
Feb 9, 11
1:36pm

Sekumpulan NGO Melayu yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) bertindak membakar buku kontroversi 'My Balik Pulau' di Pulau Pinang hari ini.

Gabungan tersebut diwakili oleh Persatuan Anak Jati Melayu, Badan
Anti-Islam Liberal, International Islamic Propagation Society dan Sekretariat Dakwah - semuanya dari Pulau Pinang.

gabungan bela hak insan presidentPresiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd Nor (foto, tengah) berkata, buku tersebut memang mengandung unsur sejarah palsu dan menghina orang Melayu di Pulau Pinang.

Menurutnya, buku itu sengaja diterbitkan untuk memadam sejarah awal orang Melayu di Balik Pulau.

Beliau menganggap penerbitan buku itu merbahaya dan mempunyai motif politik dan rasis.

Mohamed juga menafikan bahawa Gabungan itu sebuah wadah politik, sambil menegaskan bahawa pihaknya tidak pasti siapakah yang bertanggungjawab terhadap isu tersebut.

"Bagaimanapun, kami mahu kerajaan sekarang mengharam dan menarik balik buku kecil itu," katanya.

Gabungan juga mahu tindakan diambil terhadap penerbitnya, Arts Ed, kerana mereka menggunakan logo negeri.

Jika kerajaan negeri gagal mengambil tindakan, katanya, Gabungan akan mendapatkan bantuan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah tersebut, termasuk menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri.

[Baca berita penuh]

Sunday, February 6, 2011

ADUN Betong bertegas risalah dikeluarkan negeri


Susan Loone
Feb 6, 11
5:59pm

ADUN Betong Muhammad Farid Saad tetap enggan memohon atau menarik balik kenyataannya berhubung risalah yang diedarkan sekitar Balik Pulau kerana menjadi tanggungjawabnya menunjukkan kesalahan secara berfakta.

pulau betong adun muhammad farid saad pc on my balik pulau newsletter 060211 01Muhammad Farid (kanan) berkata beliau tidak berniat menimbulkan ketegangan kaum menimbulkan kebencian antara pelbagai komuniti di Balik Pulau dengan menuding jari kepada risalah itu, seperti didakwa ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pemimpin Umno itu berkata beliau sendiri membesar dan bersekolah antara kawan-kawan berbilang bangsa - Cina dan India - di kawasannya.

"Saya faham perasaan dan hati budi pelbagai kaum; saya membesar di Balik Pulau, di mana kawasan majoriti Cina, saya lebih tahu tempat ini daripada Lim yang berasal daripada Melaka, kata Muhammad Farid.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan semua anggota masyarakat hidup dengan aman, saya tidak akan timbulkan isu perkauman atau timbulkan kebencian di sini... Jika diizinkan Allah, saya harap dapat bersara di tempat ini," tambahnya.

NONESemalam Lim menuntutMuhammad Farid memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab ke atas satu risalah My Balik Pulau yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim juga meminta Muhammad Farid meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri atas "fitnah jahat" itu atau menghadapi tindakan tehas kerana risalah itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan.

Muhammad Farid hari ini bagaimanapun tetap bertegas, My Balik Pulau, yang didakwanya mengandungi fakta yang salah tentang sejarah tempat itu didanai oleh kerajaan negeri, bukan kerajaan pusat.

Dakwanya, risalah 12 halaman itu dicetak pada tahun lalu dan diedarkan di sekolah-sekolah di Balik Pulau pada Januari tahun ini.

http://malaysiakini.com/news/155334

Friday, February 4, 2011

My Balik Pulau bukan kerja Pakatan

Fakhri Ali

GEORGETOWN, 4 Feb: Belum reda dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng oleh Barisan Nasional (BN), kini satu lagi dakwaan berunsur fitnah telah dilemparkan membabitkan pengedaran risalah yang dikenali sebagai 'My Balik Pulau'.

Risalah yang dicetak dalam versi tiga bahasa itu juga menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu. Ia juga memaparkan ilustrasi yang memberi penghinaan terhadap orang Melayu di situ.

Selain dari itu, risalah tersebut juga didakwa mengandungi fakta sejarah yang tidak tepat dan diragui kebenaran yang terkandung di dalamnya.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, risalah tersebut bukannya dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang ada sekarang.

"Di dalam risalah tersebut terdapat logo pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang. Ia juga mencatatkan penghargaan kepada beberapa nama yang tergolong sebagai pimpinan Umno.

"Apa yang menghairankan kenapa logo kerajaan negeri Pulau Pinang turut diletakkan di dalam risalah tersebut tanpa kebenaran kita sebagai pemerintah dalam negeri ini. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang terlibat," ujarnya lagi.

Malah Lim dalam kenyataan beliau pada 2 Februari yang lalu juga menyatakan kerajaan negeri tidak ada kena mengena dengan penerbitan maupun kesalahan fakta yang terkandung dalam risalah tersebut.

Beliau juga meminta supaya Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, supaya meminta maaf dan menarik balik segala tuduhan rasis dan perkauman membabitkan pengedaran risalah itu yang telah dilemparkan terhadap kerajaan negeri sebelum ini.

Kata Lim lagi, tempoh seminggu diberikan kepada Muhammad Farid untuk berbuat demikian.

Menurutnya, sekiranya permohonan maaf tidak diterima dalam tempoh tersebut maka kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang sewajarnya selepas itu terhadap beliau.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30694:my-balik-pulau-bukan-kerja-pakatan&catid=55:negeri-pulau-pinang&Itemid=100

Tuesday, September 21, 2010

Pin penyambung pelantar jeti patah

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


BEBERAPA pekerja pelabuhan Pulau Pinang menyambung semula pelantar feri yang rosak di terminal Pangkalan Raja Tun Uda semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


GEORGE TOWN - Pengguna perkhidmatan feri di negeri ini terpaksa menunggu lebih dua jam di dalam pengangkutan air tersebut ekoran sebatang pin penyambung pelantar di laluan masuk jeti Pangkalan Raja Tun Uda di sini patah.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu mengakibatkan 26 kenderaan dan 40 buah motosikal serta hampir 200 penumpang yang menghala ke tanah besar terperangkap di dalam feri terbabit.

Ketua Perkhidmatan Feri di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Fisnol Mahmud berkata, pihaknya menyedari kejadian itu sebaik sahaja semua kenderaan telah memasuki ke dek bawah feri iaitu di ruang kenderaan melalui penyambung laluan (pelantar) tersebut.

"Selepas Pin Bracket patah, kita tidak membenarkan feri tersebut bergerak dari situ kerana jika feri bergerak penyambung laluan akan jatuh dan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk.

"Pegawai bertugas juga segera mendapatkan bantuan daripada pihak penyelenggara dari Butterworth bagi kerja-kerja penyambungan sekali gus membantu mengeluarkan kenderaan yang terkandas tadi,"
katanya kepada pemberita di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...