Showing posts with label PGSM (Per Peguam Syarie M'sia). Show all posts
Showing posts with label PGSM (Per Peguam Syarie M'sia). Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Isu gereja: Jangan hina anak guam kami

Ogos 24, 11 4:35pm

Peguam yang mewakili 12 orang Islam yang terbabit dalam kontroversi ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di majlis makan malam amal anjuran Harapan Komuniti di Dream Centre pada 3 Ogos lalu berkata, mereka tidak sepatutnya dicemuh dan dihina, terutama di bulan Ramadan yang mulia ini.

"Sebagai peguam syarie mereka, saya perlu mengingatkan semua pihak untuk menahan diri daripada menuduh mana-mana orang Islam sebagai murtad yang boleh sama seperti kesalahan 'Takfir'," kata peguam Muhammad Burok.

Takfir bermaksud mengkafir orang Islam yang lain.

Muhammad meminta semua pihak supaya bertindak dengan introspeksi dan berhati-hati "agar kita boleh membantu pentadbiran keadilan undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang".

"Marilah kita semua berdoa agar keributan yang telah menyebabkan ketegangan dalam hubungan masyarakat kita, akan berlalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kontroversi tersebut, terdapat sentimen awam sedang ditiup dalam pelbagai media cetak dan elektronik, termasuk dalam blog, dengan cara yang menghasut ketegangan di kalangan rakyat Malaysia.

"Ini adalah sangat dikesali," tambahnya.

Menurutnya, beberapa penerbitan dan posting amat tidak bertanggungjawab dengan mendedahkan identiti dan butir peribadi pelanggannya, dan mendedahkan mereka bukan sahaja kepada cemuhan dan hinaan awam, tetapi juga kepada gangguan yang boleh membahaya keselamatan diri mereka.

"Kami menyeru semua pihak yang terlibat dalam media untuk bertindak dengan akal dan kebijaksanaan dengan menahan diri daripada membuat apa-apa penerbitan dan posting sedemikian supaya kita boleh membawa ketenangan dan perspektif pelbagai budaya dan agama dalam masyarakat kita," katanya.

Kepada agensi-agensi penyiasatan dan pegawai-pegawai mereka pula, Muhammad meminta mereka supaya mengekalkan piawaian tinggi profesionalism, integriti dan kerahsiaan.


http://malaysiakini.com/news/173993

Thursday, August 11, 2011

Peguam Syarie minta JAIS hati-hati

Jimadie Shah Othman
Ogos 10, 11
6:26pm


Selepas serbuah ke sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta berhati-hati menangani isu penyebaran agama Kristian terhadap orang Islam.

musa awang syarie lawyers association pgsmTimbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang (kiri) berkata, jika tidak berhati-hari, ia berpotensi menjadi "isu lain".

"Kita kena waspada dengan dakyah pihak (agama) lain," ketika ditanya tentang nasihat NGO itu kepada JAIS dalam keadaan isu itu semakin panas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Musa berpendapat kes itu amat bergantung kepada 12 orang saksi beragama Islam yang diminta membantu siasatan tetapi dilaporkan gagal hadir ke sesi itu.

"Sekarang JAIS kena pastikan 12 orang ini dapat hadir ke mahkamah. Silapnya dulu tak tangkap terus (ketika pemeriksaan), tetapi dilepas," katanya.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam dilaporkan akan mengeluarkan waran tangkap ke atas 12 individu yang hadir dalam majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kerana tidak seorang pun yang hadir.

azlanDitanya tentang tanggapan sesetengah pihak yang meragui asas serbuan JAIS kerana belum mendedahkan sebarang bukti, Musa tidak bersetuju jabatan itu melayan permintaan sebegitu.

"Ia pasti akan mengganggu proses siasatan," katanya.

Berhubung tiadannya siasatan terhadap gereja itu, Musa menjelaskan bahawa JAIS tidak mempunyai kuasa menyiasat individu bukan Islam sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa polis.


http://malaysiakini.com/news/172606

Tuesday, August 9, 2011

PGSM: Cari punca susah dapat bantuan Baitul Mal

Ogos 8, 11 6:15pm

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menegaskan Baitul Mal perlu lebih agresif dan turun padang, untuk mencari punca dan masalah kenapa ada pihak yang susah mendapatkan bantuan daripadanya.

musa awang syarie lawyers association pgsm"...(ini) kerana dana yang dipegang oleh Baitul Mal adalah amanah dari seluruh umat Islam yang mengeluarkan zakat," kata timbalan presiden PGSM, Musa Awang.

Katanya, ia ekoran rentetan isu yang disiarkan oleh kebanyakan media berhubung pujukan gereja terhadap umat Islam, untuk menerima bantuan gereja bagi meneruskan kehidupan, lantaran kepayahan
mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitul Mal.


"Dedahan media tentang isu ini boleh menyebabkan kebolehpercayaan umat Islam terhadap institusi Baitul Mal terjejas, dan ditakuti pihak yang akan mengeluarkan zakat akan membelakangkan Baitul Mal," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, PGSM menggesa Baitul Mal dan JKM mengkaji semula kaedah mengumpul data dan maklumat masyarakat fakir miskin serta menambahbaik kaedah pengagihan dana kebajikan kepada masyarakat yang layak menerimanya.

"... supaya tidak ada lagi masyarakat Islam yang tercicir, yang akhirnya dipujuk oleh pihak-pihak tertentu untuk menerima bantuan dari gereja.

NONE"Kebenaran dakwaan bahawa ada masyarakat susah menerima dan atau sumbangan dari JKM atau Baitul Mal perlu dilihat dari aspek positif, bahawa masih terdapat kelemahan sistem sedia ada yang digunapakai sekarang," tambahnya.

PGSM, tegas Musa, tetap menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menguatkuasakan undang-undang Syariah sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, serta Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Selangor 2003.

"Jika terbukti dakwaan terdapat pujukan dari gereja terhadap umat Islam untuk menerima bantuan dari pihak gereja, maka PGSM menganggap ia satu usaha dakyah dan dakwah terancam yang perlu ditangani segera, dengan menguatkuasakan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam," katanya.


http://malaysiakini.com/news/172362

Thursday, June 16, 2011

Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat

Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat
Jun 8, 11 3:41pm

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

musa awang syarie lawyers association pgsmTimbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohaya itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Pelacur kelas pertama

Minggu lalu, Dr Rohaya dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

NONEKatanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".

"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.

prostitution, desa mentari, police raidSehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.

Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam.


http://malaysiakini.com/news/166362

Saturday, October 3, 2009

Ramai tak tahu prosedur khidmat guaman percuma

KUALA LUMPUR: Tidak mengetahui prosedur mendapatkan bantuan guaman bagi individu tidak berkemampuan adalah antara punca kes membabitkan masalah syarie tertangguh hingga bertahun-tahun.

Naib Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata pihaknya ada menawarkan khidmat guaman percuma menerusi Biro Khidmat Guam Syarie (BKGS) yang dimulakan sejak April tahun lalu.

Namun, masih ramai pihak bermasalah terutama wanita yang gagal membuat tuntutan fasakh belum mengetahui mengenai kewujudan BKGS itu.

“Untuk mendapatkan khidmat guaman percuma menerusi BKGS, seseorang itu perlu melalui prosedur dan syarat tertentu. Antara syaratnya pemohon mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekurang-kurangnya tiga bulan.

“Pemohon juga perlu merujuk kes mereka kepada Baitulmal Wilayah Persekutuan terlebih dulu sebelum pihak Baitulmal menyaring kes itu untuk memastikan kelayakan bagi mendapatkan khidmat peguam syarie percuma yang akan ditanggung Baitulmal.

“Kemudian Baitulmal akan menyerahkan kes yang layak kepada kami (BKGS). Setakat ini, 30 individu dirujuk Baitulmal mendapatkan khidmat guaman kami,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai kekecewaan seorang wanita berusia 47 tahun kerana kes tuntutan fasakh tidak dilayan Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan Kuala Lumpur yang antara sebab kegagalannya mengupah peguam.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sapiah meluahkan kekecewaannya kerana mengalami penderitaan dan penderaan mental serta fizikal.

Saturday, May 30, 2009

Tawar jadi orang tengah

KUALA LUMPUR: Kontroversi rumah tangga penceramah bebas, Akhil Hayy yang menjadi bualan sejak Ahad lalu, turut menggamit minat sekumpulan peguam syarie yang bersedia menjadi `orang tengah’ supaya masalah rumah tangga itu tidak dibincangkan secara terbuka.

Tawaran terbuka bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga Akhil dan isterinya, Maizawati Zainal, 33, itu dilahirkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), semalam.

Timbalan Presiden PGSM, Musa Awang, berkata pihaknya berasa isu rumah tangga Akhil dan Maizawati perlu diselesaikan secara hikmah dan tertutup.

Beliau berkata, kemelut rumah tangga penceramah itu tidak wajar dicanangkan berterusan di dada media berdasarkan `tubuh badan’ Akhil sebagai selebriti yang dipandang mulia dan baik oleh masyarakat, terutama remaja dan anak muda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...