Showing posts with label PFKZ. Show all posts
Showing posts with label PFKZ. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Ahli PAC pertikai tuduhan 'ringan' bekas menteri

Ahli PAC pertikai tuduhan 'ringan' bekas menteri
Regina Lee
Mac 2, 11
11:27am

Seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mempersoalkan 'tuduhan ringan' yang dikenakan kepada bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung kaitannya dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

kamaruddin jaafar kamaruddin jaffarAhli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, apabila ahli politik BN yang berprofail tinggi didakwa, tuduhan yang lazim dikenakan adalah ringan.

"Saya ingin tahu mengapa sedemikian. Perkara yang sama berlaku dengan (bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo dan bekas setiauasha politik (bekas menteri kewangan) Nor Mohamed Yakcop," kata Kamaruddin ketika dihubungi.

"Hal ini seakan telah menjadi pola sekarang apabila membabitkan kes-kes berprofail tinggi. Ahli politik BN yang didakwa - jika mereka didakwa - akan dikenakan hukuman yang paling ringan.”

NONEChan pada Isnin lalu dikenakan tiga pertuduhan menipu, yang membawa hukuman maksimum lima tahun setiap satu atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, PAC selepas inkuirinya pernah mencadangkan Chan disiasat untuk tuduhan pecah amanah(CBT), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan rotan dan denda bagi pegawai kerajaan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/157459

Friday, December 10, 2010

16 saksi untuk bicara kes Dr Ling

KUALA LUMPUR: Kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik (gambar), yang didakwa atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek ‘Mega Distribution Hub’ yang kini dikenali Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002 ditetapkan untuk perbicaraan pada 3 Mei tahun depan.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi selepas kes berkenaan yang dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Putrajaya disebut di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam. Sekurang-kurangnya antara 15 hingga 16 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu nanti. Dr Ling, 67, didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek PKFZ (dahulu dikenali sebagai Mega Distribution Hub) di Pelabuhan Klang.


Bagi kedua-dua tuduhan, bekas menteri itu didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Bagi pertuduhan utama, beliau didakwa menipu berhubung pembelian tanah berdasarkan terma yang dipersetujui di antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang antara lainnya adalah:

  • Luas tanah 999.5 ekar (404.5 hektar) (43,538,200 kaki persegi);
  • Kadar pembelian tanah sebanyak RM25 satu kaki persegi (skp) menjadikan jumlah pembelian bernilai RM1,088,456,000 dan;
  • Tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah ‘deferred payment’ (bayaran tertangguh) selama 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (berjumlah RM720,014,600).

    Bekas menteri itu didakwa secara curang menyembunyikan fakta ke atas tanah itu iaitu kadar RM25 skp bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 skp bagi tempoh bayaran balik 15 tahun adalah termasuk kadar kupon/faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh itu.

    Penyembunyian fakta itu mendorong Jemaah Menteri bersetuju terhadap pembelian tanah itu sedangkan beliau mengetahui perbuatannya boleh menyebabkan kerajaan menanggung kerugian. Bagi tuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


    Dr Ling turut didakwa atas tuduhan pilihan menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta serupa pada waktu dan tempat yang sama.


    Bagi tuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 417 kanun serupa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Terdahulu pada prosiding semalam, peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Ling memohon mahkamah menetapkan tarikh bicara pada Mei bagi memberinya peluang meneliti segala dokumen yang akan diserahkan oleh pihak pendakwaan. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang mengetuai pihak pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan menyerahkan dokumen berkaitan bulan depan, membabitkan lebih 200 dokumen. Dr Ling hadir ke mahkamah ditemani isterinya Toh Puan Ena Ling dilepaskan dengan jaminan bon peribadi RM1juta.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/16saksiuntukbicarakesDrLing/Article/index_html

  • Thursday, December 9, 2010

    Liong Sik dapat dokumen rahsia


    REAKSI Liong Sik ketika berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam dimaklumkan barisan pendakwaan akan membekalkan pihak pembelaan dengan dokumen-dokumen rahsia kerajaan berhubung kes penipuan RM1.08 bilion berkaitan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik.

    Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyediakan dokumen tersebut, sebagaimana diminta oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili bekas presiden MCA itu.

    "Kami akan membekalkan lebih daripada 200 dokumen tersebut, yang sesetengahnya adalah rahsia," kata Abdul Gani yang memberitahu dokumen tersebut akan diserahkan bulan depan.

    Hakim Datuk Ahmadi Asnawi kemudian menetapkan 3 hingga 20 Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan terhadap Liong Sik, 67. Beliau menghadapi pertuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek mega di Pelabuhan Klang.

    Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...