Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Buku Pengukir Nama Johor bukti Umno bohong

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Para pemimpin Umno jelas terbukti memutarbelitkan sejarah, khususnya mengenai Mat Indera, berdasarkan beberapa bukti termasuk buku bertajuk Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004 lalu.

Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam jelas mencatatkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan tokoh agama yang disegani, malah tidak terlibat langsung dengan perjuangan komunis.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, dengan itu, tindakan para pemimpin Umno mencetuskan isu itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah ia ternyata akan menimbus Umno ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Menurut beliau, buku Pengukir Nama Johor itu setebal 170 muka surat, manakala kata-kata aluannya ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno sebelum memperkatakan tentang sejarah perjuangan Mat Indera.

"Tetapi sesetengah pemimpin Umno sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah membacanya sehingga menyebabkan mereka buta sejarah.

"Kini, mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah, walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku itu yang turut membabitkan pemimpin Umno sendiri dalam penerbitannya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Sesudah membuat kesilapan mengenai sejarah perjuangan Mat Indera, menurut beliau, para pemimpin Umno kini terus membuat kesilapan lebih jauh dengan perancangannya untuk mengadakan 'road show' bagi menerangkan kepada orang ramai mengenai Mat Indera yang dikatakan terlibat dengan perjuangan komunis oleh mereka.

"Kita difahamkan, 'road show' itu akan diadakan oleh Pemuda Umno. Tetapi dalam hal ini, jika mereka mengadakan 'road show' sekalipun, mereka tetap gagal mempengaruhi orang ramai mengenai fakta sejarah yang diselewengkan itu kerana orang ramai sudah tahu siapa Mat Indera yang sebenarnya yang sememangnya tidak terlibat langsung dengan perjuangan komunis," tegasnya.

Turut hadir pada sidang media itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzukefly Ahmad.

Sementara itu, dalam buku Pengukir Nama Johor, antara lain dicatatkan, dalam sejarah perjuangan menentang penjajahan dan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, banyak tokoh yang telah terkorban demi bangsa dan negara, dikenang sebagai patriot tanah air seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau (Pahang), Datuk Dol Said (Melaka), Tok Janggut (Kelantan), Mat Salleh (Sabah), Datuk Maharajalela (Perak) dan Rosli Doby (Sarawak).

Mereka berjuang untuk kebebasan hak dan kemerdekaan negara. Namun begitu, mereka dianggap oleh penjajah sebagai penderhaka dan petualang yang mengancam keselamatan negara dan kerana itu mereka bukan sahaja perlu ditentang habis-habisan, malah dilenyapkan sama sekali daripada wujud di muka bumi ini.

Mereka tidak sekadar diburu, tetapi juga orang-orang yang hampir dan rapat dengan mereka turut diancam, digertak, diugut dan dimalukan.

Selain itu, propaganda memburuk-burukkan peribadi mereka disebarluaskan sehingga sesetengah anak negeri terpedaya dengan pembohongan itu.

Di negeri Johor terdapat seorang pejuang bangsa dan negara yang telah diberi imej buruk oleh penjajah Inggeris. Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Orang-orang yang rapat dan mengenali peribadi Mat Indera secara dekat menafikan pembohongan tersebut. Mereka tidak mempercayai bahawa itulah sifat-sifat Mat Indera.

Mereka mempersoalkan bagaimana dengan sekelip mata sifat-sifat terpuji Mat Indera boleh bertukar kepada sifat-sifat keji.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5247-buku-pengukir-nama-johor-bukti-umno-bohong

Friday, September 9, 2011

MB JOHOR DAKWA MAT INDERA KEJAM

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 8TH, 2011

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman (gambar)berkata, Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya adalah anggota Regimen Ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) yang kejam dan zalim.Beliau berkata, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) melalui keanggotaannya dalam Rejimen ke-10, serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

“Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.

“Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

“Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor di sini, Rabu.

Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, yang dengan yakin mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.

Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku “Pengkukir Nama Johor” pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera.

Abdul Ghani berkata, tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Beliau berkata, kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Feb 1950 dan fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Mengenai buku “Pengukir Nama Johor”, Abdul Ghani berkata, dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.

Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan

http://www.kl-today.com/2011/09/mb-johor-dakwa-mat-indera-kejam/

Wednesday, August 3, 2011

Pengundi meragukan, PAS Johor buat laporan polis

Ogos 2, 11 2:19pm

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Mohd Faizul Mohd Salleh hari ini membuat laporan polis mendakwa terdapat senarai pengundi meragukan dikesan dalam daftar pemilih negeri itu.

Dakwanya, semakan rambang terhadap beberapa nombor kad pengenalan melalui laman web SPR semalam mendapati sejumlah pengundi berkongsi nombor kad pengenalan lama yang sama walaupun berbeza nombor kad pengenalan baru.

NONEFaizul ((gambar kanan, tiga dari kiri) juga mendakwa, kebanyakannya mempunyai nama yang sama atau seakan-akan sama.

“Atas penemuan ini saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk membuat laporan polis kerana bimbang berlaku manipulasi ke atas senarai daftar pemilih pilihan raya Malaysia,” laporan itu dipetik.

Nama-nama yang didakwa meragukan adalah Lee Chui Ching, Sabran Hosnan dan Ong Peng Seng.


http://malaysiakini.com/news/171760

Monday, July 25, 2011

Bertindan: SPR, JPN perlu bersih data

Suhaizan Kaiat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan mengenai pilihanraya sebelum Himpunan Bersih 2.0. SPR telah menyatakan bahawa mereka telah memperkenalkan Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-PPST) di mana identifier pemohon akan dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency Link-Up System). Jika identifier tersebut sama dengan maklumat MyKad, barulah SPR mendaftarkan sebagai permohon tersebut. Jika tidak, SPR tidak akan sesekali mendaftarkan permohonan tersebut. SPR berjanji sistem yang dibina akan menolak sebarang cubaan untuk mendaftarkan permohonan yang tidak sah. SPR juga berkali-kali menolak isu “Pengundi Hantu” yang terdapat dalam daftar pemilih.

Dewan Pemuda PAS Pusat ingin mengemukakan beberapa bukti kepada rakyat Malaysia bahawa sistem E-PPST dan ALIS mempunyai beberapa kelemahan. Terdapat bukti data yang mana dua orang pemilih berkongsi satu nombor kad pengenalan lama yang sama. Bukti-buktinya adalah seperti berikut:

Bukti Pertama: Merujuk kepada data sah yang dikeluarkan oleh SPR, Low Kim Lian dan Tom Binti Din berkongsi nombor kad pengenalan lama 1790975. Kedua-dua mereka mengundi di Dun Kuala Nerang, Parlimen Padang Terap, Kedah. Persoalannya bagaimana JPN boleh membenarkan dua orang individu memiliki no kad pengenalan lama yang sama. Dalam konsep sebenar sistem komputer, no kad pengenalan lama adalah identifier kedua bagi seseorang individu. Ia samasekali tidak boleh bertindan. Jika bertindan maka ia membuktikan bahawa JPN mempunyai sistem pendaftaran yang lemah atau Standard Operation Procedure(SOP) JPN yang lemah atau lemah kedua-duanya sekali.

Bukti Kedua: Merujuk kepada data sah yang dikeluarkan oleh SPR, Mariam Bin Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling. Persoalannya yang mana satukah identiti sebenar Mariam Binti Su? Beliau seolah-olah memiliki dua identiti. Ini memberi maksud bahawa salah satu daripada identiti Mariam Bin Su adalah “Pengundi Hantu”. Inilah bukti “Pengundi Hantu” yang dicari-cari oleh SPR. Persoalannya bagaimana Sistem e-PPST, SPR boleh menerima Mariam Binti SU memiliki dua identiti sedangkan identifier kedua nombor kad pengenalan lama beliau adalah sama. Bagi sesuatu sistem komputer yang berkesan sepatutnya e-PPST tidak akan membenarkan seseorang yang memiliki identiti yang sama mendaftar sebanyak dua kali. Inilah bukti kelemahan sistem e-PPST.

Bukti Ketiga: Merujuk kepada data sah yang dikeluarkan oleh SPR, Murugan A/L Subramaniam dilahirkan pada 02hb Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama. Hanya 4 digit terakhir kad pengenalan iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti Murugan A/L Subramaniam. Persoalannya mana identiti sebenar Murugan A/L Subramaniam? Bukankah salah satu daripada identiti Murugan A/L Subramaniam adalah “Pengundi Hantu”. Saya yakin dua identiti ini adalah orang yang sama. Persoalannya, bagaimana masalah ini boleh terjadi?

SPR dan JPN wajib memperbaiki sistem komputer yang dibangunkan. Selepas itu pemutihan data perlu dilakukan. Sistem e-PPST dan ALIS hendaklah mampu mengesan cubaan untuk mendaftar data-data yang tidak sah dan bertindan. Dewan Pemuda PAS memiliki banyak lagi data-data sah daripada SPR yang bertindan seperti yang dibuktikan di atas. Data-data ini akan kita gunakan untuk menguji keberkesanan sistem yang dimiliki oleh SPR dan JPN pada masa akan datang. SPR dan JPN jangan hanya membuang data yang meragukan tanpa memperbaiki sistem komputernya. Data tidak akan bersih sepenuhnya tanpa perubahan pada sistem komputer SPR dan JPN. Tuntutan pembersihan data pemilih merupakan salah satu tuntutan Bersih 2.0.

SUHAIZAN BIN KAIAT

PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI DAN MOBILISASI, PEMUDA PAS PUSAT

KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR


http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/4482-bertindan-spr-jpn-perlu-bersih-data

Wednesday, July 6, 2011

30,000 ahli PAS Johor ke himpunan Bersih 2.0







Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pemuda PAS Johor akan mengerahkan lebih 30 ribu ahli dan penyokong untuk hadir secara beramai-ramai ke Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

Mereka tidak perlu bimbang untuk hadir kerana himpunan itu bukan himpunan haram, sebaliknya himpunan halal yang dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia dan tidak bertentangan dengan Akta Polis 1967.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, tambahan pula, Jawatankuasa Bersih 2.0 tidak perlu mendapat permit daripada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium kerana kawasan tersebut adalah kawasan persendirian.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), ini telah jelas dinyatakan dalam seksyen 27A Akta Polis 1967 (Akta 344) dan yang perlu dipohon adalah kebenaran pemilik stadium sahaja.

Katanya, Pemuda PAS menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang telah berkenan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Bersih 2.0 pada 5 Julai lalu.

"Rakyat jelata bersyukur atas keprihatinan Tuanku memberi nasihat berguna kepada semua pihak dan Tuanku sendiri telah berjanji akan menyampaikan segala tuntutan Bersih 2.0 kepada pihak kerajaan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Pertemuan itu juga, menurut beliau, merupakan pengiktirafan Tuanku terhadap Bersih 2.0 untuk menuntut suatu pilihanraya yang bersih dan adil di negara tercinta ini.

Beliau berkata, sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin telah menuduh Bersih 2.O adalah pertubuhan haram, dikaitkan dengan fahaman komunis dan dituduh sebagai golongan yang mahu mencetuskan suasana huru hara dalam negara.

Atas tuduhan itu, pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah Bersih, mengeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju kuning dan lain-lain lagi.

"Pemuda PAS mendesak Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menarik balik segala tuduhan tersebut kerana ia adalah tuduhan yang serius dan telah menyebabkan suasana tidak selesa di kalangan rakyat negara ini.

"Jika tuduhan ini tidak ditarik maka seolah-olah telah berlaku komplik di antara nasihat Yang di-Pertuan Agong dengan arahan Menteri Dalam Negeri. Rakyat merasa keliru terhadap masalah ini," tegasnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak pun telah memberi kebenaran bersyarat untuk mengadakan perhimpunan di stadium. Pihak Bersih 2.0 pun telah bersetuju dengan cadangan pihak kerajaan.

" Jika Menteri Dalam Negeri tidak menarik balik tuduhan terhadap Bersih 2.0 maka Menteri Dalam Negeri juga telah berkomplik dengan Perdana Menteri.

"Selain itu, semua pihak termasuk media dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang telah melebelkan Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan haram hendaklah menarik balik tuduhan tersebut," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4216-30000-ahli-pas-johor-ke-himpunan-bersih-20

Friday, April 1, 2011

Gadis hidap barah tulang perlu RM18,000

KUALA LUMPUR: Impian seorang gadis untuk bergelar pendidik terpaksa ditangguhkan selepas disahkan menghidap penyakit barah tulang belakang yang mula dikesan sejak awal bulan lalu.

Nurarina Mohd Shapii, 22, yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) memerlukan bantuan sebanyak RM18,000 bagi menampung kos rawatan dan pembedahan akan dijalankan dalam tempoh terdekat.


Ibunya, Asmah Sandrang, 46, berkata penyakit anaknya mula dikesan ketika anaknya mengerang kesakitan selepas bangun daripada tidur dan tidak mampu untuk bergerak menyebabkannya bertindak menghantar anaknya ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

“Arina dibawa ke PPUKM selepas menjalani pemeriksaan rapi di hospital Johor Bharu dan doktor mengesahkan dia menghidap penyakit barah tulang belakang pada tahap kritikal yang memerlukan pembedahan segera bagi mengeluarkan ketumbuhan itu.


“Saya mengharapkan Arina akan kembali sihat seperti biasa selepas menjalani pembedahan. Kami sekeluarga akan terus memberikan semangat dan sokongan agar dia dapat melawan penyakit yang menyerangnya ini selain merayu bantuan daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui di PPUKM, di sini, semalam.


Asmah seorang peniaga makanan dari Johor Bharu memperoleh pendapatan sekitar RM600 sebulan manakala suaminya, Mohd Shapii Mayuni, 52, lumpuh separuh badan sejak dua tahun lalu dan kini tidak lagi mampu untuk bekerja.

Sementara itu, Pensyarah Ortopedik dan Pembedahan Tulang Belakang, Fakulti Perubatan PPUKM, Dr. Mohd Hisam Muhamad Ariffin, berkata penyakit barah tulang belakang yang dihidapi pesakit hingga menekan saraf tunjang menyebabkannya lumpuh separuh badan.


Menurutnya, pembedahan segera untuk mengeluarkan ketumbuhan di tulang belakang dan menggantikannya dengan menggunakan skru khas akan dijalankan dan proses pembedahan ini akan memakan masa hampir empat atau lima jam.

Orang ramai yang ingin menderma boleh memberi sumbangan melalui cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dan alamatkan sumbangan anda ke Bahagian Kewangan/ Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GadishidapbarahtulangperluRM18_000/Article/index_html

Monday, March 28, 2011

Kebas wang atuk RM65,000

Kebas wang atuk RM65,000

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Dia dijadikan cucu angkat dan ditatang bagai minyak yang penuh, namun segala jasa datuknya dibalas dengan pengkhianatan apabila melesapkan wang pencen milik warga emas itu berjumlah RM65,000.

Lebih memilukan Yasin Sagi, 80, dari Kampung Majidee Baru, di sini, cucu angkatnya yang dipanggil nama Gemuk, 30-an menipunya dengan mendapatkan cap jarinya ketika menemaninya melakukan urusan di bank.


Yasin yang mengalami masalah pendengaran berkata, Gemuk tinggal di Stulang, tidak jauh dari rumahnya dan sering mengunjunginya, selain ringan tulang.

“Dia menggelar saya ‘Atuk’ dan kerana itu saya menjadikannya cucu angkat. Keluarga saya juga menyenangi sikapnya yang tidak berkira selain gemar membantu.


“Rupa-rupanya itu semua helahnya untuk mencuri duit saya. Kini semua wang hasil titik peluh sepanjang 30 tahun bertugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) lesap,” katanya.


Yasin berkata, dia menyedari Gemuk mencuri duitnya selepas menerima rekod pengeluaran wang di bank antara 23 Disember tahun lalu hingga 4 Januari lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, Gemuk menemaninya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta sebuah bank di Larkin Perdana untuk membuka buku akaun simpanan bank.


“Pada 23 Disember, Gemuk membawa saya ke cawangan bank di Jalan Wong Ah Fook mengeluarkan RM2,000 bagi membeli baja. Gemuk kemudian membuat permohonan mendapatkan kad ATM (mesin juruwang automatik) atas nama saya tanpa pengetahuan saya.

“Saya yang kurang tahu prosedur bank hanya mengikut permintaannya apabila dia meminta cap jari pada satu borang,” katanya.


Menurutnya, dengan kad ATM itu Gemuk membuat beberapa pengeluaran antara 23 Disember tahun lalu dan 4 Januari lalu, sehingga semua wang pencennya RM65,000 di dalam akaun habis.


Yasin berkata, dia hanya menyedari wang pencennya licin selepas dimaklumkan menantu, Ungku Chik, 40-an, selepas menerima makluman dari bank mengenai rekod pengeluaran wang menggunakan kad ATM dengan jumlah maksimum RM5,000 setiap hari secara berterusan selama dua minggu.


“Sejak itu, Gemuk menghilangkan diri. Saya tidak sangka dia menipu dan mencuri duit saya,” katanya. Yasin turut kecewa dengan pengurusan bank berkenaan yang memberi kebenaran kepada individu lain bagi membuat urusan permohonan kad ATM.


Yasin membuat laporan di Balai Polis Majidee pada 4 Januari lalu dan jurucakap balai polis berkenaan mengesahkan menerima laporan itu.


“Kami masih menjalankan siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Gemuk menghubungi talian 07-2212999 atau 07-2254422,” kata jurucakap itu.


http://www.hmetro.com.my/articles/KebaswangatukRM65_000/Article

Sunday, March 20, 2011

Ditumbuk, rompak, culik

Oleh MARY VICTORIA DASS
maryvictoria@hmetro.com.my

LEBAM...Yuen menunjukkan kesan lebam di wajahnya gara-gara ditumbuk  sekumpulan penjenayah.
LEBAM...Yuen menunjukkan kesan lebam di wajahnya gara-gara ditumbuk sekumpulan penjenayah.

JOHOR BAHRU: “Saya hanya ingat mati apabila diculik. Penculik itu bukan saja menutup mata saya tetapi turut mencekik leher, menumbuk muka bertubi-tubi dan mengikat tangan selepas saya dihumban ke tempat duduk belakang kereta keluarga,” kata mangsa culik, Yuen Mei Kien, 49, semalam.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu terpaksa menempuhi detik mencemaskan apabila diculik kumpulan penjenayah hampir dua hari, termasuk dirompak dan dikurung di sebuah rumah, sebelum dibebaskan awal pagi semalam.


Yuen berkata, kejadian berlaku jam 6 pagi Khamis lalu ketika dia meletakkan kereta berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Bukit Indah, di sini, kerana mahu menaiki kenderaan rakan untuk menuju ke tempat kerja di Singapura.

Yuen yang bekerja sebagai ketua pentadbir di sebuah syarikat swasta di negara republik itu berkata, ketika turun dari kereta, tiba-tiba dua lelaki menghampirinya dan merampas kunci kereta sebelum dia dihumban ke kereta milik keluarganya.


“Lebih kuat saya meronta, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bertindak lebih ganas dan mencekik saya hingga saya terpaksa akur dengan arahan mereka demi menyelamatkan nyawa.


“Setiap kali bertanya termasuk nombor pin kad mesin juruwang automatik (ATM), mereka menumbuk muka saya, mengakibatkan hampir keseluruhan wajah menjadi lebam, terutama di mata.

“Kemudian mereka mengurung saya di dalam kereta hampir 10 jam sementara mengeluarkan wang saya bernilai RM10,000 daripada ATM,” katanya.


Yuen berkata, sepanjang perjalanan dalam kereta, dia mendengar kumpulan penjenayah berkomunikasi dalam Bahasa Tamil sebelum dia dikurung di bilik gelap di sebuah rumah bagi mengelakkannya melarikan diri.

Bagaimanapun kira-kira jam 2.30 pagi semalam, penjenayah menghantarnya ke Jalan 1/3, Taman Bukit Indah, di sini, menggunakan kereta sebelum menghilangkan diri.


“Keadaan saya lebih buruk daripada banduan penjara. Saya bukan saja kelaparan kerana tidak diberikan makan minum hampir dua hari, malah cedera hampir seluruh badan.


“Melihat keadaan saya yang tidak bermaya, mereka mengambil keputusan meninggalkan saya di tepi jalan biar pun pada awalnya mengugut menghumban saya ke dalam longkang,” katanya yang kemudian dibantu beberapa pengguna jalan raya.


Yuen yang masih trauma dengan kejadian itu meminta bantuan orang ramai yang ada maklumat berkaitan kereta keluarga Toyota Vios dengan nombor pendaftaran JMA 8711 yang dilarikan penjenayah itu supaya menghubungi polis secepat mungkin.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superitendan Abdul Aziz Ahmad mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan.


Beliau berkata, dalam kejadian itu mangsa turut kehilangan wang tunai RM500, S1,000 (mata wang Singapura), telefon bimbit dan kereta jenis Toyota Vios.


Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan dan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik.


“Polis akan mengambil keterangan daripada mangsa secepat mungkin selain menjalankan usaha bagi menangkap penjenayah terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.


http://www.hmetro.com.my/articles/Ditumbuk_rompak_culik/Article/artikelMA

Friday, March 18, 2011

'Aku tikam jika kau urut lelaki'

'Aku tikam jika kau urut lelaki'

Oleh Ibrahim Isa dan Salman Hamat
am@hmetro.com.my

TERBARING...pasukan perubatan HSA merawat mangsa di tempat kejadian. Gambar kecil, Dewi.
TERBARING...pasukan perubatan HSA merawat mangsa di tempat kejadian. Gambar kecil, Dewi.
TRAGEDI...lokasi kejadian dua beranak terbabit ditikam, semalam.
TRAGEDI...lokasi kejadian dua beranak terbabit ditikam, semalam.

JOHOR BAHRU: Tidak tergambar kesengsaraan dialami seorang wanita yang hamil empat bulan apabila dia bukan saja ditikam bapa kandung di rumahnya di Kampung Sri Serdang, di sini, petang semalam, malah pisau berkenaan terpacak di belakang badannya kira-kira empat jam sebelum berjaya ditarik keluar.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Dewi, 43, maut ditikam di perut, manakala mangsa yang hanya dikenali sebagai Idah, 28, parah apabila pisau itu ditusuk sehingga hampir mengenai tulang belakangnya.

Difahamkan, pasukan perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan imbasan X-ray sebelum mengeluarkan pisau berkenaan bagi mengelak kecederaan lebih parah sekiranya senjata itu terkena tulang belakang mangsa.

Selain itu, pasukan perubatan perlu berhati-hati bagi memastikan bayi dalam kandungan mangsa selamat berikutan dia kehilangan banyak darah.

Dua beranak itu menyediakan khidmat mengurut badan secara sambilan di rumah berkenaan dan ketika kejadian, suami mangsa pulang ke Indonesia atas urusan keluarga.

Sementara itu, saksi, Farhana Zamir, 16, berkata dia tidak menyangka amaran yang didengarnya beberapa hari lalu menjadi kenyataan.

Katanya, dia terdengar seorang lelaki pernah memberi amaran kepada Dewi supaya tidak meneruskan perkhidmatan mengurut lelaki.

“Saya terdengar ‘kalau kau urut lelaki di rumah ini, aku tikam kau’, tetapi saya tidak menyangka ia menjadi realiti.

“Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi itu amaran yang saya dengar kerana lelaki terbabit sering ke rumah Dewi dan bertengkar dengannya.

“Ketika kejadian, saya sibuk membasuh baju sebelum terdengar orang bertengkar di rumah itu.

“Pada mulanya, saya tidak mengendahkannya, tetapi keluar selepas mendapati ia berbeza berbanding biasa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik keluar rumah, dia melihat Dewi dan Idah terbaring di lorong belakang rumah lalu segera berlari ke depan untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

Jiran, Aizuddin Ramli, 22, berkata sebaik keluar rumah, dia melihat Dewi keluar dari pintu belakang sambil memegang perutnya dan berjalan terhuyung-hayang.

“Ia diikuti Idah dengan pisau masih tertusuk di belakang badannya dan ia mengerikan. Pada masa sama, saya melihat seorang lelaki berbadan gempal minum air di depan rumah dua beranak berkenaan.

“Saya mendapatkan bantuan orang ramai untuk mengejar lelaki terbabit dan menahannya sebelum diserahkan kepada polis yang melalui kawasan ini,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan lelaki terbabit bukan suspek sebaliknya pelanggan mangsa kerana beberapa penduduk mendakwa terlihat kelibat suspek utama mengekori Dewi hingga ke lorong belakang rumah.

Penduduk mendakwa suspek mencium dahi bekas isterinya itu selepas wanita berkenaan rebah sebelum melarikan diri ketika orang ramai mengejar lelaki berbadan gempal terbabit.

Berikutan itu, polis menjejaki suspek dan menahannya ketika dia cuba mengambil motosikalnya yang diletakkan di lokasi berhampiran beberapa jam kemudian.


http://www.hmetro.com.my/articles/Akutikamjikakauurutlelaki/Article

Basuh lepas bunuh


BEBERAPA jiran melihat mayat Demah (kiri) yang mati ditikam dua lelaki di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang penjenayah sempat meminta izin untuk menggunakan air seorang penduduk bagi membersihkan darah yang memenuhi muka dan bajunya selepas menyamun dan membunuh seorang tukang urut wanita semalam.

Kejadian pukul 3 petang di sebuah rumah di Jalan Seniman, Kampung Sri Serdang di sini itu menyebabkan Demah Cinak, 43, mati di tempat kejadian. Anak angkatnya, Mahmudah, 35, yang turut berada di rumah ketika kejadian pula parah ditikam.

Demah yang ditikam di perut mempunyai status penduduk tetap manakala Mahmudah warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci.

Seorang jiran, Norfarhana Zamir, 16, memberitahu, ketika kejadian dia sedang membasuh pakaian sebelum terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh.

Katanya, sebaik keluar dia ternampak seorang lelaki bermandikan darah di muka dan bajunya sebelum penjenayah itu meminta izin seorang jiran lain menggunakan air untuk membasuhnya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Thursday, March 10, 2011

Pihak berkuasa Indonesia acu senjata

PONTIAN: Cubaan untuk berunding bagi membebaskan tujuh nelayan tempatan yang ditahan Polisi Air (PolAir) Indonesia di kedudukan 12.5 batu nautika dari perairan Senggarang, berhampiran Tampok, Pontian Besar di sini, petang kelmarin, hampir mencetuskan ketegangan apabila pihak berkuasa negara jiran itu mengacukan senjata ke arah anggota Polis Gerakan Marin (PGM).

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, empat anggota PGM diacukan senjata selepas diarahkan beredar oleh kira-kira 20 anggota PolAir terbabit, menyebabkan rundingan untuk membebaskan nelayan terbabit serta dua bot pukat tunda menemui jalan buntu.


Berikutan bimbang berlaku perkara tidak diingini, anggota PGM terpaksa membiarkan nelayan dan bot pukat tunda berkenaan dibawa ke perairan Indonesia. Perkara berkenaan terdedah selepas rakaman kejadian disaksikan ahli keluarga nelayan terbabit.

Dua kumpulan nelayan tempatan itu membabitkan tekong bot pukat tunda bernombor pendaftaran JHF7281B, Ibrahim Mohd Kassim, 28, dan tiga awak-awaknya, Redzuan Aris, 35, Mohamad Zamri Hambali, 26, dan Subani Samsuddin, 40-an, yang juga warga Indonesia.


Tiga lagi nelayan diketuai tekong, Zainodin Adam, 53, dan dua awak-awak, Rosli Ab Kassim, 34, dan Jamil Md Top, 53, pula menaiki bot pukat tunda bernombor pendaftaran JHF6963B.


Abang kepada Ibrahim, Tahir, 44, berkata kedua-dua bot pukat tunda itu belayar dari Pangkalan Pontian Besar pada kira-kira jam 2 petang dan dijangka pulang hari ini.

“Saya dimaklumkan berkaitan kejadian menerusi rakan yang menerima panggilan telefon daripada Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika kami ingin mendapatkan pengesahan berkaitan kejadian itu.


“Saya difahamkan, sebaik PolAir menghampiri bot Ibrahim pada kira-kira jam 5 petang, dia mencari kedudukan bot menerusi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan mendapati mereka berada di kedudukan latitud utara 01’26.958, longitud timur 103’04.046, iaitu masih dalam perairan Malaysia.

“Selepas itu, Ibrahim terus menghantar SMS kepada pegawai APMM sebelum pegawai berkenaan menghubungi seorang daripada nelayan di darat bagi mendapatkan kepastian sama ada terdapat kumpulan nelayan berada di sekitar lokasi itu.


“Mendengar kejadian itu, seorang daripada rakan di jeti terus menghubungi PGM sebelum pasukan berkenaan ke lokasi dari pangkalan mereka di Kukup,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PihakberkuasaIndonesiaacusenjata/Article/index_html

Wednesday, March 2, 2011

Pakej tukar suami isteri

Pakej tukar suami isteri

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

BUKTI...SMS yang dihantar pasangan dari negara jiran terbabit.
BUKTI...SMS yang dihantar pasangan dari negara jiran terbabit.

JOHOR BAHRU: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai ‘swinger’ anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.

Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing.

Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.


Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional dari negara jiran berusia 30-an.

Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra mereka sebelum bertukar nombor telefon.


Katanya, dia tidak sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk mereka.


“Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah.

“Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan, kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di negara itu,” katanya.


Arshad berkata, tembelang pasangan yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu.

Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan penduduk negeri ini.


“Saya terkejut apabila menerima SMS daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu.


“Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu.


“Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan keseronokan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Arshad berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka.


Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat moden seluruh dunia.


“Saya dan isteri bimbang dengan perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia maksiat.


“Kami berharap dengan pendedahan ini pasangan suami isteri lain lebih berhati-hati dengan taktik pasangan warga asing itu kerana boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga selain merosakkan akidah,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Pakejtukarsuamiisteri/Article

Monday, February 28, 2011

Pembeli rumah derita 10 tahun


OSMAN bersama para pembeli menunjukkan projek perumahan terbengkalai di Taman Desa Kempas, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Selepas sedekad menunggu, seramai 666 pembeli projek perumahan Taman Desa Kempas di sini kecewa dan tertekan ekoran rumah idaman mereka sehingga kini masih belum siap-siap.

Lebih menyedihkan, mereka banyak kali mengadukan masalah tersebut kepada pihak pemaju namun ia ibarat mencurah air di daun keladi.

Akibatnya, pembeli terpaksa menanggung kerugian termasuk menanggung kos bayaran rumah sewa selain membayar ansuran pinjaman kepada pihak bank setiap bulan.

Seorang pembeli, Faridah Ban, 45, berkata, dia membeli sebuah rumah berharga RM88,000 itu pada tahun 2001 dan sampai sekarang, ia belum disiapkan.

“Rumah fasa ketiga itu sepatutnya siap dalam tempoh tiga tahun namun sehingga tahun 2011 hanya siap 90 peratus sahaja.

“Saya kecewa kerana terpaksa menyewa di tempat lain dengan kadar RM350 sebulan manakala pinjaman rumah itu pula perlu dibayar sebanyak RM200 sebulan,” katanya yang mempunyai tiga orang anak di sini semalam.

Bagi Yong Yeok Sheng, 39, dia kecewa dengan kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan tersebut.

Dia juga terpaksa menanggung bayaran pinjaman bank rumah yang dibeli pada harga RM90,000 sejak sembilan tahun lalu.

“Jadi saya minta pemaju bertanggungjawab dan menyiapkan segera rumah kami,” katanya yang kini menyewa di rumah lain pada kadar RM400 sebulan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Sunday, February 27, 2011

Berat mata memandang


MERSING - Sukar menggambarkan penderitaan yang ditanggung oleh seorang ibu apabila anaknya mengalami kesukaran untuk minum setelah disahkan mengalami sumbing.

Kunjungan Sinar Harian ke rumah suri rumah berkenaan mendapati, bayi malang berkenaan terpaksa menggunakan botol meskipun masih terlalu awal untuk menggunakannya demi mengisi perut.

Siti Jumanah Marjuki, 41, berkata, anak lelakinya, Mohamad Faiz Irfan Rozali disahkan mengalami sumbing sejak kelahiran kira-kira dua minggu lalu dan agak terkejut apabila diberitahu doktor bahawa bayi lelakinya sumbing di beberapa bahagian iaitu hidung, mulut dan gusi.

“Selepas melahirkannya, jururawat datang dan menunjukkan Mohamad Faiz Irfan kepada saya, namun disebabkan terlalu terkejut, saya pengsan. Bagaimanapun, selang tiga hari, hati saya tenang kerana dapat menerimanya dan menyusukannya.

“Pada mulanya, memang agak sukar saya untuk menerima semua ini, namun semua adalah suratan Ilahi, kami menerimanya dengan hati redha,” katanya yang ditemani suaminya, Rozali Abdul Rahman, 54.

Siti Jumanah berkata, sepanjang mengandungkan Mohamad Faiz Irfan dan setiap pemeriksaan kandu­ngan, doktor memberitahu tiada sebarang masalah kepada bayi berkenaan.

Katanya, bayi lelakinya yang berusia hampir dua minggu itu kini terpaksa bergantung kepada botol susu kerana tidak dapat menyusu secara normal seperti bayi lain.

“Mohamad Faiz Irfan terpaksa diberi susu dengan berhati-hati kerana jikalau tidak diberi susu dengan baik, dia akan tersedak kerana salur pernafasannya agak sempit dan tidak berfungsi dengan baik,” katanya.

Sehingga kini, Mohamad Faiz Irfan terpaksa menjalani rawatan susulan di sebuah hospital di Kuantan dan terpaksa dibawa ke hospital seminggu sekali untuk pemeriksaan.

Menurut Siti Jumanah, mungkin bayi lelakinya itu terpaksa dibedah, namun tarikh tepat masih belum diketahui.

“Doktor ada memberitahu, pembedahan bagi merawat kecacatan sumbing sudah tercatat dalam sejarah kejayaannya dan saya juga berharap agar pembedahan anak nanti akan turut berjaya.

“Saya turut mengakui bimbang dengan masa depan Mohamad Faiz Irfan sean­dainya tidak dibedah dan juga berharap agar ada pihak tampil untuk memberi sumbangan bagi menampung kos peru­batan anaknya itu.

“Melihat anak lelaki saya, kadang-kadang terfikir nasib anak lelaki ini apabila mungkin berdepan risiko pembedahan yang kemungkinan pekak dan percakapan tidak jelas.

“Bagaimana nak menang­gung kos pembedahan dan rawatan susulan sedangkan saya tidak bekerja. Jika sebelum ini, saya ada bekerja di kantin sekolah, namun disebabkan keadaan anak yang mahu penjagaan rapi, saya tidak dapat lagi bekerja,” katanya sayu.

Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat dan sumbangan, boleh menghubungi keluarga ini di talian 017-7040341 atau di alamat 204 Blok J, Skim Perumahan Kos Rendah (SPKR) Felda Endau, 86900, Mersing.


http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8809844.asp

Saturday, February 26, 2011

Beratur panjang dalam kebun

Beratur panjang dalam kebun

Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my

RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.
RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.

SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.

“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Beraturpanjangdalamkebun/Article

Wanita pergi kerja mati

Wanita pergi kerja mati

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

ANGKAT...anggota polis forensik mengangkat mayat Alamelu.
ANGKAT...anggota polis forensik mengangkat mayat Alamelu.

JOHOR BAHRU: Seorang tukang cuci maut apabila tiga lelaki yang menunggang motosikal menghimpit motosikal diboncengnya dalam satu cubaan meragut di Jalan Skudai-Jalan Tun Razak di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, R Alamelu, 52, mati di tempat kejadian selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang adik iparnya, D Ganesh, 36.

Ketika kejadian, Ganesh dalam perjalanan menghantar mangsa ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Ibrahim untuk berjumpa suaminya yang menaiki kenderaan berasingan sebelum mereka bersama-sama ke Singapura untuk bekerja.

Difahamkan, Ganesh menyedari diekori sekumpulan lelaki dipercayai warga asing sebelum membelok ke stesen minyak di Jalan Padi, Bandar Baru Uda.

Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki itu terus menghimpit motosikal ditunggangnya sebelum seorang daripada mereka cuba menarik beg pinggang dipakai mangsa.

Tindakan itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya menyebabkan ketiga-tiga lelaki terbabit melarikan diri tanpa dapat meragut beg pinggang mangsa.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Kamil, 30-an berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan raya menyebabkan pengguna jalan raya lain memperlahankan kenderaan.

“Pada awalnya saya menyangka ia hanya kemalangan biasa. Bagaimanapun, saya hanya mengetahui ia cubaan ragut selepas dimaklumkan mangsa. Ada pengguna jalan raya cuba mengejar tiga peragut itu tapi gagal,” katanya.

Menurut Kamil, pada waktu puncak, dianggarkan lebih 30,000 penunggang motosikal akan ke Tambak Johor melalui Jalan Skudai dan ketika itulah ada di kalangan peragut mengambil kesempatan menjalankan kegiatan.

“Kami berharap polis mengambil perhatian berkaitan perkara ini dan lebih kerap mengadakan sekatan jalan serta rondaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kes berkenaan benar-benar membabitkan kejadian ragut.

“Berdasarkan siasatan awal, barangan milik mangsa gagal dilarikan penjenayah, ada kemungkinan mangsa maut akibat serangan jantung.

“Polis akan mengambil keterangan dan menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan kejadian. Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Sultan Ibrahim (HSI) untuk bedah siasat,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membantu siasatan.


http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitapergikerjamati/Article

Wanita mati terkejut diragut




JOHOR BAHRU – Hasrat seorang wanita untuk menyelamatkan beg tangannya daripada diragut tiga lelaki warga asing berkecai apabila dia mati selepas terjatuh daripada motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan anak lelakinya di Bandar Baru UDA di sini semalam.

Kejadian pukul 5.50 pagi itu menyebabkan seorang tukang cuci, R. Alamelu (gambar), 49, mati di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kematiannya lebih kepada rasa terkejut dengan kejadian itu.

Anak mangsa, R. Mugash, 20, berkata, rakannya, Ganesan yang menunggang motosikal itu memberitahu, ketika kejadian, mereka telah didekati oleh dua buah motosikal yang ditunggang oleh tiga lelaki warga asing lalu cuba meragut beg tangan ibunya.

Bagaimanapun katanya, ibunya enggan melepaskan beg tersebut sebelum berlaku adegan tarik menarik.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Satu badan gatal-gatal

GATAL...kesan merah di lengan Hasanah.
GATAL...kesan merah di lengan Hasanah.

JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.

Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.


Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.

Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.


“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.


“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.

“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.

“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Satubadangatal-gatal/Article

Sunday, February 20, 2011

Tuduh anak pembawa sial

Tuduh anak pembawa sial

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

KEJAM...Shatini menunjukkan kesan dera di kedua-dua lengan akibat dipukul bapa.
KEJAM...Shatini menunjukkan kesan dera di kedua-dua lengan akibat dipukul bapa.

ULU TIRAM: Seorang kanak-kanak perempuan dianggap pembawa sial kerana berpenyakit kulit sejak dilahirkan, dilayan lebih teruk daripada haiwan dan menjadi mangsa deraan bapa kandungnya di Taman Puteri Wangsa di sini, sejak lebih 10 tahun lalu.

Bapa kanak-kanak berusia 12 tahun itu bukan saja memukulnya menggunakan kayu serta topi keledar, malah kanak-kanak malang itu dicucuh dengan besi panas.


Bagaimanapun, perlakuan kejam lelaki berusia 40-an itu terdedah selepas mangsa yang hanya dikenali sebagai Shatini mengadu nasib malang menimpanya kepada jiran sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tengah hari semalam.

Shatini yang menghidap penyakit kulit di kaki dan tangan didapati mempunyai 20 kesan luka lama dipercayai akibat penderaan fizikal.


Menurut Shatini, bapanya memberi alasan dia diperlakukan sedemikian kononnya untuk mendidiknya lebih berdisiplin.


“Saya sudah lali dengan sikap panas baran bapa yang kerap memukul, menendang, memijak dan memaki hamun saya menggunakan perkataan lucah hampir setiap hari setiap kali pulang kerja.

“Berbeza dengan adik perempuan yang berusia lapan tahun, ibu dan bapa memanjakan dan menyayanginya kerana dia tidak memiliki sebarang kecacatan seperti saya,” katanya.


Shatini diberhentikan sekolah ketika tahun lima mendakwa, penderaan terbaru dialaminya kelmarin, selepas ibu bapanya bertengkar.

Menurutnya, bapanya yang menuduh dia punca masalah itu memanaskan besi sebelum menekap besi itu pada tumitnya.


“Selepas itu, ibu (berusia 30-an) pula memukul saya menggunakan paip PVC pada paha,” katanya.


Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, sejak lebih setahun lalu, dia diarah tinggal di rumah dan membersihkan rumah ketika bapa serta ibunya keluar bekerja di Singapura.


“Bapa bekerja di bahagian pembersihan manakala ibu sebagai pengawal keselamatan. Saya hanya dibenar makan nasi dan lauk yang disimpan berhari-hari, kononnya bagi menjimatkan perbelanjaan.


“Ibu dan bapa mengatakan ia perlu dilakukan supaya mereka boleh mengumpul wang bagi mengubah suai rumah,” katanya.


Menurut Shatini, dia pernah bersekolah di sekitar bandar raya ini sehingga tahun empat sebelum dihantar ke Butterworth, Pulau Pinang, untuk tinggal bersama saudara ibu serta bersekolah di sana.


Bagaimanapun, ia hanya untuk setahun sebelum dibawa pulang ke Johor awal tahun lalu, dengan alasan mahu disekolahkan di sini.


“Itu semua hanya alasan kerana sebenarnya saya dijadikan tempat bapa melepaskan geram,” katanya.


Sementara itu, Pegawai JKM Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar berkata, selepas Shatini diselamatkan pihaknya melaporkan kes dera itu di Balai Polis Pelangi Indah.


“Kanak-kanak itu akan diberi perlindungan dan kesnya akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.


“Dia sudah dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan dan JKM juga akan mendapatkan maklumat daripada ibu bapanya secepat mungkin,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Balai Polis Pelangi Indah mengesahkan menerima laporan itu dan akan mengambil keterangan ibu bapa kanak-kanak itu dalam tempoh terdekat.

http://www.hmetro.com.my/articles/Tuduhanakpembawasial/Article

Friday, February 18, 2011

MP Bakri dihalang ikuti proses cabutan lot tanah

Harakahdaily

MUAR, 17 Feb: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa telah menerima laporan daripada penduduk setempat yang mendakwa wujud penyelewengan dalam proses pemberian tanah di Bukit Naning yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah Daerah Muar.

Tanah yang terletak di belakang Klinik Desa, Parit Mohd Zin telah ditawarkan kepada penduduk Bukit Naning untuk tujuan perumahan.

Tanah tersebut telah dibahagikan kepada 28 lot, nombor lot bermula dari PTD8799 sehingga PTD8826. Setiap tanah yang ditawarkan masing-masing kurang daripada satu ekar.

Tawaran tersebut telah dimulakan sejak bulan Mac, 2008 dan pemohon akan ditemuduga pada 24 Jun.

[Gambar: Seorang ahli Umno cuba menghalangkan Er (kiri) meneliti proses cabutan lot tanah.]

Seramai 560 orang penduduk telah memohon tawaran tersebut dan wang sebanyak RM30 telah diserahkan oleh mereka sebagai wang pendaftaran.

Pada 7 Februari 2011, pemohon yang berjaya telah menerima surat rasmi daripada Pejabat Tanah Daerah Muar bahawa cabutan lot tanah akan diadakan di Kompleks Penghulu Ayer Hitam pada jam 9.30 pagi, semalam.

Namun, sebahagian daripada pemohon yang gagal telah mendapati bahawa kebanyakan daripada pemohon yang berjaya dalam pemohonan adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengaruh politik atau merupakan pemimpin politik tempatan.

Hal ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemohon.

Semalam, Er Teck Hwa yang ditemani oleh pemohon yang gagal iaitu Shamsuddin Buang dan Azman Ibrahim untuk membuat laporan polis di Pondok Polis Bukit Naning.

Selepas membuat laporan polis, Er telah hadir di majlis cabutan yang diadakan di Kompleks Penghulu Ayer Hitam untuk memerhatikan proses cabutan tersebut.

Namun seorang bekas bendahari Umno cawangan telah menghalang Er daripada memasuki kompleks tersebut kerana menurutnya Er tidak diundang.

Namun, Er berkeras untuk masuk ke dalam kompleks supaya dapat meneliti proses cabutan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab seorang wakil rakyat.

Pada hari yang sama, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Muar kerana dihalang untuk menjalankan tugas rasmi sebagai seorang ahli Parlimen.

Daripada identiti pemohon yang lulus dalam pemohonan, 9 daripada mereka adalah paling disyaki.

Mereka termasuklah ketua dan bekas ketua kampung, pemimpin dan keluarga Umno cawangan.

Walaupun keupayaan kewangan tidak dinyatakan sebagai satu syarat dalam petimbangan tawaran tanah ini, namun sebagai kerajaan yang melaung-laungkan slogan menjaga hak rakyat, keutamaan harus diberikan kepada mereka yang kurang upaya untuk memiliki rumah.

Selain daripada itu, pemohon-pemohon berjaya yang datang daripada keluarga yang sama dan latar belakang politik juga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pemohon lain.

Pihak berkenaan harus memberikan ulasan penolakan permohonan kepada pemohon yang gagal kerana mereka telah membayar wang pendaftaran sebanyak RM30 dan telah menjalani proses temuduga, atau sekurang-kurangnya pihak berkenaan memberikan surat kepada kesemua pemohon mengenai status permohonan mereka walaupun gagal.

“Proses cabutan harus diadakan di hadapan kesemua pemohon bagi menunjukkan sikap ketelusan pihak penganjur,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30911:mp-bakri-dihalang-ikuti-proses-cabutan-lot-tanah&catid=1:utama&Itemid=50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...