Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Anya Corke nafi dirinya mangsa 'pencabulan'

Anya Corke nafi dirinya mangsa 'pencabulan'

Gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

“Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.

“Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, “ tulis gadis itu.

NONEIsnin lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Rasa simpati

Rabu lalu, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua mendedahkan bahawa gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 01Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim.

Berikutan pendedahan Pua itu, Malaysiakini menghubungi seorang rakan Corke, yang kebetulan adalah warga Malaysia yang menuntut di universiti yang sama.

Dalam emelnya, menurut gadis itu yang juga merupakan pemain catur handalan, satu-satunya cara yang dirinya “dicabuli” ialah apabila gambarnya berkaitan khabar angin yang keji dan tidak berasas itu disebarkan.

“Saya juga ingin luahkan rasa simpati saya terhadap remaja lelaki itu yang telah difitnah dengan dakwaan tidak berasas ini,” katanya.

Beliau juga berharap semua pihak, termasuk media menghormati kehidupan peribadinya dengan tidak menghubungi dirinya, keluarga, kolej, persatuan catur dan lain-lain yang berkaitan.


http://www.malaysiakini.com/news/179271

Tuesday, September 13, 2011

Tun M dicabar akui Umno bukan pejuang merdeka

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Jika bersetuju bahawa Malaya tidak pernah dijajah, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk mengakui bahawa Umno bukanlah pejuang kemerdekaan, cabar Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ketua penerangannya Riduan Mohamad Nor berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyokong kenyataan Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British boleh memberi maksud Umno bukan pejuang kemerdekaan.

"Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah.

"Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu beliau turut mencabar Tun Mahathir menyatakan pendirian sama ada British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara, atau sebaliknya.

Menurutnya, kenyataan Tun M kelmarin itu telah menambah kekusutan dalam pemikiran rakyat terhadap sejarah kemerdekaan negara.

Sebelum ini katanya, rakyat dikelirukan dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung isu sama.

"Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia.

"Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan," soalnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum Umno.

Ianya termasuk Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)yang ditubuhkan pada Februari 1946, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS).

Umno pula ujarnya hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewat beberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan tersebut.

"Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,Umno masih dengan slogan “hidup Melayu”.

"Umno telah diharamkan pada tahun 1988. Umno yang ada kini hanya Umno baru yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988. Roh Umno zaman ‘kemerdekaan’ telah berkubur sejak itu," tegasnya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5386-tun-m-dicabar-akui-umno-bukan-pejuang-merdeka

Kalau tidak dijajah, JWW Birch kawan kita?







Nazri Abdullah

GOMBAK, 12 Sept: PAS membidas sikap membisu pemimpin Umno BN berhubung kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, pemimpin Umno perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan itu kerana Zainal adalah ahli Umno.

"Pemimpin Umno kena bertanggungjawab sebab Zainal Kling mewakili Umno. Kita nak tahu pendirian pemimpin Umno.

"Apa pendirian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Kalau tak pernah dijajah semua buku teks kita perlu diubah semula," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM) semalam.

Ianya sebagai mengulas sikap 'senyap' pemimpin Umno terhadap kenyataan Zainal yang dianggap mengelirukan itu.

Zainal dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

Mengulas lanjut, Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan berkata sejarawan Umno seperti Dr Zainal hanya merosakkan negara kerana sanggup memutarbelitkan fakta untuk membolehkan Umno sentiasa menjadi juara setiap masa.

"Kalau kita angkat orang putih ini sebagai rakan kita, sehingga dilantik menjadi penasihat, kita telah menolak semua sejarah yang tersimpan dalam arkib di London sendiri.

"Bagi orang putih Tanah Melayu adalah Koloni, iaitu negara jajahan, bukan negeri perlindungan," katanya.

Tambah Husam lagi, British menjajah negara ini menggunakan cara sangat halus iaitu dengan tidak menghapuskan sistem beraja agar mereka tidak mendapat penentangan rakyat di Tanah Melayu.

Namun pada hakikatnya, perlantikan pesuruhjaya British di setiap negeri membuktikan bahawa Tanah Melayu adalah dijajah.

"Kalau kita tidak pernah dijajah, bermakna JWW Birch yang dibunuh oleh Maharajalela akan kita anggap sebagai kawan kita," katanya.

[LIHAT VIDEO]


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5357-kalau-tidak-dijajah-jww-birch-kawan-kkalau-tidak-dijajah-jww-birch-kawan-kitaita

PKR terkejut negara tidak pernah dijajah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama Majlis Profesor Negara (MPN) yang menegaskan bahawa negara ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British.

Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah semata-mata sebagai pelindung berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu di ketika itu.

"Sesungguhnya, kita melihat kenyataan tersebut mempunyai implikasi yang besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu.

"Ia menimbulkan persoalan baru, apakah kita ini benar-benar merdeka dan untuk apakah kita meraikan kemerdekaan? Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British," kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar).

Bagi beliau, kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan semua fakta sejarah yang ada.

Umum menyedari bahawa istilah ‘protectorate’ yang diguna penjajah adalah strategi licik untuk mengelakkan penentangan rakyat sebagaimana yang dialami di negeri-negeri lain.

Sebab itulah British telah meletakkan residen sebagai penasihat yang nasihatnya terpaksa diikuti oleh raja-raja Melayu. Dengan kaedah ini, British telah menguasai segala sumber ekonomi dan segala urusan negeri-negeri yang dikuasainya.

"Bukankah ini namanya penjajahan? Bukankah ini yang mencetuskan penentangan pejuang-pejuang Melayu silam seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dobi, Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar Al-Bakir, Mat Indera dan lain-lainnya?" soal bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

PKR, katanya, melihat bahawa kenyataan kontroversi di atas hanyalah merupakan langkah amat terdesak pendokong Umno dan para kuncunya dalam menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat dalam menghadapi PRU 13 akan datang.

"Sehubungan hal ini, kita amat kesal dengan tindakan beberapa ahli akademik yang sanggup menjatuhkan nilai diri sebegitu rupa sehingga sanggup membenarkan apa yang dilakukan penjajah demi menjamin survival tuan-tuan politik mereka. Dalam peradaban keilmuan, mereka yang berilmulah yang seharusnya memberi nasihat kepada ahli politik, bukan sebaliknya," tambah beliau.

PKR juga, katanya, menyeru agar semua kaum intelektual dan ahli akademik bangun bersama mengembalikan martabat ilmu dengan menyatakan pendirian untuk menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan demi membela seluruh rakyat berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5355-pkr-terkejut-negara-tidak-pernah-dijajah

Mahathir merepek, kata Aziz Bari

Sep 12, 11 4:19pm

Bahang polemik kemerdekaan negara kini berpindah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula selepas beliau hari ini menyokong pendapat Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

NONEPensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (kiri) berkata, sebuah portal berita membuat semakan dan menemui versi berbeza pendiriannya - yang dilapor merujuk zaman prakemerdekaan sebagai "zaman penjajahan British" dan "pemerintahan kolonial British".

"Mahathir merepek; lupa? Buat-buat lupa?" soalnya merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 .

Sehubungan itu, Dr Abdul Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, persetujuan Dr Mahathir dengan pandangan Dr Zainal menunjukkan bahawa kedua-dua mereka "putar alam".

"Agaknya apa yang TDM (Tun Dr Mahathir) kata hari ini menunjukkan yang mereka semua dalam denial syndrome (sindrom penafian).

"Ini bahaya sebab kalau depa betul-betul kalah nanti depa akan kata itu atas kertas saja. Depa akan terus memerintah," katanya lagi.

Pemuda PAS: Mengarah, bukan menasihat

Dr Mahathir hari ini berkata, secara teknikalnya Tanah Melayu tidak terjajah kerana sultan memutuskan menjemput British datang menasihatkan cara mentadbir negeri.

Bagaimanapun, katanya, apabila sudah berada di sini, British akhirnya beroperasi seolah-olah negara ini dijajah, sekali gus tidak memberi nasihat, tetapi arahan.

NONESementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kiri) pula berkata, walau apa pun hujahnya, pada hakikatnya British bukan menasihat, mengarahkan sultan mengikut telunjuk mereka.

"Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut," katanya sambil membariskan beberapa persoalan yang perlu dijawab Dr Mahathir dan sarjana sejarah.

Persoalan itu antaranya:

  • Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957? Sultan atau British?
  • Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemintah pada masa tersebut?
  • Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada tahun 1915?
  • Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?
  • Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda sultan?
  • Apakah salah kita menanggap Umno sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?


  • http://malaysiakini.com/news/175568
  • PAS: Lucutkan gelaran profesor Zainal Kling

    Sep 11, 11 10:52am

    Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa mahu pihak Majlis Profesor Negara (MPN) melucutkan keanggotaan Profesor Zainal Kling bagi memelihara kredibiliti majlis ini kerana menimbulkan kekeliruan dengan mendakwa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.

    PAS mujahidMujahid (kiri) berkata, kenyataan Zainal yang mewakili MPN itu telah menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka

    “Oleh itu saya menuntut supaya pihak MPN melucutkan beliau dari terus menganggotai MPN bagi memelihara kredibiliti majlis ini dan menuntut supaya gelaran profesor (beliau) ditarik balik kerana menghina sejarah bangsanya sendiri dan penghayatan kemerdekaan yang baru sahaja kita sambut,” kata pemimpin PAS itu dalam satu kenyataan media.

    Menurutnya, PAS juga menuntut ahli akademik itu menarik balik kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah tetapi sebaliknya hanya dinaungi oleh British.

    NONE“Jika beliau tidak menarik balik, ini menandakan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang masih hidup dan yang mati selama ini telah ditipu dengan mempercayai bahawa kita telah dijajah sedangkan kita hanya dinaungi sahaja,” katanya.

    Menurut Mujahid yang juga pengerusi Perpaduan Nasional PAS, kurikulum sejarah sekolah-sekolah sejak sekian lama memahamkan pelajar bahawa British adalah penjajah dan kita merdeka dari penjajah dengan laungan Merdeka!

    Hina pejuang bangsa

    “Ia tidak memerlukan seorang profesor untuk memahami bahawa 'Merdeka' membawa pengertian kebebasan dari sesuatu penjajahan dan bukan naungan.

    zainal klingKenyataan beliau turut menghina pejuang bangsa selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah ' pejuang kemerdekaan'? Mengapakah adanya semangat nasionalisma menentang penjajahan British?” soalnya.

    Jumaat lalu, Zainal (kanan) pada sidang akhbarnya di Putrajaya berkata berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

    "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

    malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

    Mujahid bagaimanapun menyangkal hujah itu dan berkata jika benar negara ini tidak dijajah mengapa kekayaan negara dan hasil bumi dieksploitasi untuk memberikan kekayaan kepada penjajah?

    “Tidak cukupkah maruah bangsa diinjak apabila anak bangsa tidak ada suara dalam menentukan nasib bangsanya selama dijajah?

    “Saya tidak tahu apa maksud Profesor ini apabila memutar belitkan istilah penjajah kepada penaung?

    `malaysia merdeka 50th anniversary 280807 ethnic“Adakah beliau mahu mengatakan bahawa generasi anak merdeka telah ditipu oleh buku-buku sejarah atau tawarikh yang kita baca di bangku sekolah dan di universiti?” katanya ladi.

    Sehubungan itu, kata Mujahiud, PAS mahu kerajaan, khususnya kementerian pelajaran supaya bertindak tegas terhadap Zainal yang menimbulkan kekeliruan yang amat berbahaya terhadap perjuangan bangsa yang terbina selama ini.

    Mengapa Tunku laung 'Merdeka'

    Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata rakyat kini musykil sekiranya benar negara ini tidak pernah dijajah, seperti dakwaan Zainal, kenapa perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka.

    “Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan (dan ada laungan merdeka)? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?” soalnya dalam satu kenyataan akhbar.

    pas muktamar 130610 idris ahmadMenurut Idris (kiri), hakikat sekarang, terbukti siapa yang cuba membohongi sejarah dan kenyataan kumpulan itu sememangnya memalukan ahli akademik yang jujur.

    Justeru, katanya ahli akademik perlu bangkit memperbetulkan kenyataan itu.

    “Biarkan Majlis Profesor Umno dengan khayalan mereka semata-mata untuk mendapat sanjungan Umno. Kenyataan mereka juga akan menjadi sejarah hitam dalam negara ini,” katanya.

    Menurut Idris, kini terserlah bahawa Umno bukan pelopor memperjuangkan kemerdekaan negara.

    Sebaliknya, selama ini Umno menipu rakyat termasuk ahli-ahli Umno sendiri bahawa parti itu yang memperjuangkan kemerdekaan.


    http://malaysiakini.com/news/175439

    Saturday, September 10, 2011

    Buku Pengukir Nama Johor bukti Umno bohong

    Aziz Muda

    KUALA LUMPUR, 6 Sept: Para pemimpin Umno jelas terbukti memutarbelitkan sejarah, khususnya mengenai Mat Indera, berdasarkan beberapa bukti termasuk buku bertajuk Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004 lalu.

    Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam jelas mencatatkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan tokoh agama yang disegani, malah tidak terlibat langsung dengan perjuangan komunis.

    Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, dengan itu, tindakan para pemimpin Umno mencetuskan isu itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah ia ternyata akan menimbus Umno ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

    Menurut beliau, buku Pengukir Nama Johor itu setebal 170 muka surat, manakala kata-kata aluannya ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

    Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno sebelum memperkatakan tentang sejarah perjuangan Mat Indera.

    "Tetapi sesetengah pemimpin Umno sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah membacanya sehingga menyebabkan mereka buta sejarah.

    "Kini, mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah, walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku itu yang turut membabitkan pemimpin Umno sendiri dalam penerbitannya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

    Sesudah membuat kesilapan mengenai sejarah perjuangan Mat Indera, menurut beliau, para pemimpin Umno kini terus membuat kesilapan lebih jauh dengan perancangannya untuk mengadakan 'road show' bagi menerangkan kepada orang ramai mengenai Mat Indera yang dikatakan terlibat dengan perjuangan komunis oleh mereka.

    "Kita difahamkan, 'road show' itu akan diadakan oleh Pemuda Umno. Tetapi dalam hal ini, jika mereka mengadakan 'road show' sekalipun, mereka tetap gagal mempengaruhi orang ramai mengenai fakta sejarah yang diselewengkan itu kerana orang ramai sudah tahu siapa Mat Indera yang sebenarnya yang sememangnya tidak terlibat langsung dengan perjuangan komunis," tegasnya.

    Turut hadir pada sidang media itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzukefly Ahmad.

    Sementara itu, dalam buku Pengukir Nama Johor, antara lain dicatatkan, dalam sejarah perjuangan menentang penjajahan dan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, banyak tokoh yang telah terkorban demi bangsa dan negara, dikenang sebagai patriot tanah air seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau (Pahang), Datuk Dol Said (Melaka), Tok Janggut (Kelantan), Mat Salleh (Sabah), Datuk Maharajalela (Perak) dan Rosli Doby (Sarawak).

    Mereka berjuang untuk kebebasan hak dan kemerdekaan negara. Namun begitu, mereka dianggap oleh penjajah sebagai penderhaka dan petualang yang mengancam keselamatan negara dan kerana itu mereka bukan sahaja perlu ditentang habis-habisan, malah dilenyapkan sama sekali daripada wujud di muka bumi ini.

    Mereka tidak sekadar diburu, tetapi juga orang-orang yang hampir dan rapat dengan mereka turut diancam, digertak, diugut dan dimalukan.

    Selain itu, propaganda memburuk-burukkan peribadi mereka disebarluaskan sehingga sesetengah anak negeri terpedaya dengan pembohongan itu.

    Di negeri Johor terdapat seorang pejuang bangsa dan negara yang telah diberi imej buruk oleh penjajah Inggeris. Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

    Orang-orang yang rapat dan mengenali peribadi Mat Indera secara dekat menafikan pembohongan tersebut. Mereka tidak mempercayai bahawa itulah sifat-sifat Mat Indera.

    Mereka mempersoalkan bagaimana dengan sekelip mata sifat-sifat terpuji Mat Indera boleh bertukar kepada sifat-sifat keji.


    http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5247-buku-pengukir-nama-johor-bukti-umno-bohong

    Legasi palsu Umno akan terdedah


    Ahmad Lutfi Othman

    Ramai menjangkakan sebaik sahaja berakhirnya Ramadan, maka iklim politik tanahair akan kembali membahang, malah suhunya diramal meningkat dengan drastik sekali, terutama ketika teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 menjadi bualan ramai.

    Rupanya belum pun bulan penuh keberkatan dan keampunan itu meninggalkan kita, di hari-hari akhir yang menjanjikan "pembebasan daripada api neraka", Utusan Malaysia sebagaimana lazimnya, mencetuskan isu kontroversi, juga melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia kemudiannya disambut oleh siaran berita TV hampir saban malam. Beliau diserang kiri kanan, depan belakang.

    Sejak Jun lalu, sebaik dipilih dalam muktamar parti, Mat Sabu menjadi buruan media. Lanjutan perhimpunan Bersih, 9 Julai, namanya yang sudah sedia popular tambah 'glamour' apabila pihak polis mendakwa beliau memanipulasikan kes penangkapannya. Hatta pembedahan kakinya pun mahudiungkit. Tidak selesai di situ, kos rawatan beliau turut dipolemikkan oleh Pemuda Umno.

    Kebetulan ketika Utusan menimbulkan ucapan Mat Sabu yang mempersoalkan ketepatan sejarah perjuangan kemerdekaan negara, dengan mengambil kes Bukit Kepong sebagai salah satu contoh, Harakah bercuti dua keluaran.

    Ramai pembaca mengeluh, sekali gus "sakit hati", melihatkan media di bawah kawalan Umno "sesuka hati" memalitkan tuduhan buruk dan fitnah jahat terhadap PAS, tanpa kehadiran Harakah sebagai "pengimbang". Di masa depan, mereka mengharapkan Harakah dapat memendekkan "cuti rayanya"!

    Serangan terhadap Mat Sabu sebenarnya adalah usaha berterusan Umno untuk "menghitam-legamkan" wajah PAS menjelang PRU13 khususnya di kalangan pengundi Melayu. Dalam pilihan raya paling kritikal dalam sejarah politik moden Malaysia itu nanti, kerajaan mungkin bertukar tangan jika PAS berupaya meraih lebih banyak sokongan daripada masyarakat Melayu.

    Berbanding parti-parti pembangkang lain, PAS sejak awal penubuhannya pada 1951 dan pembabitannya dalam pilihan raya persekutuan yang pertama pada 1955, dilihat sebagai seteru terbesar atau saingan terdekat Umno-Perikatan.

    Meskipun hanya menang satu kerusi pada 1955, ia begitu mengejutkan bukan sahaja kepada Perikatan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman, malah British sendiri memandangkan PAS dilihat sebuah parti yang kerdil dan lemah.

    Oleh kerana bimbang kebangkitan PAS selepas merdeka, Pesuruhjaya Jeneral British bagi Asia Tenggara, RH Scott, pada Mei 1957, diarah menyediakan kertas kajian mengenai kerajaan Perikatan dan peluangnya untuk menang pada 1959.

    Mengapa British begitu bimbangkan kebangkitan PAS, sebuah parti kecil yang hanya memenangi satu kerusi ketika itu? Bagi menjaga kepentingannya, British hanya mengharapkan Perikatan, sebuah parti pro-Barat, yang mempunyai dasar selaras dengan kehendak British.

    Bagi British, masa depan Tanah Melayu amat penting kepadanya, disebabkan empat faktor. Pertama, sebagai pembekal sumber mentah dan penyumbang mata wang. Kedua, sebagai sebuah negaradi mana berjuta paun modal British dilaburkan. Ketiga, sebagai pangkalan British. Keempat, sebagai simbol pengaruh British di rantau Asia.

    Kerajaan Perikatan bukan sahaja membenarkan tentera British ditempatkan di Tanah Melayu selepas merdeka, tetapi juga bersetuju menganggotai Komanwel dan memetrai perjanjian pertahanan dengan Britain. Ia juga berjanji tidak akan memilik-negara harta atau pelaburan British.

    Scott berpendapat kerajaan British mesti membantu mengukuhkan kedudukan Perikatan bagi memastikan Perikatan kekal berkuasa selepas merdeka. Bagi British, PAS dan Parti Rakyat dilihat anti-imperialis dan anti-Komanwel. Kepentingan British akan terjejas dengan teruk jika Perikatan kalah.

    Pada hemat saya, isu terbaru membabitkan Mat Sabu ini bukannya muncul secara spontan begitu sahaja. Ia adalah lanjutan daripada serangan sistematik Umno ke atas PAS, yang dipacu dengan hebatnya selepas PRU12, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai 6 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

    PAS digambarkan sebagai parti yang begitu "kemaruk kuasa" hingga sanggup menggadai prinsip perjuangan Islam, rela diperkudakan oleh DAP, bersedia berkompromi dalam isu-isu agama termasuk kes murtad dan kristianisasi, serta yang terkini ditohmah menyanjung komunis, sambil menghina pasukan keselamatan yang sebangsa dan seagama.

    Ucapan Mat Sabu

    Saya cuba meneliti sepintas lalu ucapan Mat Sabu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu. Sebenarnya tiada sesuatu yang kontroversi atau mengejutkan pun. Bagi mereka yang sering mengikuti ucapan penceramah popular ini, Mat Sabu memang konsisten ketika mengupas dan membedah sejarah.

    Begitu juga dalam kolumnya di Harakah yang banyak menganalisis isu-isu berkaitan hak asasi manusia dan demokrasi. Mat Sabu sering mengaitkan hujahnya dengan fakta sejarah, termasuk apabila menyentuh perkembangan terkini di Timur Tengah. Sukar untuk menyanggah kebenaran di dalam tulisannya.

    Malah, penegasan Mat Sabu mengenai keperluan sejarah negara diperbetulkan atau ditulis semua juga bukan pertama kali dibangkitkannya. Pemimpin PAS lain juga sering menimbulkan hal ini terutama di bulan kemerdekaan, setiap tahun. Mungkin agak sedikit berbeda apabila tema sebelum ini terfokus kepada peranan ulama dan golongan agama dalam menggembleng kuasa rakyat menentang penjajah.

    Harakah sendiri pada tahun 2007, sempena perayaan 50 tahun kemerdekaan, menerbitkan sisipan khas, yang juga menekankan agar sumbangan semua pihak yang berusaha gigih membebaskan negara diiktiraf secara rasmi.

    Sejarah panjang proses kemerdekaan negara bukan bermula pada 1946. Ia bukan disebabkan semata-mata oleh penentangan terhadap Malayan Union. Ratusan madrasah dan sekolah pondok tanpa tajaan pemerintah menjadi benteng paling berkesan kepada orang Melayu agar tidak hilang jati diri daripada proses pembaratan.

    Inspirasi daripada tokoh-tokoh pembaharu Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Mohamad Abduh juga mencetuskan kesedaran, termasuk pemimpin tempatan seperti Sayyid Syeikh al-Hadi, dan pengaruh akhbar-akhbar al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara. Tidak harus dilupakan nama-nama besar yang semerbak harum dalam sejarah, yang terkorban ketika menentang penjajah, seperti Tok Janggut.

    Malah, kesedaran orang Melayu menentang Malayan Union tidak boleh disandarkan hanya kepada Onn Jaafar. Bagi profesor sejarah, Dr Mohamad Redzuan Othman (gambar), peranan pemimpin agama yang berpusat di madrasah, yang merupakan jaringan paling berkesan menyebarkan kesedaran ini, cukup efektif bagi menggerakkan perjuangan rakyat menentang Malayan Union.

    Redzuan turut menegaskan bahawa sepanjang 1948 hingga 1951 berlaku kekosongan yang amat ketara dalam perjuangan kemerdekaan yang dimainkan ulama dan golongan kiri. Perjuangan mereka tersekat apabila British mengisytiharkan darurat yang bukan semata-mata untuk membanteras golongan komunis tetapi juga golongan agama dan kiri, tetapi membenarkan golongan lain yang didominasi Umno terus melebarkan pengaruh.

    "Waktu inilah golongan nasionalis yang dalam beberapa perjuangannya direstui penjajah British membina kekuatan. Waktu ini Hizbul Muslimin (dalam usia beberapa bulan sahaja) yang perjuangannya berlandaskan Islam diharamkan dan pemimpinnya Abu Bakar al-Bakir dan lain-lain merengkok dalam penjara," tegas Redzuan.

    Dalam majlis Muzakarah Ulama 2007 di Ipoh pada 5 Julai, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menamakan Maahad al-Ehya as-Shariff, Madrasah Diniah Padang Rengas dan Madrasah al-Idrisiah Padang Rengas sebagai tapak-tapak awal kesedaran bangsa Melayu menentang penjajah.

    Baginda turut menamakan anak-anak negeri Perak seperti Dr Burhanudin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif dan Dr Zulkiflee Mohamad sebagai tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan semangat kesedaran bangsa. Raja Nazrin turut menyebut nama Mohamad Asri Muda, anak Kelantan tetapi menjadi guru di Maahad al-Ehya as-Shariff yang bertemu jodoh dengan Ustazah Sakinah Joned .


    Ya, sejarah kemerdekaan negara perlu berlaku adil kepada semua. Memang tidak mudah untuk merongkai kembali "fahaman" yang telah dipasakkan Umno dalam pemikiran masyarakat. Dan Umno akan mempertahankan habis-habisan "legasi" palsunya itu. Selama ini ramai yang "tersihir" dengan dakwaan bahawa Umno yang memonopoli perjuangan kemerdekaan.

    Pada tahun ini, hari merdeka bukan sahaja akan diingati kerana jatuh bersamaan pada hari raya Aidilfitri, tetapi memori mengenainya pasti lebih lama bertahan disebabkan "kejutan" Mat Sabu yang disensasikan Utusan.

    Kontroversi ini dilihat langkah mula bagi merintis jalan membuka simpulan mati sejarah yang dipesongkan itu. Di peringkat awal mungkin nampak PAS seolah-olah terjerat dan banyak pihak, termasuk yang simpati dengan pembangkang, seperti marah di atas "keceluparan" Timbalan Presiden PAS itu. Mereka bimbang isu ini menjadi senjata tajam Umno dalam kempen PRU13 nanti.

    Apa pun, kini giliran Umno pula untuk menjawab. Tidak mustahil senjata itu akan menikamnya kembali. Yang penting siri penerangan harus berjalan lancar ke akar umbi. Tembelang Utusan akan tersingkap akhirnya. "Permainan sentimen dan persepsi" ini tidak selamanya dimenangi Umno. Apa pun, PAS harus cermat dan berhati-hati menangani "pertempuran kedua Bukit Kepong" ini.

    Dan jangan lupa, hari merdeka belum dirayakan lagi. Ia dianjak pada 16 September nanti. Justeru, isu ini tentu akan memakan masa lebih lama dibahaskan sebelum kontroversi baru dicetuskan Umno.

    Dalam pada itu, saya tertarik dengan ungkapan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasik Gelugor itu, yang tidaklah menolak secara total sumbangan pemimpin Umno: "Kalau nak letak Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah (sebagai pejuang kemerdekaan), tetapi kenalah letak juga Dr Burhanudin Al-Helmi, Ustaz Abu Bakar Bakir, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Mat Kilau dan lain-lain penentang British."

    Secara peribadi, saya teruja melihat bagaimana proses Mat Sabu "menulis kembali" sejarah kemerdekaan negara. Selama ini bukan sedikit pihak yang tidak berpuas hati dengan "monopoli" Umno terhadap perjuangan panjang menghalau penjajah daripada negara ini, malah ramai juga sejarawan yang mahu sejarah kemerdekaan perlu berlaku lebih adil, tetapi siapa yang peduli.

    Mat Sabu rupanya ada kaedah tersendiri untuk memperbetulkan penulisan sejarah yang tempang itu meskipun terpaksa menempuh siri kontroversi dan serangan bertubi-tubi seteru politiknya.


    http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/5303-legasi-palsu-umno-akan-terdedah

    Friday, September 9, 2011

    'Sudah 12 hari saya diserang'

    Nazri Abdullah

    KUALA LUMPUR, 8 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memulakan hujah dalam forum malam tadi dengan melahirkan rasa pelik kenapa beliau diserang begitu rupa oleh Umno dan akhbarnya Utusan Malaysia dan media pro-Umno yang lain.

    Menurutnya, malam tadi genap 12 hari 12 malam beliau diserang.

    "Bermula 21 Ogos hari tu sehinggalah hari ini. Setengah jam warta berita, 10 minit serang saya.

    "Saya pun kadang-kadang duduk depan cermin perhati diri saya, dimana mereka takut sangat kat aku ni. Kaya pun tidak, berpengaruh pun tidak," katanya disambut ketawa hampir 200 hadirin yang hadir.

    Turut serta sebagai panel forum anjuran NGO - Free Public Forum M'sia (FPF) itu ialah Pakar Perlembagaan Prof Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penulis blog, Hishammudin Rais.

    Forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan' itu berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KSCAH).

    "Ada yang cadang saya dibuang ke luar negara, ada yang cadang saya di ISA, ada yang cadang saya dibuang sahaja ke Laut China Selatan. Ugutan mcm-macam.

    "Ini tidak lain kerana apa yang saya cakap dicampur dengan rekaan Utusan, apa yang saya tak cakap dilaoporkan sebagai cakap. Ini satu fitnah," katanya menjelaskan penyebab dirinya diserang.

    Berhujah lanjut, Mohamad tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Mohamad Indera adalah pejuang kemerdekaan dan bukan pengkhianat bangsa seperti dituduh Umno.

    Perkara itu juga menurutnya dinukilkan sendiri dalam buku "Pengkukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera sebagai pejuang bangsa.

    Sambil merujuk tragedi Bukit Kepong 1950 lalu, Timbalan Presiden PAS itu berkata anggota polis di Rumah Pasung yang diserang Mohamad Indera adalah polis British.

    "(Kepada) polis jangan lah panik, pembahaginya adalah 31 Ogos 1957, serangan (Rumah Pasung) Bukit Kepong itu sebelum merdeka, anggota polis sebelum 1957 adalah polis British," katanya sebagai jawapan kepada anggota dan pesara polis yang dilaporkan Utusan sebagai tidak senang dengan kenyataannya.

    Pecah tembelang


    Dalam pada itu Hishammudin Rais pula berkata, Mohamad diserang kerana penipuan fakta kemerdekaan oleh Umno selama ini ibarat sudah pecah tembelang.

    Kontroversi kenyataan Mohamad berhubung isu Mat Indera katanya telah menyebabkan masyarakat mula sedar sejarah sebenar kemerdekaan.

    "Untuk Umno, (Bukit Kepong) inilah kiblat perjuangan mereka. Setiap tahun tunjuk Bukit Kepong.

    "Sekarang Umno dan Utusan takut sebab tembelang pembohongan sudah pecah, kiblat mereka sudah runtuh," katanya sambil memuji keberanian Mohamad.

    Umno juga jelasnya cuba memperbodohkan rakyat dengan tulisan sejarah versi mereka.

    Sehubungan itu, isu Mat Indera ini perlu dijadikan momentum untuk rakyat melihat kembali sejarah negara.

    Aziz Bari pula turut sependapat bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan bukan pengkhianat bangsa seperti didakwa Umno.

    Katanya ianya turut dibuktikan dengan beberapa fakta sejarah dan testimoni ahli keluarganya.

    "Sehingga kini belum ada kenyataan konkrit bagi menafikan hujah ini," katanya.

    Dalam forum tersebut, kesemua mereka juga turut bersetuju agar sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini perlu juga mengiktiraf jasa golongan agamawan nasionalis dan golongan kiri yang mengangkat senjata menentang penjajah, dan bukannya dari tokoh Umno semata-mata.


    http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5281-sudah-12-hari-saya-diserang

    Mohamad Sabu dan Mat Indera

    Zulkifli Sulong

    MEMBACA transkrip ucapan timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Padang Menora, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu membuat kita faham kenapalah Umno marah dan bimbang sangat dengan ucapan itu.

    Rupanya, isu penting yang dibangkitkan oleh Mohamad adalah sejarah kemerdekaan negara ini. Mohamad memberikan andaian beliau kenapa sambutan kemerdekaan sejak kebelakangan ini hambar.

    Puncanya, kata Mohamad adalah kerana rakyat terasa Umno telah menjadikan sambutan kemerdekaan negara seumpama sambutan memperingati perjuangan Umno sahaja.

    "Sekarang kita ni dalam suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta. Ada setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis masuk ayak (air) dalam kepala tu. Hak jenis tu ada tapi orang biasa, saya tak nampak pun, sebab rakyat tak berasa sambut merdeka, sambut merdeka seolah-olah perayaan Umno, betul ke dak?

    "Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen. Kalau nak buh Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn pun takpalah (tetapi) kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Datuk Ahmad Bustamam, kena letak juga Datuk Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuang-perjuang seperti Mat Kilau dan sebagainya, ini penentang-penentang British.

    (Mohamad Sabu menunjukkan kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang mencatatkan Mat Indera sebagai salah seorang heronya)

    "Tapi bila merdeka, Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn. Kalau gitu Umno lah saja yang layak, betul ke dak?" kata Mohamad Sabu dalam ceramah itu.

    "Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan Umno. Sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni, anak-anak muda kata ...umph.. sambut buat apa. Bendera pun dia kata serupa bendera Amerika. Lagu Negaraku pulak,lagu Hawai. Kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia, kemudian jadi lagu Negaraku.

    "Mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak. Hari tu anak saya tunjuk, dia bukak YouTube. Dia kata ayah dengak, ini lagu Terang Bulan di Indonesia, ini lagu Negaraku, hundred percent serupa. Ertinya lagu ni lagu diambik daripada lagu Terang Bulan, bukan lagu patriotik apa-apa pun. Sebab tu kita harap, takpalah dah guna pakai nak buat macamana," kata Mohamad.

    Dalam ceramah itu jelas Mohamad tidak menafikan sumbangan tokoh-tokoh Umno itu tetapi yang dikesalkan oleh beliau adalah sikap media yang dikuasai Umno menggelapkan jasa pihak lain yang turut berjuang untuk kemerdekaan negara.

    Bagi Umno, hanya perjuangan Umno sahaja menyebabkan negara kita merdeka. Hanya pemimpin Umno sahaja yang berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

    Yang menarik juga, Umno melalui tukang-tukang tulis sejarah mengiktiraf mereka yang berjasa adalah mereka yang bersama dengan British yang menjajah negara kita. Mereka yang berjuang, bekerjasama dan bersekongkol dengan British adalah pejuang manakala penentang British adalah petualang.

    Atas sebab itulah, Mohamad Sabu membawa balik cerita filem Bukit Kepong.

    "Kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong, (dalam filem) Bukit Kepong, polis itu, polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indera, (seorang) Melayu.

    "Tetapi semua sejarah itu ditutup. Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu Umno. Dalam cerita Bukit Kepong hak serang balai polis (rumah pasong nama ketika itu) tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British. Tetapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis (rumah pasong), hak serang tu pengganas. Padahal (yang hero) Mat Indera, ketua penyerang balai polis itu yang akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping," kata Mohamad dalam ceramah itu.

    Inilah ayat-ayat yang digunakan oleh Umno untuk menyerang Mohamad Sabu. Kononnya, Mohamad menghina polis dan memuji komunis. Padahal dalam ceramah itu tidak ada pun perkataan komunis yang disokong beliau.

    Kini, Mohamad telah menemui sebuah buku yang asalnya didedahkan oleh seorang pembaca Harakahdaily, Mohamed Hadi al-Majwi, melalui tulisannya bertajuk 'Kerajaan Johor Mengiktiraf Ketokohan Mat Indera'.

    Buku yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor bertajuk "Pengukir Nama Johor" menyenaraikan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor. Di Johor, yayasan ini umpama Jabatan Muzium Negeri Johor kerana Johor tidak ada jabatan muzium ini. Ia adalah satu jabatan kerajaan di Johor.

    Melalui buku ini, sejarah perjuangan Mat Indera memperjuangkan kemerdekaan dicatatkan dengan baik sekali oleh penulis buku ini.

    Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.

    Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

    Jika Umno dan medianya terus mengatakan Mat Indera komunis dan menyifatkan Mohamad Sabu sebagai penyokong komunis maka tuduhan Umno itu tidak patut berhenti di situ.

    Umno juga mesti menuduh menteri besar Johor sekarang, Datuk Ghani Othman yang memberikan kata-kata aluan untuk buku ini sebagai penyokong komunis.

    Umno juga perlu menuduh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn juga sebagai penyokong komunis kerana menulis bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan bukannya komunis.

    Di samping mereka berdua, Umno juga perlu menuduh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002 sebagai penyokong komunis juga kerana mereka berdualah yang menyunting buku itu.

    Dan yang lebih penting lagi, Umno kena mendakwa dan membuat laporan polis terhadap Yayasan Warisan Johor kerana menerbitkan buku ini.

    Kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin pula, beliau perlu mengkaji balik tuduhannya kepada Mohamad Sabu dan Mat Indera khasnya. Ini kerana, ayahanda beliau, Haji Mohamad Yasin adalah guru agama kepada Mat Indera.

    Muhyidin kena mendakwa ayahandanya mengajar ilmu salah bahkan diserap fahaman komunis kerana telah menyebabkan Mat Indera menjadi komunis.

    Kalau kita pergi lebih jauh lagi, kakak Muhyidin yang hampir berkahwin dengan Mat Indera juga patut didakwa oleh Muhyidin kerana pengaruh beliaulah menyebabkan Mat Indera jadi komunis jika benar Mat Indera komunis.

    Semua ini tidak terlepas dari Umno dan benarlah apa yang dikatakan Mohamad Sabu, Umno menggali kuburnya sendiri dalam isu ini dan "saya mahu tabalkan MB Johor baharu dari PAS selepas pilihan raya umum akan datang," kata Mohamad Sabu sambil menepuk bahu seorang pemimpin PAS yang berasal dari Johor.


    http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakahdaily/5252-mohamad-sabu-dan-mat-indera

    Apa pula status penulis buku Pengukir Nama Johor?

    Harakahdaily

    KUALA LUMPUR, 8 Sept: Jika benar apa yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bahawa Mat Indera adalah komunis, apakah kedudukan penulis dan buku yang dinaungi beliau yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor.

    Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkit perkara itu ekoran tindakan Ghani menafikan taraf Mat Indera yang diherokan oleh buku itu sebelum ini namun apabila bertembung dengan sikap Umno yang mengkomuniskan Mat Indera, ia berubah.

    (Mohamad Sabu menunjukkan buku Yayasan Warisan Johor yang nyatakan Mat Indera adalah hero...kini MB Johor bertukar arah mengatakan Mat Indera Komunis pula)

    Bahkan, kerana Mat Indera turut dibela timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu, beliau kini menjadi sasaran bahkan ada cadangan agar digugurkan kerakyatannya.

    Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.

    Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

    Soal Tuan Ibrahim, sekiranya perlu Mohamad digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, terbitan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang juga mengangkat Mat Indera sebagai hero?

    “Bagaimana pula dengan kerakyatan Abdul Ghani apabila beliau tetiba bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai 'bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik' pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri?” soal beliau lagi.

    Walaupun menjadi penaung kepada buku Pengukir Nama Johor, Abdul Ghani semalam menidakkan tulisan buku tersebut dengan berkata Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

    Di sebalik kenyataan tersebut, Abdul Ghani secara ironisnya turut dipetik Bernama sebagai berkata penulisan dan catatan tersebut dalam buku tersebut boleh “menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.”

    Desakan menggugurkan kerakyatan, kata Tuan Ibrahim juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.

    “Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara.

    "Inilah contoh terbaik untuk mengunkapkan kata-kata P.Ramli fening, fening,” bidas beliau.

    Berbangga dengan penjajah


    Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim berkata, menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah – itulah ungkapan untuk menggambarkan walaupun negara telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan.

    Bahkan, kata beliau, ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah.

    Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata perkara yang paling menyayatkan hati pada zaman ini ialah kebutaan golongan yang masih dikongkong mentaliti penjajah dalam membakulkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.

    Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah didewa-dewakan oleh golongan ini sebagai hero, katanya dengan kesal.

    Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan, kata beliau nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah seperti Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris.

    “(Mereka) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut “Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair” sehingga bertukar menjadi “Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair” sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah,” bidas beliau.

    Tegas Tuan Ibrahim, dalam bab menjaga Islam, rekod kerajaan Barisan Nasional adalah lagi menyedihkan.

    Selepas 54 tahun negara merdeka, kata beliau, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan.

    “Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan,” selar beliau lagi.

    Disebabkan masih dibelenggu mentaliti penjajah, kata Tuan Ibrahim sehingga sekarang isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih tidak mempunyai penyelesaian.

    Malah katanya, setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.

    “Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah,” kata beliau.

    Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyelar kewujudan budaya baru seperti gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah.

    “Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim,” terang beliau.

    Mengenai isu terbaru di mana timbul desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, Tuan Ibrahim menyoal mengapa saranan yang sama tidak kedengaran kepada mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka.

    “Ini bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa,” terang beliau.


    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5285-apa-pula-status-penulis-buku-pengukir-nama-johor

    Bukan Melayu juga asaskan Umno?

    Posted by admin on September 8th, 2011

    Ketika Umno menonjolkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan dan ketuanan Melayu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan antara pengasas parti itu, merupakan seorang penjajah berbangsa Inggeris.Perkara itu diketahui ketika SAMM membuat kajian ke Johor dan meneliti pelbagai bahan berkaitan sejarah Bukit Kepong baru-baru ini.Menurut Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, terdapat banyak fakta sejarah yang dirahsiakan dari pengetahuan umum, termasuk keahlian seorang British bernama Dr Charles Joseph Pemberton Paglar dalam Umno.

    “Umno telah ditubuhkan dengan keahlian bukan Melayu. Ahli nombor 6 ini seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia merupakan anak kepada British and Indian descendants, berasal dari Alor Gajah, Perak,” kata Badrul dalam kenyataannya hari ini.

    Menurut Badrul, ketika Sir Harold Mc Michael, ditugaskan ke London pada 1945 untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu bagi menubuhkan Malayan Union, Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor enggan menandatangani perjanjian tersebut.

    “Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Pelbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim. Ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul,” kata Badrul atau dikenali Chegu Bard.

    Menurutnya lagi, Sultan berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi pengasas Umno, Dato’ Onn Jaafar berusaha bersungguh-sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan baginda.

    “Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak Mc Michael. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr Charles Joseph Pemberton Paglar diberi keahlian UMNO bernombor # 000006,” kata Chegu Bard.

    Justeru, Chegu Bard menimbulkan beberapa persoalan untuk dijawab oleh Umno, antaranya asas penubuhan Umno dan mengapa antara pengasasnya adalah bukan Melayu.

    “Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang,” ujarnya.

    Menurut Chegu Bard, British tahu mereka tidak mampu meyakinkan orang ramai dengan menubuhkan organisasi baru ciptaan penjajah itu, justeru telah membuat perjanjian menubuhkan Malayan Union.

    “British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan Malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?

    “Apakah sebenarnya berlaku sebenarnya ? Che’GuBard bukan bijak sejarah, macam (Prof Emeritus Tan Sri) Khoo Kay Kim…nanti dia marah lagi. Cuma nak bangkitkan persoalan ini untuk sama kita fikirkan,” tulis beliau.


    http://www.kl-today.com/2011/09/bukan-melayu-juga-asaskan-umno/

    Mat Indera: PAS persoal dakwaan Khoo Kay Kim

    Jimadie Shah Othman
    Sep 7, 11
    3:05pm


    PAS Johor mempersoalkan tindakan sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim yang mendakwa tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera - atau Mat Indera - seorang pengganas tanpa membuat sebarang kajian berkaitan.

    "Adakah (Tan Sri) Khoo Kay Kim ada kajian tentang Bukit Kepong dan Mat Indera? Kalau dia sendiri tiada kajian, bagaimana dia boleh tolak kajian orang lain," kata Ketua PemudanyaSuhaizan Kaiat.

    suhaizan kayat barom shah 070911Sehubungan itu, Suhaizan (gambar kanan, di tengah-tengah) mempersoalkan kenapa gelaran negatif terus digunakan kepada Mat Indera sedangkan ia diberikan oleh British.

    "Ini keputusan British.

    "Mat Indera sendiri orang yang tegas dan tegar sehingga dalam lokap pun dia ludah orang British," katanya yang diberi kepercayaan oleh timbalan presiden PAS berdebat dengan Pemuda Umno dalam isu itu.

    Sementara itu, mengulas kesahihan fakta berhubung Mat Indera dalam buku terbitan Yayasan Warisan Johor (YWJ), Suhaizan tidak menjawab secara langsung sebaliknya membacakan satu persatu nama ahli akademik terkenal yang menjadi anggota jawatankuasanya.

    "Adakah dia (YWJ) sendiri terbitkan dokumen yang salah? Ini bukan dokumen diterbitkan individu. Ini dokumen rasmi yayasan bawah kerajaan Johor," katanya.

    'Umno Johor beza pandangan'

    Media arus perdana hari ini melaporkan Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dalam Buku Pengukir Nama Johor walaupun namanya disenaraikan.

    Sebaliknya, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada seorang pengganas komunis atau pejuang.

    NONESuhaizan juga yakin pandangan dalam buku itu selari dengan pandangan Umno Johor dan pemimpinnya di peringkat negeri.

    "Saya cabar Umno Johor cakap mereka setuju dengan keputusan British bunuh Mat Indera.

    "Saya hendak tengok macam mana mukanya."

    Suhaizan berkata, beliau yakin pemimpin Umno Johor mempunyai pandangan berbeza dengan pimpinnya di peringkat pusat. berdasarkan pendirian terdahulu dalam perbagai isu sebelumnya.

    Isu tersebut, antaranya dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan penolakan terhadap usaha memperkenalkan judi bola sepak, tambah Suhaizan.


    http://malaysiakini.com/news/175066

    Adik: Mat Indera bukan anggota PKM

    Adik: Mat Indera bukan anggota PKM
    Jimadie Shah Othman
    Sep 7, 11
    2:39pm


    Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera juga bukan anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya.

    Baharum Shah, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini.

    suhaizan kayat baharom shah 070911"Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini," kata Baharum ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM.

    Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Baharum (kiri) mahu kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya.

    "Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan perlu dikaji semula.

    "Saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.


    Ditanya kenapa baru tampil untuk tujuan itu setelah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, Baharum berkata, beliau pernah menyuarakannya melalui kajian sendiri dan penulisan tetapi tidak mendapat perhatian.

    Katanya, sekitar tahun 1970-an, beberapa siri rencananya berhubung perkara itu disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia.

    "Saya pergi ke arkib negara untuk buat kajian dan tulis tentangnya," katanya yang sebelum itu memulakan sidang media dengan mengajak pemberita menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah abangnya yang dikatakan kuat beragama.

    Rangkaian komunis


    Bagaimanapun, menurut pesara tentera itu, rekod tersebut tidak lagi disimpannya kerana hilang semasa berpindah rumah. Baharum kini tinggal berdekatan Cheras, Kuala Lumpur.

    Sementara itu, Suhaizan berkata, setelah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggotai Mat Indera diharamkan dan beliau sekali gus dikehendaki British, Mat Indera tiada pilihan selain menyertai gerakan gerila.

    suhaizan kayat barom shah 070911"Sama ada beliau bekerjasama dengan komunis atau tidak, itu kena ada kajian. Sama ada beliau alat PKR atau memperalatkan PKM (untuk menuntut kemerdekaan). Sebab itu kajian perlu dibuat.

    "Dan adakah menggunakan PKM untuk menuntut kemerdekaan menjadi satu kesalahan?" kata anak kelahiran Johor itu.


    Malah, kata Suhaizan (gambar, di tengah), selain Umno yang berhaluan kanan, semua pertubuhan lain ketika itu diharamkan British.

    Beliau berkata, dengan keadaan komunikasi terhad pada masa itu, Mat Indera juga sudah pasti tidak tahu kaitan antara PKM dengan rangkaian komunis antarabangsa.

    "Yang dia tahu, di depannya ada sekelompok orang yang mahukan kemerdekaan," kata Suhaizan yang diberi kepercayaan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi berdebat berhubung perkara itu dengan Pemuda Umno.


    http://malaysiakini.com/news/175059

    PAS dihalang temui mangsa Bukit Kepong

    Nigel Aw
    Sep 6, 11
    12:05pm


    Kira-kira sepuluh lelaki menghalang rombongan PAS daripada bertemu seorang mangsa dalam peristiwa Bukit Kepong, kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

    Katanya, beliau dan enam anggota parti mengiringi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang datang dengan konvoi tiga kenderaan ke Skudai Kanan, Johor semalam untuk menemui Jamilah Abu Bakar.

    johor pas chief suhaizan kaiatSuhaizan (kanan) mendakwa anggota Umno termasuk dalam kumpulan itu.

    "Mereka halang kami dan tuduh Mat Sabu cuba pertahan Mat Indera. Mereka minta dia tarik balik kenyataan itu atau tidak dibenarkan bertemu.

    "Mereka tidak rasional," katanya ketika dihubungi semalam.

    Dalam ucapannya pada 21 Ogos, Mohammad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa Muhammad Indera yang mengetuai serangan terhadap balai polis Bukit Kepong merupakan wira sebenar dan pejuang kemerdekaan.

    Kenyataan itu mengundang serangan hebat, terutamanya daripada pemimpin Umno dan akhbarnya Utusan Malaysia yang mendakwa Mohamad mengagungkan komunis.

    [Baca berita penuh]



    http://malaysiakini.com/news/174938

    Tuesday, September 6, 2011

    Soalan untuk renungan anak pasca merdeka

    Soalan untuk renungan anak pasca merdeka
    Tongkat Bahaman
    Sep 4, 11
    6:14pm

    1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

    2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

    NONE3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?

    4. Bilakah semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya?

    5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini?

    6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?

    7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.

    8. Akta Darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?

    NONE9. Benarkah darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.

    10. Benarkah darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.

    11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948… dan kenapa?

    12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu?

    13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?

    14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?

    15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (Umno sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).

    16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal” dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjangke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada?

    tunku abdul rahman merdeka declaration 26100417. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.

    18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi Umno sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.

    19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu diterima sebahagian dari pejuang kemerdekaan.

    20. Benarkah pada tahun 1948 Umno hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?

    21. Kenapa semboyan Umno adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris?

    22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? [Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara].

    may 13 riots 041004 police gauntlets23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia?

    24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk ulama telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan Umno. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa?

    25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis?

    26. Jika PKM adalah anti agama dan tuhan, bagaimana ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.

    27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.

    communist insurgents in malaya 24060928. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan Umno menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

    29. Kenapa ulama-ulama upahan Umno lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba?

    30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan Umno tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding?

    31. Kenapa Umno sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan Umno.

    32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu Umno hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.

    33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948? Kenapa tidak nampak satu pun bendera Umno ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain?

    34. Pernahkah Umno menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?

    35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?

    36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?

    37. Kenapakah Umno terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989? Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat?

    NONE38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat?

    39. Kenapa Umno perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi Umno benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal?

    40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini?

    41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.

    42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih?

    43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh Umno – apakah dosa Umno hingga ia semakin dibenci?

    44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan?

    45. Kenapa Umno masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat?

    sabah independence 16 september 196346. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorangperunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa?

    47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.

    48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah Umno terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka?

    49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM?

    50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikitdaripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli Umno) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenarperjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan?

    51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini?

    bukit kepong the movie 060905 jins shamsuddin with bren gun52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno?

    53. Benarkah kita sudah merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversif oleh pemerintah.

    54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain?


    http://malaysiakini.com/news/174810

    SOALAN ’SEJARAH’ BUAT RENUNGAN SEMUA

    POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 5TH, 2011

    Tongkat Bahaman

    1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

    2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

    3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?

    4. Bilakah semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya?

    5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini?

    6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa – tanah jajahan atau rakyat Malaya?

    7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.

    8. Akta Darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?

    9. Benarkah darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.

    10. Benarkah darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.

    11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948… dan kenapa?

    12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu?

    13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?

    14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?

    15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (Umno sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).

    16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal” dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada?

    17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.

    18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi Umno sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.

    19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu diterima sebahagian dari pejuang kemerdekaan.

    20. Benarkah pada tahun 1948 Umno hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?

    21. Kenapa semboyan Umno adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris?

    22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshall yang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? [Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara].

    23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia?

    24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk ulama telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan Umno. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap – kenapa?

    25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis?

    26. Jika PKM adalah anti agama dan tuhan, bagaimana ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.

    27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.

    28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan Umno menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

    29. Kenapa ulama-ulama upahan Umno lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba?

    30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan Umno tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding?

    31. Kenapa Umno sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan Umno.

    32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu Umno hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.

    33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948? Kenapa tidak nampak satu pun bendera Umno ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain?

    34. Pernahkah Umno menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?

    35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?

    36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?

    37. Kenapakah Umno terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989? Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat?

    38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat?

    39. Kenapa Umno perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi Umno benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal?

    40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini?

    41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.

    42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih?

    43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh Umno – apakah dosa Umno hingga ia semakin dibenci?

    44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan?

    45. Kenapa Umno masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat?

    46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorang perunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa?

    47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.

    48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah Umno terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka?

    49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM?

    50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikitdaripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli Umno) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenar perjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan?

    51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini?

    52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno?

    53. Benarkah kita sudah merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversif oleh pemerintah.

    54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain?


    http://www.kl-today.com/2011/09/soalan-sejarah-buat-renungan-semua/

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...