Showing posts with label Advertising and Advertisement. Show all posts
Showing posts with label Advertising and Advertisement. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Iklan raya seksi Nurul?

Posted by admin on August 20th, 2011

Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah.Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.

“Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.

“Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut,” katanya di sini, Jumaat.

Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.

“Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.

“Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook,” jelasnya.

Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.

Nurul kini berada di Sandakan, Sabah, bagi menghadiri sebuah sidang perniagaan.


http://www.kl-today.com/2011/08/iklan-raya-seksi-nurul/

Friday, August 19, 2011

Iklan seksi: Hormati kemuliaan Ramadhan

Nasrudin Hassan


Jangan Cemarinya dengan Mungkar.

1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa pihak tertentu yang bertanggungjawab menerbit dan meluluskan iklan menjolok mata, seksi dan separa lucah MESTI menarik balik iklan mereka dan memohon maaf kepada ummat Islam segera mungkin.

2. Jangan kerana keghairahan mempromosi sesuatu produk menjelang Aidil Fitri, individu atau syarikat terbabit tergamak melampaui sentimen beragama dan kemuliaan bulan Ramadhan al Mubarak. Mengaut keuntungan dalam perniagaan adalah dibenarkan oleh syara' namun memperalatkan aurat wanita dan mengeksploitasinya untuk melariskan sesuatu produk adalah suatu yang bertentangan dengan agama dan mengundang kkemurkaan Allah swt.

3. Apa ertinya hasil keuntungan di bina atas perbuatan dan tindakan yang haram dan dimurkai oleh Alllah swt. Kelak harta itu akan menjadi bahan bakar yang membinasakan diri mereka sendiri. Sedang rezeki yang dicari secara halal itulah akan membawa berkat, kejayaan dan keuntungan yang diredhai oleh Allah swt.

4. Iklan seperti ini telah mem"bakar" perasaan ummat Islam dan tidak mustahil boleh mencetus kemarahan mereka. Sementelah pula ia diiklankan di bulan Ramadhan dengan model yang juga beragama Islam. Tindakan ini dilihat keterlaluan dan memcabar kesucian agama Islam itu sendiri.

5. Lebih malang, pihak berkuasa seperti tidak peka dengan apa yang berlaku. bagaimana iklan seperti ini boleh lulus siar dan lulus terbit ? pula kemana perginya Kementerian Pembangunan Wanita yang selama ini bercakap soal maruah wanita. Apakah iklan seperti ini yang jelas memperaga dan memperalatkan wanita tidak mencarik maruah ?

6. Selayaknya pihak berkuasa agama seperti JAKIM mesti peka dengan lambakan iklan menjolok mata sebegini yang dipasang pada billboard, banting dan banner pada laluan dan tempat awam. Selain budaya, hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan sebagainya, iklan sebegini juga boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya perlecehan moral dan peribadi muslimah yang bermaruah.

7. Kita mahu negara kita sejahtera dan aman serta mendapat keampunan Allah swt. Bukan sahaja kita mahu negara kita indah dengan hijau dan segar dengan flora, tetapi juga kita mahu negara yang berkat dan diredhai oleh Allah swt dengan bebas dari unsur - unsur mungkar dan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

8. Tidak hairanlah jika semakin hari semakin ramai anak gadis dan wanita kita tidak menutup aurat malah semakin seksi mereka berpakaian sekali pun di khalayak ramai kerana terpengaruh dan terikut - ikut rentak idola mereka yang di potretkan pada iklan, demikian juga lakonan - lakonan menerusi filem dan video klip yang turut menonjolkan cara berpakaian yang sangat menjolok mata.

9. Secara umumnya, semua pihak bertanggungjawab tanpa perlu kita mengharapkan atau menyalahkan hanya pihak - pihak tertentu. Tetapi selaku pihak berkuasa, kerajaan melalui kementerian, agensi atau jabatan terbabit mestilah mengambil tanggungjawab untuk membersihkan negara dari rambu - rambu dosa dan mungkar seperti ini.

10. Dewan pemuda PAS mendesak supaya semua pihak mengambil peranan, bermula dari pihak berkuasa negeri Pakatan Rakyat sebagai tauladan, kemudian pihak berkuasa kerajaan Persekutuan turut mengambil langkah berkesan untuk memerangi gejala negatif yang kian menular dan merosakkan aqal dan jiwa masyarakat dalam tempoh jangka panjang.

Rujuk Iklan yang dimaksudkan di sini :

http://www.facebook.com/notes/nasrudin-hassan/hormati-kemuliaan-ramadhan/237804989594098

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia



http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/4970-iklan-seksi-hormati-kemuliaan-ramadhan

Pemuda PAS desak iklan 'seksi' ditarik balik

Ogos 18, 11 9:07am

Dewan Pemuda PAS mahu pihak yang bertanggungjawab menerbit dan meluluskan iklan menjolok mata, seksi dan separa lucah menarik balik iklan mereka dan memohon maaf kepada ummat Islam segera mungkin.

NONEKetuanya, Nasrudin Hassan di Facebook berkata semua pihak perlu mengambil peranan, bermula dari pihak berkuasa negeri Pakatan Rakyat sebagai tauladan, kemudian pihak berkuasa kerajaan persekutuan turut mengambil langkah berkesan untuk memerangi gejala negatif yang kian menular.

“Jangan kerana keghairahan mempromosi sesuatu produk menjelang Aidil Fitri, individu atau syarikat terbabit tergamak melampaui sentimen beragama dan kemuliaan bulan Ramadan al Mubarak.

“Mengaut keuntungan dalam perniagaan adalah dibenarkan oleh syara' namun memperalatkan aurat wanita dan mengeksploitasinya untuk melariskan sesuatu produk adalah suatu yang bertentangan dengan agama dan mengundang kkemurkaan Allah SWT,” tulis Nasrudin.

Beliau merujuk kepada iklan pelangsingan badan yang disiarkan di beberapa media arus perdana, khususnya yang berbahasa Melayu sepanjang bulan ramadan ini.

Katanya, iklan menjolok mata itu telah 'membakar' perasaan umat Islam dan tidak mustahil boleh mencetus kemarahan mereka.

NONELebih malang, katanya ia diiklankan pada bulan Ramadan dengan memaparkan model yang juga beragama Islam.

“Tindakan ini dilihat keterlaluan dan memcabar kesucian agama Islam itu sendiri.

“Lebih malang, pihak berkuasa seperti tidak peka dengan apa yang berlaku. Bagaimana iklan seperti ini boleh lulus siar dan lulus terbit ? Ke mana perginya Kementerian Pembangunan Wanita yang selama ini bercakap soal maruah wanita.

“Apakah iklan seperti ini yang jelas memperaga dan memperalatkan wanita tidak mencarik maruah?” soal Nasrudin.

Ketua pemuda PAS itu juga membidas pihak berkuasa agama seperti JAKIM yang didakwa tidak peka dengan lambakan iklan menjolok mata sebegini yang dipasang pada billboard, banting dan banner pada laluan dan tempat awam.

“Selain budaya, hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan sebagainya, iklan sebegini juga boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya perlecehan moral dan peribadi muslimah yang bermaruah.

“Kita mahu negara kita sejahtera dan aman serta mendapat keampunan Allah SWT. Bukan sahaja kita mahu negara kita indah dengan hijau dan segar dengan flora, tetapi juga kita mahu negara yang berkat dan diredhai oleh Allah dengan bebas dari unsur-unsur mungkar dan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah,” katanya lagi.

malay muslim girl students tudungMenurut Nasrudin, tidak hairanlah jika semakin hari semakin ramai anak gadis dan wanita Islam tidak menutup aurat malah semakin seksi mereka berpakaian sekali pun di khalayak ramai kerana terpengaruh dan terikut-ikut rentak idola mereka yang dipotretkan pada iklan dan juga lakonan-lakonan menerusi filem dan video klip yang turut menonjolkan cara berpakaian yang sangat menjolok mata.

“Selaku pihak berkuasa, kerajaan melalui kementerian, agensi atau jabatan terbabit mestilah mengambil tanggungjawab untuk membersihkan negara dari rambu-rambu dosa dan mungkar seperti ini,” katanya.


http://malaysiakini.com/news/173350

Thursday, August 11, 2011

Juadah 'tidak halal': Star dipanggil KDN

Juadah 'tidak halal': Star dipanggil KDN
Ogos 11, 11 5:31pm


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.

star pork photo report 110811Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.

Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.

"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172710

Wednesday, August 3, 2011

Iklan Ramadan pula kontroversi

Posted by admin on August 2nd, 2011

Ekoran tekanan daripada orang ramai, Media Prima Bhd memutuskan untuk menggugurkan iklan sempena Ramadan, yang disifatkan banyak pihak sebagai berbaur rasis dan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan rakyat pelbagai kaum.Ketua pegawai operasi Media Prima Ahmad Izham Omar mengumumkan keputusan itu menerusi Twitter ekoran kritikan pelbagai pihak sejak awal hari ini.

“OK kawan-kawan. Kami menarik balik iklan itu. Terima kasih atas keprihatinan anda,” kata Ahmad Izham dalam mesejnya yang dikeluarkan menerus Twitter pada pukul 3.40 petang tadi.

Ahmad Izham kelihatan mengambil ringan isu ini dengan mengubah topik perbincangan tujuh minit kemudian.

“Dan, sekarang perkara lebih penting … adakah satu seksyen bunyi hon lebih baik berbanding empat trombon? Atau hanya tiga trombon sudah memadai?” tulis beliau lagi.

Awal hari ini, bekas ketua eksekutif 8tv ini cuba meredakan keadaan dengan meminta orang tidak membesarkan iklan berkenaan yang menasihatkan bukan Islam supaya bersopan ketika bulan Ramadan.

Diterbitkan sebagai pengumuman perkhidmatan publik menerusi 8tv, tiga iklan menggambarkan seorang budak perempuan ‘Cina’ makan secara terbuka, mengenakan pakaian kurang sopan dan kurang beradab ketika Ramadan seolah-olah mencetuskan kurang senang di kalangan umat Islam.

Umat Islam di negara ini berpuasa sejak semalam selama sebulan.

Iklan-iklan itu mengesyorkan agar bukan Islam menjauhkan diri daripada tingkah laku sedemikian dan mahu mereka memahami dan menghormati bulan Ramadan.

Tahun lepas, Media Prima berhadapan dengan kritikan apabila menyiarkan iklan sempena Aidilfitri, didakwa membawa gambaran dan mesej penganut Kristian (gambar).

Iklan itu turut ditarik balik ekoran kritikan orang ramai khususnya kalangan Muslim.


http://www.kl-today.com/2011/08/iklan-ramadan-pula-kontroversi/

Monday, March 7, 2011

MBBS tak lulus lesen iklan berunsur seks, tahyul

Mac 6, 11 3:19pm

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak akan berkompromi dengan sebarang iklan produk dan perkhidmatan yang berunsurkan seks serta tahyul di semua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, kata Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mazalan Md Noor.

Beliau berkata sebarang permohonan untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan sedemikian tidak akan diterima kerana ia hanya akan memperdaya pengguna selain tidak mempunyai jaminan daripada mana-mana pihak yang sepatutnya.

"Kami menerima banyak aduan mengenai iklan kurang menyenangkan yang ditampal dan digantung pada tiang lampu, pokok atau pondok telefon di sekitar kawasan Shah Alam. Justeru langkah drastik telah diambil dengan menurunkan serta melupuskannya," katanya kepada Bernama hari ini.

Tinjauan di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam mendapati beberapa bunting iklan yang ditampal pada tiang lampu dan pokok menawarkan perkhidmatan urut batin, ubat tenaga batin serta bantuan secara halus bagi mengutip hutang.

Kesemua iklan berkenaan tidak mempunyai pelekat pengesahan daripada MBSA seperti sepatutnya dan ditulis dalam pelbagai bahasa serta turut memaparkan nombor telefon untuk dihubungi selain ilustrasi yang mempunyai maksud tersirat, misalnya pisang.

Mazalan berkata mereka yang mahu mengiklankan produk atau perkhidmatan di kawasan MBSA perlu memohon lesen dan pelekat kebenaran di Jabatan Perlesenan dan Penjaja Wisma MBSA di sini serta mematuhi syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata antara syarat yang ditetapkan ialah saiz bunting mestilah 0.6 meter lebar dan 1.82 meter panjang manakala bagi kain rentang pula 4.2 meter lebar dan 6.1 meter panjang.

"Bahasa yang digunakan juga perlu jelas, sopan serta mengikut ejaan yang betul serta dipasang pada tempat yang tidak mengganggu lalu lintas atau boleh mendatangkan bahaya.

"Soft copy atau contoh bunting dan kain rentang juga perlu dibawa bersama bagi proses kelulusan pelekat kebenaran daripada MBSA," katanya.

Mazalan berkata setiap iklan juga diberi tempoh dua minggu hingga sebulan untuk dipaparkan dan perlu ditanggalkan sebaik tamat tempoh.

Bermula hujung Mac ini, operasi bersepadu antara penguat kuasa MBSA dan kontraktor yang dilantik akan dilakukan untuk menurunkan semua iklan yang tidak mempunyai pelekat kelulusan daripada MBSA dan iklan yang telah tamat tempoh.

"Kita juga akan turunkan semua iklan yang diletakkan di tempat yang tidak sesuai walaupun mempunyai pelekat daripada MBSA selain iklan-iklan yang mempunyai unsur-unsur lucah atau tahyul di semua kawasan MBSA," katanya.

Dalam pada itu, Mazalan berkata mereka yang ingin membuat aduan mengenai hal berkaitan iklan di kawasan MBSA boleh menghubungi talian 03-55105133 sambungan 254 (bahagian aduan awam) ketika waktu pejabat atau bilik gerakan MBSA 03-55105811 yang beroperasi 24 jam.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/157862

Thursday, December 9, 2010

Mata lebam bos F1 jadi iklan



WAJAH Bernie Eccleston yang lebam di mata menghiasi iklan jam tangan Hublot.


LONDON - Bos siri perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone yang berusia 80 tahun muncul dalam iklan jam tangan Hublot dengan menampilkan mata kanannya yang lebam, lapor sebuah akhbar semalam.

Matanya menjadi lebam selepas dia diserang dalam satu kes rompakan melibatkan empat lelaki di luar pejabatnya di sini pada bulan lalu manakala jam tangan Hublot bernilai £200,000 (RM992,559) itu turut dilarikan.

Dalam serangan itu, perompak tersebut juga merampas barangan kemas milik kekasih Ecclestone, Fabiana Flosi.

Bos perlumbaan itu yang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai £2 bilion (RM9.92 bilion) telah ditendang oleh perompak berkenaan.

Namun, Ecclestone menghubungi pihak pengurusan jenama jam tangan rasmi untuk F1, Hublot dan mencadangkan supaya gambar matanya yang lebam digunakan dalam poster iklan jam tangan itu.

"Saya menghubungi mereka dan mencadangkan ini (matanya yang lebam) sebagai peluang untuk melakukan sesuatu yang berbeza," katanya.

"Saya memahami terdapat orang yang mahu merompak saya kerana mereka miskin. Mereka mahu sesuatu untuk diberikan kepada anak mereka ekoran sambutan Krismas yang akan datang. Namun, apa yang mereka lakukan itu tidak wajar," tambahnya.

Iklan itu mempunyai barisan ayat yang bermaksud terdapat orang yang sanggup melakukan keganasan untuk mendapatkan jam tangan Hublot. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Tuesday, November 9, 2010

Finas: Iklan Deepavali tiada kaitan dengan tukar agama

Finas: Iklan Deepavali tiada kaitan dengan tukar agama

M Krishnamoorthy
Nov 9, 10
10:00am

Iklan Deepavali terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tidak ada kaitan dengan penukaran agama mana-mana masyarakat dan tidak seharusnya dilihat dari luar konteksnya, kata ketua pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim.

Katanya, iklan berkenaan bertujuan memupuk semangat 1Malaysia di kalangan masyarakat majmuk dan keluarga mereka yang meraikan pelbagai perayaan di Malaysia.

“Ikan ini adalah susulan iklan yang diterbitkan semasa Hari Raya apabila Muthu berkahwin campur dengan seorang rakyat tempatan Sarawak, Rina.

“Jadi, kami cuba memaparkan bagaimana rakyat Malaysia yang berlainan latar menyambut perayaan masing-masing. Kami juga ada iklan susulan semasa Krismas dan Tahun Baru Cina.

Menurut Mahyidin iklan itu adalah kerja kreativiti dan tidak seharusnya dicampurkan dengan politik.

“Iklan itu langsung tidak bertujuan merendahkan mana-mana bangsa dan sudah tentu idea menukar agama langsung tidak terlintas di minda kami,” katanya dalam saytu kenyataan.

Mahyidin merujuk kepada ulasan senator S Ramakrishnan yang mempersoalkan mesej pada iklan itu yang cuba dibawa oleh penerbit iklan berkenaan.

Katanya, jalan cerita iklan ini, hampir sama dengan drama Bollywood bila mana terdapat konflik pada permulaan tetapi semuanya berakhir dengan baik. Apabila iklan itu berakhir, ia memaparkan suasan kegembiran dan kebahagiaan di kalangan kedua-dua keluarga itu.

Iklan 30 saat yang didakwa disiarkan di RTM dan Astro - menunjukkan seorang lelaki dari keluarga beragama Hindu menghadapi masalah dengan keluarganya setelah dia berkahwin dengan seorang perempuan Islam.

Perempuan Islam itu pula keberatan memakan makanan yang disajikan oleh keluarga suaminya. Dia akhirnya menjamah makanan berkrenaan setelah diyakinkan oleh seorang rakan keluarga itu bahawa makanan itu adalah halal.

Hanya setelah perempuan Islam itu melahirkan anak, keluarga berkenaan menerimanya dan anak itu.

Menurut Ramakrishnan, iklan Finas itu memaparkan sikap bermusuhan keluarga Hindu dan gagal menangani isu soal pemaksaan penukaran agama sebelum seseorang boleh berkahwin dengan orang Islam.

Mahyidin sebaliknya berkata iklan itu cuba memaparkan tolak ansur dan perasaan kasih sayang di kalangan masyarakat pelbagai bangsa. Ia menunjukkan rasa hormat di antara berlainan bangsa di mana makanan halal disediakan untuk tetamu mereka yang beragama Islam.

http://malaysiakini.com/news/147649
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...