Showing posts with label Pindaan Perlembagaan. Show all posts
Showing posts with label Pindaan Perlembagaan. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

PIKET MTUC SAH PADA 3 NOVEMBER

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 29TH, 2011

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)sah akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955.Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah.

“MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat ‘good crowd’ hari itu,” katanya pada sidang media di Wisma MTUC di sini.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

Pada 6 Oktober lepas, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam.

Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.

Abdul Halim berkata, piket itu akan berlangsung antara pukul 5 petang dan 6.30 petang dan sebanyak 100,000 risalah akan diedarkan serta 41 buah kain rentang akan dibawa sepanjang piket itu berlangsung di seluruh negara.

Katanya, MTUC akan menyerahkan surat kepada Ketua Polis Negara bagi memaklumkan tujuan dan lokasi piket itu diadakan sambil menegaskan piket itu akan berlangsung secara aman.

“Kita sudah serah surat kepada Perdana Menteri minggu lepas supaya akta itu dapat ditarik balik dan dibincangkan semula dengan pekerja,” katanya.

Beliau berkata isu terbesar mengenai piNdaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja di mana ini membolehkan majikan ‘mengupah’ kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan itu.

Katanya, sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan dan ini akan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Bila seorang pekerja ditimpa kemalangan ketika bekerja bagaimana dengan pampasannya, ini amat merumitkan kerana pekerja tidak bekerja dengan majikan tetapi buat kerja untuk majikan itu,” katanya.

Abdul Halim berkata selain itu, pindaan terhadap pekerja separuh masa, cara menetapkan masa kerja pekerja wanita, masa pembayaran berbeza antara gaji dan elaun serta prosedur pengurusan kes gangguan seksual turut “merisaukan” MTUC.

“Jika dilihat pindaan ini boleh memudahkan pekerja ditindas dan dianiaya terutamanya oleh kontraktor tenaga kerja, kita mahu menyelesaikan isu ini secara domestik terlebih dahulu, kita tidak mahu bawa ini ke peringkat antarabangsa buat masa ini,” katanya.

http://www.kl-today.com/2011/10/piket-mtuc-sah-pada-3-november/

Wednesday, June 29, 2011

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'

Hazlan Zakaria
Jun 25, 11
1:23pm


Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

NONE"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.



http://malaysiakini.com/news/168005

Tuesday, March 22, 2011

Gagal bangun insan, tak capai matlamat negara membangun


Wednesday, 10 Rabi'ul Akhir 1432

Ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 14 Mac lepas.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pertama-tama saya bersama dengan rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen seluruhnya sama ada di pihak kerajaan ataupun Pakatan Rakyat mengucapkan takziah kepada negara Jepun, kerajaan dan rakyat di atas bencana alam tsunami yang menimpa negara tersebut.

Bagi melahirkan simpati kepada mangsa dan negara yang ditimpa bencana itu, adalah baik pihak kerajaan menghantar rombongan kemanusiaan sebagai simbolik simpati kemanusiaan walaupun kita menyedari negara Jepun mempunyai kemajuan dan kemampuan teknologi dan tenaga manusia untuk menangani dan mengatasi bencana yang menimpa mereka. Akan tetapi sifat-sifat kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum dan agama perlu diserlahkan dengan cara yang nyata dan terbuka melalui penghantaran rombongan tersebut.

Seterusnya saya ingin menyertai perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya hendak memberi penekanan kepada perkara-perkara pokok dan dasar yang diucap dan dititahkan.

Baginda menegaskan supaya semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain, meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan. Amaran supaya langkah diambil bagi mengelak perpecahan, menandakan di sana ada tanda-tanda negatif yang tidak sihat, yang boleh menjejaskan kewibawaan negara yang berdaulat yang berasaskan kepada Perlembagaan tersebut.

Kita perlu menyedari betapa Perlembagaan masih lagi mengalami kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Berhajat kepada pindaan.

Kita menyedari sejarah Perlembagaan dilahirkan daripada Suruhanjaya Reid. Mereka yang terlibat di dalam menggubal Perlembagaan itu tidak ada seorang pun daripada anak negeri ini.

Oleh kerana itu masih banyak perkara yang perlu dikaji semula, melakukan muhasabah dengan menyedari bahawa di dalam Perlembagaan itu sudah disebut perkara-perkara yang menjadi rukun, tonggak kepada negara yang sangat penting.

(i) Islam agama Persekutuan;

(ii) keluhuran Perlembagaan; dan

(iii) kedaulatan undang-undang, kedaulatan Raja-Raja, hak istimewa Melayu dan bumiputera, hak bangsa lain.

Akan tetapi mengapa masih wujud gejala-gejala yang menyebabkan Baginda telah menyampaikan titah amaran tersebut? Bagi orang Islam dan rakan-rakan yang bukan Islam menyedari kedudukan Melayu, orang Islam di dalam negara ini adalah golongan majoriti yang semua pihak, kaum lain menerima hakikat bahawa Melayu yang beragama Islam adalah majoriti yang berada di dalam tonggak kepimpinan negara. Soalnya sejauh mana Islam dapat menjadi roh kepada perlembagaan. Apa yang berlaku, kefahaman kita terhadap Islam itu sendiri masih lagi terlalu sempit, masih lagi belum merdeka, masih lagi dijajah.

Perlembagaan tiada roh Islam

Kita tidak menjadikan Islam sebagai agama yang menangani cara hidup termasuk kepada negara dan segala amalannya menyebabkan Perlembagaan kita tidak ada roh. Kita perlu menyedari perbezaan amalan negara yang berasaskan kepada Islam dengan negara yang lain.

Ini kerana tidak ada pemisahan di antara perhitungan dosa dan pahala dengan amalan negara. Inilah yang diajar oleh Islam. Inilah yang memelihara keadilan yang dapat menyatupadukan rakyat dan memberi hak kepada semua rakyat yang menjalinkan hubungan yang baik di kalangan mereka. Adakah keluhuran Perlembagaan itu masih wujud?

Di sana masih terdapat percanggahan-percanggahan di antara kuasa negeri dan pusat. Bukan sahaja di dalam urusan pentadbiran yang mencelarukan bahkan kadang-kadang di dalam urusan agama Islam itu sendiri. Walaupun dinyatakan di dalam Perlembagaan bahawa bidang kuasa agama yang disebut Enakmen Pentadbiran Agama adalah di bawah kuasa negeri tetapi negeri tidak boleh melaksanakan kuasa agama Islam yang luas kerana bercanggah dengan kuasa Perlembagaan pusat.

Ini menimbulkan kecelaruan di dalam melaksanakan Islam melalui konsep Perlembagaan itu sendiri. Bahkan terdapat percanggahan undang-undang Syariah di kalangan negeri-negeri itu sendiri padahal semua negeri menganut Mazhab Shafie. Sepatutnya diselaraskan, menandakan masih wujud kelemahan di dalam Perlembagaan itu sendiri yang menyebabkan kelemahan kepada urusan pentadbiran agama Islam di negeri-negeri. Ada pun kedaulatan undang-undang, kita melihat kedaulatan undang-undang agak terjejas dengan tidak adanya pemisahan kuasa di antara penggubal undang-undang mahkamah dan pentadbiran.

Masih wujud kecelaruan dan campur tangan, masih wujud sistem keadilan yang tidak stabil dengan cara yang tepat. Peristiwa-peristiwa yang menyayat hati dan boleh memalukan kita. Contohnya Teoh Beng Hock yang mati dalam siasatan dan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disebarkan melalui media dengan cara yang memalukan.

Mengikut kaedah perundangan Islam dan kaedah perundangan Islam ini diamalkan oleh undang-undang British kerana orang-orang British ketika menjajah negara umat Islam, mereka bukan sahaja mengumpulkan hasil bumi. Mereka juga mengumpulkan hasil ilmu Islam melalui kitab undang-undang yang dikarang oleh ulama’-ulama’ Islam dalam segala mazhab sehingga mereka memakai kaedah orang yang dituduh tidak bersalah selagi tidak disabitkan. Apa yang berlaku hari ini, menunjukkan orang dituduh telah bersalah dan dihukum. Mati dalam tahanan walaupun dia seorang yang bukan Islam. Allah mengajar kita adil kepada semua manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah, menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada orang yang adil dapat menunaikannya”. Sama ada amanah politik ataupun amanah kehakiman dan pentadbiran. Apabila melakukan urusan hukuman di kalangan manusia tidak disebut Islam dan bukan Islam juga tidak disebut bangsa yang tertentu di kalangan manusia hendaklah berlaku adil. Apa yang berlaku hari ini, kita tidak boleh menunjukkan contoh kebaikan Islam daripada Islam yang kita jadikan sebagai agama persekutuan. Ini satu hal yang perlu disedari oleh pihak kerajaan sebelum banyak lagi perkara buruk yang berlaku. Insiden-insiden undang-undang yang berlaku dalam negara kita.

Kedaulatan Raja-raja, Raja-raja adalah sebahagian daripada negara kita. Nabi kita Muhammad SAW telah meletakkan garis panduan dalam hal ini yang bermaksud, “Apabila Allah mengehendaki keadaan seseorang raja itu menjadi baik, maka Allah jadikan di sisi raja itu menteri-menteri yang benar dan baik. Sekiranya raja itu lupa diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat ditolong raja itu. Sekiranya Allah mengehendaki raja itu dalam keburukan maka Allah jadikan di sisinya menteri yang jahat dan bohong. Sekiranya raja itu lupa, tidak diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat tidak ditolongnya”.

Apa yang berlaku dalam negara ini? Melahirkan pengampu-pengampu kepada Raja-Raja kita. Dia bukan menjadi penasihat yang baik apabila kita merasakan kedudukan kita terancam, defend on Perlembagaan. Perlembagaan bukan untuk memperbaiki Institusi Raja-raja tetapi mendapat kuasa laksana kuasa tikus membaiki labu. Ini keadaan yang berlaku.

Hak istimewa orang Melayu

Hak istimewa orang Melayu, Islam, dan bumiputera diakui oleh semua kaum yang ada dalam negara ini kerana mereka menyedari bahawa majoriti rakyat negara ini adalah orang Melayu Islam dan bumiputera. Kerana menyedari bahawa majoriti orang miskin dan ketinggalan dalam hak berekonomi dan hidup dengan selesa adalah orang Melayu dan bumiputera.

Mereka menyedari hakikat ini, dalam masa yang sama sangat baik. Kita telah letak dalam Perlembagaan. Hak kaum lain juga hendaklah dipelihara, dijaga, dan mengikut Islam sama adil dengan puak orang Islam.

Hak untuk hidup dan juga ekonomi. Oleh kerana jumlahnya Melayu bumiputera lebih besar, maka kita letakkan atasnya. Bahkan kami dalam Pakatan Rakyat atau konvensyen telah memutuskan satu resolusi menerima apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Akan tetapi apa yang merisaukan kita ialah hak istimewa ini tidak dijaga dengan cara yang baik dan betul menyebabkan fanatik kepartian berlaku di dalam parti yang memerintah sendiri. Sepatutnya parti yang memerintah hendaklah menjadi contoh kepada seluruh rakyat.

Para ulama’ mengatakan...bermaksud, “Rakyat mengikut langkah pemimpin-pemimpin mereka”.

Apa yang berlaku hari ini, hak bumiputera yang dipentingkan ialah Bank Bumiputera yang menyokong Umno dan parti yang memerintah di Sabah dan Sarawak. Kemudian, ditambah lagi kroni-kroni pemimpin yang tertentu.

Dalam parti yang sama pun dinafikan. Ini merupakan kemalangan yang berlaku dalam apa yang disebut dengan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Ia tidak dilaksanakan dengan betul.

Saya ingin mengulangi apa yang disebut dalam Dewan ini. Bank Bumiputera yang telah ‘meninggal dunia’. Di mana ada Bank Bumiputera di situ ada pejabat Umno. Mengapa Bank Bumiputera telah ‘meninggal dunia’? Siapa yang mematikan bumiputera atau pun jadi anak angkat kepada bank lain? Ini kerana pengurusan dan cara yang tidak betul. Apabila kita orang Islam Melayu telah diterima sebagai tunggak kepimpinan negara, apa yang penting kita mesti menunjuk satu contoh yang baik. Modul ajaran Islam yang bersih daripada rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Apa yang berlaku hari ini, pimpinan utama Umno sendiri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyebut dalam kenyataan yang terbuka bagaimana parti yang memerintah dihujani oleh penyakit rasuah di dalam pemilihan-pemilihan mereka. Bagaimana kita dapat mewujudkan sebuah kerajaan menjadi model mengikut ajaran Islam daripada orang Melayu yang beragama Islam ini?

Sekiranya dalam pemilihan kepimpinan kita berdasarkan kepada politik wang dan politik wang ini diketahui oleh umum. Ia dilakukan dalam masa pilihan raya sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil.

Demokrasi

Ini kerana mengikut amalan demokrasi yang sebenar rakyat adalah hakim untuk menghukum parti yang memerintah. Sekiranya parti memerintah dalam keadaan yang baik, rakyat terus menyokong. Sekiranya parti yang memerintah dituduh dengan tuduhan yang tidak betul, dia boleh bela dan membersihkan diri. Apa yang berlaku hari ini? Rakyat tidak boleh menjadi hakim yang betul kerana media yang menjadi saksi kepada rakyat untuk pilihan raya untuk membuat laporan yang tidak sepenuh dan berat sebelah. Demokrasi ialah untuk memilih kerajaan yang sihat dan kuat.

Di Amerika tidak selama-lamanya Republican atau Democrat. Di Britain tidak selamalamanya Conservative, Parti Liberal atau Parti Buruh. Mereka bertukar dan beralih bila satu parti mengalami kelemahan dalam kepimpinan negara. Ia didedahkan oleh media. Pemimpin parti memerintah tidak boleh jawab, rakyat hukum dalam pilihan raya dan kepimpinan parti memerintah itu menerima hakikat dia dihukum oleh rakyat. Dia tunggu pulih diri dia, setelah dia baik barulah dia menang pilihan raya balik. Apa yang berlaku dalam negara kita hari ini? Mahu memerintah sehingga nyanyuk dan kiamat walaupun kita mengalami kelemahan-kelemahan.

Apa yang membimbangkan Tuan Yang di-Pertua ialah gejala perpecahan. Perpecahan di dalam masyarakat kerana titah Baginda menyebut tentang perpecahan di kalangan rakyat.

Islam menganjurkan perpaduan, perpecahan perkara biasa berlaku di kalangan manusia kerana mereka mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza, tetapi mereka boleh disatukan dengan semangat dan roh yang ada dalam diri mereka. Islam menganjurkan perpaduan di kalangan orang Islam dan perpaduan di kalangan sesama manusia yang berbagai-bagai agama. Ia menganjurkan perpaduan dari semua kalangan ini. Perpaduan di kalangan orang Islam, Allah menyatakan perpaduan mereka ialah dengan tali Allah. Firman Allah bermaksud, “Berpeganglah kamu semua dengan tali Allah, jangan kamu berpecah belah”. Perpaduan di kalangan manusia Allah menyatakan bermaksud, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, berbangsa-bangsa, dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain”.

Perpaduan di kalangan manusia lita’arafu, supaya berkenalan di kalangan manusia dan bertukar-tukar kepentingan di antara satu sama lain.

Dalam sejarah Islam pernah berlaku perbezaan pendapat yang mencetuskan pergaduhan. Akan tetapi boleh disatukan, boleh didamaikan dan boleh diselesaikan walaupun melahirkan berbagai-bagai mazhab, mazhab dalam ilmu fiqah, bahkan mazhab di alam politik.

Kalangan Sunni, Syiah dan Khawarij, ini alam mazhab dalam politik yang lahir di kalangan umat Islam. Ada yang betul dan ada yang salah dalam mazhab ini. Timbulnya gejala perpecahan dalam politik setelah wafatnya Nabi SAW. Quran tidak menentukan siapa penggantinya.

Nabi Muhammad SAW tidak menentukan siapa penggantinya menyebabkan timbul berbagai-bagai pandangan dan mereka bermusyawarah.

Ada kalangan yang mengatakan bahawa ketua negara mestilah dari kalangan Ansar, dari kalangan orang Madinah kerana mereka tuan punya tapak kepada negara Islam yang awal itu. Ada yang mengatakan ketua negara mestilah dari kalangan Ahlul-Bait, keluarga Nabi SAW. Ada yang mengatakan kepimpinan negara mestilah dari kalangan seorang pemimpin yang berwibawa, yang paling kuat pengaruhnya di kalangan rakyat. Akhirnya mereka menerima bahawa kepimpinan negara mestilah dari kalangan yang berwibawa di kalangan rakyat yang mempunyai bangsa yang majoriti yang hebat di kalangan kaum yang ada dalam negara itu.

Ini pendapat umum yang diterima oleh para sahabat Radiallah Anhu walaupun pendapat Ansar menjadi pandangan golongan Khuwarij dan pandangan Ahlul-Bait menjadi pandangan golongan Syiah yang ditolak oleh ilmu politik dan fiqah politik Islam. Tidak dinafikan dan kita telah menerima semangat itu.

Bahkan dalam Perlembagaan ini sudah ada kita meletakkan hak keistimewaan orang Melayu kerana menerima hakikat orang Melayu adalah majoriti orang Islam yang wujud dan diakui oleh kaum lain. Akan tetapi, kita mesti ingat bahawa jati diri orang Melayu dan kewibawaan mereka terletak kepada sejauh mana mereka berpegang dengan ajaran Islam itu.

Allah SWT memberi amaran yang bermaksud, “Jika sekiranya kamu yang berbangsa, yang menganut Islam itu berpaling daripada ajaran Islam, maka Allah menukar kaum yang lain daripada kamu.”

Dalam sejarah Islam, yang memimpin pemerintahan bukan sahaja orang Arab, bertukar ke bangsa Kurdish, bertukar ke bangsa Turki dan bangsa-bangsa yang lain apabila bangsa yang telah menganut Islam itu tidak kuat dan kukuh berpegang dengan ajaran Islam. Di sinilah Islam meletakkan kepimpinan, bukan ketuanan.

Ini kerana kita tidak boleh memperhambakan di kalangan rakyat. Kepimpinan boleh beralih. Kepimpinan Melayu hendaklah diwujudkan dengan kita berpegang dengan jati diri yang berlandaskan kepada ajaran Islam. Ini sangat penting. Melayu selamat kalau Islam ditegakkan. Kalau Islam tidak ditegakkan, Melayu akan lebur sebagaimana bangsa lain yang lebur dalam dunia ini.

Allah SWT telah menyebut, bangsa yang mempunyai tamadun yang hebat dalam sejarah manusia, mereka hancur lebur walaupun mempunyai pembangunan yang hebat dengan bangunan-bangunan yang mencakar langit. Firman Allah Taala bermaksud, “Adakah kamu tidak tahu, kamu tidak melihat apa yang telah menimpa kaum ‘Ad yang telah mendirikan bandar Iran dengan bangunan-bangunan pencakar langit? Adakah kamu tidak melihat kaum Tsamud yang telah memahat bukit-bukit batu pejal untuk dijadikan bangunan? Adakah kamu tidak melihat kaum Firaun yang mendirikan Piramid, yang mendirikan bangunan Piramid yang hebat dan bala tentera yang ramai apabila mereka telah melakukan fasad, melakukan kejahatan.”

Kejahatan itu sama ada maksiat ataupun kezaliman dalam pemerintahan. Maksiat ataupun kezaliman. Kemungkaran berlaku, maka Allah memusnahkan kaum itu walaupun mempunyai pembangunan kebendaan yang sangat hebat.

Tanpa dinafikan bahawa peranan manusia di atas muka bumi bukan sahaja mengabdikan diri kepada Allah, dalam masa yang sama manusia ditugaskan untuk membangunkan bumi dengan pembangunan-pembangunan yang menggunakan bahan-bahan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dia atas muka bumi. Akan tetapi untuk melakukan pembangunan itu, hendaklah dibina insan. Dalam ucapan Seri Paduka Baginda disebut pembangunan insan. Akan tetapi, tidak disebut apakah acuan pembangunan insan itu.

Kemusnahan negara-negara yang maju di abad yang lalu dan yang terkini seperti Soviet Union ialah kerana gagal dalam pembangunan insan walaupun mempunyai muka bumi yang luas, kekayaan yang melimpah ruah, pembangunan kebendaan yang begitu hebat, bangunan yang mencakar langit seperti di Dubai sekarang, bangunan pencakar langit banyak tetapi orang tidak ada.

Pembangunan yang tidak berasaskan kepada pembangunan insan dalam erti kata yang sebenar untuk membangunkan insan bukan sahaja mengilmukan mereka dalam bidang sains dan teknologi yang sangat diberi penekanan. Tidak dinafikan bahawa pengilmuan dalam sains dan teknologi adalah penting. Akan tetapi, manusia yang mengendalikan pembangunan sains dan teknologi itu hendaklah dibina roh dan akal mereka. Kalau roh dan akal mereka tidak dibina dengan tepat, maka sains dan teknologi membawa kemusnahan kepada diri mereka sendiri.

Dengan sebab itu maka Islam menganjurkan bahawa bagi membangun diri manusia hendaklah mengikut acuan fitrah, naluri dan sifat semula jadi manusia yang disebut dengan Maqasid al-Syariah, tujuan hukum syariah diturunkan oleh Allah kepada manusia tepat dengan ciri-ciri dan sifat keperluan yang ada bagi diri manusia. Mereka memerlukan enam perkara yang penting:

(i) agama;

(ii) nyawa;

(iii) akal;

(iv) maruah;

(v) keturunan; dan

(vi) harta.

Ini tiga rukun. Dalam kehidupan manusia, manusia tidak boleh hidup dengan tepat, dengan baik sekiranya tidak memenuhi ketiga-tiga rukun ini. Pertama, agama. Islam meletakkan agama menjadi dasar dan payung kepada pembangunan insan. Meletakkan manusia menjadi hamba kepada Allah. Pimpinan negara adalah menunaikan amanah bukannya tuan yang memperhambakan rakyat dan mana-mana kaum. Ini yang diajarkan oleh Islam.

Segala projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan memberi kesenangan kepada rakyat hendaklah ditunaikan dengan amanah dan di atas sifat menunaikan amanah, dia tidak boleh berbangga dengan apa yang dia buat dengan hendak menunjuk-nunjuk sahaja ini aku buat, ini aku buat, ini aku buat seolah-olah harta dia, dia yang punya. Apabila merasakan ini dia yang punya, harta dia, maka berlakulah salah guna, berlakulah mengambil kesempatan, berlakulah tidak ada perhitungan dosa dan pahala, berlakulah tidak boleh mengawal tamak dan haloba dalam kegiatan politik dan ekonomi. Pembangunan itu bukan sahaja tidak memberikan kebahagiaan kepada rakyat, bahkan menjadi kemusnahan kepada negara dengan sebab pengurusan ekonomi tidak teratur, perjalanan tidak teratur dengan cara yang baik.

Islam menjadikan agama pengawas kepada kegiatan-kegiatan yang lain. Oleh sebab itu Islam meletakkan perhitungan dosa dan pahala dalam semua tindak-tanduk yang dilakukan oleh manusia. Bukan sahaja di masjid, bukan sahaja atas tikar sembahyang, bukan sahaja di Makkah termasuklah bila dia menjadi ketua negara, menjadi pemimpin negara, di office bergaul dengan rakyat, segala tindak-tanduknya ada kaitan dengan agama. Apa yang berlaku hari ini seolah-olah agama tidak ada kaitan dengan masalah hidup. Kita buat macam-macam, berbagai-bagai langkah, rasuah, menyalah guna kuasa, selepas itu pergi umrah. Selesa dengan itu sahaja, seolah-olah cukup dengan umrah sahaja dengan tidak melakukan muhasabah bahawa semua tindakan adalah dihisab. Bukan umrah itu sahaja.

Ini kerana kita memisahkan agama dengan urusan kehidupan. Kedua menjaga nyawa. Nyawa adalah penggerak kepada anggota yang bertugas bagi diri manusia. Nyawa hendaklah dipelihara dengan cara yang baik. Oleh kerana itu Islam menjadikan hak nyawa bukan sahaja hak Allah Taala termasuk juga hak manusia. Maka Islam meletakkan hukuman qisas dalam memelihara nyawa.

Firman Allah Taala yang bermaksud, “Dan bagi kamu dalam melaksanakan hukuman qisas itu, membawa kehidupan wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran yang betul supaya kamu bertakwa kepada Allah.”

Qisas ini yang berkait dengan kesalahan membunuh, termasuklah kesalahan mencederakan dengan sengaja dan tidak sengaja, semuanya ada dalam Islam termasuklah undang-undang kemalangan jalan raya. Berkait dengan qisas. Di mana undang-undang Islam lebih berkonsepkan mendidik bukan untuk mendera dan memungut hasil.

Saman ekor

Apa yang berlaku hari ini contohnya saman ekor. Saman ekor adalah satu undang-undang di atas nama mengapa tidak saman kepala terus? Saman ekor sahaja. Di atas nama hendak mengawal keselamatan jalan raya tetapi undang-undang ini tidak bersifat mendidik lebih bersifat mendera, lebih bersifat mencari duit. Setelah diumumkan ramai yang beratur hendak bayar saman ekor diberitahu berapa juta dapat minggu ini. Termasuklah undang-undang yang berkait dengan dadah. Ini juga undang-undang yang mendidik. Apa yang berlaku hari ini kita gagal dalam menangani masalah dadah. Ini sangat mendukacitakan. Maka perlu dikaji semula, dibawa undang-undang takzir yang mendidik rakyat supaya menangani masalah dadah.

Kesimpulan Tuan Yang Dipertua, sekiranya kita tidak dapat membangunkan insan mengikut acuannya yang tepat, maka kita gagal mencapai matlamat negara yang membangun, mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi wawasan kepada umat Islam dan ketamakan manusia seluruhnya. Sekian, terima kasih.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31372:gagal-bangun-insan-tak-capai-matlamat-negara-membangun&catid=83:presiden&Itemid=127

Friday, January 28, 2011

MB setuju jumpa Khusrin berhubung isu SUK

Jimadie Shah Othman
Jan 27, 11
6:19pm

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari ini bagi membincangkan sekitar isu berkaitan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor itu.

azlanKhalid bagaimanapun enggan menjelaskan butiran perjumpaan itu termasuk sama ada ia turut membincangkan upacara mengangkat sumpah rahsia yang perlu dijalankan Khusrin sebelum boleh memulakan tugas rasminya.

"Ada bincang (soal Khusrin). Saya akan jumpa beliau selepas Tahun Baru Cina, pada 7 Februari depan," katanya yang enggan mendedahkan maklumat lain berhubung pertemuan itu.

Didesak beberapa kali oleh pemberita, Khalid tetap enggan mengesahkan sama ada pertemuan itu akan membincangkan soal angkat sumpah Khusrin sebagai SUK.

Sambil ketawa, Khalid berkata: "Tak nak jawab."

Diminta mengulas laporan sebuah harian berbahasa Cina semalam yang mendakwa bahawa Khusrin akan diberikan enam bulan tempoh 'percubaan' terlebih dahulu, Khalid tetap enggan mengulasnya.

Bukan isu besar

"Tak payahlah kita cerita, itu bukan isu besar," katanya yang memakai batik merah dalam sidang media 'bertemakan' Tahun Baru Cina itu.

NONENamun katanya, apapun tindakan, kerajaan Selangor akan tetap berusaha meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberi kuasa kepada sultan dan menteri besar melantik tiga pegawai tingginya.

Sehubungan itu, Khalid berkata, bermula pada jamuan Tahun Baru Cina negeri pada 12 Februari ini, pihaknya akan memulakan usaha itu.

"Kita akan kempen untuk dapatkan majoriti dua pertiga (dalam DUN). Kita akan kempen supaya kuasa federalisme memberi keadilan di negeri-negeri," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam petang ini, Khalid berkata langkah itu adalah reformasi yang cuba dibawa bagi "mengembalikan kuasa kepada rakyat".

Beliau juga yakin usaha itu akan mendapat sokongan rakyat, terutamanya golongan berpendidikan dan generasi muda.

NONE"Saya rasa, ya (membantu). Sebelum ini sering ada hujah bahawa Umno menjuarai isu Melayu dan sultan, tetapi yang sebenarnya tidak begitu," katanya ketika ditanya sama ada usaha itu akan membantu Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di negeri itu.

Khalid berkata, beliau yakin dalam pilihan raya umum akan datang, Pakatan akan menguasai majoriti dua pertiga di DUN memandang kini mereka sudah mempunyai 35 kerusi.

Lima kerusi lagi

"Kita hanya perlu lima kerusi sahaja lagi," Kata Khalid yang juga ADUN Ijok.

Ditanya tentang pendapat peguam terkenal Datuk Salehuddin Saidin yang berpendapat undang-undang membenarkan Khusrin 'meminta' menteri besar menjalan angkat sumpahnya, Khalid terus bersikap sinis.

NONE"Kita dah cuba macam-macam (dalam isu ini), termasuk adakan sidang dewan. Saya rasa Umno juga patut cuba sesuatu (berdasarkan pandangan Salehuddin)," katanya.

Sementara itu, mengulas penubuhan suruhanjaya diraja untuk kes Teoh Beng Hock, Khalid berharap ia dapat menghasilkan keputusan yang dihormati.

"Harap tidak jadi macam kes 'correct, correct, corect'...," katanya.

http://malaysiakini.com/news/154677

MB S'gor tak hilang sokongan dalam DUN

Jan 27, 11 12:10pm

Gesaan timbalan perdana menteri supaya Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar Malaysia menampakkan kedangkalan dan merendahkan tahap pengetahuannya sendiri, kata Faekah Husin (bawah, kiri).

ngo pro selangor government rally 230111 faekahSetiausa politik Khalid itu berkata, Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam tidak berpandukan fakta kerana Khalid masih mempunyai sokongan majoriti dalam DUN.

"Jelas di DUN Selangor pada 24 Januari lalu, Tan Sri Khalid masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli DUN Selangor," katanya.

"Ia bukan sekadar majoriti mudah atau majoriti biasa, walaupun ia bukan majoriti dua pertiga. Sokongan yang miliki Tan Sri Khalid ialah 34 (sokongan) daripada 55 ahli dewan."

Semalam, mengulas kegagalan Selangor mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda undang-undang tubuh negeri, Muhyiddin dilaporkan berkata menteri besar terbabit patut meletakkan jawatan kerana ia membuktikan kredibiliti yang lemah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah berkata, menurut perlembagaan, hanya satu sebab sahaja yang memberi alasan untuk memaksa seorang ketua kerajaan meletakkan jawatan, iaitu apabila hilang sokongan majoriti dalam dewan.

NONEMendakwa sudah menjangkakan langkah Muhyiddin (dua dari kanan) itu, Faekah mendakwa pihak berkenaan cuba memesongkan isu sebenar apabila enggan menyokong pindaan yang dicadangkan.

"Kami bersangka baik yang mereka komited dengan cita-cita mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-raja," katanya.

"Rupa-rupanya Umno-BN hanya menanam tebu di bibir. Mereka hipokrit; bertopengkan (slogan) 'rakyat didahulukan' dan 'daulat tuanku' namun membenarkan kedaulatan negeri dirobek persekutuan dan (mereka) menyokong Raja hanya apabila ia sesuai dengan kepentingan mereka."


NONEFaekah berkata, meskipun gagal meminda perlembagaan, perkara itu dilihat sebagai satu hikmah supaua "rakyat dapat melihat dengan jelas kepura-puraan Umno".

Beliau juga mendakwa, ekoran penolakan itu, Umno akan selamanya terhalang dari segi moral untuk memperkatakan soal mempertahan maruah negeri dan rakyat Selangor apatah lagi kedaulatan Raja-raja Melayu.

http://malaysiakini.com/news/154620

Wednesday, January 26, 2011

K'jaan S'gor gagal pinda undang-undang tubuh

K'jaan S'gor gagal pinda undang-undang tubuh
Jan 24, 11 9:55am

Seperti dijangka, kerajaan Selangor gagal meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberikan kuasa kepada Sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi negeri.

Selepas pengundian dijalankan, hanya 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.

Kerajaan Selangor memerlukan 38 undi (sokongan 2/3) bagi membolehkan undang-undang itu diluluskan.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sepakat menolak cadangan menteri besar itu.

Berikutan kegagalan untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga itu, mesyuarat pada hari ini ditamatkan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya sidang dewan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Sementera itu, Bernama melaporkan, dalam sidang akhbar selepas itu, Speaker Datuk Teng Chang Khim, yang juga Adun Sungai Pinang berkata speaker dalam keadaan biasa tidak mengundi tetapi undi speaker dikira sekiranya jumlah antara penyokong dan pembangkang seri.

"Timbalan Speaker Haniza Mohamed Talha (PKR-Taman Medan) turut mengundi. Majoriti dua pertiga ialah sebanyak 37 kerusi dari kesemua 56 kerusi di DUN Selangor," katanya.

Sebanyak lima wakil rakyat penyokong kerajaan membahaskan rang undang-undang itu iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Klang), Shuhaimie Shafiei (PKR-Sri Muda), Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dan M. Manoharan (DAP-Kota Alam Shah).

Di pihak pembangkang pula perbahasan dimulakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Sri Serdang), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang), Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang).

ADUN Sungai Panjang Dr Mohamad Khir Toyo yang menghadapi tuduhan rasuah dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Khusrin Munawi turut hadir.

Perkembangan terdahulu:

ADUN dan para wartawan tiba awal hari ini untuk menghadiri sidang DUN Selangor yang akan membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri.

NONEDua trak anggota polis kelihatan berada di pintu masuk DUN manakala satu trak lagi berada berhampiran Wisma MBSA, ekoran kemungkinan berlakunya protes pagi ini.

Kedua-dua pintu masuk dan keluar DUN dibuka separuh, dengan ruang yang mencukupi untuk dilalui sebuah kereta.

Sidang DUN dijadual bermula jam 10 pagi di mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang meminda Undang-undang Tubuh Negeri tersebut.

NONEBN sebagai pembangkang negeri bagaimanapun menuduh kerajaan merancang untuk menambah kuasa menteri besar dalam menentukan pelantikan pegawai tinggi kerajaan negeri.

Cadangan pindaan itu dibuat ekoran tindakan kerajaan pusat melantik bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Kerajaan Selangor membantah keras pelantikan tersebut dan menuduh Putrajaya mengetepikan kuasa negeri, apabila melantik Khusrin tanpa berbincang dengan menter besar.

Sultan Selangor bagaimanapun memperkenankan pelantikan Khusrin yang mengangkat sumpah pasa 5 Januari lalu.

LAPORAN LANGSUNG

9.30 pagi: ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu.

NONEBeliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.

"Wah, banyak peminat ni!" katanya berseloroh.

Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita, sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

9.32 pagi: Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam bawa pengawasan ketat polis. Sebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor). Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.

9.40 pagi: Didesak pemberita, Badrul Hisham Abdullah memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau dibenarkan memasuki dewan ekoran kerusinya telah diisytihar kosong.

NONE10 pagi: Dewan mula bersidang. Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan perkenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

10.24 pagi: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membacakan ucapannya.

Berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1), kata menteri besar.

Pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid.

Pakatan Rakyat memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rujun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini, tambahnya.

Pakatan juga, tambah Abdul Khalid, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

10.35 pagi: Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu dan bercadang mengadakan sidang media di luar.

10.50 pagi: Dalam sidang media selepas itu, Badrul Hisham mengaku beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Bagaimanapun, ditanya lagi sama ada beliau mahu memfailkan tuntutan di mahkamah, beliau hanya menjawab "mungkin".

Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari daripada speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan.

11.20 pagi: Abdul Khalid selesai berucap. Ketua pembangkang negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) berucap mempersoalkan tindakan Teng memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari.

Speaker menegur kembali Mohamad Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya.

Penyokong Pakatan ketawa besar.

NONE11.25 pagi: Mohamad Satim ketika membahaskan pindaan itu mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'.

Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana bertentangan dengan perlembagaan negara dan bermotifkan politik.

Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat pekenan Sultan.

11.26 pagi: Peserta perhimpunan di Dataran Shah Alam kini bertambah sehingga 500 orang.

11.41 pagi: Mohamad Satim mengulangi dakwaan bahawa wakil Pakatan biadan dan derhaka terhadap Sultan dalam banyak tindakannya, antaranya dalam isu penggunaan kalimah Allah dan tulisan dalam blog Shuhaimie Shafiei (PKR-Sri Muda) yang didakwa menghina Sultan.

azmin ali pc in parliament 020709 0212.10 tengah hari: Pengerusi Kelab penyokong kerajaan negeri Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) membalas Umno yang derhaka kerana enggan menyokong cadangan pindaan undang-undang itu.

Katanya, walaupun Umno boleh menukar fakta menggunakan media arus perdana, mereka tidak boleh mengubah sejarah.

Azmin juga berkata Umno sudah lama menikmati kekebalan bawah pentadbiran 'Mamak Bendahara' dan pihak eksekutif, yang mengundang bantahan ADUN Taman Templer Subahan Kamal.

Subahan berkata Azmin berniat jahat dengan menggunakan perkataan 'mamak'.

Sementara bangun Shamsudin Lias (Umno-Sungai Burong) menyokong Subahan, mendakwa Azmin menggunakan perkataan itu dengan cuba merujuk kepada Subahan.

Azmin pantas membidas kefahaman "cetek" pembangkang negeri berhubung penggunaan prosa Melayu klasi di mana gelaran 'mamak bendahara' dirujuk kepada pembantu utama Sultan.

1 tengah hari:
Sidang dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

NONE1.10 tengah hari: Sekumpulan 20 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di depan bangunan DUN bagi menunjukkan sokongan terhadap cadangan pindaan itu.

Mereke membawa kain rentang dan menjerit perkataan "Daulat Tuanku!" dan "Hidup Rakyat!" sebelum beredar sepuluh minit kemudian.

2.47 petang: Persidangan bersambung dengan Azmin menyampaikan hujahnya.

Satim mencelah meminta spekaer mengingatkan timbalan presiden PKR itu supaya tidak lari tajuk apabila menyentuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak rancangan 100 hari pentadbiran Pakatan.

Sulaiman says Azmin mulanya berkata bersetuju mengubahnya. Dengan sinis beliau berkata akan menukar perkaraan "Najib berkata" kepada "Rosmah berkata" yang menyebabkan ADUN Pakatan ketawa.

Selain Satim dan Azmin, sepuluh ADUN dijadual mendebatkan cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri itu.

NONE3.25 petang: Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) sifatkan cadangan itu sebagai rancangan menteri besar dan kerajaan negeri untuk menyingkirkan Khusrin.

Sulaiman sebaliknya memuji Khusrin dengan berkata, Khusrin terkenal dengan sifat tegas, profesional dan berintegiriti.

Katanya, bukan DUN tetapi di parlimenlah tempat yang betul untuk membahaskan pindaan sebegitu kerana ia pelantikan itu berkaitan dengan perlembagaan persekutuan.

4.30 petang: Khalid memohon sidang dipanjangkan sehingga jam 7 petang supaya semua ADUN mendapat peluang berbahas.

Sehingga sekarang, Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) - dalam giliran kelima - sedang berucap.

6.25 petang: Usaha kerajaan negeri untuk meminda undang-undang tubuh Selangor tidak berjaya apabila gagal mendapat sokongan dua pertiga dalam prosiding bacaan kedua.

Seramai 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sebulat suara menolak cadangan menteri besar itu.

http://malaysiakini.com/news/154253

'Pindaan halang langgar kuasa negeri, sultan'

Jan 24, 11 12:01pm

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cadangan pindaan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Selangor 1959 dibuat supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan sultan.

NONEPakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh negeri serta Rukun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini.

Pakatan juga, tambahnya, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

Berikut teks ucapan Abdul Khalid:

Dengan izin Allah SWT, dan di atas perkenan Tuanku, dapat patik dan seluruh wakil rakyat di seluruh negeri Selangor, negeri naungan Tuanku, hadir ke Dewan yang mulia ini bagi patik sekalian melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Selangor Darul Ehsan.

Patik mengaku, akur dan insaf terhadap ingatan Tuanku bahawa Tuanku memberi perkenan akan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor ini dan patik percaya dan yakin semua wakil rakyat cukup rasional dan bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan mereka. Tuanku tidak sama sekali diheret ke dalam kepentingan mana-mana kolompok kepartian di sepanjang perbahasan di dalam dewan ini.

Patik ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh wakil rakyat yang hadir kerana ia jelas menunjukkan permasalahan yang kita bincangkan ini adalah permasalahan dan masa hadapan negeri. Wakil-wakil rakyat juga tidak mahu bermuka dua dan membelakangi rakyat yang memilih mereka.

Patik bangga isu yang besar ini dapat mencantumkan pemikiran kami semua terhadap isu utama negeri, perihal yang mendesak dan mempunyai kepentingan awam ini, meskipun kami berbeza daripada segi perjuangan dan ideologi politik. Patik sekalian berusaha memartabatkan dewan yang mulia ini dengan tatatertib yang baik serta kata-kata yang melambangkan rakyat negeri ini adalah rakyat bertamadun. Ampun Tuanku.

Dato' Speaker, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, ahli-ahli dewan negeri, ahli-ahli parlimen yang turut hadir, pengamal undang-undang, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, ahli-ahli politik, para mahasiwa, wakil-wakil media massa dan seluruh hadirin pada pagi yang mulia ini.

Dalam tempoh hampir tiga tahun Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran negeri Selangor, terdapat beberapa kendala yang perlu dilalui dengan berhemah. Semuanya itu adalah asam garam yang memang perlu dilalui oleh mana-mana pemimpin politik yang dinamik. Demikianlah, bagi saya, Selangor selaku negeri tunjang negara, perlu bersedia menghadapi suasana di luar jangka perjalanan biasa. Kita perlu bersedia melakukan perubahan sebesar manapun, seandainya perubahan itu mampu membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini.

Peristiwa pelantikan setiausaha kerajaan negeri mempunyai hikmah tersendiri. Kita tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan. Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini.

Maka, tindakan kerajaan persekutuan atas tiket ketua setiausaha negara melantik pegawai eksekutif ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah maka kita kembali ke dewan yang mulia ini untuk mengadakan mesyuarat dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor. Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1).

Selaku Menteri Besar, saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993. Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan Negeri dan Sultan bercelaru dan kabur. Justeru itu, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya. Dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Berburu ke padang datar,
Tembak rusa belang kakinya,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


Sidang dewan yang dimuliakan,

Berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kita kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan. Selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, kita hendak melakukan yang terbaik. Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan.

Saya perlu menggunakan masa sedikit lama bagi menghuraikan kronologi yang menyebabkan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini diadakan agar ia menjadi lakaran sejarah untuk rujukan penggubal undang-undang pada masa hadapan dan bagi kajian ilmiah pelajar dan pengamal undang-undang agar tiada lagi pengamal undang-undang yang buta sejarah.

Namun, sebelumnya izinkan saya mengimbas kembali sejarah dan latar belakang yang melatari pindaan perlembagaan 1993, khususnya senario politik negara ketika itu. Ia amat perlu dikhabarkan kerana rakyat negeri Selangor berhak untuk mengetahui sejarah dan fakta sebenar dan sebagai negeri yang berdaulat, Dewan Yang Mulia inilah forum terbaik untuk melakarkannya.

Apatah lagi terdapat segelintir manusia yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan hendak melemahkan kedudukan istana dengan tindakan kita hari ini. Kenyataan ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa negeri tidak mempunyai kuasa dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif menggambarkan beliau seorang yang menurut buku secara membuta tuli hingga mengenepikan unsur-unsur penting dalam tata kelola pentadbiran yang baik seperti adat, amalan secara konvensyen dan ketetapan bersama yang diterima pakai. Selaku orang tertinggi dalam perkhidmatan awam, amat malang beliau lupa tentang sejarah dan amalan-amalan biasa yang pernah dan patut diamalkan di dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang efisyen.

Begitu juga dengan peguam Umno Dato' Salehudin Saidin yang mengatakan bahawa pindaan yang hendak kita lakukan ini bukan untuk mengembalikan kuasa raja tetapi Menteri Besar. Kenyataan ini bertentangan dengan kefahaman KSN. Ini membuktikan bahawa Umno lebih cenderung untuk memutar belit kefahaman undang-undang dan tidak melihat undang-undang sebagai sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan baik. Mereka sebenarnya mempunyai ingatan yang singkat; a short memory.Nampaknya, ada benarnya tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "Melayu mudah lupa". Mereka lupa bahawa permasalahan hari ini timbul akibat tindakan Kerajaan Persekutuan yang bersikap seperti 'constitutional monarchy' dan mempermainkan kuasa negeri sekali gus mencemar semangat federalisme.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang kita tegaskan beberapa kali, termasuk dalam manifesto Pilihan Raya Ke-12 dan dasar bersama Pakatan Rakyat, kami komited untuk menjunjung Perlembagaan, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Malahan, prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran kita.

Pada premis yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Malahan dalam Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat beberapa tahun yang lalu kami zahirkan dengan jelas komitmen kita untuk mengembalikan kedudukan Raja-Raja yang berjaya dihakis oleh pentadbiran Umno, khususnya semasa kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru itu, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan Perdana Menteri itu mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Dato Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana. Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula. Apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu. Sebelum itu, saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?

Dato Speaker yang dimuliakan,
Memandangkan Kedaulatan Raja-Raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap kami maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan duduk perkara yang sebenar. Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-Raja sejak awal 1980-an lagi. Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja.

Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja". Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5). Peruntukan asal berbunyi: "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani". Peruntukan pindaan pula adalah "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang".

Begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1), iaitu kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut. Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu.

Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. Umno pada ketika itu membuat road show ke seluruh negara mengutuk Raja-Raja. Akhirnya, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi:

(1) Pertama, Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu.
(2) Kedua, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan Rang Undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen,
(3) Ketiga, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri, digugurkan,
(4) Keempat, kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian, iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Bahru.

Bagaimanapun, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila Umno tersungkur 39-0 di Kelantan pada Pilihan Raya 1990. Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-Raja. Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-Raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda. Namun begitu, Umno memaksa Raja-Raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992". Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-Raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat.

Hubungan tegang Umno dengan Raja-Raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-Raja dan keistimewaan imuniti. Maka, berlakulah Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja.

Ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu. Ia termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri yang saya hendak sentuh selepas ini. Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan the New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993. Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?

Izinkan saya memetik beberapa kenyataan Tun Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu kita dapati beliau telah memungkirinya. Tun Mahathir ketika itu menyatakan;

"Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan". Kata beliau lagi, "Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat".

Beliau meneruskan hujah, "Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan".

(Nah... itu yang diperkatakan ketika itu, ugutan dan amaran keras diselit secara terbuka dan biadab. Demi kemudahan rujukan generasi akan datang saya kepilkan teks ucapan Tun Dr Mahathir bertarikh 18 Januari 1993 bersama teks ucapan saya ini di hansard Dewan Negeri).

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) - adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa "Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja".

Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr. Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja. Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Meskipun kita menyedari bahawa Tun Dr. Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang kita daripada berasa aneh kerana hari ini Tun Mahathir tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik.

Dato' Speaker,
Jelas sekali hujah Tun Mahathir ketika itu berbeza sekali daripada apa yang dilakukan Umno selepas itu. Mereka lantas melakukan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri meskipun menyentuh kuasa Sultan, dalam situasi yang tergesa-gesa dan penuh kekaburan. Hari ini perbuatan mereka yang tidak beradab itu terbongkar satu persatu. Jelik dan memalukan. Ini termasuklah topik permasalahan yang kita depani ketika ini Perkara LII ( 1 ) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Perkara LII ( 1 ) yang asal berbunyi;

"(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi;

" LII ( 1 ) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan. "

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah, secara ringkas senario dan perkembangan politik negara yang melatari pemansuhan kuasa Sultan hinggalah terkesan dalam hal perlantikan tiga orang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) oleh pentadbiran Umno pada 1993. Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri.

Jika kita teliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957 kita dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam. Ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster. Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan (Constitutional Convention) itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri.

Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong - di peringkat Persekutuan - adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster.

Dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) - mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian.

Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan dalam Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat.

Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam. Oleh sebab mereka tidak dipilih maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah.

Persoalannya, apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak?

Jawapannya sudah tentu tidak, kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya. Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak. Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka!

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua; Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil. Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; baik Istana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

Kerajaan Negeri yakin bahawa tatkala ia mempunyai hak untuk menasihatkan sultan ia juga sedar bahawa kedudukan berkecuali dan profesional perlu diberi peluang. Dalam pada itu kami juga sedar bahawa Duli Tuanku sebagai sultan yang begitu lama dan berpengalaman sebagai Raja Muda - yang paling lama dalam sejarah negara, sebelum memegang tampuk pemerintahan Negeri. Pastinya DYMM Tuanku mempunyai input untuk diberi dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah perkongsian pintar yang bukan sahaja selaras dengan kehendak pengurusan ekonomi semasa tetapi juga selaras dengan kehendak Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan asasi dalam negeri.

Kalau kita perhatikan pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 - yakni Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagaimana dinyatakan di atas - ia kelihatan begitu ganjil. Saya katakan demikian, kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik. Sepatutnya ada kuasa tertentu yang diperuntukkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hal ini cukup ganjil tetapi begitulah hakikatnya. Saya tidak dapat menolak ia terjadinya begitu kerana tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa.

Cuba bandingkan dengan perlantikan yang sama di peringkat Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 144, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.

Apa-apa pun, gopoh mahupun tidak, kita berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa masalah yang cuba diselesaikan oleh Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 adalah menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak harus disentuh. Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja bersetuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu adalah imuniti. Kelihatannya Umno menggunakan kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang gusar dan membingungkan ketika itu.

Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-Undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang - checks and balances - dalam perlembagaan. Kami percaya bahawa konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa mereka terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; nampaknya bagi mereka, Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke sini mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980-an hinggalah sekarang.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang saya janjikan di awal bicara tadi, saya ingin menggalurkan kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat jelas akan duduk perkara yang sebenar. Ia perlu kerana media - khususnya yang dimiliki oleh Umno-BN memutar belit fakta yang sebenar. Hal yang sama juga dilakukan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sepatutnya menjadi wahana milik seluruh rakyat tetapi merelakan institusi mereka diperkudakan oleh kelompok yang terdesak.

Saya ingin menegaskan bahawa meskipun saya adalah ketua kerajaan negeri, namun saya bukan sahaja tidak dimaklumkan dalam hal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri malah saya telah dibelakangi.

Pada 26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri selaku jurucakap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyerahkan kepada saya lapan ( 8 ) nama calon yang difikirkan layak untuk jawatan Setiausaha Kerajaan bersama dengan Nota Amalan yang mengandungi prosedur dan tatacara pelantikan. Nota ini menyatakan bahawa:

(1) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar.
(2) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyenaraipendekkan dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor bagi memohon perkenan Tuanku.
(3) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Menteri Besar hendaklah menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Amalan ini jelas dan tertib; iaitu yang bermaksud tiada fungsi diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan dalam istana untuk berperanan dalam lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu. Malahan, daripada segi adabnya, kesemua pihak ini tiada hak untuk mencampuri urusan ini.

Pada 8 November 2010 saya menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih tiga (3) orang calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang dicadangkan. Jawatankuasa Pemilihan ini diketuai oleh Dato' Speaker sendiri dengan dua anggota lain, iaitu YB Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali dan YB Tuan Dr Xavier Jeyakumar.

Panel Pemilihan ini bukanlah ditubuhkan untuk melakukan sesi temu duga tetapi melakukan proses temu bual sebagai usaha kita mewujudkan satu proses yang telus di samping menekankan unsur-unsur kompetensi dalam pemilihan. Pada masa yang sama proses temu bual diharapkan dapat memberi peluang kepada para calon menghayati dan memupuk aspirasi wakil rakyat yang memerintah.

Panel juga tidak dibebankan dengan jangkamasa tertentu kerana tidak wujud keperluan untuk tergopoh gapah. Apa yang penting kita mahu mencari calon yang sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab berat Setiausaha Kerajaan.

Pada 22 November 2010 Jawatankuasa Pemilihan memulakan proses menemubual semua calon. Pada 3 Disember 2010 Jawatankuasa memaklumkan kepada saya bahawa enam calon sudah ditemu bual dan tiga nama dipilih untuk dicadangkan serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian.

Seterusnya, setelah menjalankan beberapa saringan dan pengesahan maka pada 17 Disember 2010 saya menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir yang dipilih untuk cadangan. Saya nyatakan dengan jelas, meskipun demikian, saya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat jika Tuanku mempunyai keraguan terhadap cadangan tersebut.

Pada 20 Disember 2010 saya menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan bahawa saya sudah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan masih menunggu maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu saya akan bercuti ke luar negara pada 20 Disember hingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada saya terlebih dahulu.


Pada 21 Disember 2010, Istana, menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani telah menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Tuan Haji Mustapha bin Talib. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai balasan surat yang beliau hantar pada 3 Disember. Untuk makluman sidang dewan, surat 3 Disember tersebut telah menghantar tiga (3) cadangan nama kepada DYMM Sultan. Surat pada 10 Disember pula memaklumkan kepada Dato' Ramli Mahmud bahawa DYMM Sultan Selangor sudah berkenan terhadap pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Namun, kedua-dua surat ini pun tidak dihantar salinan kepada saya selaku Menteri Besar.

Pada 24 Disember 2010 Pejabat Dato' Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir untuk menyatakan bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Dato' Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

Pada 27 Disember 2010 saya menulis surat sekali lagi memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan. Pada tarikh ini juga, tanpa sepatah nota makluman kepada saya, Ketua Setiausaha Negara (KSN) lantas mengumumkan Dato' Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baharu.

Pada 3 Januari 2011 saya mendapat perkenan menghadap DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tuanku menitahkan bahawa setelah Perlembagaan Negeri dipinda pada 1993, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya maklumkan kepada Tuanku bahawa saya hendak pertahankan hujah saya bahawa pelantikan yang tidak mendapat kebenaran Kerajaan Negeri yang sah dipilih rakyat Selangor adalah salah di sisi amalan dan adab hatta harus dibincangkan semula. Pada hari yang sama saya menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri ingin membincangkan semula pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak bersedia mengadakan majlis angkat sumpah kerahsiaan sehingga perkara ini selesai.

Pada 4 Januari 2011, saya menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah kesetiaan yang dijadualkan pada 6 Januari ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri menyelesaikan perkara pelantikan tersebut.

Meskipun demikian pada 6 Januari 2011, saya dan barisan Exco turut hadir ke majlis di Istana Bukit Kayangan sebagai menzahirkan rasa taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang pada ketika itu menerima darjah kebesaran dari DYMM Ayahanda Sultan. Pada masa yang sama kita maklum bahawa Dato' Mohamad Khusrin dikehendaki melakukan angkat sumpah kesetiaan terhadap DYMM Tuanku.

Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku telah bertitah dengan begitu jelas bahawa baginda tidak menyokong mana-mana parti politik dan kesal terhadap sikap sesetengah golongan yang memutar belit kenyataan baginda. Tuanku Sultan juga dengan tegas menyatakan baginda senang dengan amalan profesional, nasihat menasihati yang kita amalkan. Ketegasan baginda tersebut telah memberi kekuatan kepada kita untuk memanggil Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini bagi mengimarahkan lagi amalan konsultasi dalam pentadbiran dan perhubungan antara Istana dengan barisan Eksekutif.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah kronologi peristiwa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang membawa kepada perkara di hadapan kita hari ini.

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan episod ini? Pengajarannya ialah, jika pelantikan Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan secara telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak; sama ada daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan di istana dan di pejabat Dato' Menteri Besar, atau di Perkhidmatan Awam yang tiada urusan kerja dalam hal penempatan pegawai kerajaan.

Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan amalan yang ternyata bercanggah dengan amalan Pakatan Rakyat, yakni bertindak secara telus, kompeten dan penuh pertanggungjawaban dalam apa-apa hal dan modus operandi pentadbiran negeri.

Saya tegaskan di sini, meskipun kerangka Perlembagaan kita menyebelahi Kerajaan Persekutuan saya yakin bahawa sekiranya ia dibenarkan beroperasi dalam semangat demokrasi, mungkin negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh melaksanakan pentadbiran dengan baik. Malangnya, ini tidak berlaku dan semangat federalisme yang dikandung oleh Perlembagaan dilanggar secara terang-terangan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini,
Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat. Rakyat Selangor tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan negara Malaysia.

Saya mengakhiri pembentangan ini, dengan melontarkan beberapa soalan yang berikut:

  1. Keterlaluankah kami apabila kami mahu mengembalikan hak Sultan dan hak Negeri yang telah dirampas secara salah oleh Umno Persekutuan yang memperkudakan kepemimpinan Umno-BN Selangor?

  2. Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan Negeri dan baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?

  3. Derhakakah mereka jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini?

Mohon, soalan-soalan ini dijawab di dalam Dewan yang mulia ini.

Oleh itu, Dato' Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, saya mohon mencadangkan.

http://malaysiakini.com/news/154267

Anwar: Hentikan label 'penderhaka'

Aidila Razak
Jan 25, 11
6:46pm

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak 'perlumbaan' antara BN dan Pakatan Rakyat sehingga masing-masing melabel satu sama lain sebagi penderhaka.

"Saya setuju (ini politik regresif) dan saya tidak berkongsi pandangan (perlabelan seumpama itu),” katanya di Shah Alam hari ini.

anwar keadilan network launch 230111"Isu yang didebatkan adalah pindaan perlembagaan (Selangor) dan martabat Raja-raja Melayu, jadi tumpuan adalah sama ada ia akan memperkukuh atau melemahkan perlembagaan.”

Namun, katanya, beliau tidak menyalahkan rakan-rakannya di Pakatan yang terbabit dalam perbahasan itu kerana Umno yang mula melabelkan mereka sebagai penderhaka.

"Umno tuduh kita penderhaka, pengkhianat Melayu dan antek (alat) kepada Cina, jadi (pemimpin Pakatan) ada kalanya terpengaruh dengan bahasa yang digunakan ketika membalas. Tetapi jika saya, saya cadangkan mereka memberikan jawapan berdasarkan pindaan 1993 dan ucapan mengikut Hansard.

"Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”

Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita... kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki.

NONE"Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat... (tetapi) apa perlunya raja-raja jika mereka tidak dirujuk seperti yang berlaku pada pindaan 1993.”

Yang menarik, pada 1993, Anwar mengakui ketika itu beliau mengetuai perwakilan Umno untuk berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah yang mewakili Raja-raja Melayu berhubung perkara itu.

"Saya tahu apa yang berlaku dan saya tidak fikir Raja-raja Melayu sudah lupa pengalaman mereka, sejarah itu masih baru,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Anwar mengulangi cabaran debat ekonomi, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, khususnya mengenai rancangan pembaharuan 100 hari Pakatan Rakyat.

NONENamun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya.

"Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi.

"Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga,” kata Anwar.

[Baca berita penuh]

Monday, January 24, 2011

Dr M: Bila undang-undang tubuh S'gor berubah?

Aidila Razak
Jan 23, 11
12:38pm

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kesangsiannya terhadap usaha kerajaan Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dalam pelantikan tiga pegawai tertinggi negeri.

Ini kerana, seperti pembangkang Selangor, beliau percaya Sultan sentiasa mempunyai kuasa untuk melantik jawatan tertinggi dalam kerajaan.

mahathir responses to suaram report 02"Perlembagaan menyebut bahawa perdana menteri, ketua menteri dan menteri besar menasihati Sultan.

"Sama ada Sultan tidak mengendahkan (nasihat), itu terpulang kepada Baginda," katanya ketika ditemui dalam pelancaran Viva Palestina pada Sabtu malam.

Ditanya sama ada undang-undang tubuh Selangor, terutamanya Perkasa 52(1) yang berkaitan pelantikan setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan, akan mengembalikan kuasa Sultan seperti sebelum 1993, Dr Mahathir bertanya kembali:

"Bila undang-undang itu berubah?"


Minggu lalu, pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan mengekalkan pendiriannya bahawa Sultan sentiasa mempunyai siara dalam pelantikan tiga pegawai tertinggi itu, walaupun selepas tahun 1993.

Seksyen 52(1) yang diperdebatkan itu menyebut pelantikan untuk ketiga-ketiga jawatan - yang kini mengundang perdebatan - itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan, tanpa menyebut dengan jelas peranan Sultan dan negeri.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/154187

Saturday, January 22, 2011

Ketua kampung taat setia pada Sultan Selangor

Ismail Hashim

KLANG, 21 Jan: Sekitar 600 mewakili ketua kampung seluruh Selangor berhimpun di Masjid Jamek Sultan Sulaiman, Kampung Jawa seusai menunaikan solat Jumaat tadi bagi menyatakan sokongan padu Kebawah Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat itu kemudiannya bergerak ke Istana Alam Shah untuk menyerahkan memorandum taat setia dan menjunjung kasih dalam usaha memertabatkan institusi raja berperlembagaan.

Menurut Adun Meru, Dr Abd Rani Osman, memorandum kepada pihak istana tadi telah diterima oleh salah seorang pegawai peribadi Sultan, Mejar Ramli yang menyambut kehadiran peserta himpunan dengan girang.

Turut berada di lstana Alam Shah ketika penyerahan memorandum itu adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dan Wakil Ketua Kampung Seluruh Selangor yang juga Ketua Kampung Bukit Kapar, Shafie Sulaiman.

Difahamkan himpunan itu diadakan ekoran sidang Dun Selangor yang akan diadakan pada 24 Januari ini dalam usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang berusaha mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai kanan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sementara itu, para Adun Umno dan BN akan menyertai sidang Dun esok tetapi mereka tidak akan menyokong pindaan yang memberikan kembali kuasa Sultan untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Kuasa Sultan telah diambil alih oleh kerajaan pusat dalam pindaan Perlembagaan pada tahun 1993 dahulu ketika krisis perlembagaan berlaku. Selepas itu, semua kuasa untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan itu adalah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dikuasai oleh kerajaan pusat.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30477:ketua-kampung-taat-setia-pada-sultan-selangor&catid=1:utama&Itemid=50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...