Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts
Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts

Friday, September 30, 2011

UTUSAN BERSALAH FITNAH KHALID SAMAD

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 30TH, 2011

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Malaysiabersalah memfitnah ahli parlimem Shah Alam, Khalid Samad dalam kenyataan yang disiarkan di muka akhbar berkenaan.Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham Prasad berkata plaintif (Khalid) telah berjaya membuktikan kenyataan itu – yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin – adalah salah.
Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.

Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambilkira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.

Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuat-turun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).

Hakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.

Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.

Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid (kiri), dari PAS, menamakanUtusan Malaysia dan ketua pengarang kumpulan Mingguan Malaysia,Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysiasebagai defendan.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz – selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut – dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.

Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk ‘Zulkifli bidas Pak Janggut’ secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.


http://www.kl-today.com/2011/09/utusan-bersalah-fitnah-khalid-samad/

Friday, September 9, 2011

MP syak wujud usaha jatuhkan MB S'gor

Sep 7, 11 4:03pm

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menimbulkan syak bahawa terdapat terdapat usaha yang dijalankan oleh badan agama Islam tertentu untuk "menjatuhkan" menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid berkata, kesangsiannya itu timbul ekoran satu "perjumpaan khas" yang didakwa telah diadakan berhubung tindakan menteri besar dalam menangani isu serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lalu.

generation 709 220711 khalid samad"Saya difahamkan satu perjumpaan khas telah diadakan di antara NGO-NGO Islam bersama JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan Dato (Mohd) Adzib (Isa) dari MAIS yang turut dihadiri wakil dari pejabat Peguam Negara.

"Mereka membincangkan memorandum yang ingin dihantar ke DYMM Sultan yang menyerang menteri besar berhubung isu Kristianisasi ini.

"Nampak gaya (perjumpaan itu) satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan MB," kata Khalid (kiri) dalam satu tulisan di blognya.

Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor juga berharap tiada anggota exco Selangor, terutamanya daripada PAS yang terlibat.

Tidak berlaku zaman Khir

Tiga orang pemimpin PAS yang menganggotai majlis kerajaan negeri ialah Dr Halimah Ali (Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan), Iskandar Samad ( Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan) serta Datuk Dr Hasan Ali (Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam).

Khalid yang sering berselisih pandangan dengan JAIS itu juga menyatakan rasa hairannya kerana perkara seperti itu tidak berlaku dalam pentadbiran menteri besar terdahulu -- Dr Mohd Khir Toyo.

NONE"Pada zaman Khir Toyo (kanan) apabila BN merompak negeri Selangor, semua diam. Sama ada MAIS, ataupun JAIS, termasuk Pejabat Peguam Negara mahupun pihak yang menggelar diri mereka mewakili istana.

"Tetapi di zaman MB yang berkebajikan, bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak MB," katanya lagi.

Tambahnya, Sultan juga jarang terlibat dalam hal pentadbiran, kecuali dalam program adat istiadat ketika pentadbiran BN sebelum ini.

"Sekarang, Baginda kerap diketengahkan, menegur dan membidas MB. Itulah perangai UMNO. Bila UMNO sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan," katanya lagi yang bimbang Sultan Selangor "diheret" ke kancah politik.

Kritik tangguh laporan periksa gereja

Dalam pada itu, Khalid turut mengkritik JAIS atas permohonan jabatan itu untuk menangguhkan penyerahan laporannya berhubung pemeriksaan ke atas DUMC untuk tempoh sebulan lagi.

NONE"Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap profesionalisme JAIS yang bertindak dengan begitu cepat 'memeriksa' sebuah gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya.

"Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut.

"Majlis itu adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik gereja dan itu sahaja," katanya lagi.

Khalid turut mengulangi bahawa JAIS menjalankan tindakan tersebut tanpa siasatan terperinci dan hanya berdasarkan laporan 'memurtadkan orang Islam' oleh pihak yang tidak dikenali.

"'Pihak yang tidak dikenali' yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal? Sama-sama kita tunggu laporan yang semestinya tinggi melangit kerana memakan masa berbulan-bulan untuk disediakan," katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/175077

Khalid dedah MAIS agen kerajaan BN

Posted by admin on September 8th, 2011

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini membawa bukti terhadap dakwaannya bahawa dan Mais Agama Islam Selangor (Mais) adalah alat BN.Pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini, beliau mendedahkan gambar Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa bersama ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan yang terang-terang memaki baju BN pada satu majlis di perkarangan sebuah masjid ketika pilihan raya parlimen itu.

“Bersama Kamalanathan, ‘Ust Kamal’ di perkarangan masjid di felda Hulu Selangor, di mana Ust Kamal pakai baju BN dan Datuk Adzib duduk senang hati dengan dia tak ada masalah.

“Ini gambar beliau dengan Ust Kamal memberi plak kalimah Allah kepada penduduk felda, ini dalam kawasan masjid ni. Yang dia duk bantai PAS bantai Pakatan Rakyat tentang isu kalimah Allah, dia buat itu dengan P. Kamalanathan dengan pakai baju BN.

“Bagi saya Datuk Adzib memang orang Umno BN. Saya minta dia jawab,” katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar yang dibawanya.

Pendedahan itu dibuat selepas beliau pada 6 September lalu dipanggil ke pejabat Jais dan dinyatakan pendakwaan kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut menerima tindakan JAIS Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Sementara itu, Mais dalam satu kenyataan hari ini tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.

Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama.

Turut dimaklumkan rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah Mais yang bersidang pada 23 Jun 2011.

“Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor,” kata pengerusinya Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa .

Oleh itu, Mais mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.

Sementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima sebarang penjelasan yang dimintanya berhubung sebab tidak diberi tauliah kerana beliau “mempunyai rekod jenayah”.

“Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak layak,” katanya sambil mendakwa tindakan Jais itu dipengaruhi sikap Mais dan campurtangan Umno dan BN.

Sementara itu, Pengerusi MAIS memberitahu bahawa rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah MAIS yang bersidang pada 23 Jun 2011.

“Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor,” katanya.

Oleh itu, MAIS mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.

JAIS pada 6 September lalu dilaporkan memutuskan mendakwa Khalid kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Sementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima jawapan berhubung penjelasan yang dimintanya berhubung alasan tidak diberi tauliah kerana “kerana mempunyai rekod jenayah”.

“Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak layak,” katanya sambil mendakwa tindakan JAIS itu dipengaruhi sikap MAIS dan campurtangan Umno dan BN.



http://www.kl-today.com/2011/09/khalid-dedah-mais-agen-kerajaan-bn/

Khalid dedah 'bukti' Mais alat BN










Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini membawa bukti terhadap dakwaannya bahawa dan Mais Agama Islam Selangor (Mais) adalah alat BN.

Pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini, beliau mendedahkan gambar Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa bersama ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan yang terang-terang memaki baju BN pada satu majlis di perkarangan sebuah masjid ketika pilihan raya parlimen itu.

"Bersama Kamalanathan, 'Ust Kamal' di perkarangan masjid di felda Hulu Selangor, di mana Ust Kamal pakai baju BN dan Datuk Adzib duduk senang hati dengan dia tak ada masalah.

"Ini gambar beliau dengan Ust Kamal memberi plak kalimah Allah kepada penduduk felda, ini dalam kawasan masjid ni. Yang dia duk bantai PAS bantai Pakatan Rakyat tentang isu kalimah Allah, dia buat itu dengan P. Kamalanathan dengan pakai baju BN.

"Bagi saya Datuk Adzib memang orang Umno BN. Saya minta dia jawab," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar yang dibawanya.

Pendedahan itu dibuat selepas beliau pada 6 September lalu dipanggil ke pejabat Jais dan dinyatakan pendakwaan kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut menerima tindakan JAIS Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Sementara itu, Mais dalam satu kenyataan hari ini tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.

Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama.

Turut dimaklumkan rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah Mais yang bersidang pada 23 Jun 2011.

"Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," kata pengerusinya Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa .

Oleh itu, Mais mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.

Sementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima sebarang penjelasan yang dimintanya berhubung sebab tidak diberi tauliah kerana beliau "mempunyai rekod jenayah".

"Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak layak," katanya sambil mendakwa tindakan Jais itu dipengaruhi sikap Mais dan campurtangan Umno dan BN.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5300-khalid-dedah-bukti-mais-alat-bn

MP: Mesyuarat 'jatuh Khalid' rasmi atau tak?

MP: Mesyuarat 'jatuh Khalid' rasmi atau tak?
Abdul Rahim Sabri
Sep 8, 11
4:07pm

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad meminta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjelaskan sama ada mesyuarat majlis itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan beberapa NGO Islam - yang didakwa cuba menjatuhkan menteri besar - bersifat rasmi.

Khalid juga mencabar Pengerusi MAIS Mohd Adzib Isa mendedahkan agenda dan minit mesyuarat, senarai jemputan dan tujuan mesyuarat itu diadakan, sekiranya bersifat rasmi.

NONE"Sekiranya tidak rasmi, mengapa dia (Mohd Azib), JAIS hadir sama, NGO hadir dan wakil (pejabat) peguam negara boleh hadir sama dalam mesyuarat tidak rasmi," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid Samad turut mendesak Mohd Adzib mendedahkan memorandum yang dihasilkan dalam mesyuarat itu yang didakwa berniat menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Jika mereka tidak ada jahat, mengapa JAIS dan MAIS duduk bersekongkol, beri penerangan (tentang isu) gereja DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama)?

"Tetapi laporan JAIS kepada MB (tentang perkara itu) belum lagi dikemukakan," dakwa Khalid Samad.

Sehubungan itu, Khalid Samad mendakwa tindakan tersebut mempengaruhi pandangan dan sikap pihak yang hadir dalam majlis itu.

Semalam, Khalid Samad mendedahkan terdapat pertemuan antara MAIS, JAIS dan NGO Islam baru-baru ini yang didakwa merancang untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam sidang media itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasanya Mohamed Hanipa Maidin.



http://malaysiakini.com/news/175202

MAIS larang Khalid Samad mengajar agama di S'gor


Abdul Rahim Sabri
Sep 8, 11
5:15pm

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.

Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama, demikian menurut satu kenyataan MAIS hari ini.

Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah MAIS yang bersidang pada 23 Jun 2011.

azlan"Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," katanya.

Oleh itu, MAIS mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.

JAIS pada 6 September lalu dilaporkan memutuskan mendakwa Khalid kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Beliau dipanggil ke pejabat Jais pada hari itu dan dinyatakan pendakwaan. Perbicaraan ditetapkan 24 November ini di Mahkamah Syariah Klang.

Khalid kaitkan dengan BN

Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut menerima tindakan JAIS Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

NONESementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima jawapan berhubung penjelasan yang dimintanya berhubung alasan tidak diberi tauliah kerana "kerana mempunyai rekod jenayah".

"Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak layak," katanya sambil mendakwa tindakan JAIS itu dipengaruhi sikap MAIS dan campurtangan Umno dan BN.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Khalid juga menunjukkan gambar "bukti" yang didakwa menunjukkan Mohd Adzib menyokong BN.

Antara yang didedahkan gambar Mohd Adzib bersama ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan dalam majlis dalam perkarangan masjid ketika pilihan raya parlimen itu.

Dalam gambar tersebut, Kamalanathan memakai baju yang mempunyai logo BN.

"Saya minta dia (Mohd Adzib) jawab," kata Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.



http://malaysiakini.com/news/175214

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...