Showing posts with label Ketua Audit Negara. Show all posts
Showing posts with label Ketua Audit Negara. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

PEMIMPIN LEMAH PUNCA KETIRISAN KEWANGAN

POSTED BY ADMIN ON NOVEMBER 5TH, 2011

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengambil perhatian terhadap Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini terutamanya yang menyentuh soal amanah.Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani Ikram, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pemimpin seharusnya memelihara amanah atau kepercayaan yang diberikan kepada mereka.Katanya, Laporan Ketua Audit Negara merupakan semakan kepada amanah yang diserahkan kepada pemerintah, penjawat awam dan mereka yang berurusan dengan mereka.

Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda supaya laporan tersebut dapat dibentangkan di Parlimen.

Katanya, Ikram begitu prihatin terhadap dapatan-dapatan yang dilaporkan berhubung kelemahan pengurusan kewangan kementerian/jabatan, agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang berkenaan seperti berlakunya pembaziran dalam perbelanjaan, pembelian harga barangan dan perkhidmatan yang berganda-ganda lebih tinggi daripada harga pasaran dan lain-lain bentuk ketirisan kewangan yang saban tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

“Ikram berpandangan punca utama ketirisan kewangan ialah kurangnya penghayatan terhadap sifat amanah yang dituntut untuk dilaksanakan sepenuhnya,” ujarnya kepada Harkahdaily.

Begitu juga, katanya kelemahan-kelemahan yang sama dilaporkan masih berlaku seolah-olah tiada kesedaran dan tindakan proaktif yang bersungguh-sungguh di pihak yang berkenaan bagi mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan agar lebih berakauntabiliti, efisien dan efektif.

Salah satu persoalan yang ditimbulkan, ujarnya ialah pembelian 257 buah kereta perisai oleh Kementerian Pertahanan yang didakwa harganya 6 kali ganda lebih mahal daripada harga pasaran di mana Kementerian Pertahanan membayar sebanyak RM7.55 bilion atau RM29.4 juta sebuah sedangkan nilai pasaran yang sepatutnya hanyalah RM1.15 bilion atau RM4.5 juta sebuah sahaja.

Ini, ujarnya adalah sebagaimana soalan yang ditimbulkan oleh salah seorang Ahli Parlimen kepada Menteri Pertahanan di sidang Parlimen baru-baru ini.

“Namun agak menghairankan apabila Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan mendakwa beliau tidak tahu menahu tentang hal ini sedangkan beliau sendiri hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari 2011 lalu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya Ikram mencadangkan penambahbaikan dan peningkatan kawalan dalaman terhadap urustadbir dan pengurusan kewangan negara ke arah yang lebih baik seperti berikut:

1. Menghayati dan mengamalkan sifat amanah dalam setiap urusan kewangan negara dan kerajaan

2. Mengamalkan sikap telus dan bertanggungjawab dengan menghapuskan sistem pembelian dan pemerolehan secara tertutup sebaliknya mengamalkan sistem pembelian dan pemerolehan secara terbuka

3. Menghapuskan sistem pembelian dan pemerolehan barangan dan perkhidmatan melalui agen atau orang tengah sebaliknya membuat urusan secara terus dengan pembekal atau pengilang

4. Mengambilkira pandangan pakar dalam proses pembelian dan pemerolehan barangan dan perkhidmatan yang khusus seperti peralatan kejuruteraan tinggi (high precision engineering), peralatan perubatan, robotik dan sebagainya bagi mengelakkan pembaziran melalui pembelian yang tidak perlu

5. Mengambil tindakan untuk melaporkan atau merujuk kes-kes penyelewengan kuasa dan kelemahan-kelemahan yang ketara dalam urustadbir dan pengurusan kewangan yang melibatkan kerugian kewangan seperti mana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak polis untuk membolehkan siasatan dijalankan

6. Memperkasakan SPRM sebagai satu badan yang bebas dengan memperuntukkan kuasa pendakwaan turut diberikan kepada mereka dan bukan hanya kepada Pejabat Peguam Negara

7. Mempertingkatkan kemampuan anggota penyiasatan yakni SPRM dan pihak polis di dalam menjalankan siasatan berhubung salah laku pengurusan kewangan dengan menguasai teknik-teknik terbaru sepertiforensic auditing atau forensic accounting.

8. Memperkenalkan polisi whistle-blowing dan menggalakkan samada anggota pekerja sektor awam atau swasta maju ke hadapan melaporkan kepincangan dan penyelewengan dalam urusan kewangan yang berlaku kepada pihak berkuasa di mana mereka ini dilindungi oleh satu undang-undang khas serta diberikan ganjaran yang setimpal hasil daripada maklumat yang diberikan.

Beliau berkata, Ikram percaya dengan sifat amanah yang diterapkan dan langkah-langkah penambahbaikan yang dicadangkan di atas diharapkan kelemahan-kelemahan yang sama yang saban tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara di dalam laporan tahunannya akan dapat diminimumkan seterusnya menyumbang ke arah urustadbir kewangan negara yang lebih berakauntabiliti, efisien dan efektif.

http://www.kl-today.com/2011/11/pemimpin-lemah-punca-ketirisan-kewangan/

Thursday, October 27, 2011

SPRM BUKA 36 FAIL KES ATAS LAPORAN AUDIT

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 26TH, 2011

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 36 fail siasatan berikutan isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diedarkan kepada umum semalam.Sebanyak dua fail siasatan dibuka di ibu pejabat, dua fail di Sarawak, tiga masing-masing di Pulau Pinang dan Johor, enam masing-masing di Terengganu dan Kedah, tujuh masing-masing di Perak dan Sabah.Menurut kenyataan SPRM di sini,Selasa, pihaknya telahpun menyiasat sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.

SPRM mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memberi sebarang maklumat yang berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara itu.

Menyentuh soal suruhanjaya itu disenarai sebagai salah satu daripada sembilan jabatan dan agensi kerajaan yang berbelanja melebihi peruntukan, beliau berkata:

“Lebihan perbelanjaan sebanyak 0.73 peratus disebabkan menampung bayaran bonus tahunan atau bantuan khas kewangan kepada pegawai Gred 54 ke bawah mengikut Arahan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2010 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2010″.

Lebihan perbelanjaan ini sama sekali tidak bermakna SPRM melanggar mana-mana arahan perbendaharaan atau mana-mana prosedur pengurusan kewangan sebaliknya ia adalah bayaran bonus yang diluluskan oleh kerajaan, jelas kenyataan itu.

Kelemahan pengurusan kewangan tujuh kementerian dan agensi kerajaan, akan dipastikan tidak berulang, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Beliau berkata langkah-langkah penambahbaikan akan terus diperhebatkan untuk menjamin segala peruntukan yang diberi diurustabdir dengan berkesan.”Saya tidak risau sangat bila Ketua Audit (Negara) beri pandangan sedemikian, saya risau jika masalah itu ada, tetapi Ketua Audit (Negara) tidak mahu beri pandangan,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 semalam menyebut tujuh kementerian dan agensi kerajaan berada pada tahap pengurusan kewangan lemah.

Tujuh kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Pengangkutan; Lembaga Hasil Dalam Negeri; Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Perbadanan Stadium Nasional; dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

http://www.kl-today.com/2011/10/sprm-buka-36-fail-kes-atas-laporan-audit/

RINGKASAN LAPORAN AUDIT NEGARA 2010

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 26TH, 2011

Ringkasan audit 2010 :

KEMENTERIAN PELAJARAN

RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai.

KEMENTERIAN PERTAHANAN
  1. Rak akhbar dan majalah : RM 1445
  2. Ubahsuai katil : RM 950
  3. Katil Bujang : RM 700
  4. Kerusi Plastik : RM 761
  5. Meja Kayu kecil : RM 950



KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

  1. 55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan.
  2. Makanan tamat tempoh.
  3. Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.



KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
(Jabatan Taman Laut Malaysia)

Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.

  1. Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
  2. LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
  3. Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
  4. Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
  5. Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
  6. Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal
JUMLAH KERUGIAN ADALAH : RM 172 501

Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :

  1. Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396
  2. Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670
  3. Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855
  4. LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905
  5. GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025
  6. CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110
  7. Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808

MAJLIS SUKAN NEGARA

MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.

KEMENTERIAN KESIHATAN

Anggota tiruan tanpa kelulusan berjumlah RM 310 696.

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI



Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif.



KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peraltan tersebut.

SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.

5. Penurunan Untung Sebelum Cukai

Secara ringkasnya, 40.4% sayrikat GLC mengalami penurunan untung sebelum cukai. Berakhir 2009, RM 3.83 billion kerugian akibat penurunan untung sebelum cukai kepada RM 92.35 billion pada tahun 2009 berbanding RM 96.16 billion pada tahun 2008.

6. Pinjaman Belum Selesai

Terdapat 17 syarikat GLC yang menanggung hutang sehingga 2009 yang berjumlah lebih RM 12 Billion. Menduduki senarai tertinggi ialah, Perwaja Terengganu, Indah Water, Malaysia Debit Ventures dan Bank Pembangunan Malaysi Berhad.


Sumber: Harakah Daily

HASIL AUDIT: BERJIMATLAH KERANA GAWAT!

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 26TH, 2011

Saudara Pengarang,

Hari ini terbahak-bahak ketawa semua kakitangan awam yang tidak dapat kenaikan gaji bukan kerana gembira, tetapi ulasan KSN berkenaan dengan audit oleh Ketua Audit Negara. Tok KSN tidak risau kalau berbelanja lebih dan harga pembekalan tidak ikut harga patut, tetapi risau kalau laporan audit disediakan tidak lengkap. Apa sudah jadi ni?

Sebanyak RM3.78 Billion di dalam tulisan menggambarkan hanya peruntukan tambahan seolah RM3.78 ringgit sahaja. Mengapa tidak ditulis dengan angka audit dan perakauanan yang betul supaya orang kampung tahu ianya seperti berikut: RM3,780,000,000.00 sahaja peruntukan tambahan. Berapa banyak kosong dan akan mengosongkan perut kita rakyat Malaysia. Baru laporan audit yang betul.

Anda fahamkah kenapa hanya ditulis juta atau billion, ini bagi mengaburi mata masyarakat yang tidak faham Billion itu apa. Huhuhu…sekali lagi dikelirukan selepas subsidi bohong dari kerajaan BN. Apabila diulas oleh Ketua Audit Negara mungkin KSN tidak baca dengan tepat, bahawa KAN memberitahu bahawa tender tertutup yang membekalkan barangan nilainya lebih 4 kali ganda dari nilai pasaran atau dalam bahasa perniagaan ialah 400%. Di dalam hukum Islam muamalat harga itu tidak wajar dan boleh diletakkan di dalam katagori HARAM.

Di mana Ustaz Zahirudin yang mahir tentang Muamalat untuk menasihati petender-petender kerajaan dalam tender tertutup untuk menasihatkan para peniaga muslim ini. Mengapa tidak wujud di dalam perbincangan perniagaan Islamik?

Sebagai seorang KSN yang power di dalam kakitangan kerajaan sepatutnya KSN membuat siasatan setelah diutarakan oleh KAN. Pastikan petender-petender dan juga syarikat yang mendapat tender disiasat oleh SPRM. Sementara itu kepada petugas penjaga tender di jabatan-jabatan yang terlebih budget mestilah digantung untuk siasatan lanjut. Ini baru jawapan yang rakyat dan kakitangan awam mahukan.

Seandainya jawapan seperti yang KSN jawab tadi seorang pekerja N17 seperti saya juga mampu membuat ulasan terhadap teguran Ketua Audit Negara. Saya betul-betul hairan, mengapa sebuah kerajaan yang dikatakan telus dan sentiasa dipantau oleh SPRM masih ada lagi ketirisan kewangan. Jangan tanya Tok Najib, apa perlu buat. Jika begitu lebih baik, tanya sahaja pada Kak Ros yang lebih mahir.

Semoga KSN ambil tindakan drastik, kerajaan sudah tiada duit lagi. Gaji kami semua tidak naik, elaun pun dah macam nak kena tarik balik. Banyangkan jika semua kakitangan awam ambil cuti sebulan dari meja penyambut tetamu sampailah kepada meja CC, apa akan jadi. Menteri, KSN dan PM yang buat kerja. Sekarang KSN mesti kena fikirkan sebenarnya budget yang terlebih guna iaitu RM3,780,000,000.00 adalah duit kenaikan gaji kami dan bonus kami.

Jika KSN sudah tidak mampu bertugas, ramai lagi PTD yang menanti KSN untuk jamuan perpisahan. Semoga KSN insaf dan bertindak tegas agar mereka yang melakukan penyelewengan diambil tindakan. Ramai lagi orang yang menganggur di luar sana menanti untuk jawatan tetap di dalam agensi kerajaan.

Sekian wasalam.

Pekerja Am Putrajaya
alumnihmsb@yahoo.com

http://www.kl-today.com/2011/10/hasil-audit-berjimatlah-kerana-gawat/

Thursday, February 3, 2011

Pelantikan Utusan atas 'kepentingan kenegaraan'

Salhan K Ahmad
Feb 2, 11
12:44pm

Menteri penerangan Datuk Seri Rais Yatim berkata pelantikan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai ejen pemasaran masa siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bukanlah dibuat atas kepentingan perniagaan semata-mata.

Sebaliknya, ia dibuat berdasarkan "kepentingan kenegaraan" berhubung persuratkhabaran dan berita, katanya.

NONE"Ia tidak seharusnya ditanggap mengikut wang ringgit sahaja," katanya lagi ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis menandatangani kontrak baharu itu.

Jelasnya, ia turut mengambil kira peranan syarikat itu yang terkehadapan dalam menjelaskan isu-isu berhubung "soal kontrak sosial."

Selain itu, syarikat itu juga berperanan dalam menjelaskan isu berhubung kedudukan bahasa Melayu dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan juga kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera dalam Perkara 153 dokumen berkenaan, katanya.

"Dalam berhujah supaya perkara itu difahami, Utusan tampil dari sudut praktikaliti dan kenyataannya," katanya lagi.

Tambahnya, beliau mengambil maklum saranan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara berhubung pelantikan syarikat berkenaan.

Pencapaian memuaskan

Namun, laporan berkenaan tidak menyatakan menyatakan kejayaan yang telah dicapai melalui pelantikan syarikat tersebut sebelum ini, katanya.

nuj utusan melayu picket  police 160904  securityBercakap dalam sidang media selepas itu, Rais juga berkata rundingan berkenaan dibuat setelah RTM melihat prospek yang boleh dicapai melalui pelantikan itu.

"Jadi rekod yang dicapai oleh Utusan dari 2006 hingga 2009 untuk radio adalah memuaskan dan daripada 2007 hingga 2009 untuk televisyen telah sampai RM75 juta," katanya lagi.

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 itu antara lainnya mendapati pengurusan aktiviti penjualan masa siaran iklan melalui radio dan TV serta kawalan hasil itu secara umumnya kurang memuaskan.

Laporan audit yang dijalankan bagi tempoh antara Julai hingga Disember 2009 itu turut mendapati beberapa kelemahan seperti prestasi jualan masa siaran iklan yang tidak mencapai sasaran melalui pelantikan syarikat tersebut.

Laporan berkenaan turut mendapati berlaku percanggahan terma antara perjanjian kontrak dengan surat tawaran kerajaan mengenai jadual bayaran komisen dan aktiviti penjualan masa siaran iklan yang tidak mengikut peraturan.

http://malaysiakini.com/news/155136

Wednesday, January 26, 2011

Baru Bian: Kekayaan S'wak tidak dinikmati rakyat

Baru Bian: Kekayaan S'wak tidak dinikmati rakyat
Jan 26, 11 10:36am

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sarawak, Baru Bian mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa gagasan Pakatan Rakyat iri hati dengan kekayaan negeri itu, lapor TV Selangor.

NONESebelum ini ketua menteri Sarawak itu menyifatkan kekayaan dan kemajuan yang dicapai negeri berkenaan mengakibatkan banyak pihak dengki sehingga ada yang bertindak cuba merampas kuasa daripada kerajaan sekarang.

"Kalau kita memperkatakan kekayaan, ketua menteri dan kroni-kroninya yang terkaya di Malaysia, mereka yang kaya di Sarawak tetapi rakyat biasa tidak," kata Baru Bian.

Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion. Namun sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah.

Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di bumi kenyalang itu.

NONEBaru Bian menjelaskan kekayaan Sarawak yang melimpah tidak dapat dinikmati oleh rakyat disebabkan kekayaan negeri itu hanya berlegar sekitar Abdul Taib dan kroninya sahaja.

Katanya, Laporan Ketua Audit menunjukkan bahawa sebanyak 60 peratus pembangunan negeri itu berlaku ketirisan disebabkan rasuah dan penyelewengan.

"Walaupun Sarawak adalah sebenarnya terkaya di Malaysia dari segi sumber asli, mengapa kita dalam golongan ke empat negeri yang termiskin, ini adalah soalan yang kita hendak tanya kepada rakyat Sarawak, dan jawapannya jelas bahawa BN yang diketuai oleh Taib Mahmud dalam 30 tahun sebagai ketua menteri tidak jujur dan tidak ikhlas dan tidak tepat tentang pentadbiran, kerana banyak rasuah dan terbukti dalam laporan ketua audit bahawa 60 peratus projek pembangunan Sarawak bocor," katanya.

NONEJusteru, Pakatan Rakyat Sarawak berharap rakyat negeri itu dapat memberikan mereka peluang membuat perubahan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa sahaja.

"Tawaran kita kepada rakyat Sarawak ialah berikan kita peluang memerintah lima tahun di Sarawak akan membukti kepada rakyat bahawa cara kita memimpin berlainan berbeza dengan BN ," katanya.

http://malaysiakini.com/news/154493

Thursday, January 13, 2011

K'jaan digesa tubuh audit bebas siasat KTMB

K'jaan digesa tubuh audit bebas siasat KTMB
Jan 13, 11 11:35am

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini menggesa supaya pasukan audit bebas ditubuhkan bagi menyiasat proses dan perjalanan perkhidmatan keretapi negara, Keretapi Tanah Melayu Berhad.

NONEKatanya, pasukan audit itu tidak seharusnya dijalankan oleh kerajaan sendiri tetapi harus merupakan audit bebas, seperti yang dimiliki oleh syarikat audit ternama.

"Kerajaan juga sepatutnya mengikuti prosedur yang sama seperti bekas Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat yang melantik pasukan juruaudit dari PricewaterhouseCooper bagi mengaudit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Inilah masanya kabinet untuk melihat masalah KTMB,"
kata Pua sambil menambah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat skandal berkenaan.

Menggunakan contoh kes terdahulu di mana tender untuk menaiktaraf keseluruhan sistem penjualan tiket di 56 stesen komuter KTM, yang menjadi persoalan, Pua berkata KTMB telah terperosok dengan tindakan yang meragukan selama beberapa tahun.

Bukan kali pertama

NONE"Ini bukan pertama kali KTMB menandatangani sesuatu yang boleh dipersoalkan. Mereka asyik mengulangi kesalahan sama dan ternyata silap.

"Ini bukan hanya isu banyak syarikat dengan sistem penjualan tiket tetapi ia juga berkenaan pembelian keretapi berkuasa diesel dan keretapi terpakai dari China.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyebut KTMB juga telah menjual sebidang tanah yang bukan milik mereka.

"Sememangnya ada masalah yang menakutkan di sini dan ia nampaknya masih lagi tidak ditangani,"
kata beliau.

Ini katanya, memerlukan kepimpinan yang kuat dan keazaman politik untuk memeriksa KTMB secara keseluruhannya.

Dibelenggu hutang lapuk

Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan kontrak KTMB bernilai RM100 juta telah dianugerahkan kepada syarikat yang tidak mempunyai kelayakan yang telah mengemukakan tawaran lebih tinggi berbanding pesaingnya.

azlanSehubungan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu ke pejabat KTMB sebanyak dua kali berhubung kes tersebut, dan merampas dokumen-dokumen penting yang berkaitan dengan proses tender.

Dibelenggu dengan masalah hutang lapuk dan salah urustadbir, KTMB dengan jumlah hutang setinggi RM1.45 bilion pada tahun 2008 dan tidak berkeupayaan untuk melangsaikannya.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2009, KTMB dilaporkan merekodkan kerugian bersih selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2006.

Sepanjang 1994-2008, KTMB memerlukan suntikan dana sebanyak RM760 juta dari kerajaan persekutuan bagi mempertahankan operasinya.

http://malaysiakini.com/news/153275

Monday, January 3, 2011

Laporan audit: Kenapa Ali Rustam belum diheret?

Jan 3, 11 11:23am

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi digesa menyiasat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2009 yang menunjukkan terdapatnya keraguan dalam pengurusan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) yang dipengerusikannya, lapor Harakahdaily.

ali rustam and melakaTimbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata sehingga ini, SPRM masih gagal menyiasat dan mengheret Ketua Menteri Melaka itu ke muka pengadilan walaupun bukti-bukti sudah terbentang di hadapan mata tentang salah laku dan penyelewengan Maim dan agensi-agensi lain.

Adly berkata laporan Ketua Audit Negara tersebut secara jelas mendedahkan kegagalan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) membina kompleks Maim menyebabkan agensi itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.

Beliau melahirkan rasa kesal di atas kelalaian yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN yang diketuai Mohd Ali sehingga menyebabkan tanah milik Maim terlepas kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan Melaka melalui Maim juga dilihat gagal memantau projek yang dilaksanakan oleh RMSB yang telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks Maim sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 Jun 2004.

Sebaliknya, tegas beliau, RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas tapak PT 83.

Adly mendedahkan, Maim telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002.

"RMSB dikehendaki membina Kompleks Maim di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta.

"Sebagai balasan, RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT 83 dan Maim akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks Maim selesai," tulis beliau di dalam blognya adlyzahari.blogspot.com.

Dakwa Adly lagi, pihak RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006.

RMSB, katanya telah menjual Lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga RM10.4 juta.

Mais, menurut Adly yang dipengerusikan Ali Rustam sepatutnya bertanggungjawab sehingga menyebabkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta digunakan, di samping kehilangan tanah di Lot 105 dan Lot 106.

"Sikap kerajaan Umno BN yang membenarkan tanah wakaf dijual pada pihak ke 3 adalah gambaran perangai hipokrit Umno yang kononnya berusaha menyelamatkan Melayu dan Islam.

"PAS Melaka mendesak SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan ketelusan dan mereka yang melakukan penyelewengan di hadapkan ke muka pengadilan," tegas Adly.

Adly yang menulis di dalam blognya berkata kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Mohd Ali, gagal menguruskan harta wakaf dan wang zakat sehingga banyak kelemahan dikenalpasti dalam sebuah negeri yang dikatakan berstatus 'Negeri Maju'.

Beliau berkata nilaian tanah milik Maim telah berkurangan daripada RM18.81 juta pada tahun 2006 kepada RM9.11juta sahaja pada 2008.

"Penggunaan wang Baitulmal sebanyak RM1.8 juta bagi pengubahsuaian kompleks perniagaan Maim, yang disewakan kepada Jaim.

"Selain itu Maim juga gagal mendaftar sebanyak 20 peratus dari tanah yang diwakafkan malah proses mendaftar tanah wakaf mengambil masa dari 21 hingga 164 bulan," jelas Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Menurutnya, kelemahan lain adalah berkaitan penyelenggaraan daftar harta wakaf, harta faraid dan sewa hartanah, pencerobohan tanah Baitulmal serta tanah wakaf tidak dapat dikenalpasti lokasinya.

http://malaysiakini.com/news/152228

Kenapa SPRM belum heret Ali Rustam

Ahmad Danial

ALOR GAJAH, 3 Jan: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) sekali lagi menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ini berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2009 yang menunjukkan terdapatnya keraguan dalam pengurusan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) yang dipengerusikan beliau.

Adly kesal kerana sehingga ini, SPRM masih gagal menyiasat dan mengheret Ketua Menteri Melaka itu ke muka pengadilan walaupun bukti-bukti sudah terbentang di hadapan mata tentang salah laku dan penyelewengan Maim dan agensi-agensi lain.

Adly berkata laporan Ketua Audit Negara tersebut secara jelas mendedahkan kegagalan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) membina kompleks MAIM menyebabkan agensi itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.

Beliau melahirkan rasa kesal di atas kelalaian yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN yang diketuai Mohd Ali sehingga menyebabkan tanah milik MAIM terlepas kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan Melaka melalui Maim juga dilihat gagal memantau projek yang dilaksanakan oleh RMSB yang telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks Maim sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 Jun 2004.

Sebaliknya, tegas beliau, RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas tapak PT 83.

Adly mendedahkan, Maim telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002.

"RMSB dikehendaki membina Kompleks Maim di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta.

"Sebagai balasan, RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT 83 dan MAIM akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks Maim selesai," tulis beliau di dalam blognya adlyzahari.blogspot.com.

Dakwa Adly lagi, pihak RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006.

RMSB, katanya telah menjual Lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga RM10.4 juta.

Mais, menurut Adly yang dipengerusikan Ali Rustam sepatutnya bertanggungjawab sehingga menyebabkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta digunakan, di samping kehilangan tanah di Lot 105 dan Lot 106.

"Sikap kerajaan Umno BN yang membenarkan tanah wakaf dijual pada pihak ke 3 adalah gambaran perangai hipokrit Umno yang kononnya berusaha menyelamatkan Melayu dan Islam.

"PAS Melaka mendesak SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan ketelusan dan mereka yang melakukan penyelewengan di hadapkan kemuka pengadilan," tegas Adly.

Adly yang menulis di dalam blognya berkata kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Mohd Ali, gagal menguruskan harta wakaf dan wang zakat sehingga banyak kelemahan dikenalpasti dalam sebuah negeri yang dikatakan berstatus 'Negeri Maju'.

Beliau berkata nilaian tanah milik Maim telah berkurangan daripada RM18.81 juta pada tahun 2006 kepada RM9.11juta sahaja pada 2008.

"Penggunaan wang Baitulmal sebanyak RM1.8 juta bagi pengubahsuaian kompleks perniagaan Maim, yang disewakan kepada Jaim.

"Selain itu Maim juga gagal mendaftar sebanyak 20% dari tanah yang diwakafkan malah proses mendaftar tanah wakaf mengambil masa dari 21 hingga 164 bulan," jelas Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Menurutnya, kelemahan lain adalah berkaitan penyelenggaraan daftar harta wakaf, harta faraid dan sewa hartanah, pencerobohan tanah Baitulmal serta tanah wakaf tidak dapat dikenalpasti lokasinya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30140:kenapa-sprm-belum-heret-ali-rustam&catid=1:utama&Itemid=50

Tuesday, December 28, 2010

PAS tegur Ali suka berhutang

Ahmad Danial

MELAKA, 26 Dis: Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ramli Dalip membidas sikap kerajaan negeri Melaka yang suka berhutang bagi menjalankan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Ramli berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjalankan projek-projek mega kerana hasil negeri tidak dapat menampung hutang yang telah meningkat dari RM441.76 juta pada 2008 kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.

"Semua projek besar kerajaan negeri ditampung dengan pinjaman dari kerajaan pusat dan ianya tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan negeri sehingga hutang negeri meningkat dari sehari ke sehari.

"Ternyata kerajaan negeri hanya pandai menjalankan projek pembangunan tetapi tidak pandai mencari dana sendiri untuk membiayai projek-projek teresebut, malah lebih malang lagi projek-projek tersebut tidak berdaya maju sehingga sesetengahnya menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ramli, banyak projek-projek mega yang tidak sepatutnya dijalankan antaranya projek monorel, Eye On Malaysia, Litar Go-Kart dan lain-lain yang kesemuanya menemui kegagalan.

Ramli berkata demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam media 2 hari lepas di mana menurutnya Melaka memerlukan RM2 bilion lagi muncul sebagai negeri bandar yang pertama di negara ini.

Ali dilaporkan berkata, berkata wang RM2 bilion itu diperlukan untuk membina jalan 4 lorong menghubungkan Melaka dengan Johor dan Negeri Sembilan.

"Kita pun tidak faham apa maksud negeri bandar yang dinyatakan oleh Ali. Sama seperti kita tidak faham tentang apakah benar Melaka Negeri Maju 2010 sedangkan EACD sendiri tidak mengiktirafnya.

“Apakah Ali mahu menipu rakyat Malaysia dan Melaka sekali lagi sepertimana beliau menipu tentang status Melaka Maju 2010?” soal Ramli.

Nampaknya, kata beliau, ketua menteri itu tidak serik-serik untuk berhutang lagi dengan kerajaan pusat walaupun hutang negeri Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit Negara 2009 telah mencecahkan RM500 juta lebih.

Katanya, memang jelas kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi tidak tahu membayarnya kerana apa yang penting bagi mereka ialah projek banyak maka ianya menguntung orang tertentu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30030:pas-tegur-ali-suka-berhutang&catid=52:negeri-melaka&Itemid=97

Friday, December 3, 2010

S'gor masih tunggu laporan audit ke atas PKNS

Dis 2, 10 1:19am

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau masih menunggu laporan Jabatan Audit Negara sebelum memutuskan sebarang tindakan yang sesuai dalam isu membabitkan pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau berkata kerajaan negeri memberi tempoh kira-kira tiga minggu kepada jabatan itu untuk menjalankan audit secara menyeluruh sebelum laporannya diumumkan kepada orang ramai.

"Buat masa ini kita telah beri jabatan audit tempoh dua ke tiga minggu dan sebab itu saya tunggu laporan itu.

"Bila ia siap kita akan benarkan laporan itu dibaca oleh orang ramai supaya kita dapat maklumat dan penjelasan tentang dakwaan tersebut.

"Selepas itu barulah tindakan yang sesuai diambil jika perlu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Shah Alam semalam.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus semalam yang mempersoalkan mengenai pelantikan tiga syarikat oleh PKNS yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Menteri Besar sebelum ini dalam kenyataan media berkata kerajaan negeri memutuskan untuk membekukan sementara semua aktiviti yang membabitkan Jabatan Perhubungan Awam, PKNS sehingga laporan penuh audit selesai.

Ini berikutan dakwaan beberapa pihak bahawa wujudnya salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah pentadbiran Pengurus Besar PKNS Othman Omar.

Lima persatuan dan kesatuan dalaman PKNS juga dilaporkan turut mendesak Abdul Khalid supaya menamatkan kontrak Othman yang didakwa bertanggungjawab mengheret perbadanan itu ke dalam kancah kontroversi.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku MIzan Zanal Abidin pada Ahad ini dalam usaha pihaknya mendapatkan perhatian baginda berhubung isu air.

"Kerajaan negeri telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan kerajaan pusat dan syarikat konsesi termasuk menawarkan harga berpatutan untuk proses pengambil alihan tetapi tidak mendapat kerjasama yang baik daripada kedua-dua pihak ini.

"Kerajaan Selangor berharap isu air ini mendapat perhatian Yang diPertuan Agong selaku Ketua Negara kerana kami berpendapat air merupakan keperluan asas.

"(Ia) tidak sepatutnya diniagakan untuk memperkayakan beberapa individu serta rakyat berhak untuk mendapat air pada harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang lebih cekap," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid sekali lagi mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) supaya tidak menyalahgunakan kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyat menerusi Tabung Budi.

Beliau berkata Syabas sepatutnya lebih menumpukan kepada memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat seperti menyediakan air bersih dengan harga berpatutan yang boleh diminum melalui air paip secara terus.

"Kalau itu dilakukan Syabas sudah cukup, tidak payah buat kebajikan dengan ambil duit kerajaan negeri. Syabas bukan syarikat politik tetapi adalah syarikat perkhidmatan," katanya.

Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.

Wang kutipan itu kelak akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

http://malaysiakini.com/news/149764

Saturday, November 27, 2010

PAC tidak boleh siasat Sime Darby, kata Azmi Khalid

Nov 23, 10 7:25pm

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak layak untuk menyiasat Sime Darby Bhd (Sime Darby) kerana konglomerat itu bukan sebuah jabatan kerajaan.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidPengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata Sime Darby adalah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pemegang saham terbesarnya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menjelaskan bahawa PNB dan KWSP bukan ditakrif sebagai jabatan kerajaan kerana sumber kewangannya datang daripada individu-individu yang membuat pelaburan.

"Kalau KWSP, dana-dana yang dikeluarkan adalah yang disimpan oleh penyimpan KWSP dan dana yang digunakan PNB datang dari pelabur-pelabur persendirian," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Berpandukan perkara 77 peraturan mesyuarat Parlimen, PAC boleh memeriksa sebarang kira-kira badan pentadbiran raya dan pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam Parlimen, katanya.

"Berdasarkan kepada peraturan mesyuarat Parlimen ini, Sime Darby bukanlah satu badan yang layak untuk disiasat oleh PAC," kata Azmi.

azlanPada Mei lalu, Sime Darby mengumumkan kerugian kira-kira RM1.63 bilion berikutan berlakunya lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.

Akibat kerugian itu, pelbagai pihak menggesa supaya PAC membuat siasatan berhubung kerugian yang dialami oleh syarikat konglomerat itu.

Sementara itu, berikutan Laporan Audit 2009, PAC akan memanggil Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberi penjelasan berhubung Politeknik Muadzam Shah di Pahang yang masih belum siap walaupun pembinaannya telah dimulakana kira-kira 10 tahun lalu, katanya.

PAC juga akan memanggil Kementerian Pertahanan berhubung pembinaan Kompleks 7 Briged Kem Skudai, Johor dan Kementerian Kesihatan mengenai aktiviti rawatan penyakit buah pinggang.

"Minggu depan, PAC akan panggil Pengurusan Pembangunan Pelaburan Antarabangsa Tuna Malaysia yang berada di bawah badan berkanun persekutuan," katanya.

azlanSelain itu, pihaknya telah memanggil beberapa badan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Badan (PTPTN) ini sudah dipanggil sebanyak dua kali termasuk pagi tadi manakala Kementerian Pelajaran pula dipanggil dua bulan lalu mengenai pengurusan rancangan makanan tambahan (RMT) di sekolah-sekolah," katanya.

Azmi berkata PAC akan mengeluarkan laporan siasatan tidak lama lagi dan enggan memberi penjelasan lanjut mengenai agensi yang sudah disiasat.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/148978

Sunday, November 14, 2010

PAS harap SPRM berani tangkap 'jerung'

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Rakyat sekali lagi sedang memerhati apakah akan ada sebarang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pesalah 'jerung' seperti yang didedahkan Ketua Audit Negara dalam laporan audit 2009 baru-baru ini.

Bagi PAS, mereka mahu SPRM berani berani bertindak khususnya terhadap 15 kes penyelewengan termasuk di Kementerian Pertahanan yang melibatkan sejumlah RM310,000 wang rakyat digunakan untuk persiapan bilik VVIP.

Ianya termasuk kos set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.

"Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita.

"Kita tentu masih ingat bagaimana Pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Tambahnya, ramai terkejut bagaimana harga set screw driver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), set tea 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Lebih menarik lagi katanya apabila pihak audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan.

"Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?," soalnya.

"Apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki penyelewengan," tambahnya lagi.

Pada laporan audit negara 2008 juga melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mengharapkan SPRM bertegas dan mengheret mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti ke muka pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29443:pas-harap-sprm-berani-tangkap-jerung&catid=1:utama&Itemid=50

Wednesday, November 10, 2010

SPRM: Lebih banyak kertas siasatan akan dibuka

SPRM: Lebih banyak kertas siasatan akan dibuka
Nov 9, 10 4:41pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dibentangkan baru-baru ini dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak kertas siasatan akan dibuka berdasarkan laporan tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata setakat ini, sekurang-kurangnya 15 kertas siasatan dibuka berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan itu, termasuk perbelanjaan Kementerian Pertahanan untuk barangan mewah bagi bilik VVIP, Mawilla 3 di Pangkalan Tentera Laut Lumut dan Langkawi.

"Apa-apa dalam laporan audit itu yang ada kaitan dengan rasuah, tidak mematuhi spesifikasi dan tuntutan palsu di mana bekalan tidak dibuat, semua kita siasat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis perasmian Hari Inovasi SPRM 2010 di Putrajaya hari ini.

Majlis itu dirasmikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Mohd Shukri berkata sebahagian besar kandungan laporan itu telah disiasat sejak sebulan lepas, berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

Beliau berkata beberapa pihak yang terlibat juga telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, SPRM mengumumkan telah membuka 13 kertas siasatan, 14 kertas penyiasatan awal serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan, berdasarkan laporan audit tersebut.

Tiga daripada kertas siasatan dibuka di Johor, enam di ibu pejabat, dua di Terengganu, serta masing-masing satu di Sarawak dan Selangor.

Sementara itu, dalam ucapannya, Abu Kassim berkata aspek inovasi termasuk dari segi kaedah sistem dan prosedur yang digunakan oleh agensi itu, adalah penting bagi menyelesaikan kes rasuah.

Beliau berkata tiga prinsip utama iaitu kebebasan, ketelusan dan profesionalisme harus menjadi teras inovasi SPRM bagi merealisasikan visinya
sebagai agensi penguatkuasaan yang terunggul di rantau ini.

Pegawai SPRM juga diarah mendokumentasikan kejayaan inovasi yang dicatat organisasi itu kerana ia merupakan bahan rujukan bernilai tinggi berbanding buku sedia ada, katanya.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/147720

Tuesday, November 9, 2010

RM145 ribu dibelanja baikpulih Royal Theatre

Salhan K Ahmad
Nov 8, 10
12:42pm

Kerajaan negeri setakat ini telah membelanjakan sebanyak RM145,000 untuk menyiapkan bangunan Royal yang terbengkalai sejak tahun 2008, kata anggota exco kebajikan dan hal ehwal wanita Rodziah Ismail.

Perbelanjaan itu secara kasarnya digunakan bagi menggaji tiga orang pegawai serta kos penyelenggaraan dan utiliti bagi projek berkenaan, katanya ketika menjawab soalan tambahan, juga daripada Ng Suee Lim (DAP – Sekinchan),

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam juga masih perlu melaksanakan beberapa kerja baik pulih, seperti yang dinyatakan Jabatan Audit, sebelum bangunan itu diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Rodziah lagi.

Jabatan Audit dalam laporannya sebelum ini mendapati, bangunan tersebut berada dalam keadaan yang tidak terjaga dengan bekalan elektrik yang ditamatkan, paip tersumbat dan keadaan premis yang tidak berpagar.

Cadangan rekabentuk projek pembinaan tersebut diluluskan oleh majlis kerajaan negeri pada September 2002 dengan peruntukan sebanyak RM43.84 juta – termasuk perbelanjaan untuk sistem peralatan dan lanskap berjumlah lebih RM7 juta, kata Rodziah.

Katanya, bangunan teater itu sepatutnya dapat digunakan menjelang awal tahun 2011 dan diletakkan di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN).

"Bagaimanapun, JKKN tidak lagi memberikan kerjasama dengan kerajaan Selangor setelah Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada 8 Mac 2008," katanya ketika menjawab satu soalan lisan di DUN hari ini.

Menjawab soalan tambahan, juga daripada Ng, Rodziah berkata kerajaan negeri merancang untuk membuat kerjasama antaranya dengan Tourism Selangor, Majlis Teater Negeri Selangor dan Istana Budaya bagi menarik pelancong ke pusat kebudayaan itu.

"Aktiviti teater seperti teater jalanan 'Menunggu Kata dari Tuhan' yang telah dipopularkan selama dua tahun ini, pastinya akan menjadi salah satu pertunjukan yang akan diadakan di pusat ini," katanya lagi.

http://malaysiakini.com/news/147574

Wednesday, October 27, 2010

Audit: K'jaan persekutuan terlebih belanja RM4.83b




Wong Teck Chi
Okt 27, 10
6:08pm

Kerajaan persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu. Ini merupakan defisit kedua tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu.

“Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan,” petik Laporan Ketua Audit Negara 2009 sambil menekankan bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan.

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commissionLaporan itu juga mendedahkan 11 agensi - termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan 10 kementerian telah berbelanja melebihi bajet operasi mereka sehingga sebanyak RM3.61 bilion.

Ketua Audit Negara juga mendapati 15 kementerian dan agensi terlebih berbelanja RM3.74 bilion bagi 42 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

dap defence ministry patrol vessels 120405 defence ministry buildingSenarai teratas adalah Kementerian Pertahanan yang terlebih belanja RM2.03 bilion untuk tiga projek, diikuti oleh Kementerian Pelajaran ((RM927 juta untuk empat projek) dan Jabatan Perbendaharaan (RM547 juta untuk dua projek).

Sementara itu, hutang tertunggak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan pula terkumpul sebanyak RM4.6 bilion atau 13.3 peratus melebihi jumlah RM4.08 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Selangor adalah pemiutang terbesar (RM829.86 juta), diikuti Johor (RM809.89 juta), Kedah (RM706.68 juta), Pahang (RM565.08 juta) dan Negri Sembilan (RM504.50 juta).

Jumlah hutang tertunggak itu terus meningkat meskipun RM204.27 juta dalam pembekalan perjanjian air kepada lapan negeri telah diserap oleh kerajaan persekutuan.

Menurut laporan itu 607 (50.5 peratus) daripada 1,203 pinjaman yang disalurkan kepada kerajaan negeri adalah hutang yang diberikan antara satu hingga 13 tahun lalu.

Bagi badan berkanun, Perbadanan Aset Keretapi (RM1.02 bilion) adalah pemiutang terbesar manakala Perwaja Terengganu Sdn Bhd menduduki senarai syarikat dengan hutang terbesar (RM1.8 bilion).

[Baca berita penuh]

Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita?




Okt 27, 10 3:13pm

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan.

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan.

Miskin terus merempat

Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.

Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

Ambil kesempatan asnaf amilin

"Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

"Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.

"Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin(petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata Dr Mohd Asri.

Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti "institusi-institusi yang berjenama agama".

"Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut.

"Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...