Showing posts with label Pengambilan Tanah dan Bangunan. Show all posts
Showing posts with label Pengambilan Tanah dan Bangunan. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Penduduk berkumpul bantah kerja sukat tanah

Sep 10, 11 4:39pm

Sekumpulan penduduk Kampung Baru Batu 18 dekat Padang Besar membantah kerja-kerja menyukat tanah di kawasan itu yang dikaitkan dengan pengeluaran geran tanah untuk individu tertentu.

Kira-kira 80 penduduk berkumpul secara aman bagi menghalang kerja-kerja menyukat itu, namun mereka akhirnya bersurai selepas kehadiran polis.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung itu, Che Mid Man berkata penduduk kecewa kerana permohonan mendapatkan geran tanah sejak awal tahun 60-an tidak berhasil.

Bagaimanapun, beliau berkata baru-baru ini, penduduk mendapat tahu beberapa individu dari luar memperoleh geran tanah di kawasan yang mereka duduki.

Che Mid mendakwa selepas geran tanah dikeluarkan, ada pihak datang untuk menyukat tanah bagi kawasan yang ditawarkan hak milik itu.

Beliau berkata, perkara itu akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Che Mid juga berharap ADUN Titi Tinggi Yip Sun Onn yang hadir di perhimpunan aman itu, membantu mereka menyelesaikan
masalah tersebut.

Seorang penduduk, Azmi Che Pi, 37, berkata tanah yang didudukinya adalah warisan keluarga dan permohonan mendapatkan geran tanah dibuat sejak puluhan tahun lalu, namun tidak berhasil.

Beliau berharap penduduk kampung itu diberi keutamaan mendapatkan geran kerana mereka telah lama mengusahakan tanah di kawasan itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Penguatkuasaan Perlis Datuk Mat Rawi Kassim, ketika dihubungi berkata beliau akan menyiasat perkara tersebut dari pelbagai sudut

Beliau bercadang bertemu penduduk terbabit Isnin ini bagi mendapatkan gambaran jelas serta maklumat berkaitan perkara itu.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/175396

Friday, September 2, 2011

Peniaga Chinatown diminta tidak ke mahkamah

Peniaga Chinatown diminta tidak ke mahkamah
Sep 1, 11 11:42pm

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menasihati pemilik hartanah di Jalan Sultan di Kuala Lumpur yang terlibat dengan pembinaan terowong bawah tanah bagi projek My Rapid Transit (MRT) agar bersabar.

chua soi lek 020108Beliau juga meminta mereka untuk mempertimbangkan langkah mereka untuk memfailkan injunksi bagi menghentikan pemilikan tanah dan pengambilan premis mereka.

"Jika mereka pergi ke mahkamah dan memfailkan injunksi, maka ruang perbincangan akan menjadi terhad di masa depan kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mungkin berkata biar mahkamah yang membuat keputusan," katanya kepada pemberita di Rawang hari ini.

Beliau menyampaikan cek bernilai RM50,000 daripada kerajaan kepada Presiden Kuil Sri Veerakathy Vinayagar, Paramasivam Pillai bagi menaik taraf kuil berkenaan.

Dr Chua berkata perbincangan mendalam dengan SPAD hanya boleh diadakan selepas cuti Hari Raya dan Hari Merdeka.

Beliau juga berkata keputusan muktamad mengenai perkara tersebut tidak boleh diputuskan oleh SPAD tetapi bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia di bawah skop Jabatan Perdana Menteri.

NONESebuah portal berita hari ini melaporkan jurucakap Jawatankuasa Jalan Sultan, Judy Tan berkata para peniaga di situ sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan injunksi tidak lama lagi bagi menghentikan pemilikan tanah mereka oleh kerajaan.

Minggu lalu, Dr Chua dipetik sebagai berkata 31 bangunan di situ tidak akan diruntuh tetapi kerajaan akan meneruskan usaha perolehan tanah bagi mengukuhkan bangunan yang bakal terjejas dengan projek MRT demi keselamatan penghuni bangunan.

NONEBeliau berkata keputusan tersebut adalah hasil perjumpaan antara peniaga dan pemilik hartanah dengan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Namun Ketua Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismail Kamal memberitahu sebuah portal berita pada hari berikutnya bahawa "tiada jaminan" 31 tuan punya tanah berkenaan boleh kembali kepada hartanah sambil berkata penyelesaian berkaitan perkara tersebut sedang diusahakan.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/174603

Sunday, August 28, 2011

Orang Asli sedia berdemo lagi jika tanah dirampas

Orang Asli sedia berdemo lagi jika tanah dirampas
Nigel Aw
Ogos 27, 11
8:18am


Masyarakat Orang Asli sekali lagi akan berarak ke Putrajaya jika kerajaan berkeras membahagikan tanah-tanah adat mereka.

Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia (JKOAM) Tijah Yok Chopil berkata walaupun Orang Asli dikenali sebagai masyarakat yang aman, namun mereka tidak mempunyai pilihan jika kerajaan masih berkeras.

orang asli protest putrajaya"Secara jujur, walaupun tindakan itu membawa risiko yang tinggi, kami akan turun ke Putrajaya, Parlimen atau Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Ini bukan satu ancaman, tetapi hidup kami kini ditekan dan kami tidak ada pilihan lain.

“Jika ini membabitkan masyarakat lain, mereka sudah lama akan bertindak, tetapi kami adalah masyarakat yang cintakan keamanan dan oleh itu kami kesempatan diambil ke atas kami. Untuk masa depan generasi, kita tiada pilihan lain, walaupun jika perlu masuk penjara, " kata Tijah.

Penduduk pribumi berkenaan berang dengan pengumuman Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) baru-baru ini bahawa mereka telah memuktamadkan perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung cadangan pembaharuan di tanah-tanah Orang Asli.

orang asli protest in putrajaya 170310Mengikut rancangan itu, individu keluarga Orang Asli akan menerima hak milik tanah kepada plot tanah yang sama dengan model Felda. Namun, ini bermakna tanah hak-hak adat mereka, di mana lot-lot tanah adalah lebih besar akan dirampas dan diberikan lot yang lebih kecil.

Pada bulan Mac tahun lalu, kira-kira 2,000 Orang Asli berhimpun dan membuat bantahan di Putrajaya atas isu yang sama. Sejak itu, kerajaan berdiam diri, tetapi pengumuman baru-baru ini telah sekali lagi menghangatkan semula isu berkenaan.

Bercakap pada sidang akhbar di Petaling Jaya semalam, Tijaj melahirkan rasa kecewanya dengan sikap kerajaan yang kurang berminat untuk mendengar tuntutan Orang Asli.

Orang Asli Demo"Saya amat kecewa dengan kerajaan ... Sepanjang 43 tahun kehidupan saya, setiap masyarakat Orang Asli yang saya telah temui, mereka begitu sayangkan kerajaan dan menyokong Umno dan BN. Tetapi apa yang sudah terjadi kepada masyarakat Orang Asli hari ini? " keluhnya.

Pada sidang akhbar ini, Tijah diiringi oleh timbalan presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon, anggota jawatankuasa JKOAP Shafie Dris dan perwakilannya Williams Hunt.




http://malaysiakini.com/news/174237

Friday, August 26, 2011

Isu tanah Jln Sultan: Chua jadi 'zero', kata DAP

Ogos 25, 11 12:26pm

Kenyataan terbaru pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung pengambilalihan tanah di sekitar kawasan Jalan Sultan untuk pembangunan MRT merupakan "tamparan hebat" kepada presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kata DAP.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata kenyataan itu Syed Hamid itu bercanggah dengan kenyataan Chua kelmarin bahawa "satu persetujuan" telah dicapai bagi membolehkan kerajaan mengambil alih hak milik strata untuk hartanah yang terletak 100 kaki di bawah tanah.

Menurut Chua, persetujuan itu akan membolehkan terowong MRT dibina pada paras berkenaan dan pada masa yang sama hak ke atas bangunan dan tanah di atas paras itu akan kekal di tangan pemilik sedia ada.

Syed Hamid bagaimanapun semalam mengumumkan bahawa SPAD kini sedang mengusahakan satu penyelesaian bagi membolehkan pengusaha terbabit kembali ke lot masing-masing selepas MRT itu siap dibina.

Ketua pegawai eksekutif SPAD sendiri, Mohd Nur Ismal Kamal pula dilaporkan berkata, tiada jaminan untuk membolehkan pengusaha tersebut kembali berniaga di kawasan masing-masing.

Perkembangan itu menunjukkan Syed Hamid telah memberikan presiden MCA itu satu "tamparan hebat," kata Pua yang mengiaskan demikian dalam satu kenyataan hari ini.

"Chua sudah bertukar daripada seorang 'hero' kepada 'zero' dalam tempoh 24 jam," katanya lagi yang menambah, keputusan yang saling bercanggah seperti itu dibuat oleh kerajaan "setiap hari."

Pua juga berkata, alasan yang dikemukakan Syed Hamid berhubung sebab pengambilalihan tanah itu juga "karut semata-mata."

Jelasnya, Kanun Tanah Negara 1965 telah dipinda pada 1990 untuk membolehkan pengambilalihan kawasan di bawah tanah, tanpa menjejaskan hartanah di atas paras itu dengan penambahan Bahagian Lima (A) (Seksyen 92A hingga 92G) di bawah Klausa 3.

"Pindaan itu membolehkan tanah 'bawah tanah' itu dilupuskan, yang kemudiannya boleh diberimilik atau dipajak bagi membina terowong, kawasan parkir atau untuk memasang paip." katanya lagi.

Beliau juga mendakwa, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) cuba merampas tanah yang menempatkan lot kedai warisan di kawasan yang popular dengan gelaran Chinatown itu untuk mendapatkan keuntungan dan bukannya untuk kerja-kerja pembinaan MRT.

Tindakan untuk mendapatkan keuntungan ini menunjukkan ketidakjujuran kerajaan kerana tanah berkenaan boleh diambil tanpa menjejaskan milikan hartanah di kawasan permukaan tanah.

(Prasarana) mesti segera menarik balik arahannya ke atas pemilik tanah terlibat," katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/174063

Ambil tanah Chinatown: K'jaan berganjak

Ambil tanah Chinatown: K'jaan berganjak
Hazlan Zakaria
Ogos 23, 11
5:31pm

Akibat tekanan daripada masyarakat Cina dan campur tangan MCA, kerajaan akhirnya menarik balik keputusannya sebelum ini untuk mengambil alih sebidang tanah di sekitar Jalan Sultan, Kuala Lumpur untuk projek prasarana My Rapid Transit (MRT) yang bernilai berbilion ringgit.

NONEPerkara itu diumumkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selepas bermesyuarat dengan pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar di pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Chua, sebagai kompromi, kerajaan akan mendapatkan hak milik strata bagi hartanah yang terletak 100 kaki di bawah tanah yang diperlukan untuk pembinaan terowong MRT itu, manakala bangunan dan tanah di atas tanah berkenaan kekal di tangan pemilik sekarang.

Walau bagaimanapun, penduduk mungkin diminta mengosongkan bangunan mereka selama tempoh enam bulan atau lebih, ketika kerja-kerja membina terowong dijalankan. Kerajaan juga, katanya akan memperkukuhkan beberapa bangunan warisan yang juga akan terbabit dengan pembinaan di bawah tanah itu.

NONEPada 11 Ogos lalu, MRT Prasarana Negara Bhd, yang akan memiliki dan mengendalikan projek berkenaan, pada taklimat mediannya berkata kerajaan tidak akan berganjak dengan keputusan untuk mengambil-alih tanah di sepanjang Jalan Sultan bagi pembinaan terowong bawah tanah kerana penjajarannya sudah ditetapkan.

Pengarah kumpulan bahagian pembangunan projek Prasarana, Zulkifli Mohd Yusoff berkata koridor MRT itu mesti melalui Jalan Sultan kerana ia jalan paling optimun bagi menghubungkan stesen MRT Pasar Seni dan Merdeka.

Katanya, stesen berkenaan tidak boleh dipindahkan kerana ia mesti menghubungkan stesen LRT Pasar Seni sekarang ini dengan bangunan kontroversial 100 tingkat - Warisan Merdeka yang masih belum dibina itu.

"Bagi kami, stesen MRT Merdeka sudah muktamad,” katanya sambil menolak permohonan peniaga agar stesen Merdeka dipindahkan demi menyelamat bangunan kedai mereka.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan projek MRT berkenaan kemungkinan dimulakan menjelang Januari tahun depan dan siap pada 2016,.

NONE"Tender pertama bagi pakej V5 dan V6 akan diberikan pada Januari atau Februari tahun depan. Berasaskan rancangan kami, menjelang akhir tahun depan, kesemua 18 pakej kerja akan diberikan,” kata ketua Jabatan Pengurusan Pemerolehan MRT Prasarana Abdul Malik Azman.

"Tender pertama bagi pakej V5 dan V6 akan diberikan pada Januari atau Februari tahun depan. Berasaskan rancangan kami, menjelang akhir tahun depan, semua 18 pakej kerja akan diberikan,” katanya.

Pakej V5 adalah bagi laluan dari Taman Bukit Ria ke Plaza Phoenix di Cheras beserta empat stesen. Pakej V6 adalah laluan dari Plaza Phoenix hingga ke Bandar Tun Hussein Onn beserta tiga stesen, katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat pertama pratender MRT bagi kontraktor di sini.

NONEKatanya, Prasarana akan mengumumkan senarai pendek kontraktor terowong bawah tanah menjelang awal bulan depan.

"Kami sedang memuktamadkan prakelayakan pembida,” katanya.

Prasarana telah menerima 15 permohonan sehingga ini.

Seksyen bawah tanah bermula dari Semantan hingga Maluri.


http://malaysiakini.com/news/173904

Prasarana tak berganjak ambil alih tanah Jalan Sultan

Prasarana tak berganjak ambil alih tanah Jalan Sultan
Aidila Razak
Ogos 11, 11
3:47pm

MRT Prasarana Negara Bhd, yang akan memiliki dan mengendalikan projek My Rapid Transit (MRT) enggan berganjak dengan keputusannya untuk mengambil-alih tanah di sepanjang Jalan Sultan bagi pembinaan terowong bawah tanah kerana penjajarannya sudah ditetapkan.

NONEPengarah kumpulan bahagian pembangunan projek Prasarana, Zulkifli Mohd Yusoff berkata koridor MRT itu mesti melalui Jalan Sultan kerana ia jalan paling optimun bagi menghubungkan stesen MRT Pasar Seni dan Merdeka.

Pada sesi taklimat dengan kira-kira 100 pemilik tanah di Jalan Sultan yang berang di Kuala Lumpur hari ini, Zulkifli berkata stesen berkenaan tidak boleh dipindahkan kerana ia mesti menghubungkan stesen LRT Pasar Seni sekarang ini dengan bangunan kontroversial 100 tingkat - Warisan Merdeka yang masih belum dibina itu.

"Bagi kami, stesen MRT Merdeka sudah muktamad,” katanya sambil menolak permohonan peniaga agar stesen Merdeka dipindahkan demi menyelamat bangunan kedai mereka.

Sehubungan itu, kata Zulkifli tanah yang di bahagian atas terowong bawah tanah, perlulah dimiliki menurut pertimbangan perundangan semasa dan proses pengambilalihan tanah akan diuruskan oleh Jabatan Tanah dan Galian menurut Akta Pengambilan Tanah 1960.

NONESejumlah 30 lot terdiri daripada 20 bangunan dan 10 bidang tanah kosong akan terjejas bagi memberi laluan kepada kerja-kerja terowong MRT bawah tanah di Jalan Sultan.

Bangunan-bangunan juga akan terjejas berikutan beberapa pertimbangan teknikal.

Zulkifli berkata berdasarkan kepada nasihat daripada pakar teknikal, sebarang bangunan yang dibina di atas terowong bawah tanah dalam bandaraya Kuala Lumpur adalah terdedah kepada isu-isu risiko dan keselamatan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/172690

Thursday, August 11, 2011

Notis usir: Saman penduduk Ladang Bkt Jalil ditolak

Notis usir: Saman penduduk Ladang Bkt Jalil ditolak
Ogos 11, 11 3:10pm


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengetepikan saman oleh penduduk Ladang Bukit Jalil, berhubung notis pengusiran dan merobohkan rumah mereka.

NONEHakim Datin Zabariah Mohd Yusof yang membuat keputusan itu di dalam kamar, turut memerintahkan penduduk ladang berkenaan supaya membayar kos RM10,000 kepada Datuk Bandar.

Peguam Ashmadi Othman yang mewakili Datuk Bandar memberitahu pemberita Hakim Zabariah memutuskan bahawa tiada merit dalam permohonan itu dan tiada kuasa tindakan terhadap Datuk Bandar.

Ditanya sama ada berikutan keputusan itu, Datuk Bandar boleh merobohkan rumah penduduk, Ashmadi menjawab boleh, bagaimanapun beliau tidak tahu mengenai langkah seterusnya yang akan diambil oleh Datuk Bandar.

Peguam K Ragunath dan Muhammad Afiq Mohamad Noor mewakili para penduduk.

Muhammad Afiq berkata mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

NONEDalam permohonan yang difailkan pada 27 Mei, Datuk Bandar memohon untuk mengetepikan dakwaan itu atas dasar saman itu adalah menyusahkan, remeh dan menyalahi proses mahkamah.

Penduduk Ladang Bukit Jalil memfailkan saman itu pada 14 Mac terhadap Datuk Bandar bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa plaintif mempunyai hak ekslusif dan ekuiti terhadap tanah itu dan memohon injunksi untuk menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada merobohkan rumah mereka.

Pada 10 Mei, Hakim Zabariah menolak permohonan mereka untuk mendapatkan injunksi sementara bagi menghalang DBKL daripada merobohkan rumah mereka.

Semalam, Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuan mereka berhubung injunksi itu.

Ladang Bukit Jalil, yang sebelum ini berkeluasan 18,000 ekar, berkurangan kepada 26 ekar berikutan pembangunan pesat di kawasan itu.

NONESemasa permohonan injunksi itu didengar pada 27 April, mahkamah diberitahu bahawa DBKL telah pun menyerahkan 26 ekar tanah kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk dijadikan kawasan perkuburan Islam.

Peguam mereka, Ragunath berhujah bahawa penduduk terbabit bukanlah setinggan memandangkan mereka tidak menceroboh tanah itu.

Katanya para penduduk itu tinggal di kawasan itu dalam tempoh yang agak lama selepas ladang berkenaan dijual kepada pemaju swasta.

Ashmadi dalam hujahan balasnya berkata Datuk Bandar hanya menjalankan tugas sebagai penjawat awam dengan mengeluarkan notis pengusiran dan saman terhadap Datuk Bandar itu adalah tidak wajar.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172684

Friday, July 8, 2011

Orang Asli lapor SPRM disogok ‘tutup mulut’

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 7 Julai: Seorang penduduk Orang Asli dari Kampung Paya Mengkuang dekat sini, hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana mendakwa disogok oleh penceroboh tanah miliknya supaya ‘menutup mulut’.

Juri a/l Husin, 29, membuat laporan tersebut berikutan rasa tersinggung seolah-olah beliau tidak ada maruah dan boleh dijual beli sedangkan pencerobohan oleh individu berkenaan melibatkan tanah adat mereka yang sepatutnya dipertahankan.

Dalam laporannya, Juri berkata awal minggu lalu beliau telah mendapati tanah adat dan tanah pusaka miliknya diceroboh oleh seorang pemimpin Umno tempatan dengan cara menggunakan jentolak sehingga memusnahkan pokok getah dan kubur nenek moyangnya di atas tanah tersebut.

“Pada Ahad lalu saya dan rakan-rakan sekampung telah pergi ke tanah tersebut bersama-sama dengan peguam dan wartawan menunjukkan kesan pencerobohan itu.

“Tetapi petang kelmarin, ketika balik ke rumah emak saya memberitahu ada dua orang lelaki datang. Seorang dikenali dengan Din Kerbau dan seorang lagi anggota polis, telah memberi amaran supaya saya tidak menghebahkan hal tanah adat yang diceroboh itu jika tidak mahu ditahan polis sedangkan saya ada anak,” katanya ketika ditemui di luar pejabat SPRM Cawangan Temerloh, di sini.

Tambahnya, Din selepas itu memberikan wang RM1,000 melalui emaknya supaya beliau menutup mulut dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pencerobohan tanah adat Orang Asli.

“Saya tidak puas hati kerana merasakan wang tersebut adalah sogokan dan sebelum itu ada ugutan supaya saya berdiam diri daripada mempertahankan tanah saya sendiri. Bagi saya ini satu penghinaan seolah-olah kami tidak ada maruah dan boleh dibeli dengan harga murah,” ujarnya.

Menurut Juri, di kampung Paya Mengkuang terdapat 643 orang penduduk dengan 153 keluarga Orang Asli dari suku Jahut.

Katanya, nenek moyang mereka telah tinggal di sini sejak sebelum bah besar tahun 1926 lagi.

Seorang aktivis Orang Asli Roman a/l Achai yang turut hadir memberi sokongan kepada Juri, menyalahkan kerajaan negeri kerana enggan menggazetkan rizab Orang Asli sehingga banyak tanah adat mereka sudah terlepas ke tangan orang lain.

Kata Roman, untuk tanah yang didakwa kawasan rayau Orang Asli di Paya Mengkuang sudah enam tahun diceroboh sehingga keluasan asal 1,870 ekar kini sudah kurang daripada 1,000 ekar yang tinggal.

Difahamkan tanah tersebut diserahkan kepada 40 orang peserta, dari Desa Murni Sanggang untuk Tanam Semula Kelompok (TSK) tetapi tidak ada seorang pun daripada kalangan Orang Asli di situ.

“Kami pernah hantar memorandum kepada kerajaan dalam hal rizab Orang Asli tetapi tidak ada susulan walaupun kerajaan janji nak selesaikan. Kami dah pernah bincang dengan wakil rakyat sini dan menteri tetapi dengan Menteri Besar belum lagi.

“Dulu Orang Asli berpindah randah, sebab itu adat resam mereka. Sekarang dah tinggal setempat. Jika jalan, hutan, sungai tanah Melayu semuanya ada rizab jadi kami Orang Asli mahukan tanah rizab kami juga. Kami hanya mahu pertahan hak kami bukannya kami minta hak orang lain.

“Tanah adalah nyawa kami, tanpa tanah kami tak boleh hidup. Semua Orang Asli di sini hidup dengan tanaman yang ada, tidak ada sumber lain. Jika sumber ini dah hilang ke mana lagi Orang Asli nak pergi?” soalnya.

Tambah Roman, kini Orang Asli sudah sedar hak mereka.

Jika isu lapuk Orang Asli sudah setengah abad masih tidak boleh diselesaikan, nampaknya terpaksa selesai dengan menukar kerajaan.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4232-orang-asli-lapor-sprm-disogok-tutup-mulut

Sunday, July 3, 2011

Tanah KTMB Tanjung Pagar bukan milik kita lagi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Julai: "Selamat tinggal Tanjung Pagar" mungkin paling tepat diucapkan apabila bermula hari ini, tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB), di Tanjung Pagar bukan lagi milik Malaysia.

Ianya kerana pada 24 Mei tahun lalu, kerajaan BN melalui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bersetuju menamatkan khidmat KTMB di Tanjung Pagar bermula 1 Julai 2011 dan akan dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).

Sementara itu, PAS menyifatkan kehilangan tanah KTMB itu membuktikan BN tidak lagi mampu mempertahan kedaulatan negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, rakyat perlu melihat ketidakmampuan kerajaan BN itu apatah lagi untuk menjaga dan mempertahan perkara bertindih yang lain.

"Barisan Nasional tidak boleh lagi menjamin kedudukan politik dan kedaulatan negara dengan lebih baik pada masa akan datang. Itu warisan terakhir tanah Malaysia di Singapura. Ia hilang dan gagal dipertahankan dibawah era pentadbiran Najib.

"Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak boleh dipertahan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau memberikan reaksi terhadap kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai hari ini, 1 Julai 2011.

Kesemua tanah itu dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

"Sebelum ini kita kehilangan Pulau Batu Puteh. Sekarang tanah KTMB pula. Kita tak punya lagi warisan yang memberi erti yang besar dalam konsteks warisan negara.

"Seharusnya jika rundingan dibuat, pertimbangan tidak boleh merugikan negara, atau sekurang-kurang dalam keadaan 'win-win
situation'.

"Saya kesal dengan kehilangan itu. Dah sampai masanya rakyat untuk melihat sikap Barisan Nasional," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat semalam memaklumkan upacara 'Tangisan Tanjung Pagar' dibuat di stesen keretapi Johor Bahru semalam.

Mereka memakai baju putih dan seluar gelap sebagai tanda simbolik kehilangan tanah milik KTMB.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4121-tanah-ktmb-tanjung-pagar-bukan-milik-kita-lagi

Sedihnya negara hilang tanah KTMB selamanya

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana diserahkan kepada pihak Singapura.

Sebagai balasannya, pihak Singapura akan menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang.

Menurut beliau, pangajaran yang paling besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta ini.

Katanya, Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka ini kerana ia tidak sepatutnya dialami oleh seluruh rakyat Johor dan Malaysia.

"KTMB mempunyai tanah pajakan dengan Kerajaan Singapura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini adalah dari Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah (lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16)," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Tanah tersebut, menurut beliau, cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah Singapura, terlengkar dari utara di Woodland hingga ke Selatan di Tanjung Pagar.

Katanya, perjanjian pajakan yang telah dimeterai dengan pihak British telah menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan keretapi sahaja.

Ini bermaksud bahawa jika KTMB membuat aktiviti lain daripada keretapi, katanya, maka perjanjian pajakan akan terbatal dan Singapura berhak untuk merampas tanah tersebut.

"Persoalannya, mengapa perjanjian yang mengikat negara ini tidak dipinda semasa Singapura keluar daripada Malaysia?" tegasnya.

Hari ini, ujarnya, tanah tersebut tidak akan kembali lagi kepada kita dan digantikan dengan tanah di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor yang akan dibangunkan oleh syarikat usahasama Malaysia dan Singapura, M-S Pte Ltd yang dimiliki 60 peratus ekuiti oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus ekuiti oleh Temasek Holdings.

"Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan kepada Singapura?

"Di manakah maruah rakyat dan negara Malaysia jika Syarikat M-S Pte Ltd gagal sedangkan tanah KTMB telah diserahkan kepada Singapura?" katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menegaskan, tanah di Marina South dan Ophir Rochor yang dibangunkan oleh M-S Ptd Ltd itu bakal dijual kepada pasaran setelah siap dibangunkan.

"Oleh itu, tanah ini akan terdedah kepada pemilikan bebas. Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang daripada pegangan Khazanah Nasional.

"Akhirnya rakyat Malaysia sudah tidak memiliki tanah di Singapura yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Apakah jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak terlepas kepada pihak luar?" ujar beliau.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4125-sedihnya-negara-hilang-tanah-ktmb-selamanya-

Saturday, July 2, 2011

PAS bimbang tanah rakyat M'sia di S'pura tergadai

Abdul Rahim Sabri
Jul 1, 11
12:27pm

Usahasama sebuah syarikat Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte Ltd yang belum menunjukkan sebarang kemajuan projek di tanah gantian bertaraf antarabangsa di republik itu dipersoalkan Dewan Pemuda PAS Johor.

NONEDalam satu kenyataan media, ketuanya, Suhaizan Kayat berkata sedangkan tanah yang dimiliki Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang dipajak selama 79 tahun telah diserahkan kepada republik itu.

"Tanah ini akan hilang tidak kembali. Sebagai balasannya Singapura akan menggantikannya dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.

"Terdapat syarikat usahasama Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte. Ltd yang dimiliki 60 peratus ekuiti oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus ekuiti dipegang Temasek Holdings yang akan membangunkan tanah tersebut.

"Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan kepada Singapura?” soalnya.

Tergadai

Menurut Suhaizan, maruah rakyat dan negara Malaysia akan tergadai jika syarikat M-S Pte Ltd gagal membangunkan projek berkenaan.

NONESuhaizan yang juga exco Pemuda PAS Pusat meluahkan kebimbangan kerana tanah itu "akan terdedah kepada pemilikan bebas" apabila ia dimajukan oleh syarikat berkenaan dan bakal dijual dalam pasaran.

"Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang daripada pegangan Khazanah Nasional.

"Akhirnya rakyat Malaysia sudah tidak memiliki tanah di Singapura yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang.

"Apakah jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak terlepas kepada pihak luar?" soal Suhaizan.

Sehubungan itu, Suhaizan menyifatkan penyerahan tanah KTMB kepada Singapura "menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang".

NONEBeliau juga membidas kerajaan Malaysia kerana sanggup menyerahkan tanah itu kepada Singapura "demi mengejar keuntungan material semata-mata" dan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta.

"Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka ini," katanya.

Semalam, perkhidmatan tren KTMB di stesen Tanjong Pagar melabuhkan tirai dengan diiringi linangan air mata pengunjungnya malam tadi, setelah 80 tahun menaburkan jasa menghubungkan rakyat di Semenanjung dengan Singapura.

Batu kerikil

Sebaik sahaja tren terakhir yang dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bergerak meninggalkan stesen tepat pukul 11 malam, para pengunjung stesen itu turun beramai-ramai ke landasan untuk merakamkan gambar serta mengutip batu kerikil di landasan untuk dijadikan kenangan.

NONERamai di kalangan pengunjung kelihatan menitiskan air mata selepas tren terakhir itu berlepas. Sultan Johor memandu tren terakhir itu sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan KTMB di stesen itu.

Tepat jam 12 tengah malam, stesen yang telah beroperasi selama lapan dekad memberikan perkhidmatan menghubungkan Malaysia dan Singapura sejak 1932 itu menghentikan operasinya dari stesen itu secara mutlak.

Bermula hari ini, perkhidmatan KTMB dari Singapura akan beroperasi dari stesen kereta api Woodlands.


http://malaysiakini.com/news/168570

Sunday, March 27, 2011

Penduduk rumah panjang tidak dibela tuduhan jahat BN

Aziz muda

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Tuduhan yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mempedulikan nasib penduduk rumah panjang PJS1, Petaling Jaya, tidak benar sama sekali dan ternyata hanya tuduhan jahat pihak BN.

Sebaliknya, sejak memerintah, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah berusaha membantu mereka dengan mengambil beberapa langkah sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan, antara bantuan yang diberikan kepada mereka termasuk membina rumah kos rendah di tapak baru.

Menurut beliau, sementara rumah tersebut siap, kerajaan negeri turut menawarkan bantuan sewa dan perpindahan ke rumah transit baru kepada mereka.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebenarnya telah berusaha bersungguh-sungguh membantu mereka, tetapi terdapat maklumat yang mengatakan bahawa ada parti Barisan Nasional yang cuba menjadi juara di dalam isu itu.

"Walau bagaimanapun rakyat tahu Barisan Nasional telah gagal membantu penduduk ketika mereka mentadbir Selangor. Mereka hanya pandai berkokok setelah kehilangan kuasa," tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Nasib penduduk rumah panjang PJS1, Petaling Jaya telah mendapat perhatian media akhir-akhir ini. Rumah panjang tersebut merupakan penempatan transit bagi 29 keluarga peneroka bandar sehingga rumah kos rendah mereka disiapkan.

Menurutnya, rumah kos rendah mereka telah mula dibina dalam tahun 2004 pada satu tapak berdekatan, tetapi telah mendapat bantahan dari penduduk tempatan yang telah mengambil tindakan mahkamah untuk memberhentikan projek tersebut.

Katanya, walau bagaimanapun pada tahun 2009, Kerajaaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah berjaya mendapatkan persetujuan pemaju untuk membina rumah kos rendah itu di tapak alternatif yang bertentangan dengan rumah panjang tersebut.

"Sebagai sebahagian dari penyelesaian bagi penduduk rumah panjang itu, pada 4 Mac 2010, setiap keluarga telah ditawarkan RM10,000 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk bantuan sewa dan perpindahan ke rumah transit lain sehingga rumah kekal mereka siap dibina," katanya.

Bantuan sewa dan perpindahan itu, jelas beliau, akan ditanggung bersama oleh Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pemaju dan akan dibayar secara sekali gus.

"Kerajaan Negeri mahu penduduk rumah panjang itu berpindah keluar agar mereka dapat tinggal di dalam keadaan yang lebih sempurna. Rumah panjang mereka adalah terlalu dhaif untuk dibaikpulih.

"Tambahan pula, tapak tersebut diperlukan untuk membina sebuah sekolah kebangsaan. Namun tawaran Kerajaan Negeri ini telah ditolak oleh penduduk pada 2 Mei 2010," jelasnya.

Memandangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor merupakan kerajaan yang prihatin, bantuan sewa dan perpindahan itu telah ditambah.

"Maka pada 12 Mei 2010, setiap keluarga telah ditawarkan RM14,285. Walau bagaimanapun tawaran ini hanya diterima oleh 9 buah keluarga sahaja," jelas beliau yang juga Adun Cempaka.

Untuk membantu mereka, tegasnya, Kerajaan Negeri telah berjaya melakukan tindakan yang gagal dilakukan oleh Kerajaan BN sewaktu memerintah Selangor dulu, iaitu dengan mendapatkan persetujuan pemaju supaya membina rumah kos rendah mereka di tapak yang baru.

"Kerajaan Negeri juga telah menawarkan bantuan sewa dan perpindahan kepada penduduk sehingga rumah kos rendah itu siap. Kerajaan Negeri Barisan Nasional telah gagal menawarkannya.

"Dengan penyelesaian ini, penduduk akan dapat menikmati kediaman yang lebih sempurna dan sebuah sekolah akan dapat dibina untuk ribuan pelajar-pelajar di PJS1," ujarnya.

Namun, akibat dari keengganan penduduk untuk berpindah, Kerajaan Persekutuan pada 11 Ogos 2010 telah menangguhkan pembinaan sekolah kebangsaan itu.

Sehubungan itu, beliau berharap agar mereka yang terlibat mengabaikan sama sekali sebarang hasutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab yang hanya memikirkan kepentingan politik dan bukan kepentingan penduduk rumah panjang atau kepentingan seluruh penduduk PJS1.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31527:penduduk-rumah-panjang-tidak-dibela-tuduhan-jahat-bn&catid=1:utama&Itemid=50

Wednesday, March 23, 2011

MB sanggah laporan tanah orang Asli 'dipunggah'

MB sanggah laporan tanah orang Asli 'dipunggah'
Mac 22, 11 10:28am

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak laporan Utusan Malaysia, Sabtu lalu, kononnya kerajaan negeri ghairah memunggah hasil tanah adat orang Asli di Kuala Langat, lapor TV Selangor.

khalid ibrahimMenurut Khalid, tanah yang dimaksudkan oleh akhbar kawalan Umno itu sebenarnya dipindahkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) semasa parti itu memimpin kerajaan negeri.

"Saya telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri membuat semakan tentang pemilikan tanah-tanah tersebut dan apa yang dinyatakan kepada saya ialah perkara pemberian tanah kepada PKPS ini sudah melebihi 10 tahun yang dahulu, dan ketika itu tiada sebarang yang dibangkitkan tentang isu pemilikan tanah tersebut," katanya.

Tanah tapak lombong 120 ekar di Olak Lempit itu diserahkan anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Merujuk rekod pentadbir tanah Kuala Langat, tanah terbabit bukanlah tanah yang diwartakan sebagai kawasan rizab orang Asli atau kawasan rayau orang asli sebaliknya sebahagian hutan simpan Kuala Langat Utara yang dibatalkan bagi tujuan perlombongan bijih timah.

Khalid menjelaskan individu yang mempunyai hak boleh membuat semakan pemilikan tanah di pejabat tanah daerah berkenaan.

Tenang - Shafie Apdal giving goodies to orang asli - kampung ulu juaseh orang asli"Mereka yang merasakan mempunyai pemilikan tanah boleh membuat semakan di Pejabat daerah Kuala Langat dan jika perlu kita juga ada senarai pemilikan tanah di Pejabat pengarah Tanah dan Galian, mereka juga boleh mengemukan pandangan daripada exco, ini adalah proses yang boleh dilakukan.

"Sekiranya mereka rasa mereka mempunyai hak pemilikan tanah mereka juga boleh membawa perkara ini ke mahkamah," katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/159296

Saturday, March 5, 2011

Kelantan nafi rampas tanah rakyat

Mac 2, 11 7:47pm

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan PAS Kelantan tidak pernah merampas tanah daripada rakyat di Hulu Kelantan.

Beliau berkata sebaliknya kerajaan negeri mengambil balik tanah milik kerajaan negeri yang diterokai secara haram atau secara bersindiket.

"Ada juga dakwaan kerajaan merampas tanah Orang Asli di Sendrop dan Blau. Tetapi tanah yang dibangunkan di kawasan itu adalah milik kerajaan," katanya semasa sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Semasa perbahasan, Abdul Aziz Yusoff (BN-Galas) berkata tindakan kerajaan negeri membenarkan penerokaan tanah di kawasan Lojing telah merosakkan alam
sekitar di situ selain membangkitkan kemarahan Orang Asli kerana ada syarikat menceroboh tanah adat yang didakwa milik mereka.

Ahmad berkata kerajaan negeri telah bersetuju untuk merizabkan tanah untuk Orang Asli seluas 200 hektar di Pos Jeli, 2,200 hektar di Kuala Betis dan 200 hektar lagi di Pos Blau.

Bagaimanapun pemberian tanah itu masih tertunda kerana kerajaan Kelantan masih menunggu kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk
membuat ukuran dan sempadan di kawasan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa, pula berkata kerajaan negeri bercadang menubuhkan dana khas RM100
juta untuk membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat.

Beliau berkata melalui dana itu kerajaan negeri akan menggembleng sumber asli iaitu hutan dan pasir bagi memperoleh sumber kewangan untuk membina rumah kepada rakyat.

"Seperti pengeluaran pasir, kita akan eksportnya dengan menambah baik bahan itu dengan mencampurkannya dengan simen dan ia akan digunakan untuk pembinaan.
Kelantan mengeluarkan 4.4 juta tan pasir setahun," katanya.

Husam juga berkata kadar pengangguran di Kelantan kini adalah 2.2 peratus daripada 1.95 juta rakyatnya.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/157538

Thursday, February 24, 2011

Mansuh Darurat, selamatkan penduduk Estet Batu

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Kerajaan digesa supaya memansuhkan undang-undang Kuasa Darurat yang telah tidak digunakan sebaik-baiknya bahkan secara zalim ke atas rakyat miskin.

Menurut Naib Presiden PKR, N Suredran pihaknya terkejut dengan tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah sekali lagi terpaksa menggunakan Kuasa Darurat untuk mengusir penduduk Estet Batu yang miskin dari tanah mereka.

Pihak DBKL telah mengeluarkan notis kepada pemilik tanah di bawah Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969: Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan 1969) supaya mengosongkan rumah dan meninggalkan tanah mereka.

Pihak DBKL juga mengarahkan penduduk supaya merobohkan rumah-rumah mereka sendiri sebelum meninggalkan tanah tersebut. Arahan ini perlu dilaksanakan menjelang minggu depan.

Kuasa-kuasa Darurat sebelum ini digunakan sewaktu menghadapi situasi darurat selepas rusuhan 13 Mei 1969; dan bukannya dalam isu berkaitan tanah dalam tahun 2011.

Ini bukan kali pertama peruntukan Darurat digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengusir rakyat dari tanah mereka, kata Surendran dalam kenyataannya.

Katanya, sejak sekian lama, kuasa luar biasa di dalam peruntukan ini telah digunakan oleh pihak berkuasa yang menyokong pemaju kaya dan menzalimi rakyat miskin yang berjuang untuk mencari rezeki.

"Kenapa pihak berkuasa perlu campur tangan dalam pertikaian yang melibatkan rakyat yang memiliki tanah dengan pemaju yang sewajarnya diselesaikan melalui rundingan atau proses perundangan di mahkamah?" katanya.

Bagi beliau yang juga seorang peguam, masanya telah tiba agar semua peruntukan Kuasa Darurat dan undang-undang yang bersifat jahat dimansuhkan.

Beberapa undang-undang Darurat yang dibuat antara 1964 dan 1977 tetap berlaku, termasuk undang-undang tahun 1964 bertujuan untuk menangani konfrontasi dengan Indonesia dan undang-undang Mei 1969 selepas rusuhan Mei 13.

Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969: Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan 1969) hanya salah satu daripada 92 ordinan yang digubal dibawah Perisytiharan Darurat 1969.


Bagi beliau, kewujudan dan penggunaan undang-undang Darurat jelas sekali melanggar norma-norma antarabangsa.

Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik 1966 (ICCPR) menyatakan bahawa undang-undang Darurat hanya boleh digunakan jika ianya 'benar-benar diperlukan bergantung kepada tahap situasi’.

Apa yang pasti, isu tanah penduduk Estet Batu pada masa ini tidak termasuk di dalam kategori tersebut, tegasnya.

"Kami terkesan dengan laporan berita bahawa kabinet Algeria baru saja mengumumkan pemansuhan undang-undang Darurat yang telah dilaksanakan selama 19 tahun di negara itu dan memulihkan semula kebebasan politik negara itu," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, undang-undang Darurat Malaysia yang berusia lebih setengah abad bukan saja tidak dimansuhkan bahkan diperkuat dengan beberapa perubahan dan penambahan-penambahan tertentu.

"Ini merupakan sesuatu yang memalukan ditambah pula dengan kecenderungan kerajaan yang suka membandingkan tahap pentadbiran mereka dengan beberapa pemerintahan diktator di Afrika Utara yang terburuk.

"Kami menyeru kepada kerajaan supaya tidak menggunakan undang-undang luar biasa dan tidak adil ini terhadap rakyat biasa di Estet Batu yang bekerja keras mencari rezeki.

"Kami juga menggesa kerajaan supaya mengambil langkah segera untuk memansuhkan peisytiharan dan undang-undang Darurat yang hingga ke hari ini masih menghantui dan menekan rakyat di negara ini," katanya.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31040:mansuh-darurat-selamatkan-penduduk-estet-batu&catid=1:utama&Itemid=50

Wednesday, February 23, 2011

Diancam samseng, penduduk didakwa 'liar' pula

Feb 22, 11 3:56pm

Mereka dihalau daripada tanah adat (NCR) yang didakwa hak mereka, dituduh mengingkari perjanjian pembangunan yang dimeterai dan baru-baru ini 'dikunjungi' oleh kira-kira 100 'pengawal keselamatan' yang bersenjatakan parang dan bahan letupan.

NONEKini, penduduk Rumah Ranggong di Miri mula menggaru kepala mereka kehairanan apabila membaca laporan surat khabar yang menggambarkan mereka sebagai pihak yang bertindak liar dan menuduh mereka mencuri traktor milik sebuah pemaju swasta.

Jika itu tidak cukup, pihak polis - yang dihubungi penduduk kampung untuk mendapatkan perlindungan - dilaporkan oleh Borneo Post telah digerakkan bagi mengendurkan ketegangan di antara penduduk pribumi Iban dari Rumah Ranggong dan pengawal keselamatan syarikat swasta berkenaan.

NONE"Kami tidak pernah merampas sebarang traktor mahupun mengancam syarikat itu," kata Changgai Dali, pengerusi keselamatan Rumah Ranggong dalam satu kenyataan akhbaar melalui pertubuhan bukan kerajaan - Borneo Resources Institute Malaysia (Brimas).

"Ini adalah syarikat yang membawa samseng bersenjata lengkap dengan parang dan bahan letupan untuk menakut dan mengancam orang-orang rumah panjang kami," katanya.

BLD Resources telah menubuhkan sebuah syarikat kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak bagi membangunkan sebuah kawasan pertanian di kawasan Ulu Niah. Satu lagi perjanjian persefahaman atau MoU dimeterai oleh anak syarikat BLD Resources, - SLDB dan penduduk Rumah Belili dan Rumah Ranggong untuk membangunkan projek kerjasama yang dinamakan 'Konsep Baru'.

NONEMoU itu akhirnya dibatalkan pada tahun 2008 apabila kerajaan negeri Sarawak mengakui melakukan kesilapan dengan mengkelaskan tanah tersebut di bawah NCR.

Pada tahun yang sama, BLD Resources membuat laporan polis yang mendakwa Changgai dan beberapa penduduk lain mencerobohi kawasan mereka.

Penduduk Rumah Ranggong kemudian mengemukakan tuntutan saman kerana tidak puas hati mereka dengan dakwaan BLD Resources yang mendakwa mempunyai hak pajakan sementara ke atas tanah mereka. Mereka mendakwa kerajaan negeri telah mengakui tanah tersebut sebagai NCR.

NONEPenduduk juga melarang syarikat itu daripada memasuki tanah mereka kerana memungkiri janji membangunkan tanah tersebut.

Berikutan itu, penduduk mendakwa sekitar 100 samseng dihantar bagi mendirikan kem di sempadan tanah mereka.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/156726

'Rampasan' tanah NCR dibentangkan di parlimen

'Rampasan' tanah NCR dibentangkan di parlimen
Aidila Razak
Feb 22, 11
11:47am

Kes dakwaan rampasan tanah oleh sebuah syarikat yang dikaitkan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan ditimbulkan pada sesi baru parlimen yang akan bersidang pada 7 Mac ini.

NONEMenurut ahli parlimen Batu, Tian Chua, beliau akan menimbulkan isu tersebut dan berhubungan dengan pemimpin dan ahli parlimen Pakatan Rakyat dari Sarawak untuk mendapatkan pandangan mereka bagi mengketengahkan isu tersebut.

"Ada kecenderungan, ahli parlimen Sarawak mendakwa mereka lebih arif mengenai hal-hal Sarawak, jadi saya akan berbincang dengan MP Pakatan dari Sarawak mengenai mereka juga menimbulkan isu berkenaan," katanya.

Tanah yang menjadi pertikaian sebagai tanah adat pribumi yang didakwa dirampas oleh Borsarmulu Sdn Bhd, yang kini membangunkannya sebagai Royal Mulu Resort di Mulu.

NONESebuah laporan juga telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan salah guna kuasa dan percanggahan kepentingan oleh Taib.

"Projek ini akan disebutkan secara khusus, tetapi masalah yang akan dibangkitkan bersama ... iaitu hak ke atas tanah adat, kerana ia adalah isu utama di Sarawak," kata Chua.

"Mungkin ada yang akan berhujah bahawa tahan adalah tanggungjawab kerajaan negeri tetapi perlembagaan meletakkan kerajaan persekutuan bertanggungjawab melindungi hak-hak pribumi selaras dengan Perkara 153."

Menurut Perkara 153: "Adalah menjadi tanggung jawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak serta kepentingan yang sah kaum-kaum yang lain."

baram residents demoSabtu lalu, Chua telah bertemu dengan 30 wakil masyarakat pribumi dari Sarawak, termasuk mereka yang mendakwa terjejas dengan projek Royal Mulu Resort.

Kumpulan penduduk itu ke Kuala Lumpur Jumaat lalu, bagi meraih simpati dan menyebarkan berita tentang kehidupan mereka yang terjejas akibat pembinaan empangan di Baram.

Selain berdemonstrasi di Bukit Bintang dan Pasar Seni di Kuala Lumpur serta di Putrajaya, mereka juga menyebarkan risalah bagi menerangkan kepada orang ramai cerita di pihak mereka.

NONE"Kami datang dari kawasan pedalaman ke Kuala Lumpur untuk memberitahu orang tentang masalah kami, supaya (pemimpin-pemimpin kerajaan) tidak akan dapat mendakwa bahawa segala-galanya adalah okay di Sarawak," kata perwakilan kumpulan itu, Willie Kajan.

Kumpulan ini dianggotai oleh perwakilan masyarakat Penan, Mendung, Iban, Orang Ulu dan Dayak. Perwakilan yang tertua berusia 80 tahun.

http://malaysiakini.com/news/156668
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...