Showing posts with label PULAPOL. Show all posts
Showing posts with label PULAPOL. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Masuk HKL 28 Mac lalu

KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa Adenovirus atau kencing tikus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam kelmarin.

Mohamed Siman, 23, pelatih konstabel pusat berkenaan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu kira-kira jam 11.30 malam selepas keadaannya kritikal.


Komandan Pulapol Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed berkata, jenazah Mohamed selamat dikebumikan di Kampung Sungai Tiang, Selekoh, Bagan Datoh, Perak, petang semalam.

“Mangsa dimasukkan ke HKL pada 28 Mac lalu sebelum dirawat di ICU pada 3 Mac dan disahkan meninggal dunia malam tadi (kelmarin),” katanya.


Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari semalam, masih terdapat empat lagi pelatih dirawat di HKL, bagaimanapun tiada seorang pun ditempatkan di ICU.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MasukHKL28Maclalu/Article/index_html

Dia tak pernah mungkir janji

TELUK INTAN: “Arwah bersungguh-sungguh mahu menghantar saya menunaikan umrah dan haji ke Tanah Suci Makkah sebaik dia selesai menjalani latihan dan mula bekerja kelak. Namun, hasratnya hanya tinggal kenangan pahit,” kata Muntiah Saiin, 45, ibu kepada pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol), Muhammad Bisman Siman, 23, yang meninggal dunia, semalam.

Menurutnya, arwah menyampaikan hajat besarnya itu selepas dia terpilih menjalani latihan sebagai kadet konstabel di Pulapol sejak Januari lalu.


“Arwah tidak pernah mungkir janji. Dia akan kotakan apa dijanjikan, namun semua impian itu terkubur begitu saja.

“Malah, arwah turut berulang kali berjanji mahu menjaga kebajikan semua adik-adiknya termasuk menanggung perbelanjaan persekolahan apabila mendapat gaji pertamanya nanti,” katanya sambil berlinangan air mata.


Muhammad Bisman mangsa ketiga pelatih Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang meninggal dunia akibat jangkitan Adenovirus di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur jam 11.30 malam kelmarin.


Muntiah yang ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Tiang Tengah, Bagan Datoh, di sini, berkata, arwah pernah membuat permintaan aneh supaya jangan menangis sekiranya dia meninggal dunia ketika menjalani latihan ataupun ketika bekerja.

“Sehari sebelum menghembuskan nafas terakhir di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur, arwah tiba-tiba memegang tangan seolah-olah mahu mengatakan sesuatu. “Sebagai ibu saya amat memahami perasaannya. Arwah seolah-olah sudah mengetahui ajalnya semakin hampir dan saya sempat membisikkan ke telinganya memberitahu semua dosanya kepada saya diampunkan. Sebagai seorang ibu hanya saya saja yang tahu betapa peritnya perasaan kehilangan anak,” katanya.


Menurutnya, penderitaan anaknya itu hanya diketahui pada 3 Mac lalu apabila arwah dimasukkan ke wad rawatan rapi berikutan keadaannya kian kritikal selepas muntah-muntah serta cirit-birit.

“Saya yang melawatnya di hospital mendapati arwah sukar bernafas dan sentiasa mengalirkan air mata. Saya menjaganya bergilir-gilir dengan suami, Siman Sappar, 63, di hospital sebelum pulang ke rumah Isnin lalu.


“Namun, saya terkejut apabila diberitahu dia menghembuskan nafas terakhirnya semalam (kelmarin). Saya reda dengan pemergiannya kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya.


Bapa mangsa, Simanenggan enggan mengulas dan masih kelihatan terkejut ketika menghadiri upacara pengebumian jenazah anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tiang Tengah, di sini.


Adik Allahyarham, Dalillah Siman, 13, berkata, arwah seorang abang yang penyayang, periang serta amat bertanggungjawab. Sementara itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa semalam.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Diatakpernahmungkirjanji/Article/index_html

Wednesday, March 23, 2011

Pulapol kini selamat dan terkawal - Komandan

Mac 23, 11 1:36pm

Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, di Kuala Lumpur, kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal daripada penularan virus Adeno, kata Komandan Pulapol, SAC Zulkifli Mohamed.

Beliau berkata, keadaan terkawal itu berlangsung sejak Isnin lalu tetapi pihak Kementerian Kesihatan masih lagi menjalankan pemantauan di situ.

azlan"Alhamdulillah, sekarang keadaan sudah terkawal dan selamat. Latihan perbarisan untuk Hari Polis oleh pasukan-pasukan luar seperti FRU (Unit Simpanan Persekutuan) dan Trafik juga sudah dilakukan di dalam Pulapol,” katanya hari ini.

Jumlah pelatih dan kakitangan Pulapol yang masih lagi dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana jangkitan virus tersebut juga telah berkurangan, katanya.

"Sekarang hanya dua orang sahaja yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu seorang pelatih inspektor wanita dan seorang pelatih inspektor lelaki.

"Yang masih berada di wad biasa HKL hanyalah seramai enam orang iaitu dua pelatih inspektor wanita, dua pelatih inspektor lelaki, seorang konstabel lelaki dan seorang kakitangan.

"Jumlah pengasingan pula hanya 219 orang di mana banyak perbezaan dengan sebelum ini,” katanya.

Bagaimananapun kata Zulkifli, kawasan asrama pelatih masih ditutup kepada kunjungan pihak luar.

Jangkitan virus yang menular sejak 4 Mac lalu telah meragut nyawa dua pelatih.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/159426

Monday, March 21, 2011

Empat pelatih masih di ICU

KUALA LUMPUR: Empat pelatih inspektor dan konstabel Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol KL) yang terkena jangkitan Adenovirus masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 21 lagi di wad biasa Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh sehingga petang, semalam.

Seramai 12 pelatih dirawat di HKL manakala 13 di Hospital Sungai Buloh.
Mereka yang dirawat di ICU adalah seorang pelatih konstabel, seorang pelatih inspektor lelaki dan dua lagi pelatih inspektor wanita.


Komandan Pulapol KL, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed berkata, jumlah pelatih yang menjalani pengasingan pula 336 berbanding 389 kelmarin.

Daripada jumlah pengasingan terbabit, 117 pelatih inspektor wanita, 180 pelatih inspektor lelaki dan 33 konstabel selain enam kakitangan Pulapol.

Akhbar ini melaporkan dua pelatih Pulapol maut akibat jangkitan terbabit.

Mangsa, Mohd Riduan Ishak, 26, meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi, 17 Mac lalu dan seorang lagi pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 25, meninggal dunia 8 Mac lalu.



Berikut adalah pelatih yang ditempatkan di HKL dan Hospital Sungai Buloh:

Pelatih inspektor lelaki (seorang di ICU) - Mohd Muharram Mohd Ariffin, G Gopinath A/L Govindran, Noor Azlan Zaidi, Zarul Shahrin Mohd Mustafa, Izsrole Al Halmy Mohd Ismail, Simon A/L Vadelu, Muhammad Azizi A Rahman, Kalidasan A/L Rajakumar, Mohd Izat Ab Rahaman.

Pelatih inspektor wanita (dua di ICU) - Nor Hafizah Ilias, Nur Asyikin Othman, Saidatul Akmar Shariffuddin, Shanthanamary A/P Shunmigan, Nadhrah Hazwani Taufik, Nadia Mohd Husin, Nurul Shazrina Nazri, Nor Amanina Mohd Yusob, Nurol Akmal Abdullah, Parameswary A/P Sinasamy, Shazrin Irda Ezanee, Roshila Harun.

Pelatih konstabel lelaki (seorang di ICU) - Mohammad Siman, Ahmad Taufiq Abd Halim, Wan Azman Wan Ismail, Muhamad Najihin Musa.

Ahli keluarga pelatih boleh menghubungi talian 03-2688 2009 atau 03-2688 2062 di Bilik Gerakan Khas, Pulapol KL untuk maklumat lanjut.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/EmpatpelatihmasihdiICU/Article/artikelMA

Friday, March 18, 2011

Pelatih Pulapol Meninggal Dunia Jangkitan Adenovirus

Published: Khamis Mac 17, 2011 MYT 12:19:00 PM
Updated: Khamis Mac 17, 2011 MYT 4:33:45 PM

Pelatih Inspektor dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) Mohd Redzuan Ishak ,26, yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adenovirus di Hospital Kuala Lumpur di sini, awal pagi Khamis. Allahyarham merupakan mangsa kedua kes jangkitan Adenovirus dan jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Buaya Rawang.-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.

Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan.Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lepas.

Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.

Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh. -BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/17/mstar_berita/20110317121804&sec=mstar_berita

Thursday, March 10, 2011

Polis mati dek kencing tikus

Polis mati dek kencing tikus

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

SEDIH...Zamilah (kiri) dan anak perempuan, Norhidayah menunjukkan MyKad arwah Azizan yang maut akibat virus kencing tikus.
SEDIH...Zamilah (kiri) dan anak perempuan, Norhidayah menunjukkan MyKad arwah Azizan yang maut akibat virus kencing tikus.

KUALA KANGSAR: “Saya sangka dia demam panas akibat penat menjalani latihan dan tidak menyangka dia dijangkiti virus kencing tikus,” kata Zamilah A’ala, 52, ibu Mohd Azizan Azirid, 25, pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang meninggal dunia akibat diserang bakteria leptospirosis (kencing tikus) dan virus adeno, malam kelmarin.

Menurutnya, Azizan yang mengikuti latihan di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur pernah menghubunginya mengadu demam panas selang seminggu selepas mula menjalani latihan di Pulapol, tetapi masih meneruskan latihan.

“Saya terkejut apabila dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Mac lalu selepas pengsan ketika latihan kawat kaki.

“Apa yang saya tahu dia mengalami demam panas, cirit-birit dan batuk sebelum meninggal dunia,” katanya.

Zamilah yang ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata, pada mulanya doktor gagal mengesan penyakit arwah sehingga anaknya itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana paru-parunya mengalami jangkitan bakteria.

“Sepanjang berada di ICU, Azizan bergantung kepada mesin pernafasan. Selain kurang bercakap dan demam panas melampau, dia turut hilang selera makan menyebabkannya kurus.

“Ketika dirawat di hospital, arwah sempat memberitahu dia tidak mahu meneruskan latihan di Pulapol kerana tidak tahan dengan latihan,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, arwah turut bimbang namanya akan disenarai hitam jika gagal menamatkan latihan sekali gus menyukarkan dia memohon jawatan lain dalam kerajaan.

Menurutnya, sebelum menerima tawaran sebagai pelatih konstabel polis itu, arwah bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai runcit di pekan Kuala Kangsar sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Zamilah berkata, dia tidak menggalakkan arwah bekerja sebagai polis kerana pekerjaan itu bahaya namun akur kerana arwah sudah lama menanti untuk mendapatkan pekerjaan dalam kerajaan.

Difahamkan Mohd Azizan yang mula mendaftar sebagai pelatih konstabel di Pulapol di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu, dimasukkan HKL pada 1 Mac lalu selepas tidak sedarkan diri.

Selepas lapan hari, arwah yang berasal dari Kampung Sayong Tebing, Kuala Kangsar, di sini, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam kelmarin, akibat serangan virus bahaya itu.


http://www.hmetro.com.my/articles/Polismatidekkencingtikus/Article


ad·e·no·vi·rus

adenovirus - any of a group of dna viruses that cause eye and respiratory diseases.


http://dictionary.reference.com/browse/adenovirus

22 pelatih polis dikuarantin

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih polis maut manakala 27 rakannya masing-masing berusia 20-an dikuarantin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dua hari lalu setelah disahkan dijangkiti virus kencing tikus ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

Pelatih yang meninggal dunia, Mohd Azizan Azidi, 21, berasal dari Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak, maut kira-kira jam 8.30 malam kelmarin manakala dua rakannya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL kerana keadaan mereka dilaporkan kritikal.


Difahamkan, biarpun keadaan 25 lagi pelatih dilaporkan stabil, mereka masih dikuarantin untuk rawatan susulan sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, arahan dikeluarkan supaya semua bentuk kegiatan dan program latihan di Pulapol dihentikan sementara berkuat kuasa serta-merta berikutan penularan jangkitan adeno virus di lokasi berkenaan.


“Seramai 1,945 pelatih menjalani latihan asas kepolisan di pusat itu, masing-masing 993 pelatih inspektor dan 952 pelatih konstabel manakala 854 lagi terdiri daripada pegawai dan kakitangan bertugas.


“Daripada jumlah keseluruhan itu, 226 pelatih diasingkan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan, malah mereka juga tidak dibenarkan menerima pelawat, termasuk ahli keluarga bagi mengelak penularan wabak itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka bilik gerakan dan talian khas 03-2688 2009 bagi memudahkan orang ramai, terutama ahli keluarga pelatih mendapatkan perkembangan terkini berhubung masalah itu.


“PDRM dan Kementerian Kesihatan mengambil tindakan sewajarnya dan turut memberi pemeriksaan khas kepada pelatih yang dikenal pasti mempunyai tanda awal wabak berkenaan,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/22pelatihpolisdikuarantin/Article/index_html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...