Showing posts with label Dewan Rakyat dan Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Dewan Rakyat dan Parlimen. Show all posts

Friday, October 7, 2011

RANG UNDANG-UNDANG KG BARU DILULUSKAN

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 6TH, 2011

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian.Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.Undian belah bahagian dibuat selepas Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan 15 anggota parlimen.

Suasana agak kecoh sebaik loceng dibunyikan apabila ahli parlimen Pakatan yang kelihatan ‘terlalu yakin’ akan dapat menggagalkan rang undang-undang itu mengejek wakil kerajaan yang mula berlari masuk untuk memenuhkan korum.

Bagaimanapun, sebaik sahaja keputusan diumumkan Pandikar Amin, beberapa anggota pembangkang yang kecewa terus meninggalkan dewan.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ketika menggulung rang undang-undang itu berusaha keras mempertahankan peruntukan dalam rang undang-undang itu bagi penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.

Beliau menegaskan bahawa penubuhan perbadanan itu tidak sesekali berniat untuk mengambil tanah sesiapa di kawasan tersebut.

Katanya dengan nada penuh emosi berkata, penubuhan perbadanan itu sebaliknya hanya sebagai pemudah cara untuk membangun dan memajukan orang Melayu di kawasan itu.

Menurutnya kerajaan sudah meluluskan empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang semuanya berkepentingan bumiputera iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH), Perbadanan Putrajaya dan Permodalan Hartanah Berhad untuk membangunkan Kampong Bharu dan mempastikan kepentingan Bumiputera terpelihara.

“Kita tidak memberi ruang syarikat swasta untuk ambil alih tanah orang Melayu di Kampong Bharu kecuali dengan persetujuan mereka.

“Kalau tak ada perbadanan, bagaimana hendak bantu mereka yang tidak mampu untuk membangunkan sendiri tanah masing-masing,” tegasnya.

Rang undang-undang itu yang dikemukakan untuk bacaan kali pertama pada Isnin antara lain bertujuan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dengan tanggungjawab melaksanakan dasar, arahan dan strategi berhubung pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu.

Perbadanan itu juga berperanan untuk menggalak, merangsang, meningkat, memudah dan menyelaras pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu.

Semasa sesi perbahasan sebelum itu, dakwaan ‘jual Melayu’ yang dilontarkan seorang anggota Parlimen kerajaan kepada wakil rakyat PAS mencetuskan pertikaman lidah dan menjadikan sesi perbahasan rang undang-undang itu yang ‘panas’.

Keadaan itu berpunca apabila Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mencelah perbahasan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), mendakwa perbentangan rang undang-undang itu sebagai cubaan Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk menggadaikan orang Melayu.

Ekoran itu, Bung Moktar membalas dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa PAS yang sebenarnya menjual orang Melayu kerana parti itu mendewa-dewakan komunis sebagai pejuang.

“Yang menjual orang Melayu ialah PAS…dalam dewan ini Melayu pun kena jual…Batu (Tian Chua) jual. Hasrat murni kerajaan diputar belit.

“Kita (Barisan Nasional) tidak akan aniaya Melayu, Cina, India. Kita bangun bersama-sama untuk masa depan negara kita,” katanya.

Dakwaan Bung Mokhtar itu menyebabkan beberapa ahli parlimen Pakatan bangun untuk membantah dan mendesak ahli parlimen Kinabatangan itu menarik balik kenyataannya menyebabkan keadaan menjadi hingar-bingar.

Pertikaman lidah antara ahli parlimen kerajaan dan pembangkang berterusan kira-kira lima minit sebelum Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee bertindak mengetuk penukul keadilan sebanyak tiga kali dan meminta semua ahli parlimen bertenang.

Bagaimanpun cubaan Ronald gagal mententeramkan keadaan apabila masih ada ahli parlimen yang terus bertikam lidah, termasuk Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat dan meminta Bung menarik balik kenyataannya kerana mendakwa Bung Mokhtar telah mengeluarkan banyak kenyataan yang menghina.

“Sepanjang perbahasan, Kinabatangan tuduh kita dijual sedangkan perbahasan berhubung Kampong Bharu. Yang hendak dijual ialah orang Kampong Bharu oleh Umno.

“Dia keluarkan banyak perkataan menghina, saya rasa ia satu cara perbahasan yang tak Parlimentarian,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan Ronald terpaksa mengambil ketetapan bahawa tidak ada sebarang pelanggaran Peraturan Mesyuarat berlaku, kerana berpendapat Bung Mokhtar tidak bermaksud menjual sesiapa, sebaliknya menyifatkan ahli parlimen Shah Alam itu membuat terjemahan secara literal.

http://www.kl-today.com/2011/10/rang-undang-undang-kg-baru-diluluskan/

Saturday, July 2, 2011

Timbalan speaker: Tiada salah MP berpakaian kuning

Timbalan speaker: Tiada salah MP berpakaian kuning
Hazlan Zakaria
Jun 30, 11
5:16pm

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar, hari ini memutuskan tidak ada salah bagi ahli parlimen pembangkang untuk berpakian kuning ke parlimen.

parliament house leak leakage 050508 wan junaidi"Apa-apa keputusan yang dibuat oleh menteri, Kementerian Dalam Negeri atau polis tidak mengikat Dewan Rakyat. Jika kita benarkan, kita akan juga akan terikat dengan mana-mana sekatan oleh keputusan yang lain,” katanya.

Atas hujah itu, Wan Junaidi berkata tidak ada sekatan berpakaian akan dikenakan kepada ahli parlimen asalkan mereka tidak melanggar kod pakaian mengikut peraturan tetap dewan.

Beliau mengulas perkara itu yang dibawa oleh Datuk Tajuddin Abdul Rahman (bawah) (BN-Pasir Salak) yang dibangkitkan pada perbahasan rang undang-undang gaji minumum dan meminta penjelasan.

"Saya lihat semua MP pembangkang berpakaian kuning hari ini. Adakah mereka menyokong perhimpunan haram?” soalnya.

NONEBeberapa ahli parlimen Pakatan kemudiannya dengan segera bangkit dan mempertahankan pilihan cara berpakaian mereka.

Bertindak bagi mengelakkan keadaan yang tidak terkawal, timbalan speaker menolak perkara itu dan berkata dewan adalah bebas daripada peraturan luar.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis bukan sahaja mengisytiharkan perhimpunan 9 Julai itu adalah haram tetapi juga melarang penggunaan baju kuning dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH.


http://malaysiakini.com/news/168502

Thursday, June 30, 2011

Speaker akui polis tidak minta kebenaran

Speaker akui polis tidak minta kebenaran
S Pathmawathy
Jun 29, 11
4:26pm


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menyiasat dakwaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa polis mencabuli kebebasan parlimen apabila mereka menyoal-siasat beberapa ahli parlimen pembangkang semalam.

NONE“Polis tidak boleh masuk kawasan Parlimen tanpa kebenaran speaker. Polis hanya boleh membekalkan perkhidmatan kepolisian atas permintaan pegawai parlimen, bentara dan speaker,” kata Lim (DAP-Ipoh Timor) ketika mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Bisnes.

Hujah Lim, tindakan Lim mencatatkan kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) di lobi MP semalam mencabuli prinsip pembahagian kuasa.

Menurut Azmin beliau tidak menjangkakan kunjungan polis yang tidak diumumkan itu manakala Mohd Firdaus pula berkata dia 'dijemput' untuk merakamkan kenyataannya.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Menurut Pandikar (kiri) beliau juga mengetahui mengenai perkara berkenaan selepas membacanya di media.

“Kami tidak terima sebarang permohonan rasmi daripada polis untuk berbuat demikian tetapi saya difahamkan daripada laporan akhbar bahawa kedua-dua pihak (polis dan MP) bersetuju berbuat demikian.

"Saya akan panggil mereka yang berkenaan untuk jelaskan apa yang berlaku," katanya kepada Lim.

Semalam, pasukan polis daripada ibu pejabat kontinjen Selangor mengambil kenyataan daripada Azmindan Mohd Firdaus berhubung ceramah mereka di Sabak Bernam pada 17 Jun lalu atas "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Lim menyataan alasan persetujuan kedua-dua belah pihak tidak boleh digunakan kerana tindakan polis itu jelas bertentangan dengan keistimewaan khas ahli dewan rakyat.

"Saya minta Jawatankuasa Khas Hak Asasi dan Kebebasan Parlimen patut melihat perkara ini dan mengadakan satu garis panduan yang sesuai," katanya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168364

Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan

Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan
Hazlan Zakaria
Jun 28, 11
4:17pm

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

dr siti mariah interview 300408 02Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

NONEMenurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

NONEMenurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168252

MPs question RM48m maintenance

KUALA LUMPUR (June 28, 2011): Opposition MPs are questioning the high cost of maintainenance on the residences of the prime minister and his deputy.

In a written reply to Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz said that a total of RM48,789,115.03 was needed for the rental of the two official residences, cost of repairs, water and electricity bills from 2006 until 2010.

The rental cost for the two residences amounted to RM32,972,115.55 while the repairs cost RM3,581,744.78.

The electricity bill cost RM10,267,868.15 and the water bill totalled RM1,967,386.55. It should be noted that Tun Abdullah Ahmad Badawi was the prime minister from 2004 to 2008 while Datuk Seri Najib Abdul Razak was his deputy. Najib only took office in April, 2009.

In a press conference today, Siti Zailah said it such expenses were such a waste, adding that it was hypocritical of the government to rationalise subsidies for the people yet it is not put into practice by the country’s top leaders.

“We can see the wastage for the country’s top leaders. At a time when they tell us we should adapt to harder economic times, the government is using huge amount of taxpayers’ money for their houses.

“We know that the official residences are only used during official functions so I find it hard to believe the amount paid for water and electricity. Do they have functions every day?” questioned Siti Zailah.

She also said the government needs to be transparent about its contract with Putrajaya Corporation, the local authority that owns the two official residences.

“Are they going to continue to rent the residences and pay so much for the coming years or will the government eventually own it? We want to know the terms of this agreement,” said Siti Zailah.

Fellow MP Dr Siti Mariah (PAS-Kota Raja) asked if there was any long-term plan to reduce the cost, adding that the leaders should “lead by example” by cutting down their own expenses.

Anthony Loke (DAP-Rasah) said the amount spent on water and electricity was shocking as an average upper middle class family spends about RM150 to RM300 montly.

“Does Najib have a big family? I don’t think so. I spent about RM150 for electricity and I have a big family. You can pay the power bill for 3,000 families with what the prime minister and his deputy are paying for theirs,” he said.


http://www.thesundaily.my/news/62499

Monday, June 27, 2011

Usul bincang laman web k'jaan kena godam ditolak

Usul bincang laman web k'jaan kena godam ditolak
Jun 21, 11 7:11pm


Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan isu beberapa laman web kerajaan dan agensinya yang digodam dan diserang oleh kumpulan yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.pihak tidak bertanggungjawab.

NONESpeaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dikemukakan oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) itu atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

"Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa bagi persoalan sama ada ia perkara tertentu, perkara ini pada pendapat saya adalah tertentu, sama ada ianya berkepentingan orang ramai, pada saya ia berkepentingan orang ramai, sama ada ia berkehendakkan disegerakan, pendapat saya ialah perkara ini tidak perlu disegerakan," katanya.

Dalam usulnya sebelum itu, Salahuddin membawa hujah sehingga ke hari ini, dilaporkan sudah hampir 51 laman web rasmi milik kerajaan telah digodam selepas satu kumpulan bergelar 'Anonymous' yang berpangkalan di luar negara mengancam menyerang portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.

NONEKatanya, beliau bimbang sekiranya serangan DDos (Distributed Denial-of-Service) itu juga boleh memberi kesan besar jika penggodam mensasarkan sektor keselamatan dan perbankan negara.

"Perkara ini suatu yang amat serius dalam negara berdepan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan kemudahan tanpa sempadan ini bagi tujuan yang amat memalukan negara dan menggugat keselamatan negara," katanya.


http://malaysiakini.com/news/167625

Friday, June 17, 2011

Dewan Rakyat kecoh bila isu Buku Jingga disentuh

Jun 16, 11 1:56pm

Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara beberapa anggota pembangkang apabila isu Buku Jingga disentuh seorang anggota parlimen kerajaan.

Keadaan bertukar gamat apabila Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) bangkit mempersoalkan janji-janji yang dibuat oleh pembangkang di dalam Buku Jingga yang diperkenalkan mereka, lapor Bernama.

NONESoalan itu nyata 'mencuit' sensitiviti anggota pembangkang yang mula 'panas telinga' termasuk Azmin Ali (PKR-Gombak) bangun untuk memberi penjelasan walaupun ada suara-suara dari pihak anggota parlimen kerajaan yang menggesa soalan itu dijawab oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir.

Anwar dan tiga lagi anggota parlimen pembangkang -- Azmin, R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) muncul buat kali pertama di Dewan Rakyat pada sesi ini selepas tempoh penggantungan mereka selama enam bulan tamat hari ini.

Keempat-empat anggota parlimen pembangkang itu digantung daripada menghadiri sidang dewan pada Disember lepas atas kesalahan menghina Dewan.

azlanTerdahulu, isu buku jingga tercetus apabila Anwar mengemukakan soalan pada sesi soal jawab hari ini meminta kerajaan menjelaskan mengenai dakwaan kerugian Felda dan meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyatakan kedudukan terkini kewangan Felda, kewajaran Felda meminjam lebih RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan prestasi pelaburan hasil daripada pinjaman ini.

Menjawab soalan itu, Ahmad memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kedudukan kewangan terkini Felda berada dalam keadaan yang kukuh dengan jumlah aset terkini adalah sebanyak RM19.18 bilion.

Katanya nilai itu melibatkan tanah seluas 341,000 hektar yang dinilai berdasarkan harga kos dan bukan harga semasa.

"Sekiranya dinilai berdasarkan nilai semasa jumlahnya akan jauh lebih tinggi," katanya.

azlanDalam pada itu, Ahmad berkata pinjaman KSWP bertujuan untuk program tanam semula kebun peneroka, membiayai lima daripada 12 rumah projek perumahan mampu milik untuk generasi baru Felda dan projek gedung makanan negara.

Katanya hasil daripada projek-projek berkenaan dijangka memberikan faedah dan keuntungan yang berlipat ganda kepada Felda.

Menurut Ahmad, pada 28 Oktober tahun lepas kedudukan kewangan Felda dan pinjaman KWSP itu telah dinyatakan kepada semua anggota parlimen melalui laporan tahunan Felda.

"Tiada apa yang disembunyikan mengenai kewangan Felda seperti dakwaan yang dikemukakan wakil Permatang Pauh," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167102

Dewan Rakyat tolak usul bantah himpunan BERSIH

Dewan Rakyat tolak usul bantah himpunan BERSIH
Jun 15, 11 1:58pm

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan bagi menuntut reformasi dalam pelaksanaan pilihan raya di negara ini.

zahrain hashim parliament 180310Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengambil ketetapan menolak usul yang dibawa Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) itu selepas berpuas hati bahawa usul itu tidak perlu disegerakan.

"Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah perlu sebagai persediaan untuk menangani perhimpunan BERSIH itu dan akan sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar dapat dibanteras dan dipastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

Terdahulu, Zahrain yang mengemukakan usul itu sebaik sesi soal jawab selesai, meminta dewan mengambil ketetapan untuk mengecam sekeras-kerasnya segala tindakan BERSIH, terutama menghasut rakyat agar merusuh di jalanan sepertimana yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah, termasuk Tunisia dan Mesir.

bersih rally 271207 03Beliau juga mahu persidangan mendesak BERSIH supaya membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi baik di Kuala Lumpur, mahupun di mana-mana negeri demi keselamatan rakyat dan negara.

Zahrain berkata tindakan BERSIH tidak mencerminkannya sebagai sebuah badan yang benar-benar memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan telus, sebaliknya bermotifkan politik kepartian.

"Kegiatan lampau BERSIH membuktikan kumpulan ini mempunyai agenda politik sempit dan berhasrat mengelirukan rakyat demi mencapai matlamat politik mereka," katanya.

bersih rally 271207 01Pada 2007, BERSIH menggunakan slogan 'Gelombang Kuning' telah menganjurkan perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra, atas alasan sama.

Perhimpunan yang bermula di Dataran Merdeka itu berjaya mengumpulkan 40,000 peserta.

Perhimpunan kedua BERSIH pada bulan depan antara lain untuk menuntut pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/166984

Thursday, March 24, 2011

17 diskriminasi kerajaan Pusat terhadap Kelantan







Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Kerajaan PAS Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi Kerajaan Persekutuan sejak memerintah negeri itu 20 tahun lalu dengan pelbagai cara, terutama menerusi 17 aspek yang dapat dikesan dengan nyata.

Tindakan diskriminasi pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan berlaku apabila Kerajaan Pusat menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sebaik sahaja PAS berjaya memerintah negeri itu pada tahun 1990, bagi tujuan mengganggu sistem pentadbiran kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, dengan wujudnya JPP, berlakulah sistem dualisme dalam pentadbiran negeri Kelantan, apabila turut diwujudkan kakitangan jabatan di peringkat negeri, jajahan, daerah sehingga di kampung-kampung.

Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, di negeri Kelantan turut terdapat dua penghulu bagi setiap daerah, apabila seorang darinya dilantik oleh kerajaan negeri dan seorang lagi dilantik oleh Kerajaan Persekutuan yang memainkan peranan menerusi JPP.

Katanya, tindakan tersebut merupakan satu penderaan yang amat nyata dari Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, akibat permainan politik kotor para pemimpin Umno BN yang marahkan rakyat Kelantan menyokong PAS pada PRU tahun itu.

"Lanjutan dari itu, Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan hanya sempat mempengerusikan sekali sahaja Majlis Tindakan Negeri Kelantan. Selepas itu majlis itu dibubarkan dan tidak lagi dibenarkan mana-mana agensi Persekutuan hadir ke dalam Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan," katanya.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, beliau menjelaskan, tindakan diskriminasi ketiga, Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan, tempatnya digantikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Keempat, baja subsidi tidak lagi diberikan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, khususnya yang bekerja sebagai petani, tetapi hanya diberikan kepada mereka yang mendapat sokongan dari JPP yang tentunya hanya kepada para penyokong Umno BN sahaja.

"Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan mulai tahun 1991 terpaksa membelanjakan RM3.2 juta di dalam belanjawan negeri bagi menampung pembiayaan baja subsidi kepada para petani," katanya.

Kelima, menurut beliau, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi dijemput di dalam Mesyuarat-mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dikatakan MBs Club, sebaliknya dijemput pemimpin Umno yang kalah dalam pilihanraya menghadiri mesyuarat itu mewakili Menteri Besar.

"Keenam, geran Persekutuan dalam benteuk capitation grant, federal road grant, growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain diberi amat lewat. Ini kami di negeri Kelantan untuk tahun ini dibayar tahun hadapan, sedangkan di negeri-negeri lain ada yang dibayar tiap-tiap bulan, ada yang dibayar pada bulan Januari dan Jun," tegasnya.

Ketujuh, peruntukan geran rumah awam kos rendah sebanyak RM12 juta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan telah ditarik balik sebaik sahaja PAS berjaya memerintah Kelantan.

Kelapan, jelas beliau, permintaan Tuan Guru Nik Aziz sejak tahun 1991, menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar diwujudkan satu pelabuhan di Kelantan, tetap tidak dilayan oleh Kerajaan Persekutuan hingga kini.

"Kesembilan, Tok Guru minta supaya tanah yang telah pun diambil di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa untuk memanjangkan landasan penerbangan, sampai ke hari ini pun tidak dapat digunakan lagi," katanya.

Kesepuluh, royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan tetap terus dinafikan sehingga hari ini, sehingga kerajaan Kelantan terpaksa membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan royalti minyak dan gas hak rakyat negeri Kelantan.

"Kesebelas, apabila berubah kerajaan, wakil kerajaan negeri untuk berada di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi diminta daripada kerajaan negeri, tetapi dilantik mengikut kesukaan pihak Kerajaan Persekutuan sendiri.

"Keduabelas, pengambilan peneroka untuk menduduki Felda dihentikan. Kemudian mereka majukan sendiri dan mengambil untung melalui apa yang dinamakan ladang Felda Plantation. Pada hal, tanah Felda diberikan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan, dibangunkan dan menempatkan peneroka," jelasnya.

Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kelantan, menurut Wan Abdul Rahim, sehingga kini turut didiskriminasikan oleh Kerajaan Pusat terhadap kerajaan Kelantan, sehingga menjadikannya tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri dan seperti mempunyai dua identiti, tidak seperti di negeri-negeri lain.

"Begitu juga dengan agensi-agensi pelancongan. Pada hal kita sudah ada Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) yang di bawah Exco yang jaga portfolio pelancongan, ada pegawai kerajaan yang ditugaskan menjadi pengarahnya, tetapi Kementerian Pelancongan melantik pula satu agensi lain untuk mengendalikan soal-soal pelancongan di Kelantan," ujarnya.

Beliau turut kesal kerana Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri turut terpengaruh dengan suasana politik negara, apabila Majlis Persidangan Speaker-Speaker Malaysia yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat sudah tidak diadakan lagi, sejak PRU tahun 2008 lalu.

"Kemuncak penderaan yang dilakukan oleh pihak berkenaan di Kelantan, apabila Umno Negeri Kelantan menjemput pemimpin-pemimpinnya pada satu hari dalam tahun 1993, buat satu pentas di Padang Sekolah Ketereh di Kota Bharu, jemput seorang kerabat kononnya dari Kuala Lumpur naik ke pentas dan mengangkat tangan.

"Serentak dengan itu dilaungkan "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku" dan diikuti oleh semua orang Umno di situ. Tabal Raja baru di Kelantan pada tahun 1993. Ini bukan pembohongan. Ini bukan fitnah. Ini ada rakaman yang dibuat oleh polis dan agensi-agensi.

"Jadi sampai ke hari ini, saya sebagai rakyat negeri Kelantan tertanya-tanya, bilakah pendakwaan akan dilakukan terhadap penderhaka ini?

"Ini yang betul-betul menderhaka. Kita, budaya Melayu, kita orang Melayu. Kalau kita angkat tangan kepada satu orang menyatakan "Daulat Tuanku", sebenarnya kita menderhaka kepada Raja yang ada di negeri masing-masing," ujar beliau.

Beliau turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat pada 16 Mac lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31500:17-diskriminasi-kerajaan-pusat-terhadap-kelantan&catid=1:utama&Itemid=50

Tuesday, March 22, 2011

Jangan bunuh potensi anak muda


Salahuddin Ayub

Ucapan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sewaktu membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Saya memulakan ucapan dengan membaca sepotong ayat Al-Quran, maksudnya, "Mereka adalah orang-orang yang diberikan peluang berkuasa di atas muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengajak manusia kepada yang makruf, mencegah kemungkaran dan kepada Allah lah kembalinya segala urusan".

Saya juga mengambil kesempatan Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang saya rasa telah menyentuh tentang perkara-perkara penting yang menjadi teras kepada kekuatan negara ini dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan negara ini walau apa pun, walau bertukar kerajaan sekali pun perlembagaannya, kekuatannya akan tetap utuh dan memastikan rakyat supaya jangan bimbang kerana demokrasi ini mengizinkan peralihan kuasa, mengizinkan rakyat memberikan mandat kepada sesiapa pun.

Yang pentingnya mereka yang diberikan kekuasaan itu jujur dan amanah untuk memikul beban amanah ini yang dipertanggungjawabkan kepada kita, dunia dan akhirat.

Antara Titah yang penting yang saya ingin kekalkan dalam ucapan saya adalah tentang keselamatan negara, tentang justice dan keadilan, dan juga tentang kekuatan yang harus dibina kepada orang-orang muda dalam negara kita. Saya hendak ucap tahniah kepada rakan saya daripada Pengerang. Walaupun kita berbeza parti tetapi dalam aspek untuk beliau menyatakan tentang orang muda dan juga tentang bagaimana kita melihat kekuatan yang ada kepada manusia itu harus dilihat secara objektif. Beliau, saya rasa telah mengusik sedikit pemikiran kita pada hari ini tentang bagaimana seharusnya kita memberikan kredit, memberikan pujian kepada mereka yang benar-benar layak. Bukannya kepada mereka yang semua dalam hidup ini memberikan pujian kepada kita.

Kita ada pengalaman bersahabat. Kalau sahabat itu siang malam memuji kita, tidak habis bercakap puji kita, mengampu kita, that mean something wrong dengan sahabat kita itu. Akan tetapi, kalau sahabat itu ada ketika dan kalanya memberikan sedikit pujian, mengkritik kita, memberikan kita teguran, itu adalah sahabat yang baik, yang dalam pelarian umur kita, akhirnya kita akan mendapati sahabat yang banyak mengkritik kita itu adalah merupakan sahabat yang baik, sahabat yang dianggap sahabat yang jujur dalam kehidupan kita.

Demikian juga kita dalam dunia demokrasi. Saya rasa kita harus melihat perkara-perkara yang melibatkan negara ini kepada satu skala yang lebih besar, bukan dalam minda yang sempit dan mengajak kita semua berfikir bahawa kita telah meninggalkan garisan kemerdekaan ini 50 tahun. Perkara pertama yang saya ingin katakan ialah tentang bagaimana seharusnya kita mengenal pasti tentang ancaman-ancaman baru.

Orang muda

Saya hendak bercakap daripada konteks orang muda, generasi muda yang harus kita bimbing pemikiran mereka dan potensi mereka ke arah menjadi orang muda yang bertanggungjawab.

Setiap parti ada keanggotaan pemudanya baik daripada pembangkang atau pun dari pihak Barisan Nasional. Akan tetapi, apa yang penting adalah tidak semua yang kita didik itu akhirnya akan pergi kepada parti kita. Ini pengalaman kita. Bila mereka telah keluar daripada universiti, tamat pengajian, mereka bebas untuk memilih parti yang mereka hendak pilih. Jangan kongkong mereka. Saya ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa cara kita melayani pelajar-pelajar kita dalam pilihan raya kampus baru-baru ini amat menjijikkan dan memalukan.

Kita kembali pada zaman kuno. Kita ugut pelajar-pelajar kita. Kita susahkan untuk mereka mengisi borang. Kemudian, ada kejadian-kejadian mereka di kidnap. Ada kejadian-kejadian mereka diugut dengan SMS yang berunsur jenayah. Kenapa ini harus berlaku dalam dunia kita pada hari ini sedangkan di sanalah tempat kita melihat potensi anak-anak muda ini perlu kita didik, perlu kita beri ruang untuk mereka berfikir, memilih dan untuk mereka membuat keputusan, untuk mereka menilai parti mana atau kerajaan mana yang mereka hendak pilih atau dalam konteks kampus, mereka memilih pemimpin yang mereka rasa yakin untuk mereka undi dalam konteks mereka.

Akan tetapi, kenapa kita layan mereka seperti itu? Kenapa kita bina minda generasi muda dalam keadaan yang sebegitu? Kita undur balik ke belakang. Kalau ada menteri-menteri atau timbalan-timbalan menteri yang bercakap tentang sedikit kebebasan yang perlu diberikan kepada mereka, kita sudah mula lihat menteri tersebut atau timbalan menteri tersebut mula dipinggirkan. Ini pemikiran yang saya rasa tidak setaraf dengan apa yang kita hendak bina dalam negara kita pada hari ini.

Potensi orang muda saya hendak beritahu. Apabila Alvin Toffler menulis buku The Third Wave , mungkin Alvin Toffler pun tidak menyangka hari ini dunia siber, era teknologi maklumat pada hari ini menjangkau satu kemajuan yang sangat luar biasa.

Kemudian, Samuel Huntington meramalkan the clash of civilization, dengan izin. Pertembungan antara agama, antara budaya tetapi nampaknya pertembungan dalam agama dan budaya tidak sehebat sebagaimana yang kita alami pada hari ini kemajuan IT. Sehingga hari ini kita melihat telah ada sarjana yang menulis dan meramalkan akan berlaku satu pertarungan yang hebat dalam apa yang dikatakan cyber warfare, peperangan siber, cyber attack.

Ini dipraktikkan dan ditunjukkan bagaimana Barack Hussein Obama menggunakan facilities ini, menggunakan facebook nya untuk menamatkan legitimasi atau pun keangkuhan orang kulit putih. Dalam kempen pertamanya, dalam saingannya bersama Hillary Clinton, Barack Obama menggunakan kaedah atau pun pendekatan change .

Ancaman baru dunia yang seharusnya difikirkan bersama dalam konteks saya memberikan pandangan konstruktif saya terhadap layanan kita terhadap orang-orang muda, potensi mereka dan juga keupayaan mereka sebagai suatu tenaga penting kepada negara satu hari esok.

Apabila kita bercakap tentang kehebatan dunia siber ini, saya menjelaskan sebentar tadi tentang bagaimana Barrack Hussein Obama telah menggunakan kaedah dan pendekatan ini dalam kempennya di peringkat awal bersaing dengan Hillary Clinton dengan slogan ‘Change Now’ dan menggunakan kekuatan Facebook dan Twitter dan kemudian beliau berjaya untuk ke langkah seterusnya bersaing dengan rakan beliau untuk merebut kerusi nombor satu di White House. Beliau telah menggunakan slogan ’The Change That We Can Believe In’, dengan izin, dan juga menggunakan Facebook dan Twitter ini sebagai bahan kempen utama Barrack Hussein Obama.

Dengan jelas ia membuktikan bahawa kekuatan walaupun mungkin tidak keseluruhannya tetapi faktor utama dalam sejarah terbaru Amerika dan dunia baru ini menyaksikan bagaimana seorang yang berkulit hitam boleh menjadi orang nombor satu di Amerika, orang nombor satu di White House dengan kekuatan jari-jemari golongan muda menggunakan pendekatan ini untuk mereka menunjukkan sikap politik mereka.

Kita apabila berhadapan dengan orang muda ini jangan diperlekehkan tentang keupayaan mereka, jangan diperkecilkan, jangan kita membuat suatu undang-undang yang walaupun pada zahirnya tidak menampakkan kezaliman kepada mereka tetapi dalam satu waktu yang sama kita menyaksikan bagaimana undang-undang itu telah memperbodohkan mereka, mengheret pemikiran mereka ke arah zaman yang jauh jutaan tahun yang lalu, zaman batu, malah lebih dahsyat daripada itu. Dengan jari-jemari orang muda pada hari ini mereka boleh mengubah sejarah.

Saya ingin menyatakan dalam ucapan ini tentang fenomena dunia. Kita lihat perang dunia yang pertama telah mengubah sejarah Eropah Timur mendapat kemerdekaan. Negara seperti Hungary, Poland, Yugoslavia, Republic Chech dan seumpamanya merdeka selepas fenomena perang dunia yang pertama. Perang dunia yang kedua kita melihat bagaimana jatuhnya pelbagai empayar dan kita juga melihat Eropah Timur mendapat kemerdekaan keduanya dan seterusnya kita melihat dengan keupayaan dari fenomena itu akhirnya jatuh apa yang dikatakan the fall of the Berlin Wall . Jatuh dan runtuhnya Tembok Berlin.

Kemudian selepas cold war, selepas perang dingin, kita menyaksikan bagaimana negara-negara yang dahulunya diperintah oleh para diktator. Apa yang saya sifatkan sebagai Old Order ini runtuh satu demi satu dan fenomena ini berterusan kerana manusia itu akan terus potensinya berkembang kerana ia manusia. Ia bukan satu yang statik. Manusia ini pemikirannya walau satu waktu dahulu tidak berubah tetapi ia mesti berubah mengikut zaman dan keperluan apatah lagi dalam the third wave ini.

Maka, dengan sebab itulah kita melihat Old Order ini ataupun empayar-empayar besar dunia ini jatuh walaupun mereka ditekan dengan undang-undang yang zalim tetapi akhirnya mereka bangkit untuk mendapatkan hak mereka.

Maka, dalam dunia yang saya katakan tadi, dengan siber attack ini ada dua dimensi di situ. Dimensi pertama mereka menggunakan peralatan canggih ini untuk mereka menentukan sikap mereka. Hari ini kita melihat jatuhnya Hosni Mubarak di Mesir, jatuhnya empayar atau diktator di Tunisia, sekarang di Yaman, di Bahrain dan mungkin esok di Arab Saudi. Ini fenomena yang berlaku dan perhatikan dengan cermat bahawa semuanya berlaku pada negara-negara yang demokrasinya dibunuh ataupun negara yang tidak punya demokrasi walaupun dengan kekuatan persenjataan, kekuatan undang-undang memenjarakan mereka, menekan mereka, membunuh mereka tetapi ingat suatu hari manusia ini pasti akan bangkit.

Kita hari ini menyaksikan depan mata kita dan semua orang bercakap pada hari ini Malaysia tidak mungkin jadi macam Mesir, Malaysia tidak mungkin akan jadi macam negara-negara lain tetapi saya ingin memberikan suatu pandangan yang mungkin unjuran yang jauh, yang mungkin tidak dapat diperakui pada hari ini. Jangan bunuh demokrasi pada orang muda pada hari ini. Kalau kita mengakui negara kita punya demokrasi, suburkan demokrasi itu dan jangan buat demokrasi di kampus sebagai suatu tempat kita menahan ledakan dan potensi anak muda. Ini yang saya maksudkan kerana dengan jari-jemari mereka boleh merubah dunia.

Saya ingin menjelaskan satu lagi faktor dalam aspek ini ialah bahawa orang muda ini mereka boleh merubah sejarah, mereka boleh meruntuhkan empayar, mereka boleh menggunakan ruang siber yang ada pada hari ini untuk mereka mencapai tujuan mereka. Cuba kita bayangkan Hosni Mubarak yang belanjawan negaranya untuk tentera sahaja, untuk persenjataan sahaja, untuk kononnya bersaing dengan Israel berbelanja hampir 5% atau pun 6 % daripada KDNK mereka untuk kekuatan itu.

Orang dahulu takut terhadap bom atom. Hari ini dunia masih lagi berbincang tentang senjata nuklear tetapi apa yang berlaku pada hari ini tanpa bom atom, tanpa senjata nuklear, kerajaan boleh jatuh dengan cyber attack, dengan jari-jemari. Oleh itu bagi saya, kita harus melihat potensi anak muda ini untuk kita bangunkan.

Saya sendiri tidak mahu jadi seperti itu dalam negara kita. Akan tetapi kalau demokrasi ini tidak disuburkan, kalau tahun hadapan lagi kita melihat agaimana anak-anak muda kecewa dengan cara mereka diperlakukan dalam pilihan raya kampus, ini membakar semangat mereka. Mereka manusia, mereka human, mereka insan yang mahu suatu idealisme sebagai seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi dan jangan lagi layan mereka macam budak sekolah. Ini yang saya maksudkan supaya kita harus ingat tentang bahaya kalau kita mengongkong pemikiran manusia, mengongkong kehendak mereka, kita menyekat pemikiran mereka dan kita menggunakan undang-undang untuk mereka.

Kalau berlakunya pilihan raya kecil pun atau pilihan raya umum, kenapa tidak? Kalau ada fakulti sains politik..., di Universiti Malaya telah ada UMCEDEL, telah ada suatu badan bebas yang kita pertanggungjawaban mengkaji politik, UKM ada fakulti sains politik, kenapa tidak izinkan mereka turun? Kalau ada dua fakta yang kita ragui – sebagai contoh hari ini kalau kita menyatakan dengan fakta bahawa FELDA Plantation itu adalah satu yang kita anggap bertentangan dengan falsafah asal atau matlamat DEB. Ia kita anggap bertentangan dengan kehendak Allahyarham Tun Razak yang pada waktu itu mahukan FELDA ini sebagai senjata yang dua serampang, membasmi kemiskinan dan menyusun kembali masyarakat. Kita mendakwa apa gunanya FELDA Plantation?

Kalau ada fakta yang begini, kenapa tidak harus universiti dengan fakulti sains politik menghantar pelajar mereka untuk menyiasat? Biar mereka melihat, biar mereka mengkaji tentang kebenaran fakta ini. Ini cara kita menyuburkan pandangan. Ini cara kita berhujah dalam dunia dan iklim politik yang sihat kalau kita mahu menjauhkan diri kita daripada politik fitnah dan seumpamanya. Akan tetapi kita sekat mereka. Kita kenakan undang-undang pada mereka. Kita gantung pengajian mereka. Kita gantung biasiswa mereka. Ini cara apa? Jadi saya rasa harus kita melihat perkara ini dalam suatu kehendak orang muda yang kita raikan pemikiran mereka.

Kalau suatu hari esok di kalangan mereka lahir sebagai pemimpin negara, rakyat yang untung, rakyat yang akan mendapat manfaatnya. Tidak kiralah sama ada mereka Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Kalau Barisan Nasional kalah, kita memerintah. Insya-Allah PR memerintah. Kalau kita kalah tidak mengapa, teruskanlah memerintah tetapi apa yang penting bagi saya ialah jangan bunuh potensi anak muda.

Kedua, saya ingin menyatakan tentang ancaman kedua kepada cyber attack ini iaitu apa yang dikatakan sekarang sebagai cyber terrorism.

Yang tadi mereka menggunakan seluruh kecanggihan peralatan untuk mereka bersaing, untuk mereka mencapai kehendak mereka. Dimensi yang kedua yang lebih bahaya adalah bagaimana hari ini dengan menggunakan dunia IT yang ada pada hari ini, peperangan siber ini juga kita melihat bahawa ancaman kepada kerajaan dan negara dengan apa yang saya sebut di sini sebagai cyber terrorism atau cyber security.

Sekarang sudah ada satu virus yang dikatakan stacks net. Satu virus yang telah dicipta untuk ia boleh dengan izin, disable computer system. Keupayaan keselamatan negara yang disimpan dalam data boleh dipunahkan dan boleh dimusnahkan dalam sekelip mata.

Iran sekarang ini mengalami ancaman ini, Amerika sekarang ini mengalami ancaman ini. Bukan lagi nuklear, bukan lagi atomic bomb tetapi dengan virus yang dihantar melalui sistem kecanggihan IT. Adakah negara telah bersedia ke arah itu? Ini soalan saya kepada Kementerian Pertahanan. Kalau yang tadi itu menggunakan jari jemari mereka untuk meruntuhkan atau menjatuhkan kerajaan, menjatuhkan diktator, sekarang dengan virus stacks net ini, mereka melumpuhkan sistem keselamatan negara. Apa akan jadi kepada negara kita?

Ketenteraan

Saya suka untuk membuat sedikit perbandingan di sini tentang keprihatinan saya kepada negara, menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tentang peralatan fizikal ketenteraan kita. Ya, bukan kita mahu berperang dengan negara jiran.

Bukan itu matlamat kita, tetapi bila negara jiran dari tahun ke tahun meningkatkan belanjawan mereka dalam bidang ketenteraan, apa sikap kita? Saya membaca beberapa fakta di sini. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua.

Sejumlah RM35.5 bilion diperuntukkan bagi tahun kewangan Singapura 2011 bermula 1 April ini berbanding RM11.46 bilion pada tahun lalu untuk ketenteraan mereka. Untuk mengukuhkan hujah saya, data dari Stockholm International Peace Research Institute dari tahun 1990 hingga 2007, jelas menunjukkan terhadap enam tahun di mana bajet tentera diturunkan. Dahulu badan ini turut mendedahkan bahawa jurang antara Malaysia dan Singapura dalam perbelanjaan tentera berbeza hanya USD800 juta setahun pada tahun 1991 tetapi menjarak kepada USD1.3 bilion setahun pada tahun 1995.

Pada tahun 2008, Republik Singapura berbelanja lebih USD2.3 bilion lebih tinggi berbanding Malaysia. Bila data itu dikaji bagi tempoh 10 tahun, jurang perbelanjaan menjadi semakin besar. Ini jarak kita dengan Singapura dari segi mereka membeli senjata canggih mereka. Mereka ada stealth, pesawat tercanggih paling pantas di dunia. Apa yang ada di Israel, ada di Singapura. Mereka ada peluru berpandu. Mereka ada kereta kebal anti tank paling canggih yang ada pada hari ini. Kita ada apa? Kita ada dengan izin, disable weapon. Ada kapal selam pun tidak boleh hendak menyelam. Ada tiga kapal laut tentera yang ada pada hari ini, satu terbakar. Kita ada apa yang ada pada hari ini?

Bukan saya dengan niat untuk menghina negara sendiri tetapi ini peralatan yang kita ada pada hari ini. Kita ada skyhawk jenis apa, tahun berapa, kapasitinya bagaimana? Walaupun saya faham dan saya mengerti bahawa itu bukan untuk tujuan peperangan tetapi ini hakikat yang ada pada hari ini. Kalau ini pun kita tidak boleh hendak bina, apa pula persediaan kita dalam konteks cyber attack yang saya katakan tadi di mana dunia menghadapi ancaman cyber terrorism. Iran dilanda sekarang ini, negara Eropah dilanda dengan virus ini. Apakah persediaan kita terhadap perlindungan keselamatan data dalam negara kita?

Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Yang Berhormat Kubang Kerian, Balik Pulau sedikit penjelasan. Saya bersetuju dari segi aspek keselamatan negara. Cuma, yang saya juga mohon Yang Berhormat Kubang Kerian beri sedikit pandangan ialah mengenai ketika era apa yang dipanggil sebagai the era of soft power, bajet kita kepada Kementerian Luar untuk teman-teman kakitangan kerajaan terutama untuk mewakili negara terhadap kerja-kerja diplomasi kurang banyak untuk tahun ini.

Akan tetapi yang saya tahu, dengan perkembangan globalisasi sekarang, cabaran untuk kerja-kerja diplomasi ini amat lebih mencabar. Saya rasa di era soft power ini, selain daripada keperluan untuk kekuatan fizikal, military sifatnya, tetapi saya rasa untuk meningkatkan dengan izin, the sophistication of our staff iaitu kakitangan Kerajaan Malaysia yang saya rasa perlu. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Kubang Kerian boleh beri sedikit pandangan.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Ya, satu pandangan yang bijak daripada rakan saya Yang Berhormat Balik Pulau di mana saya juga melihat bahawa dunia diplomatik juga menjadi semakin penting dalam kita mencatur, dalam kita melihat our way forward dengan izin, tentang kesediaan negara dalam kita berinteraksi dengan dunia yang ada pada hari ini. Peralatan mereka dan juga kelengkapan mereka harus dipertingkatkan supaya mereka juga dapat memainkan peranan yang maksimum dalam kita menentukan tentang efficiency, kecekapan negara kita dalam kita menyaingi mereka.

Saya tertarik dengan sejarah masa lampau. Hari ini, bila ada perundingan damai yang melibatkan – termasuk dunia Islam, negara yang menawarkan adalah negara Norway, Finland ataupun Sweden. Negara-negara yang menawarkan perlindungan politik juga, yang rasa selamat ialah negara-negara dengan izin di Scandinavian countries. Jadi walaupun dulu mereka adalah ‘Viking’, mereka adalah lanun laut utara yang kita belajar di sekolah dahulu, namun dalam masa yang cepat mereka belajar dan mereka hari ini menjadi peacemaker, mereka menjadi mediator untuk mereka tampil di pentas dunia dan menawarkan khidmat mereka untuk perundingan damai. Jadi saya rasa Malaysia juga mesti ke arah itu dalam kita bersaing dengan dunia-dunia yang berada pada hari ini. Terima kasih sahabat saya daripada Balik Pulau.

Buku Jingga

Saya beralih kepada Buku Jingga. Walaupun apa pun yang dikatakan tentang Buku Jingga ini, terima kasihlah kepada sahabat kita daripada Kota Belud walaupun tidak ada di sini kerana sebahagian besar ucapannya menyentuh tentang buku ini walaupun diperkecilkan. Ya lah, maklumlah kami tidak lagi di tahap duduk di sebelah sana tetapi ini yang kita tawarkan kepada rakyat. Saya rasa dengan diskusi itu yang walaupun ada kritikan, saya faham tidak mungkin mereka memuji tentang Buku Jingga ini. Akan tetapi saya rasa itu satu permulaan yang baik di mana di sebelah sana juga telah menerima ini sebagai satu dokumen yang perlu dibahaskan.

Saya rasa ini satu perkara yang baik. Kalau ia nanti menjadi satu perkara yang lebih penting, ada banyak lagi forum-forum tertentu yang boleh kita bahaskan tentang Buku Jingga ini kerana kita juga datang dengan suatu latar belakang pimpinan yang ada, latar belakang pengalaman mereka dalam kerajaan. Saya rasa dalam konteks ini saya bersetuju dengan rakan-rakan macam Yang Berhormat Pengerang tadi. Janganlah tuduh kita ini membangkang semata-mata. Tidak ada budi langsung kepada negara ini. Tidak ada suatu jasa langsung kami ini kepada negara. Itu tidak betul. Lihat sahaja Parlimen ini. Caucus yang dikemukakan. Siapa yang menganggotainya? Tidak semua seratus peratus Barisan Nasional. Juga daripada kami. Lawatan-lawatan kerja ke luar negara saya rasa juga dijemput kepada kami. Baru-baru ini saya dengan rakan daripada BN, Yang Berhormat Pokok Sena, kemudian Yang Berhormat Kuala Krai bersama Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak. Kita pergi kepada satu persidangan Global Peace Conference di Jepun dan Korea. Kita boleh duduk semeja berhadapan dengan parti baru di Jepun dan kita boleh kemukakan idea bersama. Tidak timbul masalah kita hendak mencaci negara sendiri di hadapan negara lain. Itu satu perkara yang saya rasa harus dilihat.

Jadi dalam konteks Buku Jingga, terima kasih dan tahniah kerana memberikan kesempatan untuk dibahaskan. Saya rasa kalau ada perkara-perkara yang perlu dikritik, ayuh kita boleh bincang secara intelektual, adakan intellectualist course untuk kita tengok apa yang baik dan positif. Ini pandangan kita kepada rakyat yang harus kita panjangkan untuk kebaikan negara.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena]: Sikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Setuju atau tidak bahawa sepatutnya dalam proses pengundian demokrasi dalam negara kita ini dalam konteks Buku Jingga, buku biru tua dan sebagainya, dalam konteks untuk membina masyarakat Malaysia yang bermaklumat, yang menentukan hala tuju negara kita ini berasaskan kepada knowledge, pengetahuan yang cukup. Sepatutnya agensi-agensi media elektronik ini seperti RTM, TV3, Kumpulan Media Prima dan sebagainya memperbanyakkan lagi intellectualist course yang berkaitan dengan bukan sekadar Buku Jingga tetapi saya kata bahawa kalau BN boleh keluarkan buku biru tua, jadi kita boleh membuat perbandingan. Buku Jingga dengan buku biru tua supaya masyarakat diberi peluang untuk melihat dan menilai sama ada Buku Jinggakah yang lebih baik atau buku biru tuakah yang lebih baik. Jadi yang mana?

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, ya. Satu pandangan yang sangat baik yang Yang Berhormat Pokok Sena kemukakan untuk Parlimen ini. Saya rasa dalam era selepas 2004, ada sedikit keterbukaan RTM. Ini saya hendak – ya lah kalau benda yang boleh saya puji, saya puji. Dulu ada Debat Perdana. Satu ruang waktu yang saya rasa walaupun pendek, sejam. Kemudian, Astro hari ini membuka ruang untuk kita dan dipanggil ahli-ahli panel daripada semua pihak. Saya rasa satu perkara yang sangat baik. Rakyat melihat kemunculan kita dalam televisyen yang dulu orang anggap pembangkang ini akan bercakap dengan bahasa yang kesat.

Satu persembahan yang memang rupanya rupa pembangkang. Namun dalam ruang waktu itu kita melihat semua bercakap tentang kebaikan negara. Sumbangan kita kepada negara. Tidak ada orang hendak look stupid on air. Jadi Astro telah buat satu ruang waktu. Namun saya hairan sekarang ini Astro pun sudah mula longlai. Mungkin ada suatu arahan.

Jadi saya rasa kalau ini boleh kita lebar luaskan dalam konteks kita menggalakkan satu minda yang berpengetahuan, masyarakat yang base on k-Knowledge, saya rasa kita sangat membantu kepada negara kita sendiri.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31393:jangan-bunuh-potensi-anak-muda&catid=96:fokus-khas&Itemid=134

Monday, March 7, 2011

Kickdefella: Melayu lemah, kesian dia

Kickdefella* 31072009

PARLIMEN Sheet1

Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti komponen BN yang lain.

UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.

Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%.

UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.

Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO. BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12.

BN kini mempunyai 61.7% wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat manakala 38.3% lagi merupakan gabungan wakil rakyat Pakatan Rakyat, SAPP dan Bebas yang menang di atas tiket PAS.

KOMPOSISI PARTI 2004

KOMPOSISI PARTI 2008

Ironinya, walaupun kerusi UMNO merosot sebanyak 31 kerusi tetapi dibantu dengan kerusi wakil Melayu dari PBB, BN hari menyaksikan peningkatan memberangsangkan penguasaan wakil rakyat Melayu berbanding dengan Bukan Melayu di dalam BN. Hari ini wakil rakyat Melayu adalah 62.8% iaitu peningkatan hampir 5%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula merosot dari 41.9% kepada 37.2%.

Wakil Rakyat Melayu dalam BN kini 35 orang lebih ramai dari wakil rakyat Bukan Melayu.

Mengapa UMNO mengatakan bahawa ketuanan Melayu didalam Kerajaan semakin merosot? Mengapa UMNO merasakan Melayu semakin lemah sedangkan orang Melayu yang peratusannya hanya 51% dari populasi rakyat Malaysia mempunyai suara hampir 63% dalam parti pemerintah.

Kita tinggalkan UMNO seketika kerana kita tentu yakin UMNO tidak buta statistik. Tetapi yang menggusarkan ialah mengapa beberapa pemimpin PAS seolah-olah rabun membaca statistik. Ini yang kita perlu risau.

MALAY GOV 2004

MALAY GOV 2008

Prestasi Pembangkang 2004 dan 2008

Pilihanraya Umum ke 11 menyaksikan PAS dan PKR kembali terdampar dipersada realiti politik Malaysia apabila kecermelangan mereka dalam pilihanraya 1999 berakhir dengan malang sekali.

PAS kehilangan Terengganu atau lebih enak disebut, Presiden PAS hilang jawatan Menteri Besarnya. Timbalan Presiden PAS juga hilang kerusi Parlimennya.

Di Kelantan, Mursyidul Am berjaya mempertahankan penguasaan PAS dengan berpaut kepada majoriti 2 kerusi sahaja. Lebih menggerunkan, dua kerusi mereka berpaut itupun kalau dicampur keseluruhan majoritinya tidak lebih daripada 50 undi.

Pada 2006, PAS Kelantan kehilangan lagi satu kerusi DUN menerusi pilihanraya kecil. Lantaran mereka mencatatkan rekod dunia sebagai kerajaan yang boleh bertahan paling lama dengan hanya majoriti 1 kerusi.

Di Parlimen, setelah persempadanan semula konstituensi pilihanraya di Semenanjung dan di Sabah pada tahun 2003 serta faktor ‘feel good’ Perdana Menteri baru Malaysia, peratusan wakil rakyat Pembangkang di dewan Rakyat menguncup kepada hanya 9.6%.

Daripada jumlah ini pula wakil rakyat Melayu dalam Pembangkang hanyalah 38.1% berbanding dengan 61.9% wakil rakyat Bukan Melayu.

Tetapi kedudukan semasa hari ini, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Apa yang amat-amat signifikan ialah kedudukan wakil rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8% daripada 38.1% didalam tahun 2004. Wakil rakyat Bukan Melayu didalam Pembangkang pula ialah 48.2%.

MALAY OPPS 2004

MALAY OPPS 2008

Dalam erti kata lain, Melayu bukan sahaja mempunyai pengaruh yang besar didalam BN yang merupakan parti pemerintah, tetapi Melayu juga mempunyai pengaruh yang majoriti didalam Pembangkang.

Oleh itu apakah yang merisaukan orang-orang Melayu?

Apakah boleh dianggap Melayu berpecah semata-mata kerana satu pihak yang dulunya begitu dominan didalam politik Melayu kini sudah mula kehilangan taring?

Adakah kerana PKR dan PAS kini mempunyai jumlah wakil rakyat Melayu yang besar didalam gabungan Pembangkang maka itu tandanya Melayu berpecah?

Siapa Kata Hendak Selamatkan Melayu Sebenarnya Selamat UMNO

Sesetengah pihak bertungkus lumus membanting tulang mahu menyelamatkan Melayu. Persoalannya kenapa? Pengaruh Melayu terus hebat bahkan bertambah hebat. Melayu hari ini lebih dominan didalam BN dan begitu signifikan didalam Pembangkang. Kalau ada masanyanya Melayu ingin merasa bersyukur, inilah sebenar masa sebenarnya.

PAS dan PKR dilabelkan sebagai pengkhianat Melayu kerana bekerja sama dengan DAP. Tetapi apa yang peliknya, menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya memperkasakan kedudukan Melayu di dalam Pembangkang.

Menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya merampas sekurang-kurangnya 5 kerusi Parlimen daripada MCA, MIC dan Gerakan. Ini bererti lebih 5 wakil rakyat Melayu didalam Parlimen.

Semenjak pilihanraya 1955, UMNO mengajar orang Melayu memberikan kerusi majoriti Melayu kepada wakil rakyat Bukan Melayu. Sebab itulah berkali-kali pilihanraya pengundi-pengundi Melayu memberikan undi kepada MCA, MIC dan Gerakan walaupun mereka ini ditentang oleh calon Melayu dari PAS dan lain-lain parti.

OVERALL 2004

OVERALL 2008

Perjuangan Malaysia Dapat Memperkasakan Melayu

Ketidakseimbangan kekuatan Melayu dianggap sebagai satu masalah besar didalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia menimbulkan ketidakselesaan orang-orang Melayu.

Ketidakseimbangan ini sebenarnya hanyalah ciptaan UMNO. Pakatan Rakyat berjaya menimbulkan keseimbangan itu.

Hari ini representasi Melayu didalam Kerajaan dan Pembangkang adalah refleksi sebenar populasi Malaysia. Lebih unik lagi keseimbangan itu dicapai bukan atas dasar perjuangan bersikap perkauman tetapi perjuangan berteraskan keadilan untuk semua kaum yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat sudah memperjuangkan formula untuk Malaysia yang sejahtera buat semua dan ia telah terbukti berjaya. Dan ia berjaya tanpa perlu slogan atau laungan atau kempen seperti 1 Malaysia. Ia berjaya kerana keikhlasan untuk memakmurkan negara ini untuk semua rakyatnya.

* Tulisan Kickdefella ini disiarkan beliau pada 31 Julai 2009 lalu melalui blognya. Apakah dia mempunyai pandangan yang sama sekarang mengenai isu ini, tidak dapat dipastikan - Editor


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31237:kickdefella-melayu-lemah-kesian-dia&catid=96:fokus-khas&Itemid=134

Saturday, December 25, 2010

Mahfuz persoal swasta kendali 6 juta saman ekor

Mahfuz persoal swasta kendali 6 juta saman ekor
Abdul Rahim Sabri
Dis 23, 10
4:06pm

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal bentuk saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.

Katanya, dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

NONE"Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.

"Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini.

Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.

Mahfuz berkata enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.

NONE"Itu baru enam juta saman, (berapa) kalau 10 hingga 14 juta saman. Maknanya, saya tidak nampak bagaimana hendak mendidik rakyat (untuk) mencapai 'zero' saman.

"(Maknanya) saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu)," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS, turut mempertikaikan masalah saman ekor yang dikekalkan dalam pindaan undang-undang itu terutama sekali kepada pesalah trafik yang telah disenaraihitam.

"Walaupun mahkamah memutuskan tidak boleh disenaraihitam, tetapi akta ini, masih mengekalkan penyenaraihitam," katanya sambil mendakwa amalan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri.

http://malaysiakini.com/news/151536

PAS mohon Agong tangguh RUU pengangkutan jalan

PAS mohon Agong tangguh RUU pengangkutan jalan
Abdul Rahim Sabri
Dis 23, 10
11:39am

PAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon Seri Paduka menitahkan supaya Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan, dibahaskan semula di Parlimen.

NONE"Ia tidak dibahas dengan masak. Tempoh perbahasan dalam dua jam, ahli parlimen berbahas hanya lima minit," kata Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Akta yang begitu penting, yang menyentuh kepentingan rakyat, tetapi dibuat begitu tergesa-gesa. Jadi kami fikir tidak wajar dan mohon kepada baginda menitah supaya dibawa balik ke parlimen (untuk dibahaskan kembali)."

Mahfuz yang juga pengerusi jawatankuasa anti saman ekor (KASE) mengetuai delegasi beberapa wakil rakyat PAS dan dua orang peguam mereka ke istana negara pagi ini.

Antara terlibat ahli Khalid Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Taib Azamuddin (Baling), Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) dan Zulhazmi Shariff.

Dalam sidang media selepas menyerah memorandum tersebut, Mahfuz berkata rang undang-undang tersebut tidak menyelesaikan pelbagai masalah besar berbangkit, antaranya berkaitan kemalangan maut, kesalahan memandu secara merbahaya, saman ekor dan masalah senarai hitam pemilik kenderaan.

"Kebanyakkan yang dinaikkan (dalam rang undang-undang) adalah kesalahan teknikal, katanya.

Wakil istana terima baik

Sebagai contoh, Mahfuz berkata masalah pertukaran alamat atau kegagalan memberi maklumat yang betul menyebabkan pengguna jalan raya akan dikenakan hukuman penjara.

"Ini bukan satu kesalahan jenayah yang berat," katanya.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Seri Paduka, dilampirkan juga hansard perbahasan di parlimen berhubung akta tersebut.

NONEMereka kelihatan memasuki Istana Negara pada jam 10.20 pagi dan kelihatan keluar kira-kira 15 minit kemudian.

Ditanya mengenai reaksi pihak Istana, Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata: "Wakil Tuanku menerimanya dengan baik".

Sementara itu, Taufek yang juga naib pengerusi KASE berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk menyusun langkah penerangan mengenai isu berkenaan kepada rakyat.

"Selagi rakyat tidak mendapat maklumat yang jelas tentang perkara ini, saya rasa rakyat tidak akan melihat isu ini sebagai isu yang besar," katanya.

http://malaysiakini.com/news/151501
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...