Kenyataan Profesor Zainal Kling bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh  British telah menimbulkan pelbagai polemik baru.
Kenyataan Zainal setaraf  sahaja dengan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang  tiba-tiba menukar kenyataannya kepada Mat Indera adalah  komunis.
Sedangkan, melalui buku 'Pengukir Nama Johor' yang diterbitkan  pada tahun 2004 oleh Yayasan Warisan Johor, Mat Indera dinobatkan sebagai salah  seorang hero Johor.
Buku itu merekodkan Mat Indera adalah pejuang  kemerdekaan dan bukannya komunis.
Namun kerana Umno sudah berpendirian  Mat Indera adalah komunis dan bukannya pejuang kemerdekaan, Abdul Ghani terpaksa  menukar kenyataan kepada Mat Indera adalah komunis.
Semuanya mahu  mengesahkan bahawa Umno sentiasa tidak salah walaupun Ghani terpaksa menukar  balik kandungan buku yang beliau buat kata pengantarnya sebelum ini.Namun nampaknya pegangan Mat Indera adalah komunis tidaklah  sekejap mana, mungkin kerana ia banyak bertentangan dengan fakta  sejarah.
Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia (gambar)  di muka depannya mencatatkan Mat Indera bukan lagi komunis tetapi  "lelaki tempatan yang bersekongkol dengan komunis."
Kes  Zainal Kling pun sama sahaja.
Mohamad Sabu mendakwa hero sebenar peristiwa Bukit Kepong adalah Mat Indera  bukannya polis yang bertugas di rumah pasong Bukit Kepong itu. 
Ini  kerana, kata Mat Sabu, Mat Indera menyerang rumah pasong British kerana polis  ketika itu (tahun 1950) adalah polis British yang sedang menjajah Tanah Melayu  pada ketika itu.
Jadi untuk membetulkan versi Umno bahawa polis ketika  itu adalah bertugas untuk tanah air, negara dan bangsa, datanglah Zainal Kling  atas nama Majlis Profesor Negara berkata, negara tidak pernah dijajah oleh  British. British hanya penaung sahaja bukan penjajah.
Jika tanah Melayu  ketika itu tidak dijajah oleh British maka betullah kata Umno bahawa Mat Sabu  telah menghina polis yang berpejuang mempertahankan negara.
Inilah cerita  yang cuba hendak diberikan kepada rakyat negara ini.
Komen Husam
Saya tertarik dengan komen yang diberikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam  Musa semalam.
Bagi Husam, kerajaan khasnya Menteri Pelajaran perlu  menarik balik semua buku sejarah di sekolah-sekolah di negara ini jika benar  kenyataan yang dibuat oleh Profesor Zainal Kling, negara ini tidak pernah  dijajah.
"Saya mahu Umno termasuk perdana menteri, timbalan dan khasnya  Menteri Pelajaran membuat pendirian, apakah sikap mereka terhadap kenyataan  itu.
"Jika benar kenyataan itu, semua buku teks sekolah perlu ditulis  semula," kata Husam kepada wartawan Harakahdaily. (Lihat video di  sini).
Beliau mengulas kenyataan Zainal Kling yang mendakwa negara ini  tidak pernah dijajah dan hanya dilindungi sahaja.
Bagi Husam yang juga  Exco kerajaan negeri Kelantan, pemimpin Umno kena bertanggung jawab dengan  kenyataan yang dibuat oleh Zainal Kling itu kerana dia ahli  Umno.
Sehubungan itu juga, beliau meminta supaya Zainal bertaubat kerana  kenyataan beliau boleh merosakkan negara.
"Bagi saya sejarawan seperti  ini pada saya boleh merosakkan negara kita kerana mereka boleh putar belit fakta  semata-mata untuk membolehkan Umno menjadi juara pada setiap masa.
"Prof  Zainal kena bertaubat dan jangan melampau dengan memutar belitkan fakta  sejarah," kata Husam.
Menurut Husam, sudah sekian lama British dalam  dokumen-dokumennya di London menganggap Malaya adalah tanah jajahan  mereka.
Oleh itu, apabila Zainal Kling membuat kenyataan sebegini, ia  satu usaha untuk menulis semula sejarah yang sudah dimaktubkan dalam pelbagai  dokumen sejarah.
Bagi Husam, jika kita menganggap orang puteh adalah  rakan kita yang sama-sama mentadbir negara ini, ia satu usaha untuk merombak  dokumen sejarah.
Ini kerana, bagi orang puteh, Tanah Melayu adalah  sebahagian dari negara koloni mereka.
Jika kita bersetuju dengan  kenyataan itu, kata Husam, kita juga kena berkata bahawa JWW Birch, residen  British yang dibunuh oleh Datuk Maharaja Lela di Pasir Salak adalah rakan kita  juga bukannya penjajah.
"Orang puteh ini pandai, mereka tidak buang raja  tetapi mengaut semua harta negara kita. Kalau mereka buang raja, sudah tentu  rakyat negara ini memberontak dan menghalau mereka," kata Husam.
Inilah  kisahnya dan lihatlah dari perspektif yang betul agar kita tidak tertipu oleh  sejarah kerana ada yang berkata "yang menang menulis sejarah, yang kalah menulis  pusi".
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakahdaily/5380-zainal-dan-ghani-cuba-tukar-sejarah
 
 
 Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu.Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.
Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu.Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.