Showing posts with label Kempen Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Kempen Pilihanraya. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Penduduk desak MPT turun bendera Umno

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 28 Ogos: Pelbagai pihak kesal dengan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang dilihat sengaja membiarkan bendera Umno dan BN serta pemidang yang digantung pada tiang lampu dan persimpangan sepanjang 12 kilometer dari mentakab ke Taman Kubang Gajah di sini.

Serentak dengan itu, mereka mendesak pihak berkuasa tempatan itu segera bertindak menurunkan bendera dan pemidang yang dipasang sempena menyambut kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu itu.

Seorang penduduk Jafri Ramli, 45, dari kampung Batu Satu di sini berkata bendera Umno dan BN yang di pasang sepanjang jalan itu bukan saja sangat menjolok mata tetapi juga menghalang pandangan pengguna jalan raya terutama di pusingan “U”.

"Beberapa tempat u-turn sepanjang jalan Mentakab ini terhalang pandangan akibat bendera Umno yang banyak, sebab itu saya minta MPT segera tanggalkan kerana ia mengganggu lalu lintas yang sibuk tambahan sempena orang ramai balik raya ini dan mencacatkan pandangan.

"Lagi pun jika yang dipasang sepanjang jalan itu bendera Malaysia, itu kita boleh katakan sambutan merdeka tapi bila bendera Umno dibiarkan terus sedangkan majlis bersama Perdana Menteri sudah empat hari berlalu, itu menampakkan seolah-olah MPT ejen Umno,”katanya kepada Harakahdaily.

Rabu lalu, Najib yang diiringi isterinya Rosmah telah bertemu pemimpin BN di pejabat Umno Temerloh sebelum hadir ke majlis berbuka puasa bersama pemimpin Umno seluruh Pahang dan penduduk tempatan di Taman Kubang Gajah, di sini.

Bagaimanapun program politik Umno bagi menyampaikan kempen pilihan raya umum (PRU) itu turut dijayakan oleh agensi kerajaan.

Shaari Saad, 39, dari Temerloh Jaya pula kesal kerana pihak MPT seolah-olah ‘double standard’ dalam tugasnya walaupun sudah berkali-kali beliau minta bendera Umno diturunkan.

“Jika bendera parti lain tergantung di tepi jalan saja pihak MPT akan segera merentapnya turun. Tapi bila bendera Umno sengaja dibiarkan dan seolah-olah untuk berkempen. Sedangkan sekarang belum lagi diisytiharkan pilihan raya dan sudah tentu ada pihak yang merasa tidak selesa.

“Saya sendiri telah berkali-kali menghubungi pejabat MPT meminta supaya diturunkan bendera Umno dan BN itu. Tetapi setakat ini tidak dilayan. Mereka perlu sedar bahawa tiang-tiang lampu dan persimpangan jalan itu merupakan harta awam, bukannya milik Umno,” tegasnya.

Sementara itu Yang Di-Pertua PAS Kawasan Temerloh, Haji Jusoh Darus yang diminta mengulas isu ini, berkata selain MPT sepatutnya Umno sendiri perlu bertanggungjawab.

“Janganlah Umno menjadi pihak pertama melanggar undang-undang kerana peraturan melarang diletak simbol parti politik di tempat awam adalah merupakan peraturan kerajaan.

“Jadi PAS Temerloh mahu Umno sendiri bersikap ‘pandai makan pandai simpan’ dengan segera menurunkan bendera mereka di tempat-tempat awam sebelum masyarakat yang sudah cerdik naik benci dengan gelagat sebuah parti yang memerintah,” katanya.

Tambahnya, tentulah tidak manis takdirnya ada kalangan penduduk mengambil tindakan sendiri merentap turun bendera Umno yang mereka tidak senang kerana mungkin boleh menyebabkan salah faham.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5139-penduduk-desak-mpt-turun-bendera-umno

Kempen "Protes BN" diperhebat sempena raya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Kelab Protes Harga Barang Naik (Protes BN) yang dilancar baru-baru ini memperhebatkan aktiviti kempen mereka kepada masyarakat menjelang Aidil Fitri ini.

Jumaat lalu, kumpulan yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, YB Taufik yang juga Adun Paroi telah bergerak ke Hentian Pudu bagi menyampaikan"goodies bag" kempen kepada semua pengguna yang sedang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung berhari raya.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada pimpinan dan aktivis Dewan Muslimat PAS Pusat.

Antara kandungan “goddies bag” itu ialah tiga Risalah Protes ‘BN’ yang baru-baru ini dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu di Kampung Baru, biskut raya, kad hari raya PAS Pusat dan DMPP berserta pelekat kereta “Terima Kasih BN, Harga Barang Naik, Hadiah Aidil Fitri Untuk Rakyat”.

Kumpulan yang disertai lebih 15 orang aktivis dan pimpinan Kelab yang tampil secara santai ini disambut baik oleh para pengguna. Hanya dalam tempoh tidak sampai setengah jam bahan yang disediakan lebih lima ratus set habis diedarkan di situ.

Kumpulan ini kemudiannya bergerak ke Jalan Masjid India setelah mendapat bantahan pihak pengurusan Hentian Pudu.

Di Jalan Masjid India pula lebih 2000 set bahan penerangan Protes ‘BN’ dan kad ucapan yang sama turut berjaya disampaikan kepada para pengunjung dalam tempoh lebih kurang sejam dan bersurai setelah hampir masuk waktu solat Juma’at.

Kempen di Jalan Masjid India telah diketuai oleh YB. Hjh Siti Zailah Mohd. Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bersama YB. Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua DMPP. Turut kelihatan ialah Ketua Penerangan DMPP, Saudari Aiman Athirah Al Jundi ; Che Azlina dan Hajjah Aida Yusof Rawa yang masing-masing ialah Setiausaha dan Bendahari DMPP.

Aktiviti kempen disambung kemudiannya pada sebelah petang lebih kurang jam 5.30 pm di lokasi hadapan Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Di situ lebih 1000 set bahan penerangan berjaya disampaikan kepada para pengguna yang melalui lokasi tersebut.

Jurucakap Kelab Protes ‘BN’, saudari Aiman Athirah Al Jundi yang ditemui merumuskan bahawa program kempen pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya.

"Kelab Protes ‘BN’ sangat komited untuk meningkatkan lagi segala usaha memberi kesedaran kepada rakyat akan pembaziran dan ketidakbijakan pentadbiran Najib yang akhirnya meletakkan hidup rakyat dalam kedudukan yang cukup terbeban.

"Sedangkan pada masa yang sama, elit kuasa BN bermewah dengan hasil mahsul kekayaan negara. Kami bersama dokongan padu kepimpinan Dewan Muslimat akan turun ke setiap pintu rumah bagi menggerakkan kesedaran para suri rumah bahawa kesukaran yang sedang kita lalui kini, insyaAllah ada jalan keluarnya," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5136-kempen-qprotes-bnq-diperhebat-sempena-raya

Reformasi pilihan raya: Bagaimana M'sia dinilai?

Reformasi pilihan raya: Bagaimana M'sia dinilai?
John R Malott
Ogos 27, 11
10:45am

ULASAN Ini adalah artikel kedua mengenai cadangan-cadangan yang dibuat untuk pembaharuan pilihan raya di Malaysia, kenyataan balas oleh kerajaan, dan keadaan di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.

Mebenarkan mengundi di luar negara

Ramai rakyat Malaysia mahu semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara diberikan hak mengundi, dan bukan hanya terhad untuk kakitangan kerajaan dan tentera yang ditugaskan di luar negara ataupun rakyat Malaysia yang menuntut di negara-negara asing.

azlanTerdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, tetapi menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, hanya 2,500 daripada mereka layak untuk mengundi.

Kerajaan juga gagal memberikan aalasan atau hujah yang kukuh mengenai mengapa tidak semua rakyat di luar negara diberikan hak untuk mengundi. Walau bagaimanapun, dua hari lalu pengerusi SPR Tan sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dilaporkan berkata "diharapkan" semua pengundi berdaftar yang tinggal di luar negera akan dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Sehingga kini, kerajaan dikatakan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi kerana bimbang sebahagian besar mereka bukan penyokong Umno atau rakan-rakan gabungan BN. Di samping itu, realiti etnik bahawa kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara adalah bukan Melayu, dan kemungkinan besar, mereka tidak akan mengundi Umno.

azlanJadi rumusan Umno, membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi, mungkin membawa padah kepada parti pemerintah itu.

Tiada konsensus antarabangsa yang jelas mengenai hak rakyat yang tinggal di luar negara untuk mengundi di negara-negara asal mereka.

Akses yang adil kepada media

Pengundi bermaklumat - yang hanya wujud jika terdapat aliran bebas maklumat tentang parti, calon-calon, dan latar belakang mereka - adalah penting untuk demokrasi yang sihat. BERSIH 2.0 telah menuntut untuk akses yang bebas dan adil kepada media untuk semua parti-parti politik yang bertanding.

azlanTerdapat banyak laporan antarabangsa yang menyokong tuntutan BERSIH itu. 'Wartawan Tanpa Sempadan' menempatkan Malaysia di tangga 141 daripada 178 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar.

Laporan Amalan Hak Asasi Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mampu untuk bersaing secara adil dengan gabungan yang didominisasi oleh Umno yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas berkempen dan kebebasan berhimpun serta berpersatuan.

Jabatan Negara itu melaporkan "berita-berita mengenai pembangkang disekat dan dilaporkan dengan gaya yang nyata berat sebelah."

Mari kita lihat cara-cara di mana maklumat tentang parti, calon-calon dan latar belakang mereka disebarkan di Malaysia.

NONE1) Media milik dan kawalan kerajaan, seperti RTM dan Bernama, adalah sepatutnya institusi awam untuk semua rakyat di Malaysia. Ini kerana perbelanjaan mereka dibiayai oleh semua pembayar cukai tanpa mengira fahaman politik mereka.

Tetapi dalam realiti, RTM dan Bernama menjadi senjata propaganda Umno dan BN. Malah RTM, tanpa silu menggunakan wang pembayar cukai untuk menyiarkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno. Hala tuju RTM dan Bernama adalah di bawah telunjuk Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan. Mereka sentiasa mengampu parti pemerintah dan mencela serta menjadikan parti pembangkang sebagai momokan.

bagan pinang by-election ec preparing postal votes 071009 deputy chief wan ahmadDi negara-negara lain dengan sistem penyiaran milik awam - sebagai contoh, UK, Australia, Jepun, dan Amerika Syarikat - akses diberikan kepada semua parti-parti politik, dan liputan dibuat tanpa berat sebelah.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad (bertali leher) telah berkata bahawa beliau tidak boleh memaksa akhbar dan stesen-stesen televisyen untuk melaporkan berita pembangkang.

Hakikat itu adalah benar. Perkara berkenaan bukan dalam bidang kuasa SPR. Tetapi ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan dan oleh itu topik berkenaan seharusnya dibincangkan dan bukan ditolak ketepi.

utusan on pas election2) Di Malaysia, akhbar dan stesen televisyen milik persendirian yang dikuasai oleh syarikat-syarikat di bawah kawalan Umno, MCA dan MIC, dan mereka dibenarkan menyebarkan pandangan mereka secara bebas kepada semua orang.

Sebagai kontras, tiada terdapat stesen televisyen atau radio yang dimiliki oleh penyokong pembangkang. Malah, akhbar-akhbar pembangkang juga tidak dibenarkan dijual secara terbuka. Ia hanya boleh diedarkan kepada ahli-ahli parti - amalan yang jelas diskriminasi.

3) Di sebalik sekatan itu, Wan Ahmad mendakwa pembangkang dan penyokongnya mempunyai akses kepada sumber-sumber media alternatif - portal berita di internet dan laman web serta blog. Ini juga adalah benar. Tetapi ini menjadikan 'pertandingan yang tidak seimbang'.

Pembangkang dipaksa untuk bertanding dan berkempen dengan satu tangan terikat di belakang. Mereka mempunyai senapang, tetapi pihak yang satu lagi mempunyai meriam.

azlanSesetengah laman alternatif jelas menyokong pembangkang. Portal lain (seperti Malaysiakini) cuba untuk memberikan pandangan yang lebih seimbang daripada media arus perdana dengan memberikan pandangan dari sudut yang berbeza. Hasilnya, laporan mereka sentiasa tidak disenangi oleh kerajaan.

Oleh itu, media alternatif seumpama itu sentiasa tertakluk kepada gangguan dan hambatan. Contohnya, pada pilihan raya negeri sarawak, April lalu, laman Malaysiakini diserang virus DDOS. Ini bertujuan menyekat aliran maklumat kepada pengundi Malaysia.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

JOHN R MALOTT adalah Duta amerika Syarikat ke Malaysia daripada 1995-1998, dan beliau terus memantau perkembangan negara ini.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/174250

Wednesday, August 24, 2011

Pengarah JPN berkempen untuk BN?

Posted by admin on August 23rd, 2011

Ramai guru di sini mengeluh panjang kerana dipaksa hadir pada program Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bersama pemimpin Umno di sebuah sekolah baru-baru ini.Lebih mengejutkan lagi mereka dikehendaki menandatangani kedatangan di majlis yang dinamakan sebagai ‘makan colek’ di dewan sebuah sekolah menengah.

Program berkenaan diadakan jam 10 hingga 12 malam yang menyaksikan pengarah JPN, pemimpin Umno menghentam kerajaan negeri, PAS dan membangkitkan semula isu Ladang Rakyat.

Guru terbabit yang enggan nama didedahkan memberitahu beliau terpaksa hadir kerana perlu menandatangani kedatangan pada majlis berkenaan.

“Kalau tidak dipaksa hadir berapa kerat sangat guru-guru di sini yang mahu datang. Namun kerana terpaksa saya datang juga biar pun sudah agak lewat malam.

“Tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah seorang pengarah datang berkempen secara terang-terangan berceramah bersama pemimpin Umno di sini,” katanya.

Beliau yang berpengalaman mengajar di luar Kelantan memberitahu terkejut dengan kerenah politik begitu kuat menguasai sektor pedidikan di negeri ini.

Sedangkan katanya banyak negeri tempat beliau mengajar pengarah naik pangkat bukan kerana politik, sebaliknya kelayakan.

“Di negeri ini saya diberitahu mereka yang menguasai JPN sejak 1990 dilantik kerana ihsan politik dan bukan kelayakan sebenar.

“Sebelum ini saya hanya dengar rakan-rakan yang menceritakan situasi itu, namun apabila balik mengajar di negeri sendiri barulah saya tahu kerenah politik begitu dahsyat,” katanya.

Menurutnya selepas pengarah berceramah, Timbalan Ketua Umno Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah pula berucap dengan menggunakan peluang menghentam PAS dan kerajaan negeri.

JPN Kelantan sekarang diketuai Hussain Awang difahamkan berasal dari Machang.

Seorang lagi guru mendakwa dalam ucapan di majlis berkenaan Hussain merayu guru-guru yang hadir memastikan keluarga mereka menyokong Umno dan BN pada pilihan raya akan datang.

Program makan colek itu difahamkan pada peringkat awal mengundangkan Tengku Razaleigh Hamzah, namun beliau digantikan Nozula.

Politik Umno menguasai JPN begitu ketara ketika di bawah Datuk Shafie Ismail dan Rahman Ali. Kedua-dua pengarah terbabit dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Malah ketika JPN di bawah Shafie guru-guru dipaksa menandatangani kedatangan hadir pada program bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


http://www.kl-today.com/2011/08/pegarah-jpn-berkempen-untuk-bn/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...