Showing posts with label Qazaf. Show all posts
Showing posts with label Qazaf. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Kes Qazaf: Anwar mohon lucutkan peguam JAWI

Hazlan Zakaria
Ogos 18, 11
12:46pm

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakli Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam samannya terhadap jabatan itu.

Beliau menamakan peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar sebagai responden dan memohon mahkamah supaya beliau ditegah dan tidak dibenar mewakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

NONEKetiga-tiga mereka terbabit dalam kes berhubung keenganan JAWI membenarkan tuntutan qazaf Anwar Ibrahim ke atas pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sedang berlangsung.

“Zainul bertindak secara tidak profesional, tidak jujur dan berniat jahat serta bercanggah dengan menegakkan keadilan, dan melanggar kod etika peguam syarie,” kata Kamar Ainiah Kamaruzaman (kiri) yang mewakili Anwar.

Gesaan itu dibuat berdasarkan reaksi Zainul yang dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan mahkamah sivil.

Sebelum ini, campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah syariah didakwa menjadi faktor kepada penangguhan kes Qazaf yang melibatkan Mohd Saiful dan Anwar Ibrahim yang kini menjangkau lebih daripada tiga tahun.

Alasan teknikal

Malah hak Ketua Umum PKR itu didakwa terus diketepikan apabila Zainul yang mewakili kerajaan sering menggunakan pelbagai alasan teknikal bagi mengelak kes tersebut daripada didengar sejak 2008.

NONE"Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan.

"Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat," kata Anwar.

Zainul (bawah) yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat.

Belum didengar

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijalDengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Rayuan itu belum didengar.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/173379

Qazaf: Anwar mohon lucut peguam Zainul Rijal

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan melucutkan peguam Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili kerajaan dan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam saman qazafnya.

Pemohonan itu dibuat melalui peguam yang mewakilinya, Kamar Ainiah Kamaruzaman di Mahakamah Syariah pagi tadi.

Zainul adalah peguam mewakili tiga pihak yang disaman Anwar kerana didakwa mempengaruhi keputusan keengganan Jawi meneruskan tuntutan qazaf Anwar Ibrahim ke atas pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sedang berlangsung.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah ketua jabatan pendakwaan JAWI, Shamsuddin Hussain, pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan Shamsuddin mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf.

Kes yang difailkan pada 2008 itu kini menjangkau lebih daripada tiga tahun tertangguh.

Dalam reaksinya, Anwar yang turut hadir di mahkamah bersama isteri hari ini berkata, campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah Syariah merupakan faktor utama kes itu tertangguh.

Malah menurutnya, Zainul dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan Mahkamah sivil.

"Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan.

"Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat," kata beliau kepada pemberita.

Zainul yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat.

Malah perkara tersebut turut diakui oleh Timbalan Menteri pada sidang Parlimen Jun lalu.

Sementara itu, peguam Kamar Ainiah berkata tuntutan tersebut berpatutan memandangkan beberapa kenyataan Zainul kepada media sebelum ini didakwa telah menjejaskan kewibawaan dan sistem Mahkamah Syariah selain berlawanan dengan etika peguam syarie.

Malah, beliau turut menyifatkan tindakan Zainul tidak profesional selain wujudnya konflik berkepentingan terhadap responden.

“Zainul bertindak secara tidak profesional, tidak jujur dan berniat jahat serta bercanggah dengan menegakkan keadilan, dan melanggar kod etika peguam syarie.

"Saya tidak dapat memberitahu butiran terperinci kerana saya kena sampaikan dulu permohonan tersebut tapi antaranya beliau telah melanggar etika peguam syarie dalam perwakilan di mahkamah syariah," katanya.



http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4986-qazaf-anwar-mohon-lucut-peguam-zainul-rijal

Monday, June 27, 2011

Jamil Khir nafi zakat diguna bagi yuran peguam

Jamil Khir nafi zakat diguna bagi yuran peguam
Jun 23, 11 5:16pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini, menafikan laporan harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali.

NONEBeliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.

"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Semalam ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution mengecam Che Mat kerana didakwa menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Anwar.

Dakwanya, wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir dan ditandatangani sendiri oleh Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April tahun lalu.

NONEMenurut Saifuddin dakwaan tersebut diakui sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dengan alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman tersebut.

"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," katanya.

"Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che Mat Ali juga orang yang sama.,” kata Saifuddin.


http://malaysiakini.com/news/167838

Bayaran kes qazaf, peguam minta pandangan mufti

Jun 23, 11 2:07pm

Firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir meminta pandangan mufti Wilayah Persekutuan berhubung laporan yang mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

azlanDalam kes tersebut, firma guaman berkenaan mewakili responden, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Che Mat dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan ketika itu, Shamsuddin Hussain.

Dalam satu kenyataan hari ini, firma guaman itu berkata, ia telahpun menghubungi mufti berkenaan bagi mendapatkan pandangan dan membuat tindakan lanjut.

"Firma ini akan akur dengan apa jua arahan/nasihat yang akan diberi oleh pihak mufti jika ianya berkaitan dengan firma ini," kata rakan kongsi kanan firma guaman itu, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Katanya, tiga peguam syarie telah mewakili ketiga-tiga responden termasuk beliau sendiri serta Roslizam Rahim dan Mohd Firdaus Mohamed Ariffin.

"Peguam syarie berkenaan telah mengendalikan kes tersebut dan pada 25 Oktober 2010, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah membatalkan permohonan Datuk Seri Anwar," katanya sambil menambah, Anwar juga telah merayu terhadap keputusan tersebut dan tarikhnya belum ditetapkan.

Menurutnya, pada 19 Mac, firma berkenaan telah mengeluarkan bil yuran perkhidmatan berjumlah RM32,150 kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi perkhidmatan yang diberikan kepada responden.

"Bil tersebut dituju kepada MAIWP kerana responden disaman atas kapasiti rasmi mereka. Pada 29 April 2010, kami telah menerima sekeping cek berjumlah RM32,150 bagi pelunasan bil tersebut.

"Tertera di atas cek tersebut nama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Tidak tertulis langsung di atas cek tersebut dana diambil dari sumber zakat ataupun apa-apa sumber lain," katanya.

Menurut Zainul lagi, firma tersebut tidak mengetahui langsung bayaran yang dibuat diambil dari sumber mana.

"Bukan menjadi polisi firma untuk menyiasat apa-apa bayaran yang diterima dari mana-mana anakguam, sumber atau punca bayarannya.

"Saya juga yakin mana-mana firma lain, juga tidak mengamalkan menyiasat sumber dana kesemua anakguam mereka," tambahnya.

Berikutan itu, tegasnya, firma guaman itu telah meminta pandangan mufti Wilayah Persekutuan dan akan akur dengan apa juga arahan/nasihat beliau jika ia berkaitan dengan pihaknya.

"Saya juga menyarankan pihak-pihak yang mempersoalkan perkara ini, mengambil panduan dari mufti Wilayah Persekutuan bagi menyelesaikan isu ini selari dengan kehendak hukum Syarak.

"Sekali lagi saya menegaskan bahawa firma ini tidak terlibat langsung mengenai bagaimana cara pembayaran yang dibuat oleh MAIWP," tegas Zainul.


http://malaysiakini.com/news/167800
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...