Showing posts with label PAC - JKKWN. Show all posts
Showing posts with label PAC - JKKWN. Show all posts

Friday, October 14, 2011

KERAJAAN GAGAL SERAH LAPORAN AUDIT?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 13TH, 2011

Pakatan Rakyat bercadang untuk membawa usul tergempar mengenai kegagalan kerajaan menyerahkan Laporan Audit Negara kepada Ahli Parlimen pada Isnin ini.Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun sudah memasuki hari keempat sesi perbahasan belanjawan 2012, laporan tersebut masih belum diserahkan kepada Ahli Parlimen.”Jadi kita cadang untuk bawa usul mengenai perkara tersebut kerana hari ini sudah masuk hari keempat sesi perbahasan tapi laporan masih tiada.

“Kegagalan itu sudah tentu memalukan kerajaan kerana laporan audit akan menjadi bahan rujukan untuk perbahasan kami bagi mengetengahkan persoalan berkaitan pengurusan perbelanjaan sebelum ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Khamis.

Beliau turut mempersoalkan ketiadaan laporan itu sedangkan sesetengah negeri termasuk Kelantan sudah menerima laporan audit negeri masing-masing.

Katanya, Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap perkara ini dan tidak seharusnya menunggu sehingga ianya dituntut.

“Kalau di luar negara, PAC dipengerusikan wakil pembangkang jadi senang untuk menggesa kerajaan tapi di Malaysia PAC diketuai wakil kerajaan sebab itu lambat bertindak,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar meminta Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid menjelaskan perkara tersebut.

“Kita minta Azmi Khalid jelaskan perkara ini kerana bukan saja Ahli Parlimen tapi rakyat juga menunggu untuk mengetahui laporan kewangan negara,” katanya.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, Jabatan Audit Negara turut terkejut apabila beliau memaklumkan bahawa Ahli Parlimen belum menerima laporan itu.

“Pegawai jabatan itu terkejut dan menyatakan Ketua Pengarah sendiri gembira kerana laporan tersebut siap lebih awal berbanding tahun lalu dan lengkap.

“Jadi kita hairan. Di manakah sangkutnya laporan itu? Adakah di Parlimen atau berada di tangan menteri tertentu,” tambahnya.

http://www.kl-today.com/2011/10/kerajaan-gagal-serah-laporan-audit/

Thursday, July 21, 2011

DAP: ADUN Umno bina banglo tanpa kelulusan

DAP: ADUN Umno bina banglo tanpa kelulusan
Jul 19, 11 6:26pm

Ketua Pembangkang Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mempersoalkan integriti pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) negeri itu Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman yang didakwa membina sebuah banglo di Simpang Renggam tanpa kelulusan pihak majlis tempatan.

datuk abdul hamid abdul rahman, Adun Machap 081206Bagaimananpun Abdul Hamid yang juga ADUN Machap dalam kenyataannya menafikan dakwaan itu dan berkata Boo yang juga ADUN Skudai itu cuba menepis isu sebenar yang dirinya diperintah keluar dari dewan undangan negeri baru-baru ini kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Hamid mengakui tapak tanah di mana banglonya didirikan itu adalah tanah miliknya yang diklasifikasikan sebagai tanah pertanian.

“Saya telah memohon untuk permit sebelum pilihan raya 2008 tetapi pihak majlis tempatan belum meluluskannya. Oleh kerana belum ada kelulusan, maka saya menghentikan projek itu,” kata Abdul Hamid.

Boo, yang juga pemimpin DAP Johor pada sidang akhbarnya hari ini mahu ADUN Machap itu dibawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Johor supaya tindakan diambil berhubung integritinya.

NONE“Integriti beliau perlu disiasat sebab gagal mematuhi undang-undang di mana pelan bangunan rumah kediaman baru beliau perlu diluluskan oleh PBT sebelum pembinaan dimulakan,” kata Boo.

“Saya juga mencabar Menteri Besar Johor menjelaskan pendirian beliau sama ada Abdul Hamid masih memperolehi integriti dan keyakinan awam untuk memegang jawatan Pengerusi PAC selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Boo mendakwa rumah Abdul Hamid terletak di lot tanah seluas 2.16 hektar yang bernilai RM280,000 dan menjangkakan bangunan banglo itu apabila siap kelak akan menelan belanja bernilai di antara RM1.5 juta hingga RM2.5 juta.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/170412

Thursday, March 3, 2011

Ahli PAC pertikai tuduhan 'ringan' bekas menteri

Ahli PAC pertikai tuduhan 'ringan' bekas menteri
Regina Lee
Mac 2, 11
11:27am

Seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mempersoalkan 'tuduhan ringan' yang dikenakan kepada bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung kaitannya dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

kamaruddin jaafar kamaruddin jaffarAhli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, apabila ahli politik BN yang berprofail tinggi didakwa, tuduhan yang lazim dikenakan adalah ringan.

"Saya ingin tahu mengapa sedemikian. Perkara yang sama berlaku dengan (bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo dan bekas setiauasha politik (bekas menteri kewangan) Nor Mohamed Yakcop," kata Kamaruddin ketika dihubungi.

"Hal ini seakan telah menjadi pola sekarang apabila membabitkan kes-kes berprofail tinggi. Ahli politik BN yang didakwa - jika mereka didakwa - akan dikenakan hukuman yang paling ringan.”

NONEChan pada Isnin lalu dikenakan tiga pertuduhan menipu, yang membawa hukuman maksimum lima tahun setiap satu atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, PAC selepas inkuirinya pernah mencadangkan Chan disiasat untuk tuduhan pecah amanah(CBT), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan rotan dan denda bagi pegawai kerajaan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/157459

Saturday, November 27, 2010

Pelabuhan, lapangan terbang PP diswastakan?

Pelabuhan, lapangan terbang PP diswastakan?

S Pathmawathy
Nov 24, 10
4:17pm

DAP menggesa kerajaan untuk memberi penjelasan berhubung cadangan menswastakan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), sebuah syarikat perbadanan kementerian kewangan.

syed mokhtar al bukharyMengikut laporan portal berita Singapore's AsiaOne, pelabuhan paling tua di negara ini dikatakan akan dibeli oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

PPSB baru-baru ini mencuri tumpuan apabila disenaraikan dalam Laporan Audit Negara 2009 dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana gagal melengkapkan pembinaan projeknya sehingga menyebabkan kos meningkat kepada RM6.71 juta.

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya) melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan kerajaan yang merundingkan penjualan aset itu secara langsung tanpa melalui tender terbuka meskipun kerajaan berjanji mengurangkan perjanjian seumpama itu.

Menurut laporan AsiaOne, kerajaan besar kemungkinan akan meluluskan cadangan pengambil-alihan Pelabuhan Pulau Pinang kepada Syed Mokhtar.

Beliau sekarang adalah pengendali pelabuhan yang terbesar di negara ini melalui syarikatnya MMC Corporation, dan juga memiliki dua pelabuhan yang tersibuk di Johor iaitu Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.


“Terdapat perubahaan sifar di mana entiti kerajaan terus diswastakan meskipun pelbagai kegagalan seperti yang disaksikan berlaku pada 1980an dan 1990an. Kita saksikan kegagalan sistem aliran transit (LRT), bas, syarikat air dan pengeluar tenaga bebas (IPP),” kata Pua.

“Kenapa tidak ada tender terbuka untuk melihat siapa yang terbaik boleh memabngunkan Pelabuhan Pulau Pinang? Berapa banyak pelaburan yang boleh dimasuk untuk menjadikan pelabuhan itu bertaraf dunia di rantau ini?” soalnya lagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan bahawa Kumpulan Syed Mokhtar Albukhary (bawah, kiri) akan mengambil alih operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menjawab soalan Jeff Ooi (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat hari ini, Abdul Rahim berkata beliau juga tidak tahu wujudnya cadangan seumpama itu.

"Saya tidak ada maklumat mengenai perkara itu dan tidak tahu adanya sebarang cadangan ini," katanya dalam reaksinya kepada soalan Ooi yang bertanya sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan.

Mengenai soalan sama ada terminal tambang murah akan dibina di Pulau Pinang yang turut dibangkitkan Ooi, Abdul Rahim berkata kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk menambah baik dan perluasan lapangan terbang sedia ada yang telah siap kira-kira 34 peratus.

Projek perluasan lapangan terbang itu akan memanfaatkan syarikat penerbangan tambang murah dan penerbangan utama, katanya.


http://malaysiakini.com/news/149054

PAC tidak boleh siasat Sime Darby, kata Azmi Khalid

Nov 23, 10 7:25pm

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak layak untuk menyiasat Sime Darby Bhd (Sime Darby) kerana konglomerat itu bukan sebuah jabatan kerajaan.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidPengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata Sime Darby adalah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pemegang saham terbesarnya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menjelaskan bahawa PNB dan KWSP bukan ditakrif sebagai jabatan kerajaan kerana sumber kewangannya datang daripada individu-individu yang membuat pelaburan.

"Kalau KWSP, dana-dana yang dikeluarkan adalah yang disimpan oleh penyimpan KWSP dan dana yang digunakan PNB datang dari pelabur-pelabur persendirian," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Berpandukan perkara 77 peraturan mesyuarat Parlimen, PAC boleh memeriksa sebarang kira-kira badan pentadbiran raya dan pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam Parlimen, katanya.

"Berdasarkan kepada peraturan mesyuarat Parlimen ini, Sime Darby bukanlah satu badan yang layak untuk disiasat oleh PAC," kata Azmi.

azlanPada Mei lalu, Sime Darby mengumumkan kerugian kira-kira RM1.63 bilion berikutan berlakunya lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.

Akibat kerugian itu, pelbagai pihak menggesa supaya PAC membuat siasatan berhubung kerugian yang dialami oleh syarikat konglomerat itu.

Sementara itu, berikutan Laporan Audit 2009, PAC akan memanggil Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberi penjelasan berhubung Politeknik Muadzam Shah di Pahang yang masih belum siap walaupun pembinaannya telah dimulakana kira-kira 10 tahun lalu, katanya.

PAC juga akan memanggil Kementerian Pertahanan berhubung pembinaan Kompleks 7 Briged Kem Skudai, Johor dan Kementerian Kesihatan mengenai aktiviti rawatan penyakit buah pinggang.

"Minggu depan, PAC akan panggil Pengurusan Pembangunan Pelaburan Antarabangsa Tuna Malaysia yang berada di bawah badan berkanun persekutuan," katanya.

azlanSelain itu, pihaknya telah memanggil beberapa badan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Badan (PTPTN) ini sudah dipanggil sebanyak dua kali termasuk pagi tadi manakala Kementerian Pelajaran pula dipanggil dua bulan lalu mengenai pengurusan rancangan makanan tambahan (RMT) di sekolah-sekolah," katanya.

Azmi berkata PAC akan mengeluarkan laporan siasatan tidak lama lagi dan enggan memberi penjelasan lanjut mengenai agensi yang sudah disiasat.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/148978

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...