Showing posts with label Carnival and Expo. Show all posts
Showing posts with label Carnival and Expo. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Program tiga tahun Pakatan S'gor tumpu agenda rakyat

Salhan K Ahmad
Mac 6, 11
3:40pm

Setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi hadir ke majlis sambutan tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor pada malam tadi dengan wajah yang tenang.

Bekas pengarah Jabatan Agama Islam yang kelihatan segak dengan mengenakan baju batik itu ditempatkan di tempat duduk utama di atas pentas majlis berkenaan.

Malah beliau turut bersama-sama pemimpin Pakatan yang lain untuk menyempurnakan satu gimik pelancaran dalam majlis yang sama.

NONEGimik berkenaan adalah bagi pelancaran risalah 'buku jingga' Pakatan yang menggariskan program-program yang akan dijalankan dalam masa 100 hari sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas ini.

Sebaik saja menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim selesai memberikan ucapan, beliau turut bangun dan bersalaman dengan Khalid sambil bibirnya menguntumkan senyuman.

Namun, ketika Khalid sedang menyudahkan ucapannya sebelum itu, wajah Mohammed Khusrin ternyata serius.

Khalid menamatkan ucapan beliau itu dengan rayuan kepada para penjawat awam serta para pemimpin yang dilantik dalam pentadbiran negeri Selangor supaya "lebih memahami kemahuan rakyat Selangor."

"Sekarang bukan rakyat yang kena minta, tapi kerajaan yang kena bagi. Rakyat yang menjadi tuan kepada pentadbiran kita," kata Khalid dalam ucapannya.

selangor government launch orange book 060311 khalidDalam ucapan itu, Khalid turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri itu akan melancarkan program tiga tahun untuk pembangunan Selangor dalam satu rancangan yang dinamakan Agenda Selangor Untuk Rakyat.

Program yang akan dilancarkan pada 26 Mac itu merupakan rangka kepada semua aspek pembangunan yang akan dijalankan di Selangor, kata Khalid.

Dalam program berkenaan, tumpuan akan diberikan ke atas usaha untuk menyelamatkan khazanah Selangor seperti melalui hasil air, galian dan juga hasil melalui syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri, katanya lagi.

Tempoh 1,000 hari atau tiga tahun sebelum ini telah membolehkan kerajaan negeri mengenalpasti "kebocoran" melalui hutang yang tidak dikutip oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Melalui usaha yang dijalankan, kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan semula RM392 juta daripada jumlah yang tidak dikutip itu.

"Kita tidak ambil duit kerajaan Selangor atau persekutuan tapi dari perkara yang dulunya bocor dan tidak dikutip, kita ambil dan beri kepada rakyat. Inilah yang dikatakan hasil negeri untuk rakyat

"Duit itu kita telah mula gunakan, contohnya RM20 juta yang diperuntukkan dan dilancarkan untuk masyarakat miskin di bandar," katanya lagi disambut tepukan pada majlis itu.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga telah mengenalpasti aset air milik rakyat bernilai lebih RM10.9 bilion.

selangor government launch orange book shah alam 060311 1Kini, kerajaan negeri sedang berusaha untuk menjadikan pentadbiran air itu dibuat secara telus, tertib dan menguntungkan rakyat, kata Khalid.

Tambahnya, kerajaan negeri juga berjaya mendapatkan semula hasil daripada perlombongan pasir berjumlah RM50 juta melalui syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd.


Turut berucap di majlis itu ialah ahli parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mewakili DAP dan juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Pesuruhjaya PAS negeri dan juga exco hal ehwal agama Islamnya Datuk Hasan Ali turut menyampaikan ucapannya di majlis berkenaan.

Sambutan tiga tahun pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor itu diadakan selama dua hari di Stadium Malawati di Shah Alam yang berakhir hari ini.

Antara acara lain sepanjang dua hari program tersebut ialah pertandingan futsal, go-kart, persembahan kesenian, pameran, pertandingan memasak dan pertanding mewarna untuk kanak-kanak.


http://malaysiakini.com/news/157864

Friday, March 4, 2011

Rockers pun kena ikut Rasulullah

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 27 Feb: Jadilah sebagai sesiapa pun di dunia ini termasuk anggota kumpulan dan peminat rockers, namun setiap orang mestilah ingat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik kepada semua.

Ingatan itu dititipkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor yang bercakap di dalam majlis tazkirah sempena Ijtima' Rockers yang diadakan di pekarangan Stadium Malawati, malam tadi.

Majlis Green Zone itu diadakan sebagai aktiviti sampingan ketika mana peminat Maher Zain yang sempat membeli tiket menikmati dendangannya di dalam stadium, mereka yang datang namun tidak dapat masuk boleh mengikuti hiburan di luar.

Beberapa kumpulan rock telah mengadakan persembahan namun terbaiknya kerana boleh dikatakan setiap lagu dimasukkan unsur ketuhanan dengan lirik puitis dilagukan mereka sama ada secara solo atau berkumpulan.

Berselang seli dengan nyanyian rock itulah, Riduan menjelaskan keperluan semua manusia kembali kepada Allah dan Rasulnya dalam usaha menjayakan kehidupan sebagai Muslim di atas dunia penuh cabaran ini.

"Rabiul Awwal yang kita sambut bukan sahaja merupakan tarikh kelahiran Nabi kita, ia juga adalah bulan kewafatan dan peristiwa hijrah Nabi Muhammad daripada Makkah ke Madinah dalam usaha penegakan sebuah Negara Islam," tegasnya.

Beliau juga menyatakan keperluan menjadikan Nabi sebagai ikutan walaupun mereka berambut panjang atau pendek, berjanggut atau bermisai, suka kumpulan Loudness, Scorpion atau Deep Purple, mereka wajar ingat cintai Nabi adalah wajib.

Sebagai orang muda, jelasnya, boleh mendengar lagu namun mereka hendaklah berikan masa untuk mengkaji bagaimana Nabi mengubah sistem kehidupan jahiliah daripada buruk kepada terlebih baik.

"Sebagai orang muda, kita hendaklah menjadikan kehidupan kita menjadi lebih manfaat, ya kita berhenti sekejap untuk beri laluan kepada adik kita untuk meneruskan persembahan dan kita jumpa lagi selepas ini," jelasnya.

Banyak acara lagi yang diadakan sepanjang sehari program Green Zone ini termasuklah acara pertandingan nyanyian lagu Maher Zain dan sebagainya di mana hadiah kepada pemenang disampaikan sendiri oleh Maher.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31094:rockers-pun-kena-ikut-rasulullah&catid=58:negeri-selangor-darul-ehsan&Itemid=103

Thursday, March 3, 2011

Karnival tiga tahun pentadbiran Pakatan S'gor

Mac 2, 11 4:37pm

Karnival sambutan tiga tahun pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor akan diadakan di Stadium Malawati di Shah Alam pada hari Sabtu dan Ahad ini .

Acara kemuncak sambutan tersebut ialah pelancaran Buku Jingga oleh Menteri Besar, Tan Si Abdul Khalid Ibrahim dan ceramah perdana oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Kita akan melancarkan Buku Jingga iaitu buku yang menggambarkan program-program besar Pakatan Rakya jika menawan Putrajaya dalam tempoh 100 hari untuk kebaikan rakyat," kata Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dalam sidang media selepas mesyuarat exco.

Dr Hassan juga merupakan pengerusi jawatankuasa sambutan dan pesuruhjaya PAS Selangor.

Sebanyak 28 jabatan dan agensi serta 22 pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan mengadakan pameran dan jualan sepanjang karnival berlangsung.

Dalam kenyataaan yang diedarkan kepada media, majlis tersebut akan dimeriahkan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan oleh Perbadanan Adat Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Antara acara lain sepanjang dua hari program tersebut ialah pertandingan futsal, go-kart, persembahan kesenian, pameran, pertandingan memasak dan pertanding mewarna untuk kanak-kanak.

Pertandingan futsal akan diadakan di Gelanggang Futsal Extreme Park, Shah Alam, manakala pertandingan go-kart diadakan di litar go-kart Stadium Shah Alam.


http://malaysiakini.com/news/157516

Saturday, January 15, 2011

Selangor usaha perbanyak kemudahan pelancongan

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 15 Jan: Pameran Pelancongan Antarabangsa MATTA Selangor; Umrah dan Destinasi Muslim (MASUM) ke-4 sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dekat sini sehingga esok.

Perasmian MASUM petang semalam telah disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berucap memberikan penekanan peri pentingnya bidang pelancongan dibangunkan khususnya di Selangor.

Menurutnya, jika diambil satu perempat sahaja jumlah umat Islam seramai 1,000 juta di seluruh dunia, bidang pelancongan mampu dikembangkan dengan pesatnya kerana ia boleh memberi pulangan besar kepada industri ini.

"Sudah pasti jumlah pelancong sebanyak 250 juta itu boleh mendatangkan pulangan besar kepada bidang ini yang lebih banyak terarah kepada sektor perkhidmatan," tegasnya.

Abdul Khalid memberi jaminan berusaha untuk memperbanyakkan lagi kemudahan pelancongan di Negeri Selangor khususnya bagi memastikan negeri ini mampu berada dalam peta pelancongan dunia.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan pihak berwajib agar mewujudkan satu tabung khas berbentuk insuran bagi menjaga kemaslahatan pelancong jika apa-apa berlaku terhadap mereka ketika berada dalam pakej terlibat.

Katanya, isu ini boleh dijayakan dengan penglibatan ramai peserta menjadikan jumlah premiumnya rendah namun dapat menampung keperluan mereka yang mencarum untuk mencapai hasrat terbabit.

"Setelah itu, adalah lebih baik ganjaran yang diperolehi itu boleh dikeluarkan dengan segera secara tunai di mana-mana mesin auto-teller di seluruh dunia," tambahnya lagi.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti Elizabeth Wong, Teresa Kok dan Dr Halimah Ali serta Pengerusi MATTA Malaysia, Datuk Mohd Khalid Harun dan Pengerusi MATTA Selangor, Mohd Akil Yusof.

Menurut Akil, sebanyak 110 petak telah dipenuhi dalam pameran kali ini yang melibatkan syarikat kembara sebanyak 34 agensi, bukan agensi kembara (22), syarikat penerbangan (8) seperti Gulf Air, Egypt Air, Oman Air, Jet Airways, Firefly, MAS, Qatar Airlines dan Fly Emirates.

MASUM 2011 ini adalah anjuran MATTA Cawangan Selangor dengan kerjasama Tourism Selangor, PADAT, MBSA dan SACC yang memberikan fokus umrah dan destinasi pelancongan Muslim ke seluruh dunia.

Sepanjang program berlangsung, diadakan satu pameran dibawa khas dari Negara Turki dengan tema The Sacred Trust of Prophet Muhammad SAW. difahamkan pertama kali diadakan di luar negara itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30359:selangor-usaha-perbanyak-kemudahan-pelancongan&catid=1:utama&Itemid=50

Monday, January 10, 2011

Kita Bersaudara tanpa kira kaum, agama

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Lajnah Penerangan dan Dakwah khususnya skuad Kita Bersaudara yang baru dilancarkan semalam harus digunakan sebagai medium pendidikan kepada rakyat mengenai semangat persaudaraan tanpa mengira kaum dan agama.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, skuad Kita Bersaudara harus menyediakan satu garis panduan yang sesuai digunakan oleh semua peringkat dalam parti bagi kelangsungan gerak kerja penerangan kepada semua kaum.

(Gambar: Mahfuz menyerahkan sijil keahlian DHPP.)

"Program begini sangat baik yang sepatutnya tidak boleh habis di sini, tapi harus dikembangkan di pelbagai peringkat dengan menyediakan satu garis panduan yang mudah diikuti oleh organisasi dalam parti untuk menghidupkan program melibatkan semua kaum ini," kata beliau ketika ditemui di mjlis pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, dekat sini petang semalam.

Menurut beliau, unsur pendidikan mengenai persaudaraan antara kaum harus ditekankan dalam setiap program yang dilaksanakan pihak lajnah.

"Bukan sekadar buat program dengan satu keramaian sahaja tapi yang penting mesti ada unsur bagaimana proses pendidikan kepada rakyat pelbagai kaum untuk buang sifat perkauman yang melampau sehingga tidak melihat rakyat Malaysia ini sebagai satu keluarga," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya skuad Kita Bersaudara ini juga dapat mewakili suara anak muda yang inginkan pembaharuan dan membenci sifat perkauman.

"Ini satu proses pendidikan iaitu dalam kumpulan ini, terdiri daripada wanita muda yang menggambarkan citarasa golongan muda yang bukan hanya boleh dihayati oleh wanita muda tapi keseluruhan masyarakat.

"Ini juga boleh menggambarkan perasasan anak muda yang tak mahu lagi melihat negara kita dipenuhi dengan sifat perkauman," katanya lagi.

Ujarnya, pemikiran anak muda tidak harus terus dirosakkan dengan menanamkan sifat perkauman yang melampau.

"Generasi yang sudah melangkaui era 50 dan 60-an tidak harus dirosakkan lagi pemiliran mereka.

"Mereka sedang membawa peradaban baru iaitu peradaban kita adalah bersaudara," katanya.

Beliau sebelum itu menyampaikan sijil keahlian seumur hidup PAS kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Sementara itu, program sehari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu diwarnai dengan pelbagai aktiviti melibatkan semua kaum dan peringkat umur.

Program khidmat kesihatan percuma yang disediakan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), dan persatuan rawatan secara Islam mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada golongan dewasa lelaki dan wanita.

Turut dibuka ialah kaunter derma organ dan perkhidmatan derma darah serta rawatan refleksologi dari orang kelainan upaya (OKU).

Manakala kanak-kanak pula berpeluang menunjukkan bakat masing-masing melalui pertandingan melukis dan mewarna bersama pasukan kartunis Ujang dan Kluang Man manakala golongan remaja pula diuji ketajaman minda mereka dalam pertandingan eksplorasi minda yang dijalankan di kawasan sekitar.

Turut berlangsung lelong amal barangan berharga milik pimpinan PAS antaranya barangan peribadi bekas Mursyidul Am, Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa.

Tidak ketinggalan acara cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej percutian ke Pulau Redang.

Kumpulan dikir barat Salam Pantai Timur dari Kelantan, pasukan gendang tiga budaya serta kumpulan kompang dari Ampang pula diundang khas untuk membuat persembahan mereka.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat, (DMPP), Aiman Athirah Al-Jundi menyifatkan program dengan kerjasama pusat khidmat wakil rakyat Titiwangsa itu sebagai berjaya membawa mesej persaudaraan.

Ujarnya, meskipun melalui pelbagai halangan termasuk kekurangan dana, namun pihaknya berjaya melaksanakan program sedemikian dan berjanji akan meneruskannya pada masa akan datang.

"Tugas yang lajnah kami pikul ini bukan tugas mudah. Selain merentasi kaum, bangsa, agama dan budaya, kami juga mengalami masalah kekurangan dana untuk melaksanakan program.

"Tapi berkat kesungguhan pihak kami, kami berjaya sampai ke perkampungan orang asli di Semenanjung, ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

"Insya Allah usaha menghapuskan sifat perkauman ini akan kami teruskan sehingga mesej persaudaraan benar-benar sampai kepada rakyat di negara ini," katanya. 

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30255:kita-bersaudara-tanpa-kira-kaum-agama&catid=1:utama&Itemid=50

PAS bersikap terbuka kepada semua kaum

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS bersikap terbuka kepada semua kaum di negara ini bukan bertujuan meraih sokongan politik semata-mata sebaliknya kerana mengikut perintah Allah Taala, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, Islam sememangnya tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam namun umat Islam diwajibkan menjalinkan hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

"Kita berhimpun di sini untuk melancarkan Sua Kasih kita bersaudara melibatkan semua kaum, bukan secara pandai-pandai diatur oleh PAS.

"Sebenarnya inilah perintah Allah SWT yang menurunkan ajaran Islam. Walaupun kita umat Islam mengakui dan percaya bahawa Islam mengajak kaum yang lain bersama kita dan dalam masa yang sama kita dilarang memaksa pengganut agama lain mengikut agama kita.

“Tapi dalam masa yang sama kita diwajibkan menghubungkan kasih sayang sesama manusia, bukan sahaja terdiri darpada pelbagai kaum dan bangsa bahkan terdiri daripada pelbagai agama," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, dekat sini petang tadi.

Menurut beliau juga, PAS hanya menjalankan peranannya mewujudkan kemakmuran tanpa diskriminasi kaum seperti yang diperintahkan Allah.

"Peranan manusia di atas muka bumi ini bagi memakmurkannya dan Allah mewajibkan manusia hidup bermasyarakat.

"Allah membahagikan manusia ke seluruh pelusuk dunia, yang hidup di tempat masing-masing, dengan cuaca masing-masing, hasil bumi masing-masing, bangsa dan budaya masing-masing," katanya di hadapan kira-kira seribu tetamu yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India.

Program anjuran bersama Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat (LPD DMPP) dan pusat khidmat masyarakat parlimen Titiwangsa itu turut dihadiri Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan-pimpinan yang lain.

Antaranya setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, bendahari, Dr. Mohd Hatta Ramli, Ketua Muslimat, Nuridah Salleh dan beberapa pimpinan lain.

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada beberpa negeri juga memenuhi majlis dengan diketuai pengerusinya, Hu Pang Chau.

Sementara itu, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang juga ahli jawatan kuasa muslimat PAS Pusat berkata, program tersebut terlaksana di atas kesedaran peri pentingnya mewujudkan persaudaraan sesama manusia, bukan lakonan untuk meraih sokongan rakyat.

"Kita tidak bercakap retorik, kita tidak berbelanja jutaan ringgit, kita tidak ada penasihat daripada Apco yang dibayar berjuta ringit untuk melahirkan satu suasana kasih sayang antara satu sama lain.

"Kita tidak boleh pilih nak jadi orang Melayu ke, orang Cina ke, India ke. Ini bukan pilihan kita tapi daripada Allah. Jadi tak ada sebab kita nak prejudis antara satu sama lain.

"Tidak ada formula lain untuk mewujudkan keharmonian antara kaum selain sifat hormat-menghormati," katanya.

Justeru beliau berkata, jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara ini, segala dasar yang digubal akan mengambil kira kebajikan seluruh rakyat tanpa ada diskriminasi kaum.

"Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kami boleh memastikan setiap rakyat dalam negara kita ini saling berkasih sayang melalui program yang kami disediakan.

"Kalau kami diberi peluang menjadi Kerajaan Pusat, kami akan pastikan seluruh dasar menjurus kepada kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa diskriminasi kaum," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30254:pas-bersikap-terbuka-kepada-semua-kaum&catid=1:utama&Itemid=50

Tuesday, January 4, 2011

Gara-gara khutbah, imam dipanggil ke balai polis

Harakahdaily

KOTA BHARU, 3 Jan: Gara-gara berkhutbah mengingatkan umat Islam menghindarkan gejala maksiat menyebabkan seorang imam dipanggil ke Balai Polis bagi diambil kenyataan.

Imam Muda Masjid Gong Dermin, Pasir Tumbuh, Rosadi Awang, 50, petang tadi dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu ekoran menyampaikan khutbah Jumaat lalu dengan mengupas tajuk tersebut.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan di negara ini sambutan tahun baru disambut dengan hiburan dan tarian sehingga larut malam.

“Saya sebut dalam khutbah mengingatkan umat Islam supaya menjauhi amalan tersebut kerana ia boleh mengundangkan gejala sosial.

“Sepatutnya anggota polis yang mengawal ketenteraman tidak membenarkan perkara seperti berlaku dan bukannya melancarkan program hiburan dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya juga pegawai polis yang mengambil kenyataannya berhubung perkara itu memberitahu ada laporan polis dibuat penduduk tempatan terhadap khutbah yang disampaikannya.

Rosadi berada kira-kira dua jam di IPD untuk diambil kenyataan berhubung isi khutbah yang disampaikan.

“Anggota polis datang ke rumah saya kira-kira jam 2 petang tadi dan meminta saya ke balai untuk diambil kenyataan,” ujarnya.

Bagaimana kata beliau pihak polis akan memanggilnya semula sekiranya belum berpuas hati terhadap siasatan awal yang dilakukan.

Sementara itu Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, imam terbabit menjalankan tugasnya bagi mengingatkan anak mukim supaya menjauhi gejala yang merosakkan.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana gejala sosial sekarang semakin parah terutamanya di bandar-bandar besar.

“Namun kerana tidak faham agama mereka tidak mahu isu seperti itu disentuh dalam khutbah mungkin bagi mengelakkan penduduk kampung tahu isu semasa yang berlaku,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30154:gara-gara-khutbah-imam-dipanggil-ke-balai-polis&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

Monday, January 3, 2011

'Peraturan untuk Wali Band sama dengan Jom Heboh'

Jan 2, 11 12:21pm

Konsert kumpulan terkenal Indonesia Wali Band yang dibantah Pemuda Umno Kelantan tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 negeri, sama seperti yang dikenakan terhadap aktiviti lain, seperti Jom Heboh anjuran TV3 suatu ketika dahulu.

Sehubungan itu, menurut Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, perkara itu merupakan pendirian kerajaan Kelantan sejak dasar Membangun Bersama Islam diperkenal dan tidak "timbul soal mengubah pendirian untuk menarik golongan muda".

"Dalam enakmen kawalan hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, sudah disenaraikan bentuk-bentuk larangan yang dikenakan terhadap semua aktiviti persembahan hiburan di Kelantan dan persembahan konsert Wali Band tidak langsung melanggar enakmen tersebut.

"Manakala penganjur konsert, Anjung Tulus Corporation Sdn Bhd telah diberikan syarat agar memastikan tidak berlakunya percampuran di antara penonton lelaki dan perempuan bukan mahram sepanjang persembahan berlangsung," kata ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari.

Kelmarin Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mempersoal kewajaran kerajaan Kelantan membenarkan Wali Band mengadakan persembahannya, yang didakwa semata-mata bermotifkan politik.

Ketuanya Anuar Safian dilaporkan berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan, tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Fadhli yang juga setiausaha kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga berkata, sebarang kelemahan dalam penguatkuasaan enakmen itu tidak sama sekali boleh menafikan hasrat positif yang terkandung dalamnya.

"Pemuda PAS Kelantan ingin menasihatkan Pemuda Umno Kelantan, khususnya ketuanya sendiri agar membaca dan memahami dahulu Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang hanya menampakkan kedangkalan semata-mata," kata Ahmad Fadhli lagi.

http://malaysiakini.com/news/152181

Azan berkumandang selepas konsert Wali Band

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 3 Jan: Satu kelainan di Kelantan apabila azan berkumandang apabila jam 12 malam berdetik selepas ribuan rakyat negeri itu menonton konsert Wali Band di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V sempena sambutan tahun baru 2011.

Turut menyaksikan persembahan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob yang mewakili kerajaan negeri hadir pada majlis berkenaan.

Program anjuran Anjung Tulus Corporation Sdn Bhd dengan kerjasama Sekretariat Misi Cakna Palestin dan kerajaan Kelantan itu diadakan untuk mengisi Tabung Amanah Cakna Palestin.

Tiket-tiket yang dijual kepada orang ramai RM100, RM40, RM20 dan RM7 untuk kanak-kanak akan dimasukkan ke dalam tabung berkenaan bagi membantu rakyat Palestin.

Sebanyak 15 buah lagi telah didendangkan oleh kumpulan semua lelaki itu melalui vokalisnya Faank yang bermula dengan lagu Kekasih Halal dan berakhir dengan lagu ‘berhantunya’ Cari Jodoh.

Keadaan cuaca yang begitu mengizinkan walaupun kadang-kadang hujan renyai selama lima minit, tidak mematah semangat orang ramai untuk mengikuti konsert itu hingga berakhir.

Turut dipersembahkan persembahan tarian oleh pemuda dari Palestin, nyanyian dari Megat Hiqal iaitu anak pendikir tersohor Kelantan Megat Nordin, Kumpulan Ar-Rasy dan peserta mentor Shaq yang juga anak jati Kelantan.

Sebaik sahaja melangkah ke tahun baru, azan berkumandang di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V

Kelantan tidak tolak artis

Sementara itu, Kerajaan Kelantan tidak pernah menolak mana-mana artis sama ada secara individu atau melalui band untuk melakukan persembahan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan, berkata bagaimanapun mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan khususnya dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Menurutnya, sekiranya artis atau band berkenaan termasuk penganjurnya memenuhi syarat yang telah ditetapkan, mereka layak membuat persembahan di Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Negeri, Anuar Safian yang mendakwa konsert Wali Band, berunsur politik serta mengutamakan orang luar berbanding artis tempatan.


“Jadi tidak timbul soal orang luar atau orang dalam, kita memberi kerjasama kepada semua pihak yang ingin membuat persembahan di negeri ini.

“Kalau pemimpin Umno sendiri ingin menganjurkannya pun kita bersedia mempertimbangkannya sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri,”ujarnya.

Enakmen hiburan

Sementara itu, Pemuda PAS Kelantan, mengingatkan Pemuda Umno khususnya ketuanya sendiri memahami Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan negative berhubung kerajaan Kelantan.

(Gambar: Wali Band menyerahkan cek untuk Palestin)

Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ahmad Fadzli Shaari, pada kenyataan medianya berkata, Ketua Pemuda Umno Anuar Safian sendiri khususnya seharusnya memahami intipati yang terkandung dalam Enakmen Kawalan Hiburan itu sebelum membuat sebarang spekulasi berhubung kehadiran Kumpulan Wali Band ke Kelantan.

Katanya, ‘orang luar’ yang dimaksudkan oleh pemimpin pemuda Umno itu kononnya diutamakan berbanding dengan kumpulan tempatan sebenarnya tidak pernah wujud.

“Kerajaan Kelantan akan memberi kerjasama kepada semua pihak sekiranya mereka menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, tidak timbul soal orang luar atau tempatan.

“Alasan yang remeh seperti ini sepatutnya tidak keluar dari seorang ketua, tapi mungkin juga Pemuda Umno Kelantan ingin menyindir kerajaan BN yang mengambil syarikat perunding APCO Wordwide menjadi penasihat dengan bayaran RM77 juta setahun dan bukannya perunding tempatan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian, sebagaimana yang disiarkan oleh beberapa buah akhbar harian semalam.

Semalam Anuar mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan persembahan kumpulan dari Indonesia, Wali Band diadakan di Kelantan sempena sambutan tahun baru 2011 di Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu.

Adam Lembut

Fadhli seterusnya berkata setiap persembahan hiburan di Kelantan perlu mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Sambungnya, ia sebagai pendirian kerajaan Kelantan sejak memperkenalkan Dasar Membangun Bersama Islam dan tidak timbul soal mengubah pendirian untuk menarik golongan muda seperti yang dinyatakan oleh Anuar.

Di dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, sudah disenaraikan bentuk-bentuk larangan yang dikenakan terhadap semua aktiviti persembahan hiburan di Kelantan.

Katanya, persembahan konsert Wali Band langsung tidak melanggar Enakmen tersebut.

“Manakala penganjur konsert tersebut, Anjung Tulus Corporation Sdn. Bhd. telah diberikan syarat agar memastikan tidak berlakunya percampuran di antara penonton lelaki dan perempuan bukan mahram sepanjang persembahan berlangsung.

“Inilah juga peraturan yang dikenakan terhadap semua penganjur aktiviti hiburan di Kelantan termasuklah Jom Heboh yang dianjurkan oleh Stesyen TV Portal TV3 pertengahan tahun lepas.

Sehubungan itu, Fadhli meminta Pemuda Umno Kelantan lebih prihatin terhadap langkah pemimpin mereka membenarkan penganjuran konsert yang terang-terang melanggar syariat seperti persembahan artis gay yang penuh kontroversi, Adam Lambert.

Katanya, sepatutnya Pemuda Umno Kelantan menentang keras konsert Adam di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13 Oktober 2010 lalu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30138:azan-berkumandang-selepas-konsert-wali-band&catid=1:utama&Itemid=50

Monday, November 29, 2010

Ekspo Cheng Ho berjaya

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 27 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran Ekspo Cheng Ho 2010, Kelantan-China International Trade Fair, berjaya mencapai matlamatnya.

Ianya berdasarkan sambutan di luar jangkaan sepanjang tempoh tujuh hari penganjuran yang berakhir semalam.

Kejayaan itu juga diukur bukan sahaja dari kunjungan rakyat negeri ini, namun juga pelancong dari luar negara.

Gambar: Tuan Guru menyampaikan cenderamata kpd Imam Besar Daerah Guongzao sewaktu Jamuan Perdana kerajaan negeri kepada delegasi expo Cheng Ho.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Perdana Ekspo Cheng Ho 2010, di Kota Darulnaim di sini malam tadi.

Majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan delegasi dari China serta tetamu luar negara tanda berakhirnya program berkenaan.

Sambutan luar biasa itu juga katanya menyebabkan banyak kedai ditutup ditutup awal kerana kehabisan barang jualan.

Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh penganjuran, tiada sebarang unsur hiburan melampau diketengahkan penganjur.

“Saya juga bersyukur kerana program yang dianjur tidak membabitkan hiburan,” ujarnya.

Sempena majlis ini juga persembahan seni silang budaya dipersembahkan yang membabitkan kebudayaan Kelantan dan China.

Kelantan mempersembahkan permainan gasing dan dikir barat, manakala China persembahan shaolin dan Khairat Aziz yang telah mencipta nama diperingkat dunia dengan kehabatan akrobatiknya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan lain-lain lagi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29599:ekspo-cheng-ho-berjaya&catid=1:utama&Itemid=50

Saturday, November 27, 2010

Nik Aziz: Cheng Ho tak kaut harta, dia hanya berniaga

Nov 26, 10 12:50pm

Misi Pelayaran Laksamana Cheng Ho, bukan sahaja untuk berdagang tetapi pada masa yang sama kesempatan itu diguna untuk menyebar risalah Islam, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

NONEAkhbar rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, berkata Cheng Ho, yang diberi tugas oleh Maharaja China, juga berjaya membuktikan bahawa Islam bukan sahaja milik Melayu, tapi semua bangsa di dunia.

"Kelantan dengan dasar 'Membangun Bersama Islam', melangkah ke hadapan, melangkaui sempadan bangsa, yang ditiup pihak tertentu, berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho yang julung kali diadakan di rantau ini.

Bijak pilih pemimpin

"Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di Kota Bharu, semalam.

Menurutnya, dengan penganjuran itu juga, rakyat di negara ini diharap bijak memilih pemimpin dan tidak memilik mereka yang berjuang atas dasar bangsa.

Perjuangan atas nama bangsa katanya, hanya menyubur semangat permusuhan yang tidak akan berkesudahan.

"Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai.

"Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai,” katanya berpantun disambut tepukan hadirin.

Beliau juga turut mengkagumi sikap Cheng Ho yang hanya menjalankan perniagaan dan tidak menjajah kawasan yang dikunjunginya.

"Cheng Ho, dia tak jajah negara yang dia pergi, dia tak kaut harta, dia tak kacau orang, dia hanya berniaga.

"Ini mungkin sebab kefahaman Islam yang ada pada dia," katanya lagi.

Kesal tiada liputan

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Nik Aziz melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana yang tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010.

Menurutnya, program berkenaan cukup baik dan pertama kali ia diadakan di negara ini, apa lagi di peringkat negeri.

“Namun kerana ia dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan, mereka menyembunyikan program berkenaan dalam akhbar mereka kecuali hanya beberapa buah media lain termasuk akhbar berbahasa Cina sahaja.

“Atau mungkin mereka ada sebab lain, saya sendiri tak tahulah, tak mahulah komen lebih-lebih,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tidak menjadi halangan kepada kerajaan negeri memandangkan ia tetap berjalan dengan lancar, bahkan berjaya melebihi apa yang dijangkakan.

“Cuaca dengan izin Allah bukan sahaja tidak hujan, sebaliknya redup dan agak tidak panas, jadi ia memberi keselesaan pada pengunjung untuk mengikuti program ini termasuk menyaksikan persembahan,” katanya.

http://malaysiakini.com/news/149218

Cheng Ho tak kaut harta, dia hanya berniaga

Nazri Abdullah

KOTA BHARU, 26 Nov: Misi Pelayaran Laksamana Cheng Ho, bukan sahaja untuk berdagang, dalam masa sama kesempatan itu diguna menyebar risalah Islam.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Cheng Ho, yang diberi tugas oleh Maharaja China, juga telah berjaya membuktikan bahawa Islam bukan sahaja milik Melayu, tapi semua bangsa di dunia.

"Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam, melangkah kehadapan, melangkaui sempadan bangsa, yang ditiup pihak tertentu, berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho yang julung kali diadakan di rantau ini.

"Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di sini semalam.

Menurutnya, dengan penganjuran itu juga, rakyat di negara ini diharap bijak memilih pemimpin dan tidak memilik mereka yang berjuang atas dasar bangsa.

Perjuangan atas nama bangsa katanya, hanya menyubur semangat permusuhan yang tidak akan berkesudahan.

"Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai.

"Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai,” katanya berpantun disambut tepukan hadirin.

Beliau juga turut mengkagumi sikap Cheng Ho yang hanya menjalankan perniagaan dan tidak menjajah kawasan yang dikunjunginya.

"Cheng Ho, dia tak jajah negara yang dia pergi, dia tak kaut harta, dia tak kacau orang, dia hanya berniaga.

"Ini mungkin sebab kefahaman Islam yang ada pada dia," katanya lagi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29587:cheng-ho-tak-kaut-harta-dia-hanya-berniaga&catid=1:utama&Itemid=50

MB kesal tiada liputan Ekspo Cheng Ho

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 26 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010.

Menurutnya, tindakan berkenaan tidak menggambarkan sikap ‘journalist’ walaupun program berkenaan cukup baik dan pertama kali ianya diadakan di negara ini, apa lagi di peringkat negeri.

“Namun kerana ianya dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan, mereka menyembunyikan program berkenaan dalam akhbar mereka kecuali hanya beberapa buah media lain termasuk akhbar berbahasa Cina sahaja.

“Atau mungkin mereka ada sebab lain, saya sendiri tak tahulah, tak mahulah komen lebih-lebih,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tidak menjadi halangan kepada kerajaan negeri memandangkan ianya tetap berjalan dengan lancar, bahkan berjaya melebihi apa yang dijangkakan.

“Cuaca dengan izin Allah bukan sahaja tidak hujan, sebaliknya redup dan agak tidak panas, jadi ianya memberi keselesaan pada pengunjung untuk mengikuti program ini termasuk menyaksikan persembahan,” ujarnya lagi.

Tuan Guru berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Cantre, di sini semalam.

Tambahnya, dengan kemudahaan internet juga masyarakat seluruh dunia dapat menyaksikan program ini melalui facebook, laman-laman web dan portal untuk mendapatkan ganjaran jelas berhubung dengannya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau mengingatkan generasi muda hari ini mengambil semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh Laksamana Cheng Ho.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29588:mb-kesal-tiada-liputan-ekspo-cheng-ho&catid=1:utama&Itemid=50

Ekspo Cheng Ho satukan bangsa muslim

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 25 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersyukur Ekspo Cheng Ho 2010, telah berjaya menyatukan dua bangsa muslim dari dunia berbeza, iaitu Malaysia, China, serta beberapa buah negara lain.

Katanya, kejayaan itu juga telah berjaya memecahkan fahaman golongan tertentu selama ini yang berpandangan negative terhadap bangsa terbabit, khususnya dari benua lain.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat pameran ekspo serta mengikuti persembahan istimewa dari Khairat Aziz, Adili dan persembahan kebudayaan dari Khazastan termasuk Shao Lin, semalam.

Menurutnya, program ini telah berjaya merapatkan hubungan bangsa China muslim dan Melayu muslim khususnya, sedangkan Islam adalah agama suci sedunia.

“Saya sentiasa terfikir bagaimana cara untuk menyatukan semua bangsa di dunia ini khususnya sesama Islam biarpun dari negara serta benua yang lain agar ianya dapat berkenalan di antara satu sama lain,” ujarnya.

Menurutnya lagi, lebih 50 tahun kerajaan secular negara ini telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membangunkan negara, bagaimanapun rasa curiga di antara satu sama lain masih wujud.

“ Kita hanya diperangkap oleh orang Eropah yang tidak mahu melihat Islam bersatu, terutama yang Yahudi agar manusia di dunia ini hanya memandang mereka dan bukannya Islam.

“Konsep hiburan juga telah disalah ertikan sehingga mereka memahami berhibur mesti ada perempuan, namun kita telah ketengahkan sesuatu yang lebih baik,” ujarnya lagi.

Katanya, kerajaan Kelantan telah mengenengahkan hiburan tanpa menggunakan perempuan, sebaliknya hanya kecerdikan dan kepakaran manusia bagi menggambarkan masyarakat berkenaan yang hebat.

Pada masa yang sama beliau mengakui begitu terhibur dengan persembahan berkenaan begitu mengagumkan.

“Seronok sungguh saya, terhibur inilah antara hiburan yang tidak bercanggah dengan Islam apa lagi tidak membabitkan golongan wanita,” ujarnya gembira.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29569:ekspo-cheng-ho-satukan-bangsa-muslim&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

Kelantan tandatangani MoU dengan syarikat gergasi China

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 23 Nov: Enam syarikat gergasi dari China, Kazahstan, hari ini telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Kelantan.

Perjanjian persefahaman yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa bagi pihak kerajaan Kelantan meliputi beberapa bidang khususnya pendidikan.

Selain itu, ianya juga menyentuh soal pelancongan, kesihatan (perubatan tradisional), perdagangan, kebudayaan, sains dan teknologi termasuk kesukanan.

Enam syarikat atau pendidikan terbabit diwakili Universiti Antarabangsa Qinghai, yang diwakili Qi Fumin, Liu Chang Jiang mewakili Government of Zhangjiangchuan Muslim Autonomous Country Gansu Province.

Selain itu Presiden Association Dungan of Kazahstan, Zhu Yan yang mewakili China Council For The Promotion of Internantional Trade Qinghaiu Provincial Committee.

Turut menjayakan perjanjian persefahaman, Ishaq Ma, Setiausaha Agung Persatuan China Muslim dan Presiden Counselor of Public Association Donggang, Junusov Abduljalil Majitovich.

Hasil perjanjian usahawama itu, rakyat Kelantan yang terpilih akan mengikuti pengajian dan kebudayaan China secara percuma di Taiwan.

Ekoran perjanjian itu juga, Kelantan merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang mempunyai hubungan terus dengan beberapa wilayah di negara China dan Asia Tengah.

Untuk itu, Kerajaan Kelantan akan meningkatkan prestasi dalam bidang ekonomi, kebudayaan Islam, pelancongan dan lain-lain lagi demi untuk kepentingan rakyatnya.

Husam pada sidang medianya juga seterusnya memberitahu, tahun hadapan kerajaan negeri akan menghantar pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian berkenaan dalam masa antara tiga minggu hingga tiga bulan.

Menurutnya lagi, Ekspo Cheng Ho yang berlangsung tidak hanya akan berakhir di situ sahaja, sebaliknya akan dilanjutkan kerjasama dalam bidang-bidang yang telah ditentukan demi untuk kepentingan rakyat Kelantan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29548:kelantan-tandatangani-mou-dengan-syarikat-gergasi-china&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

Tuesday, November 23, 2010

Syarikat gergasi China serta Ekspo Cheng Ho

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 22 Nov: New Hope Group, Hua Long Group, Dantong Group antara syarikat gergasi negara China termasuk lebih 200 syarikat kecil dan sederhana negara terbabit yang mengambil bahagian pada Ekspo Cheng Ho dan Fiesta Perdagangan Antarabangsa Kelantan-China.

(Gambar: Tengku Mahkota Kelantan merasmikan Ekspo Cheng Ho di Kota Bharu)

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata walaupun Kelantan hanya sebuah negeri yang kecil dan terpinggir kerana halangan tertentu, namun usahawan gergasi China sanggup datang ke Kota Bharu.

“Ianya dilakukan atas semangat ukhuwah serantau yang tiada sempadan,”ujarnya.

Sambungnya lagi, pelbagai kerjasama dapat dijalinkan melalui program ini dan ia turut terbuka kepada semua pihak, termasuk swasta dan individu.

Katanya, China kini muncul sebagai kuasa ekonomi yang terus berkembang di samping mempunyai khazanah peradaban lama, lubuk budaya dan kuasa pasaran ekonomi dunia yang besar.

Selain itu katanya, imam, pemimpin Islam, pemimpin kerajaan, ahli budaya, pakar perubatan, pensyarah, penulis, wartawan, pengkaji, penghibur dan ahli masakan tiba untuk menjayakan rasa muhibbah Kelantan China.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29533:syarikat-gergasi-china-serta-ekspo-cheng-ho&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

Sunday, July 18, 2010

Artis hampir ditipu



Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN

2010/07/18

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Wilayah Persekutuan menyerbu tapak sebuah ekspo telefon bimbit murah berjaya menyelamatkan seorang artis remaja daripada ditipu sindiket menjual telefon bimbit palsu.

BARANG TIPU... anggota KPDNKK Wilayah Persekutuan menyiasat premis menjual telefon bimbit  tiruan.
BARANG TIPU... anggota KPDNKK Wilayah Persekutuan menyiasat premis menjual telefon bimbit tiruan.
HEELA...bayar deposit
HEELA...bayar deposit


Penjual di ekspo terbabit yang membuka tapak perniagaan di depan sebuah pusat beli-belah di Taman Connought, Cheras, di sini, dikatakan berjaya memujuk artis itu membeli dua unit telefon bimbit palsu jenama Nokia dan iPhone dengan tawaran ‘harga runtuh’.

Heela yang ditemui di lokasi kejadian bersama ibunya, Noriah Mat Isa, 42, berkata dia tertarik untuk membeli telefon bimbit berjenama terkemuka itu selepas dipujuk dengan tawaran harga luar biasa oleh penjual di ekspo bergerak berkenaan, petang kelmarin.


“Mereka mendakwa harga asal dua telefon bimbit terbabit boleh mencecah sehingga RM3,000 tetapi dua unit telefon bimbit itu dijual dengan harga RM1,000 saja. Namun berikutan kekurangan wang, saya hanya membayar deposit RM200 dan bersetuju membayar bakinya semalam.

“Namun sebaik datang untuk membayar baki harga telefon bimbit kira-kira jam 11.30 pagi, saya dan ibu terkejut apabila mendapati gerai menjual telefon bimbit berkenaan diserbu pegawai KPDNKK,”
kata artis terbabit yang pernah membintangi teater Gamat dan Kita The Muzikal.


Menurutnya, dia cuba menuntut semula wang depositnya tetapi jurujual di gerai berkenaan enggan melayan permintaannya.

Dia yang juga bakal mengeluarkan album single bertajuk Heela terbitan komposer, Julfekar, bagaimanapun bernasib baik apabila Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan, Othman Nawang, menawarkan bantuan bagi memaksa peniaga terbabit memulangkan wang mangsa.

“Ketika itu baru saya sedar telefon bimbit yang dibeli itu adalah model tiruan yang dibawa masuk ke negara ini. Telefon bimbit itu dijual murah berikutan ia mudah rosak dan menyerupai model tulen hampir 100 peratus,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran filem ‘Aku Tak Bodoh’ terbitan sebuah syarikat dari Singapura.

Sementara itu, Othman yang ditemui di lokasi kejadian berkata, seramai 12 pegawai KPDNKK melakukan serbuan serentak di ekspo bergerak terbabit yang dikesan menjadi lokasi menjual telefon bimbit tiruan.

Dalam operasi terbabit, 14 gerai diperiksa dengan kebanyakan peniaga di kawasan terbabit baru ingin memulakan perniagaan.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, sebanyak 139 unit telefon bimbit jenama terkenal yang dianggarkan bernilai RM100,000 berjaya dirampas daripada peniaga.

“Kami akan mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dan Akta Kawalan Harga 1946 atas kesalahan menjual barangan palsu dan menjual produk tanpa meletakkan tanda harga,”
katanya.

Menurutnya, rampasan itu yang terbesar tahun ini selepas melakukan 34 serbuan sama di beberapa lokasi lain sejak Januari lalu.

“Saya menasihatkan orang ramai berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran telefon bimbit berjenama dengan harga terlalu murah kerana ia didapati mempunyai perkakas tiruan dan mudah rosak selepas beberapa hari dipakai.

“Mangsa biasanya gagal mendapatkan ganti rugi berikutan ahli sindiket akan berpindah-randah selain menggunakan alamat premis palsu,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Artishampirditipu/myMA/myArticle

Tuesday, June 29, 2010

'Hantu’ biadab

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
2010/06/29

KUANTAN: Dua pengunjung karnival di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), di sini, menempuh saat paling menyeksakan apabila dicabul dua lelaki yang menyamar sebagai ‘hantu’ ketika memasuki rumah hantu, dalam dua kejadian berasingan, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa berusia 20 tahun mengunjungi karnival berkenaan masuk ke dalam rumah hantu itu untuk melihat pameran menyeramkan.


Bagaimanapun, pada masa sama, suspek warga Nepal yang kebetulan berada dalam rumah hantu berkenaan menyamar menjadi ‘hantu’ sebelum memeluk mangsa dari belakang.


Terkejut dipeluk `hantu’ biadab itu, mangsa kemudian menjerit ketakutan dan meminta pertolongan pengunjung lain sebelum suspek terbabit diberkas.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata siasatan awal mendapati mangsa mendakwa tidak menyedari kehadiran suspek terbabit yang datang dari arah belakang.


Menurutnya, mangsa dikatakan meronta dalam usaha melepaskan diri sambil menjerit meminta pertolongan pengunjung lain sebelum suspek terbabit diberkas.


Katanya, dalam kejadian kedua, seorang lagi gadis turut menjadi mangsa ‘hantu’ yang menyamar, tetapi suspek kali ini membabitkan seorang warga Bangladesh.


Kamaruzzaman berkata, suspek terbabit didakwa bertindak memegang dada mangsa ketika gadis itu berjalan di dalam rumah hantu.


“Mangsa yang terkejut apabila dicabul ‘hantu’ itu menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek ketakutan sebelum cuba untuk memboloskan diri.


“Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut,”
katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, dua suspek yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hantu__8217_biadab/Article

Thursday, January 22, 2009

Karnival Shell tawar hadiah RM2j


BERBALOI...Adrian menunjukkan barangan yang ditawarkan kepada pengguna dengan setiap pembelian kad Shell yang dijual.




PETALING JAYA: Shell Malaysia menawarkan hadiah bernilai lebih RM2 juta untuk dimenangi melalui penyertaan ‘Swipe, Pump and Win’ sehingga 23 Februari ini melalui Karnival Shell yang diadakan di seluruh negara.

Karnival Shell yang diadakan di The Curve Damansara selama tiga hari berakhir semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang berkunjung ke karnival berkenaan di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Ketua Pasukan karnival berkenaan, Adrian Chong, berkata objektif karnival itu bertujuan mempromosi kad Bonuslink dan Shell bagi menarik lebih ramai pengguna serta mendidik pengguna berjimat dengan penggunaan minyak syarikat berkenaan.

“Pengguna hanya perlu membeli kad Shell bernilai RM41.50 dan berpeluang memiliki hadiah sampingan yang istimewa iaitu kereta bond mini, pensel istimewa, pelekat kenderaan dan jumlah isian minyak bernilai RM36.

“Dengan menggunakan kad Bonuslink, pengguna hanya perlu mengisi RM30 minyak Shell Super bagi satu penyertaan, manakala tiga penyertaan berserta 300 mata ganjaran Bonuslink untuk setiap isian minyak Shell V-Power di mana-mana stesen minyak Shell di seluruh negara.

“Sebanyak 800 pemenang dipilih bagi setiap minggu dan berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM300 berserta 300 mata ganjaran Bonuslink,” katanya

Tambahnya lagi, sebanyak enam aktiviti permainan disediakan untuk pelanggan yang membeli kad Shell di samping memenangi pelbagai hadiah menarik seperti kereta mini Ferrari, cenderamata daripada Shell dan lain-lain lagi bagi setiap penyertaan,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Cash On Wheels, F1 Stimulator, Memory Car, Wii Challenge, Fuel Save Stimulator dan Fuel Save Tips.

Pengunjung karnival berkenaan, Hafizuddin Aziz, 21, berkata aktiviti yang pelbagai dan menarik disediakan penganjur menarik minatnya untuk menyertai karnival itu.

“Sebagai seorang remaja yang aktif, aktiviti yang disediakan membuatkan saya begitu teruja untuk menyertainya dan mendapat faedah begitu banyak dengan hanya mengeluarkan tidak sampai RM50,” katanya.

Pekerja swasta, Lee Chung Seng, 34, menggalakkan karnival berkenaan selalu diadakan di samping berpeluang mendapat hadiah menarik dan aktiviti diadakan sesuai untuk semua golongan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119092307/Article/index_html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...