Showing posts with label PR - Penduduk Tetap. Show all posts
Showing posts with label PR - Penduduk Tetap. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Kerakyatan: Mahu lucut Mat Sabu tapi beri pada pendatang

Tuan Ibrahim Tuan Man

"Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah" – itulah ungkapan untuk menggambarkan negara kita walaupun telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah. Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.

Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan mereka sebagai hero.

Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut “Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair” sehingga bertukar menjadi “Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair” sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.

Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan.Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan.

Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar? Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.

Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim.

Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan.
Ini bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa.

Sekiranya perlu Mat sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai “penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan” yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.
Bagaimana pula dengan kerakyatan Abdul Ghani apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai “bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik” pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri? Desakan ini juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.

Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara.

Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee “fening, fening.”

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat



http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/5288-kerakyatan-mahu-lucut-mat-sabu-tapi-beri-pada-pendatang

Friday, September 9, 2011

Umno BN cuba alih isu jual kewarganegaraan

Harakahdaily

PARIT BUNTAR, 6 Sept: Isu sejarah yang membabitkan Mat Indera dan kematian Noramfaizul Mohd Nor di Somalia sedikit sebanyak telah mengalihkan perhatian negara terhadap hal perbuatan Umno BN menjual kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) dan pemilik MyPR.

“Bagi saya Umno BN cuba sedaya upaya membenamkan isu penting ini, mereka dingatkan supaya jangan pandang sebelah mata terhadap kemampuan Pakatan bagi menangani kerja-kerja kotor BN yang perkuda SPR dan juga JPN bagi menambah jumlah pengundi hantu BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, isu pilihan raya yang adil tetap menjadi asas perjuangan Pakatan Rakyat memandangkan PRU sudah semakin hampir, petunjuk makin jelas di mana-mana, antaranya jalan di kampung kebanyakannya sudah siap hampir 100% diturap dengan tar yang baru.

Tambahnya, gula-gula politik makin giat diagih tatkala menjelang 1 Syawal baru-baru ini dengan jolokan duit raya menjadi petanda bahawa BN amat terdesak untuk meraih undi daripada rakyat.

Lidah Umno iaitu Utusan, ujarnya sanggup memutar belit kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa mengiktiraf komunis yang menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sejati dalam ucapannya .

“Tetapi amat malang buat Umno BN kerana isu ini umpama sedang menggali kubur mereka (BN) sendiri, kerana fakta sejarah tidak boleh ditipu di mana ia telah dibukukan cuma tidak diajar secara menyeluruh di sekolah-sekolah,” katanya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau berkata, dokumentasi tentang sejarah itulah yang dengan sendirinya mendedahkan siapakah sebenarnya Umno.

Meneuutnya, dan apabila rakyat tahu akan hal itu, sudah pasti parti yang dikatakan sebagai pembela bangsa akan ditolak oleh ahlinya sendiri.

Negara juga, ujarnya telah dikejutkan dengan kematian seorang wartawan Bernama yang menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia sebagai wakil media.

“Sekali lagi isu ini telah menjelaskan kepada negara bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak tidak serius dalam hal keselamatan nyawa rakyatnya,” ujarnya lagi.

Baginya, segala peristiwa dan juga isu yang berlaku itu merupakan tipping point buat rakyat Malaysia untuk berubah daripada mengundi BN kepada mengundi Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.

“Lakukan perubahan besar ini dengan undi anda bagi menjelaskan kepada dunia bahawa Malaysia punyai sejarah dan nilai yang amat berharga iaitu jati diri anda sebagai warga negara yang berdaulat dan punya hak untuk menukar kerajaan.

“Rakyat mestilah menjadi guru kepada Umno BN yang sudah sangat alpa kepada amanah yang sentiasa dikhinati sejak 54 tahun. Mereka adalah pengkhianat kepada agama, negara dan bangsa mereka sendiri,” ujarnya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5246-umno-bn-cuba-alih-isu-jual-kewarganegaraan

5,000 warga Myanmar jadi pengundi di Terengganu

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Ribuan warganegara asing dengan 5,006 orang daripadanya dikenalpasti warganegara Myanmar telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR untuk mengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti.

Daripada angka itu, seramai 2,272 orang akan mengundi dalam Parlimen Kemaman, manakala 1,979 orang akan mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal yang diwakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi pihak BN.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menjelaskan, data tersebut telah dikesan oleh pihaknya sepanjang tahun ini dan ia membuktikan betapa kotornya permainan politik para pemimpin Umno BN.

Menurut beliau, dengan angka tersebut, Parlimen Kemaman dan Dun Kijal sudah boleh dimenangi oleh BN dengan mudah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan hanya menjadikan warga Myanmar sahaja sebagai pengundi.

Katanya, dengan itu, kemenangan yang diperolehi oleh BN dalam PRU itu khususnya bagi kerusi Parlimen Kemaman dan Dun Kijal adalah kerana warganegara asing dari Myanmar.

"Sebenarnya PAS Terengganu juga telah dapat mengesan kemenangan BN bagi Parlimen Kemaman dan Ahmad Said di Dun Kijal dalam PRU Ke-13 pada tahun 2008 lalu adalah juga kerana pengundi warganegara Myanmar.

"Proses untuk membolehkan warganegara Myanmar itu menjadi pengundi dilakukan di Langkawi, tetapi mereka mengundi di Terengganu. Kini cara yang sama juga turut dilakukan oleh Umno BN bagi menghadapi PRU Ke-13 nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Selain warganegara Myanmar, menurut beliau,Umno BN turut menjadikan warganegara lain bagi mengundi di pihak mereka di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti.

Katanya, jumlah warganegara asing yang akan dijadikan pengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti cukup besar sehingga ribuan orang.

"Pengalaman kami di Terengganu dalam berhadapan dengan pengundi-pengundi hantu, pada tahun 2004 kenaikan pengundi sebanyak 17 peratus iaitu hampir 170,000 pengundi baru dari Pahang dan Selangor.

"Pihak PAS telah pun membuat bantahan mengenai kemasukan pengundi-pengundi hantu itu kepada SPR dalam PRU tahun 2004 lalu tapi tidak dipedulikan oleh SPR," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Kini, tindakan tidak bertanggungjawab itu, tegasnya, semakin menjadi-jadi yang membabitkan sindiket pakatan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sehingga turut diajadikan penduduk sementara pula sebagai pengundi hantu atau pengundi bertindih.

Katanya, 44 kes pengundi bertindih telah dilaporkan oleh beliau kepada SPR baru-baru ini yang melibatkan pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan berwarna hijau pula yang sama tetapi berbeza angka bagi dua digit terakhir.

"Laporan kami mengenai seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan itu diterima dan turut diakui oleh SPR dan SPR berjanji akan mengatasi masalah seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan," katanya.

Bagaimanapun, janji SPR itu seperti mempunyai muslihat tertentu kerana perkara asas yang ditekankan oleh PAS bukan seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan, tetapi salah satu kad pengenalan tersebut berbeza dua digit terakhirnya dengan kad pengenalan individu terbabit yang satu lagi.

"Permainan politik kotor BN dengan sindiket SPR dan JPN itu tidak akan dibiarkan oleh PAS. PAS tetap akan terus membuat bantahan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan masalah ini," tegas beliau.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5294-5000-warga-myanmar-jadi-pengundi-di-terengganu

Tuesday, September 6, 2011

DAP: Beribu-ribu pengundi tiada data di JPN, SPR

Sep 5, 11 7:23pm

DAP Johor hari ini mendakwa, beribu-ribu pengundi dalam kawasan parlimen Ledang yang bukan sahaja tidak mempunyai data lengkap, malah tidak mempunyai apa-apa rekod dalam pengkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Jumlah itu termasuk 417 pengundi dengan nama yang didakwa tidak terdapat dalam pengkalan data JPN.

Masalah ini didedahkan dalam sidang media di Muar hari ini oleh ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang ditemani setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon dan ketua pemudanya Ee Chin Li.

Perkara itu dikesan dalam daftar pemilih bagi kawasan Ledang yang mempunyai kira-kira 6,000 pengundi.

Satu jawatankuasa yang dibentuk DAP Johor itu antara lainnya menemui:

  • Sejumlah 1,824 pengundi tiada dalam rekod dalam talian SPR dan JPN.
  • Seorang pengundi dengan status penduduk tetap dikesan dalam pengkalan data JPN.
  • Sejumlah 2,195 pengundi tiada alamat dalam pengkalan data SPR.
  • Alamat bagi sejumlah 35,064 atau 59.14 peratus daripada pengundi berkenaan tidak lengkap.
  • Sejumlah 417 pengundi hanya disenaraikan dengan nombor MyKad dalam pengkalan data JPN – tanpa nama.
  • Sejumlah 6,700 pengundi tidak mempunyai rekod dalam pengkalan data JPN. Mereka hanya disenaraikan dengan kategori "tiada permohonan" atau "nombor tidak sah."

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/174915

Lebih 2.3 juta pekerja asing, PATI daftar 6P

Sep 5, 11 7:06pm

Seramai 2,320,034 orang pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar untuk Program 6P setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (bawah) berkata jumlah itu meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 PATI.

NONE"Ini menunjukkan satu angka dan jumlah yang begitu besar.Jumlah ini tidak termasuk yang enggan mendaftarkan diri, tidak termasuk pembantu rumah, tidak termasuk pelarian dan di Sabah dan Sarawak.

"Kalau kita tidak ambil tindakan, kita tidak lalui proses 6P, maka masalah ini akan lebih berat pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin berkata rakyat dari beberapa negara didaPATI lebih ramai menjadi PATI berbanding pekerja yang sah terutamanya Indonesia iaitu jumlah PATI seramai 640,609 berbanding pekerja sah seramai 405,312 diikuti Bangladesh 267,803 PATI dan hanya 132,897 pekerja sah.

Bagaimanapun jumlah pekerja sah dari Nepal lebih tinggi iaitu sebanyak 221,617 berbanding seramai 33,437 PATI, kata beliau.

Ditanya sekiranya terdapat PATI dan pekerja asing yang ingin mendaftar selepas tempoh pendaftaran berakhir, beliau berkata mereka masih boleh mendaftar dengan Jabatan Imigresen atau agen yang dilantik.

"Mereka boleh (mendaftar) tetapi kami tidak boleh putuskan statusnya," kata beliau.

NONESementara itu Hishammuddin berkata tarikh bermulanya proses Pemutihan yang merupakan komponen kedua Program 6P akan bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata keputusan Mahkamah Tinggi Australia pada 31 Ogos lepas yang tidak membenarkan pemohon suaka dari Australia ke Malaysia, tidak terlalu memberi kesan kepada Malaysia.

"Cuma keputusan mahkamah baru-baru ini tidak memihak kepada kerajaan Australia tetapi bagi saya agenda kita masih akan kita teruskan dan saya sentiasa berhubung rapat dengan rakan sejawatan dari Australia," katanya.

Pada 25 Julai lepas Malaysia dan Australia menandatangani perjanjian bersejarah bagi pertukaran pelarian dan pemohon suaka di antara kedua-dua negara untuk pertukaran 4,000 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dengan 800 orang dari Australia dalam tempoh empat tahun.

--Bernama



http://malaysiakini.com/news/174912

Monday, September 5, 2011

Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub.

"Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian sebagai membidas tindakan Umno BN yang menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera.

Mohamad pada satu ceramahnya sebelum ini mendakwa Mat Indera sebagai pejuang sebenar menentang penjajah dengan menyerang British di rumah pasung Bukit Kepong.

Umno bagaimanapun menuduh Mat Indera sebagai pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan Komunis dalam serangan itu sekaligus menghentam Mohamad yang membela perjuangan Mat Indera.

Mengulas lanjut Salahudin berkata, Umno menggunakan isu tersebut semata-mata bagi menutup isu pemberian MyKad kepada pemegang kad merah yang didedahkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

PAS dan pelbagai pihak sebelum ini mendedahkan wujudnya sendikit memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap dan didaftarkan sebagai pengundi dipercayai untuk Pilihan Raya Umum ke-13.

Perkara itu dikesan melalui semakan dalam Sistem Pendaftaran Negara (JPN) yang mendapati sehingga suku kedua (Mac-Jun) 2011, terdapat 1,108 kes pemegang kad pengenalan Merah diberikan MyKad khususnya di Selangor.

Turut menggemparkan negara sebelum ini, pertukaran status warganegara dalam masa singkat iaitu penduduk tetap pada sebelah pagi dan bertukar menjadi warganegara sebelah petang.

Ekoran itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang Khas Parlimen.

Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dan hanya mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi Pembaharuan Sistem Pilihan Raya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5239-warganegara-segera-lebih-bahaya-dari-komunis

Sunday, September 4, 2011

RCI siasat PATI di Sabah tak mungkin, kata Wikileaks

RCI siasat PATI di Sabah tak mungkin, kata Wikileaks
Joseph Sipalan
Sep 3, 11
2:59pm


Menurut kabel sulit Amerika Syarikat, harapan adalah tipis bagi menyaksikan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung masalah pendatang haram di Sabah dan meletakkan tanggungjawab itu di bahu "ahli-ahli politik era Mahathir" di negeri itu.

mahathir at global leadership forum 070905 talkingKabel, yang dimuat-naikan dalam portal pembocor maklumat Wikileaks mendakwa kerajaan persekutuan dan Umno secara aktif telah memberi kerakyatan negara ini kepada pendatang asing tanpa izin sebagai pertukaran untuk sokongan politik.

Menurut kabel itu, seorang pegawai kanan perisikan yang telah bersara "terus-terang mengakui” bahawa pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed (kiri) telah "menerima pendatang tanpa izin "dari negara jiran, Indonesia dan Filipina untuk "mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di negeri ini."

Menurut pegawai berkenaan tindakan tersebut sebagai langkah pencegahan untuk "menghindari apa-apa sentimen pemisah di Sabah pada masa depan, dan di samping memperkukuhkan undi Umno yang diperlukan bagi menguasai negeri itu.”

sabah illegal immigrant"Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dikendalikan dengan betul, mungkin akan mendedahkan tembelang dan rasuah politik Umno serta cara mereka memanipulasi undi dan akan mengapi-apikan rakyat Sabah," kata kabel, bertarikh 5 September, 2008 itu.

Ahli-ahli politik dan aktivis Sabah telah lama menuntut agar kerajaan persekutuan memenuhi tanggungjawabnya membantu menyelesaikan isu kerakyatan pendatang asing itu. Ramai yang mengakui perkara itu cukup berleluasa semasa pilihan raya negeri 1994 apabila PBS yang menjadi pembangkang ketika itu ditumbangkan oleh BN selepas memerintah selama sembilan tahun.

sabah sulu sultan claimsAntara tuntutan yang dikemukakan bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu adalah untuk mengenalpasti pada peringkat akar umbi masalah pendatang haram yang terus meningkat setiap hari.

Desakan terbaru dibuat oleh Presiden Upko yang juga adalah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berikutan dakwaan pertabalan seorang ahli perniagaan Sabah sebagai Sultan Sulu.



http://malaysiakini.com/news/174728

Friday, September 2, 2011

Dakwat kekal tidak jamin pilihan raya bersih

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak menjamin pilihan raya yang bersih dan adil selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bersihkan daftar pemilih dahulu selepas itu baru laksanakan penggunaan dakwat kekal dan apa sistem sekalipun untuk memperbaiki sistem pilihan raya negara ini.

"Jika daftar pemilih tidak bersih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak banyak membantu," katanya.

Menurut Mahfuz, walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda tidak sebanyak masalah yang ditimbulkan penggunaan sistem biometrik, tetapi perkara itu boleh diberikan perhatian selepas daftar pemilih dibersihkan dahulu.

"Selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, tidak banyak faedahnya jika sistem yang tidak bermasalah sekalipun digunakan untuk mengelakkan pengundian berganda," katanya.

Beliau bersetuju dengan cadangan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub supaya daftar pemilih diaudit oleh badan audir bebas yang diiktiraf diperingkat antarabangsa.

"Daftar pemilih perlu disemak habis-habisan, berapa nama bertindan, berapa nama mereka yang status kewarganegaraannya dipertikaikan, berapa pengundi yang sebenarnya tidak wujud dan banyak lagi keraguan lain yang perlu dibersihkan dalam daftar pemilih," katanya.

Mahfuz melihat kemasukan mereka yang mempunyai status kewarganegaraan yang meragukan dalam daftar pemilih sengaja dibuat untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan daftar pemilih diselewengkan bagi kepentingannya.

Dengan penggunaan warga asing, katanya, mungkin tidak perlu lagi diupah "hantu" yang boleh mengundi berkali-kali untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa ke atas pihak yang mengendalikan pilihan raya.

Daftar Pemilih yang bersih adalah salah satu dari lapan tuntutan utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Tuntutan lain ialah supaya SPR mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5170-dakwat-kekal-tidak-jamin-pilihan-raya-bersih

Sunday, August 28, 2011

Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih

Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih
Aidila Razak
Ogos 27, 11
12:44pm

Kontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant electoral roll recordHasil maklumat daripada Pemuda PAS, Malaysiakini mendapati bahawa Yusnati Haris Lakmana yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web SPR, adalah pemegang kad pengenalan sementara.

Kad pengenalan sementara berwarna hijau, manakala penduduk tetap diberi kad merah dan warganegara Malaysia, pula berwarna biru.

Semakan ini boleh dibuat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh diakses oleh orang ramai.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant green cardSemakan mendapati Yusnati adalah pemegang kad pengenalan (MyKad) hijau, dan telah mengumpul kad itu

Ini bermakna bahawa Yusnati, seorang pengundi di DUN Chempaka dan kawasan parlimen Pandan, belum diberikan status pemastautin tetap tetapi dalam proses memohon untuk menjadi penduduk tetap.

Malaysiakini
telah menghubungi JPN, yang berkata pihaknya akan memeriksa untuk mengesahkan status Yusnati pada hari Isnin kerana ia tidak beroperasi pada hujung minggu.

Suruhanjaya Pilihan Raya pula, berkata bahawa pihaknya hanya akan dapat mengesahkan status Yusnati selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kerana pegawai yang bertanggungjawab sudah mula bercuti.

azlanSebelum ini, dalam kes kira-kira seribu penduduk tetap yang disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih, JPN dan SPR mendakwa kesilapan berpunca akibat "kecuaian teknikal".

NONEPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata JPN tidak mengemas kini pangkalan data mereka untuk menunjukkan bahawa penduduk tetap berkenaan telah diberikan kewarganegaraan.

Paling ketara adalah kes Mismah, pengundi di Ijok yang telah disenaraikan oleh JPN sebagai seorang pemastautin tetap pada semakan 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun status wanita itu dikemaskini pada pangkalan data JPN empat jam selepas Malaysiakini mendedahkan perkara itu pada hari yang sama. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi.


JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah yang dilahirkan di Indonesia itu sebenarnya, telah diberikan kewarganegaraan pada 31 Januari tahun ini, selepas 29 tahun sebagai penduduk tetap.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/174261

Senjata doa atasi muslihat BN guna projek IC

M Faqih

KOTA BHARU, 27 Ogos: Biar pun tanpa nasi bungkus percuma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya.

Malah ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih.

Khemah gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai. Khemah tersebut boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah.

Jumlah kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat.

Sebahagian peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Bacaan zikir dan munajat pula dikepalai Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Program munajat berakhir kira-kira jam 4.50 pagi, bagi memberi peluang orang ramai yang hadir bersahur. Jualan nasi bungkus disediakan berhampiran Qaryah Ramadan.

Mubarak Kafe di sebelah khemah tarawih kelihatan penuh sesak dengan pelanggan. Beberapa kedai makan dan restoran di Dataran Usahawan juga masih beroperasi.

Berucap ringkas sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan terus memancak Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini pada akhir 1990.

“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” katanya.

Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Ketika ucapan yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk boleh diikuti di Sabah dan Sarawak malam tadi Menteri Besar berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah Taala.

Katanya di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.

Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

“Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan, iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hambaNya,” ujarnya pada program yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad , pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Program itu bermula jam 10 malam di mana siaran internet dipancarkan dari dua lagi lokasi iaitu Rusila, Terengganu dan Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Sebanyak 19 tempat pemimpin dan penyokong PAS berkumpul bagi mengikuti program berkenaan. Siaran itu boleh diikuti dengan jelas gambar dan audionya. Pengerusi program, Ustaz Idris Ahmad berada di Taman Melewar.

Di Rusila dua pemimpin berucap iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Ahmad Ghazali.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5132-senjata-doa-atasi-muslihat-bn-guna-projek-ic

Friday, August 26, 2011

Warga Indonesia teramai daftar biometrik

Ogos 24, 11 8:45pm

Sejumlah 1,002,736 rekod biometrik warga Indonesia telah didaftarkan, sekaligus mengekalkan negara tersebut sebagai pendahulu atau 46 peratus daripada 2,222,636 jumlah keseluruhan warga asing yang didaftarkan setakat 8.30 pagi ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim berkata daripada jumlah keseluruhan warga Indonesia yang berdaftar, seramai 610,328 atau 61 peratus adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang didaftarkan menerusi Program 6P, manakala selebihnya adalah pekerja sah yang pendaftarannya akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.

Bangladesh di tempat kedua iaitu 254,428 PATI dan 129,561 pekerja sah, diikuti Nepal (30,804 PATI, 216,700 pekerja sah), Myanmar (125,124 PATI, 111,005 pekerja sah), India (47,767 PATI, 53,522 pekerja sah).

Filipina pula seramai 46,571 PATI dan 4,542 pekerja sah, Vietnam (12,213 PATI, 41,656 pekerja sah), Pakistan (19,714 PATI, 11,773 pekerja sah), Kemboja (22,613 PATI, 6,325 pekerja sah), Thailand (8,146 PATI, 4,399 pekerja sah), China (2,746 PATI, 5,904 pekerja sah), Sri Lanka (4,572 PATI, 12,625 pekerja sah) dan lain-lain negara (3,281 PATI, 1,236 pekerja sah).

Berdasarkan pecahan perbandingan antara PATI dan pekerja sah, lapan negara mencatatkan peratus PATI lebih tinggi iaitu Filipina sebanyak 91 peratus, Kemboja (78 Peratus), Bangladesh (66 peratus), Thailand (65 peratus), Sri Lanka (64 peratus), Pakistan (63 peratus), Indonesia (61 peratus) dan Myanmar (53 peratus), katanya dalam kenyataan di sini.

Bakinya pula mencatatkan peratus pekerja sah yang tinggi iaitu Nepal sebanyak 88 peratus, Vietnam (77 peratus), China (68 peratus), dan India (53 peratus).

Selain itu, bermula semalam Jabatan Imigresen telah mula keluar ke lokasi tertentu seperti kawasan pedalaman untuk mendaftarkan PATI bagi program 6P.

Sebelum ini jabatan itu hanya menumpukan pendaftaran di kaunter dalam pejabat manakala urusan pendaftaran di luar dilakukan oleh 336 syarikat pengurus menerusi lebih 1,900 kaunter di seluruh semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun susulan jumlah pendaftaran yang semakin menurun sejak awal bulan ini mendorong jabatan itu ke lokasi pedalaman bagi memujuk PATI yang masih berdegil untuk mendaftar.

KDN juga berusaha sedaya upaya untuk mendaftar seramai mungkin PATI di negara ini, justeru itu bagi yang belum mendaftar mereka diminta bertanggungjawab terhadap apa juga penguatkuasaan yang bakal diterima selepas tempoh pendaftaran tamat iaitu pada 31 Ogos ini.

Mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang bertajuk '6P Registration at Pos Malaysia', beliau menegaskan bahawa kenyataan itu tidak ada kaitan dengan KDN.

Laporan tersebut memetik bahawa sehingga 28 Ogos ini pendaftaran bagi program 6P untuk PATI boleh dilakukan di tujuh cawangan pejabat pos terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/174034

'Parti dakwa senarai kotor tapi cuba daftar si mati'

'Parti dakwa senarai kotor tapi cuba daftar si mati'
Aidila Razak
Ogos 25, 11
5:12pm

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengesahkan bahawa kira-kira separuh daripada mereka yang cuba untuk mendaftar sebagai pengundi, adalah tidak layak.

Malah, menurutnya, parti-parti politik yang sering mengadu daftar pemilih kotor, cuba untuk mendaftar "orang mati, orang bawah umur dan penduduk tetap".

"Parti-parti politik ini sepatutnya menapis terlebih dahulu orang yang mereka cuba daftar," katanya.

voter registration campaign 110707 registrationAbdul Aziz memberitahu Malaysiakini demikian ketika ditanya
mengenai surat yang dikeluarkan pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman pada 22 Ogos yang mengkehendaki salinan MyKad pemohon disertakan bersama borang pendaftaran pengundi.

Dalam surat itu, Dzulkifli berkata "hampir 50 peratus" permohonan pendaftaran ditolak kerana pemohon telah meninggal dunia, mempunyai alamat tidak sama dengan kad pengenalan, telah mendaftar sebelum ini, bahkan ada yang merupakan penduduk tetap".

Untuk mengatasinya, mana-mana borang permohonan yang tidak disertakan dengan salinan MyKad pemohon, akan terus ditolak.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Aziz berkata, syarat tersebut hanya boleh digunakan di Selangor kerana masalah tersebut paling teruk di negeri tersebut.

"Selangor mempunyai permohonan paling banyak daripada mereka yang tidak layak," katanya.

'PAS perlu semak dengan JPN'


Mengenai perkara yang berasingan, Abdul Aziz menjelaskan, caj RM200 jika bantahan terhadap daftar pemilih tidak berjaya, bukanlah satu "penalti' tetapi adalah satu bentuk "pampasan".

NONE"Apabila bantahan dibuat, pendengaran dijalankan untuk pembantah
dan orang yang statusnya dibantah.

"Jika bantahan itu tidak berjaya, maka orang yang statusnya dibantah akan diberi pampasan kerana perlu menghadiri pendengaran tersebut,"
katanya.

Jumlah maksimumnya adalah RM200 dan ia diputuskan berdasarkan kepada kes-kes, kata Abdul Aziz ketika ditanya sama ada PAS perlu membayar penalti RM200,000 untuk 1,000 bantahan yang dikemukakannya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/174114

PAS: 'Daftar pemilih kotor' untuk tumbangkan S'gor

PAS: 'Daftar pemilih kotor' untuk tumbangkan S'gor
Abdul Rahim Sabri
Ogos 24, 11
1:22pm

Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa pihaknya mempunyai "daftar pemilih kotor" yang didakwa boleh menumbangkan kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Mohd Adram Musa berkata pihaknya mempunyai data seramai "puluhan ribu" yang didakwa "pengundi klon".

"Apa yang kami ada, daftar pemilih kotor yang sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

"Adakah ini kerja-kerja seperti mana yang disebut oleh perdana menteri yang berkata melakukan apa sahaja untuk mengambil balik Selangor?

"Apa yang kami ada, sudah cukup (untuk) menjatuhkan kerajaan Selangor,"
katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan analisis pihaknya jumlah pengundi klon itu, membolehkan BN merampas sekurang-kurang sepuluh kerusi DUN di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negera menjelaskan jumlah pengundi dari daftar pemilih yang telah digugurkan dan yang akan digugurkan.

Pihaknya memberi masa 14 hari kepada kedua-dua pihak tersebut untuk membuat penjelasan.

johor pas chief suhaizan kaiat"Itu sebahagian yang kami ada, ada sebahagian lagi," katanya. Turut hadir dalam sidang media berkenan adalah pengerusi lajnah berkenaan Suhaizan Kaiat (kanan).

Ditanya tindakan Pemuda PAS seterusnya sekiranya kedua-dua badan tersebut tidak memberi maklum balas terhadap tuntutan mereka, Suhaizan berkata pihaknya akan terus memperjuangkan reformasi sistem pilihan raya.

"Kalau mereka tidak beri data (mereka), kita akan beri data kita. Kita akan dedahkan," katanya sambil menambah tindakan itu akan dibuat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau yang juga ketua Pemuda PAS Johor turut menuntut supaya SPR dan JPN menjelaskan prosedur tetap (SOP) berhubung kaedah menggugurkan nama pengundi.

Dalam sidang media itu juga, Suhaizan turut menyoal SPR berhubung peruntukan dalam Peraturan Pilihan Raya yang membenarkan suruhanjaya itu menggugurkan nama pemilih.

Selain itu, beliau turut mempersoal bagaimana JPN mengenalpasti individu yang tidak sahih untuk digugurkan bagi kes memiliki nombor kad pengenalan lama yang sama dan memiliki nama serta nombor kad pengenalan yang hampir sama.

"Apakah JPN sudah memiliki senarai warganegara klon sebelum Pemuda PAS membuat bantahan?" soalnya.


http://malaysiakini.com/news/173963

Wednesday, August 24, 2011

'Skrip bersumpah' PATI: KDN buat laporan polis

'Skrip bersumpah' PATI: KDN buat laporan polis
Aidila Razak
Ogos 23, 11
3:55pm


Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan pendaftaran Program Penyelesaian menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) sebagai muslihat kerajaan untuk menyeludup pengundi, sekali gus "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".

NONESehubungan itu, menurut timbalan menterinya, Datuk Lee Chee Leong, mereka yang berbuat demikian cuba memfitnah kerajaan.

"Ini satu lagi (dakwaan) fitnah," kata Lee pada sidang medianya di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat ke atas ahli parlimen PKR bagi kerusi Ampang Zuraida Kamaruddin kerana membuat dakwaan palsu itu.

Katanya, laporan dibuat di balai polis Seksyen 11, Shah Alam oleh Jabatan Imigresen Selangor dan akan disusuli dengan saman fitnah tidak lama lagi.

"Kita sedang menyiapkan saman itu... ia akan serentak (dengan laporan polis).

"Saya dengan ini memberi sokongan penuh kepada keputusan Jabatan Imigresen Selangor yang hari ini telah membuat laporan polis terhadap Yang Berhormat Zuraida sebagai langkah pertama sebelum tindakan lanjut diambil sebagai susulan.

"Tindakan ini adalah bukti bahawa kerajaan telus dan tidak berkompromi dalam dasar mempertahankan kedaulatan negara," katanya.

Menurut Lee, kerajaan telah memberikan Zuraida tempoh masa yang mencukupi bagi membekalkan bukti tetapi beliau gagal berbuat demikian.

Namun, katannya, pihak kementerian belum menyiasat dakwaan ahli parlimen itu berhubung wujudnya “skrip bersumpah” yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin ketika berdaftar dengan Program 6P.

"Kita tidak boleh menyiasat tanpa bukti (berhubung dakwaan itu),” katanya.

azlanZuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa hasil siasatan PKR mendapati
kerajaan mensyaratkan pendatang asing tanpa izin (PATI) supaya membaca 'skrip bersumpah' dengan menyatakan sokongan kepada Umno dan BN sebagai sebahagian proses pemutihan.

Pada skrip itu, tertulis teks "Saya/suami/isteri/anak-anak tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/BN".

Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekaligus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/173887

Zuraida: K'jaan tak boleh saman saya

Abdul Rahim Sabri
Ogos 23, 11
1:42pm

Ketua Wanita PKR berkata kerajaan tidak boleh menyaman individu yang mengkritik, khususnya berhubung dakwaannya pendatang tanpa izin (PATI) diberikan 'skrip bersumpah' menyokong BN.

Bagaimanapun, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau tidak gentar berdepan kemungkinan dikenakan tindakan itu walaupun menganggapnya "terkeluar" daripada peruntukkan undang-undang.

"Kalau terjadi (saman), kita dapat bukti (PATI) mengangkat sumpah, ada dolak dalih dalam kerajaan.

"Apa-apa tindakan kita buat sesuatu, kita tidak buat tanpa asas. Kita bertanggungjawab," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Zuraida mengulas hasrat Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam yang menimbang mengambil tiga tindakan terhadapnya yang masih belum membuat laporan polis dan mengemukakan bukti berkaitan dakwaan itu.

Tan Sri Mahmood Adam dilapor berkata, langkah itu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau menyaman ahli parlimen Ampang itu.

Zuraida berkata, susulan kenyataan itu, beliau disarankan beberapa peguam supaya menyahut cabaran kerajaan.

Beliau berkata, beliau sepatunya membuat aduan polis hari ini tetapi menangguhkannya kerana "masanya tidak sesuai".

"Insya-Allah dalam minggu ini (buat laporan polis)... Kita tunggu masa dan saat yang sesuai (untuk dedahkan). Kita sedang buat back-up," katanya.

Dalam sidang media yang sama, pengarah strategik PKR Rafizi Ramli berkata KDN harus bersikap adil dengan membuat penyiasatan terhadap isu yang dibangkitkan oleh Zuraida.



http://malaysiakini.com/news/173849

3 jenis tindakan atas Zuraida ditimbang

Posted by admin on August 23rd, 2011

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang bentuk tindakan terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin kerana melemparkan tuduhan berat ke atas kerajaan berhubung Program 6P.Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaan beliau wujud “skrip bersumpah” yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar pada Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

“KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan, di sini, Isnin.

Minggu lepas, Zuraida mendakwa bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca ’skrip bersumpah’ menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebahagian proses pemutihan.

Zuraida mendakwa kononnya Program 6P adalah muslihat kerajaan untuk mengumpul pengundi bagi pilihan raya umum akan datang.

Mahmood berkata Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya ia bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa

Ketua Wanita PKR itu ketika dihubungi telah berkata kerajaan tidak boleh menyaman individu yang mengkritik, khususnya berhubung dakwaannya PATI diberikan ’skrip bersumpah’ menyokong BN.

Bagaimanapun, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau tidak gentar berdepan kemungkinan dikenakan tindakan itu walaupun menganggapnya “terkeluar” daripada peruntukkan undang-undang.

“Kalau terjadi (saman), kita dapat bukti (PATI) mengangkat sumpah, ada dolak dalih dalam kerajaan.

“Apa-apa tindakan kita buat sesuatu, kita tidak buat tanpa asas. Kita bertanggungjawab,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini (gambar).


http://www.kl-today.com/2011/08/3-jenis-tindakan-atas-zuraida-ditimbang/

Sunday, August 21, 2011

'Sepatutnya bersih p'raya, bukan upah PR asing'

Ogos 20, 11 1:57pm

fbc media





Malaysia mungkin menikmati urus tadbir lebih baik sekiranya wang untuk mengupah syarikat perhubungan awam asing diguna untuk membersihkan sistem pilihan raya dan memperkenalkan usaha antirasuah lebih cepat.

Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, urus tadbir yang baik juga boleh dicapai dengan memperkasa komuniti ekonomi kurang terbela dan melabur dalam infrastruktur awam yang mapan.

ngo pro selangor government rally 230111 faekah"Sekiranya kerajaan persekutuan memerlukan bantuan, nasihat, contoh atau semua di atas dengan berhubung perbelanjaan dana awam dengan cara yang lebih cekap serta memberi manfaat kepada rakyat, kerajaan negeri Selangor dengan senang hati sedia berkongsi kepakarannya," kata Faekah Husin (kiri).

Sebagai respons kepada dakwaan kerajaan mengupah FBC media limited Britain untuk menggilap imejnya, Faekah berkata, pihaknya terkejut kerana wang pembayar cukai dibelanjakan dalam jumlah yang banyak "semata-mata untuk menaikkan imej perdana menteri dan kerajaan" yang didakwa tercalar teruk.

Ia antaranya disebabkan cara kerajaan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, selain tuduhan-tuduhan rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran yang kini mencapai tahap paling rendah, tambahnya.

Stesen penyiaran antarabangsa BBC pada 17 Ogos lalu dilaporkan mengakui menyiarkan rancangan yang diterbit FBC yang diupah kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu telah digantung.

Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.


http://malaysiakini.com/news/173607

Saturday, August 20, 2011

'Skrip bersumpah' PATI: KDN minta bukti jelas

Ogos 19, 11 11:43am

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta ketua Wanita PKR mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaannya bahawa program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' yang menyokong BN.

Ketua setiausahanya Tan Sri Mahmood Adam (bawah) berkata, jika tidak Zuraida Kamaruddin harus membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dinyatakan itu.

NONE"Susulan laporan (akhbar) tersebut, KDN menyifatkan dakwaan Zuraida sebagai satu tuduhan berat kepada kepentingan negara...," katanya.

Zuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Justeru, anggota parlimen Ampang itu menyifatkan program itu sebagai muslihat untuk menyeludup pengundi, sekali gus "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".

Mahmud menjelaskan, propgram pemutihan itu - Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) - merupakan inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik.

NONESebaliknya, ia bertujuan mendapatkan data biometrik pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk rasional keselamatan, katanya.

Usaha itu, Menurut Mahmud, penting dalam menangani masalah membabitkan kes-kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.

Mahmud juga berkata data biometrik yang diperoleh daripada program itu dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap PATI dan terbukti berjaya menangani jenayah rentas sempadan.

Jenayah seperti pemerdagangan orang, penyeludupan manusia dapat dikurangkan sejak sistem biometrik dikuatkuasakan di semua pintu masuk negara, katanya.


http://malaysiakini.com/news/173491

Thursday, August 18, 2011

Jangan ada muslihat dari pemutihan pendatang

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Kerajaan BN diingatkan agar memastikan program pemutihan pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara ini yang sedang dilaksanakan sekarang bebas dari sebarang sindiket yang boleh merosakkan negara.

Dalam masa yang sama, PAS turut mengingatkan kerajaan agar tidak mengambil kesempatan dari program yang diadakan itu bagi melaksanakan muslihat Umno BN seperti menjadikan pendatang-pendatang tanpa izin itu sebagai pengundi bagi pihak Umno BN dalam pilihanraya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, bagi PAS, program pembersihan Pati yang diadakan itu memberikan kebaikan tertentu kepada negara dan Pati-Pati terbabit.

Menurut beliau, oleh itu, ia tidak akan dipersoalkan oleh PAS sekiranya program tersebut benar-benar dilaksanakan berasaskan undang-undang dan bebas dari sebarang anasir tidak baik, terutama oleh kumpulan sindiket tertentu untuk kepentingan mereka.

"Kita harap program tersebut diadakan dengan baik dan jangan pula terdapat sindiket di dalamnya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanyakan kemungkinan terdapat kaitan antara program pemutihan Pati yang sedang dilaksanakan sekarang dengan tindakan Umno BN menjadikan warganegara asing sebagai warganegara ini.

Sehingga kini ribuan pendatang asing telah dijadikan warganegara dan turut disenaraikan dalam daftar pemilih oleh kerajaan BN menerusi agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan undang-undang, satu pengkhianatan yang nyata terhadap negara dan jelas mengancam keselamatan negara.

Demi kepentingan negara, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat bagi mendesak kerajaan memanggil persidangan Parlimen khas untuk membincangkan perkara itu pada 8 Julai lalu di bangunan Parlimen.

Surat tersebut diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk diberikan respon segera dalam tempoh seminggu yang berakhir semalam.

Namun desakan tersebut tidak diberikan respon yang baik oleh Perdana Menteri, sebaliknya ditubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, tanpa memanggil persidangan Parlimen dan tanpa sebarang rundingan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian ketika menjawab soalan wartawan berhubung penubuhan jawatankuasa itu menjelaskan, penubuhan jawatankuasa itu sememangnya penuh dengan keraguan dan tanda tanya.

"Sungguhpun begitu, ini menunjukkan apa yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 akhirnya turut diakui oleh Datuk Seri Najib," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau mendesak Kerajaan BN supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sebelum tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan oleh kerajaan bagi membolehkan pilihanraya di negara ini dilaksanakan dengan bersih dan adil.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4949-jangan-ada-muslihat-dari-pemutihan-pendatang

PAS: 14,000 pengundi 'kelahiran luar negeri' di P Pinang

Susan Loone
Ogos 17, 11
6:27pm

PAS Pulau Pinang mendakwa telah mengesan kira-kira 14,000 pengundi 'kelahiran luar negeri' dalam senarai daftar pemilih di negeri itu dan sedang menyiasatnya, untuk mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONESetiausaha Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden (kanan)
berkata mereka dikesan oleh jawatankuasa pilihan raya parti sewaktu hujung minggu.

Katanya, parti itu mempunyai sistem komputernya sendiri, yang dapat mengesan bilangan orang asing atau penduduk tetap dengan angka status negeri kelahiaran '71 'dalam kad pengenalan mereka.

"Bilangan pengundi ini dalam daftar pemilih sangat tinggi dan muncul dengan tiba-tiba. Juga, kontroversi Mismah membuat kami lebih curiga," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Baru-baru ini, Malaysiakini mendedahkan kes seseorang individu yang bernama Mismah disenaraikan sebagai pemegang PR tetapi dimasukkan ke dalam senarai kemaskini pemilih di negara ini.

Bagaimanapun, status beliau telah ditukar kepada kerakyatan sepenuhnya hanya beberapa jam selepas isu itu dilaporkan.

SPR menjelaskan kes Mismah sebagai "kesilapan teknikal" kerana Jabatan Pendaftaran Negara gagal mengemaskini data walaupun Mismah mendapat kewarganegaraan sejak Januari tahun ini.

Mismah telah menafikan berlaku sebarang penyelewengan dalam pemberian kewarganegaraan Malaysia kepadanya.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/173318
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...