Showing posts with label Tumor and Cure. Show all posts
Showing posts with label Tumor and Cure. Show all posts

Monday, April 27, 2009

Doktor keluarkan ketumbuhan 100kg


GAMBAR menunjukkan kaki wanita yang mempunyai ketumbuhan terbesar di dunia sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Affiliated, Kolej Perubatan Universiti Qingdao, China.



BEIJING – Sekumpulan pakar bedah mengeluarkan tumor sebesar 100 kilogram daripada kaki seorang wanita China, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketumbuhan yang dipercayai terbesar di dunia itu mula membesar sejak 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, ia membesar sehingga menyamai saiz seorang lelaki dewasa yang seberat 99.8 kilogram.

Pakar-pakar dari Hospital Affiliated, Kolej Perubatan Universiti Qingdao di wilayah Shandong berharap mereka dapat memulihkan wanita tersebut.

Mereka turut berharap wanita berumur 49 tahun itu dapat berjalan semula. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

Wednesday, February 11, 2009

Doktor buang tumor paling berat di dunia

Doktor buang tumor paling berat di dunia


GAMBAR menunjukkan wajah Devi sebelum dan selepas pembedahan membuang tumor.



NEW DELHI - Sekumpulan doktor berjaya membuang tumor sebesar saiz bola sepak di bahagian muka seorang wanita India, Lakhmani Devi.

Wanita itu berhadapan dengan masalah tumor yang kian membesar sejak 25 tahun lalu sehingga beratnya mencecah dua kilogram.

Ia dianggap sebagai tumor paling berat pernah dibuang.

"Tumor itu dihasilkan oleh tisu yang pejal dan merupakan yang paling besar pernah saya temui dalam bidang perubatan," kata doktor yang mengendalikan pembedahan itu di Institut Sains Perubatan India di sini, K.K. Handa.

"Pesakit itu diberitahu oleh doktor-doktor di kampungnya bahawa dia akan meninggal dunia menyebabkannya 'menyimpan' tumor itu selama berdekad-dekad," katanya.

Anaknya, Lallan Singh berkata, pembedahan itu akan memberi satu bentuk kehidupan baru kepada ibunya kerana dia selama ini berkurung di rumah kerana malu dengan tumor tersebut. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Thursday, January 15, 2009

Terkejut jumpa kaki dalam otak


TIFFNIE mendukung anaknya, Sam yang berumur tiga bulan.
--------------------------------------------------------------------------------


COLORADO SPRINGS - Sekumpulan pakar bedah di sini terkejut apabila menemui satu kaki kecil dengan beberapa bahagian badan lain di dalam otak seorang bayi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakar bedah itu menemui kaki tersebut ketika melakukan pembedahan untuk membuang apa yang dipercayai pada mulanya sebagai tumor.

Bayi itu, Sam Esquibel yang berumur tiga bulan, digelar bayi ajaib kerana masih hidup selepas pembedahan dilakukan oleh sekumpulan doktor di Hospital Memorial Colorado Springs.


GAMBAr X-ray menunjukkan kaki dalam otak bayi.
--------------------------------------------------------------------------------


Mereka mula mengesan tumor pada otaknya dengan menggunakan mesin pengimbas ultrasound ketika ibu Sam, Tiffnie Esquibel sedang hamil.

"Saya terpaksa berhenti seketika selepas melihat kaki itu tiba-tiba keluar dari ketumbuhan tersebut kerana saya tidak pernah melihat kaki berada dalam otak," kata pakar bedah saraf, Dr Paul Grabb.

Pakar itu akhirnya membuang semua ketumbuhan itu yang turut mengandungi satu paha dan tangan.

Pakar-pakar percaya bahawa kaki itu merupakan teratoma iaitu tumor yang mengandungi beberapa tubuh badan yang tidak sempurna. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...