Showing posts with label Mismah gate - K'jaan Mismah. Show all posts
Showing posts with label Mismah gate - K'jaan Mismah. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Daftar pemilih: PAS mohon Agong campur tangan

Daftar pemilih: PAS mohon Agong campur tangan
Ogos 13, 11 11:47am

PAS hari ini merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membersihakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa telah bercelaru sejak kebelakangan ini.

NONEMenurut Harkahdaily, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga mahu Seri Paduka bertindak terhadap pihak atasan SPR khususnya pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.

"Kehilangan kepercayaan sebahagian rakyat kepada SPR begitu memuncak sekarang.

"Walaupun sudah berulang kali disebut mengenai pembersihan daftar pemilih tapi dinafikan SPR, sekarang sudah terdedah banyak penyelewengan dalam SPR sehingga ada nama Kg Baru sebagai pemilih dan kes Mismah.

"PAS harap Yang di-Pertuan Agong dapat mengambil tindakan terhadap SPR supaya pilihan raya yang adil dapat dilaksanakan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.

Kepincangan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terselah sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila media mendedahkan beberapa nama yang menjadi kontroversi dalam daftar pemilih.

NONEAntaranya dakwaan penduduk tetap (PR) dengan berkad pengenalan merah didaftarkan sebagai pengundi tetapi statusnya tiba-tiba berubah menjadi warganegara apabila didedahkan.

Terdapat juga kes nama Kg Baru didapati layak mengundi di sebuah kawasan di Besut, Terengganu.

Selain itu beberapa pengundi klon juga dijumpai daftar pemilih - iaitu pengundi yang didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka.

Menurut Mohamad, SPR harus mengakui semua kesilapan itu dan pengerusinya harus meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan yang setimpal.

Katanya, memandangkan memorandum lapan tuntutan BERSIH 2.0 telah disampaikan kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, pihaknya tidak perlu menyerahkan memorandum baru lagi.

NONE"Kita tidak perlu serah memorandum lagi tapi mempertegaskan lapan tuntutan BERSIH 2.0 khususnya dalam isu daftar pemilih ini (dipatuhi)," katanya dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, isu berkenaan tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia membabitkan sistem demokrasi dan kepercayaan rakyat.

"Pilihan raya yang adil penting kerana kalau rakyat tidak terima keputusan pilihan raya, itu sangat bahaya kerana rakyat sekarang semakin celik maklumat," katanya.

Timbalan presiden PAS itu juga kesal dengan SPR yang sering bertindak dwi- standard terhadap Pakatan Rakyat.

"SPR suka guna kalimah parti pembangkang. Umno boleh, tapi bagi SPR semua parti politik adalah pelanggannya.

NONE"Datuk Wan Ahmad (kiri) selalu guna kalimah parti pembangkang sedangkan beliau tidak berhak melabelkan mana-mana parti sebagai pembangkang... dan harus bersifat adil," katanya.

Menurut Mohamad, tindakan membersihkan daftar pemilih dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menerajui suruhanjaya menjalankan tanggungjawab dengan telus dan amanah, merupakan langkah terbaik demi masa depan Malaysia.

"Jika rakyat terima keputusan pilihan raya, negara ini akan aman. Jika rakyat tolak, ia berbahaya pada keselamatan negara.

"Kita tak ada masalah parti lain menang.. tapi akan jadi masalah jika mereka menang kerana manipulasi daftar pemilih," katanya lagi.

Turut bersama pada sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir.

azlan




























http://malaysiakini.com/news/172886

Saturday, August 13, 2011

Alarm over 100,000 new citizens-cum-voters

Harakahdaily

Aug 10: PAS vice president Husam Musa (right) today lambasted the government’s over the exposure that 100,000 foreigners had been given citizenship by the National Registration Department in order to register them as voters.

Husam also questioned the criteria for a person to be accepted as Malaysian citizen, and drew comparison with a neighbouring country's policy.

“In Singapore, the government filters applications taking into account an applicant's strength, such as one's talent and profession, for example sportsmen.

"But it is so different in our country. As long as they will vote for the government, they will be given citizenship by filling up the forms," said Husam.

Husam said Bangladeshis and Chinese were also among those who submitted their forms and who were not subjected to any background checks, adding that the "conspiracy has placed the country in danger".

His comments came in the wake of continuous revelations by the new media about permanent residents being listed as eligible voters. This was followed by the discovery that their status had suddenly changed on the NRD website, showing them as the blue MyKad cardholders.

Husam said it was puzzling that these newly crowned citizens had almost immediately registered themselves as voters, adding that there must be somebody masterminding such efforts.

“Those people are only interested to become citizens, not voters, but they are already registered as voters,” said the Kelantan state Exco member.

He called on political parties especially Pakatan Rakyat to come out with a solution.

“The people of Malaysia must protest. This is a dangerous act,” he warned.


http://en.harakah.net.my/index.php/berita-utama/3311-alarm-raised-over-100000-new-citizens-cum-voters.html

BERSIH: 'SPR lebih beria-ia pertahan parti pemerintah'

Ogos 12, 11 5:28pm

BERSIH 2.0 amat dukacita melihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus membuat ulasan yang memudarkan semangat muafakat bekerjasama ke arah pilihan raya yang lebih bersih, tetapi sebaliknya mendakwa suruhanjaya itu lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah".

NONEJawatankuasa pemandu BERSIH juga sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kiri) yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif.

"Kami telah menyatakan berulangkali bahawa matlamat BERSIH 2.0 adalah sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya untuk memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan sebarang agenda politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, BERSIH 2.0 hanya berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih.

"Sekiranya BN atau mana-mana parti menang melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat kami telahpun tercapai," tegas kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, BERSIH berpendapat SPR dan Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi awam dan "bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik".

"Ulasan terkini yang dibuatnya, mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat 'non-partisan' SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai.

Masalah daftar pemilih


"Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik, dan bukannya tugas timbalan pengerusi SPR," tambah kenyataan itu.

Berikutan itu, katanya, BERSIH 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar, yang dikesan daftar pada pemilih seperti “skandal Mismah”.

Perkara itu, menurut gabungan NGO itu, mendedahkan perkembangan membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya.

azlan"Masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama 'Kg Baru', penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya.

"SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.

Mengenai isu pengesahan biometrik, katanya, BERSIH 2.0 memandang serius laporan terbaru bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumentasi pekerja asing.

"Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja digunakan untuk mencegah pengundi hantu.

"Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," tambahnya.

'Malaysia yang kami hasratkan'


Menurutnya, kenyataan Wan Ahmad bahawa semua parti politik mempunyai akses yang sama rata kepada media, dibuat tanpa sebarang penelitian rapi.

"Membandingkan penerbitan parti yang sangat terhad edarannya dengan akhbar-akhbar nasional dan khidmat penyiaran kebangsaan yang dikawal parti pemerintah adalah amat mengelirukan.

"Kenyataan bahawa parti pembangkang 'memiliki media baru' juga tersasar daripada pokok permasalahannya.

"Malaysia yang kami hasratkan adalah di mana kesemua parti politik daripada kedua-dua belah pihak memiliki hak yang sama terhadap kesemua jenis media, tanpa ada pengecualian," kata kenyataan itu.

NONEOleh itu, katanya, BERSIH 2.0 menolak sepenuhnya apa sahaja perbandingan antra perhimpunan aman 9 Julai di Kuala Lumpur dengan rusuhan di United Kingdom (kiri).

"Meskipun berdepan dengan tindakan keras pihak polis, berbagai rakaman video dan pengakuan saksi yang tidak terkira ramainya telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa rakyat Malaysia benar-benar mampu untuk berhimpun secara aman selari dengan hak-hak perlembagaan kita untuk sama-sama menuntut sebuah negara yang lebih demokratik dan sihat.

"BERSIH 2.0 sentiasa bercita-cita agar dapat bekerjasama dengan semua institusi kerajaan dan pemimpin politik tanpa mengira wadah mereka untuk bersama-sama mewujudkan Malaysia yang lebih baik.

"Kami berharap pertengkaran kecil dan kedangkalan alasan sekarang ini dapat digantikan dengan sikap yang ikhlas, berfikiran terbuka dan bekerjasama dalam semangat cintakan tanahair," katanya.


http://malaysiakini.com/news/172827

Friday, August 12, 2011

Umno terlibat manipulasi pilihan raya?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat (gambar) berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.

"Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Bukti pertama

Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit kedua terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

Nama: MOHD BAHAR BIN OMAR
No Kad Pengenalan: 800105025489
No. Ahli UMNO: 02914008
Negeri: K – KEDAH
Bahagian: 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
DUN: 01835 – KULIM
Cawangan: 01835029 - JALAN JUNJUNG

MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.

Bukti Kedua

Dua identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

Nama: FATEN DIANA BINTI HASSAN
No Kad Pengenalan: 810822035400
No. Ahli UMNO: 03252506
Negeri: D – KELANTAN
Bahagian: 019 – TUMPAT
DUN: 01902 – KELABORAN
Cawangan: 01902021 - DALAM RHU PANTAI

FATEN DIANA BINTI HASSAN adalah ahli Puteri Umno Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.

Bukti Ketiga

Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai no kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

Nama: SHARINA BINTI MAT ARIFF
No Kad Pengenalan : 800727095094
No. Ahli Umno : 02999301
Negeri: R – PERLIS
Bahagian: 001 - PADANG BESAR
DUN: 00105 – SANTAN
Cawangan: 00105010 - KAMPONG PETAL

SHARINA BINTI MAT ARIF adalah ahli Puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis.

Identiti kedua SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.

Pemuda Umno dan Puteri Umno di atas berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut:

1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;

3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Menurut Suhaizan, bukti-bukti di atas seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini.

Justeru, tegasnya, Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti tersebut.

"Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak," ujarnya.

Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku.

"Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?" soalnya yang Ketua Pemuda PAS Johor.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4869-umno-terlibat-manipulasi-pilihan-raya

Thursday, August 11, 2011

PAS: Selesaikan 'konspirasi' Mismah atau kami demo

PAS: Selesaikan 'konspirasi' Mismah atau kami demo
Joseph Sipalan
Ogos 11, 11
7:02pm


Dewan Pemuda PAS hari ini menuntut Kementerian Dalam Negeri supaya bertanggungjawab ke atas 'konspirasi' Mismah atau tidak mereka akan meluahkan rasa tidak puas hati di jalanan.

NONEPengarah pilihan rayanya Mohd Sany Hamzan berkata kerajaan mesti menjelaskan kontroversi yang menyelubungi status Mismah - seorang penduduk tetap (PR) yang disenaraikan di daftar pemilih tetapi secara tiba-tiba diberikan taraf kewarganegaraan setelah perkara itu didedahkan oleh media.

“Kita beri Kementerian Dalam Negeri tujuh hari untuk menjawap. Jika mereka gagal jawab, kita akan bawa perkara ini kepada perdana menteri. Jika juga, tiada jawapan, kita akan anjurkan perhimpunan awam,” katanya selepas menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Mohd Sany bagaimanapun tidak memberikan tempoh masa bila perhimpunan itu akan diadakan sekiranya kerajaan memilih untuk mendiamkan diri. Apabila didesak wartawan, beliau membayangkan ia mungkin diadakan selepas sambutan Aidilfitri.

Memorandum, yang dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengariskkan lima tuntutan dari PAS.

  • Menjalankan siasatan terhadap isu ini secara menyeluruh,
  • Mengambil tindakan tegas dan sewajarnya ke atas petualang yang mengkhianati negara,

  • Memerangi gejala ini semaksimun mungkin dan tidak membiarkan ia berulang.

  • Mendedahkan pelaku konspirasi agar menjadi pengajaran kepada golongan ingin ambil kesempatan,

  • Memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa dipelihara dari ancaman sedemikian.

Memorandum diterima oleh pegawai khas Hishammuddin di tingkat bawah bangunan Kementerian dalam Negara.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/172724


Sunday, August 7, 2011

Sidang tergempar: PAS serah surat pada PM esok

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghantar surat kepada Perdana Menteri esok meminta sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu keselamatan negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya ekoran pendedahan media minggu lalu mengenai pendaftaran pemegang kad pengenalan bertaraf penduduk tetap (PR) kepada warganegara dalam tempoh sehari.

"Esok jam 12 tengahari di bangunan Parlimen saya bersama ahli Parlimen Pakatan yang lain akan menghantar surat kepada Perdana Menteri meminta sidang khas Parlimen ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, isu ini perlu dibincangkan secara serius kerana ia merupakan pengkhianatan kepada negara.

Beliau juga tidak menafikan ianya merupakan satu konspirasi pihak tertentu untuk mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

"Kita yakin wujud konspirasi dalam perkara ini," katanya.

Minggu lalu, media mula mendedahkan berkaitan PR yang memegang kad pengenalan merah bertukar status kepada warganegara dan mendapat kad pengenalan biru serta didaftarkan sebagai pengundi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata isu ini telah lama berlaku dan pernah terbukti di mahkamah di Sabah bahawa penduduk Myanmar didaftarkan sebagai warganegara.

"Isu daftar pemilih ini pernah dibuktikan di mahkamah dan nampaknya sehingga kini kerajaan tidak pernah berhenti mendaftarkan warga asing untuk mengundi," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4761-sidang-tergempar-pas-serah-surat-pada-pm-esok

Pilih tuntutan Bersih atau 'kerajaan Mismah'

Abd Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi, tidak hairan jika Umno begitu yakin merampas kembali pentadbiran Selangor, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Jika diambil kira trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kita yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan pentadbirannya di Selangor.

"Tetapi dengan beberapa perkembangan selepas itu termasuk pertambahan pengundi dengan kadar yang mencurigakan ditambah pula dengan pelbagai perkara lain yang juga mencurigakan termasuk Mismahgate, apa hendak dihairankan jika Umno begitu luar biasa keyakinannya untuk merampas kembali pentadbiran Selangor," katanya.

'Mismah gate' merujuk kepada kebanjiran mereka yang mempunyai status penduduk tetap dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah seorang dari mereka bernama Mismah yang ditukar statusnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari seorang penduduk tetap kepada seorang warga negara hanya beberapa jam selepas dihebohkan bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi walaupun hanya berstatus penduduk tetap.

Lebih mencurigakan, SPR juga dengan begitu segera tiba-tiba menukar nama Mismah kepada kategori 'dalam proses pengesahan daftar pemilih' selepas pendedahan itu sedangkan sebelum itu namanya berada dalam kategori 'sedang dalam pameran rang'.

"Dengan apa yang terjadi itu, kalau Umno dan BN menang di Selangor malah di mana-mana pun dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan tidak bermaruah selepas itu hakikatnya adalah 'kerajaan Mismah' yang menang dengan menggadai kedaulatan dan keselamatan negara kepada orang asing dan bukan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia.

"Sebab itulah, rakyat Malaysia yang bermaruah hanya ada dua pilihan sahaja iaitu menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan atau meringkuk di bawah pemerintahan 'kerajaan Mismah' yang akan menjerumuskan lagi negara ini ke dalam kehancuran," kata Mohamad.

Beliau mengulangi keazamann untuk berusaha menggerakkan lagi kebangkitan rakyat menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan.

"Pihak yang berdolak-dalik itu tidak akan melaksanakan tuntutan tersebut melainkan dengan kebangkitan kuasa rakyat yang lebih besar dari apa yang berlaku 9 Julai lalu.

"Mereka tidak memberikan pilihan yang lain kepada rakyat," tegas beliau.

Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Malaysian Insider semalam melaporkan Umno yakin akan menang di Selangor pada pilihan raya akan datang dengan majoriti sehingga 20 kerusi.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4760-pilih-tuntutan-bersih-atau-kerajaan-mismah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...