Monday, December 1, 2008

‘Harap lebih telus’

Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my



MENUMPANG...mangsa banjir memotong ubi di tepi kawasan
banjir selepas rumah mereka dinaiki air, semalam.


RANTAU PANJANG: “Saya berharap agar bantuan yang disalurkan kali ini lebih telus dan menyeluruh kerana tidak mahu perkara yang sama berulang lagi kali ini,” begitulah rintihan seorang mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan banjir di Stesen Keretapi Rantau Panjang, dekat sini, semalam.

Nasir Mat Amin, 47, berkata dia terkilan kerana pemberian sagu hati yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kepada mangsa banjir tahun lalu masih belum diterimanya hingga sekali lagi terpaksa berhadapan dengan bencana alam itu.

Menurutnya, dia tidak tahu ke mana peruntukan itu yang sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir sepertinya sedangkan penduduk di kawasan lain menerimanya sejurus diumumkan oleh kerajaan.

Katanya, walaupun jumlah yang diberikan kerajaan itu tidak banyak tetapi sekurang-kurang dapat meringankan beban mangsa banjir.


“Saya berharap sekiranya kerajaan mahu memberi bantuan seperti itu agar dapat menyalurkannya secara telus dan melalui pihak yang lebih bertanggungjawab dan beretika,” katanya ketika ditemui, semalam.


Nasir antara 200 penduduk dari 55 keluarga di kawasan Kedai Lama Rantau Panjang yang kini menumpang di kawasan Stesen Keretapi Rantau Panjang selepas kawasan rumah mereka di pinggir Sungai Golok, sempadan Kelantan-Thailand dinaiki air sejak jam 5 pagi semalam.

Menurutnya, dia bersama penduduk di kawasan berkenaan mula berpindah ke stesen keretapi terbabit kira-kira jam 7 pagi apabila air mula mencecah satu meter di rumahnya.

Dakwanya, air mula naik apabila kawasan Selatan negara jiran terutamanya di Sungai Golok turut dilanda hujan lebat dan paras air semakin meningkat.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081201091200/Article/index_html

Pekan Rantau Panjang lumpuh

Oleh Isma Ismail dan Ismail Muhamad
am@hmetro.com.my



RANTAU PANJANG: Pekan Rantau Panjang lumpuh apabila dinaiki air kira-kira 0.5 meter sejak pagi semalam berikutan limpahan air Sungai Golok.

Kebanyakan kedai di pekan berkenaan dimasuki air menyebabkan kebanyakan peniaga menutup perniagaan mereka bagi mengemas dan menyelamatkan barangan perniagaan.

Selain itu, jalan masuk ke pekan berkenaan berhampiran Kompleks Kastam dan Kuarantin (KIK), Rantau Panjang mula ditutup kepada semua kenderaan ringan bermula tengah hari semalam.

Tinjauan Harian Metro di kawasan berkenaan turut mendapati beberapa bas pelancong dan kenderaan yang dipercayai mahu ke pekan berkenaan untuk membeli-belah terpaksa berpatah balik selepas jalan berkenaan ditutup.


Paras air di Rantau Panjang, Sungai Golok dan Tambatan Diraja, di sini, semalam menunjukkan peningkatan kesan daripada pengaliran air dari kawasan hulu Kelantan.


Berdasarkan bacaan paras air di Rantau Panjang sehingga jam 6 petang semalam mencatatkan 10.32 meter dan melepasi paras bahaya yang ditetapkan iaitu sembilan meter.

Begitu juga bacaan air di Tambatan Diraja menunjukkan peningkatan iaitu 4.39 meter dan sudah melepasi paras barjaga-jaga iaitu tiga meter.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara negeri Kelantan, Deputi Superitendan Mohd Nasir Ismail, berkata peningkatan paras air di Rantau Panjang dan Tambatan Diraja itu kerana keadaan air di Hulu Kelantan seperti Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli mula menunjukkan penurunan, semalam.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan paras air di Rantau Panjang dan Tambatan Diraja meningkat sejak pagi semalam.

Menurutnya, sehingga jam 3 petang semalam, seramai 1,483 mangsa banjir masih lagi ditempatkan di 27 pusat pemindahan banjir di kawasan Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Katanya, daripada jumlah 1,483 mangsa banjir dan seramai 604 daripadanya ditempatkan di Kuala Krai, 450 orang di Jeli, 350 orang di Tanah Merah manakala 77 orang di Pasir Mas.

“Mereka ditempatkan di 27 pusat pemindahan banjir di empat kawasan terbabit dengan sembilan di Jeli, lapan di Tanah Merah, tujuh di Kuala Krai dan tiga di Pasir Mas.

“Penempatan mangsa banjir dilakukan di pusat pemindahan yang ditetapkan di kawasan terbabit,” katanya di Bilik Gerakan Banjir Negeri di Kota Darulnaim, semalam.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081201091119/Article/index_html

Serangan kikis iman


Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Tawaran arak yang dijual secara murah bukti remaja Islam ‘diserang’ dari pelbagai sudut bagi melemahkan iman dalam diri mereka apalagi ketika dunia kini mengukur nilai kemuliaan seseorang berdasarkan kebendaan.

Bagaimanapun, penceramah terkemuka, Mohd Zawawi Yusoh, berkata benteng yang lemah dalam jiwa remaja menjadi punca utama mereka lalai serta membiarkan diri hanyut dalam keseronokan duniawi.

Katanya, jiwa remaja yang masih mentah sering tertarik pada perkara dilarang kerana ia dikatakan mampu memberi keseronokan, rasa hebat atau dikelaskan sebagai mengamalkan budaya ‘moden’.

“Selain mereka ditarik dengan arak yang sengaja dijual lebih murah daripada minuman tin biasa, mereka juga didedahkan dengan cara hidup Barat yang menafsirkan minum arak itu tanda orang itu kaya atau berjaya serta terikut-ikut perangai artis pujaan.

“Golongan ini juga ingat zaman remaja hanya sekali sebab itu mereka rasa rugi kalau tak buat perkara salah tetapi mereka lupa tentang masa remaja di akhirat nanti,”
katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Zawawi berkata, kelemahan sistem rumah tangga juga mampu menjadi penyumbang kepada kerosakan akhlak anak-anak apabila ibu bapa tidak mengambil tahu aktiviti anak.

Katanya, remaja perlu sedar, arak adalah ibu segala kejahatan iaitu ia mampu mendorong seseorang yang mabuk dan tidak berfikiran waras melakukan dosa lain.

Penguatkuasaan yang lemah terhadap jualan arak turut menjadi faktor remaja mudah mendapatkan bahan berkenaan,” katanya.

Muka depan Metro Ahad semalam melaporkan penjualan arak murah berjenama Thai Song dari negara jiran menjadi minuman Mat Rempit dan bohsia sebelum beraksi di jalan raya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081201093202/Article/index_html

‘Susuk emas’ kimia beracun

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


BAHAYA...seorang pegawai penguat kuasa Farmasi merampas
botol kosmetik berisi kimia terlarang.



KUALA LUMPUR: Hanya dengan memperalatkan rasa ghairah untuk kekal jelita di kalangan wanita, terdapat segelintir syarikat kosmetik dikesan menipu mangsa termasuk di kalangan kenamaan dan artis dengan menawarkan rawatan botol ‘susuk emas’ menggunakan sejenis kimia beracun yang diimport dari luar negara.

Hasil risikan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati, syarikat terbabit yang menyedari kimia beracun hidrokuinon diharamkan Kementerian Kesihatan mula mencari jalan menggunakan bahan kimia lain yang dicampurkan ke dalam produk kosmetik.

Difahamkan kimia berkenaan yang diibaratkan sama seperti susuk emas menjadi buruan wanita ‘atasan’ yang sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit setahun semata-mata untuk menjalani rawatan terbabit.

Sumber Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM berkata, kewujudan produk berasaskan kimia berbahaya ini mula disedari selepas pihaknya mendapat maklumat daripada beberapa mangsa yang menerima kesan negatif daripada kimia terbabit.

“Siasatan mendapati, kimia terbaru yang digunakan di dalam produk kosmetik terbabit dikenali sebagai asid azelaic yang disalah guna sebagai pemutih kulit bagi menggantikan hidrokuinon.

“Asid azelic asalnya sejenis racun yang digunakan untuk merawat penyakit kulit serius atau jerawat batu dikenali sebagai acne vulgaris,” katanya.

Menurutnya, racun azelic ini biasanya perlu mendapatkan rawatan doktor bertauliah sebelum boleh digunakan.

“Oleh kerana itu ia tidak boleh didaftarkan sebagai produk kosmetik dan penggunaan kimia ini hanya dibenarkan di bawah pengawasan doktor pakar.

“Biasanya, ramai pelanggan yang tidak berdosa menjadi mangsa berikutan kimia yang digunakan ini menyebabkan kulit wajah rosak selain menyebabkan faktor terjadinya penyakit barah dalam tempoh jangka panjang,”
katanya.

Menurutnya, kegiatan itu dibongkar selepas lima pegawai penguat kuasa farmasi dari Ibu Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM menjalankan operasi ke atas beberapa premis pengedar produk kecantikan terbabit di sekitar Subang Jaya, Cheras dan ibu kota.

“Semua premis dan salun kecantikan terbabit diperiksa selepas maklumat mendapati ia dijadikan tempat untuk merawat dan menjual produk kimia berkenaan.

“Hasil pemeriksaan itu, sejumlah botol kecil berisi dua jenis produk kosmetik beracun dirampas dengan nilai pasaran dianggarkan lebih RM20,000,”
katanya.

Menurutnya, pegawai penguat kuasa Farmasi yang menjalankan pemeriksaan agak terkejut apabila diberitahu sebotol produk kosmetik terbabit dijual secara borong pada harga RM600.

“Namun pemilik salun yang mendapatkan bekalan kosmetik beracun ini akan menaikkan harga dengan mengenakan caj RM1,000 bagi setiap botol produk terbabit termasuk kos rawatan.

“Bagi menarik perhatian pelanggan, pengedar kosmetik beracun terbabit turut menjual kimia terbabit dalam peket kecil yang diedarkan sebagai pek percubaan pada harga RM88 sepeket,”
katanya.

Menurutnya, pada masa sama kimia berkenaan yang mudah meresap ke dalam kulit turut bertindak balas dengan darah dan mendatangkan mudarat kepada kesihatan terutama wanita berusia.

Menurutnya, sekiranya produk kosmetik ini digunakan tanpa nasihat doktor, ia boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti kulit menjadi kemerah-merahan, melecet, kebas dan rasa terbakar.

“Bagi sesetengah kes, ia membabitkan kesesakan pernafasan haya terutama kepada pesakit asma,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081201093427/Article/index_html

Ops Potong Api dan Air - Dubai


Tuesday, November 25, 2008


Sewaktu berjoging (berjalan cepat....) sekitar kawasan di Twar3, sekitar 2 km dari rumah, terserempak dengan Ops Potong air dan api.


Majlis Bandaraya Dubai atau Dubai Municipality (DM) membuat peraturan, "Satu Vila, Satu Keluarga' atau 'One Villa, One Family’ sejak September lalu dan berakhir hujung Oktober. Menurut lapuran akhbar, sebanyak 200 vila dipotong air dan api setiap minggu dan sebanyak 4,000 buah vila yang terlibat!


Kawasan Twar (dari 1 hingga 3, kecuali sedikit di twar 2 - pangsapuri) adalah kawasan kediaman orang arab tempatan atau Emirati. Vila besar kesemuanya, kecuali vila kami. Boleh dikatakan kesemua vila itu di diami oleh Emirati kerana rumah mereka sendiri.

Hanya sedikit untuk disewa dan pada ketika ini sewa adalah tinggi (kecuali vila kami yang sudah lama dan buruk), bermula dari RM160,000 setahun.

Majoriti Emirati yang mendiami Twar 3 adalah pekerja kerajaan, guru, polis, pegawai, kerani dsbnya. Mereka diberi tanah percuma dan grant untuk membuat vila dari skim Projek Perumahan Sheikh Zayed. Selalunya grant dalam jumlah minima RM1 juta. Beruntunglah anak-anak bumiputera UAE.

Jiran sebelah rumah vila kami mempunyai kereta mewah dalam 6- 8buah (dan hujung minggu lagi ramai bila anak-anak dan cucu-cucu balik, parkir melimpah ke vila kami). Manakala sebelahnya pula, selalu kami hitung dalam 6 buah juga.

Memang kadar sewaan di Dubai (dan Abu Dhabi) adalah tinggi hingga menyebabkan ramai keluarga terpaksa berkongsi vila. Ada satu vila berkongsi empat hingga lima keluarga. Malah ada vila yang di diami oleh 20-30 orang bujang.

Denda kepada tuan rumah dan penyewa untuk kesalahan pertama ialah RM50,000, kali kedua RM100,000.

Kami sekeluarga sedang menanti surat pembaharuan sewa dari agen dan kalau kenaikan sewa terlalu tinggi, nampaknya kami terpaksa berpindah setelah enam tahun di Twar 3. Harap-harap kenaikan tidaklah setinggi mana dan masih dalam kemampuan.....kalau tidak, mencari rumah atau apartmen barulah kami dalam bulan Disember nanti.


One Villa, One Family Rule Turns Low-income People into Nomads

DUBAI — Low-income residents in Dubai are being forced to live the life of nomads, in constant search of affordable homes. The ‘One Villa, One Family’ rule has displaced many families in Dubai which are now looking towards the Northern Emirates for accommodation.
Khaleej Times met up with one such family of Pakistanis whose woes seem endless with the pressures of survival in the UAE.

Nasrallah works for a shipping company in the Dubai Investment Park. Until a few months back, he and his family shared a villa in Satwa with four other families. Living with his wife and four children including a nine-month-old child, Nasrallah said, “I was given a notice by my landlord to relocate within a month as the villas are going to be demolished in Satwa. With so little time in hand, it was impossible to get an accommodation in Dubai within my budget.”

One villa, one family drives out workers

Dubai Municipality's (DM) "one villa, one family" policy will drive skilled construction workers away from the city, a top HR director said.The policy is set to force families that share villas to part, which will force workers out of Dubai, increasing an already acute manpower shortage.The comments were made by Halcrow International regional HR director Rhyan Andersson speaking at the Construction Week Conference 2008.


One villa, One Family: Inspectors get busy

The Municipality’s ‘One Villa, One Family’ campaign kicked off this week with inspectors combing through villas in Al Rashidiya area, an official said.


Dubai cuts off 200 villas a week

DUBAI // Dubai Municipality is cutting power and water to as many as 200 villas a week in an attempt to evict people who are sharing homes, but some of the tenants are defying authorities and illegally reconnecting services, a senior official said yesterday.He announced a plan to extend the eviction campaign to other kinds of accommodation, including overcrowded apartments. Omar Mohammed Abdul Rahman, the head of the buildings inspection section at the municipality, said inspectors had identified 4,200 villas that violated the rules and housed shared families.

“We are cutting water and electricity services to at least 150 to 200 villas per week,” he said.


Posted by fudzail at 8:37 PM
Labels: dubai


http://1426.blogspot.com/2008/11/ops-potong-api-dan-air.html

Hutang Dubai USD80 billion dan 10,000 orang dijangka hilang kerja


Monday, November 24, 2008

Cakap-cakap di koridor raya, sekurang-kurangnya 10,000 ekspatriat akan kehilangan pekerjaan di UAE.


Dari gosip di pejabat, syarikat kami juga sedang membuat perhitungan untuk mengurangkan pekerja terutama bahagian 'development' kerana banyak projek yang belum dilancarkan akan dihentikan dan yang sudah dilancarkan, sama ada ditangguhkan atau dijalankan secara berperingkat.


Dubai can and will meet all its debt obligations, which currently stand at $80 billion, the chairman of Emaar Properties said on Monday.


Mohamed Ali Alabbar, also a member of Dubai’s Executive Council, said Dubai’s sovereign debt obligations currently stood at $10 billion, while the total debt obligations of state-affiliate companies was $70 billion.

"Let me state categorically the government can and will meet all its obligations going forward," Alabbar said, speaking at a conference in Dubai.
"This city as a part of one strong nation will continue to grow and triumph."


Alabbar said Dubai held $90 billion in government assets and $260 billion in assets belonging to state-affiliated companies, he added.The global financial crisis and tightening credit markets have made it much more expensive and difficult to borrow in recent months, focusing attention on companies' ability to refinance outstanding debt.


Particular attention has fallen on Dubai, where many state-owned companies are highly leveraged and there are not large oil reserves.Industry estimates have put Dubai's external debt to be around $70 billion, more than double its annual GDP.


Asked how Dubai would meet its debt obligations, Alabbar said: "All I can tell you is that we have no issue in financing, and if we have any issue in financing that is not a challenge for the government of Dubai."


Alabbar said Dubai was looking at expenses and consolidating its activities in the face of the global financial crisis. “Times are changing,” he said.
Alabbar also said the government would step in and help distressed companies. “We will not spare any effort to secure our future,” he said.
Alabbar said the creation of Emirates Development Bank would facilitate lending and more liquidity into the system.


State-owned banks the Emirates Industrial Bank (EIB) and Real Estate Bank, under which Islamic mortgage lenders Amlak Finance and Tamweel are to merge, are to combine to create the UAE’s biggest home finance company.

Alabbar said Emaar, Nakheel and Dubai Properties were working with the new committee set up last week to tackle the impact of the global financial crisis on Dubai’s economy, including real estate and banks.

He said that after years of fierce competition “now it is time to unite”.
Alabbar said the committee and developers, which control 70 percent of the Dubai real estate market, were working together to control supply so that it met demand.
"We are making sure we control supply into the market, the three of us," he said.


The global financial crisis has hit demand for real estate in Dubai from foreign investors, which make up a large percentage of buyers, while tightening liquidity has made home financing more difficult.HSBC said in a report earlier this month property prices in Dubai fell four percent between September and October, with the price of villas tumbling 19 percent.
Emaar 'might' lay off staff - Alabbar

Dubai-based developer will do whatever is in best interest of shareholders, chairman says.
Posted by fudzail at 1:34 PM
Labels: dubai

http://1426.blogspot.com/2008/11/hutang-dubai-usd80-billion-dan-10000.html

Pinda ISA: Pemimpin MCA sokong Kayveas


Dec 1, 08 3:51pm

Seorang pemimpin kanan MCA menyokong kenyataan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas yang mendesak kerajaan supaya meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kayveas juga dilaporkan berkata, PPP akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihanraya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota jawatankuasa pusat MCA, Wong Nai Chee berkata beliau bersetuju dengan desakan Kayveas supaya kerajaan meminda ISA.

"Kerajaan perlu memindan peruntukan-peruntukan dalam ISA yang tidak sesuai dan yang sudah ketinggalan zaman, bagi mengelak ISA disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, dan memulihkan keyakinan terhadap kerajaan," tegasnya.


Wong berpendapat, ISA perlu dipinda bagi menyediakan lebih banyak 'semak dan imbang' untuk dijalankan oleh pihak mahkamah.

"Ini dapat memastikan semakan kehakiman boleh dijalankan untuk menyiasat alasan-alasan tahanan dibuat dan sama ada alasan berkenaan mengikut semangat Akta tersebut," tambahnya.

Bagaimanapun, Wong yang juga pengerusi biro parlimen dan perundangan Pemuda MCA katanya, aspek pencegahan dalam ISA masih penting dalam mengekang keganasan

Beliau merujuk kepada serangan pengganas di Mumbai, India yang dilaporkan telah mengorbankan 195 nyawa dan 295 lagi cedara.

Wong berkata, beliau memahami kebimbangan yang disuarakan oleh Kayvaeas yang rakyat Malaysia memandang berat isu-isu berkaitan ISA dan jika BN tidak membuat pembaharuan, rakyat akan hilang keyakinan terhadap gabungan tersebut.

"Malalui saluran BN dan juga wakil kita di Kabinet, MCA akan terus mendesak kerajaan supaya meminda ISA. Parti juga berharap semua parti komponen BN berkerjasama dengan MCA, untuk mendesak ISA dipinda bagi mencegahnya daripada disalahgunakan," tegasnya.

Dalam kenyataannya semalam, Kayveas dilaporkan berkata, kerajaan seharusnya berdepan dengan gesaan masyarakat supaya membuat pindaan ke atas ISA dalam senario politik dan sosial masa ini dengan ramai berpendapat akta tersebut telah disalahgunakan untuk menyekat kebebasan bersuara.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya masih akur kepada hakikat bahawa kewujudan ISA pada sesetengah keadaan dan masa telah membantu masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk hidup dengan aman, bersatu dan selamat.

''PPP bukan meminta supaya ISA dihapuskan, tetapi meminta kerajaan membuat pindaan yang realistik dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

''Kami tidak ingin melihat keadaan yang mana orang ramai beranggapan bahawa ISA merupakan 'senjata' alternatif kerajaan untuk menghapuskan musuh politiknya,''
katanya selepas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP di ibunegara semalam.

http://www1.malaysiakini.com/news/94081

Borang kekal caruman KWSP dikeluarkan hari ini

Dec 1, 08 3:24pm

Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin mengekalkan kadar caruman pekerja sebanyak 11 peratus mulai gaji Januari 2009, boleh mendapatkan Borang KWSP 17A (AHL) Khas mulai hari ini.

Mereka boleh mendapatkan borang tersebut di mana-mana cawangan KWSP atau memuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my mulai hari ini.

"Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada KWSP," kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika ini, caruman majikan kepada KWSP adalah sebanyak 12 peratus manakala caruman pekerja pula 11 peratus.

Langkah pengurangan caruman pekerja itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini - dari 11 peratus kepada 8 peratus, berkuatkuasa mulai gaji Januari 2009 untuk tempoh dua tahun.

Langkah itu, menurut Najib, bertujuan meningkatkan pendapatan boleh guna golongan pekerja selaras dengan keadaan ekonomi semasa.

Langkah yang sama pernah dilaksanakan semasa krisis kewangan Asia pada 1997/98.

Menurut kenyataan itu lagi, KWSP turut menyediakan Borang KWSP 17AA (AHL) Khas bagi memudahkan majikan yang mempunyai bilangan pekerja lebih daripada dua orang, yang ingin mengekalkan kadar caruman 11 peratus ini.

http://www1.malaysiakini.com/news/94079

Mumbai: KL siasat kad kredit dikeluar di M'sia

Dec 1, 08 2:25pm

Polis Malaysia sedang menyiasat laporan bahawa kad kredit yang dikeluarkan di negara ini, ditemui bersama dengan pengganas yang terbabit dalam serangan maut di Mumbai.

Media India melaporkan Sabtu lalu bahawa kad kredit Malaysia ditemui dalam beg galas beberapa pengganas yang terbunuh sewaktu tembak menembak dengan anggota komando tentera India yang mengakibatkan 195 terbunuh dan 295 cedera.

"Laporan ini perlu disahkan terlebih dahulu kerana terlalu awal untuk membuat sebarang andaian," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar kepada New Straits Times.

"Polis akan menyiasat kemungkinan ia adalah kredit kad palsu," tambahnya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar dilaporkan berkata, Malaysia tidak ada sebarang kaitan dengan pengganas terbabit.

Beliau mengulas satu lagi laporan media India bahawa sembilan pengganas terbabit mendakwa sebagai pelajar Malaysia ketika mereka datang ke Mumbai beberapa bulan yang lalu.

Syed Hamid berkata, penyerang terbabit tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan di Malaysia dan pihak berkuasa sedang memantau rapi situasi tersebut walaupun India belum menghubungi mereka berhubung perkara itu, laporan akhbar the Star.

"Memang ada kerjasama rapat antara pasukan keselamatan," kata Syed Hamid dalam laporan tersebut.

"Jika terdapat sebarang maklumat, apa sahaja yang dianggap berguna atau penting, maka akan ada pertukaran maklumat," tambahnya.

"Bagaimanapun, tiada sebarang kaitan atau sebarang maklumat mengenainya," katanya.

AFP

http://www1.malaysiakini.com/news/94060

Beribu-ribu penyokong kerajaan berhimpun di Bangkok

BANGKOK - Beribu-ribu penyokong kerajaan berhimpun di Bangkok semalam sekali gus memburukkan lagi situasi yang kini tegang susulan beberapa serangan grenad mencederakan berpuluh-puluh penyokong anti-kerajaan selepas mereka menawan dua buah lapangan terbang utama di Thailand.

Bantahan oleh kumpulan penyokong kerajaan itu memburukkan lagi kemelut politik yang melumpuhkan Thailand di mana 100,000 pelancong asing kini sedang menunggu untuk meninggalkan negara itu.

Mereka yang menyokong kerajaan Thailand sekarang dan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra itu memakai pengikat kepala merah.

Perhimpunan sulung kumpulan itu dan pertembungan mereka dengan Perikatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) meningkatkan lagi kebimbangan bahawa Thailand akan dilanda keganasan.

"Kami berhimpun hari ini untuk melindungi sistem demokrasi dan menyatakan bahawa kami tidak mahu rampasan kuasa berlaku," kata ketua kumpulan penyokong kerajaan yang menggelarkan diri mereka 'Baju Merah', Jatuporn Prompan.

Menurutnya, kumpulan Baju Merah akan terus berada di lokasi tersebut sehingga Khamis ini.

Polis berkata, sekitar 4,000 penyokong kerajaan menyertai perhimpunan tersebut di Bangkok.

- AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_11.htm

500 pekerja dipecat

DUBAI – Pemaju hartanah Nakheel yang diberi tanggung jawab membina menara setinggi satu kilometer di Dubai, mengumumkan semalam bahawa ia akan memecat 500 pekerja ketika bahang krisis ekonomi global mula terasa di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Syarikat milik kerajaan yang merupakan antara majikan terbesar di negara Teluk itu turut menyatakan bahawa kerja-kerja ke atas beberapa projek miliknya akan dikurangkan.

Pengurangan pekerja yang diumumkan itu adalah yang terbesar di UAE dan Dubai, iaitu bandar raya yang menjadi tempat tinggal ribuan pekerja asing termasuk dari Barat dan Asia. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

Penyerang Mumbai dedah cerita


BEBERAPA anggota polis menaiki trak untuk meninggalkan pekarangan Hotel Taj Mahal semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

MUMBAI – Satu-satunya militan yang ditangkap hidup-hidup selepas pembunuhan besar-besaran di Mumbai memberitahu kisah sebenar kepada polis termasuk arahan supaya dia membunuh sehingga ke titisan darah terakhir, lapor sebuah akhbar semalam.

Militan itu, Azam Amir Kasab berumur 21 tahun dari Pakistan berkata, siri serangan tersebut dirancang dengan teliti enam bulan lepas dan bertujuan untuk membunuh 5,000 orang.

Dia berkata, kumpulannya mengandungi 10 orang yang cekap dan cukup terlatih dalam peperangan marin dan mereka memasuki bandar raya Mumbai dengan menggunakan bot.

Menurut pemuda itu, mereka merancang meletupkan Hotel Taj Mahal selepas membunuh pelancong-pelancong Britain dan Amerika Syarikat (AS) serta menawan sejumlah tebusan.

Bagaimanapun, jelasnya, pasukan mereka yang dibekalkan sejumlah bahan letupan tidak menyangka bahawa bangunan hotel berusia 105 tahun itu dibina dengan begitu kukuh.

Letupan yang dicetuskan kumpulan itu pada malam Rabu lalu gagal meranapkan Hotel Taj Mahal tetapi serangan kejam mereka disahkan meragut hampir 200 nyawa.

Pada Jumaat lalu, Azam menceritakan secara terperinci bagaimana pembunuhan pada malam Rabu lepas itu berlaku.

Pemuda itu selamat kerana dia berpura-pura mati.

Hanya ketika Azam dibawa ke sebuah hospital dengan menggunakan sebuah ambulans, seorang pegawai keselamatan dalam kenderaan itu menyedari bahawa dia masih bernafas.


SEJUMLAH senjata api milik militan ditemui selepas pihak komando melancarkan operasi menyelamat di Hotel Taj Mahal, Mumbai kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------

Ketika di hospital, Azam yang hanya mengalami cedera ringan berkata kepada seorang kakitangan perubatan: “Saya tidak mahu mati. Tolong rawat saya dengan segera”.

Azam memberitahu polis bahawa dalang kumpulan itu menerangkan kepada mereka supaya menjadikan `orang putih’ terutamanya warga AS dan Britain sebagai sasaran.

Beberapa militan termasuk dirinya, menyamar sebagai pelajar ketika melawat Mumbai pada Oktober lepas untuk merakam gambar-gambar lokasi serangan di samping membiasakan diri dengan kawasan tersebut.

Dia turut menceritakan bagaimana mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah sebuah stesen keretapi yang sibuk dan membunuh berpuluh-puluh orang.

Azam dan konco-konconya kemudian berniat untuk bergerak ke Bukit Malabar iaitu tempat tinggal orang-orang kenamaan dan merancang menawan mereka sebagai tebusan.

“Nasib baik, perkara seperti itu tidak berlaku kerana kami berjaya menewaskan mereka ,” kata polis.

Menurut polis, Azam mengaku menganggotai kumpulan pengganas dari Paskistan, Laskhar-e-Toyyiba yang sebelum ini menafikan terbabit dalam serangan kejam itu.

Polis juga menyatakan pemuda itu dan rakan-rakannya dilatih di negara itu.

Satu laporan menyatakan salah seorang militan itu bekerja di dapur Hotel Taj Mahal selama lapan bulan sebelum siri serangan itu dilancarkan dan dia menunjukkan pasport Britain pada sesi temu duga.

Menurut soal siasat ke atas Azam yang didedahkan oleh sumber-sumber polis, militan-militan itu menjalani latihan selama lima bulan di wilayah Kahsmir yang dikuasai Pakistan dan diberi cuti sebulan sebelum serangan.


GAMBAR bertarikh 27 November ini menunjukkan Azam berada di luar stesen kereta api Chatrapati Shivaj, Mumbai.
--------------------------------------------------------------------------------

Sumber-sumber itu memberitahu, pada satu peringkat kumpulan militan tersebut turut menerima arahan intensif tentang operasi peperangan marin.

Azam dan sembilan militan lain memulakan perjalanan ke Mumbai pada 21 November dan mereka berhubung menggunakan alat komunikasi BlackBerry.

Kumpulan itu pada awalnya tidak bersenjata dan mereka bergerak dari kawasan pantai terpencil berhampiran Karachi, di Pakistan di dalam sebuah bot.

Sebuah kapal kemudian mengambil mereka pada keesokan harinya.

Ketika itu, setiap seorang daripada mereka diberikan lapan bom tangan, sepucuk raifal AK-47, pistol automatik dan sejumlah peluru selain buah-buahan kering sebagai bekalan makanan.

Azam memberitahu polis bahawa kumpulan itu kemudian merampas sebuah kapal nelayan berhampiran sempadan marin antara Pakistan dan India.

Katanya, militan-militan itu kemudian bergerak ke pantai berhampiran Mumbai menggunakan beberapa buah bot getah yang dibekalkan di dalam kapal nelayan tersebut.

Polis India memberitahu, empat daripada krew kapal itu masih hilang manakala anak kapal kelima ditemui mati dengan kepalanya dipenggal. Pada 23 November lalu, selepas sampai ke Porbandar di negeri Gujarat, 310 batu nautika dari Mumbai, kumpulan itu dipintas oleh dua anggota pengawal pantai.

Kumpulan itu kemudian mengibarkan bendera putih dan membenarkan kedua-dua anggota pengawal pantai itu memasuki bot mereka.

Menurut Azam, salah seorang militan itu kemudian menyerang seorang anggota polis tersebut dan mengelar leher lelaki itu sebelum melontar mangsa ke dalam laut.

Seorang lagi anggota pengawal pantai dipaksa membantu kumpulan itu sampai ke destinasi mereka sebelum dia juga dibunuh apabila bot menghampiri Mumbai.

Apabila tiba di sebuah pantai di Mumbai kumpulan militan itu berpecah.

Empat orang bergerak ke Hotel Taj Mahal, dua lagi menuju ke pusat komuniti Yahudi, Azam dan seorang lagi militan menaiki teksi menuju ke stesen keretapi manakala dua yang lain bergerak ke Leopold Cafe yang turut menjadi sasaran serangan. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

U-Tapao jadi jalan keluar pelancong


DUA buah bas membawa pelancong asing bergerak menuju ke pesawat di Lapangan Terbang Tentera Laut U-Tapao, 190 kilometer ke tenggara Bangkok kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------

BANGKOK - Sejak Jumaat lalu, Lapangan Terbang Pangkalan Tentera Laut U-Tapao yang terletak kira-kira 190 kilometer ke tenggara Bangkok merupakan satu-satunya jalan keluar paling dekat kepada para pelancong untuk meninggalkan Thailand.

Pangkalan peninggalan era perang Vietnam itu menjadi tumpuan beribu-ribu warga asing yang mahu meninggalkan Thailand susulan dua lapangan terbang utama di Bangkok dikepung oleh kumpulan penunjuk perasaan anti-kerajaan.

Bagaimanapun, warga-warga asing yang tiba di lokasi tersebut terjebak dengan keadaan sekeliling kelam kabut seperti kalangan penumpang yang berang akibat keletihan, pengawal-pengawal bersenjata mundar-mandir dan timbunan sampah serta bagasi.

Dibina pada tahun 1960-an oleh tentera udara Amerika Syarikat (AS) dan dilengkapi sebuah alat pengimbas bagasi, pangkalan udara itu hanya berupaya mengendalikan sekitar 40 penerbangan sehari berbanding kapasiti 700 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok.

Pilihan lain selain U-Tapao, iaitu pulau Phuket di selatan dan bandar raya Chiang Mai di utara Thailand memakan masa pemanduan hampir sehari untuk ke setiap lokasi itu.

"Penunjuk-penunjuk perasaan itu melakukan kerja bodoh. Mereka membunuh industri pelancongan Thailand. Pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu. Jika tidak, tiada orang yang mahu datang ke negara ini," kata Danny Mosaffi, 57, dari New York.

Pihak berkuasa Thailand memberitahu setakat ini lebih 100,000 pelancong dibatalkan penerbangan mereka sejak kumpulan penunjuk perasaan menawan Lapangan Terbang Suvarnabhumi Selasa lalu. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Terkejut terbeli kereta potong

Oleh AZIZI MAJID
berita@kosmo.com.my



VERNON (kiri) bersama Michael Chong pada sidang akhbar di Wisma MCA, Jalan Ampang semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Malang menimpa seorang juruteknik, Vernon Ernest Tan, 27, apabila dia bukan sahaja terbeli sebuah kereta potong dan tidak boleh dipakai, malah turut disaman pihak bank kerana gagal melunaskan pinjaman kereta tersebut.

Menurut Vernon, dia telah membeli kereta tersebut iaitu Honda Civic terpakai bernilai RM41,000 daripada seorang jurujual di Johor Bahru pada November 2005.

Namun ujarnya, kira-kira sebulan kemudian, ketika dia menghantar keretanya itu untuk dicat baru, pihak kedai memberitahu bahawa kereta tersebut terdapat kesan potong di bahagian tengahnya.

"Saya pelik kerana sebelum kereta itu diserahkan kepada saya, jurujual terbabit ada memberikan kepada saya surat kelulusan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Kuala Lumpur.

"Saya yang tidak puas hati kemudiannya terus membuat laporan di Balai Polis Johor Bahru pada 6 Disember 2005," katanya ketika ditemui di Wisma MCA di Jalan Ampang semalam.

Tambah Vernon yang berasal dari Johor Bahru, dia yang tidak berpuas hati kemudiannya menghantar kereta itu ke Puspakom di Johor Bahru sehari selepas membuat laporan polis berkenaan.

Bagaimanapun, keputusan ujian pemeriksaan di Puspakom mengesahkan kereta tersebut gagal ujian pemeriksaan dan tidak boleh digunakan di jalan raya kerana casisnya disambung.

"Saya kemudian berjumpa semula dengan jurujual terbabit tetapi dia enggan bertanggungjawab," katanya.

Mangsa tambah tertekan apabila pihak bank menyamannya kerana tidak menjelaskan pinjaman bank selain jurujual tersebut sudah menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, dia akan membawa kes tersebut kepada menteri yang berkenaan.

"Jika surat Puspakom kali pertama itu adalah tulen dan dikeluarkan pihak terbabit, saya mahu tahu bagaimana pemeriksaan kali pertama boleh lulus," jelasnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Anwar: S'wak jalan baru ke Putrajaya



Abdul Rahim Sabri Nov 30, 08 11:09am

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusun strategi baru - menggegarkan Sarawak sebagai langkah baru menuju Putrajaya dalam merealisasikan 'projek 16 September' menukar kerajaan persekutuan.

Katanya, beliau akan ke Sarawak pada pertengahan bulan depan dan mengarahkan semua pimpinan PKR bergilir-gilir untuk ke sana setiap minggu untuk meraih keyakinan masyarakat di sana menjelang pilihanraya negeri, selewat-lewatnya dijangka diadakan 2010.

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam mulai semalam.

"Selesai 14 haribulan saya ke Miri, saya akan minta menteri besar, ahli-ahli parlimen bergilir, tiap-tiap minggu mesti ada rombongan ahli Yang Berhormat dari Semenanjung yang turun ke Sarawak.

"Tanpa kecuali, semua mesti tetapkan jadual dan ikut disiplin parti."

Kempen terbaru mantan timbalan perdana menteri itu dilancarkan di hadapan beberapa ribu hadirin yang memenuhi Stadium Malawati, yang ternanti-nanti kupasan terbaru berhubung isu pertukaran kerajaan, asalnya diura-urakan 16 September lepas.

Langkah PKR itu diumumkan susulan penerimaan baik 12,000 penduduk Sarawak yang dilaporkan menyertai parti itu dua minggu lalu.

Anwar berkata, tarikh 16 September itu, merupakan sasaran ke arah membina satu kekuatan bagi menubuhkan kerajaan baru bersama dengan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, mengambil alih kerajaan bukan perkara mudah dan menasihatkan agar rakyat bersabar menunggu masanya.

"Ini isu yang tidak mudah diungkap dan dilakar dengan kata-kata kerana ada sebab, ada hal yang saya tidak dapat sebutkan.

"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.

"Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah,"
katanya dengan gaya bernyanyi dan disambut dengan gelak ketawa para penyokongnya.

Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai bersabar walaupun beliau mengakui terdapat ahli-ahli PKR dan rakyat yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kerajaan baru dan berada di Putrajaya.

"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang.

"Saya yakin, insya Allah (ke Putrajaya) sebagaimana mana saya yakin (dapat menang lima negeri) sebelum 8 Mac,"
tambah Anwar.

Beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-12, beliau membuat kejutan dalam ceramahnya di Singapura apabila mendedahkan lima negeri akan jatuh ke tangan gabungan pembangkang.

Kenyataannya itu tidak diterima dengan mudah, termasuk oleh jentera kempen PKR sendiri waktu itu. Bagaimanapun keputusan akhirnya menyerlahkan ketepatan ramalan Anwar.

Tambahnya, keyakinannya untuk mengambil alih kerajaan pusat digerakkan juga oleh penerimaan ramai terhadap Pakatan Rakyat dalam pilihanraya itu dan juga kemenangan beliau di Permatang Pauh, Ogos lepas.

Menjelaskan kegagalannya merebut kekuasaan pada September lepas, Anwar menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang enggan berunding untuk membincangkan isu penyerahan kuasa.

Permintaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan satu sidang khas tergempar Dewan Rakyat untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri juga telah ditolak, tambahnya.

Dalam ceramah itu juga Anwar menyatakan beliau tidak berasa bimbang tentang ketandusan kepemimpinan dalam parti itu untuk meneruskan kesinambungan perjuangan PKR.

Ini kerana, tambahnya, parti itu mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang berkelayakan untuk menentukan arah perjalanan parti itu walaupun tanpanya.

Ketua pembangkang itu menjelaskan, PKR akan mengadakan kongres khas untuk merancang penjanaan kekuatan parti pada Februari depan.

Beliau juga menegaskan kesediaan PKR mempertimbangkan desakan sayap Wanitanya yang menuntut penglibatan 30 peratus peranan wanita dalam membuat keputusan dan jawatan utama dalam parti.

http://www1.malaysiakini.com/news/94013

Pencabar Anwar ingin sertai PKR


Beh Lih Yi Nov 30, 08 5:34pm

Datuk Arif Shah Omar Shah, pencabar tokoh utama PKR sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu, sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti itu.

Beliau berkata kini 30 peratus peluang beliau menyertai parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu selepas mendakwa diketepikan dengan serius oleh ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Saya harus berbincang dengan (ketua menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dahulu supaya beliau selesa (dengan kemungkinan beliau menyertai Pakatan Rakyat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"(Pemimpin) PKR (negeri) mempelawa saya (menyertainya), mereka mengalu-alukan kehadiran saya tetapi ia bukan keputusan yang mudah, banyak perkara perlu difikirkan dan saya harus menyelesaikan satu per satu."

Mengulas sama ada pergeseran beliau dengan Abdul Jalil - yang mengekalkan jawatan ketua bahagian Umno pada Oktober lepas - dengan kepemimpinan atasan Umno, Arif Shah berkata beliau akan membawa perkara itu jika beliau ingin meninggalkan parti itu.

Diminta mengulas lanjut sebab-sebab yang mendorongnya melompat kepada parti pembangkang itu, Arif Shah berkata penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Abdul Jalil telah menghalangnya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Arif Shah menguasai DUN Seberang Jaya, dalam bahagian Permatang Pauh, selama dua penggal berturut-turut. Dua lagi DUN bawah parlimen itu masing-masing dikuasai PAS (Permatang Pasir) dan PKR (Penanti).

"Banyak perkara yang saya harus melalui beliau (Abdul Jalil) termasuk di kawasan DUN saya sendiri, saya tidak boleh bertemu dengan pemimpin-pemimpin cawangan," katanya.

"Bagi saya, jika orang memerlukan khidmat saya, tanpa mengira sama ada mereka Melayu, Cina atau India, saya mesti menolong mereka."

Ditanya sama ada PKR menawarkan sebarang jawatan, beliau berkata: "Perkara itu tidak penting, saya perlukan wadah untuk menyalurkan khidmat saya."

Arif Shah dilaporkan ditawarkan jawatan timbalan ketua menteri I yang kini dipegang oleh wakil rakyat Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin.

Beliau bagaimanapun berkata perlu masa untuk mengambil keputusan muktamad.

http://www1.malaysiakini.com/news/94035

Salah ahli PKR, reformis minta jasa dibalas

Abdul Rahim Sabri Nov 30, 08 8:44pm


Salah bagi anggota-anggota PKR dan aktivis Gerakan Reformasi, yang menggelar diri mereka "reformis", meminta jasa mereka dibalas dengan alasan pernah berjuang sejak awal perjuangan parti itu 10 tahun lalu, kata timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali.

"Kami sudah berjuang selama sepuluh tahun, mana balasannya, mana anugerahnya.

"Ini sikap yang salah,"
katanya sewaktu menggulung perbahasan di penghujung kongres nasional parti itu di Shah Alam petang tadi.

Menurutnya, rakyatlah yang harus dihargai kerana membantu menaikkan pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum lalu.

"Kita mestilah mengiktiraf, rakyat ramailah yang banyak berjuang. Balas budi kepada rakyat ramai.

"Jadi keutamaan balas budi kita ialah kepada rakyat ramai. Inilah namanya perjuangan," kata Dr Syed Husin.

Bekas ahli akademik itu, yang berdekad-dekad dalam aktivisme politik khususnya bersama Parti Rakyat Malaysia (PRM), mengkritik mereka yang menuntut budi dibalas jasa dengan menyifatkan mereka sebagai mengutamakan kepentingan diri dan tidak layak dipanggil pejuang rakyat.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan sumbangan besar ahli PKR dan reformis sejak 1998 dan menjelaskan barisan pemimpin PKR akan memberi perhatian terhadapa nasib mereka.

"Saya yakin mereka akan menjalankan perkara yang sewajarnya dengan adil," tambahnya.

Semalam perwakilan Johor menegur PKR kerana tidak mengambil berat dan tidak membela nasib aktivis Gerakan Reformasi.

Suaranya itu mewakili sentimen popular dalam kalangan para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya mereka yang terlibat secara aktif menuntut pembebasannya sewaktu dipenjarakan antara 1998 hingga 2004.

Mengulas "projek 16 September" untuk menukar kerajaan persekutuan, Dr Syed Husin berkata beliau cukup yakin dengan Anwar yang dikenali sejak di Universiti Malaya dan bersama-sama berada di kem tahanan Kamunting, Taiping pada awal 1970-an.

"Kita bukan cakap kosong," tambah ahli sosiologi itu.

http://www1.malaysiakini.com/news/94041

70,000 nelayan digesa tidak sertai mogok DAP

Nov 30, 08 6:57pm

Kira-kira 70,000 nelayan di negara ini diberikan amaran agar tidak menyertai mogok anjuran DAP bulan depan berhubung beberapa tuntutan, termasuk mengurangkan harga minyak subsidi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Karim berkata parti pembangkang itu ingin menjadi jaguh kepada nelayan tetapi tidak pernah berusaha membangunkan industri perikanan negara, lapor Bernama.

"Kita mengingatkan para nelayan agar tidak terbabit dengan mogok pada 12 Disember ini dan jika ada pihak yang terbabit, kerajaan tidak
akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menarik balik semua keistimewaan dan subsidi yang telah kerajaan beri,"
beliau dipetik sebagai berkata.

Baru-baru ini anggota parlimen DAP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen mengemukakan usul berhubung empat tuntutan iaitu menurunkan harga minyak subsidi kepada RM1.00 seliter (kini RM1.43), mengurangkan pencerobohan nelayan asing, ramai nelayan didakwa belum menerima elaun sara hidup RM200 sebulan dan mahu Zon A dan Zon B perikanan dibuka kepada nelayan asing.

Bagaimanapun usul tergempar DAP telah ditolak oleh yang dipertua
Dewan Rakyat.

Rohani berkata kerajaan BN telah banyak memberi keistimewaan kepada nelayan khasnya bantuan subsidi seperti elaun sara hidup RM200 sebulan termasuk awak-awak, subsidi petrol dan diesel, insentif 10 sen setiap kilogram hasil tangkapan dan banyak lagi bantuan lain.

Tambahnya, menurut agensi berita itu lagi, apa yang dinikmati oleh nelayan di Malaysia ini "mungkin tidak dinikmati oleh nelayan lain di dunia termasuk di negara maju."

Menurut Rohani lagi, kerajaan tidak memberi subsidi kepada semua pemohon kerana latar belakang mereka perlu diteliti untuk memastikan mereka betul-betul layak mendapat bantuan.

Nelayan yang belum menerima sebarang insentif kerajaan diharap dapat bersabar kerana proses mengeluarkan bantuan mungkin memakan sedikit masa, tambahnya.

http://www1.malaysiakini.com/news/94037

Menteri Dalam Negeri Mumbai letak jawatan



Ahad November 30, 2008

MUMBAI: Menteri Dalam Negeri India Shivraj Patil hari ini meletakkan jawatan dengan mengambil tanggungjawab moral sepenuhnya atas persitiwa serangan bersenjata di 10 kawasan strategik di bandar raya ini sejak Rabu lepas, mengorbankan sekurangkurangnya 185 orang.


"Saya ambil tanggungjawab moral sepenuhnya atas serangan di Mumbai," kata Patil selepas menyampaikan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Manmohan Singh.


Patil, 73, dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2004.


Sejak beberapa bulan lepas, menteri berkenaan menerima kritikan dari parti pembangkang dan rakyat terhadap tahap keselamatan dalam negara yang didakwa gagal membendung peningkatan kegiatan pengganas di negara itu.


Stesen televisyen India membuat spekulasi bahawa Menteri Kewangan P. Chidabaram atau Menteri Luar Pranab Mukherjee besar kemungkinan akan menjadi calon pengganti dengan Manmohan dijangka kembali mengisi portfolio Menteri Kewangan yang pernah disandang pada awal 1990an.


Populariti Patil sebagai menteri semakin pudar selepas beberapa bandar raya India seperti Ahmedabad, Bangalore, New Delhi dan Jaipur menjadi mangsa serangan pengganas baru-baru ini di mana ramai penduduk terbunuh. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/30/mstar_berita/20081130191616&sec=mstar_berita

PPP akan keluar BN jika ISA tidak dipinda


Ahad November 30, 2008

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Rakyat (PPP) akan keluar dari Barisan Nasional (BN) jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang, kata Presiden parti, Datuk M Kayveas.


"Saya harus mengikut apa yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian Wanita dan Pemuda (PPP) kepada PPP dan mereka mahu ISA dimansuhkan.


"Sebagai parti yang bertanggungjawab, saya memberitahu mereka, 'mari kita lakukan separuh jalan' dan minta pindaan terhadap akta itu supaya ia tidak menjadi undang-undang kejam ke atas warganegara yang tidak bersalah," katanya ketika upacara pembukaan pemilihan Pemuda dan Wanita, di sini.


Beliau menambah, jika BN serius dalam usaha mereka untuk menjenama semula maka ISA perlu dipinda.


"BN harus membuat perubahan sebelum pilhan raya umum seterusnya. Ia boleh 'membunuh' jika kita tidak merancang untuk menghadapi pilihan raya seterusnya.


"Masalah mengenai BN adalah kejayaannya sejak 50 tahun lalu. Kejayaan adalah pengajar yang teruk. Ia mempengaruhi orang yang bijak untuk berfikir yang mereka tidak akan kalah.


"Pilihan raya Mac lalu telah menunjukkan apa yang dimahukan pengundi dalam urus tadbir yang baik dan kepelbagaian kaum.


"BN telah melakukan pelbagai post-mortem di pelbagai peringkat untuk mendapatkan maklumat berhubung apa yang tidak kena dan mengapa pengundi menolak BN.


"Penyelesaian selalunya adalah kepelbagaian kaum tetapi sehingga kini, BN masih terperangkap dalam gambaran politik perkaumannya sendiri - yang telah pun diperkatakan tetapi tidak segera dilaksanakan," katanya.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/30/mstar_berita/20081130190556&sec=mstar_berita

Penumpang terkandas cari alternatif untuk keluar dari Thailand

Ahad November 30, 2008

BANGKOK: Satu-satunya lapangan terbang yang beroperasi sesak teruk manakala tiket kereta api ke Malaysia sehingga 10 Dis pula habis pula, warga asing yang terkandas mula hilang sabar dan dompet juga semakin menipis ketika mereka mencari apa jua jenis pengangkutan untuk pulang ke tanah air.


Terdapat hanya 48 penerbangan yang dijadual pada Ahad di Lapangan Terbang Utapao dekat Pattaya, meningkat daripada 18 penerbangan pada Sabtu, namun jauh berbeza berbanding 400 penerbangan harian di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi yang ditutup oleh beribu-ribu penunjuk perasaan bersekali dengan Lapangan Terbang Don Muang yang mengelolakan laluan domestik.


Malaysia Airlines (MAs) menjadualkan tiga penerbangan hari ini. Satu daripada penerbangan MAS semalam terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur ekoran kesesakan di Utapao.


Kedutaan Malaysia di Bangkok menguruskan perjalanan dengan bas bagi penumpang yang terjejas yang mahu pulang ke tanah air menerusi Hatyai.


Bas kedua berlepas dari Bangkok hari ini manakala bahagian konsular dibuka pada Ahad bagi mengendalikan beratus-ratus warga asing yang ingin melakukan perjalanan ke Malaysia sebelum menaiki penerbangan sambungan di sana.


Kekurangan tempat duduk menjadi masalah utama syarikat penerbangan dan lebih 100,000 penumpang terkandas, yang boleh meningkat sehingga lebih 300,000 orang dalam beberapa hari akan datang jika penutupan lapangan terbang itu berterusan.


V. Pathmanaathan, yang datang ke sini bersama isterinya, ibu mertua dan tiga anak, berang dengan syarikat Go Insure yang enggan melayani permintaannya untuk mendapatkan bayaran balik kerana kelewatan penerbangan dan bil hotelnya.


"Saya mengambil insurans itu bersama tiket AirAsia supaya saya mendapat satu bentuk perlindungan dalam keadaan seperti ini.


Sebaliknya bukan membantu, mereka pula meminta saya menggunakan hotel yang disediakan oleh kerajaan Thai untuk penumpang yang terkandas," kata pengurus pembangunan perniagaan Nivas Marketing (M) Sdn Bhd.


Pathamanaathan, yang datang ke Novotel Bangna Hotel tempat Thai AirAsia mewujudkan kemudahan daftar masuk sebelum penumpang dibawa dengan bas ke Utapao, berkata mereka masih belum mendapat tempat duduk dalam penerbangan penyelamat syarikat penerbangan itu.


AirAsia mengadakan penerbangan penyelamatnya yang ketiga hari ini, membawa pulang 180 penumpang manakala 72 orang lagi berada dalam senarai menunggu.


Beberapa penumpang pula kecewa kerana mereka tidak dapat menghubungi talian hotline syarikat penerbangan itu.


"Saya hampir kehabisan wang dan saya masih tidak tahu bilakah ada penerbangan untuk saya memandangkan hotline tidak dapat dihubungi.


Kakitangan AsiaAsia di sini berkata mereka akan menghubungi saya sebaik sahaja ada tempat duduk... buat masa ini saya tidak tahu nak buat apa kerana duit hampir habis," kata Jill Lum, yang datang ke sini dari Kuala Lumpur pda 25 Nov untuk menghadiri persidangan Yoga. Seorang lagi penumpang, yang hanya ingin dikenali sebagai Lim, berkata beliau pergi ke stesen kereta api untuk membeli tiket ke Pulau Pinang tetapi diberitahu bahawa semua tiket habis dijual sehingga 10 Dis.


Maimunah Gholam, yang datang bersama keluarga untuk melawat saudaranya di sini, berkata penerbangannya ke Johor Baharu dibatalkan dan mereka masih tidak memperoleh tempat duduk dalam penerbangan penyelamat.


"Tidak ada sesiapapun yang menghubungi kami dan agak memenatkan untuk menghubungi talian hotline kerana talian itu sentiasa sibuk," katanya.


Seorang jurutera dari Pulau Pinang, K. Puveantheran berkata namanya hilang daripada manual penumpang yang disahkah bagi penerbangan AirAsia hari ini meskipun mendapat pengesahan semalam, dan memutuskan untuk menginap di hotel yang sama bagi memastikan beliau mendapat tempat dalam penerbangan seterusnya.


Sungguhpun penerbangan keluar boleh dikira, ramai yang membuat urusan alternatif untuk keluar dari negara ini, termasuk menyewa bas, kereta dan van bagi melakukan perjalanan ke sempadan Thai-Malaysia.


"Syarikat saya hanya menyewa bas bagi menghantar lebih 130 kakitangan yang datang dari pelbagai negara untuk menghadiri mesyuarat di sini. Kuala Lumpur dan Pulau Pinang adalah pilihan yang paling dekat bagi setiap orang sekarang," kata seorang eksekutif sebuah syarikat gas. Malah jet peribadi turut dicari oleh warga asing yang berada, dengan kebanyakan mereka melakukan penerbangan ke Kuala Lumpur dan Singapura. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/30/mstar_berita/20081130165333&sec=mstar_berita

Empat letupan gegar lokasi penunjuk perasaan


Ahad November 30, 2008

BANGKOK: Sekurang-kurangnya empat letupan dan beberapa siri tembakan menggegarkan dua kawasan yang diduduki oleh penunjuk perasaan anti kerajaan dan sebuah stesen televisyen satelit di ibu negara ini awal hari ini, mencederakan kira-kira 50 orang.


Di Rumah Kerajaan, sebutir bom tangan dilontarkan sejurus selepas tengah malam dan jatuh berhampiran pentas utama tempat para pemimpin Perikatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) memberi ucapan.


Sekurang-kurangnya tiga orang cedera parah, kata seorang pegawai polis kepada pemberita di hospital Ramathibody di sini.


PAD telahpun menawan Rumah Kerajaan, yang pernah menjadi Pejabat Perdana Menteri pada 26 Ogos, dan kini menguasai Lapangan Terbang Suvarnabhumi serta Don Muang sejak Isnin lepas.


Terdapat beberapa siri serangan di kawasan itu sejak beberapa minggu lepas, mengakibatkan dua orang terbunuh.


Dua letupan turut berlaku di stesen ASTV milik pemimpin PAD Sondhi Limthongkul pada masa tentera pro kerajaan meningkatkan usaha untuk menutup stesen berkenaan yang menyiarkan liputan 24 jam mengenai aktiviti pergerakan itu di tiga kemudahan kerajaan yang diduduki.


Kira-kira 4 pagi, sebutir bom meledak berhampiran sekatan daripada tayar yang diletakkan oleh para pengawal PAD di Lapangan Terbang Don Muang.


Meskipun telah mengisytiharkan darurat di kedua-dua lapangan terbang berkenaan, kerajaan berhempas pulas untuk menguatkuasakan perintah itu memandangkan tentera dan polis tidak bekerjasama.


Presiden Airports of Thailand (AOT) Serirat Prasutanon mengumumkan bahawa keduadua lapangan terbang itu akan terus ditutup sehingga Selasa. Penerbangan terhad kini beroperasi di Lapangan Terbang Utapao dekat Pattaya.


Ketegangan terus memuncak di ibu negara memandangkan kumpulan pro kerajaan Barisan Demokrasi Bersatu Menentang Diktator (UDD) akan menghimpunkan penyokongnya lewat hari ini di Sanam Luang.


Perdana Menteri Somchai Wongsawat, yang bimbangkan keselamatan dirinya, telah melarikan diri ke bandar raya utara Chiang Mai. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/30/mstar_berita/20081130112841&sec=mstar_berita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...