Showing posts with label New Family Members. Show all posts
Showing posts with label New Family Members. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

ISLAM BUKAN MILIK MELAYU SAHAJA

POSTED BY ADMIN ON AUGUST 26TH, 2011

Ketua Wanita PKR Bukit Gelugor, Sheryl Chew Hong Wah atau nama barunya Huda Chew Hong Wah (gambar) nekad mendalami ajaran Islam sepenuh masa. Bercakap kepada Suara Keadilan, beliau kini merasa lebih tenang selepas memeluk Islam, yang disifatkan beliau sebagai agama yang bersifat universal.

“Saya merasa amat tenang selepas saya memeluk Islam dan amat meyakini agama ini adalah agama yang benar.

“Ia bukan hanya milik orang Melayu atau bangsa Arab tetapi ia milik semua manusia,” katanya.

Menurut Huda, beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan berterusan semua pihak terutama guru dan sahabat karibnya, Faridah Abdul Karim yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Gombak.

“Sejak berita saya memeluk Islam tersebar, rakan-rakan Facebook saya semakin bertambah.

“Tetapi yang lebih buat saya terharu ialah dokongan berterusan dan kata-kata semangat dari semua pihak terutamanya kak Faridah,” katanya.

Sementara itu, di Facebook, beliau kini menggunakan nama Huda Chew Hong Wah (Cheryl).

Huda sah bergelar muslim kira-kira 3 petang semalam di pejabat Jemaah Islam Malaysia (JIM) Taman Melawati, Gombak dan disaksikan rakan-rakan terdekatnya yang turut menitiskan air mata menyaksikan majlis itu.

Huda yang bermaksud ‘petunjuk’ dalam bahasa Arab sebelum ini banyak mendalami Islam menerusi kenalan yang menghadiahkan tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Huda Cheryl sudah mula berpuasa dan mendalami Islam berperingkat-peringkat sebelum mengambil keputusan memeluk Islam ketika hari ke 24 umat Islam menunaikan ibadah Ramadhan.


http://www.kl-today.com/2011/08/islam-bukan-milik-melayu-sahaja/

Friday, June 17, 2011

Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad

Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad
Norain Saleh
Jun 17, 11
8:47am

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid memberitahu, banyak permohonan untuk keluar Islam dibuat oleh golongan mualaf yang baru memeluk Islam.

NONE“Yang ramai itulah dia, (orang yang) bertukar kepada Islam,” katanya ketika ditanya sama ada majoriti yang memohon menukar agama terdiri daripada saudara baru.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran terperinci berhubung pendedahannya itu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan, permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah bagi seluruh negara adalah 135 orang antara tahun 2000 hingga 2010.

Laporan itu berdasarkan statistik yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat yang menyatakan permohonan menukar status agama oleh orang Islam adalah 863 kes dan sebanyak 168 diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Lebih memeningkan lagi, menteri berkenaan pada petang Rabu, dipetik Bernama sebagai menafikan jawapan yang diberikannya kepada Dewan Rakyat itu.

sitting in a mosqueBernama melaporkan Jamil Khir berkata sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tamyes turut melahirkan kebimbangannya berhubung peningkatan bilangan permohonan murtad yang ramai.

“Bukan saya seorang saja (bimbang), semua berasa bimbang. Saya harap golongan tertentu (yang ingin murtad) jelas matlamat (mereka) yang sebenar,” kata Tamyes.

Ramai yang dari Hindu

Sehubungan itu, beliau mencadangkan semua pihak, terutamanya penguatkuasa agama menggandakan usaha membenteras gejala itu dengan menggiatkan usaha dakwah.

“Semua pihak (berusaha) bukan hanya pihak penguatkuasa sahaja. Orang ramai termasuk ibu bapa dan masyarakat kena berusaha,” katanya.

NONEBeliau juga mengingatkan, seseorang yang ingin menganut agama Islam perlulah dengan kerelaan hati dan bukannya kerana paksaan bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.

“Kalau begitu, dia (saudara baru) akan komited (berpegang pada Islam),” katanya lagi.

Sementara itu, seorang pegawai penasihatan akidah di Jabatan Mufti Selangor, M Daruddin Taib @ Hassan memberitahu, di negeri itu, kebanyakan kes murtad melibatkan kaum India.

“Kita (jabatan mufti) menggunakan panel (yang dianggotai orang) Hindu yang masuk Islam (untuk kes sebegitu), saya tak boleh bertutur bahasa Tamil,” katanya.

Namun menurut beliau, terdapat juga kes lain yang melibatkan pelbagai latar belakang.

“Macam-macamla latar belakang. Ada yang lahir dan dibesarkan oleh keluarga yang bukan beragama Islam,” katanya.

Katanya lagi, ada yang memohon untuk bertukar kepada Islam kerana ingin berkahwin dengan orang Islam namun kegagalan perkahwinan mendorong mereka kembali ke agama asal.

http://malaysiakini.com/news/167179

NGO gesa kaji menyeluruh isu murtad

Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 16, 11
1:32pm

Pelbagai NGO Islam mahukan kerajaan membuat kajian terperinci terhadap punca sebenar fenomena murtad di negara ini.

Menurut mereka, tanpa mengetahui punca sebenarnya, gelaja itu tidak akan dapat ditangani dengan berkesan.

abim and university students 290508Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) beranggapan stastistik baru yang didedahkan di parlimen kelmarin merupakan petunjuk bahawa kajian menyeluruh perlu dilakukan.

"Saya ingat (kita) perlu menjalankan kajian yang terperinci punca (orang Islam) keluar dari agama Islam, sebab kita tidak tahu lagi apakah yang menyebabkan mereka berbuat demikian," kata Presiden ABIM, Dr Muhd Razak Idris.

Malaysiakini
kelmarin melaporkan, permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang antara tahun 2000 hingga 2010.

Jamil Khir BaharomLaporan itu berdasarkan statistik yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di parlimen yang menyatakan permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah berjumlah 863 kes dan sebanyak 168 kes diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Menteri berkenaan semalam dilaporkan menafikan laporan itu kerana sehingga kini belum ada satu pun kes yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

Pekida: Kenapa mereka berjaya

Sementara itu, Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berpendapat, kajian tersebut perlu menjurus untuk mencari punca kerana kefahaman agama umat Islam masih belum kuat.

NONE"Banyak masalah yang berlaku sebenarnya, tetapi mereka (yang terlibat) sukar meluahkannya, (melainkan) hanya kepada orang yang dipercayai sahaja," katanya.

Beliau mencadangkan, tumpuan perlu dibuat di Sabah kerana negeri tersebut mencatatkan jumlah permohonan keluar murtad yang tertinggi iaitu sebanyak 238 kes.

Menurut Zaid (kiri) lagi, mungkin kefahaman Islam tidak dipupuk melalui institusi kekeluargaan dengan baik.

Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pula berkata, kajian perlu dilakukan bagi memastikan sama ada faktor teknikal, seperti orang Islam yang dibesarkan oleh bukan Islam, menjadi penyumbang kepada gejala itu.

"(Ia) perkembangan yang membimbangkan, kajian segenap sudut boleh dilakukan dari segi undang-undang yang memerlukan peruntukkan kemas dan seragam kerana undang-undang yang ada di negeri tidak seragam," kata jurucakap PEMBELA, Dr Yusri Mohamad.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah Malaysia (Pekida), Jamaludin Yusof pula meminta pihak berkuasa agama mengkaji bagaimana umat Islam boleh dipengaruhi untuk menukar agamanya.

“Kenapa Kristian berjaya? (Ini) kerana mereka duduk sekali (dengan masyarakat," katanya.


http://malaysiakini.com/news/167096

Bilangan murtad: Mana satu yang betul?

Jun 16, 11 11:16am

Jumlah umat Islam yang murtad di negara ini masih menimbulkan pelbagai tandatanya.

Jika kelmarin, dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah yang meninggalkan Islam adalah 135 orang tetapi dalam laporan Bernama malam semalam beliau dipetik sebagai berkata belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

NONEJamil Khir dakwa Bernama berkata 135 kes itu dipohon di bawah murtad tetapi setelah diteliti oleh Mahkamah Syariah mereka didapati tidak sah masuk Islam, sekali gus tidak timbul soal (mereka) murtad.

"Timbul kekeliruan di sini, contohnya seseorang itu memohon untuk kedudukannya sebagai Islam, tetapi kemudian mahu kembali ke agama asalnya, setelah disiasat, mahkamah mendapati dia bukan Islam, jadi tidak timbul soal murtad.

"Sama juga untuk pasangan berkahwin yang hendak daftar untuk perceraian, tetapi mahkamah mendapati mereka berkahwin secara tidak sah di Thailand kerana tiada saksi dan wali, jadi tidak timbul soal perceraian," katanya kepada Bernama.

Malaysiakini kelmarin melaporkan jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang bagi tempoh 2000 hingga 2010.

Jawapan di parlimen

Laporan itu dibuat berdasarkan jawapan Jamil Khir yang menjawab pertanyaan lisan anggota parlimen Bakri Er Teck Hwa di parlimen kelmarin.

azlanSoalan itu berbunyi: "Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000 - 2010 serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangangi gejala murtad."

Sementara jawapan Jamil Khir pula berbunyi: "Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan."

Jamil Khir juga memberikan statistik lengkap yang menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan mengikut negeri.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

[JAWAPAN DAN SOALAN BERTULIS]

http://malaysiakini.com/news/167078

http://www.malaysiakini.com/pages/pic20110614.html

Menteri: 135 bukan murtad tapi tak sah masuk Islam

Jun 15, 11 10:36pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menafikan laporan mengenai 135 kes permohonan murtad diluluskan bagi tempoh 2000 hingga 2010.

Beliau menegaskan bahawa sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

Jamil Khir menjelaskan 135 kes itu dipohon di bawah murtad tetapi setelah diteliti oleh Mahkamah Syariah mereka didapati tidak sah masuk Islam, sekaligus tidak timbul soal (mereka) murtad.

"Timbul kekeliruan di sini, contohnya seseorang itu memohon untuk kedudukannya sebagai Islam, tetapi kemudian mahu kembali ke agama asalnya, setelah disiasat, mahkamah mendapati dia bukan Islam, jadi tidak timbul soal
murtad.

"Sama juga untuk pasangan berkahwin yang hendak daftar untuk perceraian, tetapi mahkamah mendapati mereka berkahwin secara tidak sah di Thailand kerana tiada saksi dan wali, jadi tidak timbul soal perceraian," katanya kepada Bernama. hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167055

Saturday, February 26, 2011

Daphne Kahwin, Peluk Islam Selepas Melawat Taj Mahal

Published: Jumaat Februari 25, 2011 MYT 5:09:00 PM
Updated: Jumaat Februari 25, 2011 MYT 5:24:27 PM

Daphne Iking dan suami, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe. Foto Beutifulnara.

PETALING JAYA: Pengacara Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe.

Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.

Menurut Joe, mereka tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis resepsi secara besar-besaran, namun hanya mengadakan sebuah majlis bersama anak yatim dan kawan-kawan terdekat di Kuala Lumpur.

Tambah Joe, sebagai seorang suami yang sah, dia kini mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga dan melindungi isterinya.

"Dalam Islam, tanggungjawab saya besar untuk membimbing dan menjaganya dengan baik. Keputusan kami untuk bernikah juga bagi menghindari fitnah," katanya seperti dipetik dari Daily Chili Jumaat.

Sementara itu, Daphne memberitahu bahawa Joe merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepadanya, namun keputusan memeluk agama itu datang tanpa sebarang paksaan daripada suaminya.

"Islam adalah agama yang indah. Saya masih lagi belajar tentang agama ini terutama selepas pelbagai dugaan yang menimpa dalam kehidupan saya," katanya.

Tambah Daphne keputusan memeluk Islam dan berkahwin dengan Joe dibuat sejak Disember lalu ketika melawat Taj Mahal di India.

Semasa berada di sana, dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut.

"Dari keajaiban yang berlaku di sana saya dapat rasakan keinginan memeluk agama Islam dari dalam diri dan menjadi isterinya. Dia juga terkejut ketika itu," kata Daphne.

Pasangan yang sudah mengenali sejak lebih setahun lalu itu menjalnkan hubungan sebagai rakan kongsi perniagaan dalam beberapa projek seperti 2REDchairs yang membincangkan isu-isu sensatif seperti agama, homoseksual dan perubahan jantina.

"Pada mulanya saya tidak yakin dengan hubungan ini boleh pergi sejauh ini dan kami pernah berpisah sebelum ini. Namun kami tetap berhubung sebagai rakan kongsi.

"Bagaimanapun dia tetap ditakdirkan sebagai jodoh saya. Dia memberi sokongan kepada saya ketika perkahwinan pertama saya menjadi mendapat publisiti meluas," katanya.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/2/25/mstar_hiburan/20110225170420&sec=mstar_hiburan

Saturday, January 29, 2011

Ibu tunggal dihalau suami tinggal dalam stor


FATIMAH tinggal sementara di sebuah stor di Pusat Rekreasi, Jalan Kenangan, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa seorang ibu tunggal Fatimah Abdullah, 42, apabila dihalau daripada rumah selepas diceraikan suaminya kira-kira sebulan lalu.

Malah disebabkan tidak mampu membayar rumah sewa baru, dia kini menumpang sementara di sebuah stor di Pusat Rekreasi, Jalan Kenangan di sini sehingga menanti permohonan mendapatkan rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diluluskan.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata, dia tidak dapat membayar sewa rumah kerana pendapatannya sebagai pembuat roti di sebuah pasar raya tidak mencukupi.

"Walaupun saya telah dihalau keluar daripada rumah tanpa anak-anak bersama tetapi saya tetap menyara kehidupan mereka yang kesemuanya masih bersekolah.

"Saya terpaksa membantu bekas suami yang kini tidak dapat berkerja lagi selepas dia ditimpa kemalangan sebaik sahaja mereka bercerai," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Kesemua anak Fatimah kini tinggal bersama bekas suami di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Peel di sini.

Fatimah yang memeluk Islam sejak 24 tahun yang lalu, berkata, desakan keluarga di Sarawak supaya pulang juga menyebabkan dia semakin susah hati kerana mereka mahu dia kembali ke agama asal.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya Cheras, Hamiddah Sidek berkata, beliau simpati dengan keadaan yang menimpa Fatimah dan mahu membantunya bangun semula membina hidup baru.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Wednesday, January 26, 2011

Mahkamah tak benar balu pendaki Everest rayu

Jan 25, 11 9:43pm

Usaha balu pendaki Everest Sarjan M Moorthy untuk mendapatkan semakan kehakiman bahawa suaminya beragama Hindu ketika meninggal dunia lima tahun lalu dan dikebumikan mengikut amalan agama itu, sampai ke penghujungnya hari ini.

NONEHakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, sebulat suara tidak membenarkan S Kaliammal mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan wanita itu untuk menentukan status agama suaminya atas alasan perkara tersebut secara eksklusif terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Moorthy, yang nama Islamnya Mohamad Abdullah, dikatakan telah memeluk Islam sebelum meninggal dunia pada 20 Dis 2005, tanpa memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.

Arifin berkata Kaliammal, 35, tidak memenuhi keperluan Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman - bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakan untuk pertimbangan Mahkamah Persekutuan mestilah bersifat sempurna dan memberi manfaat kepada orang ramai.

Dengan penolakan itu, keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Mahkamah Syariah adalah pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa kompeten untuk menentukan status seseorang yang beragama Islam dan pertukaran agama seseorang yang dipertikaikan, dikekalkan.

NONEKetika menolak rayuan Kaliammal pada 20 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan juga membuat keputusan bahawa seseorang bukan Islam yang mencabar tindakan penukaran agama boleh tampil di Mahkamah Syariah untuk mengetepikan sebarang perintah.

Kaliammal kemudian memfailkan satu permohonan pada 21 Dis 2005 untuk memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa Moorthy (kiri) beragama Hindu.

Moorthy dikebumikan pada 28 Dis 2005 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota di Gombak, Selangor, selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memperoleh perintah sebelah pihak daripada Mahkamah Syariah yang menyatakan bahawa Moorthy telah memeluk Islam sebelum meninggal dunia.

Moorthy lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah akibat terjatuh ketika menjalani latihan di Kem Sungai Udang, Melaka pada 14 Ogos 1998 dan terpaksa berkerusi roda. Dia kemudiannya koma akibat terjatuh daripada kerusi roda dan meninggal dunia di Unit Jagaan Rapi Hospital Kuala Lumpur.

Dalam prosiding hari ini, peguam M Manoharan, yang mewakili Kaliammal, meminta mahkamah memutuskan persoalan undang-undang tentang sama ada mahkamah sivil layak dan mempunyai bidang kuasa kompeten untuk menentukan status agama seseorang, khususnya tentang sama ada orang berkenaan beragama Islam atau sebaliknya.

everestDalam hujahnya, Peguam Kanan Persekutuan Mahamed Naser Disa Mahamed Naser Disa, yang mewakili Pengarah Hospital Kuala Lumpur Hospital dan Kerajaan Malaysia, berkata isu berhubung bidang kuasa mahkamah kehakiman dan prinsip undang-undang telah termaktub dengan kemas dan tidak memerlukan sebarang penghujahan di Mahkamah Persekutuan.

Katanya dalam banyak kes, mahkamah berkenaan (Mahkamah Persekutuan) telah mengisytiharkan bahawa Mahkamah Syariah merupakan forum yang sewajarnya untuk membuat keputusan tentang isu berkaitan tindakan seseorang memeluk Islam.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/154475

Monday, January 3, 2011

Syukur anak boleh sekolah

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, anak saya dapat meneruskan persekolahan. Terima kasih kepada orang ramai dan Harian Metro,” kata Nur Aishah Abdullah, 44, seorang saudara baru yang mengalami kesempitan hidup akibat pelbagai faktor.

Dia yang juga anak bekas pemain bola sepak Selangor dan Malaysia era 1970-an mengalami kesempitan hidup akibat ditinggalkan suami sejak 10 tahun lalu, menghidap kanser darah dan jantung berlubang serta disisihkan adik-beradik selepas memeluk Islam.


Nur Aishah yang dihubungi semalam berkata, selepas kisahnya disiarkan akhbar ini Jumaat lalu, ada beberapa pihak yang menghubunginya dan menghulurkan bantuan. Katanya, dia hampir putus harap cara bagaimana nak dapatkan wang persekolahan lima anaknya, lebih-lebih lagi runsing kerana sewa rumahnya RM450 sebulan hampir setahun tidak dijelaskan.

Orang ramai ingin menyalurkan bantuan, boleh menyumbang menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Nur Aishah dengan nombor akaun 14100-29- 00016565-3. Nur Aishah boleh dihubungi di talian 017-6805876.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Syukuranakbolehsekolah/Article/index_html

Friday, November 26, 2010

Rezeki mencurah

JOHOR BAHRU: “Daripada ‘anak tong sampah’ yang pernah dicaci dan dipandang hina, saya bersyukur kerana kini sudah memiliki perniagaan sendiri serta diberi peluang terbabit dalam lakonan,” kata Muhammad Khairul Hafiz Abdullah, 23, di sini, semalam.

Khairul berkata, hampir 23 tahun dia menderita kerana memegang status anak terbuang, kehidupannya berubah selepas memperoleh kerakyatan negara ini dan kad pengenalan pada 1 April lalu.


“Selepas membaca kisah hidup saya yang terpapar di akhbar dan kejayaan memperoleh kad pengenalan, saya dirisik beberapa produser filem tempatan dengan menawarkan peluang untuk berlakon dalam filem pendek.

“Saya baru berlakon dalam satu filem pendek berkaitan kisah hidup saya dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro, ia ditayangkan di RTM pada Aidiladha lalu,” katanya.


Menurut Khairul, dia umpama bermimpi kerana tidak pernah terfikir untuk bergelar artis selain diberi peluang menjayakan beberapa projek bersama penggiat seni terkenal tanah air.


Katanya, pada peringkat awal, agak kekok untuk berlakon tetapi dengan sokongan dan kerjasama kru penerbitan, perasaan gentar hilang.

“Saya mungkin akan berlakon dalam cerekarama terbitan JS Pictures Sdn Bhd di bawah arahan Sheila Rusly. Malah saya turut menggubah tiga lagu bersama penyanyi terkenal era 80-an, Ben Nathan,” katanya.


Mualaf berketurunan Cina yang memeluk Islam sejak tiga tahun lalu itu berkata, walaupun sibuk dengan lakonan, dia dan isteri yang dikahwini awal Januari lalu, gigih memajukan syarikat mereka, KhaiLynn 1Malaysia Sdn Bhd yang mengusahakan ternakan ikan keli dan membekal kambing serta lembu di Johor.

“Cawangan kami di Putrajaya mengusahakan makanan sejuk beku seperti karipap, otak-otak, donat, popia dan kuih tradisional Melayu.


“Saya bersyukur kerana syarikat yang pada awalnya ditubuhkan dengan modal RM500 serta dalam keadaan serba kekurangan, mula berkembang,” katanya yang menggaji dua pekerja orang kurang upaya (OKU).


Khairul dibuang ibu bapanya ketika masih bayi berhampiran tong sampah di sebuah pekan kecil di Mentakab, Pahang. Dia dipelihara keluarga angkat namun menjadi mangsa dera anggota keluarga terbabit termasuk disimbah air panas dan dibelasah.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rezekimencurah/Article/index_html

Monday, November 15, 2010

Saya Islam, mengapa perlu terkejut?



Semasa saya tiba di wilayah Arab itu untuk bekerja di pusat kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya membawa bersama pandangan yang dimiliki semua wanita berkulit putih kelas pertengahan (secara senyap atau terbuka) mengenai wanita Islam, wanita yang saya anggap tidak lebih dari sekadar jasad yang dibalut dengan jubah hitam.

Sebagai seorang wanita Barat yang mempunyai semua kebebasan, saya jangka saya akan hanya berurusan dengan golongan lelaki sahaja. Bukankah itu yang menggambarkan dunia Islam?

Nampaknya pandangan stereotaip saya itu terbukti masih dikongsi oleh semua penduduk Barat apabila beberapa kolumnis yang mendengar saya sudah menganut Islam, menjerit ketakutan dan terkejut.

Ya, begitulah pandangan mereka terhadap lebih setengah bilion wanita di dunia yang menganut agama Islam.

Semasa lawatan pertama saya ke Ramallah, dan diikuti dengan lawatan ke Palestin, Mesir, Jordan dan Lebanon, saya banyak berurusan dengan lelaki yang berkuasa, termasuk lelaki berjambang yang kita selalu lihat dalam berita di tempat-tempat di mana kita sendiri menghantar bom untuk dimusnahkan.

Tetapi sesuatu yang mengejutkan (untuk saya), semasa lawatan ini, saya turut berurusan dengan banyak wanita berkuasa pada semua peringkat umur yang memakai pelbagai gaya tudung.

Percaya atau tidak, wanita Islam boleh dididik, mampu bekerja dalam tempoh waktu yang lama seperti wanita Barat, dan mereka juga mengarah suami mereka supaya melakukan sesuatu, walaupun di hadapan rakan lelaki itu.

Adakah bukti ini mencukupi? Saya harap ia mencukupi, kerana selepas saya menganut Islam, pengulas sinis menggunakannya sebagai alasan untuk menimbulkan pelbagai pandangan buruk terhadap wanita Islam di mana-mana.

Jadi mari kita semua menarik nafas panjang dan benarkan saya mendedahkan dunia Islam sebenar pada abad ke-21 ini.

Kebanyakan amalan dan peraturan di negara 'Islam' sudah jauh terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Amalan-amalan yang merendahkan wanita ini wujud daripada budaya dan tradisi (yang dikuasai lelaki) yang telah menular ke seluruh lapisan masyarakat.

Perjalanan saya menuju kepada Islam bermula dengan kesedaran mengenai jurang dalam apa yang diberitahu kepada saya mengenai Islam, dan realiti sebenar.

Semasa lawatan saya ke Iran September lalu, apabila saya melihat jemaah berwuduk, sujud dan membaca doa di dalam masjid, saya teringat mengenai pandangan Barat yang salah mengenai agama ini, agama yang menolak keganasan, mengamalkan keamanan dan kasih sayang melalui meditasi secara senyap.

Saya melalui perubahan ketara yang saya sendiri tidak sedari iaitu setiap kali berdoa sejak setahun lalu, saya mengucapkan 'Ya Allah' dan bukannya 'Ya Tuhan.'

Memang kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama tetapi bagi mereka yang baru memeluk Islam, bahasa asing yang digunakan dalam solat dan al-Quran kadang-kala menjadi penghalang untuk beribadat dengan sempurna.

Tetapi saya amat bernasib baik apabila dapat mengatasi perbezaan bahasa itu tanpa saya sendiri sedari.

Kemudian saya mula merasakan hubungan emosi antara umat Islam lain dengan perasaan penuh terbuka dan kemesraan.

Sejak memeluk Islam, saya mula merasakan betapa rakan-rakan bukan Islam seperti tidak berperasaan.

Mengapa kita tidak boleh menangis di tempat awam, memeluk satu sama lain atau mengucapkan kata-kata sayang kepada kawan baru tanpa disyaki atau diperlekehkan?

Saya melihat bagaimana pelbagai perasaan dikongsi antara umat Islam dan berfikir jika peraturan yang ditetapkan Allah berasaskan ketakutan semata-mata, mengapa rakan-rakan Islam saya tidak berpaling tadah daripada agama mereka dan mula meminum arak untuk mendapatkan 'keseronokan' seperti kita di Barat?

Kita seronok, bukan?

Dahulu, saya sering cuba berhenti mengambil minuman beralkohol tetapi tidak berjaya, namun sejak saya memeluk Islam, saya langsung tidak membayangkan akan minum arak lagi.

Saya yakin inilah pilihan yang tepat bagi saya, terlalu banyak yang dapat dipelajari, dinikmati dan dikagumi dalam Islam.

Sebelum saya mengakhiri perkongsian pengalaman ini, saya ingin memperjelaskan perbezaan antara budaya Islam dan budaya media yang mungkin dapat memberikan orang ramai lebih pemahaman mengenai agama suci ini.

Apabila kita melihat rakaman media yang menunjukkan penganut Islam melaungkan 'Allahu Akhbar!', kita, orang Barat, telah dilatih menterjemahkan perbuatan itu sebagai ancaman.

Kita berfikir apabila mereka melaungkan kalimah itu, mereka sebenarnya mengatakan: "Kami membenci anda rakyat Britain, dan kami akan meletupkan diri di pusat membeli belah semasa anda sedang membeli keperluan harian."

Padahal sebenarnya, kami (umat Islam) hanya melaungkan 'Allah Maha Besar!' dan kami cuba menenangkan jiwa selepas negara bukan Islam menyerang kampung kami.

Kalimah itu mewakili harapan kami untuk hidup dalam suasana aman dengan semua masyarakat, sama ada beragama Islam atau tidak, dan jika itu terlalu susah untuk dicapai seperti keadaan sekarang, kami hanya mahu supaya kami tidak diganggu.



*Lauren Booth, 43, adalah adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Booth memeluk Islam selepas melalui 'pengalaman suci' semasa melawat Iran, September lalu. Beliau menulis rencana ini untuk akhbar Britain, The Guardian bagi menjelaskan kritikan yang diterima daripada media Barat selepas mengumumkan keputusannya memeluk Islam.

Sunday, November 14, 2010

Pemain billiard terkenal dunia pula peluk Islam

Harakahdaily

MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29449:pemain-billiard-terkenal-dunia-pula-peluk-islam&catid=1:utama&Itemid=50

Wednesday, November 3, 2010

Tok Guru Islamkan 3 Orang Asal

IT PAS GUA MUSANG, 2 Nov:- "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah," demikian kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.


Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu.

Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau.

Calon PAS yang merupakan seorang doktor, sempat memberi penerangan ringkas mengenai bahaya penyakit stroke dan darah tinggi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29293:tok-guru-islamkan-3-orang-asal&catid=1:utama&Itemid=50

Tuesday, October 26, 2010

Adik ipar Tony Blair peluk Islam

Harakahdaily

LONDON, 26 Okt: Adik ipar Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail Ahad lalu.

Beliau berkata, "sekarang ini saya tidak lagi makan babi dan saya membaca Al Quran setiap hari. Kini saya sedang membaca pada muka surat ke 60.

"Saya juga tidak minum alkohol dalam 45 hari ini, satu tempuh masa yang terpanjang dalam 25 tahun. Peliknya sejak saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam, saya tidak mahu lagi menyentuh alkohol," katanya.

Sebelum memeluk Islam, Booth sangat simpati dengan Islam dan menghabiskan masa yang lama di Palestine. Beliau juga menentang keras peperangan yang dipaksakan ke atas Iraq.

"Saya selalu kagum dengan kekuatan dan keselesaan yang diberi (oleh Islam)," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29178:-adik-ipar-tony-blair-peluk-islam&catid=1:utama&Itemid=50

Wednesday, September 15, 2010

Angkara jiran dekat rumah

Oleh Iskandar Shah Mohamed

2010/09/14

SEREMBAN: Siasatan polis mendapati kes bunuh seorang ustazah dan anak lelakinya di sebuah apartmen di Jalan Sutera Lama, Port Dickson, awal bulan ini, bermotifkan samun dengan suspek menggunakan taktik konon tertinggal kunci sebelum memasuki rumah mangsa untuk menyusup masuk melalui tingkap belakang.

Suspek berusia 34 tahun yang juga jiran mangsa kemudian mengikat tangan dan menutup mulut dua beranak itu, Norliza Ishak, 35, dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10, menggunakan tali, pita pelekat serta kain sarung sebelum meletakkan mereka dalam bilik mandi rumah terbabit.

Suspek dikatakan turut bertindak kejam dengan membuka air pancuran mandi sebelum menghempap mangsa menyebabkan mereka sukar bernafas dan meninggal dunia. Suspek melarikan barangan peribadi mangsa termasuk barang kemas, telefon bimbit, komputer riba serta wang tunai dan menjual sebahagian barangan itu bernilai ribuan ringgit di kedai pajak gadai.


Suspek menyimpan wang itu dalam akaun bank miliknya dipercayai bagi melunaskan hutang termasuk membabitkan pembayaran ansuran kenderaan dan bil lain.


Perkara itu didedahkan Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh yang berkata, suspek, seorang mualaf, mengaku semua perbuatan itu sepanjang proses soal siasat dijalankan terhadapnya sejak dalam tahanan polis.

“Suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan berpura-pura tertinggal kunci dalam rumahnya dan perlu memasuki kediaman mangsa untuk memanjat masuk melalui tingkap belakang di bahagian dapur. “Sejurus memasuki rumah dua tingkat itu, suspek kemudian menghentak mangsa menggunakan siku dan mengikat kedua-dua tangan mangsa.


“Anak lelaki mangsa yang menyedari perkara itu bertindak menjerit sebelum tangannya turut diikat. Dua beranak itu seterusnya diletakkan dalam bilik mandi dengan kepala serta mulut ditutup dengan kain dan pita pelekat,” katanya pada sidang media, semalam. Hadir sama Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh.


Menurutnya, hasil penahanan, suspek turut membawa kepada penemuan semula beberapa barangan milik mangsa yang dicuri iaitu barang kemas, tiga telefon bimbit, sebuah komputer riba dan pemain ‘laystation serta sejumlah wang tunai. “Siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai pemasang paip gas syarikat minyak dan gas melakukan samun kerana mempunyai masalah kewangan selepas tidak mempunyai kontrak kerja beberapa bulan,” katanya yang turut memberitahu isteri dan anak suspek tiada di rumah ketika kejadian kerana berada di Sabah.


Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan kertas siasatan kes kepada pejabat timbalan pendakwa raya dan suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.


Ditanya sama ada wujud unsur rogol dan liwat dalam kejadian itu, Osman berkata, pihaknya masih menunggu laporan DNA bagi mengesahkan perkara berkenaan.


“Berdasarkan laporan bedah siasat, ada kecederaan pada kemaluan kedua-dua mangsa yang disahkan mati akibat sesak nafas, namun kami masih menunggu keputusan ujian,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Angkarajirandekatrumah/Article

Tuesday, June 15, 2010

Korban Jezamine demi Harith




BUKAN mudah untuk seorang wanita meniti hari bahagia diijabkabulkan tanpa keluarga di sisi. Namun, demi cinta kepada pelakon dan pelawak berusia 44 tahun, Harith Iskander Musa, semangat kental yang ada dalam diri Jezamine Lim, seorang doktor dan model telah berjaya menangani perasaan pilunya itu.

Hakikatnya, wanita cantik itu sanggup memeluk Islam walaupun ditentang keluarga demi berkahwin dengan lelaki yang dicintanya, Harith. Pengorbanan bekas penganut Buddha ini benar-benar memberi impak yang besar terhadap penerimaan keluarganya.

Faham benar bahawa soal agama adalah hal yang begitu sensitif bagi sesiapa pun, sebagai seorang anak yang memahami perasaan ibu dan bapanya, Jezamine akur dengan ketidakhadiran keluarganya itu.

Malah doktor berusia 27 tahun itu bersama Harith sedang berusaha untuk melembutkan hati keluarganya agar mereka dapat diterima dengan baik walaupun sudah berbeza fahaman sekarang.


DENGAN sekali lafaz, Harith sah memperisterikan Jez yang merupakan seorang model dan doktor.


Masih lagi mampu tersenyum pada hari bahagianya, Jez percaya setiap perkahwinan mempunyai dugaan yang tersendiri. Malah sepanjang badai yang terpaksa dilaluinya, Harith adalah lelaki yang menjadi tulang belakangnya tatkala dia terpaksa melalui dugaan yang besar dengan keluarga.

"Bila terpaksa berdepan dengan halangan keluarga, kekuatan saya hadir melalui cinta Harith kepada saya. Diakui, memang saya sedih dengan hal ini tetapi dia membantu saya untuk mengharungi cabaran besar ini.

"Saya sedih mereka tidak hadir pada hari ini. Bagaimanapun saya yang membuat keputusan untuk berkahwin dengan Harith, jadi saya harus berdepan dengan cabaran di depan saya," tuturnya penuh emosi yang bercampur-baur sewaktu ditemui media usai akad nikah di kediaman pengurus Harith, Sue Hussain di Kota Damansara, Kuala Lumpur.


CINTA sejati antara Harith dan Jez mendapat tentangan keluarga Jez.


Bagi Harith pula, dia percaya, satu hari nanti keluarga Jezamine pasti akan menerima mereka berdua memandangkan arwah ibunya, Farida Jane Musa yang berbangsa Inggeris dan beragama Kristian juga mempunyai masalah yang sama ketika berkahwin dengan ayahnya, Kolonel Musa Mohamad sebelum ini kerana memeluk agama Islam.

"Ringkas kata, keluarga Jez belum lagi menerima perubahannya. Tapi saya percaya, mengikut pengalaman yang diceritakan oleh ibu saya mengenai tentangan keluarganya bila mahu berkahwin dengan ayah dulu, akhirnya kedua mereka diterima.

"Masa akan berubah. Begitu juga dengan keluarga Jez. Saya faham, keluarga dia pasti tertanya-tanya, dahlah saya ni tua dan seorang selebriti, hal ini turut mengganggu fikiran mereka sama ada adakah anak mereka selamat bila disamping saya.

"Saya pun terkejut bila lihat dia sanggup tegar dengan keputusannya untuk bersama saya," kata Harith terharu.

Kenal di Facebook


CINCIN sebagai tanda batal air sembahyang.


Alam maya nyata bukan sahaja medium yang banyak memberi informasi, tetapi rangkaian laman sosial seperti Facebook adalah rangkaian yang juga paling banyak menemukan jodoh seseorang.

Begitu juga yang terjadi kepada pasangan ini. Cinta mereka sebenarnya bertaut di laman Facebook. Dan huluran cinta itu bukan dibuat oleh Harith, sebaliknya Jez yang memulakan langkah pertama untuk mengenali dengan lebih serius tentang diri pelawak tersebut.

"Saya pun tak pasti kenapa saya begitu teruja setiap kali menghantar mesej kepadanya melalui Facebook. Bayangkan, sehari kadang kala saya menghantar sebanyak 200 mesej kepada Harith! Walaupun saya tak percaya perkenalan melalui Internet, perkara ini hadir tanpa diduga.

"Dia seorang yang sangat serius. Tak kelakar langsung. Tidak seperti kerjayanya sebagai seorang pelawak. Pertama kali keluar dengan dia, dia lebih suka senyum. Saya yang mula membuka bicara agar pertemuan pertama kali kami itu tidak kekok," katanya sambil ketawa.

Belum pun Jez selesai berbicara, Harith pula mencelah, "Kira ayat saya hebat juga kan? Cuma ketika membalas mesej Jez di Facebook, saya akan pastikan untuk meninggalkan satu soalan supaya dia dapat membalas mesej saya (ketawa) pada masa akan datang. Itu satu tips yang berguna bagi sesiapa yang ingin memerangkap cinta!"

Menyifatkan isterinya sebagai wanita yang mempunyai hati murni dan gemar melihat Jez ketawa, pasangan ini berkata perancangan bulan madu mereka mungkin akan dibuat selepas Aidilfitri memandangkan Harith kini sibuk dengan latihan teater Cuci The Musical.




Bukan gay

Perkahwinan Harith juga membenamkan dua status dirinya yang selama ini menjadi tanda tanya. Banyak yang beranggapan Harith adalah seorang duda atau pun mahu menambah isteri. Tidak kurang juga yang menuduh bahawa lelaki bertubuh gempal dengan otak geliga ini sebagai seorang gay.

Hakikatnya, kata Harith, kedua-dua tanggapan itu jauh tersasar. Dia bukan gay, juga bukan seorang duda atau mahu menambah bilangan isteri.

Ditanya adakah perkahwinannya dengan Jez ini akhirnya dapat menutup kata Harith: "Tentang status gay itu saya abaikan sahaja. Cuma yang kelakarnya bila saya berjumpa dengan imam ketika kursus berkahwin, mereka tanya 'kahwin kali kedua atau ketiga?' saya terkejut. Mereka sangka selama ini saya sudah pernah berumah tangga."

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Monday, June 14, 2010

'Jiwa saya kini damai'

Oleh Togi Marzuki
am@hmetro.com.my
2010/06/14

PONTIAN: “Setiap kali bersolat dan berdoa, jiwa saya cukup tenang dan damai, suatu nikmat perasaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini,” kata seorang mualaf, Muhammad Firdaus Goh, 42, yang berasal dari Kampung Pontian Besar dan memeluk Islam bersama isteri dan empat anak mereka, Khamis lalu.

Dia yang bekerja sebagai nelayan berkata, biarpun sudah lama mahu memeluk Islam, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana bimbang hasratnya tidak dipersetujui isteri mahupun anak.


Bagaimanapun, menurutnya, tanggapan itu meleset apabila ahli keluarganya menyambut baik keinginannya dan bersedia memeluk Islam dengan hati terbuka.


“Pergaulan bersama rakan nelayan sejak kecil membolehkan saya mengenali Islam dan tertarik dengan ajarannya yang mengajar kita mendekati perkara mulia, saling membantu dan paling utama mencintai Allah.


“Pada pandangan saya, agama memainkan peranan penting bagi membentuk keperibadian individu dan bersyukur kerana kami sekeluarga berpeluang memeluk Islam,”
katanya yang melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Agama Pontian, Montaha Tuah dalam Majlis Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Pontian anjuran Majlis Agama Islam Johor (Maij).


Majlis pengislaman Muhammad Firdaus turut dihadiri kira-kira 500 penduduk Islam setempat. Selain Goh dan isteri, Nur Aisyah Yasmin, 35, empat anak pasangan berkenaan yang turut memeluk Islam ialah Muhammad Hamzie Goh, 15, Nur Umairah Goh, 14, Nur Maisarah Goh,10 dan Nur Puteri Goh, tiga tahun.


Bagi Nur Aisyah, sebagai isteri dan ibu kepada empat anak, keputusan memeluk Islam secara serentak menjadi suatu rahmat tidak diduga.


Menurutnya, tiada mana-mana pihak memaksa mereka memeluk Islam, sebaliknya ia datang daripada hati yang ikhlas selain yakin dengan kekuasaan Yang Maha Esa.


“Syukur Alhamdulillah atas limpah kurnia-Nya. Semoga Allah memberkati kami sekeluarga selain menjadi pendorong merapatkan lagi silaturahim antara jiran sama ada jauh atau dekat selain mempelajari Islam dengan lebih mendalam.


“Terima kasih juga kepada penduduk yang hadir pada hari yang diberkati ini dan ia memberi semangat baru kepada kami sekeluarga untuk menjalani kehidupan sebagai umat Islam,”
katanya.


Katanya, bermula detik itu, mereka sekeluarga akan bertanggungjawab dan berusaha sebaik mungkin mendalami agama suci itu selain tidak sabar menunaikan ibadat puasa Ogos depan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jiwasayakinidamai/Article

Friday, May 28, 2010

Fail mutaah RM600,000

Oleh Murni Wan Omar

2010/05/28

KUALA LUMPUR: Kecewa dengan tindakan bekas suami yang menceraikan tanpa sebab hanya selepas dua bulan usia perkahwinan mereka sedangkan ketika itu dia tertekan akibat mengalami keguguran, seorang wanita memfailkan permohonan tuntutan mutaah RM600,000.

Rubina Mohd Amin, 30, (plaintif) dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam berkata, dia bernikah dengan Muhammad Surinder Singh Pritam Singh, 48, (defendan) pada 1 Januari 2009 dan diceraikan pada 1 Mac 2009.


“Saya disahkan mengandung pada penghujung Januari, bagaimanapun mengalami keguguran. Selepas membuat proses mencuci rahim, saya dibawa pulang ke rumah ibu oleh bekas suami. Ketika di rumah itu, dia (Muhammad Surinder melihat iklan di televisyen berhubung slot rancangan televisyen. “Slot itu bakal menyiarkan majlis pernikahan kami pada keesokan harinya. Dalam perjalanan pulang ke rumah pada malam itu, dia (Muhammad) mengatakan jika ia disiarkan di televisyen, dia menceraikan saya. Saya amat tertekan,” katanya ketika menjawab soalan peguam syarie Mohd Ridhwan Husin.


Rubina berkata, keesokan harinya, selepas menonton rancangan itu pada jam 2.40 petang, Muhammad Surinder masuk ke dalam bilik tidur mereka (Rubina ketika itu sedang tidur) dan membaling semua barang termasuk menumbuk almari dan pintu.


“Dia tidak berpuas hati majlis akad nikah itu disiarkan di televisyen. Ketika itu dia juga mengatakan tidak mahu lagi menjadi Muslim dan mahu kembali semula kepada agama asalnya. Dia juga meludah dan hampir memukul saya. Dia juga ada melafazkan ‘saya ceraikan awak’.


“Plaintif juga ada membaling kad perakuan Islamnya kepada saya. Ketika itu ibu, kakak serta abang datang mengambil saya. Sehingga hari ini, tiada perbincangan dibuat dan dia tidak pernah berdepan dengan saya atau keluarga saya,”
katanya.


Menurut Rubina, Muhammad Surinder memeluk Islam pada 14 November 2008 atas kerelaan sendiri dan tiada paksaan darinya.


“Sebelum berkahwin saya bekerja sebagai pramugari dengan pendapatan RM5,000 sebulan bagaimanapun saya berhenti apabila bekas suami memujuk. Dia seorang cemburu dan berjanji memberi elaun RM4,000 sebulan.


“Bagaimanapun, dia tidak memberi elaun itu. Kos perkahwinan kami dalam anggaran RM100,000 membabitkan majlis nikah, majlis minum petang, majlis di hotel, hantaran, barang kemas dan sebagainya ditanggung saya dan keluarga,”
katanya.


Ketika itu katanya, Muhammad Surinder berjanji memulangkan semula wang digunakan untuk majlis perkahwinan itu atas alasan mengalami masalah kewangan.


Muhammad Surinder diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan bagaimanapun tidak hadir berikutan mempunyai kes di mahkamah lain dan diwakili Nur Fitriah Zakaria.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Mohd Radzi Abd Latif bersambung 22 Julai depan

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FailmutaahRM600_000/Article

Tuesday, April 20, 2010

Nikah berwali kakak

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
2010/04/20

KUALA LUMPUR: Bimbang dengan status perkahwinannya, seorang wanita memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, untuk memfarakkan pernikahannya selepas mengaku menggunakan kakak kandungnya sebagai wali atas alasan tidak arif hukum syarak dalam Islam.

Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, 30, yang berasal dari Sarawak, berkata dia juga tidak memaklumkan kepada suaminya, Ahmad Salim Moideen, 30, berhubung perkara itu kerana diugut akan dibuang keluarga oleh kakaknya itu supaya tidak membocorkan rahsia bahawa dia seorang wanita.


“Saya benarkan dia (kakak kandung) menjadi wali kerana tidak arif dan baru memeluk Islam pada 1997. Perkahwinan saya yang pertama juga diwalikan kakak sulung saya itu. Perkahwinan kali kedua dengan suami sekarang berlaku pada 17 April 2004.


“Semuanya kakak saya yang uruskan. Perkahwinan kedua saya dinikahkan jurunikah di sebuah masjid di Pantai Dalam, bagaimanapun saya tidak ingat namanya,”
katanya ketika menjawab soalan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamed Zain.


Menurutnya, dia kini tidak tahu di mana kakaknya itu berada kerana sudah menghilangkan diri selepas Ahmad Salim berang apabila mengetahui perkahwinan mereka diwalikan seorang wanita.


Sementara itu, Ahmad Salim berkata, ketika bernikah dengan Nurul Farhana dia percaya sepenuhnya dengan penampilan dan suara kakak iparnya yang dikenali sebagai Nawi a/k Ilai yang didakwa sudah memeluk Islam ketika itu sebagai lelaki.


“Penampilan dan suaranya macam lelaki, jika saya tahu dia wanita, saya tidak akan teruskan kerana ia membabitkan hukum dan menjadi masalah. Saya datang ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini dan sanggup berpisah dengan isteri buat sementara waktu.


“Pada hari pernikahan saya mula was-was apabila melihat nombor kad pengenalan kakak, bagaimanapun jurunikah meneruskan pernikahan. Hanya selepas 2008, baru saya mendapat maklumat sebenar abang itu sebenarnya wanita,”
katanya.


Menurutnya, pada tahun itu dia pulang ke kampung mentuanya di Sarawak dan selepas disiasat dia mendapati benar lelaki yang sebelum ini disangka sebagai abang ipar adalah wanita.

“Saya minta maaf terpaksa bercakap kasar di mahkamah, tetapi pada tahun itu saya mengejar wanita terbabit dengan membawa parang sehingga sanggup membogelkan dia bagi memastikan dia wanita. “Saya kecewa kerana sudah buat majlis dengan cara yang betul iaitu berjumpa imam dan bernikah di masjid, tetapi pernikahan saya tidak sah,” katanya yang dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan itu.


Hakim Syarie Mohd Yunus dalam keputusannya memerintahkan kes itu dijalankan secara perbicaraan penuh dan meminta supaya kedua-dua pihak mencari imam masjid yang menikahkan mereka bagi memberi keterangan.


Mahkamah menetapkan 15 Jun ini untuk perbicaraan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nikahberwalikakak/Article

Friday, July 31, 2009

Famili sisih, suami buang

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Sudahlah disisih keluarga sejak 22 tahun lalu kerana memeluk Islam tanpa restu, kini hidup seorang wanita yang juga anak kepada bekas penjaga gol bola sepak kebangsaan, bagai jatuh ditimpa tangga apabila digantung tidak bertali oleh suaminya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab suami yang diharapkan menjadi pembimbing dan pelindung selepas wanita berkenaan memeluk Islam itu, sekali gus menghancurkan ‘mahligai’ yang mereka bina sejak 18 tahun lalu.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aisyah, 40-an, menyifatkan kehidupannya kini seperti pelarian yang memaksa dia menghilangkan diri bersama enam anak berusia sembilan hingga 15 tahun.

Ini semata-mata bagi mengelak diburu ahli keluarganya yang sememangnya tidak pernah merestui rumah tangga dibinanya dengan seorang lelaki Islam.

Aisyah yang memeluk Islam ketika berusia 21 tahun sebelum bernikah empat tahun kemudian berkata, suaminya menghilangkan diri ketika anak bongsu mereka masih dalam kandungan. Kanak-kanak itu kini berusia sembilan tahun.

Menurutnya, walaupun harapan menggunung didambakan terhadap suami untuk menjadi pembimbing dan pelindung dalam kehidupan baru, namun ia hanya tinggal harapan apabila ditinggalkan begitu saja tanpa diceraikan.

Bagi menyara anak yang semuanya masih bersekolah, Aisyah yang bertekad tidak akan meninggalkan Islam biar apapun terjadi berkata, dia terpaksa menagih simpati melakukan kerja dari rumah ke rumah selain membuat kuih di sebuah restoran di ibu kota.


Mengimbau kejadian selepas memeluk Islam, Aisyah berkata, dia terus disingkir keluarga dan hanya bergantung hidup atas belas ihsan masyarakat setempat.

Menurutnya, paling menyedihkan apabila lelaki yang dikahwini bukan saja tidak memberikan nafkah, tetapi malas bekerja.

“Saya terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga, tapi suami hanya goyang kaki dan memeras wang yang saya peroleh sebelum meninggalkan saya,” katanya.

Aisyah berkata, walaupun ditimpa pelbagai keperitan hidup, kesungguhan mendalami Islam tetap menebal dalam hati biarpun perkahwinannya tidak bahagia dan kini hidup dalam serba daif.

“Saya tahu risiko bakal dialami jika memeluk Islam, namun saya nekad kerana pintu hati sudah terbuka terhadap keindahan Islam dan sanggup menghadapi apa juga dugaan.

“Hingga sekarang keyakinan dan komitmen saya terhadap Islam tetap utuh serta menerima apa juga dugaan dengan hati terbuka tanpa sedikitpun rasa kecewa dan tertekan,”
katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, ketika mula-mula memeluk Islam, keluarga sering memujuknya meninggalkan agama Allah itu dan paling menyedihkan apabila dia dikurung serta didera supaya akur dengan kehendak mereka.

“Saya melalui saat menakutkan ketika itu, malah ada satu ketika ahli keluarga tergamak membotakkan kepala serta memukul dengan batang kayu semata-mata mahukan saya kembali kepada agama asal.

“Akibat tidak tahan dengan seksaan itu, saya nekad melarikan diri dan hingga sekarang bimbang pulang ke rumah berjumpa ahli keluarga kerana tidak mahu peristiwa buruk itu berulang,”
katanya.

Dia berkata, keinginan mendalami Islam terbit dari hatinya sendiri kerana sejak berusia sembilan tahun, dia amat suka mendengar takbir Aidilfitri, malah akan turut sama bertakbir.

“Ada ketika saya akan menitiskan air mata hanya dengan mendengar takbir. Waktu itu saya sendiri tak pasti apa yang menyebabkan saya berkelakuan demikian.

“Apabila dewasa, saya nekad dan mengambil keputusan menukar agama walaupun secara sembunyi-sembunyi,”
katanya.

Buat masa ini, Aisyah berkata, kehidupannya sekeluarga begitu sukar, ditambah pula keadaan kesihatannya yang tidak menentu selepas menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu.

Malah, katanya, paling menyedih dan menguji ketabahannya apabila disahkan menghidap kanser darah.

“Keadaan ini membataskan pergerakan saya, malah tangan kiri tidak mampu menggenggam dengan kuat mungkin kesan pengambilan ubat akibat penyakit dihadapi selama ini,” katanya.

Aisyah berkata, walaupun bergelut dengan masalah kesihatan, dia tetap berusaha mencari rezeki dengan tulang empat keratnya bagi menyara dan memastikan anak mendapat pendidikan sewajar.

“Saya sanggup berhempas pulas mencari rezeki untuk memastikan pelajaran anak tidak terabai. Saya tidak kisah bersengkang mata mencari duit halal dan mengabaikan penyakit dihadapi asalkan mampu terus menyekolahkan anak.

“Saya reda dengan apa yang lalui dan tidak mungkin menukar agama hanya kerana dugaan sebegini. Hidup mati saya dalam Islam dan tiada siapa mampu menggugat kepercayaan saya,”
katanya yang berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ditanggungnya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090731084827/Article/index_html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...