Showing posts with label Malaysia Millionaire. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Millionaire. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Tony suka beli kelab sukan luar negara?

Posted by admin on August 18th, 2011

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes semakin hampir membeli 51 peratus saham kelab Bola Sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), menurut beberapa laporan.Beliau dilaporkan bakal membeli saham pemilik Formula 1 Bernie Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR pada kira-kira $196 (RM583) juta dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.

Ecclestone dilaporkan memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus.

Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah sejak sekian lama mahu menjualnya.

Fernandes, yang juga pemilik pasukan Team Lotus Formula 1, menghangatkan lagi spekulasi pengambilalihan itu pada Sabtu apabila beliau menyaksikan kekalahan pasukan itu 4-0 kepada Bolton dari kotak pengarah di Loftus Road.

Wall Streets Journal pada Rabu melaporkan Fernandes bakal membeli 51 peratus pegangan dalam kelab itu daripada Ecclestone dan beliau dikatakan akan membeli saham itu bersama-sama Mittal, yang sudah memiliki sepertiga saham kelab itu.

Jika urus janji itu berjalan lancar, Fernandes akan menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.

Sebuah lagi akhbar, Financial Times juga melaporkan Fernandes bakal mengambilalih saham majoriti QPR seawal Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dimeterai dan mungkin akan tertangguh atau malahan batal berikutan pihak-pihak perlu mencapai persetujuan pada butiran muktahir.

Harganya masih belum jelas, walaupun kalangan yang tahu mengenai perjanjian itu berkata Fernandes tidak akan membayar 100m (RM488 million) sepertimana yang diinginkan oleh Ecclestone.

Fernandes, peminat West Ham, telah beberapa kali cuba dan gagal membeli West Ham United, kelab bola sepak utama di timur London.

Minggu lepas, Fernandes menerusi Tune Air telah memperoleh kawalan tidak rasmi Malaysian Airline System dengan memegang 20.5 peratus saham dalam syarikat penerbangan kebangsaan itu menerusi perjanjian pertukaran saham dengan cabang pelaburan kerajaan Khazanah Nasional, yang sebagai balasannya akan memegang 10 peratus saham dalam AirAsia Berhad.

Tahun lepas, Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes sebanyak US$330 juta (RM982 juta), meletakkannya pada ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia.

Bidaan terbaru Fernandes itu telah menarik minat di kalangan tokoh tempatan di sini.

Antara mereka ialah anggota Parlimen Rembau dan bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Khairy Jamaluddin yang menulis dalam twitternya: “Tan Sri Tony Fernandes, Sekarang anda sudah miliki QPR, bolehkah anda bawa pulang Safee Sali (pemain bola sepak kebangsaan) untuk bermain dalam liga perdana?

Safee kini merupakan pemain bola sepak tunggal dari Malaysia bermain dengan kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.


http://www.kl-today.com/2011/08/tony-suka-beli-kelab-sukan-luar-negara/

Thursday, August 11, 2011

Suresh didakwa beri keterangan palsu

Suresh didakwa beri keterangan palsu
Ogos 10, 11 7:01pm


U Suresh, saksi pendakwaan dalam kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan memberi keterangan palsu dalam prosiding perbicaraan kes itu pada Julai lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.

Suresh, 27, pekerja ladang, didakwa telah memberi keterangan palsu dalam prosiding perbicaraan kes Pendakwa Raya lawan N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R Matan dan R Khatavarayan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir, sedangkan keterangan yang dia berikan kepada pegawai perakam, ASP Ong Seng Keong pada 26 Okt 2010 di Penjara Sungai Udang, Melaka, adalah berbeza.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 9.30 pagi hingga 12 tengah hari 25 dan 27 Julai lepas di Mahkamah Tinggi 8 Shah Alam.

Suresh didakwa mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Azimul Azami Mohamad Nor yang mengendalikan pendakwaan berkata isu jaminan tidak timbul memandangkan tertuduh sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu.

Peguam Avtar Singh Dhaliwal yang mewakili Suresh bagaimanapun berkata Seksyen 193 Kanun Keseksaan ialah kesalahan yang boleh dijamin dan justeru anak guamnya berhak untuk diikatjamin.

Beliau berkata tambahan pula, Mahkamah Rayuan telah menetapkan 24 Ogos ini untuk mendengar permohonan Suresh bagi kebenaran untuk merayu terhadap penambahan tempoh hukuman penjara yang sedang dijalaninya.

"Dia juga kini seorang saksi dalam kes pembunuhan Sosilawati dan perbicaraan ituedang berjalan, oleh itu jaminan perlu diberikan," katanya.

Nur Azimul berkata walaupun Seksyen 193 adalah kesalahan yang boleh dijamin tetapi tertuduh telah didakwa sebelum ini bagi kesalahan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu.

"Tetapi jika tertuduh dibenar diikatjamin, pohon jaminan yang tinggi iaitu RM100,000 sebab kesalahan tertuduh ialah di mana terdapat 22 percanggahan dalam keterangannya di mahkamah," katanya.

"Itu tidak ada kaitan dengan permohonan jaminan ini. Kalau permohonan anak guam saya di Mahkamah Rayuan dibenarkan, dia akan dihadapkan semula di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, untuk diambil pengakuan baru dan kami berpendapat jaminan RM5,000 ke RM10,000 adalah wajar," kata Dhaliwal yang turut dibantu peguam Devinder Kaur Dhaliwal.

Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd. Ghani yang turut mewakili pendakwaan menjelaskan bahawa permohonan Suresh di Mahkamah Rayuan hanya untuk kebenaran merayu terhadap hukuman dan bukan pendengaran untuk peringanan hukuman.

Nur Azimul pula menambah tertuduh telah memberi keterangan pada perbicaraan kes pembunuhan keempat-empat mangsa dan keterangannya boleh memberi kesan besar pada kes itu.

Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua pihak, Mohamed Mokhzani membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM20,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 3 Nov depan untuk sebutan semula kes.

Suresh merupakan saksi ke-29 pendakwaan dalam perbicaraan kes Pathmanabhan, 42, bekas peguam, dan Thilaiyagan, 20; Matan, 21; serta Khatavarayan, 31; ketiga-tiganya pekerja ladang, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44; di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pada 15 Oktober 2010, Suresh dan seorang lagi pekerja ladang K.Sarawanan, 20, masing-masing dijatuhi hukuman penjara berjumlah 28 tahun selepas mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan itu.

Majistret Hurmain Hussain mengarahkan hukuman berjalan serentak, yang bererti Sarawanan dan Suresh masing-masing akan menjalani hukuman penjara tujuh tahun selepas tarikh mereka ditangkap pada 9 September 2010.

Namun, pada 21 Februari tahun ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohtaruddin Baki, dalam melaksanakan kuasanya di bawah Kanun Acara Jenayah (CPC) untuk menyemak keputusan mahkamah rendah, mengurangkan hukuman penjara ke lima tahun bagi setiap pertuduhan, tetapi memerintahkan ia berjalan secara berturut-turut.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172618

Tuesday, August 9, 2011

Tertuduh dakwa kemaluan ditendang

Posted by admin on August 8th, 2011

Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, menyaksikan tertuduh kedua, T. Thilaiyalagan mendakwa dia didera dengan pelbagai cara termasuk kemaluannya ditendang dan dicubit.Thilaiyalagan, 20, berkata, kejadian itu berlaku semasa proses soal siasat dijalankan pada 11 September 2010 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, dekat sini, dan menambah, penderaan itu dilakukan oleh Cif Inspektor N. Govindan dan N. Thiagarajan serta beberapa anggota polis lain yang tidak diketahui namanya.

Selain mendakwa ditendang, Thilaiyalagan yang ditangkap pada 9 September 2010 juga berkata, disuruh duduk di atas simen selama setengah jam bersama-sama enam anggota polis, sebelum Govindan datang dan menunjukkan senaskah surat khabar yang mengandungi gambar seorang wanita dan tiga lelaki Melayu.

“Mereka tanya jika saya kenal orang itu, dan saya katakan bahawa saya tidak mengenali mereka. Saya dipukul dan diugut oleh polis. Govindan juga meletakkan pistol di mulut saya dan arah saya untuk beritahu bahawa saya telah bunuh empat orang itu.

“Mereka tendang kemaluan saya. Govindan juga ada sepak beberapa kali. Saya tidak tahu berapa lama ia berlaku, tetapi agak lama, iaitu kira-kira empat jam setengah. Saya juga digari di belakang,” katanya semasa menjawab soalan peguam Gurbachan Singh.

Thilaiyalagan berkata demikian semasa memberi keterangan selaku saksi pertama pada prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) yang diadakan bagi menentukan keadaan mental tertuduh semasa memberi keterangan yang membawa kepada penemuan barang-barang kes ekoran dakwaannya bahawa berlaku paksaan dan ugutan oleh pihak polis untuk dia berbuat demikian.

Lelaki bertubuh kurus itu menambah, dia juga ditendang pada bahagian dada semasa berada dalam keadaan melutut selama beberapa kali dan tidak diberi makan menyebabkan dia menyifatkan proses tersebut sebagai ’soal siasat yang teruk dan menakutkan’.

Mengimbas kejadian berikutnya, saksi berkata, dia dipaksa oleh Govindan ke sebatang sungai pada 13 September 2010 dan dipaksa untuk menundingkan jari bagi membolehkan gambarnya diambil atau akan ditembak jika enggan berbuat demikian.

Sementara itu, menjawab soalan peguam Manjeet Singh Dhillon, saksi memberitahu, bahawa seksaan tersebut tidak hanya berlaku di IPD Gombak, tetapi juga terjadi di sebuah lokap lain yang tidak ketahui lokasinya.

Ketika diminta menggambarkan keadaan lokap itu, Thilaiyalagan berkata: “Terdapat paip air pada siling yang bocor menyebabkan lantai basah dan banjir. Mereka berikan satu penutup botol dan baldi kepada saya.

“Saya diarahkan untuk guna penutup botol untuk menimba air masuk ke dalam baldi. Saya tidak dapat menimba semua air itu dan tidak boleh tidur dengan nyenyak. Saya rasa mengantuk dan sakit kepala.”

Katanya lagi, dia juga melihat rakan sekerjanya, iaitu R. Matan (tertuduh ketiga) dan R.Kathavarayan (tertuduh keempat yang dikenali sebagai Ravi) dipukul sehingga berdarah pada bahagian gigi dan mulut.

Pada keterangan lain, Thilaiyalagan mendakwa, Govindan telah menggunakan perkataan kesat terhadapnya seperti memanggil dirinya sebagai anjing dan babi dan menambah, keadaan mindanya semasa itu adalah ’seperti hendak gila’.

“Pada 12 September 2010, saya dibawa ke ladang dan saya berasa lapar, jadi saya minta makanan tetapi saya diberikan cili api. Saya diarahkan untuk makan cili api itu dan jika cili api itu jatuh, saya akan dipukul. Saya menangis,” katanya semasa menjawab soalan peguam Amer Hamzah Arshad.

Thilaiyalagan juga memberitahu, dia tidak menerima rawatan walaupun meminta agar dihantar ke hospital mahupun klinik. Selain itu, dia menambah, telah membuat laporan polis berhubung penderaan dan seksaan yang dialaminya pada 6 April dan 6 Julai lalu.

Semasa disoal balas, dia menegaskan bahawa kejadian pistol diacukan ke dalam mulutnya benar-benar berlaku walaupun Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainudin menjelaskan bahawa senjata tersebut tidak dibenarkan dibawa masuk ke lokap.

Saiful Edris: Kamu katakan ditendang pada kemaluan sekali atau berkali-kali?

Thilaiyalagan: Dua atau tiga kali.

Saiful Edris: Saya katakan, jika benar kamu ditendang berkali-kali di kemaluan, dah lama kamu masuk ke hospital?

Thialaiyalagan: Ya.

Saiful Edris: Pada 12 September 2010, keesokan harinya kamu ada di bawa ke ladang. Maksudnya kamu tidak ada apa-apa?

Thilaiyalagan: Ya, tiada apa-apa.

Dia juga bersetuju dengan Saiful Edris bahawa dia boleh membuat aduan kepada majistret semasa prosiding mahkamah untuk menyambung reman dilakukan, bagaimanpun menambah, dia tidak berbuat demikian.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pula menimbulkan persoalan mengenai ’status pekerjaan’ tertuduh yang dinyatakan sebagai seorang pelajar dalam laporan polisnya, sedangkan pada masa laporan dibuat dia berada dalam tahanan di Penjara Kajang, dekat sini.

Dakwaan Thilaiyalagan bahawa dia dipukul juga disokong oleh Matan, yang dipanggil sebagai saksi ketiga pada prosiding TWT itu yang mendakwa, telah melihat rakannya berdarah pada bahagian mulut dan berada dalam keadaan ketakutan.

“Saya juga melihat Ravi dipukul sehingga mukanya berdarah dan ada kesan lebam menyebabkan saya berasa takut,” katanya dan menambah, tidak diberikan bantal mahupun tilam untuk tidur semasa berada di lokap.

Menjawab soalan Ishak, Matan bersetuju bahawa dia tidak boleh menjangkakan layanan yang diberikan di lokap adalah ‘istimewa’ mahupun sama seperti layanan di rumah.

Dia juga mengakui ‘akan membuat apa yang termampu’ untuk membantu rakan-rakannya, Thilaiyalagan dan Ravi yang telah dikenalinya sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, Matan menafikan bahawa laporan polisnya bertarikh 6 Julai lalu berhubung dakwaan-dakwaan penderaan ke atas dirinya dibuat selepas berpakat dengan Thilaiyalagan untuk dijadikan sebagai bukti pembelaan pada prosiding mahkamah selain untuk mengada-adakan cerita tentang pasukan polis yang diketuai oleh Govindan.

Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, sedang dibicarakan bersama bekas peguam N. Pathmanabhan, 42, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka juga didakwa membunuh pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Semua kesalahan itu didakwa dilakukan pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir akan bersambung Selasa.


http://www.kl-today.com/2011/08/tertuduh-dakwa-kemaluan-ditendang/

Friday, August 5, 2011

Kes Sosilawati: Saksi nampak empat lelaki buang barang

Kes Sosilawati: Saksi nampak empat lelaki buang barang
Ogos 4, 11 7:22pm


Seorang saksi perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia nampak empat orang lelaki membuang barang di beberapa lokasi di Banting pada September tahun lalu.

U Suresh, 27, berkata, dia melihat perbuatan itu semasa lori yang dipandunya mengekori sebuah pacuan empat roda berwarna biru yang dinaiki oleh empat orang lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia pada pagi 4 September tahun lalu.

Sebelum itu, saksi ke-29 pendakwaan tersebut berkata, seorang lelaki telah menahan lori yang dipandunya di simpang masuk menghala ke tempat kerjanya, iaitu sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting, dan bertanyakan sama ada boleh menyewa lorinya.

Suresh, yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan tersebut, berkata lelaki terbabit memberitahu bahawa lori itu diperlukan untuk membuang barang sembahyang dan bersedia membayar upah sebanyak RM250.

"Selepas bersetuju untuk menyewakan lori, ada seorang lelaki Indonesia turun dari jip (pacuan empat roda) itu dan naik lori saya serta duduk di bahagian tempat duduk sebelah pemandu. Lelaki Indonesia itu suruh saya mengekori jip itu.

"Jip itu kemudian bergerak dan berhenti di sebuah sungai yang saya tidak tahu nama. Pemandu jip tidak turun dari jip, saya nampak dua lelaki lagi turun dari jip dan buang satu karung (sack) warna putih ke dalam alur (drain).

"Lepas buang mereka naik semula ke dalam jip dan sambung perjalanan," katanya ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N Pathmanabhan pada perbicaraan hari ke-17.

Suresh memberi keterangan pada perbicaraan kes Pathmanabhan, 42, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 20; R Matan, 21; dan R Khatavarayan, 31; yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44; di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Suresh berkata pacuan empat roda itu seterusnya berhenti di sebuah jambatan kecil kira-kira empat hingga enam kilometer dari lokasi pertama kenderaan itu berhenti.

"Di sana dia nampak seorang lelaki dari pacuan empat roda itu membuang barang ke dalam sungai.
"Selepas itu saya masih ikut jip dan bila sampai di satu kawasan hutan berhampiran Jalan Kelanang dan jip itu berhenti, saya nampak sebuah kereta warna hitam berada dalam jarak kira-kira 20 meter dari lori saya. Saya tidak nampak siapa dan berapa orang dalam kereta hitam kerana cerminnya "tinted".


"Selepas itu saya turun dan buka bahagian belakang lori sebelum naik semula (ke dalam lori). Kemudian saya nampak lelaki Indonesia dan seorang lelaki isi barang dalam lori saya kira-kira 10 minit. Selepas loading barang kereta hitam bergerak di hadapan kemudian diikuti jip dan lori saya," katanya.

Saksi itu berkata kira-kira lima hingga 10 minit kemudian ketiga-tiga kenderaan berhenti di tepi sebuah sungai di mana dia melihat lelaki Indonesia serta dua lelaki dari pacuan empat roda itu mengeluarkan barang dari lorinya dan membuangnya ke dalam sungai.

Suresh berkata ketika itu, dia yang masih berada di tempat duduk pemandu turut mendengar seperti bunyi zink dipijak.

"Saya kemudian nampak pemandu jip minta bayaran dari kereta hitam dan driver kereta hitam ada buka cermin kereta tetapi saya tidak nampak siapa. Pemandu jip beri saya wang RM300 dan bila saya beritahu bayarannya hanya RM250 lelaki itu cakap tidak apa, saya simpan baki duit," katanya.

Manjeet: "Selepas itu adakah awak terus ke Puchong?"
Suresh: "Tidak saya ada berhenti di satu tempat. Lelaki Indonesia itu cakap dia nak turun di Subang Jaya dan dia beritahu itu dalam perjalanan jadi bolehlah turunkan dia (di Subang Jaya)."

Suresh berkata apabila tiba di sebuah kawasan kilang dan flat di Subang Jaya, lelaki Indonesia itu memberitahu dia ingin berjumpa seseorang.

Kira-kira 10 minit kemudian saksi itu nampak lelaki Indonesia terbabit membuang sebuah kotak rokok ke dalam sebatang alur semasa sedang berjalan ke arah lorinya.

"Sebelum lelaki Indonesia beredar dari situ, dia ada beri dua buah telefon bimbit kepada saya dan saya tolak tetapi lelaki Indonesia itu mendesak saya mengambilnya," katanya.

"Bila balik semula ke ladang, saya beritahu majikan saya Ravi," kata beliau.

Manjeet: "Ravi ambil ke telefon bimbit itu?"
Suresh: "Ravi marah saya sebab barang-barang yang dibuang ialah barang sembahyang...dia suruh saya buangnya."


Saksi itu berkata dia kemudian membuang kedua-dua telefon bimbit tersebut ke dalam sebuah alur kecil berhampiran sungai di Pasar Besar Banting.

Kepada soalan lain, Suresh berkata dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan atau melakukan pembunuhan pada malam 30 Ogos 2010 (tarikh kejadian) dan dia juga tidak mengenali Pathmanabhan sehinggalah dia ditangkap polis pada 9 Sept 2010.

Saksi itu juga mendakwa dia telah dipukul oleh pegawai polis bernama Govindan dan anggota-anggota polis lain serta diacukan pistol di kepala bagi mengaitkan (implicate) Pathmanabhan dengan kes pembunuhan tersebut.

Terdahulu, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan untuk membenarkan rakaman percakapan Suresh digunakan dalam prosiding bagi mencabar kebolehpercayaan (impeach) keterangannya di mahkamah.

Akhtar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa percakapan saksi itu yang dirakam oleh pihak polis memenuhi keperluan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Beliau bagaimanapun tidak menerima rakaman percakapan Suresh dikemukakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Ini kerana, katanya, Suresh merupakan saksi dalam kes pembunuhan itu dan bukan orang yang dituduh.

Akhtar kemudiannya meneruskan prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi itu dengan meminta Suresh menjelaskan 22 percanggahan dalam keterangannya.

Setelah mendengar penjelasan Suresh, Akhtar berkata beliau akan memutuskan sama ada untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu di akhir kes pendakwaan kelak.

Perbicaraan bersambung esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172031


Peguam: Rakaman percakapan saksi utama tak boleh pakai

Ogos 2, 11 8:33pm

Prosiding bicara dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa rakaman percakapan saksi pendakwaan U.Suresh dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, tidak boleh digunapakai di mahkamah.

Peguam bela, Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama bekas peguam, N. Pathmanabhan, berhujah bahawa komputer riba dan peranti storan media digunakan oleh Pegawai Perakam dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, ASP Ong Seng Keong.

Beliau berkata, tiada sesiapa yang mengetahui isi kandungan yang ditaip dalam komputer riba itu.

"Ong dikatakan meninggalkan bilik siasatan itu dan sekembalinya dia dari luar dengan membawa rakaman percakapan setebal 24 muka surat.

"Tiada keterangan yang dapat membuktikan cara dokumen (rakaman percakapan) itu dicetak," katanya.

Prosiding bicara dalam perbicaraan perbicaraan itu dijalankan bagi menentukan kebolehterimaan isi kandungan rakaman percakapan Suresh mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah setelah dicabar pihak pendakwaan mendakwa Suresh memberikan 22 keterangan bercanggah di mahkamah.

Suresh, saksi pendakwaan ke-29, sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan Pathmanabhan bersama tiga pekerja ladangnya, T.Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47.

Mereka juga didakwa mebunuh pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai Bank Noorhisham Mohammad, 38, di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, 20 Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, peguam bela Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh Thilaiyalagan, mempersoalkan kesilapan mengenai tempat kelahiran Suresh yang sepatutnya diletakkan Teluk Intan.

"Pada halaman pertama, catatan tempat kelahiran Suresh dinyatakan di Teluk Intan tetapi sebaliknya pada halaman seterusnya dinyatakan Taiping.

"Sekiranya kenyataan itu telah diterjemahkan kepada Suresh, sudah pasti Suresh akan memperbetulkan kesilapan," kata Gurbachan yang turut berhujah bahawa pada muka surat terakhir rakaman percakapan itu tidak menyatakan secara keseluruhan telah diterjemahkan dalam bahasa Tamil kepada Suresh.

Selain itu, peguam bela Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga menyatakan jurubahasa perlu memastikan apa yang ditulis sama dengan apa yang Suresh nyatakan.

Katanya juga, pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa saksi dan jurubahasa tidak dapat melihat apa yang ditulis dan apa yang ditaip oleh Ong adalah sama dengan jawapan saksi.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff bagaimanapun berhujah bahawa ASP Ong menyediakan soalan memimpin kepada Suresh ketika rakaman percakapan itu dibuat.

"Ong menjelaskan bahawa beliau (Ong) menyediakan soalan-soalan siasat berdasarkan gambar, laporan akhbar, taklimat daripada pegawai penyiasat, ASP Mohd Ishak Yaakob dan laporan soal siasat polis dari Cif Insp N. Govindan," katanya.

Perbicaraan dihadapan Hakim Akhtar Tahir bersambung esok.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/171808

Wednesday, July 27, 2011

Saksi: Kesan darah antara yang ditemui di lokasi

Saksi: Kesan darah antara yang ditemui di lokasi
Jul 27, 11 8:51am

Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini bahawa polis telah menemui sejumlah barangan termasuk sembilan kesan darah di Ladang Gadong, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lain.

NONECif Inspektor N Govindan, 45, pegawai soal siasat di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, berkata penemuan barangan tersebut adalah berdasarkan pandu arah oleh tertuduh ketiga, R Matan dan tertuduh keempat, R Kathavarayan pada 12 Sept 2010 selepas disoal siasat olehnya.

"Hasil pemeriksaan menemukan penyedok tanah, serpihan tulang, sembilan kesan darah, enam kesan cap jari timbul, tujuh keratan potongan dawai, dua puntung rokok, satu kayu kriket, sampel tanah bau petrol, satu tong berisi cecair letupan dan sarung dan potongan kusyen yang ada kesan darah," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Govindan, yang merupakan saksi ke-32 pendakwaan, berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

NONEBekas peguam, N Pathmanabhan (kiri, berbaju unggu), 42, bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh semua mangsa di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Govindan berkata seterusnya pada 13 Sept 2010, kira-kira pukul 7.30 malam pihak polis turut menemui 14 batang sisa kayu bakar di tempat pembuangan sampah, Sungai Arak, Banting, berdasarkan kepada pandu arah oleh tertuduh kedua, Thilaiyalagan.

Peguam Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh kedua, Thilaiyalagan pula memohon supaya diadakan bicara dalam perbicaraan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur kekerasan atau tekanan terhadap tertuduh sehingga mendorong mereka memberi keterangan seperti yang didakwa saksi.

Peguam Amer Hamzah Arshad pula mengemukakan bantahan terhadap penggunaan perkataan "si mati" oleh Gonvindan semasa saksi itu memberi keterangan.

NONESelepas meneliti bantahan dan permohonan pihak pembelaan, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan untuk mengadakan bicara dalam perbicaraan selepas saksi selesai memberi keterangan pada pemeriksaan utama dan mengarahkan agar perkataan "si mati' dipadamkan dalam rekod mahkamah.

"Tentang penemuan kayu pada 13 Sept 2010, apa diberitahu oleh tertuduh kedua," soal Saiful Edris.

"Tertuduh kedua beritahu 'kami buang kayu yang digunakan untuk bakar mangsa di kelapa sawit Sungai Arak' dan apabila tiba di lokasi itu tertuduh kedua beritahu 'kayu ini gunakan bakar mereka', " kata Govindan dalam Bahasa Tamil sambil diterjemah oleh jurubahasa mahkamah ke Bahasa Malaysia.

"Pada 14 Sept 2010, 5.05 petang, kamu telah tanya tertuduh kedua (Thilaiyalagan). Apa diberitahu oleh tertuduh tentang penemuan zink?" soal Saiful Edris.

"Saya (tertuduh kedua) dan Suresh (saksi pendakwaan ke-29) alas enam zink untuk bakar mereka, dibuang di satu sungai ladang kelapa sawit...saya boleh tunjuk tempat itu"," jawab Govindan.

Sosilawati Lawiya police search afp 3Suasana perbicaraan pada sebelah petang itu bertukar tegang apabila Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff mengherdik jurubahasa mahkamah, K Vijayan ekoran salah faham berhubung terjemahan yang dibuat oleh jurubahasa itu.

Vijayan seterusnya dilihat cuba mempertahankan terjemahannya dan berkata bahawa pihak pendakwaan boleh bertanyakan kepada sesiapa sahaja yang berada di mahkamah sama ada terjemahannya betul atau tidak.

Jurubahasa itu kemudian memohon maaf kepada Akhtar dan memberitahu bahawa beliau tidak dapat meneruskan tugasnya sebelum meninggalkan mahkamah.

Akhtar yang ingin meredakan keadaan turut meminta Vijayan menenangkan dirinya dahulu di luar mahkamah.

Ishak kemudian memohon maaf kepada Akhtar atas pelakuannya itu.

Perbicaraan bersambung esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/171149

Kes Sosilawati: Penyelam tak jumpa kayu kriket

Jul 25, 11 8:08pm

Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam bahawa anggota penyelam dari Pasukan Gerakan Marin (PGM) tidak menemui kayu kriket yang didakwa antara barang bukti dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sepanjang membuat pencarian di tiga batang sungai di Banting pada September tahun lepas.

L/Koperal Kesatoper Wine anak Assan, 28, yang bertugas sebagai penyelam di PGM Wilayah 1, Pulau Pinang, berkata sepanjang operasi antara 12 September dan 25 September di Sungai Panchau, Sungai Kanchong Laut dan Sungai Lang, pasukannya hanya menemui telefon bimbit, gelung dawai, guni, serpihan disyaki tulang dan pisau.

NONE"Saya, Merzuki (Koperal Merzuki Shahrim) dan Hazriman (Muhamad Hazriman Ismail) tidak jumpa (kayu kriket) tetapi kawan-kawan lain mungkin," katanya ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N Pathamanabhan.

Wine berkata demikian ketika Manjeet Singh merujuk beliau kepada satu kenyataan dari pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Bakri Zinin pada 17 September 2010 mengenai penemuan kayu kriket oleh pihak polis di dalam Sungai Panchau.

Saksi ke-31 pendakwaan itu memberi keterangan dalam perbicaraan kes Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 20, R Matan, 21, dan R Khatavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat,
Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Wine juga berkata selain sebilah pisau yang merupakan eksibit dalam kes itu, beliau turut menemui dua bilah pisau yang lain sepanjang membuat pencarian di sungai tersebut.

Bagaimanapun, beliau memberitahu dua bilah pisau berkenaan tidak ditanda sebagai eksibit selepas dimaklumkan oleh pihak forensik bahawa bahan bukti itu tidak ada kaitan dalam kes pembunuhan berkenaan.

Seorang lagi penyelam dari PGM L/Koperal Muhamad Hazriman Ismail dalam keterangannya juga mengakui bahawa pencarian pasukan mereka di Sungai Pancau menemui lebih daripada sebilah pisau.

"Tidak pasti berapa banyak pisau (ditemui) tetapi lebih daripada satu. Kami bagaimanapun letak semula pisau tersebut dalam sungai," katanya.

"Kenapa letak balik pisau (ke dalam sungai)," soal peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, Matan.

"Mengikut pihak forensik (pisau) tidak ada kena mengena (dengan kes) dan mereka suruh letak balik," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/171011

Saturday, July 16, 2011

Polis guna khidmat anjing pengesan mayat

Jul 14, 11 5:49pm


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa polis menggunakan khidmat anjing terlatih untuk mengesan mayat semasa menjalankan siasatan di sebuah ladang di Kuala Langat, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Supt Denis Leong Sung Kuai, 49, pegawai staf dari Unit Siasatan Khas, Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, berkata khidmat unit anjing pengesan digunakan selepas pasukannya gagal menemui kesemua mangsa di ladang itu pada 9 September 2010.

"Selepas kami gagal temui Datuk Sosilawati dan tiga rakannya kami gunakan khidmat 'cadaver dogs' iaitu anjing yang dilatih untuk mengesan bau mayat bagi membantu mengesan sama ada terdapat mayat ditanam di kawasan ladang itu.

"Apabila pengendali anjing melihat reaksi anjing seperti menghidu sesuatu, kami mula menggali. Bagaimanapun kami tidak menemui mayat atau tulang manusia pada masa itu," katanya semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pada hari kesembilan perbicaraan kes itu.

Bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, Matan, Leong yang merupakan saksi ke-27 pendakwaan berkata siasatan pasukannya pada 10 dan 11 Sept 2010 juga tidak menemui mayat atau tulang manusia di ladang tersebut.

Menjawab soalan daripada peguam Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh kedua, Thilaiyagan, saksi itu berkata siasatan di ladang itu pada 9 September 2010 turut menggunakan khidmat jengkaut bagi mencari bahan-bahan bukti.

"Jengkaut membuat kerja-kerja menggali di kawasan hadapan ladang di sebelah kiri, di kawasan rumah kayu selepas sangkar burung dan di kawasan pondok rehat. Bagaimanapun tiada apa ditemui di kawasan yang digali," katanya.

Gurbachan: Adakah kamu turut gali kolam (untuk mencari bahan bukti) di ladang itu.

Leong: Kami hanya gunakan kayu dan tidak menggali di kolam itu.

Kepada soalan peguam Ravi Nekoo yang mewakili tertuduh keempat, Khatavarayan, sama ada anak guamnya yang ditangkap pada 9 Sept 2010 di ladang itu turut dibawa bersama semasa pihak polis pergi semula ke ladang tersebut keesokan harinya (10 Sept), saksi itu menjawab tidak.

Leong turut ditanya Hakim Datuk Akhtar Tahir apa alasan yang diberikan oleh beliau kepada tertuduh kedua, ketiga dan keempat semasa mereka ditangkap di ladang itu pada 9 September 2010.

"Saya beritahu mereka ditangkap bagi membantu siasatan satu kes bunuh di Gombak," jawab saksi itu.

Dalam keterangannya semalam, Leong memberitahu ketika membuat tangkapan ke atas tertuduh kedua, ketiga dan keempat di ladang tersebut pada 9 September 2010, pihak polis sedang menjalankan siasatan serentak iaitu kes kehilangan Sosilawati dan tiga lagi individu serta satu kes bunuh di Gombak.

Beliau dalam keterangannya berkata memandangkan pasukannya tidak menemui kaitan antara dua kes itu, pihaknya menahan ketiga-tiga tertuduh berkaitan kes bunuh di Gombak.

Turut memberi keterangan pada hari ini ialah ASP Zainol Hisham Abu, 40, dari makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang membantu siasatan pasukan forensik di lokasi penemuan barang kes iaitu di Sungai Panchau, Banting, pada 12 September 2010.

Pada satu ketika, saksi ke-28 pendakwaan itu ditegur Hakim Akhtar kerana kelihatan tidak selesa semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani.

"Kenapa awak menggigil? Awak takut dengan DPP (Timbalan Pendakwa Raya) ke? Cuba tenangkan diri," kata Hakim Akhtar sambil ketawa dan Zainol Hisham yang kelihatan gugup menjawab "ya".

Perbicaraan bersambung pada 25 Julai.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169927

Wednesday, July 13, 2011

Bekas suami tanya kenapa Sosilawati belum pulang

Bekas suami tanya kenapa Sosilawati belum pulang
Jul 12, 11 7:00pm

Bekas suami Datuk Sosilawati Lawiya hari ini memberitahu perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik itu dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di Shah Alam bahawa beliau ada menghubungi seorang daripada empat tertuduh untuk bertanyakan mengapa bekas isterinya itu belum pulang ke rumah selepas pergi ke Banting pada 30 Ogos tahun lalu.

NONEBuhari Mohamed, 62, berkata beliau menghubungi N Pathmanabhan (kiri) pada 2 Sept 2010 bertanyakan mengapa Sosilawati masih belum pulang ke rumah selepas pergi ke Banting bersama-sama pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, untuk berjumpa Pathmanabhan yang merupakan seorang bekas peguam itu.

"Semasa hubungi Pathmanabhan saya perkenal diri sebagai 'Buhari Gudang Garam' dan tanya dia di mana Sosilawati hingga sekarang tidak balik. Saya cakap anak saya buat report dan dia (Pathmanabhan) terpaksa bertanggungjawab.

"Pathmanabhan jawab 'Sosilawati seorang yang baik...dia selalu berniaga dengan saya macam mana boleh hilang?" katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pada hari ketujuh perbicaraan kes itu.

Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan dituduh membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Sosilawati Lawiya police search afp 2Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Buhari, yang bekerja sendiri, berkata dalam perbualan telefon itu juga Pathmanabhan memberitahunya bahawa dia tidak berjumpa dengan Sosilawati pada 30 Ogos 2010.

Ditanya Ishak bagaimana beliau mendapat nombor telefon bimbit Pathmanabhan, saksi ke-24 pendakwaan itu berkata beliau memperolehnya semasa pertama kali bertemu dengan bekas peguam itu pada 2008.

Sosilawati Lawiya police search afp 3Mengimbas mengenai kehilangan jutawan kosmetik itu, Buhari berkata beliau telah dihubungi oleh anaknya pada pagi 31 Ogos 2010 memaklumkan bahawa ibu mereka tidak balik ke rumah pada 30 Ogos 2010.

"Saya tanya emak pergi mana dia cakap emak pergi Banting untuk urusan jual beli tanah dengan peguam Pathma. Saya cakap kalau peguam Pathma saya pernah jumpa sekali dan saya tahu pejabatnya. Saya kemudian suruh anak saya datang ke tempat saya di Selayang untuk bersama-sama pergi ke Banting.

NONE"Sementara itu saya cuba call Sosilawati dua, tiga kali tapi tidak dapat dan saya kemudian call Rita (Erni Dekritawati Yuliana, anak sulung Sosilawati), dia cakap dia ada di Shah Alam untuk pastikan kereta Noorhisham masih di sana dan dia cakap kereta masih ada di sana.

"Saya cakap ini bermakna mereka belum balik dan saya kemudian suruh Rita tunggu saya di depan Hospital Klang untuk bersama-sama ke Banting," katanya.

Ishak: "Seterusnya apa berlaku?"
Buhari: "Dari Klang kami ke Banting naik dua kereta dan cari pejabat Pathmanabhan, saya dah lupa alamat tapi yang saya ingat ia di jalan besar sebelah kanan menghala ke Morib. Saya pusing beberapa kali kira-kira tiga jam tapi tidak jumpa pejabatnya dan bila tanya orang, mereka pun tidak tahu."

Buhari, yang bercerai dengan Sosilawati pada 2006 selepas 21 tahun mendirikan rumahtangga, berkata selepas gagal mencari pejabat Pathmanabhan, mereka pulang semula ke Kuala Lumpur pada 5 petang untuk berbuka puasa dan beliau kemudian berbincang dengan anak-anaknya untuk membuat laporan polis pada malam itu.

Ishak: "Awak mempunyai nombor telefon Pathmanabhan kenapa tidak hubungi dia ketika cari pejabatnya di Banting?"

Buhari: "Semasa saya minta nombor telefon Pathmanabhan saya tulis atas salinan perjanjian jual beli tanah dan semasa cari pejabatnya di Banting saya tertinggal di pejabat kerana tergesa-gesa."
Ishak: "Awak beritahu mahkamah awak pertama kali jumpa Pathmanabhan pada 2008, di mana?"
Buhari: "Saya jumpa di pejabat guamannya di Banting sekitar Mac bersama-sama Sosilawati dan ketika itu Sosilawati minta saya baca satu perjanjian jual beli tanah di Pulau Pinang oleh Syarikat Southern Symphony (di mana Sosilawati adalah pengarah syarikat) sama ada betul atau tidak kerana dia tahu saya tahu sikit-sikit tentang perjanjian memandangkan saya pernah bekerja di bank kira-kira 15 tahun dan pernah menjadi pengurus bank kira-kira lapan tahun."

Saksi itu berkata dalam pertemuan itu, beliau membangkitkan enam perkara berkenaan perjanjian jual beli tanah tersebut, antaranya maklumat mengenai penjual tanah tidak lengkap dan perjanjian itu bermasalah kerana masih terdapat kaveat bagi tanah itu.

Ishak: "Apa reaksi Sosilawati bila awak utarakan masalah itu?"
Buhari: "Pathmanabhan kata dia adalah peguam yang lama serta berpengalaman dan masalah itu dia boleh selesaikan. Sosilawati tidak komen cuma saya kesal dia bawa saya selepas perjanjian itu sudah ditandatangani dan 10 peratus (deposit) sudah dibayar kepada Pathmanabhan, jadi saya tidak boleh buat apa-apa."
Ishak: "Bagaimana suasana perbincangan ketika itu?"
Buhari: "Agak hangat sikit sebab saya banyak komen tentang perjanjian itu dan sebab dia (Pathmanabhan) kata dia peguam dan dia lebih faham."

Ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dillon yang mewakili Pathmanabhan, sama ada beliau bersetuju bahawa Southern Symphony ialah syarikat bernilai RM2, saksi itu menjawab: "Setuju atau boleh jadi setuju."

Manjeet Singh:
"Awak tahu atau tidak status kewangan dan kedudukan syarikat-syarikat milik Sosilawati pada Ogos 2010."
Buhari: "Tahu sikit-sikit. Menurut anak saya, Sosilawati mempunyai RM40 juta di bawah namanya dan tidak diisytihar dalam akaun syarikat."

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/169747

Mahkamah diberitahu penemuan tulang hangus

Mahkamah diberitahu penemuan tulang hangus
Jul 11, 11 4:53pm

Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu mengenai penemuan pelbagai barangan di enam lokasi di Banting dan Subang Jaya oleh penyelam Pasukan Gerakan Marin (PGM) termasuk cebisan disyaki tulang yang telah hangus.

Selain itu, turut ditemui beberapa batang gigi, enam keping zink mempunyai kesan terbakar, kunci kereta BMW X5 yang dinaiki jutawan kosmetik itu pada hari dia dilaporkan hilang dipercayai dibunuh serta dua telefon bimbit milik dua daripada mangsa.

Koperal Merzuki Shahrim, 43, yang bertugas di PGM Wilayah 1, Pulau Pinang, berkata pasukannya yang turut dianggotai L/Koperal Muhamad Hazriman Ismail, L/Koperal Kesatoper Wine anak Assan, L/Koperal Mohd Shukri Baharuddin, L/Koperal Mohd Shahril Sharif, dan L/Koperal Shapiwal Ameree Shapie, telah diarahkan untuk membuat pencarian antara 12 September 2010 dan 25 September 2010.

Beliau berkata pasukannya diarahkan untuk membuat operasi mencari di Sungai Pancau, longkang besar berhampiran pintu kunci air Pasar Besar Banting, Sungai Kanchong Laut di Kampung Endah, sebatang sungai di tepi ladang kelapa sawit Jalan Kenangan, Kampung Kelanang dan pintu kunci air Sungai Lang, kelima-limanya di Banting dan sebuah longkang di USJ 1, Subang Jaya.

Saksi ke-22 pendakwaan itu berkata pada 3.35 petang 12 Sept 2010, pasukannya diarahkan untuk ke Sungai Pancau dan di situ mereka menemui kesan-kesan seperti objek arang hitam dan terbakar di tebing sungai serta beberapa kesan dawai.

Ketika membuat pencarian di dalam sungai sedalam antara dua ke tiga kaki menggunakan kaedah menapis lumpur-lumpur di dasar sungai guna pengayak dan meraba-raba di kawasan sekitar, kami menemui beberapa cebisan disyaki tulang yang telah hangus dan beberapa serpihan logam terbakar serta berkarat.

"Kami juga menemui beberapa bekas dawai dan satu guni plastik tertulis tepung ubi kayu 50 kg serta beberapa anak kunci dan sebilah pisau," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Merzuki berkata setelah selesai membuat pencarian pada 5.45 petang, pasukannya kemudian diarah pergi ke lokasi lain iaitu longkang besar berhampiran pintu kunci air Pasar Besar Banting di mana beliau telah menjumpai sebuah telefon bimbit jenis Blackberry berwarna putih manakala seorang anggota pasukannya menemui sebuah lagi telefon bimbit jenama yang sama berwarna hitam.

Dalam keterangan sebelum ini, kedua-dua telefon bimbit itu telah dicamkan sebagai milik Ahmad Kamil dan Noorhisham oleh isteri masing-masing.

"Kami gunakan kaedah buat barisan dan bergerak dari tebing sebelah kanan ke kiri sambil berbongkok dan meraba-raba dalam air sedalam kira-kira tiga kaki sehingga barang kes dijumpai. Kedalaman air itu tidak memerlukan kami menggunakan alat penyelam. Operasi mencari di lokasi itu tamat kira-kira pukul 7 petang lebih kerana hari gelap dan kami kemudian pulang ke Pusat PGM di Putrajaya," kata saksi itu.

Seterusnya pada 13 September 2010, Merzuki dan pasukannya sekali lagi diarah membuat operasi mencari barang kes di Sungai Kanchong Laut di Kampung Endah di mana mereka menemui seutas jam tangan tertulis Seiko Honda Racing Team.

Merzuki berkata dalam operasi itu, pasukannya terpaksa menggunakan peralatan menyelam kerana kedalaman sungai itu adalah hampir dua meter.

Keesokan harinya, pasukan itu sekali lagi diarah membuat operasi carian lebih terperinci di lokasi yang sama, dan kali ini mereka turut menggunakan peralatan mengesan besi untuk mencari sebarang peralatan logam di dasar sungai.

"Kira-kira pukul 2.20 petang, Muhamad Hazriman yang memakai alat penyelam, menjumpai seutas jam tangan jenama Bell & Ross (pada perbicaraan sebelum ini telah disahkan milik Ahmad Kamil oleh isterinya)," katanya.

Merzuki berkata pasukannya kemudian diarah membuat operasi mencari di sebatang sungai di tepi ladang kelapa sawit, Jalan Kenangan, Kampung Kelanang, di mana dua anggota pasukannya telah menemui enam keping zink yang mempunyai kesan terbakar.

Seterusnya saksi itu berkata pasukannya telah diarah untuk membuat carian di sebuah longkang di USJ 1, Subang Jaya, pada 14 Sept, dan pada 7.30 petang, Muhamad Hazriman telah menemui sejambak kunci tertulis 'BMW'.

Ianya adalah kunci kereta BMW X5 bernombor pendaftaran WTL 11 dinaiki Sosilawati pada hari kejadian, yang ditemui ditinggalkan di tempat letak kereta Flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya pada 6 September.

Dalam keterangan sebelum ini, perkara itu turut disahkan oleh anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari.

Merzuki berkata bahawa pada 15 Sept, pasukannya sekali lagi diarah ke Sungai Pancau untuk membuat pencarian lebih teliti di mana mereka menjumpai beberapa serpihan tulang, serpihan logam terbakar dan berkarat, beberapa batang gigi, seutas gelang, dua keping duit syiling, kunci dan beberapa logam yang lebur.

"Pada 21 September 2010 pula, kami diarah membuat pencarian di pintu kunci air Sungai Lang di mana saya menjumpai seutas gelang tangan berwarna keemasan. Saya serahkan gelang tangan itu kepada pegawai polis bernama Khoo keesokan harinya sebab mengikut taklimat asal kami perlu mencari telefon bimbit dan memandangkan gelang itu bukan yang kami cari, saya simpan dahulu.

"Pada 23 September 2010, kami sekali lagi diarah ke kawasan pintu kunci air longkang besar berhampiran Pasar Besar Banting untuk membuat carian secara detail tetapi kami tidak menemui apa-apa," katanya.

Merzuki berkata bahawa pada 25 September, pasukannya sekali lagi diarah membuat pencarian lebih teliti di kawasan sama (pintu kunci air longkang besar berhampiran Pasar Besar Banting) di mana mereka menjumpai sebiji bateri telefon jenama Blackberry.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169650

Saturday, July 9, 2011

Kereta Sosilawati dilihat di tempat letak kereta

Kereta Sosilawati dilihat di tempat letak kereta
Jul 8, 11 4:34pm


Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini diberitahu bahawa seorang penduduk flat di Subang Jaya melihat kereta BMW X5 berwarna hitam yang digunakan oleh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada hari mereka dilaporkan hilang dipercayai dibunuh.

Sarjan Jaswant Singh, 52, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama ''Awang'' antara 8.45 dan 8.50 malam, semasa beliau bertugas sebagai penyelia di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, 6 September 2010.

"Saya terima maklumat daripada Encik Awang bahawa dia telah nampak kenderaan jenis BMW no pendaftaran WTL 11 yang diletakkan di tempat letak kereta flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya.

"Saya seterusnya mengarahkan anggota dari unit MPV (kereta peronda polis) untuk ke tempat itu bagi memastikan kenderaan itu memang berada di lokasi yang dimaklumkan," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Saksi ke-18 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Jaswant berkata beliau memaklumkan kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, semua ketua bahagian dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengenai penemuan kereta itu dan menunggu arahan selanjutnya sehingga pasukan forensik dan unit-unit lain tiba.

Ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, Matan, saksi itu berkata beliau tidak mencatitkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat pemanggil itu.

"Ada tidak Awang beritahu berapa lama kereta itu berada di sana?" soal Amer Hamzah.

"Awang kata kereta tersebut sudah lama berada di situ, tetapi dia baru perasan (kereta milik Sosilawati) selepas menonton berita di televisyen," kata Jaswant.

Sementara itu, saksi pendakwaan ke-19, Lans Koperal Roslee Sharon, 30, berkata pada 6 Sept 2010, beliau menerima arahan dari Bilik Gerakan Subang Jaya untuk mengesan sebuah kereta BMW hitam bernombor pendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil yang ditinggalkan terbiar di sebuah lokasi berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

Roslee yang ketika itu bertugas sebagai anggota unit kereta peronda polis (MPV) berkata pada mulanya kereta itu tidak dijumpai di lokasi tersebut sehinggalah mereka menemuinya di tempat letak kereta Lot 125, Jalan SS15/1B, Subang Jaya.

"Saya dan pemandu MPV Lans Koperal Faizal Ismail lihat kereta itu parking tidak berapa cantik dan bumper sudah melebihi kaki lima, terlebih ke depan.

"Kami kemudian maklumkan kepada bilik gerakan, ketua balai serta diarahkan untuk tunggu sehingga unit Forensik sampai dan tidak dibenarkan menyentuh kereta itu. Kami juga buat halangan guna garisan polis," katanya.

Saksi itu berkata mereka beredar dari tempat itu kira-kira 2.30 pagi selepas pasukan forensik selesai melakukan siasatan.

Saksi kelima pendakwaan yang dipanggil semula, Lans Koperal Kasmir Luntuk, 25, dalam keterangannya berkata beliau telah diarahkan oleh Dr Nurliza Abdullah untuk mengambil sebanyak 145 keping gambar cebisan tulang di bilik bedah siasat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 17 September 2010.

Kasmir yang bertugas sebagai jurugambar di IPD Dang Wangi berkata beliau mengambil masa seharian untuk mengambil gambar iaitu dari 8.30 pagi sehingga 8 malam dan mencetak kesemua gambar tersebut keesokan harinya (18 Sept 2010) di unit foto IPK Kuala Lumpur sebelum menyerahkannya kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Ishak Yaacob seminggu selepas itu.

Saksi ke-17 pendakwaan, Koperal K.Manikam, 53, dalam keterangannya pula berkata beliau telah diarahkan oleh Ishak untuk mengambil sebanyak empat keping gambar sebuah telefon bimbit pada 14 September 2010.

Manikam yang bertugas sebagai jurugambar di IPD Dang Wangi juga memberitahu bahawa beliau telah diarahkan untuk mengambil sebanyak 165 keping gambar cebisan tulang di bilik bedah siasat HKL pada 18 September 2010.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Isnin ini (11 Julai 2011).

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169332

Friday, July 8, 2011

Kak Wati menangis, suami tergesa-gesa

Kak Wati menangis, suami tergesa-gesa

Oleh Murni Wan Omar dan Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my

TERTUDUH...Pathmanabhan (dua dari kiri) bersama tiga lagi suspek dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. Gambar kecil, Ahmad Kamil Abdul Karim.
TERTUDUH...Pathmanabhan (dua dari kiri) bersama tiga lagi suspek dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. Gambar kecil, Ahmad Kamil Abdul Karim.
SAKSI...isteri Ahmad Kamil, Sabrina beri keterangan, semalam.
SAKSI...isteri Ahmad Kamil, Sabrina beri keterangan, semalam.

SHAH ALAM: Isteri peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, suaminya pernah memaklumkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menangis kerana pemandunya bernama Kamal mengugut mahu menyebarkan ‘gambar tidak senonoh.’

Sabrina Adnan, 32, yang bertugas di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi berkata, maklumat itu diberitahu Ahmad Kamil dalam perbualan terakhir mereka menerusi panggilan telefon pada kira-kira jam 7.50 malam, 30 Ogos tahun lalu.


“Dia cakap secara tergesa-gesa dan berkata dia tak balik selama tiga hari. Saya tanya kenapa, dia kata ada masalah... Kak Wati (Sosilawati) menangis. Saya tanya kenapa, dia kata Kamal ugut (Sosilawati) untuk sebarkan gambar tidak senonoh.

“Jadi, dia nak tolong Sosilawati. Dia mahu selesaikan dalam tempoh tiga hari. Saya tanya dia nak ke mana, tetapi dia tidak jawab,” kata Sabrina.


Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, Ahmad Kamil, 32, pemandu, Kamaruddin Shamsudin, 44 atau nama panggilannya Kamal serta pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.


Sabrina yang juga saksi pendakwaan ke-14 itu berkata, suaminya bercakap dengan nada tersekat-sekat, cepat dan tergesa-gesa serta tidak menjawab soalannya dalam perbualan telefon selama antara dua dan tiga minit itu.

Menurutnya, dia juga ada mendengar suara latar lelaki yang kedengaran garau ketika bercakap dengan Ahmad Kamil, tetapi tidak dapat memastikan bahasa yang dituturkan individu itu sebelum suaminya memutuskan panggilan itu.


Sabrina berkata, selepas panggilan terakhir itu, dia cuba menghubungi suaminya antara lima hingga enam kali, tetapi tidak berjaya dan panggilannya masuk ke dalam peti pesanan suara.

Katanya, dia juga menghubungi suaminya setiap hari sehingga membuat laporan di Balai Polis Brickfields di Kuala Lumpur, berhubung kehilangan Ahmad Kamil pada 3 September tahun lalu.


Sementara itu, ketika menjawab soalan peguam Manjeet Singh, Sabrina berkata dia tidak mendedahkan identiti Sosilawati dan hanya menyatakan ‘anak guam’ suaminya dalam laporan polis kerana tidak mahu dikatakan sebagai ‘pembawa mulut’.


Selain itu, katanya, dalam perbualan terakhir suaminya juga menyatakan akan menyelesaikan isu gambar itu dan oleh itu, dia beranggapan memaklumkan identiti Sosilawati sebagai anak guam suaminya sudah memadai.


Ketika disoal balas peguam, Amer Hamzah Arshad, saksi sama berkata, Ahmad Kamil ada menyebut ‘mereka’ akan memberi duit bagi mengelakkan gambar yang dikatakan tidak senonoh itu daripada tersebar.


Dia berkata, berdasarkan pemahaman daripada percakapan suaminya, dia beranggapan perkara itu membabitkan peras ugut.


Menurutnya, dia juga tidak mencuba untuk mencari Ahmad Kamil selepas perbualan telefon itu kerana berpegang kepada kata suaminya akan pulang tiga hari lagi selepas menyelesaikan masalah dihadapi Sosilawati itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung hari ini.


http://www.hmetro.com.my/articles/KakWatimenangis_suamitergesa-gesa/Article

Rita Tak Tahu Syarikat Berhutang RM10 Juta

Published: Khamis Julai 7, 2011 MYT 10:54:00 PM

SHAH ALAM: Anak sulung kepada pengasas kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mengakui bahawa beliau tidak mengetahui bahawa syarikat yang diusahakan oleh ibunya mempunyai hutang jangka panjang dengan bank berjumlah RM10 juta.

Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau lebih mesra dipanggil Rita yang disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon juga mengakui bahawa, beliau tidak ingat bahawa akaun syarikat Nouvelles Beauty Centre Sdn Bhd juga menunjukkan beban kewangan semasa sebanyak RM2.4 juta.

Selain itu, beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, juga memberitahu tidak mengetahui bahawa syarikat berkenaan mempunyai rizab simpanan berjumlah RM1.9 juta pada Disember 2009.

Beliau juga tidak mengetahui pergerakan wang yang terdapat dalam akaun peribadi Sosilawati.

Meskipun begitu, Rita menafikan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang akaun syarikat yang beralamat di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"Saya tahu, tetapi tidak dapat dipastikan jumlah yang tepat," kata lulusan Sarjana Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.

Selain itu, anak sulung daripada enam beradik itu juga memberitahu, kali terakhir beliau memeriksa akaun syarikat adalah pada beberapa bulan yang lalu, namun tidak dapat memastikan tarikh tepat.

Manjeet: Adalah kamu tahu bahawa akaun yang diaudit mesti didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?

Rita: Saya tidak pasti.

Manjeet: Saya cadangkan bahawa carian di SSM pada Jun 2010 menunjukkan akaun terakhir yang difailkan adalah bagi tahun 2009?

Rita: Saya tidak pasti.

Saksi pendakwaan ke-15 itu juga mengakui bahawa beliau tidak mengetahui siapakan setiausaha syarikat Nouvelles.

Pada keterangan lain, Rita memberitahu bahawa beliau tidak menandatangani dokumen berkaitan akaun syarikat pada sekitar tahun 2010, yang diuruskan oleh ibunya.

Wanita berkulit cerah itu seterusnya mengakui bahawa beliau tidak mengetahui berapa banyak bidang tanah atau bangunan yang dimiliki oleh Nouvelles.

Rita juga memberitahu, Sosilawati mempunyai lebih daripada sebuah syarikat termasuk syarikat bernama 'Southern Symphony Sdn Bhd' dan salah seorang pengarahnya ialah anak lelaki sulung mangsa, Erwan Suwari Rizuwan.

Bagaimanapun, wanita berkulit cerah itu menambah, beliau tidak mengetahui bila syarikat itu ditubuhkan, siapakah setiausaha syarikat, perihal syarikat dan juga jika syarikat itu adalah aktif.

Rita seterusnya memberitahu, semasa beliau melanjutkan pelajaran di luar negara, ibunya akan tetap memaklumkan mengenai urusan syarikat menerusi panggilan telefon, termasuk mengenai urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.

Namun begitu, Rita berkata, perkara itu tidak diberitahu secara terperinci seperti harga belian, cara pembelian dilakukan mahupun dari mana ibunya mendapat duit untuk membeli tanah terbabit.

"Dia hanya beritahu beli tanah, tapi kenapa, kawasan atau di mana tanah saya tidak tahu," katanya.

Beliau juga memberitahu, tidak mengetahui jika ibunya, seperti yang dicadangkan oleh Manjeet membuat pelaburan sebanyak RM1.2 juta dalam pembelian tanah tersebut dan wang tersebut telah dikembalikan.

Perbicaraan yang masuk hari ke-empat di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir juga menyaksikan saksi mengakui bahawa beliau tidak dapat mengingati sekiranya beliau ada menyerahkan sebarang dokumen kepada pihak polis semasa siasatan dilakukan.

Rita juga turut diasak oleh peguam Amer Hamzah Arshad yang menyifatkan keterangan beliau di mahkamah bersifat 'terpilih' kerana banyak menjawab 'tidak tahu' dan 'tidak pasti' kepada soalan yang diajukan oleh barisan pembelaan.

Perbuatan itu juga menyebabkan Manjeet dan Amer Hamzah menyifatkan perkataan 'tidak pasti' sebagai perkataan Bahasa Melayu yang 'bagus'.

"Saya tidak setuju. Saya cuba untuk ingat," jawabnya.

Jawapan Rita juga ditegur oleh Akhtar yang berkata: "Perkara itu hanya berlaku beberapa bulan. Ogos (waktu kejadian) hingga Jun tidak sampai setahun. Tidak pasti bukan satu jawapan.

"Cuba ingatkan. Tapi itu hak kamu untuk jawab 'tidak pasti' tapi cubalah untuk ingat. "

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Rita mengakui bahawa jawapan tersebut diberikan kerana beliau terlalu gugup.

"Saya terlalu gugup. Saya tidak boleh nak berfikir. Banyak benda yang saya lupa untuk beritahu. Saya cemas pada waktu kejadian dan juga bila saya mahu ingat semula," katanya.

Dalam kes ini, seorang peguam, N. Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 20; R. Matan, 21, dan R. Khatavarayan, 31, sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 8.30 dan 9.40 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Perbicaraan akan bersambung Jumaat.


http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2011/7/7/mstar_mahkamah/20110707225010&sec=mstar_mahkamah

Pembunuhan Banting: Gerak Hati Sahabat 'Sesuatu' Berlaku

Khamis Julai 7, 2011

SHAH ALAM: Nada suara jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang lembut kira-kira sejam sebelum beliau mati dibunuh menyebabkan gerak hati sahabat baiknya merasakan 'sesuatu' sedang berlaku terhadap pengasas produk kecantikan Nouvelles Vissages tersebut.

Tukang jahit, Habishah Bahari, 43, berkata, pada 30 Ogos 2010 Sosilawati telah menghubunginya sebanyak tiga kali bermula pada pukul 7.30 malam, iaitu semasa dia sedang berbuka puasa di rumah kawannya sebelum diikuti panggilan kedua dan ketiga yang berselang antara lima hingga 10 minit.

Katanya, pada kali pertama, Sosilawati menyuruhnya supaya memeriksa bilik air di rumah beliau di Taman Harmonis, Gombak, dekat sini bagi mencari kamera kerana dikatakan pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin atau Kamal telah mengambil gambar bogelnya.

"Selepas saya dapat panggilan itu, saya jadi hairan kerana tiada petunjuk yang Kamal boleh mengambil gambar beliau," katanya di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Saksi pendakwaan ke-16 yang sedang disoal pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani seterusnya memberitahu, dua panggilannya kepada Sosilawati tidak dijawab, bagaimanapun Sosilawati ada menghubunginya kembali.

Habishah: Saya tanya pada dia, 'Kak Wati, kau cakap apa ni, aku tak faham?' dan dia jawab 'Tak pe, kau pergi dulu kat rumah aku, masuk bilik dan periksa bilik air. Nanti balik aku cerita'.

Idham: Selepas itu, kamu ada terima panggilan lain?

Habishah: Ya, saya ingat selepas saya menunaikan solat Maghrib. Dia cakap 'Shah (panggilan saksi), Kak Wati tak balik tiga hari, pergi Genting Highlands.

Wanita yang memakai baju kemeja berwarna putih dan bertudung hitam itu kemudiannya memberitahu, secara tiba-tiba dia merasa risau, berdebar-debar dan tidak sedap hati selepas mendengar panggilan terakhir tersebut.

"Saya tidak sedap hati kerana dia cakap 'Kak Wati' dengan nada yang lembut... (semasa ini, nada suara Habishah mula tersekat-sekat dan dilihat mengesat air matanya menyebabkan Idham memohon agar prosiding ditangguhkan sebentar untuk saksi menenangkan diri).

"Biasanya kalau dia susah hati atau ada masalah, dia akan bahasakan diri sebagai 'Kak Wati'. Selalunya dia akan cakap 'aku'. Jadi, bila dia bercakap begitu, saya dapat rasa macam ada sesuatu yang menyebabkan beliau susah hati," kata saksi yang mengenali mangsa sejak belasan tahun lalu.

Seterusnya, saksi memberitahu bahawa dia telah bertolak ke rumah Sosilawati pada sekitar pukul 11 malam, 30 Ogos 2010 dan berjumpa dengan dua anak Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari dan Erni Rineelawati dan berada di sana kira-kira dua jam.

Katanya, dia memilih untuk ke rumah mangsa pada waktu itu kerana dia tahu rumah tersebut akan kosong ekoran anak-anak Sosilawati berbuka puasa di luar.

"Selalunya begitu, jika Sosilawati ada, beliau selalu memasak, jadi anak-anak akan makan di rumah," katanya.

Pada keterangan lain, Habishah memberitahu, Sosilawati ada memberitahu beliau akan ke Banting, dekat sini untuk berjumpa peguam bernama 'Pathma' untuk menukar tarikh cek semasa mereka berdua dalam perjalanan pulang dari Johor selepas menghadiri majlis bersempena Hari Wanita pada 25 Ogos 2010.

Katanya, Sosilwati mahu menukar tarikh cek untuk dipercepatkan kepada sebelum Hari Raya Aidilfitri dan turut mengajaknya untuk menemani beliau.

"Tapi saya tidak temankan beliau kerana waktu itu saya sibuk. Selalunya beliau akan telefon, tapi beliau tidak buat begitu. Jadi, saya rasa saya tidak ikut.

"Saya ada telefon beliau pada pukul 5 petang dan Kak Wati kata 'Aku dah bergerak ke Banting. Aku tunggu kau, kau tak datang pejabat aku. Aku nak cepat'," katanya.

Sementara itu, semasa disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon, Habishah menafikan bahawa tindakannya pergi ke rumah Sosilawati selepas dia menerima panggilan pertama bukan kerana dia beranggapan perkara itu tidak penting.

Habishah: Saya kena berbuka puasa, sebagai seorang Muslim saya kena solat dan saya kena siapkan kerja saya.

Manjeet: Apa yang lebih penting? Kerja atau sahabat yang kamu kata macam ahli keluarga?

Habishah: Kerja saya lebih penting.

Selain itu, Habishah juga kelihatan tidak begitu menyenangi cadangan yang diutarakan oleh Manjeet bahawa dia telah berbincang dengan anak-anak Sosilawati mengenai apa yang perlu dijawab di dalam mahkamah.

Ini kerana menurut Manjeet, mereka semua berada di dalam sebuah bilik di mahkamah yang berkunci dari dalam dan turut diawasi oleh dua pengawal peribadi yang dikatakan diupah oleh anak Sosilawati.

"Saya duduk di situ kerana saksi disuruh duduk di situ!," jawab Habishah dalam nada yang agak keras menyebabkan mereka yang berada di mahkamah ketawa.

Pada perbicaraan yang masuk hari ke-empat, saksi yang menetap berhampiran dengan rumah Sosilawati juga menafikan bahawa dia berbohong di dalam mahkamah.

Menjawab soalan peguam Amer Hamzah Arshad pula, Habishah memberitahu dia tidak akan terus membuat laporan polis sekiranya mendapat ugutan gambar bogelnya mahu disebarkan, sebaliknya akan berfikir apakah langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah itu.

Dia juga mengakui tidak tahu mengapa Sosilawati perlu membawa seorang peguam dan pegawai bank jika tujuan utama mangsa ke sana hanya untuk menukar tarikh cek kerana perkara tersebut boleh diuruskan menerusi panggilan telefon.

Habishah sedang memberi keterangan terhadap peguam, N. Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Khatavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan Kamaruddin, 44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 8.30 dan 9.40 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Perbicaraan akan bersambung Jumaat.


http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2011/7/7/mstar_mahkamah/20110707221246&sec=mstar_mahkamah

Erni gugup, cemas ketika beri keterangan

Jul 7, 11 9:11pm


Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, hari ini mengakui dirinya gugup dan cemas ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik itu dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Erni Dekritawati Buhari, 26, berkata keadaan itu menyebabkan dirinya lupa dan tidak boleh berfikir dengan sempurna ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.

Saksi itu yang lebih dikenali sebagai Rita turut ditegur Hakim Datuk Akhtar Tahir: "Cuba ingat betul-betul, sebab tak pasti tak jadi jawapan. Hak awak nak jawab tapi kalau asyik tak pasti, tak sama dengan tidak ingat atau tak tahu."

Keadaan itu menyebabkan mahkamah memberhentikan prosiding selama 10 minit bagi membolehkan Rita menenangkan fikiran.

Ketika disoal semula Timbalan Pendakwa Raya Iskak Mohd Yusoff mengapa banyak jawapan "tidak ingat" dan "tidak pasti", Rita menjawab: "Saya terlalu gugup, tidak boleh berfikir, banyak benda saya tak ingat sebab kejadian berlaku dah lama."

Rita memberi keterangan pada perbicaraan kes N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R.Matan dan R.Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili tertuduh ketiga Matan, bagaimana beliau mengenali Kamal (nama panggilan Kamaruddin), Rita menjelaskan beliau mengenali individu itu sebelum pergi ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran.

"Pada tahun 2008, saya jumpa Kamal di konsert ketika dia mendapatkan tiket untuk saya dan emak, di luar stadium," katanya.

Terdahulu, Rita mengakui bahawa beliau tidak mengetahui bahawa syarikat yang diusahakan oleh ibunya mempunyai hutang jangka masa panjang dengan pihak bank sebanyak RM10 juta.

Saksi ke-15 pendakwaan itu turut menjelaskan bahawa beliau tidak mengetahui Syarikat Novelles Beauty Centre Sdn Bhd itu mempunyai beban kewangan semasa berjumlah RM2.4 juta.

Beliau juga tidak mengetahui syarikat berkenaan mempunyai rizab simpanan berjumlah RM1.9 juta.

Bagaimanapun, Rita yang berkelulusan Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Nottingham Trent menafikan cadangan peguam Manjeet Singh Dillon yang mewakili Pathmanabhan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang itu.

Rita berkata kali terakhir beliau memeriksa akaun syarikat itu ialah beberapa bulan lepas tetapi tidak mengingati tarikh sebenar.

Walaupun berada di luar negara, Rita berkata tetapi ibunya masih tetap memaklumkannya mengenai urusan perniagaan dan pelaburan termasuk urusan pembelian tanah di Pulau Pinang yang dikatakan berjumlah RM1.2 juta tetapi beliau tidak mengetahui secara terperinci mengenai perkara itu.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169256

Thursday, July 7, 2011

Sosilawati ajak anak sulung ke Banting jumpa peguam

Jul 6, 11 8:46pm

Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa beliau telah diajak menemani ibunya ke Banting untuk menemui peguam bernama 'Pathma' pada hari jutawan kosmetik itu dan tiga individu lain dilaporkan hilang.

Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, berkata ibunya meminta beliau berbuat demikian sekiranya pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin yang dipanggil 'Uncle Kamal' tidak hadir ke pejabat.

"Ibu cakap kalau Kamal tidak datang, saya kena ikut dia pergi ke Banting pada hari itu (30 Ogos 2010) kerana dia nak percepatkan tarikh cek sebelum Hari Raya. Uncle Kamal bagaimanapun datang ke pejabat kira-kira 4 petang dan ibu dalam keadaan nak cepat tinggalkan pejabat bersama Kamal menaiki kereta BMW X5 WTL11 untuk berbuka puasa di Banting," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.

Erni Dekritawati, yang juga dikenali sebagai Rita, memberi keterangan pada perbicaraan kes N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R.Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Erni Dekritawati berkata sebelum bertolak, ibunya turut memberitahu bahawa beliau akan ke Banting bersama-sama Ahmad Kamil dan Noorhisham.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin mengapa Sosilawati ke Banting untuk mempercepatkan tarikh cek, saksi ke-15 pendakwaan itu berkata: "Untuk kegunaan Hari Raya kerana cek itu mempunyai tarikh selepas Raya dan ibu nak beri bonus kepada pekerja serta beri (wang) pada adik-beradiknya."

Erni Dekritawati yang merupakan pengarah syarikat Novelles Beauty Centre Sdn Bhd, berkata beliau menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira 7.30 malam hari yang sama, setelah beberapa panggilan daripada ibunya tidak dijawab.

"Saya baca SMS ibu yang berbunyi 'Jangan bagi Kamal masuk rumah, dia tangkap gambar mak. Kalau ada apa-apa hubungi Bisah (Habishah Bahari).' Saya call balik ibu berulang kali tetapi ibu tidak jawab telefon dan terus masuk ke voice mail. Lepas itu saya call pemandu (Kamaruddin) juga tidak berjaya dihubungi.

"Saya cuba call mereka (berempat) tidak dapat. Saya kemudian terus balik rumah dan call Bisah untuk tanya tentang SMS ibu saya tetapi Bisah cakap tidak mungkin Kamal buat macam itu, saya pun tidak percaya Kamal buat macam itu. Saya syak kerana tidak pernah selama ini ibu dan Kamal bergaduh sampai macam itu
sekali," katanya.

"Adakah awak percaya Kamal ambil gambar itu?," soal Ishak.

"Saya tidak percaya Kamal akan buat macam itu kerana lepas saya call Bisah, saya pergi ke bilik ibu (untuk periksa sekiranya terdapat kamera yang disembunyikan) tetapi tiada apa-apa," jawab Rita.

Saksi itu berkata beliau kemudian terus menunggu Sosilawati di rumah kerana ibunya telah berjanji untuk pulang memandangkan adik-beradik jutawan kosmetik itu dari Johor Baharu akan datang ke Kuala Lumpur pada malam kejadian.

Erni Dekritawati berkata selepas gagal menghubungi ibunya dan tiga lelaki itu, beliau terus ke Shah Alam untuk mencari kereta Proton Perdana hitam milik Noorhisham yang diletakkan di sebuah kawasan di Seksyen 7 dan beliau kemudian mendapati kereta itu masih berada di sana.

"Saya tahu tentang kereta Noorhisham kerana kira-kira pukul 7 malam sebelum itu (30 Ogos 2010) Kamil ada hubungi saya bertanyakan saya nak berbuka di mana dan ketika bercakap dengannya saya terdengar suara Noorhisham. Kamil kemudian memberikan telefonnya kepada Noorhisham dan Noorhisham memberitahu saya dia meletakkan keretanya di Shah Alam dan pergi ke Banting dengan menaiki kereta Kamil," katanya.

"Apa lagi yang diceritakan oleh Ahmad Kamil kepada awak," kata Ishak dan Erni Dekritawati menjawab:
"Saya tanya mereka buka puasa di mana dan Kamil jawab 'entah, mak kau bawak pergi hutan mana entah ni, pokok kelapa sawit je ada'.

Selepas itu saya tanya ibu ada di mana dan mereka cakap ibu ada dalam kereta di hadapan mereka."

Erni Dekritawati berkata pada 31 Ogos 2010, beliau yakin ibunya dan tiga lelaki itu masih belum pulang ketika beliau sekali lagi pergi ke Shah Alam dan mendapati kereta Noorhisham masih berada di sana.

"Selepas itu saya balik ke rumah dan rasa tidak sedap hati. Saya gelabah masa itu bila tidak dapat jumpa ibu saya dan tidak ada kekuatan untuk buat report apatah lagi saya fikirkan adik-adik lain di rumah jadi saya minta adik keempat saya (Erni Erinawati Sofia) buat laporan polis. Adik saya buat laporan polis sebanyak dua kali," katanya.

Erni Dekritawati berkata beliau dan bapanya ke Banting pada hari yang sama (31 Ogos 2010) untuk mencari firma guaman Pathma tetapi gagal ditemui.

Sementara itu, isteri Ahmad Kamil, Sabrina Adnan, 32, dalam keterangannya berkata suaminya menghubungi beliau kira-kira 4 petang 30 Ogos 2010, untuk memaklumkan bahawa dia tidak akan berbuka puasa bersama keluarga kerana perlu ke Banting bersama-sama Sosilawati dan Noorhisham untuk menguruskan hal tanah.

"Kemudian, kira-kira 7.50 malam (hari sama) suami call dalam keadaan tergesa-gesa memberitahu bahawa dia tidak balik selama tiga hari. Saya tanya kenapa dan dia cakap ada masalah, Kak Wati (Sosilawati) tengah menangis kerana driver Kamal ugut dia untuk sebar gambar tidak senonoh, jadi dia nak tolong selesaikan.

"Saya tanya suami dia nak pergi mana dan dia di mana sekarang tetapi dia tidak jawab. Saya juga dengar ada suara latar ketika suami saya bercakap seperti suara lelaki yang kedengaran garau. Ini bukan kebiasaan suami saya tidak menjawab soalan walaupun sesibuk mana pun dia. Selepas suami tamatkan perbualan saya ada cuba hubungi dia beberapa kali tetapi tidak dapat," kata saksi ke-14 pendakwaan itu.

Dalam prosiding itu juga, Sabrina, Pengarah di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, yang kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan, turut mengesahkan barangan peribadi milik suaminya iaitu sebuah telefon bimbit jenis
Blackberry Bold berwarna putih dan jam tangan jenama 'Bell & Ross' edisi terhad yang dibeli dengan harga lebih RM16,000.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169157

Wednesday, July 6, 2011

Isteri marah Noorhisham tinggal keluarga

Jul 5, 11 4:45pm

Isteri Noorhisham Mohamad, seorang daripada empat mangsa pembunuhan yang termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini bahawa beliau marah apabila suaminya sanggup meninggalkan keluarga selama tiga hari kerana ingin membantu orang lain.

Suzana Radin Pangat, 39, berkata kemarahannya diluahkan melalui satu SMS berbunyi: "Kenapa sanggup nak bantu orang tapi tinggalkan saya dan anak-anak selama tiga hari" yang dihantar kepada telefon bimbit milik Noorhisham, lima minit selepas panggilan terakhir suaminya yang memberitahu bahawa dia tidak boleh pulang selama tiga hari kerana ingin cuba menyelamatkan Sosilawati.

NONE"Noorhisham hubungi saya kira-kira pukul 8 malam 30 Ogos 2010 cakap dia nak cuba selamatkan Datuk Sosilawati (kanan). Dia kata Kamal, driver Sosilawati (Kamaruddin Shamsuddin) ugut Sosilawati sebab ada satu gambar tidak elok nak sebarkan, jadi dia (Noorhisham) dan Kamil (Ahmad Kamil Abdul Karim) terpaksa bantu Sosilawati dalam hal ini.

"Lepas itu dia minta saya faham situasi dan minta maaf pada saya banyak-banyak dan dia kata dalam masa tiga hari dia balik akan cerita apa berlaku pada dia. Saya kemudian tanya dia kat mana dan berbuka puasa di mana tetapi dia tidak jawab dan terus matikan talian," kata saksi kelapan pendakwaan itu dalam nada sebak sehingga terpaksa berhenti seketika untuk menenangkan dirinya.

Suzana memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, yang merupakan seorang pegawai bank, Ahmad Kamil, 32, seorang peguam, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.40 malam 30 Ogos tahun lalu.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff mengapa beliau tidak menghubungi Noorhisham sebaliknya hanya menghantar SMS, Suzana yang bekerja sebagai pembantu peribadi di Ibu Pejabat CIMB Bank, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, berkata beliau hanya menghantar SMS kerana berada dalam keadaan marah.

Ishak: "Ada Noorhisham hubungi awak semula selepas itu?"
Suzana: "Dia ada call tetapi saya tidak jawab."

Terdahulu, saksi itu berkata kali terakhir beliau berjumpa suaminya yang dikahwini pada 1995 ialah semasa Noorhisham menghantar beliau ke pejabatnya pada 8 pagi 30 Ogos 2010.

Ishak: "Semasa hantar awak ke tempat kerja, ada (Noorhisham) beritahu apa-apa tentang tugasan dia hari itu?"
Suzana: "Dia ada beritahu petang dia akan ke Banting bersama Ahmad Kamil atas urusan Datuk Sosilawati. Kira-kira pukul 4 petang hari yang sama suami ada hubungi saya di pejabat memberitahu dia akan bersama Ahmad Kamil pergi ke Banting dan akan naik kereta Ahmad Kamil."

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung pada petang.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168985
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...