Showing posts with label Tourist and Tourism. Show all posts
Showing posts with label Tourist and Tourism. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Kiriman wang RM888,000 ke Dubai tidak dikembalikan

Ogos 3, 11 9:00pm

Bayaran RM888,000 yang dikirimkan kepada syarikat yang mengendalikan projek restoran Malaysia di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 2007 tidak dikembalikan, walaupun projek berkenaan telah dibatalkan, Mahkamah Sesyen diberitahu hari ini.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Pampena Sdn Bhd Idros Mohd berkata seorang pegawai syarikat LCL Interiors Low Chin Meng telah meminta pihaknya untuk menggantikan bayaran bagi projek restoran Awana Beijing, China and Awana Hydrebad, India yang disempurnakan oleh syarikat berkenaan.

Idros, 57, yang memberikan keterangan pada perbicaraan kes pecah amanah membabitkan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan bekas Ketua Pegawai Operasi Pampena Mohammad Rosly Md Selamat berkata beliau telah membawa cadangan berkenaan untuk perhatian lembaga pengarah Pampena pada 29 Oktober 2008.

Beliau berkata lembaga tidak bersetuju dengan cadangan LCL Interiors itu.

Sebelum itu, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim, saksi pendakwaan itu berkata sesiapa yang bertanggungjawab meluluskan pelaburan perlulah mematuhi tatacara pelaburan yang ditetapkan untuk anak syarikat sesuatu badan berkanun.

Katanya setiap pegawai awam dikehendaki segala arahan kewangan seperti yang ditetapkan dalam Arahan Perbendaharaan 1993 dan Pekeliling Am 1998.

Dalam kes ini, Pampena terlibat dalam pelaburan bersama pihak LCL Interiors dikehendaki mematuhi tiga syarat seperti mewujudkan satu anak syarikat yang baru, seorang anggota lembaga perlu dilantik sebagai anggota lembaga syarikat yang baru itu serta perjanjian serta terma-terma pemilik boleh disemak dari masa ke semasa.

Mirza, 54 dan Mohammad Rosly, 57, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah RM888,000 di pejabat Pempena di Tingkat 13, Manara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 27 Februari 2007.

Menjawab soalan lain, Idros berkata adalah menjadi tanggungjawab selaku anggota lembaga dan Ketua pengarah Tourism Malaysia untuk memaklumkan tentang sebarang pelaburan.

Beliau juga berkata di Pampena tiada prosedur bertulis mengenai sebarang pelaburan, tetapi setiap pelaburan itu perlulah mendapat kelulusan lembaga pengarah.

Idros yang menyertai Pampena pada akhir tahun 2008 berkata kedudukan kewangan syarikat berkenaan adalah dalam keadaan tenat, di mana syarikat menanggung hutang sebanyak RM5 juta menyebabkan beberapa aset syarikat terpaksa dilupuskan untuk membayar hutang.

Perbicaraan di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh bersambung esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/171930

Wednesday, August 3, 2011

Bekas eksekutif kewangan jelas bayaran jadi RM888,000

Ogos 2, 11 8:50pm

Bekas eksekutif kanan kewangan Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (PEMPENA) menjelaskan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagaimana bayaran bagi projek pembinaan Restoran Malaysia di Dubai meningkat daripada RM874,155 kepada RM888,000.

Zeti Akhmar Mohamad Yusop berkata peningkatan itu disebabkan Bank CIMB yang mengendalikan akaun PEMPENA tidak dapat membuat pembayaran tersebut kepada Mashreq Bank di Dubai kerana bank berkenaan tidak menyenaraikan dirham dalam senarai transaksi mata wang asingnya.

Zeti, 35, berkata pihak CIMB mencadangkan agar ia menggunakan mata wang riyal untuk memudahkan bayaran itu.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi, Zeti berkata bayarannya hanya dijelaskan kepada syarikat LCL Interiors LLC pada 3 Mac 2007 mengikut kadar mata wang semasa dirham (AED) Emiriyah Arab Bersatu.

Zeti berkata beliau membuat makluman kiriman wang kepada CIMB setelah diarahkan berbuat demikian oleh pengawal kewangan Lim Khing Tai pada 26 Januari 2007.

Beliau berkata makluman kiriman wang berkenaan telah diserahkannya kepada Lim untuk mendapatkan tandatangan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab atau bekas Ketua Pegawai Operasi PEMPENA Mohammad Rosly Md Selamat, dan hanya menerimanya semula pada 22 Februari 2007.

"Saya tidak tahu kenapa ia mengambil masa begitu lama, tetapi kedua-dua mereka ada menandatanganinya dan tahu tujuan arahan pengeluaran wang berkenaan," katanya.

Zeti, yang merupakan saksi pendakwaan keempat, menyatakan demikian pada perbicaraan kes membabitkan Mirza, 54 dan Mohammad Rosly, 57, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah RM888,000 di pejabat Pempena di Tingkat 13, Manara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 27 Februari 2007.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Saseedharan Menon yang mewakili Mirza, bahawa bayaran tersebut sebenarnya dibuat untuk projek "Little Penang" di Hyderabad, India dan bukan untuk projek di Dubai, Zeti tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Zeti berkata bahagian akaun di PEMPENA mempunyai kod-kod akaun yang khas dan bayaran yang disempurnakan adalah untuk projek di Dubai.

Ketika ditanya lanjut oleh Saseedharan kenapa makluman kiriman wang bertarikh 3 Mac 2007 bagi bayaran RM888,000 yang tidak ditandatangani Mirza atau Rosly, beliau berkata ia sebenarnya dikeluarkan oleh pihak bank.

"Ini sebenarnya jarang berlaku dan borang permohonan bukan diisi oleh saya. Pihak bank ada menjelaskan ia sebenarnya untuk mempercepatkan bayaran dan menggunakan butiran pada borang permohonan bertarikh 27 Februari 2007," jelas Zeti.

Perbicaraan di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh bersambung esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/171813

Friday, July 29, 2011

Saksi: Projek restoran M'sia di Dubai tidak dilaksana

Jul 28, 11 7:34pm

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa projek Restoran Malaysia Dubai tidak dilaksanakan walaupun bayaran pendahuluan sebanyak RM800,000 telah didahulukan oleh Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (PEMPENA).

Bekas Naib Pengerusi Eksekutif PEMPENA Sdn Bhd, Akit Sebli hari ini berkata wang tersebut didahulukan kepada Syarikat Awana Dubai, yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek berkenaan.

"Bayaran pendahuluan telah dibuat kepada Awana tetapi saya tidak pasti bila bayaran itu dibuat dan tidak pasti siapa yang menandatangani kelulusan pembayaran itu," katanya ketika pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya, Azlina Rasdi.

Akit, 57, yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata beliau ada menerima surat daripada Datuk Low Chin Meng yang menggunakan kepala surat Awana Dubai pada 24 Januari 2007.

Katanya, dalam surat itu dinyatakan mengenai kos yang diperlukan untuk membina sebuah restoran di Dubai, namun beliau tidak membentangkan surat yang diterima dalam mesyuarat lembaga pengarah.

NONEPada 16 Ogos tahun lalu, ketua pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, 54, (kiri) dan bekas ketua pegawai operasi PEMPENA, Mohammad Rosly Md Selamat, 57, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah meluluskan pembayaran wang berjumlah RM888,000 ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Februari 2007 bagi projek pembinaan Restoran Malaysia Dubai tanpa mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat PEMPENA di Tingkat 3, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 27 Februari 2007.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan denda dan juga boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Akit turut memaklumkan bahawa Awana Dubai akan membayar semula wang pendahuluan berjumlah RM800,000 yang dibayar oleh PEMPENA dalam tempoh sebulan dan perkara itu dinyatakan dalam penyata aliran tunai bertarikh 31 Julai 2007.

Bagaimanapun, saksi itu tidak pasti sama ada syarikat Awana Dubai telah membayar semula wang pendahuluan itu kerana beliau tidak lagi bertugas di PEMPENA pada Julai 2007.

Katanya, selepas mendapati Awana Dubai tidak dapat melaksanakan projek berkenaan pihak pengurusan PEMPENA mengadakan satu mesyuarat untuk mencari alternatif lain (lokasi) bagi membina restoran di Dubai.

Akit berkata selain beliau sendiri, pihak pengurusan kanan PEMPENA yang terlibat dalam mesyuarat itu ialah Mohammad Rosly, Mohd Ridza Ismail, Lim Khing Tai dan Raja Norzan.

Bagaimanapun, Akit memaklumkan tiada keputusan yang diperoleh dalam mesyuarat berkenaan.

Akit turut memberitahu mahkamah, projek restoran itu yang dibentangkan oleh Mohammad Rosly telah diluluskan pelaburannya oleh ahli lembaga pengarah yang lain.

Jelasnya, antara perkara yang dibentangkan oleh Mohammad Rosly adalah projek berkenaan akan dijalankan bersama LCL Group dan PEMPENA.

Perbicaraan di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh bersambung esok.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/171350

Wednesday, July 27, 2011

Kes pecah amanah KP Tourism M'sia ditangguh esok

Jul 27, 11 5:01pm

Perbicaraan kes pecah amanah Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan bekas Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (PEMPENA) Mohammad Rosly Md Selamat yang bermula hari ini, ditangguhkan esok selepas hakim perbicaraan membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk meneliti beberapa dokumen yang berkaitan dengan kes.

NONEHakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh membuat keputusan itu selepas peguam Saseedharan Menon, yang mewakili Mirza, memaklumkan bahawa beberapa dokumen itu termasuk minit mesyuarat Lembaga Pengarah PEMPENA pada 22 Februari 2007 yang diperoleh daripada pihak pendakwaan, tidak jelas dan tidak lengkap.

"Pihak pembelaan menerima dokumen berkenaan daripada pihak pendakwaan pada 6 September 2010, 20 April 2011 dan 25 Julai 2011, namun didapati dokumen itu tidak lengkap. Oleh itu, kami tidak dapat meneruskan perbicaraan pada hari ini dan memerlukan masa untuk meneliti semula dokumen yang baru diperoleh," katanya.

Terdahulu, bekas naib pengerusi eksekutif PEMPENA Sdn Bhd, Akit Sebli, yang merupakan saksi pertama pendakwaan, memberi keterangan dalam kes pecah amanah melibatkan wang syarikat itu berjumlah RM888,000 yang dihadapi oleh Mirza dan Mohammad Rosly pada 2007.

Akit, 57, yang bertugas di PEMPENA dari 2005 hingga Julai 2007, dalam keterangannya berkata Mohammad Rosly, yang ketika itu memegang jawatan sebagai ketua pegawai operasi PEMPENA, dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek Restoran Malaysia di Dubai.

"Beliau membuat lawatan tapak projek itu di Dubai sekitar penghujung 2006, dan telah membuat penyelidikan dan membentangkannya kepada ahli lembaga pengarah PEMPENA dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Chor Chee Heung," kata saksi itu ketika pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya, Azlina Rasdi.

Akit berkata rancangan untuk membuka restoran itu di Dubai adalah selaras dengan dasar kerajaan Malaysia yang ingin mempopularkan makanan negara ini melalui program "Malaysian Kitchen".

Pada 16 Ogos tahun lepas, Mirza, 54, dan Mohammad Rosly, 57, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan meluluskan pembayaran RM888,000 kepada akaun LCL Interior Dubai pada 27 Februari 2007 bagi projek pembinaan Restoran Malaysia Dubai tanpa mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat PEMPENA di Tingkat 3, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada 27 Februari 2007.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan denda dan juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/171217

Monday, July 4, 2011

Bersih 2.0: Bila 1 juta pelancong domestik banjiri Kuala Lumpur


Ahmad Tajdid

Entahlah... Mengapa agaknya sesetengah pemimpin negara ini begitu kacau bilau pemikirannya apabila mengulas cadangan perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, 9 Julai ini?

Bagaimana pula perhimpunan aman tanpa senjata yang dibenarkan Perlembagaan tiba-tiba boleh menjadi ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan negara sedangkan ianya hanya berlangsung selama 2 hingga 3 jam dan diadakan pada cuti hujung minggu pula.

Tak semena-mena, hampir seribu laporan polis dibuat NGO dan pertubuhan politik di seluruh negara bagi membantah perhimpunan itu sedangkan yang terjejas dalam kesesakan lalulintas (itupun jika polis enggan memberi kerjasama) hanyalah penduduk ibukota yang kebanyakannya tentu memilih untuk duduk di rumah jika tidak mahu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Lucunya antara yang membantah adalah Umno, Perkasa dan beberapa NGO pro-Umno, sedangkan merekalah yang saban minggu menganjurkan 'perhimpunan haram' di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan juga Perak ketika negeri-negeri itu ditadbir Pakatan Rakyat. Ada juga perhimpunan dan perarakan yang membawa pelbagai poster dan sepanduk mengecam kerajaan negeri. Tidak mudah dilupa juga perarakan membawa kepala lembu oleh ahli-ahli Umno Selangor ke Bangunan SUK di Shah Alam.

Mutakhir adalah komen dibuat Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (yang kini dikenali sebagai "Menteri Curi-Curi Malaysia" ekoran skandal RM1.8 juta akaun Facebook kementeriannya) tentang perhimpunan BERSIH 2.0.

Menurut Ng, perhimpunan 9 Julai ini bakal menyebabkan sektor pelancongan negara kehilangan lebih RM1 bilion. Ini kerana, dakwa beliau BERSIH 2.0 boleh merencatkan kehadiran pelancong sekaligus mengurangkan jumlah pendapatan sepertimana yang dicatat pada tempoh sama tahun lalu.

"Berdasarkan statistik, ketibaan pelancong antarabangsa pada bulan Julai 2010 adalah sebanyak 2.2 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion.

"Jika perhimpunan itu telah kurangkan 20 peratus daripada pendapatan tersebut, kita sudah kerugian RM1.2 bilion, yang mana ini akan dirasai oleh semua pihak dalam industri," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur seperti dipetik Malaysiakini.

Pelik juga difikirkan bagaimana perhimpunan aman selama 3 jam itu boleh menyebabkan pengurangan 20 peratus pendapatan industri pelancongan? Menurut Ng Persatuan Pelancongan Negara China telah berada di negara ini bagi berbincang dan mendapatkan perkembangan mutakhir 'perhimpunan haram' itu sebelum membuat keputusan sama ada membatalkan pakej-pakej percutian yang telah dibuat sebelum ini.

Lihatlah betapa jahilnya menteri berkenaan dalam memberikan hujah sehingga memperlihatkan bagaimana rapuhnya tahap keselamatan negara kita hingga perhimpunan aman pun boleh mengancam nyawa pelancong asing!

Adakah Ng berani membandingkan jumlah kemasukan pelancong asing ke Malaysia berbanding negara jiran Thailand dan Indonesia, sedangkan dua buah negara itu lebih kerap menghadapi demonstrasi rakyat? Demonstrasi rakyat di Thailand sebagai contoh bukan sahaja berlangsung selama beberapa jam, malah mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan! Dan adakah pelancong asing telah serik untuk mengunjungi negara gajah putih itu kerana rakyatnya gemar berdemonstrasi? Sudah tentu tidak.

Bagi menjawab hujah Ng juga, sukacita disiarkan komen beberapa pembaca Malaysiakini:

"Orang pergi BERSIH ingat tak keluar duit ke? Naik bas, naik kereta, itu semua kena pakai petrol. Perut kosong nak kena diisi. Tekak dahaga nak kena basahkan. Itu semua kena beli guna duit! Jangan nak membohong kata akan rugi RM1 billion. RM1.8 juta yang kamu dah rembat untuk akaun Facebook tu apa cerita? *** Ingat kami bodoh?" - Che' Tat

Lebih menarik lagi komen seorang pembaca:

"Alamak! Yang jadikan kerugian kononnya berbilion ringgit tu sapa? Hangpa jugak.. Cuba bagi dia orang buat demo secara aman, tak payah simbah itu ini. Hangpa yang buat rosak tu semua. Tengok Indonesia, buat demo cool je. Tidak pun polis nak buat kacau bilau... Masa saya pergi ke sana, siap pemandu pelancong bagi tahu hari ni ada demonstrasi pelajar-pelajar. Tapi jangan risau, mereka tak ganggu orang... di sini demonstrasi secara aman... lagi ramai pelancong datang adalah... Malulah! Berbeza betul dengan Malaysia. Tak boleh buat demo langsung. Kalau 'orang depa' buat tak apa pulak...

"Cuba bila tv atau radio umumkan hari ini BERSIH akan mengadakan satu demonstrasi secara aman. Sesiapa yang ingin menyertai perhimpunan tersebut, sila kawal tingkah laku anda agar tidak mencemarkan nama baik negara dan kawasan yang terlibat. Peniaga-peniaga juga digalakkan untuk membuka jualan dengan menempah khemah-khemah jualan. Siapa cepat dia dapat... Bukankah bagus begitu? Dapat tolong peniaga lain. Pasti orang yang berdemo itu lapar dahaga. Lepas berdemo, mereka pergi makan sama-sama. Bukankah bagus begitu? Tak ada kecoh-kecoh. Polis pun boleh makan laksa bawah pokok bersama orang yang berdemo." - Nora Abdullah

Begitulah komen-komen bernas pembaca yang sempat dirakam. Soalnya, mengapa Ng dan lain-lain pemimpin BN gagal melihat aspek positif perhimpunan itu.

Ketepikanlah sentimen politik sempit dan fobia hilang kuasa. Lihatlah perhimpunan BERSIH 2.0 dari sudut positif.

Bagi Ng Yen Yen, cuba bayangkan sejuta pelancong domestik yang bakal membanjiri Kuala Lumpur 9 Julai ini. Semuanya hadir dengan perbelanjaan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak. Kementerian beliau sendiri tidak perlu membelanjakan walau sesen pun wang negara untuk menarik kehadiran sejuta pelancong domestik ini.

Bayangkan apa yang akan diraih oleh para peniaga dan pusat membeli belah di Kuala Lumpur dengan kehadiran sejuta pelancong domestik ini. Pastinya premis perniagaan mereka akan bertambah meriah dan kutipan hasil jualan berlipat kali ganda.

Apa yang pasti, negara tidak memerlukan pelancong asing untuk menjana ekonomi Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai ini!


http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/4080-bersih-20-bila-1-juta-pelancong-domestik-banjiri-kuala-lumpur

Friday, June 17, 2011

Penapisan internet: K'jaan ada kuasa, kata TPM

Penapisan internet: K'jaan ada kuasa, kata TPM
Jun 16, 11 4:14pm

Serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan akan memberi kesan besar kepada sistem maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) untuk rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEKatanya kerajaan memandang serius serangan penggodam tersebut dan sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu.

"Kita akan tunggu laporan bagaimana perkara ini hendak ditangani dan berharap agar tindakan sebegini tidak akan dilakukan secara berterusan, kita perlu beri perhatian dan pihak bertanggungjawab iaitu SKMM kini memantau perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi Asean 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan yang bergelar "Anonymous" yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.

NONEKumpulan itu bertindak demikian kerana menuduh kerajaan Malaysia menyekat hak asasi dengan membuat sekatan, bukan saja Internet malah tayangan filem dan siaran televisyen.

Muhyiddin berkata kerajaan memberikan jaminan bahawa dasar kerajaan untuk tidak menyaring internet akan terus dilaksanakan.

Laporan lengkap

"Tetapi kalau ada mana-mana pihak yang menyalahgunakan ataupun melanggar beberapa peruntukan dalam undang-undang negara maka SKMM ada hak dan kuasa untuk ambil tindakan.

"Ini tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang menyekat hak kebebasan untuk kita dapatkan perkhidmatan menerusi internet. Kita pantau sama ada apa-apa perkara yang boleh membawa kesan kepada keselamatan negara," katanya.

azlanSementara itu, mengulas dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa Kementerian Pelancongan membazirkan RM1.8 juta apabila mengadakan laman Facebook untuk mempromosikan pelancongan negara, Muhyiddin berkata kabinet akan mendapatkan laporan lengkap daripada menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen esok.

"Saya tidak dapat maklumat secara terperinci sama ada kadar yang ditetapkan itu munasabah atau tidak, ia telah dibawa ke Parlimen dan dijelaskan. Mungkin kabinet esok akan dapatkan laporan dari menteri dan beliau boleh jelaskan apa asas-asasnya," katanya.

ng yen yen pc 150611 facebookBeliau berkata kerajaan tidak akan berselindung mengenai perkara yang melibatkan soal perbelanjaan negara dan beliau yakin kementerian tersebut telah membuat pertimbangan yang agak munasabah mengenai angka itu.

"Ada sesetengah pihak katakan ia agak tinggi sebenarnya, tetapi bagi kementerian itu kadar yang berpatutan, kita tidak boleh lihat Facebook itu macam buka akaun sahaja, urusan-urusan lain mungkin melibatkan kos-kos tambahan," katanya.

Semalam, Ng menjelaskan kementeriannya memperuntukkan RM1.8 juta untuk mewujudkan, mengurus dan memantau kempen pelancongannya dalam media sosial melalui penyiaran iklan enam acara utama yang memerlukan kos tinggi, sekaligus menolak dakwan kononnya peruntukan itu hanya digunakan untuk mewujudkan laman Facebook Tourism Cuti-Cuti 1Malaysia.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167128

Thursday, June 16, 2011

Pakar: RM1.8 juta untuk laman FB 'agak tinggi'

Pakar: RM1.8 juta untuk laman FB 'agak tinggi'
Jun 16, 11 2:51pm

Pakar media sosial Dave Duarte berpendapat harga RM1.8 juta yang dibelanjakan bagi laman Facebook Pelancongan Malaysia tidak menjamin akan membawa kejayaan besar.

NONEPengarah urusan Huddlemind Labs di Afrika Selatan itu berkata kempen media sosial yang berjaya harus melabur lebih banyak dalam pengiklanan seperti Google Ads, bagi menarik lebih ramai pengunjung berbanding membangunkan platfom.

Katanya RM300,000 adalah 'agak tinggi' bagi setiap aplikasi Facebook.

“(Laman Facebook) sepatutnya dihubungkan kepada perkara lain seperti, mungkin TV,” katanya ketika diwawancara selepas hadir pada Persidangan Blogger Dunia dan Media Sosial di Kuala Lumpur pagi ini.

Duarte berkata harga yang dibayar Pelancongan Malaysia itu jauh lebih tinggi daripada kos purata kempen media sosial Facebook yang berlegar di sekitar US$30,000 setahun.

Beliau yang pernah mengetuai beberapa kempen media sosial berkata berdasarkan pengalamannya bahawa bajet yang kecil boleh diterjemahkan kepada perniagaan yang besar.

[Baca berita penuh]


Wednesday, June 15, 2011

Facebook "Curi-curi Wang Malaysia" bantah pembaziran RM1.8 juta

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Ekoran pendedahan bahawa Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman peminat Facebooknya, satu lagi akaun laman peminat Facebook atas nama "Curi-curi wang Malaysia" diwujudkan.

Menurut maklumat yang terpapar di laman peminat itu, ianya diwujudkan bertujuan membolehkan rakyat Malaysia menyuarakan bantahan terhadap Kementerian Pelancongan Malaysia yang membelanjakan RM1,758,432 untuk membuka dan menjaga laman peminat kementerian itu.

"Facebook adalah percuma. Jangan curi duit kami dengan cara bodoh ini dan cuba buat kami seperti orang jahil.

"Beri balik duit kami!", tulis pengendali laman itu.

Setakat berita ini ditulis, laman peminat Curi-curi Wang Malaysia ini sudah mendapat 19,044 peminat.

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat apabila pautan ke laman peminat itu turut dipromosikan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat melalui Facebook dan Twitter mereka.

Dalam beberapa respon kepada peminatnya, pengendali laman peminat ini yang diwujudkan secara percuma, menjelaskan mahu bersaing dengan laman peminat kementerian pelancongan.

Mereka juga mahu membuktikan mereka boleh mendapat jumlah peminat lebih tinggi dari laman kementerian itu tanpa sebarang kos.

"Ubah Sekarang untuk Selamatkan Malaysia! Kita selamat, kita jimat", seru laman itu.

Sementara itu, laman peminat 'Tourism Malaysia- Cuti-cuti Malaysia' setakat berita ini ditulis juga mendapat 26,082 peminat.

Persidangan Dewan Rakyat semalam 'dikejutkan' dengan penjelasan Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit bahawa kementeriannya memperuntukkan RM1.8 juta mewujudkan laman peminat Facebook kementerian itu.

Projek itu diberikan kepada agensi pengiklanan yang dilantik, Impact creations sdn Bhd bermula 2011 sehingga 2013.

Anthony Loke (DAP-Rasah) bagaimanapun mempersoal kenapa begitu besar jumlah wang 'dibazirkan' untuk Facebook itu yang sebenarnya hanya boleh dibuat secara percuma.

Pandangan bahawa jumlah itu sebagai 'pembaziran' juga turut dipersetujui Khairy Jamaludin (BN Rembau).


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3817-facebook-qcuri-curi-wang-malaysiaq-bantah-pembaziran-rm18-juta

Menteri: RM1.8 juta bagi kempen laman sosial

Menteri: RM1.8 juta bagi kempen laman sosial
Aidila Razak
Jun 15, 11
3:19pm

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen hari ini menjelaskan bahawa RM1.8 juta yang dibelanjakan bagi kempen penjenamaan laman media sosial kementeriannya bukan hanya terhad untuk membuat laman Facebook.

NONE"(RM1.8 juta) adalah untuk menjawab, memberi maklumat, interaksi dan memantau (kerja di laman Facebook) menilai semula, pengumpulan data, pembangunan kandungan dan pengiklanan di Google, Facebook...

"Awak fikir murah ke? Pelancongan Australia belanja RM150 juta untuk tiga tahun akan datang di media sosial,” katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur.

Menurut Ng, Facebook digunakan sebagai satu platform dan menerusinya laman web Cuti-cuti Malaysia Pelancongan Malaysia telah mendapat 24,000 peminat sejak ia dilancarkan pada Mei lalu.

"Kami sasarkan 120,000 peminat pada penghujung kempen enam bulan... Facebook Pulau Pinang hanya ada 120,000 peminat selepas bertahun-tahun, sebegitu sedih,” katanya.

Semalam, Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya telah membelanjakan RM1.8 juta di laman Facebook, termasuk perbelanjaan untuk aplikasi enam Flash, pembangunan, kerja-kerja menyelenggara dan pengiklanan.

Tender untuk kontrak selama tiga tahun itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/167003

RM1.8 juta... untuk laman Facebook?

RM1.8 juta... untuk laman Facebook?

Joseph Sipalan
Jun 14, 11
3:47pm

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

NONEAnthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

NONETimbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.

Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.

"Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/166890

Wednesday, February 23, 2011

Kedah giat promosi 'Green Tourism' sebagai tarikan pelancongan baru

Muhayat Jasmin

ALOR SETAR, 23 Feb: Usaha bagi mempelbagaikan daya tarikan pelancong ke negeri Kedah dipergiatkan melalui pelbagai program yang telah direncanakan bagi mencapai matlamat menjadikan Kedah sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang amat menarik.

Exco Pelancongan, S. Manikumar yang mengulas mengenai daya tarikan ini berkata, Kerajaan Negeri sedang giat mempromosikan 'Green Tourism' dimana tempat-tempat menarik yang mempunyai keindahan alam hijau dan juga flora serta fauna akan diketengahkan.

"Banyak tempat-tempat menarik seperti Ulu Muda, Lembah Bujang di Merbok, Sungei Sembeling dan juga Gunung Jerai mempunyai keindahan kehijauan alam yang mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong.

"Usaha sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mempromosikan keindahan dan tarikan ini kepada pelancong-pelancong luar negara seperti Singapura dan juga Thailand. 'Green Tourism' ini amat membantu pelancongan di Kedah. Oleh kerana itu ia perlu diketengahkan kepada pelancong kerana keindahan flora dan fauna yang begitu unik dipunyai oleh negeri Kedah," katanya.

Kata beliau, usaha terbaru itu juga bertujuan meluaskan tumpuan pelancongan di Kedah supaya tidak hanya tertumpu kepada Langkawi sahaja.

"Selain Langkawi, banyak lagi kawasan-kawasan pelancongan yang ada di negeri Kedah boleh dipromosikan sebagai destinasi pelancongan yang amat menarik. Jika di Thailand, agensi pelancongan yang ada di sana mempromosikan pusat pelancongan dalam negara.

"Maka itu, adalah tidak sukar bagi semua agensi pelancongan yang ada di Kedah mempromosikan pelancongan di tanah besar Kedah supaya ia setara dengan promosi pelancongan yang dilakukan di Langkawi bagi meningkatkan jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini, " ujarnya.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31020:kedah-giat-promosi-green-tourism-sebagai-tarikan-pelancongan-baru&catid=50:negeri-kedah-darul-aman&Itemid=95

Friday, February 18, 2011

'Political tourism can overcome Yen Yen's fear'

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Feb 17: Responding to a claim by Tourism minister Ng Yen Yen that discouraging Muslims from celebrating Valentine's Day would cause a decline in tourism arrival in the country, PAS vice president has suggested a novel way of boosting domestic tourism: political tourism.

Tuan Ibrahim Tuan Man (pic) said a main ingredient of this new breed of tourism is by-election.

“After the 12th general election, we have had 15 by-elections, with the 16th coming to Kerdau. These by-elections have generated many activities to stimulate the local economy, and this is a new attraction to develop economy,” quipped the PAS commissioner for Pahang.

Ng had recently cited PAS Youth’s move to counsel unmarried Muslim couples against immoral activities as being the reason for drop in the tourist arrival. She however did not substantiate her worries with facts or statistics.

'Locals' death wish'

Tuan Ibrahim further remarked that such has been the lure of contracts worth millions that locals in areas affected by by-elections "wished for their representatives to die earlier".

Unlike Ng (left) however, Tuan Ibrahim backed his claims, however sarcastic it sounds, pointing out to rental rate which skyrocketed in Galas, Tenang, Batang Ai, as well as in Kerdau where a by-election is looming, which saw monthly rate shooting from about RM200 to some RM4000.

“Similarly, the food industry, restaurants and printing companies will also benefit during a by-election. Not to mention political running dogs who will reap rewardd from the people’s money during that time,” he added.

But short of murder, how does one ensure that by-elections are called for every now and then to boost "political tourism"?

Tuan Ibrahim has prepared the answer: new election rules can be introduced, including a requirement that candidates must be above 70 years of age, suffer serious medical illness as well as fraught with financial problems.

http://en.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2288:drop-in-tourism-can-be-remedied-by-candidates-dropping-dead&catid=34:primary&Itemid=56

Tuesday, February 8, 2011

Pelancong kena culik

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

SEPANG: Seorang wanita warga China yang datang ke Malaysia untuk melancong melalui detik cemas apabila diculik dan disamun tiga lelaki ketika dia menunggu teksi di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira 9 malam 2 Februari lalu itu, mangsa berusia 31 tahun yang baru tiba ke negara ini terkejut apabila seorang lelaki tidak dikenali memaksanya masuk ke dalam kereta Toyota Vios hitam berhenti di hadapannya.


“Mangsa yang dalam keadaan ketakutan hanya mampu berdiam diri dan mengikut segala arahan tiga suspek di dalam kereta terbabit berikutan bimbang di apa-apakan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipaksa menyerahkan semua barangan berharga miliknya sebelum ditinggalkan di kawasan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


“Mangsa kerugian wang tunai RM500 dan satu beg berisi pakaian,” kata sumber itu.


Menurutnya, mangsa yang trauma dengan kejadian menimpanya hanya berjalan tanpa arah sebelum dibantu seorang anggota polis trafik yang menemui mangsa. Mangsamembuat laporan di Balai Polis KLIA.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelancongkenaculik/Article/index_html

Friday, January 28, 2011

Bali diancam debu Bromo

JAKARTA: Beberapa penerbangan antarabangsa keluar masuk Pulau Bali dibatalkan atau dialih bagi mengelak ancaman debu gunung berapi, kata pihak berkuasa semalam.

Debu dari Gunung Bromo - satu pusat tarikan pelancong popular di Jawa Timur - kini merebak ke pulau peranginan berkenaan.


Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan, berkata maklumat dari pusat pemantau mengesahkan debu Gunung Bromo kini mencapai ketinggian 5,500 meter dan menjejaskan sebahagian daripada Bali.

“Sebagai langkah keselamatan, kerajaan menasihati syarikat penerbangan supaya mengelakkan kawasan itu,” katanya.


Bagaimanapun, setakat ini belum ada rancangan untuk menutup sementara Lapangan Terbang Ngurah Rai yang menjadi pintu masuk utama pelancong ke Bali. - AFP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BalidiancamdebuBromo/Article/index_html

Saturday, January 15, 2011

Selangor usaha perbanyak kemudahan pelancongan

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 15 Jan: Pameran Pelancongan Antarabangsa MATTA Selangor; Umrah dan Destinasi Muslim (MASUM) ke-4 sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dekat sini sehingga esok.

Perasmian MASUM petang semalam telah disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berucap memberikan penekanan peri pentingnya bidang pelancongan dibangunkan khususnya di Selangor.

Menurutnya, jika diambil satu perempat sahaja jumlah umat Islam seramai 1,000 juta di seluruh dunia, bidang pelancongan mampu dikembangkan dengan pesatnya kerana ia boleh memberi pulangan besar kepada industri ini.

"Sudah pasti jumlah pelancong sebanyak 250 juta itu boleh mendatangkan pulangan besar kepada bidang ini yang lebih banyak terarah kepada sektor perkhidmatan," tegasnya.

Abdul Khalid memberi jaminan berusaha untuk memperbanyakkan lagi kemudahan pelancongan di Negeri Selangor khususnya bagi memastikan negeri ini mampu berada dalam peta pelancongan dunia.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan pihak berwajib agar mewujudkan satu tabung khas berbentuk insuran bagi menjaga kemaslahatan pelancong jika apa-apa berlaku terhadap mereka ketika berada dalam pakej terlibat.

Katanya, isu ini boleh dijayakan dengan penglibatan ramai peserta menjadikan jumlah premiumnya rendah namun dapat menampung keperluan mereka yang mencarum untuk mencapai hasrat terbabit.

"Setelah itu, adalah lebih baik ganjaran yang diperolehi itu boleh dikeluarkan dengan segera secara tunai di mana-mana mesin auto-teller di seluruh dunia," tambahnya lagi.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti Elizabeth Wong, Teresa Kok dan Dr Halimah Ali serta Pengerusi MATTA Malaysia, Datuk Mohd Khalid Harun dan Pengerusi MATTA Selangor, Mohd Akil Yusof.

Menurut Akil, sebanyak 110 petak telah dipenuhi dalam pameran kali ini yang melibatkan syarikat kembara sebanyak 34 agensi, bukan agensi kembara (22), syarikat penerbangan (8) seperti Gulf Air, Egypt Air, Oman Air, Jet Airways, Firefly, MAS, Qatar Airlines dan Fly Emirates.

MASUM 2011 ini adalah anjuran MATTA Cawangan Selangor dengan kerjasama Tourism Selangor, PADAT, MBSA dan SACC yang memberikan fokus umrah dan destinasi pelancongan Muslim ke seluruh dunia.

Sepanjang program berlangsung, diadakan satu pameran dibawa khas dari Negara Turki dengan tema The Sacred Trust of Prophet Muhammad SAW. difahamkan pertama kali diadakan di luar negara itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30359:selangor-usaha-perbanyak-kemudahan-pelancongan&catid=1:utama&Itemid=50

Monday, January 10, 2011

Pelancong Palestin kerugian RM5,000 selepas bawa gadis ke bilik

KUALA LUMPUR: Senyuman nakal dan tubuh menggoda dijadikan modal seorang wanita untuk memperdaya pelancong asing supaya membawanya pulang ke bilik hotel didiami bagi melakukan seks sebelum dirompak.

Gadis berusia 20-an terbabit yang berpeleseran di pusat hiburan dan kononnya sanggup ditiduri secara percuma dikesan bijak menggunakan kesempatan atas sikap tidak berwaspada mangsa untuk melakukan jenayah berkenaan.

Difahamkan, mangsa biasanya akan diberikan layanan istimewa suspek sehingga keletihan dan tidur mati bagi membolehkan gadis itu melarikan barang mangsa tanpa disedari.

Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru kelmarin, seorang pelancong dari Palestin, 30-an, menjadi mangsa apabila digoda suspek yang baru dikenalinya di sebuah pusat hiburan di ibu kota.

Berdasarkan laporan, mangsa membawa pulang gadis terbabit ke hotel didiami di Jalan Raja Laut di sini, kira-kira jam 1 pagi. “Mangsa dan suspek dikatakan melakukan seks menyebabkan dia keletihan dan tertidur. Apabila tersedar, mangsa terkejut mendapati gadis terbabit hilang,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian memeriksa beg pakaiannya dan mendapati wang, telefon bimbit, kamera dan pasport antarabangsa miliknya lesap. Mangsa yang kerugian kira-kira RM5,000 kemudian segera ke Balai Polis Dang Wangi.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelancongPalestinkerugianRM5_000selepasbawagadiskebilik/Article/index_html

Wednesday, December 22, 2010

Pesawat Tentera Thai Bawa Pulang Mangsa Kemalangan Berlepas Ke Bangkok

Rabu Disember 22, 2010

KUALA LUMPUR: Mayat 25 pelancong Thai yang terbunuh dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lepas dibawa pulang dengan dua pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand, Rabu.

Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan TUDM Subang di sini pada pukul 5 petang.

Seorang daripada 10 pelancong Thai yang cedera dalam kejadian itu juga dibawa pulang ke Bangkok menerusi penerbangan itu.

Kesemua mayat itu dibawa dengan sebuah treler dan sebuah van dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dan tiba di Subang pada 3.30 petang.

Tiga mangsa yang cedera dibawa dengan ambulans ke Bukit Kayu Hitam untuk dihantar ke Haadyai manakala enam lagi masih menerima rawatan di Ipoh.

Kemalangan terburuk dalam sejarah negara itu turut mengorbankan pemandu bas dan pemandu pelancong, kedua-dua warga Malaysia. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/12/22/mstar_berita/20101222173215&sec=mstar_berita

Pesawat khas bawa pulang 25 warga Thailand

IPOH: Jenazah 25 rakyat Thailand yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, kelmarin dibawa pulang ke negara asal mereka dalam tempoh terdekat menggunakan pesawat penerbangan khas.

Duta Thailand ke Malaysia, Thana Duangrana berkata, pihaknya berusaha supaya penerbangan khas ke Bangkok itu berlepas di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.


“Permohonan dibuat kepada kerajaan Thailand supaya pesawat khas diterbangkan ke Malaysia bagi tujuan itu.

“Segala persediaan termasuk urusan dokumentasi dilakukan secepat mungkin bagi membolehkan proses membawa pulang jenazah dibuat dalam tempoh terdekat ini,” katanya ketika melawat mangsa yang cedera dan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.


Dalam kemalangan bas terburuk dalam sejarah negara jam 11.40 pagi kelmarin, 27 daripada 37 penumpang bas persiaran dua tingkat itu terbunuh, selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan lalu terbalik, sebelum terhumban dalam longkang di laluan bertentangan selepas terbabas ketika melalui selekoh tajam.


Daripada jumlah itu, 25 maut ialah pelancong Thailand, manakala dua lagi rakyat tempatan, pemandu bas dan pemandu pelancong. Jenazah pemandu bas, Omar Shahidan, 48, dan pemandu pelancong, Soonkorn a/l Kian, 38, sudah dituntut keluarga masing-masing.

Difahamkan, Kedutaan Thailand membawa waris mangsa dari Bangkok menerusi penerbangan komersial pagi ini untuk proses pengecaman mayat di Ipoh. Seramai 10 mangsa yang terselamat masih dirawat di beberapa wad termasuk Duranee Songserm, 59, yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 11 mayat ditempatkan di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, enam di Hospital Batu Gajah dan masing-masing empat mayat di Hospital Sungai Siput dan Hospital Hulu Kinta.


Sementara itu, Setiausaha Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan, Kudratullah Fatimy Afandi berkata, pihaknya memberi surat tunjuk sebab kepada syarikat SK Murni Travel and Tours berhubung kemalangan itu.

Katanya, syarikat itu diberi masa tujuh hari memberi laporan lengkap mengenai kemalangan terbabit.


“Kami akan mendapatkan laporan daripada agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis mengenai punca sebenar kemalangan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pesawatkhasbawapulang25wargaThailand/Article/index_html

Monday, December 20, 2010

27 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai

KEMALANGAN MAUT...Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.


Isnin Disember 20, 2010

IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/12/20/mstar_jenayah/20101220143635&sec=mstar_jenayah

Chingay jadi tarikan pelancong

Fakhri Ali

GEORGETOWN, 18 Dis: Pertandingan 'chingay' seluruh Melaysia yang menggunakan tiang bendera paling besar dan diimbang dengan menggunakan bahagian atas badan akan menjadi satu tarikan menarik pelancong tempatan dan luar negara, malam ini.

Exco Pembangunan, Pelancongan dan Kebudayaan Pulau Pinang, Law Heng Kiang berkata, pertandingan yang turut disertai oleh kumpulan dari Sabah dan Sarawak ini akan diadakan di Padang Kota Lama berhadapan dengan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

"Pertandingan ini akan memberi persembahan yang menarik kerana di samping memperlihatkan ketangkasan kumpulan untuk mempertahankan tiang bendera yang diimbangi dari terjatuh, ia juga menguji semangat berpasukan apabila berlakunya pemindahan tiang bendera tersebut dari seorang ke seorang.

"Kejuaraan Chingay All Star ini telah pun memasuki tahun kedua pada tahun ini. Selain dari persembahan chingay yang menarik ini, seramai 40 jurufoto dari Kuala Lumpur akan turut berkumpul bagi merakamkan aksi menarik pertandingan berprestij malam ini," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lancang berkata, pertandingan kali ini juga sebagai salah satu usaha kerajaan negeri mengorak langkah untuk menjadikan aktiviti lasak dan aksi menarik dan ngeri ini sebagai salah satu daya penarik kepada pelancong tempatan dan luar negara.

Menurut perangkaan jumlah pelancong yang telah melawat Pulau Pinang sehingga Mac 2010 adalah sebanyak 430,355 orang jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2009 hanya sebanyak 318,912 orang.

Program galakan pelancongan ini juga adalah sejajar dengan asprasi Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang melalui 'Tahun Melawat Pulau Pinang 2010-2014' yang bertemakan ' Penang Has It All' akan memberikan segala kemudahan bagi menarik pelancong ke negeri ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29906:chingay-jadi-tarikan-pelancong&catid=55:negeri-pulau-pinang&Itemid=100

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...