Showing posts with label Isu Azan dan Bacaan Al-Quran di Masjid. Show all posts
Showing posts with label Isu Azan dan Bacaan Al-Quran di Masjid. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Umno hipokrit isu akidah








Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihat supaya masalah akidah jangan dikorbankan walaupun berlainan ideologi politik menunjukkan Umno hipokrit.

“Sebenarnya nasihat ini patut ditujukan kepada pemimpin Umno yang sedang mempolitikkan isu murtad kebetulan isu ini berlaku di negeri Pakatan Rakyat,” katanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Jika berlaku di negeri yang ditadbir oleh Umno tentunya nada berlainan, katanya.

“Inilah wajah pemimpim umno yang bersikap hipokrit, daripada dahulu sampai sekarang dalam isu agama,” katanya.

Katanya, jika satu isu itu menguntungkan, maka mereka seolah-olah bercakap mempertahankan Islam seolah-olah lanjutan pemerintahan khalifah al-Rasyidin.

Beliau bertanya, mana suara pemimpin Umno apabila Noraishah Bukhari di Johor, Hartina Kamarudin di Perak, Lina Joy di Wilayah Persekutuan yang murtad.

Waktu itu, jelasnya PAS dan NGO lain bangkit menentang, pada ketika itu mungkin Umno belum berjumpa lagi kitab akidah menyebabkan mereka membisu.

Begitu juga dalam politik, katanya ketika bertemu dengan orang bukan Islam mereka menakutkan dasar Islam yang hendak diperjuangkan oleh PAS.

Menurutnya, apabila bertemu dengan orang Islam, mereka mengatakan bahawa PAS sudah tidak berani menegakkan Islam kerana takut kepada DAP dan PKR.

“Inilah contoh hipokrit pemimpin Umno ketika berkempen di dalam pilihan raya, Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri tidak menghalang kerajaan Melaka yang hendak membina Tugu 1Malaysia.

“Bukankah fatwa mengatakan tidak boleh membina tugu?” soalnya.

Katanya, kerajaan pimpinan Umno terus langgar juga fatwa tersebut.

Menurutnya lagi, sikap pragmatis dan hipokrit pemimpin Umno terserlah lagi dalam isu larangan memasang bacaan al-Quran melalui pembesar suara sebelum Subuh yang diarah oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang.

Maka, ujarnya bangkitlah pemimpin Umno menunjukkan kejahilan mereka menentang secara membuta tuli dengan menuduh itu satu lagi penghakisan syiar Islam di bawah pemerintahan Lim Guan Eng.

Pada hal, tambahnya isu itu tidak ada kaitan langsung dengan Pejabat Ketua Menteri.

Begitupun, katanya pemimpin Umno menikus apabila kerajaan Perlis di bawah pemerintahan Umno bersetuju dengan arahan Jabatan Mufti Pulau Pinang.

“Kenapa pemimpin Umno tidak mengamuk kepada kerajaan Perlis?” soalnya lagi.

Jawapannya, kata beliau mudah kerana itu negeri Umno dan jika Umno buat semua kebal.

Beliau bertanya lagi, mana suara pemimpin Umno ketika seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan berkumandangnya azan di Masjid Al-Khadijah, Kampung Pantai Dalam.

“ Suasananya tentu berlainan jika yang melakukan ini ahli DAP. Pemimpin Umno tidak tahu mana sunat dan mana haram,” ujarnya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5108-umno-hipokrit-isu-akidah

Thursday, August 18, 2011

Umno politikkan isu larangan baca al-Quran guna pembesar suara

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Selagi boleh, saya tidak mahu menyemarakkan pertembungan politik sepanjang bulan Ramadhan. Saya kira waktu yang amat bernilai ini amat sesuai digunakan untuk berzikir, membaca al-Quran dan menghayati maknanya sesuai dengan kemuliaan Ramadhan. Namun, mengambil kira bahawa nama saya disebut berulang kali oleh media massa milik Umno hari ini (16 Ogos 2011), saya ringankan tangan saya untuk menulis sedikit jawapan untuk tatapan masyarakat.

Saya mengira, Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara ini kerana larangan menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP. Bagi saya, tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang. Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’ Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?

Isu ini sebenarnya sengaja dipolitikkan sehingga menjadi polemik. Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini? Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar Umno sendiri ialah kebangsaan dan sekular. Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan Umno. Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno. Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam. Saya kira, ini sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Barangkali pihak ini ‘tidak tergamak’ untuk menggantikan Umno untuk memperjuangkan Islam. Masakan tidak, bila pula pernah Umno berjuang untuk Islam?

Sesungguhnya Islam itu indah kerana ia diakui sendiri oleh Allah SWT sebagai rahmat. Tetapi sayangnya cara Umno mempersembahkan Islam pada hari ini, saya lihat ia menggerunkan masyarakat bukan Islam. Apa yang tidak diajar oleh Islam, itulah yang diperbesarkan oleh Umno. Manakala apa yang benar-benar termaktub ditidakkan. Bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan. Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah SAW sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain. Ini disebut di dalam sebuah hadis :

اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ

Yang bermaksud : “"Pernah Nabi Muhammad SAW beriktikaf dalam masjid, lalu baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran atau solat) lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: "Ketahuilah sesungguhnya setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan, atau sabdanya: dalam solat". – Riwayat Abu Daud.

Bahkan ini pernah ditegur oleh Ibnu Qayyim al-Jauzi di dalam kitabnya Talbis Iblis. Katanya :

وقد لبس إبليس على قوم من القراء فهم يقرأون القرآن في منارة المسجد بالليل بالأصوات المجتمعة المرتفعة الجزء والجزأين فيجمعون بين أذى الناس في منعهم من النوم وبين التعرض للرياء. ومنهم من يقرأ في مسجده وقت الأذان لأنه حين اجتماع الناس في المسجد.

Yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Iblis telah mengaburi terhadap satu golongan dari pembaca al-Quran di mana mereka membaca al-Quran di mimbar-mimbar masjid pada waktu malam dengan suara beramai-ramai yang kuat samada satu juzuk atau dua juzuk lalu mereka telah mengumpulkan di antara menyakiti manusia dengan menghalang mereka daripada tidur dan mendedahkan diri kepada riya’. Dan ada di antara mereka yang membaca al-Quran di masjidnya pada waktu azan kerana pada waktu itulah manusia berkumpul di masjid…” – halaman 3, kitab Talbis Iblis, cetakan pertama 1405H terbitan Darul Kitab al-Arabi, Beirut.

Tidaklah saya ingin memutlakkan pandangan Ibnu Qayyim ini agar diterima semua pihak. Tetapi sekurang-kurangnya sudah ada pandangan dari ulama terdahulu yang menegah untuk dibaca al-Quran dengan kuat di masjid kerana dibimbangi mengganggu tidur masyarakat sekitar. Jika terbukti tidak mengganggu, tidaklah menjadi halangan. Justeru, ia terpulang kepada keadaan setempat dan situasi semasa masyarakat.

Hairannya, judi yang benar-benar dilarang oleh Islam pula nampaknya tidak diendahkan pula oleh Umno. Di Kelantan, kami disaman oleh MCA kerana menghalang premis judi daripada beroperasi dan kes ini sedang disebut di mahkamah. Saya tertanya-tanya, di mana perwira-perwira Umno dalam isu ini? Atau tiba-tiba keris telanjang Ketuanan Melayu menjadi tumpul bila berdepan dengan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional?

Saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi. Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa. Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana. Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara. Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.

Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang. Jangan dibiarkan lidah berbicara sesuatu yang sudah diketahui pembohongannya kerana dibimbangi ia hanya menggandakan dosa di sisi Allah SWT kerana menodai kesucian Ramadhan. Dan biarlah ia juga boleh menjadi jawapan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.



YAB DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 16 Ramadhan 1432H / 16 Ogos 2011M


http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/mursyidul-am/4955-umno-politikkan-isu-larangan-baca-al-quran-guna-pembesar-suara

Mujahid: Di sebalik fatwa larang baca Al Quran

Mujahid Yusof


Pulau Pinang memang mendapat perhatian yang cukup meluas sejak 2008 tapi malangnya tumpuan media ke Pulau Pinang lebih berniat malafide dan kadang-kadang berbaur fithan dan pembohongan. Paling menarik isu Pulau Pinang ialah berligar di sekitar isu Melayu dan Islam di Pulau Pinang dengan mesej perkauman yang rumusannya ialah tentang penindasan kerajaan Dap ke atas orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Terkini ialah isu larangan membaca Al Quran dengan menggunakann pembesar suara dari corong mesjid dan surau. Sememangnya telah diduga keputusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang isu ini akan mengundang kontraversial dan pastinya menjadi bola tanggung bagi Umno dan sekutunya untuk membidas dan melibas kerajaan negeri mengikut tema serangan media
yang sudah ditetapkan oleh sutradara-sutradara di Putrajaya.

Tidak sukar untuk mengenali modus operandi media perdana yang bertaraf longkang di Malaysia ini kerana gaya pemikiran mereka mendatar dan mudah dibaca, apatah lagi latarbelakang perundangan yang mencengkam pengamal media perdana hari ini menyebabkan media di Malaysi tidak berada pada tahap kebebsan yang sepatutnya.

Apapun isu ‘larangan membaca Al Quran dari corong pembesar suara mesjid dari pejabat Mufti Pulau Pinang sekali lagi akan menjadi mangsa media yang bagai harimau lapar menanti sahaja peluang yang ada untuk menyerang mangsanya.

Saya memulakan penulisan ini dengan menyentuh pihak media kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk mengkaburkan keadaan dan mengeksploitasikan keadaan untuk melaksanakan agenda menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang. Saya kesal kerana isu pokok
pandangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dalam kes ini telah dikaburkan manakala tambahan ‘rempah ratus’ menyedapkan golongan pemfitnah terus digembar-gemburkan sehingga asal permasalahan diabaikan. Ini sesuatu yang tidak adil kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipesongkan niat asal keputusan itu dibuat.


Saya melihat isu ini dalm perspektif yang objektif kerana asas keputusan itu dibuat jauh dari sebarang kepentingan politik atau campurtangan politik. Kedua, keputusan itu dibuat mengikut kerangka dan proses kerja Jabatan Mufti dan bukan dalam kerangka Exco Agama Pulau Pinang dan jauh sekali Pejabat Ketua Menteri.

Dari awal lagi asas keputusan dibuat tiada unsur kepentingan pentadbiran kerajaan negeri. Jabatan Mufti bertindak di atas kes aduan yang dibuat dan Jawatankuasa Fatwa akan berbincang dengan bantuan unit penyelidikan di Jabatan Mufti dengan merujuk kepada kes yang diadukan.
Dalam hal ini kes yang diadukan ialah hukum penggunaan pembesar suara yang memperdengarkan ayat-ayat Al Quran dari corong mesjid dan surau. Aduan ini juga beralasankan bahawa perbuatan itu ‘mengganggu’ suasana sekeliling. Jawatankuasa Fatwa bersidang bagi menjawab persoalan ini. Dorongan keputusan di sini jelas datang dari proses biasa apabila sesuatu kes diadukan untuk mendapatkan hukum Islam dalam hal ini.


Kerakusan media ‘membelasah’ pandangan ini melalui kenyataan-kenyataan yang provokatif telah memburukkan institusi pembuat keputusan dalam Islam dan kedudukan Mufti sendiri sebagai Penasihat Raja-Raja Melayu. Apakah kerana kenyataan keputusan ini datang dari Pejabat Mufti Pulau Pinang maka ia tidak perlu dihormati? Apa bezanya institusi Mufti Pulau Pinang dengan yang lain?

Mengapa Perlis yang sudahpun membuat keputusan larangan ini tidak kecoh dan heboh? Mengapakah Perlis tidak dilabel sebagai negeri yang mahu ‘meminggirkan Islam’ dengan larangan ini, sedangkan Pulau Pinang dicop demikian. Apa beza larangan yang dibuat oleh Pejabat Mufti Perlis dengan yang di Pulau Pinang?

Adapun beberapa pihak yang mendakwa bahawa YDP Agung tidak dirujuk, mereka jahil tentang proses sesuatu keputusan dibuat. Apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang hanyalah pendapat tentang hukum kes yang dirujukkan, ia belum menjadi fatwa selagi tidak dipersembahkan kepada Agung dan selalunya Agung akan menghormati keputusan Mufti yang lebih arif tentang hukum hakam Islam.

Jawatankuasa Fatwa yang meneliti kes yang dirujuk tidak perlu berbincang dengan YDP Agung, hanya setelah hendak diwartakan barulah perlu mendapat perkenan Agung. Sehingga kini status keputusan hanyalah di peringkat Jawatankuasa dan tidak boleh dikuatkuasakan walaupun tanggungjawab pihak yang terlibat ialah mengormati keputusan.

Merujuk kepada soalan mengapa Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan, ia adalah satu lagi kejahilan pihak tertentu tentang proses dan hubungan dengan Fatwa Kebangsaan. Sama kesnya dengan Isu “Pengharaman Poco-Poco” Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan awal tentang keputusan itu, hanya setelah dibincangkan Fatwa Kebangsaan menolak tetapi menghormati keputusan Mufti Perak.

Maknanya penerimaan atau penolakan Majlis Fatwa Kebangsaan terpulang kepada Muzakarah yang dibuat dan jika ditolak ia hanya di peringkat kebangsaan sahaja dan Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan negeri masing-masing. Mengapa peraturan ini tidak dipakai untuk kes keputusan Mufti Pulau Pinang?

Saya belum sempat lagi menulis tentang dalil keputusan larangan yang bagi saya cukup syar’ie dan ada dalil yang kukoh dan perlu dihormati. Janganlah kita kerana tenggelam dengan garis politik sempit dan dendam sanggup membutakan mata kita dengan perkiraan syari’e yang menjadi asas kepada setiap perkara dalam tindak tanduk kita. Malangnya orang Melayu sendiri yang memperbodohkan diri mereka dalam isu ini sehingga tersingkaplah wajah mereka sebenarnya yang kononya menjadi pembela Islam tetapi untuk Pulau Pinang mereka membelasah institusi Islam semahu-mahunya! Saya amat menyokong pandangan Mufti dan syabas kerana berani berkata benar walaupun pahit.

Mujahid Yusof Rawa
MP Parit Buntar
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional


http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/4932-mujahid-di-sebalik-fatwa-larang-baca-al-quran

Tuesday, August 16, 2011

'Larang pembesar suara bukan keputusan negeri'

'Larang pembesar suara bukan keputusan negeri'
Ogos 15, 11 11:25am


Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang melarang penggunaan pembesar suara sebelum azan subuh, kata Exco Hal-Ehwal Agama Abdul Malik Kassim.

abdul malik pc 120811 01Sebaliknya, menurut beliau, keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulama, professional agama serta wakil daripada istana.

“Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat Majlis Fatwa bilangan 2/2011 yang dipengerusikan oleh mufti kemudiannya disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun lalu yang memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.

Boleh pertimbangkan

“Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa,” tambah beliau.

azan islam call to prayerAbdul Malik berkata mereka sebagai pentadbir institusi agama sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Menurutnya, Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah.

“Demi kepentingan politik sempit, pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan Majlis Fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

“Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

“Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama,” katanya.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri) berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

Turut menyokong tindakan itu adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


http://malaysiakini.com/news/173017

Mufti: Larangan pembesar suara bukan fatwa

Mufti: Larangan pembesar suara bukan fatwa
Ogos 15, 11 6:13pm

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah
berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.


Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

azan islam call to prayer"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

azan call for prayerBeliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/173088

Mufti P.Pinang: Larangan dan bukan fatwa

Posted by admin on August 15th, 2011

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad (gambar) menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

“Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni,” katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.

“Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

“Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.


http://www.kl-today.com/2011/08/mufti-p-pinang-larangan-dan-bukan-fatwa/

Monday, August 15, 2011

Menilai gelagat dan “nawaitu” orang politik pertahan Aqidah ummat

Dr Dzulkefly Ahmad


AKHBAR Utusan Malaysia terus menerus memutarkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) keatas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama baru baru ini tanpa memperdulikan tindakan itu bakal mengundang pertentangan agama dan perkauman yang melampau.

Meletakkan tajuk Bajet 2012 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri sebagai tajuk utama pilihan pengarang, akhbar itu juga turut memaparkan gambar berwarna sekumpulan badut Umno BN menjalankan demonstrasi di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Gambar muka depan itu menyerlahkan peri-laku mereka yang meletakkan mangkuk tandas dan penyapu sebagai bantahan kepada Menteri Besar Selangor. Demonstrasi itu adalah bagi menyatakan perasaan mereka yang tersinggung dengan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana kenyataan memohon maaf kepada pengurusan gereja terbabit atas serbuan pihak JAIS itu.

Seramai kira kira 30 orang demonstran hadir yang mewakili 2 pertubuhan bukan kerajaan iaitu, Permuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan ( Gempak). Mereka turut mempertikaikan sikap Khalid yang kononnya dituduh memperdagangkan Islam dan akidah umat islam kerana kepentingan politik.

Apakah salah tindakan Khalid memohon maaf bagi pihak kerajaan negerinya, sementara menunggu laporan lengkap dari JAIS berikutan insiden tersebut, sehingga tindakannya itu dianggap mereka sebagai memalukan dan tidak wajar?

Kewajaran Khalid meminta maaf itu tidak patut diputarbelitkan media. Ia boleh diertikan bahawa Khalid kesal isu sebesar ini tidak dimaklumkan kepada beliau dan tidak juga kepada Exco agamanya. Ini tidak bermakna bahawa Khalid menyokong gereja tersebut. Sebaliknya pulak ianya juga tidak menggambarkan Khalid menyalahkan JAIS dalam tindakan mereka.

Yang penting sebagai ketua sebuah negeri, Khalid mahu dilihat berhati hati dalam membuat sebarang tindakan kerana menjaga keharmonian perasaan antara kaum dan agama. Tegasnya Khalid mahukan laporan lengkap disiapkan bagi mengadili kes ini dengan baik berpandukan maklumat yang tepat.

Begitu juga dalam menagani isu isu lain bersabitan pertentangan agama seperti masalah kuil dan kepala lembu dan babi hutan, serangan terhadap rumah ibadat dan kes perebutan anak selepas ibu atau bapa kembali ke agama asal dan sebagainya. Isu seumpama ini amat sensitif dan emotif, berlembut tidak bermaksud kita lemah atau menyebelahi dan lunak kepada sesuatu pihak.

Laporan lengkap dan terperinci insiden tersebut dijangka diterima selepas Hari Raya Aidilfitri. Khalid mahukan laporan penuh termasuk semua bahan bukti dan soal siasat keatas 12 individu yang dikatakan terbabit dalam usaha memesongkan akidah mereka oleh pihak gereja Methodist Damansara Utama.

Pengarah Eksekutif, Harapan Komuniti Raymond Koh juga telah tampil memberi kenyataan bahawa majlis makan malam yang diadakan di premises gereja tersebut adalah bertujuan mengutip dana , ianya dihadiri jemputan dari pelbagai kaum dan beliau juga mendakwa makanan yang dihidangkan halal dan disediakankan oleh orang melayu.

Beliau menyatakan kekesalannya bahawa majlis kutipan dana itu telah disalah tanggap sebagai majlis memurtadkan orang Islam. Beliau juga terkilan serbuan JAIS itu dibuat tanpa sebarang waran ditunjukkan walaupun pihaknya meminta pegawai JAIS berbuat demikian.

Walaubagaimana pun JAIS sedar bahawa mereka dibenarkan berbuat demikian dibawah peruntukan Enekmen Ugama Bukan Islam 1988. JAIS kini bertanggungjawab mengumpul segala bukti bagi memperkukuhkan dakwaan bahawa wujud usaha untuk memurtadkan orang Islam.

Akhbar Utusan Malaysia juga mendahului pihak JAIS apabila menyiarkan satu lapuran dari beberapasumber di muka 4 akhbar bertarikh 11 Ogos 2011, bagaimana serbuan itu dibuat serta berjaya mendapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa majlis tersebut sememangnya majlis memurtadkan orang islam. Umum menyaksikan sekali lagi UM menjalankan perbicaraan melalui media atau “trial by the media”. Ini amat dikesali pelbagi pihak. Ia juga bercanggah dengan prinsip Islam “Al-Aslu Bari atul Zimmah” – “Tidak Berdosa-Bersalah selagi belum dibuktikan” yang berkebetulan diguna pakai dalam perundangan sivil.

Pengarang UM seharusnya menghormati kenyaatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang meminta semua pihak menghentikan segera sebarang spekulasi sehingga pihak JAIS menyelesaikan siasatannya. Tampaknya UM mendahului Menteri agama itu.

Sementara itu pimpinan PAS terus dikecam oleh pelbagai pihak atas sikap yang dikatakan berdiam diri kerana menghitung kepentingan politik mereka.

Sayugia dingatkan bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Hj Hadi Awang telah membuat kenyataan akhbar selepas mesyuarat JK Kerja PAS Pusat bahawa PAS akan bersemuka dengan kedua dua pihak terbabit. Ini bagi mendapatkan penjelasan supaya jalan terbaik yang lebih harmoni dan adil dapat dicapai.

Kajian rambang penulis, mendapati pendirian itu amat disenangi pelbagai pihak: Islam dan Bukan-Islam. PAS nyata sekali lagi menyerlahkan sentuhan politiknya yang semakin matang. Apakah itu yang sangat dicemburi seteru poitiknya, Umno. Mungkin PAS lebih memahami dan mendalami tuntutan “Politik Baru”.

Seorang penganalis politik upahan Umno, atas perasaan cengkil mungkin, telah menyelar PAS mengalami sindrom “skizofrenia politik” kerana kononnya berpecah pendirian dalam mendepani isu ini. Ketua Pemuda PAS dikatakan menyokong Dr Hassan Ali, sementara pendirian pimpinan Pusatnya menentang. Cubaan beliau melaga-lagakan PAS itu nyata meleset.

Apa yang disebut oleh Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam kenyataan blognya, menegaskan pendirian Pemuda yang tidak akan bertolak ansur dalam mempertahankan soal akidah umat Islam, walaupun terpaksa mengorbankan tenaga, wang ringgit mahupun darah dan nyawa. Komitmen itu adalah menasabah dan sepatutnya lahir dari seorang Ketua Pemuda sebuah parti Islam.

Nasrudin juga turut menyatakan menyokong tindakan pimpinan tertinggi mengatur pertemuan dengan pihak gereja dan JAIS sebelum membuat sebarang kenyatan. Jelasnya soal akidah tidak boleh dipandang ringan terutama dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.

Kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam akhbar Utusan Malaysia jelas bertujuan mengeruhkan semangat setiakawan antara PAS dengan DAP dan PKR apabila memutar belit kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS dalam soal akidah umat islam. PAS dan Ketuanya tidaklah semudah itu boleh dipermainkan oleh politik murahan dan ledakan emosi orang-orang Umno yang mahu dilihat menjadi jagoan Islam

Terkini Ezzam Mohd Nor, Lokman Adam, bersama seorang ahli parlimen bebas Zulkifli Nordin dengan sekumpulan pemuda yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mencegah Murtad telah mengisytiharkan kesediaan untuk berperang habis-habis terhadap portal Malaysiakini dan Malaysianinsider kerana didakwa biadap terhadap JAIS.

PAS tidak akan terikut-ikut dengan rentak dan gelagat Umno yang gagal mempamerkan sikap Islam yang sebenarnya. PAS tidak perlu bersaing dengan Umno bagi membuktikan siapa lebih ‘hebat’ untuk mempertahankan aqidah ummat Islam. Sebabnya jelas. Tradisi mempertahan aqidah dan akhlak Ummat sememang menjadi tunggak dan teras perjuangan PAS termaktub dalam Perlembagaan parti Islam itu.

Umno yang baru celek dan ketika bertindak ternyata lebih memburukkan lagi keadaan. Kini tindakan ganas dan melulu ini bakal mencetuskan mudharat bagi Islam. Dalam kejahilan uslub dan metodologi memperjuangkan Islam, Umno gagal menyerlahkan ‘kemuliaan dan kerahmatan’ agama ini.

Menilai kesungguhan pemimpin pemimpin Umno mempertahankan akidah umat islam yang dikaitkan dalam isu serbuan ini, mengingatkan kita pada satu peristiwa yang melibatkan mantan mufti Selangor ketika itu Al-Marhum Dato’ Ishak Baharom yang “dipecat” dari jawatannya juga ketika itu cuba menyelamatkan akidah umat Islam.

Kerajaan negeri Selangor, dibawah pentadbiran Umno-BN telah tidak menyambung kontrak Dato’ Ishak Baharom sebagai Mufti Besar Selangor ketika itu kerana terlibat dalam usaha penangkapan 3 orang gadis melayu oleh JAIS yang menyertai pertandingan ratu cantik di salah sebuah hotel di Subang Jaya pada 13 Jun 1997.

Beliau dan penguasa JAIS dikecam hebat oleh media yang juga ketika itu dikuasai oleh Umno BN. Bantahan orang ramai juga disiarkan secara terbuka dan pelbagai peringkat pimpinan Umno BN mengutuk tangkapan tersebut. Dato’ Ishak Baharom dikecam hebat oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed.

Sebagai seorang Mufti Besar Negeri Selangor tentulah beliau percaya sebarang perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan adalah dilarang sama sekali oleh agama islam. Ini termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor yang telah diwartakan 2 tahun sebelum kejadian itu pada 11 Mei 1995.

Pimpinan Umno wajar diingatkan bahawa ada 2 kelompok utama yang terdedah kepada kerosakan aqidah. 1. Terlalu miskin dan dhaif dalam menyara kehidupan dan 2. terlalu jahil serta longgar dalam pegangan agama serta dibuai dengan hiburan yang melampau. Sejak isu murtad disebut-sebut bertahun lamanya , apakah tindakan konsisten yang dilakukan Kerajaan Pusat dan menteri agamanya?

Pemimpin Umno mutakhir ini yang menunjukkan ghairah bercakap tentang mempertahankan aqidah ummat ini perlu tengok balik kepada diri mereka sendiri. Sejauhmanakah mereka terlibat dalam menjadikan kedua-dua golongan tadi semakin kritikal dan tenat

Tengok kepada polisi dan dasar hiburan negara. Tengok juga kepada kejayaan proses pembasmian kemiskinan selepas DEB dan jurang kaya-miskin yang semakin melebar. Tengok kepada proses pembolotan kekayaan negara dan peminggiran sebahagian rakyat yang terpinggir dalam arus pembangunan mutakhir ini. Golongan asnaf dan fuqara serta ibu tunggal nyata dalam pengkalan data negeri dan Pusat.

Persoalannya, mengapakah masih ada ummat Islam yang dhaif mengadu nasib kepada badan pertubuhan NGO Kristian dan lain-lain? Benarkah agensi-agensi dan jabatan-jabatan Islam gagal menangani keperluan mereka, seperti lazim didakwa pelbagai pihak? Apaah tindakan undang-undang sahaja mampu mengawal kejadian seumpama ini? Ataukah ia membayangkan permasalahan yang lebih mendasar dan mendalam di segi pegangan aqidah, kafahaman dan amalan ummat Islam di negara ini?

Islam berdiri atas hujjah dan kefahaman yang jelas. Keyakinan aqidah mesti dibina atas ilmu dan pengetahuan yang kukuh. Aqidah adalah natijah iman yang mendalam dan tidak dapat dipaksakan. Paksaan adalah bertentangan dengan uslub atau kaedah menanamkan Iman dan keyakinan. Paksaan akan membuahkan sifat Nifaq, satu yang berlawanan dengan sifat Aqidah yang mesti dilakukan secara redho atas kejelasan hujjah dan ilmu.

Bertempek, melaung dan berdemonstrasi sahaja untuk ummat berpegang dengan aqidah bukan jalannya menanam dan menyuburkan Aqidah ummat. Meleka dan melalaikan ummat dengan hiburan keterlaluan juga berlawanan dengan usaha untuk mempertahankan aqidah ummat.

Atas bahu kepimpinan politik dan agama, tugasan untuk mendidik ummat Islam ini diletakkan. Aqidah adalah keyakinan hati dan jiwa. Ia tidak dapat dipasakkan dengan undang-undang dan hukuman semata-mata. Ia perlu dibina dengan menyeluruh dan konsisten serta bereterusan.

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak memerlukan ia diperkasa dengan ‘keangkuhan’ lebih dari ia perlu ditampilkan dengan sifat “Rahmah” dan “Ihsan Belas” kepada pihak lain. Ada yang juga tak kena dengan kepimpinan yang bertanggungjawab tentang agama Islam di Negara ini yang gagal memahami bahawa Islam itu bukan dalam kedudukan diserang atau “under-siege” seperti yang didakwa pihak tertentu yang tidak memahami watak dan sifat Islam itu sebenarnya.

Bahkan Politik Baru menampilkan satu keselesaan dan perasaan saling menghormati yang cukup mendalam sekaligus membuka ruang ‘dialog’ antara agama yang cukup luar biasa. Pernah penulis sendiri terasa akan permusuhan dan perseteruan yang sangat tajam dengan pihak IFC satu ketika dahulu.

Namun setelah ruang dialog, wacana dan diskusi mampu dibina, maka runtuh segala tembok-tembok prajudis. Semua masih kuat dengan pegangan agama dan kepercayaan masing-masing, mungkin lebih kukuh lagi. Tetapi hari ini , kami boleh berkawan bahkan bergandingan bahu kea rah mencari “Satu Malaysia Baru” yang lebih cemerlang, hebat dan gemilang.

Hari ini, Dato Ambiga, Malik Imtiaz dan Harris Ibrahim adalah kawan dan rakan seperjuangan penulis dalam BERSIH 2.0. Kami memahami mereka dan mereka lebih memahami kami lagi dan mengapa ummat Islam cukup sensitif dengan persoalan Aqidah dan Akhlak atau Moral. Kami akan terus mewujudkan dialog dan wacana nasional ini bagi memperkukuhkan persefahaman antara agama dan budaya bagi menjauhi prajudis dan buruk sangka. Inilah Politik Li-Ta’arafu – “Saling Kenal-Mengenali-Hormat-Menghormati” yang dianjurkan Al-Quran.

Bukankah persefahaman ini yang dimahukan PM Najib dalam pendekatan “moderate’nya? Bukankah ini yang dicanang merata dunia yang kononnya dilaksanaka di Negara contoh ini? Namun jelasnya kesemua ini tampak kosong dan lompang. PAS dan Pakatan rakyat jauh lebih berjaya dan telus dalam menghidupkan dan menghayati tuntutan “Al-Wasatiyyah” atau “Keserdahaan” yang dianjurkan oleh Islam.

Kembali kepada persoalan pokok. Bila direnungi kesemua pergolakan ini, anda tidak dapat mengelak dari bertanya. Benarkah Umno konsisten untuk mempertahankan aqidah ummat ataukah ia lebih tepat lagi kerana ingin menangguk di air keruh untuk kepentingan kepartaian sahaja bagi menjatuhkan lawan politiknya? Politik itu murni dan medan untuk bersaing bagi mencari redho Allah. Tetapi nyata hari ini, politikuslah kelompok utama yang merosakkan medan amal ini.

Mungkin kesemua ini tidak salah dari perspektif politik Umno. Tetapi jangan sampai ‘nawaitu’ politik sebenar itu, yang diadunkan atas nama agama, merosakkan kemuliaan Islam sebagai agama Rahmatan Lil-‘Alamin!

Masa akan menentukan dan menyerlahkan kebenaran hakikat ini.

**Dr Dzulkefly Ahmad adalah Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS



http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/dr-dzulkefly-ahmad/4898-menilai-gelagat-dan-nawaitu-orang-politik-pertahan-aqidah-ummat

Isu azan dedah sikap hipokrit Umno

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Tindakan Umno cuba mempolitikkan semua isu yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR), terutamanya isu agama memperlihatkan betapa dangkalnya pemikiran dan sifat hipokrit mereka.

Dalam isu fatwa pembesar suara yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri Pulau Pinang, Umno kelihatan ingin mempolitikkan isu tersebut sehingga tidak boleh membezakan mana keputusan fatwa negeri, dan mana satu tindakan kerajaan negeri.

“Isu bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara pada waktu pagi bukanlah isu baru, kerana ianya sudah acap kali ditimbulkan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah keputusan mufti dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang melihat isu ini bercanggah dengan nas yang jelas, kerana tindakan memperdengarkan bacaan al-Quran, walaupun ia satu kebaikan; namun Islam juga mengambil kira soal sensitiviti orang lain yang inginkan ketenangan, ada kanak- kanak yang sedang tidur, orang yang uzur, terutamanya yang tua sakit dan sebagainya,” terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Fatwa larangan pembesar suara di Pulau Pinang yang dibuat Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kini menerima pelbagai sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk mufti Perlis, Juanda Jaya, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kerana ia bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur cuba dipolitikkan Umno sebagai satu keputusan negeri Pulau Pinang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin dipetik sebagai cuba menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang atas tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tersebut dengan menyatakan “perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.”

“Tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan keputusan Fatwa Kerajaan Pulau Pinang, kata Tuan Ibrahim merupakan satu penghinaan kepada wibawa Mufti dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang telah membua kajian dan keputusan yang teliti.

Bayangkan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng, tentu ia akan menimbulkan kegilaan huru-hara para pemimpin Umno dan saudara baiknya Perkasa dan juga mengkritik beliau,” bidas Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Lajnah Penerangan PAS bahagian Dakwah.

Membandingkan dengan sikap pemimpin Umno dan Perkasa yang berdiam seribu bahasa Kerajaan Negeri Melaka memanjang tempoh hiburan sehingga jam 3 pagi di bulan Ramadhan, Tuan Ibrahim menyifatkan semua aksi ini adalah “gelagat pimpinan Umno Perkasa yang hanya nampak ada mata pada perkara yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat, sebaliknya membiarkan kemungkaran di negeri yang diperintah mereka.”

“Sikap sedemikian mencerminkan Umno sebagai sebuah parti yang mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan agama, sehingga sesuatu kemungkaran terang-terangan, terutamanya yang berlaku di negeri pimpinan Umno dibiarkan tanpa sebarang kritikan dikeluarkan,” tambah beliau.

Dalam isu murtad yang kini hangat diperdebatkan di media ekoran kontroversi melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Tuan Ibrahim mengecam sikap Umno yang tetiba cuba menjadi hero dalam isu ini, walhal mereka jugalah yang menyokong usul-usul pencegahan murtad umat Islam di Parlimen yang dibawa oleh para pemimpin PAS.

“Tapi kini dalam kemelut gereja-Jais, lebih-lebih lagi apabila berlaku di negeri Pakatan Rakyat maka golongan ini, seperti skrip drama yang tidak berubah terus berriuh-rendah di media kononnya nak menyelamatkan aqidah umat Islam dari murtad. Sekiranya ini berlaku di negeri mereka, percayalah isu ini akan menjadi senyap-sepi seperti isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu ahli Umno sendiri dan sebagainya.

Sekiranya ada keuntungan politik, di sanalah mereka akan berkokok. Demi agama, bangsa dan negara – hanya dan bila hanya ada keuntungan politik - inilah sikap bermuka-muka pimpinan Umno,” selar Tuan Ibrahim.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4911-isu-azan-dedah-sikap-hipokrit-umno

Larang guna pembesar suara selaras syarak







Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 14 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh selari dengan syarak.

Menteri Besar berkata, Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.

"Hanya azan sahaja yang perlu dikuatkan dengan tujuan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat dan meninggalkan sementara urusan dunia," katanya selepas merasmikan pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad di KTC hari ini.

Beliau diminta mengulas larangan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menggunakan pembesar suara di masjid sebelum solat Subuh kerana ia dianggap mengganggu ketenteraman masyarakat berbilang kaum.

Sebelum ini media melaporkan JHEAIPP mengarahkan semua masjid dan surau menghentikan bacaan al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh kerana bercanggah dengan hukum syarak.

Arahan tersebut juga selaras dengan keputusan masyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri berkenaan pada 7 April lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam jangan begitu seronok membaca al-Quran dengan menggunakan pembesar suara kerana ia tidak elok dan boleh mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak sedang tidur.

"Di Kelantan mungkin tak apa, sebab sudah menjadi perkara biasa, namun sesetengah tempat mungkin tidak boleh dan keputusan itu perlu dihormati," ujarnya.

Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, suasana masyarakat berbilang kaum perlu diambil kira apabila memperdengarkan bacaan al Quran secara kuat sebelum Subuh.

Katanya, bagi penduduk tinggal di negara yang majoritinya orang Islam perkara seperti itu tidak berbangkit kerana orang ramai sudah faham.

“Apa yang diputus di Pulau Pinang itu selaras dengan kehendak syarak kerana suasana persekitarannya bukan hanya didiami orang Islam sahaja.

“Syarak hanya membolehkan azan dilaungkan dengan kuat bagi menyedarkan orang yang tidur supaya bangun menunaikan solat,” ujarnya di sini.

Tindakan JHEAIPP turut disokong pensyarah USM, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang memberi contoh Rasulullah saw pernah melarang orang membaca al-Quran secara kuat dalam masjid kerana boleh mengganggu jemaah lain.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4908-larang-guna-pembesar-suara-selaras-syarak

Jangan manipulasi isu akidah

Harakahdaily

SHAH ALAM, 14 Ogos: NGO Islam mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Demikian antara resolusi Sidang Meja Bulat NGO-NGO Islam bertajuk Isu Aqidah Ummah: Apa Sikap Kita anjuran Ikatan Ilmuan Malaysia (Ilmuan) yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, semalam.

NGO yang terlibat ialah PIMPINAN, ILMAM, Sekteriat Pemuda Perihatin, Yayasan Kepimpinan Malaysia, Ummah Prihatin Malaysia, ILMUAN, Pro – Guam, Perubatan Islam Darus Syifa’, PAPISMA, GAMIS, INTELEK, BISA - Belia Islam Ampang, IKATAN - Ikatan Padu Rakyat Malaysia, IMPROF - Pertubuhan Muslim Professional, Khidmat - Ikatan Khidmat Muslim, MPM - Majlis Perundingan Melayu, GAGASAN, PMRAM, UKP - Usrah Kebajikan Profesional, FORKAD - Front Bertindak Anti Murtad, Umah Care, Terap Care, Tabung Kebajikan Al-Masakin dan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Berikut adalah resolusi penuh sidang meja bulat berkenaan.

1. Kami bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.

2. Kami mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

3. Kami menggesa supaya Jais dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

4. Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.

5. Kami mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

6. Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.

7. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati.

8. Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.

9. Kami mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini.

10. Kami NGO yang hadir hari ini bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4907-jangan-manipulasi-isu-akidah

Sunday, August 14, 2011

NGO Islam gesa akhbar jangan putarbelit isu akidah Islam

Ogos 14, 11 1:04pm

Sidang meja bulat NGO Islam yang semalam meluluskan 10 resolusi termasuk menggesa supaya isu berkaitan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Selain itu, mereka juga menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha memurtadkan umat Islam sebagaimana tuntutan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan bekas pengerusinya.

NONEMereka juga menuntut semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi Islam, termasuk meruntuh institusi pendidikan Islam, masjid dan surau, memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia kerana tindakan mereka telah mendorong agama Islam tidak dihormati.

Sidang meja bulat itu diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu turut disertai Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurut presiden IlMUAN, Dr Fuad Salleh, resolusi lain yang diluluskan dalam sidang meja bulat tersebut ialah:

1. Bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.

2. Mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah agama rakyat.

4. Menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.

5. Menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.

6. Menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.

9. Mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini.

Manakala NGO yang hadir di sidang meja bulat semalam turut bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.

NGO yang hadir ialah Sekteriat Pemuda Perihatin, Yayasan Kepimpinan Malaysia, Ummah Prihatin Malaysia, ILMUAN, Pro– Guam, Perubatan Islam Darus Syifa', PAPISMA, GAMIS, INTELEK, PIMPINAN, ILMAM, Belia Islam Ampang (BISA), Ikatan Padu Rakyat Malaysia (IKATAN), Pertubuhan Muslim Professional (IMPROF), Ikatan Khidmat Muslim (I-Khidmat), Majlis Perundingan Melayu (MPM), GAGASAN, PMRAM, Usrah Kebajikan Profesional (UKP), Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD), Umah Care, Terap Care dan Tabung Kebajikan Al-Masakin.


http://malaysiakini.com/news/172964

Fatwa P.Pinang: Nik Aziz sokong

Posted by admin on August 14th, 2011

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya, lapor Bernama.Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh.

“Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di Kota Bharu hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau di negeri itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkan dalam KRKB yang baru dilancarkan itu.

Ini kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasi menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Semasa ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannya dianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata kegagalan koperasi itu ekoran kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998.


http://www.kl-today.com/2011/08/fatwa-p-pinang-nik-aziz-sokong/

Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?

Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 13, 11
6:06pm

Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.

Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

azan islam call to prayer1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

kaabah mekah islam holycity 080307 largeLalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.

Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

pakistan terror school 071204 badshahi mosque"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

azan call for prayer5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.

Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.

"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.


http://malaysiakini.com/news/172926

Larang pembesar suara: Perlis sokong Pulau Pinang

Larang pembesar suara: Perlis sokong Pulau Pinang
Ogos 13, 11 9:46am

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang," katanya.

Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan ssebarang bacaan selain azan dengan kuat ssebelum dan selepas'.

Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.

azan call for prayer“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.

“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih.

“Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam,” katanya.

Hormati keputusan

Mengulas perkara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik Bernama berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.

NONE"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur malam semalam.

Berita Harian semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Akhbar milik Umno itu juga memetik pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Abd Shukor Husin, berkata larangan itu ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini

Sebaliknya, kata beliau, larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.

"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya dipetik Berita Harian.


http://malaysiakini.com/news/172875

Umno: Pulau Pinang tak sensitif isu agama

Ogos 13, 11 3:27pm

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.

zahid hamidi wavingBeliau berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.

"Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu," katanya kepada pemberita di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid berkata, larangan yang dikeluarkan oleh JHEAIPP itu adalah arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya merujuk fatwa itu kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama.

Katanya, apa yang dikhuatiri sekarang ialah larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

azlan"Biarpun kita menghormati agama lain, sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, amalan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara harus dihormati," katanya.

Beliau berkata, "dalam soal agama dan bangsa, jangan harus berbeza pendapat walaupun mempunyai fahaman politik yang berlainan, kita harus bersama dalam menegakkan syiar Islam.

"Mereka yang menjadi pemimpin parti politik hendaklah senada memberikan pendapat, jauh sekali memberi pendapat politik sebagai fatwa Islam," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172903

Jakim sedia bincang dengan JK fatwa P Pinang

Ogos 14, 11 1:18pm

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia berbincang dengan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang berhubung fatwa yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan meminta Jakim membincangkan permasalahan itu kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan pada peringkat pentadbiran terlebih dahulu.

"Kita minta Jakim memanjangkan perkara ini untuk diperbincangkan bersama sebab ada perkara-perkara yang perlu kita selesaikan pada pentadbiran yang bukan memerlukan kepada muzakarah ataupun fatwa," katanya kepada pemberita di Majlis Iftar Perdana bersama Menteri di Surau Kampung Kilang Ketapan, di sini, semalam.

Beliau berkata isu azan itu juga wajar dibahaskan dalam perbincangan Muzakarah Fatwa agar dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Saya ada berbincang dengan Pengerusi Majlis Fatwa, hal-hal yang seperti ini elok juga dibahaskan supaya bukan hanya satu pandangan negeri, tetapi diangkat untuk pandangan semua pihak agar sebarang persoalan dapat kita putuskan dengan kebijaksanaan yang boleh berikan manfaat kepada semua umat Islam," katanya.

Jamil berkata masyarakat juga perlu memahami situasi yang berlaku di Pulau Pinang itu merupakan keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan ia berbeza dengan peringkat pusat.

Beliau berkata pada peringkat pusat terdapat Muzakarah Fatwa dan Majlis Fatwa yang masing-masing mempunyai peranan berbeza.

"Majlis Fatwa kita hanya bersidang pada perkara yang berkaitan dengan keperluan terutamanya oleh pihak negeri, Raja-raja (yang) memohon untuk kita membuat satu pandangan dan keputusan pada suatu hukum.

"Muzakarah Fatwa pula membincangkan beberapa perkara yang menjadi persoalan ataupun mencari hal-hal yang berlaku di kalangan umat Islam yang memerlukan kepada pandangan daripada para ulama," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172965

JAKIM masuk campur isu fatwa P.Pinang?

Posted by admin on August 14th, 2011

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia berbincang dengan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang bagi menangani isu salah faham fatwa yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan meminta Jakim membincangkan permasalahan itu kerana terdapatperkara yang perlu diselesaikan pada peringkat pentadbiran terlebih dahulu.

“Kita minta Jakim memanjangkan perkara ini untuk diperbincangkan bersama sebab ada perkara-perkara yang perlu kita selesaikan pada pentadbiran yang bukanmemerlukan kepada muzakarah ataupun fatwa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Perdana bersama Menteri di Surau Kampung Kilang Ketapan, di sini, Sabtu.

Beliau berkata isu azan itu juga wajar dibahaskan dalam perbincangan Muzakarah Fatwa agar dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di negaraini.

“Saya ada berbincang dengan Pengerusi Majlis Fatwa, hal-hal yang seperti ini elok juga dibahaskan supaya bukan hanya satu pandangan negeri, tetapi diangkatuntuk pandangan semua pihak agar sebarang persoalan dapat kita putuskan dengan kebijaksanaan yang boleh berikan manfaat kepada semua umat Islam,” katanya. Jamil berkata masyarakat juga perlu memahami situasi yang berlaku di Pulau Pinang itu merupakan keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan ia berbezadengan peringkat pusat.

Beliau berkata pada peringkat pusat terdapat Muzakarah Fatwa dan Majlis Fatwa yang masing-masing mempunyai peranan berbeza.

“Majlis Fatwa kita hanya bersidang pada perkara yang berkaitan dengan keperluan terutamanya oleh pihak negeri, Raja-raja (yang) memohon untuk kitamembuat satu pandangan dan keputusan pada suatu hukum.

“Muzakarah Fatwa pula membincangkan beberapa perkara yang menjadi persoalan ataupun mencari hal-hal yang berlaku di kalangan umat Islam yang memerlukankepada pandangan daripada para ulama,” katanya.


http://www.kl-today.com/2011/08/jakim-masuk-campur-isu-fatwa-p-pinang/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...