Showing posts with label Hamas-Hizbollah-Al-Qaeda-Zionis. Show all posts
Showing posts with label Hamas-Hizbollah-Al-Qaeda-Zionis. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Hamas, Hizbullah welcome 'historic victory'

Agencies

EGYPTIAN REVOLUTION GAZA, Feb 11: Palestinians in Gaza let off fireworks and shot into the air to celebrate Egyptian president Hosni Mubarak's forced resignation Friday, and Hamas called on Egypt's new rulers to change his policies.

"The resignation of Egyptian President Hosni Mubarak is the beginning of the victory of the Egyptian revolution," said Hamas spokesman Sami Abu Zuhri.

"Such a victory was the result of the sacrifices and the steadfastness of the Egyptian people," he told Reuters.

"We call upon the new Egyptian leadership to take an immediate decision to lift the blockade of Gaza and open Rafah (border) crossing permanently to allow people's free movement and in order for the reconstruction process of Gaza to begin," said Abu Zuhri.

Fireworks also lit up Beirut's sky Friday following the news from Egypt. Celebratory gunfire could be heard in the Shiite dominated areas in south Lebanon and in southern Beirut.

On al-Manar TV, Hizbullah television station, Egyptian anchor Amr Nassef cried emotionally on the air and said: "Allahu Akbar, the Pharaoh is dead. Am I dreaming? I'm afraid to be dreaming."

Hizbullah later congratulated the Egyptian people over its "historic victory," and Iran did the same, stressing that the Egyptian people achieved a "great victory."

http://en.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2265:hamas-hizbullah-welcomes-historic-victory&catid=37:world&Itemid=59

Sunday, September 26, 2010

Fatah-Hamas berdamai akhiri perang saudara


PENDUDUK bergembira ketika meraikan pertemuan Fatah dan Hamas yang diharap menamatkan ketegangan.

--------------------------------------------------------------------------------



RAMALLAH - Dua kumpulan bertelagah Palestin, Fatah yang mentadbir Tebing Barat dan seterunya, Hamas yang menguasai Gaza duduk semeja di ibu negara Syria, Damsyik kelmarin dalam satu pertemuan amat bersejarah.

Seorang anggota Jawatankuasa Pusat Fatah, Azzam Al-Ahmad berkata, mereka bertemu pemimpin politik Hamas dalam buangan di Syria, Khaled Meshaal selepas perjumpaan pertama di Arab Saudi dengan bantuan Mesir.

"Hubungan kami dengan Hamas tidak pernah putus," katanya merujuk kepada beberapa pertemuan secara rahsia di Lebanon, Gaza dan Tebing Barat dalam usaha mengakhiri perang saudara Palestin sejak pilihan raya 2006 lalu.

Hamas yang menentang pelan damai dengan Israel yang diusahakan Fatah dilaporkan semakin lemah dan tinjauan bebas menunjukkan hampir 50 peratus rakyat Palestin akan mengundi Fatah jika pilihan raya diadakan tahun ini.

Tinjauan juga mendapati, 54 peratus responden menyokong pelan damai kerana ia lebih menjaga kepentingan Palestin dan menolak Hamas yang dilihat kurang berupaya mengembalikan kestabilan di Palestin. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Tuesday, May 4, 2010

Rabai anti-Zionis meninggal dunia


GAMBAR fail menunjukkan Yasser Arafat (kanan) berbual dengan Moshe Hirsch pada 12 Januari 2002 di Ramallah, Palestin.


BAITULMUQADDIS - Moshe Hirsch yang merupakan seorang rabai Yahudi berfahaman anti-Zionis dan rakan karib kepada bekas pemimpin Palestin, Allahyarham Yasser Arafat, meninggal dunia di sini kelmarin semasa berusia 86 tahun, kata satu kumpulan Yahudi ortodoks semalam

Semasa hayatnya, Hirsch terkenal sebagai pemimpin kumpulan ortodoks, Neturei Karta yang menentang kewujudan Israel sebagai negara Yahudi selain persahabatan beliau dengan musuh Zionis iaitu Palestin.

Yasser yang meninggal dunia pada 2004 pernah melantik Hirsch sebagai penasihatnya berhubung hal ehwal kaum Yahudi.

Kumpulan Neturei Karta dikenali di peringkat antarabangsa selepas beberapa pemimpinnya berkunjung ke Iran pada 2006 bagi memberi sokongan kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam satu persidangan bagi menyangkal peristiwa penghapusan kaum Yahudi yang dilakukan rejim Nazi semasa Perang Dunia Kedua.

Hubungan rapat kumpulan itu dengan pentadbiran Palestin termasuk Hamas di Gaza, bagaimanapun, dikritik hebat oleh beberapa kumpulan anti-Zionis lain.

Sementara itu, penasihat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Hatem Abdel Qader berkata, beliau akan menyertai satu delegasi Palestin bagi memberikan penghormatan terakhir kepada rabai berkenaan.

"Kami mengganggap Rabai Hirsch seperti saudara kami sendiri (penduduk Palestin). Hubungan erat ini membuktikan bahawa kami bukan memusuhi agama Yahudi," katanya. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Tuesday, April 7, 2009

Obama tegaskan Al-Qaeda mahu musnah Barat


OBAMA berucap dalam sebuah dewan di Arena Rhenus Sports, Strasbourg, Perancis semalam.


STRASBOURG, Perancis - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menegaskan bahawa kumpulan Al-Qaeda masih berazam untuk mengancam penduduk Barat.

Ketika berucap di sini semalam beliau turut berkata, perang di Iraq telah menjejaskan tumpuan daripada matlamat asal yang dikongsi dengan Eropah untuk memusnahkan kumpulan pengganas itu.

Menurutnya, perang tidak popular itu melemahkan sokongan awal Eropah kepada AS selepas serangan pengganas 11 September 2001 ke atas negara kuasa besar dunia itu berlaku.

Bagaimanapun, kata Obama, beliau mahu memulihkan hubungan dingin antara AS dan Eropah kerana kedua-dua belah pihak masih berkongsi matlamat untuk menghapuskan Al-Qaeda.

"Kesepakatan antara AS dan Eropah perlu kerana dunia tidak boleh mengharapkan semuanya akan aman hanya kerana seseorang bernama Obama dipilih sebagai Presiden," katanya.

Beliau memberitahu sekumpulan pelajar Jerman dan Perancis di sebuah dewan di sini bahawa AS dan Eropah memiliki kepentingan masing-masing untuk menghalang serangan pengganas pada masa hadapan. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Sunday, March 1, 2009

Hamas-Fatah mula runding hari ini

BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas di Gaza dan kumpulan Fatah yang menduduki Tebing Barat mempunyai lebih banyak sebab untuk memulihkan hubungan demi membentuk sebuah negara Palestin berdaulat.

Kedua-dua kumpulan itu memulakan rundingan hari ini selepas beberapa usaha sebelum ini gagal.

Hamas memerlukan Fatah untuk memperoleh pengiktirafan antarabangsa untuk membina semula Gaza yang musnah akibat serangan tentera Israel. - AP


http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

Sunday, February 22, 2009

Hamas mahu Obama berlaku adil


JOHN KERRY (tengah) melawat kemusnahan di Jebaliya, Gaza pada Khamis lalu.


BANDAR GAZA - Seorang pegawai Hamas semalam mendedahkan kandungan sepucuk surat yang ditulis pergerakan itu untuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Ahmed Yousef berkata, surat itu meminta Obama untuk berlaku adil dalam menangani isu Palestin kerana ramai penduduk percaya bahawa dasar luar AS sentiasa memihak kepada Israel.

Surat berkenan dikirim kepada para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang kemudian menyerahkannya kepada Senator John Kerry ketika melawat Gaza Khamis lalu.

Ketibaan Kerry di Gaza menandakan lawatan tertinggi ahli politik AS sejak Hamas menguasai wilayah itu pada 2007. Kerry bagaimanapun tidak menemui pegawai Hamas.

Obama ketika berucap selepas mengangkat sumpah jawatan presiden pada 20 Januari lalu berkata, beliau mahu berbaik-baik dengan dunia Islam namun ia tidak jelas sama ada dasar AS terhadap Hamas akan berubah.

Kata Ahmed, dia menulis surat itu sebaik mengetahui kehadiran Kerry di Gaza.

"Kami mahu menggunakan peluang itu dan mahu surat itu diserahkan kepada tangan Obama," katanya. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Thursday, February 19, 2009

Israel ulangi pendirian isu Gaza


SEORANG pekerja bantuan kemanusiaan (kiri) mengisi makanan dalam pinggan untuk diedarkan kepada penduduk Palestin di Gaza, semalam.


BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert semalam mengulangi pendiriannya bahawa sekatan terhadap Gaza hanya akan ditarik semula selepas seorang askar negara itu, Gilad Shalit, dibebaskan.

"Kami mahu menyelesaikan isu Shalit dan akan melihat pembukaan semula lintasan sempadan serta program pemulihan semula Gaza," kata Olmert.

Kenyataan sama pada Ahad lalu menyebabkan Hamas menuduh Israel berdolak-dalik bagi mencapai satu gencatan senjata jangka panjang dengan pembebasan Shalit.

Askar Israel itu ditangkap oleh pejuang Hamas dalam satu serangan rentas sempadan dari Gaza dua tahun lalu.

Hamas menyatakan Shalit akan dibebaskan dalam satu perjanjian pertukaran tahanan yang berbeza.

Presiden Mesir, Hosni Mubarak sebelum ini turut menyatakan pembukaan sempadan tidak akan terikat dengan pembebasan Shalit.

"Mesir tidak akan mengubah kedudukan perjanjian damai. Pembebasan Shalit adalah isu berbeza yang tidak boleh dihubungkan dengan rundingan damai," lapor akhbar Al-Ahram yang memetik kenyataan Hosni.

Kaherah sebelum ini bertindak sebagai orang tengah dalam usaha menyatukan gencatan senjata yang menyaksikan kekejaman tentera Israel selama 22 hari di Gaza yang berakhir pada 18 Januari lalu. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Sunday, February 15, 2009

25 anggota Al-Qaeda mati dibedil


WANA - Satu serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) membunuh sekurangkurangnya 25 anggota Al-Qaeda di sempadan Pakistan semalam.

Serangan oleh pesawat tanpa juruterbang di wilayah Waziristan Selatan itu merupakan kejadian pertama sejak Presiden Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 20 Januari lalu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali menganggarkan 30 kematian manakala seorang pegawai keselamatan kanan Pakistan berkata, tidak ada pemimpin kanan Al-Qaeda dilaporkan mati.

“Seramai 50 hingga 60 pejuang Al-Qaeda tinggal di kawasan itu sejak seminggu lalu. Semua mereka ialah warga Uzbekistan,” kata seorang pemimpin Taliban. – Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Sunday, February 1, 2009

Hakim tolak tangguh bicara kes tahanan Guantanamo


WASHINGTON - Seorang hakim di penjara Teluk Guantanamo kelmarin menolak permohonan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk menangguhkan perbicaraan membabitkan seorang tahanan warga Arab Saudi.

"Hakim James Pohl menolak permohonan Obama untuk menangguhkan kes suspek penyerang kapal USS Cole pada 2000 selama 120 hari, kata jurucakap Jabatan Pertahanan, JD Gordon.

Akhbar Washington Post sebelum ini melaporkan bahawa alasan yang dikemukakan kerajaan untuk menangguhkan kes adalah tidak kukuh.

Pada hari pertama Obama di White House pada minggu lalu, Presiden AS ke-44 tersebut menandatangani perintah penutupan penjara kontroversi itu menjelang akhir tahun ini.

Tahanan warga Arab Saudi, Abd. al-Rahim al-Nashiri, 43, dijadual untuk menyatakan pengakuannya dalam satu perbicaraan pada 9 Februari ini. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Wednesday, January 28, 2009

Hamas agihkan wang bantuan


SEORANG wanita duduk di atas runtuhan rumahnya di Beit Lahiya, Gaza semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


JOHR AL-DEEK - Petugas-petugas Hamas mula mengagihkan wang bantuan kepada sejumlah keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan tentera Israel di Genting Gaza.

Pemberian awal itu merupakan sebahagian usaha Hamas untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Gaza di mana sebilangan mangsa serangan Israel mula mempersoalkan tindakan Hamas membedil roket ke Israel.

Kira-kira 1,300 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan tiga minggu itu dengan hampir 5,000 buah rumah musnah termasuk sebahagian besar infrastruktur di Genting Gaza.

Sejumlah keluarga di dua buah kampung di sini dan di Mughraqa, tengah Gaza menyatakan mereka menerima AS$1,000 (RM3,626) dalam bentuk wang tunai bagi setiap isi rumah.

Hamas sebelum ini mengumumkan akan membayar setiap keluarga yang kehilangan rumah lima kali ganda daripada jumlah tersebut.

Seorang mangsa serangan Israel di sini, Sobhi al-Shaweesh menyambut baik bantuan tersebut tetapi menyatakan ia tidak dapat menampung kerugian keluarganya. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Obama dakwa Osama gusar


OBAMA (kanan) ditemu bual oleh wartawan stesen televisyen Al-Arabiya di Washington kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mendakwa pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dan Ayman al-Zawahiri semakin gusar kerana bekas Presiden George W. Bush tidak lagi boleh dijadikan alasan sebagai bahan untuk mengambil anggota baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Obama dengan yakin menyatakan buah fikiran Osama sudah 'muflis' dan kumpulan militan itu gagal memberikan dunia Islam satu harapan.

Dalam satu temu bual dengan stesen berita Al-Arabiya, Obama berkata, tugasnya kini adalah untuk memberitahu seluruh umat Islam bahawa AS bukan musuh Islam.

"Tidak ada tindakan Al-Qaeda yang menyatakan pendidikan kanak-kanak menjadi lebih baik kerana pergerakan militan atau tahap kesihatan lebih baik kerana mereka," kata Obama kelmarin.

Katanya, semasa ucapan sempena pelantikan beliau sebagai Presiden AS ke-44 pada 20 Januari lalu, masyarakat akan menilai apa yang telah anda bina dan bukan apa yang telah anda musnahkan.

"Apa yang mereka (Al-Qaeda) lakukan ialah memusnahkan banyak perkara.

"Lama-kelamaan, dunia Islam akan mendapati mereka tidak menuju ke mana-mana kecuali lebih banyak kematian dan kemusnahan.

"Tugas saya adalah untuk memberitahu bahawa AS adalan rakan dunia Islam malah bahasa yang kami gunakan ialah bahasa untuk saling-menghormati,"
kata Obama.

Menurut Obama, beliau mempunyai ahli keluarga yang beragama Islam dan pernah menetap di beberapa buah negara Islam.

"Hari-hari yang menyaksikan kesombongan Washington sudah berakhir," kata Obama yang banyak mengubah dasar luar Bush. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Tuesday, January 27, 2009

Taliban bunuh ‘perisik’ AS


MIRANSHAH – Anggota-anggota pergerakan Taliban menembak mati seorang lelaki dan memotong sebelah tangannya setelah mendakwanya sebagai tali barut Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai semalam.

Mayat Mohammad Hussain ditemui di kawasan pergunungan Datta Khel di utara Waziristan yang terkenal sebagai hab Taliban dan Al-Qaeda.

“Mohammad diculik seminggu lalu dan tubuhnya mempunyai beberapa kesan tembakan di kepala dan sebelah tangannya dipotong,” kata seorang pegawai keselamatan. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

Wednesday, January 21, 2009

Hamas isytihar menang


" SEORANG ibu duduk dekat rumahnya yang musnah di kem pelarian Rafah, Gaza semalam."
--------------------------------------------------------------------------------


BANDAR GAZA – Sayap bersenjata Hamas semalam mendakwa bahawa pergerakan berkenaan hanya kehilangan 48 pejuang sepanjang 22 hari operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza.

Pergerakan tersebut juga berikrar untuk meneruskan peperangan sekiranya rejim Zionis enggan mengundurkan tenteranya dari Gaza.

“Seramai 48 pejuang kami telah mati syahid,” kata seorang jurucakap Briged Ezzedine Al-Qassam, Abu Obeida.

Tentera Israel sebelum ini mendakwa berjaya membunuh seramai 500 pejuang Hamas sepanjang operasi ketenteraan yang bermula pada 27 Disember lalu.

Abu Obeida juga mendakwa pihaknya berjaya

membunuh sekurang-kurangnya 80 askar Yahudi tetapi tentera Israel melaporkan hanya 10 askar terkorban.

Pasukan perubatan di Gaza melaporkan seramai 1,300 penduduk Palestin terbunuh dalam operasi itu yang berakhir dengan gencatan senjata kelmarin.

Sementara itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh mengisytiharkan kemenangan dalam pertempuran menentang tentera Israel.

Beliau yang juga pemimpin utama Hamas memberitahu bahawa gencatan senjata yang turut diisytiharkan oleh pergerakan itu sebagai keputusan bijak dan bertanggungjawab. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Sunday, January 18, 2009

Israel musnah masjid


BEBERAPA penduduk meninjau rumah Menteri Dalam Negeri Hamas, Said Siam (gambar kecil) yang terbunuh kelmarin akibat serangan Israel di Bandar Gaza.
--------------------------------------------------------------------------------


GAZA - Tentera Israel terus mengganas di Gaza semalam apabila melancarkan 40 serangan udara terhadap sejumlah sasaran ke atas pejuang Hamas, terowong dan masjid, kata pihak tentera rejim Zionis.

Tentera Israel memberitahu, sebuah masjid turut dibedil selepas mereka mengesyaki ia digunakan untuk dijadikan tempat menyimpan senjata.

Serangan terbaru itu dilancarkan sehari selepas bangunan-bangunan penting di Gaza terbakar akibat bedilan artileri tentera rejim.

Sementara itu, Israel mengundurkan sebahagian tenteranya pagi semalam dari kawasan Tal Al-Hawa di pinggir bandar Gaza di mana pertempuran sengit berlaku pada hari sebelumnya.

Banyak rumah orang awam musnah di kawasan penempatan yang sarat dengan penduduk itu manakala sebuah hospital turut terbakar.

Agensi perubatan Gaza berkata, setakat ini sekurangnya-kurangnya 23 mayat berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Semalam juga menyaksikan kematian Menteri Dalam Negeri Hamas, Said Siam di tangan rejim Zionis.

Beliau merupakan pemimpin Hamas paling kanan yang maut sejak rejim Zionis melancarkan Operasi Cast Lead pada 27 Disember tahun lalu bagi menghapuskan pejuang-pejuang Hamas yang melancarkan serangan roket ke arah wilayah Israel. - Agensi


KOMBINASI tiga gambar ini menunjukkan letupan sebuah rumah menerusi alat kawalan jauh ketika beberapa kereta kebal tentera Israel melintasi kawasan berkenaan di Genting Gaza semalam.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Thursday, January 15, 2009

Hamas sudah beri jawapan


KAHERAH – Menteri Luar Mesir, Ahmed Abul Gheit menyatakan kerajaan Hamas sudah memberi jawapan kepada perantara Mesir mengenai usul gencatan senjata di Gaza.

Beliau memberitahu, jawapan tersebut akan disampaikan kepada pihak Israel hari ini.

Pelan gencatan senjata itu menuntut supaya satu gencatan senjata segera berkuatkuasa di Gaza manakala Israel mengundurkan tenteranya dari wilayah itu. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Wednesday, January 14, 2009

Jet serang 60 sasaran utama


SATU bedilan mengenai sebuah bangunan di pinggir Bandar Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


GAZA - Jet-jet tentera Israel menyerang sejumlah 60 sasaran termasuk terowong untuk menyeludup senjata dari sempadan Mesir ke Gaza, lokasi pembuatan senjata dan pos operasi Hamas, kata tentera Israel.

"Kami mencapai banyak kejayaan dalam menghapuskan kemudahan Hamas, pemerintahan dan sayap bersenjata pergerakan tersebut," kata Ketua Tentera Israel, Gabi Ashkenazi.

Bagaimanapun, menurutnya, masih banyak lagi tugas yang perlu dilakukan oleh Israel untuk mencapai objektif operasi ketenteraan itu.

"Kami berusaha untuk melumpuhkan sayap bersenjata dan mengurangkan serangan oleh Hamas serta memperbaiki keselamatan penduduk selatan Israel yang sering diancam oleh serangan roket," katanya. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Rejim Zionis mahu hapus keturunan penduduk Palestin


BANDAR GAZA - Tentera Israel dan pejuang-pejuang Hamas berbalas tembakan di beberapa batang jalan raya di sini semalam.

Pertempuran sengit itu berlaku ketika Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mendakwa rejim Zionis berusaha untuk 'menghapuskan' penduduk Palestin.

"Israel masih meneruskan tindakan agresif untuk menghapuskan penduduk kita," kata Mahmoud dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Tebing Barat.

Menurut saksi-saksi pasukan unit khas tentera Israel yang dibantu oleh sejumlah kereta kebal dan serangan udara memasuki Bandar Gaza dan berada beberapa ratus meter dari kawasan perumahan.

Mereka berkata, pertempuran di bandar itu adalah yang paling sengit sejak rejim Zionis mara dengan tentera darat ke Gaza, 18 hari yang lalu.

Angka kematian akibat serangan di Gaza itu meningkat lebih 935 orang termasuk 280 kanak-kanak.

Sebanyak 4,260 orang turut cedera.

Setakat ini hanya sepuluh askar Israel dan tiga penduduk Yahudi terbunuh sejak rejim Zionis melancarkan operasi besar-besaran di Gaza pada 27 Disember lalu.

Sementara itu, ketua pentadbiran Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mendakwa Israel gagal untuk memusnahkan semangat penduduk Gaza.

Beliau mendakwa Hamas semakin hampir menuju kemenangan. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Kezaliman Israel terhadap budak


LOAY yang buta matanya melambaikan tangan di Hospital Shifa pada Sabtu lalu sebelum dihantar ke Arab Saudi.
--------------------------------------------------------------------------------


RIYADH - Seorang gadis yang kehilangan kedua-dua kaki dan seorang budak lelaki Palestin yang buta akibat serangan tentera Israel di Gaza kini dirawat di Arab Saudi, kata Menteri Kesihatan Arab Saudi, Hamad al-Manei.

"Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah melihat anda di televisyen dan baginda sangat tersentuh," kata Hamad kepada gadis itu yang dikenali sebagai Jamila.

Jamila yang bergerak dengan menggunakan kerusi roda berkata, dia sedang bermain di atas bumbung sebuah bangunan ketika kejadian itu berlaku.

"Saya tidak mempunyai bom atau senjata tetapi mengapa mereka (tentera Israel) menyerang saya," katanya.

Seorang lagi budak lelaki berumur 10 tahun, Loay Soboh dipindahkan ke Arab Saudi pada Sabtu lalu untuk menerima rawatan selepas matanya buta akibat serangan udara tentera Israel.

Sementara itu, Tentera Israel mengukuhkan kedudukan di sekeliling Bandar Gaza selepas operasi ketenteraan yang meragut nyawa lebih 900 penduduk Palestin tersebut masuk hari ke-18 semalam.

Bunyi letupan dan tembakan senjata api kedengaran selepas kereta kebal Israel semakin menghampiri pusat bandar yang padat dengan 500,000 penduduk.



HAMAD (kiri) bercakap kepada Jamila yang hilang dua kaki dan kini dirawat di sebuah hospital di Arab Saudi.
--------------------------------------------------------------------------------


Seorang penduduk, Talat Jad, 30, berkata, dia mendengar bunyi kereta kebal Israel bergerak sepanjang malam berhampiran rumahnya di pinggir Gaza menuju ke pusat bandar.

Menurutnya, dia dan 15 anggota keluarga yang lain berkumpul di dalam satu bilik serta terlalu takut untuk menjenguk tingkap bagi melihat keadaan di luar.

"Kami mematikan telefon bimbit kerana bimbang bunyi gajet itu mungkin didengar oleh askar Israel di dalam kereta kebal," katanya.

"Kami juga membaca al-Quran dan bersolat sehingga bunyi letupan tidak kedengaran lagi," ujarnya.

Pasukan perubatan di Gaza memberitahu seramai 18 pejuang Hamas termasuk tiga orang awam terbunuh dalam pertempuran di wilayah itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Tuesday, January 13, 2009

Israel serang penempatan awam


SEKUMPULAN penduduk Palestin melihat sebuah masjid yang runtuh akibat dibedil tentera Israel di Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


GAZA - Tentera Israel menjadikan kediaman orang awam di kawasan yang paling padat dengan penduduk di Gaza sebagai sasaran terbaru semalam.

Dibantu sejumlah helikopter tempur dan kereta kebal, tentera Israel mula memasuki timur dan selatan bandar Gaza dalam operasi memburu pejuang Hamas dari rumah ke rumah.

Pejuang-pejuang Hamas memberi tentangan dengan membedil peluru mortar dan antikereta kebal bagi menghalang kemaraan askar-askar Israel itu.



PENDUDUK Palestin menerima bekalan makanan daripada misi bantuan asing di Gaza
semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Beberapa pegawai perubatan memberitahu, separuh daripada 27 mangsa yang terkorban dalam pertempuran hari ke-16 semalam merupakan orang awam.

Menurut mereka, angka korban Palestin sejak Israel melancarkan serangan keatas Gaza pada 27 Disember lalu mencecah 869 orang dengan kebanyakan mangsa merupakan orang awam.

Di Israel, kerajaan negara itu menyatakan sejumlah 13 rakyatnya iaitu 10 anggota tentera dan 13 orang awam maut setakat ini akibat bedilan roket Hamas.

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert ketika berucap kepada kabinet negara itu dengan angkuh memberitahu bahawa operasi ketenteraan di Gaza semakin berjaya mencapai matlamatnya.



SEORANG lelaki melihat empat ahli keluarganya maut dibedil roket Israel di Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Namun, Olmert yang enggan mematuhi resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan tidak menetapkan tarikh khusus bagi Israel berundur dari Gaza.

Seteru Olmert, Khaled Meshaal yang memimpin Hamas juga menyatakan kerajaan Hamas di Gaza tidak akan menerima gencatan senjata itu sehingga Israel terlebih dahulu berundur dari Gaza dan membuka semua lintasan sempadan.

Di Amerika Syarikat (AS) pula, bakal Presiden Barack Obama berkata, konflik di Gaza bakal menjadi agenda utama dan beliau akan mencari jalan penyelesaian sebaik sahaja dilantik secara rasmi sebagai Presiden AS. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Friday, January 9, 2009

Hamas tidak akan kibar bendera putih

DAMSYIK – Seorang pegawai kanan pergerakan Hamas semalam menyatakan kumpulan itu tidak akan menyerah kepada tentera Israel.

Mohammed Nazzal yang memimpin Hamas di Damsyik, Syria turut berikrar bahawa askar rejim Zionis akan menyesali perbuatan mereka serta mengalami kekalahan teruk.

Lebih 700 penduduk Palestin terbunuh sejak Israel melancarkan serangan di Gaza pada 27 Disember lalu menerusi serangan udara, laut dan darat.

“Kami tidak akan kibar bendera putih, Jika mereka (Israel) ingin menyusup lebih dalam maka kami akan meningkatkan pertahanan termasuk melancarkan serangan dari rumah ke rumah, jalan ke jalan malah dari kampung ke kampung,” kata Mohammed.

Tambahnya, rakyat Palestin kini tidak mempunyai pilihan lain kecuali berperang menentang kezaliman Yahudi. – AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...