Showing posts with label GFI - Global Financial Integrity. Show all posts
Showing posts with label GFI - Global Financial Integrity. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Ramon: Aliran keluar wang haram M'sia perlu disiasat

Ramon: Aliran keluar wang haram M'sia perlu disiasat
Jan 27, 11 5:09pm

Terdapatnya keperluan untuk menyiasat dan mengambil tindakan pemulihan seandainya perlu, berhubung dengan laporan aliran keluar kewangan haram dari Malaysia, kata Pengerusi Pusat untuk Kajian Dasar Awam Institut Kajian Strategi & Kepimpinan (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam.

ramon navaratnam interview 071108 05Baru-baru ini, laporan oleh pemantau kewangan, Integriti Kewangan Global (GFI) menyebut yang aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 ialah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) dan lapan tahun kemudian, ia melambung kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).

"Kita perlu tanya diri kita sendiri mengapa wang ini keluar," kata Ramon kepada pemberita di Persidangan ke-13 Tinjauan Strategik Malaysia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Presiden Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia, Datuk Nicholas Zefferys memberitahu pemberita yang Bank Negara Malaysia telahpun menetapkan peraturan pengubahan wang haram yang ketat.

"Malaysia mempunyai perlindungan kukuh terhadap pengubahan wang haram dalam sistem perbankan tradisional," kata beliau.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/154663

Wednesday, January 26, 2011

Mukhriz tolak dakwaan GFI sebagai pelik

Mukhriz tolak dakwaan GFI sebagai pelik
Joseph Sipalan
Jan 26, 11
11:58am

Kerajaan tidak akan menyiasat dakwaan oleh sebuah pertubuhan antarabangsa yang menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu.

NONETimbalan Menteri, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak melihat relevannya perangkaan yang dipetik dalam laporan berkenaan.

Laporan pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI) menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

"Kami tidak lihat perlunya menyiasat perkara itu. Jika anda baca laporan itu, mereka membuat beberapa dakwaan pelik ke atas beberapa negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran pejabat baru Google Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

"Berdasarkan perangkaan Bank Negara, kita tahu berapa jumlah aliran sebenarnya, jadi sukar mempertimbangkan angka (dari GFI) sebagai fakta.”

NONELaporan itu turut menyatakan amaran bahawa peningkatan pelarian modal mendadak ini berlaku pada tahap yang jarang diperhatikan di negara Asia.

Faktor di sebalik aliran wang haram yang besar ini – dianggarkan berjumlah RM889 bilion dalam tempoh antara 2000 hingga 2008 – bagaimanapun sukar dipastikan.

Faktor berkenaan adalah di luar skopnya, menurut laporan itu lagi.

Bagaimanapun, isu-isu tadbir urus yang signifikan melibatkan sektor awam dan swasta memainkan peranan utama dalam pengubahan modal haram daripada negara ini, laporan itu dipetik.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/154509

Monday, January 24, 2011

Anwar: Mustahil sembunyi pelarian modal RM208b

Andrew Ong
Jan 23, 11
3:34pm

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap dakwaan berhubung aliran wang haram yang amat tinggi di negara ini.

anwar keadilan network launch 230111"Kita gesa kementerian kewangan menjawab (dakwaan ini) dan segala siasatan yang berhubung perkara itu," kata Anwar dalam sebuah program parti di Ampang hari ini.

"Jangan lindungi perkara korup. Jika mereka gagal, jelaslah ia melibatkan personaliti besar dalam BN dan kerajaan. Mustahil jumlah sebanyak RM208 bilion tidak boleh dikesan."

Pada 20 Januari lalu, sebuah pemerhati kewangan - Global Financial Integrity (GFI) - menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu.

Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.


Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.

NONEAnwar yang juga bekas menteri kewangan turut mengakui terkejut dengan jumlah besar wang yang didakwa terlibat.

Sambil menegaskan keperluan siasatan yang bebas, ketua pembangkang itu berkata Bank Negara juga harus menjelaskan situasi tersebut.

Sehingga kini belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan memalukan itu, yang meletakkan penguatkuasaan undang-undang kewangan di Malaysia bawah persoalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri enggan mengulasnya ketika ditanya Jumaat lalu, tetapi memberitahu Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan dengan segera.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/154201

Saturday, January 22, 2011

M'sia antara negara catat pelarian modal tertinggi

Jan 20, 11 6:22pm

Malaysia tersenarai antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu, menurut laporan sebuah pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI).

Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.

Laporan itu turut menyatakan amaran bahawa peningkatan pelarian modal mendadak ini berlaku pada tahap yang jarang diperhatikan di negara Asia.

Faktor di sebalik aliran wang haram yang besar ini – dianggarkan berjumlah RM889 bilion dalam tempoh antara 2000 hingga 2008 – bagaimanapun sukar dipastikan.

Faktor berkenaan adalah di luar skopnya, menurut laporan itu lagi.

Bagaimanapun, isu-isu tadbir urus yang signifikan melibatkan sektor awam dan swasta memainkan peranan utama dalam pengubahan modal haram daripada negara ini, laporan itu dipetik.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/153965

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...