Showing posts with label GAPENA. Show all posts
Showing posts with label GAPENA. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

Isu Interlok: NGO mahu Senator Murugiah dipecat

Abdul Rahim Sabri
Jan 15, 11
5:33pm

Anak lelaki Sasterawan Negara Datuk - Thariq melahirkan kekesalannya kerana karya ayahnya, novel Interlok telah dipolitikkan untuk kepentingan individu tertentu.

Katanya, apa yang ditulis oleh ayahnya itu adalah berdasarkan fakta dan kajian tetapi malangnya sesetengah pihak hanya membaca beberapa halaman dan tidak secara keseluruhan.

interkok author abdullah hussain's son Thariq Abdullah"Sehingga hari ini, ayah saya mempertahankan novel ini kerana itu adalah kenyataan.

"Beliau apabila mahu buat sesuatu, beliau akan membuat penyelidikan. Saya diberitahu ayah saya, sebelum menulis novel beliau bertanya dengan seorang ahli akademik untuk digambar dalam novelnya," kata Thariq.

Bercakap kepada media di perhimpunan protes mempolitikkan Interlok di ibu negara, Thariq berkata apa yang terdapat dalam novel tersebut "tidak perlu ditukar kerana semuanya adalah fakta".

NONEDitanya mengenai perasaan ayahnya ketika ini selepas novelnya menimbulkan kontroversi, Thariq berkata:

"Ayah agak tertekan, tetapi masih steady. Beliau tidak sangka ia berlanjutan sehingga berlakunya demontrasi dan membakar novel," katanya.

Thariq berkata pelbagai pihak termasuk NGO dan individu datang menziarahi ayahnya dan memberi serta menyatakan sokongan terhadap sasterawan negara itu yang kini terlantar kerana uzur.

Dunia sendiri

"Ayah saya orang sastera. Beliau hidup dalam dunianya tersendiri... beliau tidak mahu mengubah apa-apa (kandungan) sehingga hari ini.

"Ini kerana (novel) itu adalah hasil karyanya, dan ia tidak pernah dipertikaikan sebelum ini dan menjadi rujukan di universiti," tegas Thariq.

interlok gapena bannerSehubungan itu, Thariq mahu novel Interlok tidak dipolitikkan untuk keuntungan pihak tertentu.

Sebelum itu, Thariq yang dalam ucapannya, mahu semua pihak membaca novel berkenaan secara keseluruhan kerana ia menceritaka mengenai "susah payah" tiga bangsa - Melayu, Cina dan India - sehingga mencapai kemerdekaan.

"Apa yang berlaku, ada golongan tertentu mengambil bahagian tertentu dan mempolitikkan untuk kepentingan politik peribadi," katanya.

interlok gapena crowdSeramai 60 orang hadir dalam perhimpunan ini bagi membantah tindakan mempolitikkan Interlok dan membakar karya agung itu sebelum ini.

Mereka yang terdiri daripada tidak kurang 30 NGO dan persatuan penulis dari seluruh negara yang sesetengahnya bernaung di bawah Gapena.

Pecat Murugiah!

Pada satu ketika, majlis hari ini panas apabila, ketua satu, Persatuan Penulis Johor, Amiruddin Mat Ali bangkit dan mendesak Timbalan Menteri, Datuk T Murugiah melepaskan jawatannya sebagai ahli dewan negera kerana mencampuri "urusan menteri pelajaran" dalam isu ini.

NONE"Ahli dewan negara ada bidang-bidang khususnya, bukan mencampuri urusan orang lain," katanya.

Namun kata Amiruddin, mereka tidak akan terikut-ikut dengan membakar gambar Murugiah dan mereka yang menyokong Interlok diharamkan.

"Dia baru sahaja sertai MIC setelah dihalau oleh PPP dan mahu publisiti untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

"Jadi dia mempolitikan isu ini untuk dapatkan sokongan. Dia pernah diminta letak jawatan dalam PPP, sekrang kita minta dia letak jawatan senator dan kabinet,” katanya.

Turut hadir adalah timbalan ketua II Gapena, Datuk Abdul Latif Bakar dan pelakon Abu Bakar Omar.

NONEAbu Bakar pula mahu filem dan drama Tamil serta Hindi diharamkan jika masyarakat India mendakwa Interlok tidak mewakiili gambaran Malaysia yang sebenar.

"Kebanyakan drama dan filem yang dihasilkan dari India adalah fiksyen dan tidak mewakili masyarakat di negara ini, jadi ia juga sepatutnya diharamkan.

"Filem dan drama seumpama itu juga mesti dihentikan daripada dibenarkan masuk ke negara ini,” katanya dengan berang.

Lapan resolusi

Pada perhimpunan petang ini, semua anggota NGO yang hadir bersepakat memperakui Interlok sebagai sebuah karya yang mempunyai intergriti.

NONESehubungan itu, mereka telah meluluskan lapan resolusi bersama. Antaranya menolak sebarang tuduhan bahawa Interlok adalah sebuah novel yang menghina masyarakat India.

Mereka juga menolak sebarang cadangan untuk menarik balik penggunaan Interlok sebagai buku teks sastera di sekolah menengah serta membantah sekeras-kerasnya sebarang cadangan untuk meminda mana-mana teks dalan novel tersebut.

Borhan Md Zain pro interlok eventMereka juga menuntut individu yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan tetapi mempolitikkan Interlok dipecat kerana mencetuskan salah sangka, pra sangka dan pergolakan antara kaum.

Mereka juga mahu menteri di kementerian dalam negeri bertindak tegas terhadap sebarang usaha dan perebutan yang mencabar keamanan dan ketenteraman awam.

Resolusi itu dibacakan oleh ketua media Gapena Borhan Md Zain (atas, kiri) dan majlis berakhir jam 4 petang.

http://malaysiakini.com/news/153511

Thursday, December 25, 2008

Isu PPSMI: Pemuda PAS sokong Gapena ambil tindakan undang-undang


Rabu Disember 24, 2008

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB



PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini menyokong tindakan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia sekiranya meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.


Ketua Penerangan DPP, Suhaizan Kaiat berkata, tindakan Gapena untuk mengambil tindakan itu amat wajar kerana sudah sampai masanya individu dan badan bukan kerajaan (NGO) memperkukuh hubungan, merangka pelan tindakan bersama dan melangkah tahap kedua bantahan ini.


"Sebelum ini Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, seorang peguam kanan telah menyatakan bahawa pelaksanaan Pengjaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bercanggah denagn undang-undang negara.


"Kementerian Pelajaran telah menganjurkan persidangan meja bulat kononnya untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak. Malangnya tujuh pilihan yang dirumuskan pada 16 Disember lalu itu kabur dan mengelirukan sehingga menyusahkan ibu bapa dan para pelajar selepas ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini.


Beliau berkata, beratus-ratus bantahan juga telah dibuat melalui persidangan dan kenyataan media daripada pelbagai golongan dan ramai individu. Bagaimanapun, kerajaan khususnya Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak langsung menunjukkan langkah positif ke arah mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.


Suhaizan berkata, PAS sangat tegas dalam memperjuangkan isu bahasa Melayu ini termasuk telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Januari 2006 yang mana kes itu kini masih berjalan.


"Bagi mengajar orang-orang politik, pendekatan sekadar bantahan tidak menggugat undi mereka dalam pilihan raya umum atau pemilihan dalam perhimpunan agung parti mereka, selagi itulah mereka tidak berganjak.


"Bagaimanapun, mereka cukup cemas jika ada individu dan NGO yang yang berani," katanya.


Beliau berkata, tidak mustahil Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan bagi mereka yang membantah PPSMI kerana tindakan ini boleh menggugat kerajaan.


"Selain itu, kerajaan akan menggunakan semua kekuatan media dan akta-aktanya untuk menekan para pejuang ini," katanya.


Gapena semalam memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan PPSMI ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.


Mereka sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek itu kepada bahasa Melayu dan bersedia membawa perkara ini ke mahkamah.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/24/mstar_berita/20081224162137&sec=mstar_berita

Gapena beri kerajaan tempoh sehingga 31 Disember

Rabu Disember 24, 2008

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.


Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.


"Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi. Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya pada pemberita selepas majlis makan malam Gapena bersama media, di sini, malam tadi.


Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran keduadua subjek itu kepada bahasa Melayu.


"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.


Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.


Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/24/mstar_berita/20081224130709&sec=mstar_berita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...