| Feb 3, 09 11:15am |
| Raja, sebagai Ketua Negeri dan Negara, perlu bersifat tidak memihak, berpartisan dan berkepentingan bagi menjamin berlakunya keadilan di kalangan rakyat, titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah. Titah baginda: "Selaku Ketua Negeri di peringkat negeri dan Ketua Negara di peringkat nasional, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan (dan) payung penyatuan, lapor Bernama. Raja Nazrin Shah bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan khas Darjah Kebesaran Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak yang ke 34 di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini. Pada istiadat hari ini, seramai 25 individu yang telah banyak berjasa dan memberi khidmat setia kepada Sultan Perak menerima darjah khas, Darjah Kebesaran Dato' Seri Azlanii (D.S.A) yang membawa gelaran Datuk Seri, yang diwujudkan sempena 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak. Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun. Raja Nazrin bertitah sebagai ketua negeri dan negara, seseorang raja itu perlu sentiasa memastikan agar kata dan laku baginda tidak disalah tafsir dan tidak disalah lihat. Baginda juga bertitah kuasa yang diamanahkan oleh Allah s.w.t itu perlu disertai dengan tanggungjawab kerana ia akan dinilai pada hari kebangkitan. "Oleh itu kuasa hendaklah digunakan untuk melaksanakan amalan-amalan yang baik. Bahawa kemuliaan dan kehormatan, darjat dan daulat seseorang Raja itu tidakkan pipis datang melayang, tidakkan bulat datang menggolek," titah baginda. Titah baginda kemuliaan yang sejati itu lahir daripada rasa hormat yang tulen, yang terpancar daripada rasa kasih yang suci, atas sifat keperibadian murni seseorang insan dan bukannya terletak pada pangkat, jawatan, gelaran mahupun takhta. Menyentuh Ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah, Raja Nazrin bertitah ayahanda baginda nyata memahami "denyut nadi dan jantung rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan budaya, yang berada di bawah payung naungan pemerintahan baginda." "Ketinggian takhta tidak pernah memisahkan ingatan Paduka Seri Ayahanda akan nasib rakyat bawahan; pagar istana tidak pernah menghalang pandangan Paduka Seri Ayahanda melihat realiti yang berlaku di serata negeri. "Sepanjang tempoh pemerintahan, Paduka Seri Ayahanda senantiasa berpegang kepada prinsip keadilan berlandaskan kedaulatan undang-undang, mementingkan perpaduan – mementingkan kerjasama, mengutamakan permuafakatan – mengutamakan perundingan," titah baginda. Raja Nazrin bertitah sepanjang tempoh 25 tahun berada di takhta pemerintahan, Sultan Azlan Shah tidak sekadar mewarisi institusi kesultanan dan budaya berkerajaan di bumi ini, malah telah memberikan dimensi yang dinamik akan relevansi kewujudannya dalam era moden dunia semasa. "Paduka Seri Ayahanda telah membuktikan bahawa institusi Raja yang terus dikekalkan, pada mulanya di Persekutuan Tanah Melayu, kemudiannya di bumi Malaysia merdeka, bukan sekadar untuk meneruskan kesinambungan tamadun, bukan sekadar untuk melengkapkan nilai sejarah dan bukan sekadar untuk memenuhi nilai sentimental bangsa, malah institusi Raja itu berupaya menyuntik roh, membentuk wajah, meletakkan identiti, terutamanya, lambang mengekalkan warisan sejarah kerajaan Melayu di bumi ini, " titah baginda. Raja Nazrin bertitah sepanjang tempoh 471 tahun sejarah Kesultanan Perak yang bermula dengan Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1528, Sultan Azlan Shah merupakan Sultan Perak keempat, yang bersemayam di takhta pemerintahan, melepasi tempoh 25 tahun. "Sebelum ini, Sultan Perak kedua, Paduka Seri Sultan Mansur Shah I, bersemayam di takhta Kerajaan selama 28 tahun (1549 – 1577), Sultan Perak ke 11, Paduka Seri Sultan Mahmud Iskandar Shah bersemayam di takhta Kerajaan selama 67 tahun (1653 – 1720) dan Sultan Perak ke 29, Paduka Seri Sultan Idris Murshidul ‘Adzam Shah I, bersemayam di takhta pemerintahan selama 29 tahun (1887 – 1916)," titah baginda. http://www1.malaysiakini.com/news/97455 |
Saturday, February 7, 2009
Nazrin: Raja perlu tidak memihak dan berkepentingan
PM tegur jabatan k'jaan susahkan syarikat....
| Jimadie Shah Othman | Feb 3, 09 10:46am |
| Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegur sikap sesetengah kerajaan jabatan kerajaan yang lambat menyambung kerja-kerja kontrak dengan syarikat swasta. Abdullah, kelewatan itu menyebabkan syarikat terbabit - ada antaranya menunggu sehingga tiga bulan - datang sendiri bagi memohon meneruskan perkhidmatan mereka dengan kerajaan. "Banyak kali datang jumpa, keluar ya, ya, ya... kemudian ya, ya, ya.... Orang Melayu kata, ya tak ada titik... kata orang tua-tua. Maknanya, orang kata, ya tu tak jadi," katanya ketika menyampaikan ucapan bulanan Perdana Menteri kepada pegawai-pegawai kerajaan di Dataran Perdana di Putrajaya pagi ini. Timbalannya Datuk Seri Najib Razak turut hadir. Abdullah berkata, aduan-aduan yang dibuat berkaitan kelewatan itu ada yang sampai kepada pihak atasan, termasuk beliau dan timbalannya sendiri. "Apabila pihak yang berkenaan buat aduan kepada orang atasan, kadang-kadang sampailah kepada saya atau Datuk Seri Najib. "Bila perkara-perkara itu dibawa ke atas, timbullah rasa tak senang hati, marah pulak, kecik hati pula. Mereka kata dah kenal orang atas, ada kabel besarlah," kata Abdullah. Sehubungan itu, dalam ucapan ringkas kira-kira sepuluh minit itu, perdana menteri menyeru amalan itu diperbaiki. Manakala pihak syarikat terbabit hendaklah meneruskan kerja-kerja mereka seperti biasa kerana "pembaharuan (kontrak) akan tiba", tambahnya. Beliau bagaimanapun berkata, agak lega kerana menurutnya sekarang sudah ada peningkatan. http://www1.malaysiakini.com/news/97449 |
Exco Perak: Tidak timbul kami keluar PKR
| Jimadie Shah Othman | Feb 2, 09 4:03pm |
Dua exco kerajaan Perak - yang menimbulkan kegemparan susulan desas-desus akan melompat kepada BN - hari ini menafikan keluar PKR. Dalam dua sidang media berasingan, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu menyatakan mereka berdua akan bertugas seperti biasa dan "tidak timbul telah melompat parti." Jamaluddin juga menafikan beliau menghilangkan diri sejak pertengahan minggu lalu dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang. Dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media di sebuah hotel dekat dengan lapangan antarabangsa KLIA, wakil rakyat itu berkata beliau mengambil cuti sakit selama tiga hari mulai 28 Januari. "Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya dan tanggungjawab saya seperti biasa dan tidak timbul isu kononnya saya telah bertukar parti," katanya. Menurut Firdaus, bosnya itu "bukan menghilangkan diri, (dan) bukan dilarikan." "Kita sudah hantar MC (surat sakit) kepada kerajaan negeri dan sepatutnya kerajaan negeri maklum tentang perkara ini," katanya. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin pernah bercadang membuat laporan polis berhubung kehilangan Jamaluddin dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. "Saya masih berkhidmat sebagai wakil rakyat seperti biasa dan sehingga kini tidak timbul soal saya telah melompat parti," kata Osman melalui Puzi Ghazali. Dalam sidang media itu, Firdaus berkata Jamaluddin kini sedang dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur. Pegawai itu bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi Jamaluddin di negeri itu. Beliau bagaimanapun menafikan wakil rakyat PKR itu bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung desas-desus melompat parti kepada BN. Sabtu lalu, desas-desus bertiup kencang bahawa Jamaluddin bersama Osman berada di Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di kediamannya di Pekan. Mengulas sama ada Jamaluddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan peletakan jawatannya, Firdaus berkata mereka sedang merujuk peguam. Tarikh tindakan itu akan diambil bagaimanapun tidak dinyatakan. Beliau juga tidak tahu sama ada Jamaluddin tampil membuat laporan polis berhubung perkata itu. "Pagi ini saya tidak ada bersama dia," katanya. Ditanya sama ada Jamaluddin akan membuat keputusan keluar PKR dan menjadi bebas, Firdaus hanya menjawab ringkas: "Sampai hari ini masih ahli PKR." Katanya, Jamaluddin mengambil inisiatif mengadakan sidang akhbar itu bagi "menjawab benda yang tidak benar." Lebih kurang 50 wartawan menghadiri sidang media kira-kira lima minit itu. Bagaimanapun, sebahagian daripada mereka terlepas apabila menjangkakan ia bermula jam 4 petang. Sidang media exco itu ditunggu-tunggu kerana Jamaluddin dijangka hadir sendiri menjelaskan pendiriannya apabila beberapa hari tidak dapat dihubungi dan PKR bimbang beliau akan melompat kepada BN. Berikut adalah kenyataan penuh beliau: Merujuk kepada laporan media semalam yang menyatakan saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Unangan Negeri (Adun) kawasan Behrang. Sukacita saya sekai lagi ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana saya masih berkhidmat sebagai wakil rakyat dan sehingga kini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melepaskan jawatan setelah dipilih oleh rakyat. Berhubung dakwaan bahawa saya telah menghilangkan diri kerana mahu melompat parti, suka saya menjelaskan bahawa saya tidak pernah menghilangkan atau melarikan diri daripada mana-mana pihak. Sebaliknya, ingin saya jelaskan bahawa saya telah bercuti dari 28 Januari hingga 30 Januari 2009 kerana sakit. Pada 31 Januari 2009 hingga 1 Februari 2009 pula adalah cuti hujung minggu dan tempoh tersebut digunakan oleh saya untuk berehat. Bagaimanapun, laporan berita semalam yang kononnya saya telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai wakil rakyat benar-benar mengejutkan saya. Dalam hubungan ini, adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak berasas sama sekali. Lebih-lebih lagi saya sendiri semalam tidak berada di Perak, apatah lagi untuk menghantar sendiri surat peletakan jawatan saya ke rumah beliau. Kenyataan tuan Speaker tersebut benar-benar mengejut saya dan telah menimbulkan kekeliruan dan kegemparan di seluruh negara sedangkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya dan tanggungjawab saya seperti biasa dan tidak timbul isu kononnya saya telah bertukar parti. Saya berharap penjelasan ini akan menghuraikan kekeliruan yang ada dan saya berharap pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak benar demi kepentingan politik pihak tertentu. Yang benar, YB Jamaluddin Mohd Radzi 2 Februari 2009 http://www1.malaysiakini.com/news/97421 |
Osman akan 'timbul' sehari dua lagi...
| Muda Mohd Noor | Feb 2, 09 4:48pm |
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu akan 'timbul' dua tiga hari lagi, kata seorang wakilnya hari ini. Tengahari tadi, seorang lelaki yang mengaku sebagai wakil Osman, membuat laporan polis bagi menafikan peletakan jawatannya sebagai Adun Changkat Jering. |
Status Adun: SPR putuskan esok
| Feb 2, 09 5:10pm |
| Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok bagi menentukan status dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Perak, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi yang dilaporkan telah meletak jawatan semalam. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan dengan teliti berikutan terdapat percanggahan fakta yang ketara hingga menimbulkan kekeliruan. Katanya, mesyuarat berkenaan akan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk dari sudut perundangan bagi memastikan keputusan yang akan diambil tidak menimbulkan sebarang implikasi, lapor Bernama "Saya masih belum menerima surat peletakan jawatan yang dimaksudkan kerana pejabat masih bercuti (cuti umum Hari Wilayah). Tetapi saya telah dihubungi oleh Pengarah SPR Perak, Ahmad Adli Abdullah yang memaklumkan bahawa beliau telah menerima surat peletakan jawatan kedua-dua Adun berkenaan, dan juga surat penafian peletakan jawatan oleh mereka," katanya kepada Bernama hari ini. Abdul Aziz menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai isu peletakan kedua-dua Adun tersebut yang telah menimbulkan kekecohan hingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak kini seolah-olah berada di hujung tanduk. Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar dalam kenyataan mengumumkan bahawa Adun Behrang, Jamaluddin dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada jam 5.45 petang semalam. Bagaimanapun kedua-dua Adun daripada PKR itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lalu, pada malam tadi menafikan kenyataan speaker DUN Perak bahawa mereka telah meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta. Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan Sivakumar adalah surat yang ditandatangani mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihanraya umum lalu. Menurut Abdul Aziz, mesyuarat tersebut akan diadakan secara tertutup dan pihaknya tidak bercadang untuk membuat hebahan media mengenai perkara itu. "Bagaimanapun saya akan lihat kemungkinan untuk beri kenyataan akhbar mengenai isu ini selepas kita mendapat keputusan," katanya. http://www1.malaysiakini.com/news/97435 |
Umno yakin mampu rampas semula
| Muda Mohd Noor | Feb 2, 09 5:28pm |
| Pemuda Umno Perak yakin parti itu mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering jika diadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi berkenaan. Ketua pergerakan itu, Zainon Fadzi Baharuddin berkata, situasi hari ini tidak sama dengan 8 Mac 2008. "Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, sudah bosan dengan permainan kerajaan negeri yang terlalu mengikut telunjuk kaum lain. "Semakin lama kerajaan sekarang memerintah, orang Melayu menjadi semakin diketepikan," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu, telah meletak jawatan. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang. Zainon Fadzi berkata, pihaknya juga mengalu-alukan kemasukan Jamaluddin dan Osman ke dalam Umno untuk kepentingan orang Melayu di negeri itu. "Tetapi sehingga hari ini saya tidak tahu perkara sebenar mengenai kedua-dua Adun berkenaan. 'Sesuatu yang pelik' "Kita tengoklah apa yang berlaku kepada kedua-dua mereka," katanya. Dalam pilihanraya lalu, Jamaluddin mendapat 6,771 undi menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi. Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperolehi 9,411 mengalahkan penyandang dari BN Datuk Mat Isa Ismail yang memperoleh 8,309 undi. Mengenai dakwaan bahawa kedua-dua Adun tersebut akan menyertai Umno, seorang pemimpin Umno yang tidak mahu namanya disebut berkata: "Sangat pelik, Umno yang mahu membersihkan rasuah, tiba-tiba menerima Adun yang terbabit dengan dakwaan rasuah." Jamaluddin dan Osman menghadapi tuduhan menerima rasuah berhubung kelulusan permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah. Perbicaraan kes berkenaan akan bermula di Mahkamah Sesyen di Ipoh selama tiga ari bermula 10 Februari ini. Tetapi, kata pemimpin tersebut, jika mahu kuasa, Umno perlu menerima mereka sebagai laluan untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri Perak.. Ketika ini, Pakatan Rakyat Perak mempunyai 32 Adun termasuk Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lalu, manakala BN dianggotai 27 DUN. http://www1.malaysiakini.com/news/97437 |
Exco Kedah dakwa diugut sertai BN
| Abdul Rahim Sabri | Feb 2, 09 3:27pm |
Seorang exco kerajaan Kedah daripada PKR pula sedang dipancing untuk melompat kepada BN, termasuk melalui ugutan bersifat jenayah terhadapnya dan pegawai-pegawainya. "Satu laporan polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Adun dan ahli exco kerajaan, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8 Mac, 2008," katanya. "Ia juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. "Kesemua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari PKR kepada Barisan Nasional." Menang atas tiket bebas, Arumugam kemudiannya menyertai PKR sebelum dilantik pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India. Dihubungi Malaysiakini selepas memberikan keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Sungai Petani, beliau hadir bersama peguamnya Saiful Izham Ramli, ahli parlimen PKR Johari Abdul dan 10 penyokong. Menurutnya, seorang pegawai berpangkat inspektor mengambil keterangannya selama 90 minit mulai jam 3 petang selepas membuat aduan jam 12.30 tengah hari. Arumugam berkata setakat ini beliau tidak menerima maklumat ada wakil-wakil rakyat PKR akan menyertai BN. Dalam satu kenyataannya, beliau mendakwa insiden-insiden ugutan jenayah terhadapnya termasuklah: Arumugam juga berkata beliau membuat laporan polis itu susulan perkembangan dua orang exco Perak yang diura-urakan menyertai BN. "Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti," katanya lagi. Beliau menggesa polis segera membuat siasatan terhadap ugutan-ugutan itu yang telah dilaporkannya sejak Mac tahun lepas. "(Tindakan terhadap mereka) semua akan membolehkan saya berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaa Kedah dan Adun tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya," tambahnya. http://www1.malaysiakini.com/news/97413 |
'Najib janji RM50 juta untuk lompat parti'
| Kuek Ser Kuang Keng | Feb 2, 09 3:12pm |
Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.
|
Adun BN tidak pasti sertai PKR
| Muda Mohd Noor | Feb 2, 09 1:07pm |
| Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno yang diura-urakan akan menyertai PKR, Datuk Ahmad Fakeh Adam kini mengambil "sikap tunggu dan lihat" sebelum berbuat demikian. Tambahnya, niatnya untuk menyertai PKR telah mula berkurangan sedikit susulan perkembangan terbaru politik Perak kebelakangan ini. "Kena tengok perkembangan yang sedang berlaku sekarang. "Takut yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Ditelan mati emak, diluah mati ayah," katanya ketika dihubungi Malaysiakinihari ini. Rabu lalu, Ahmad Fakeh yang juga Adun Lintang berkata, beliau berhasrat menyertai PKR dan memerlukan "beberapa hari" untuk membuat keputusan muktamad. Ahmad Fakeh berkata, beberapa Adun lagi dipercayai berminat untuk melompat kepada Pakatan Rakyat. Wakil-wakil rakyat itu dipercayai bekas ketua Umno Beruas, Datuk Hamdi Abu Bakar dan ketua Umno Larut, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar. Menurutnya, kedudukan tidak menentu dua Adun PKR menyebabkan beliau terpaksa mengambil pendirian tunggu dan lihat. Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu dipercayai telah meletakkan jawatan tetapi mereka, yang ingin meninggalkan PKR, menafikannya. Speaker DUN Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri mengenai kekosongan kedua-dua kerusi tersebut. "Tengoklah dulu apa yang berlaku, kita tidak boleh bodohkan diri. Kalau salah tindakan, rakyat salahkan kita," katanya. Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua bahagian Umno Sungai Siput, Oktober lalu, sebelum ini dilaporkan berkata, niat hendak kekal dalam Umno dengan masuk pembangkang "sama banyak". "Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," kata Ahmad Fakeh kepada Malaysiakini baru-baru ini. http://www1.malaysiakini.com/news/97395 |
2 DUN kosong: Speaker Perak serah surat kepada SPR
| Feb 2, 09 10:43am |
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang. Beliau menemui pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini.
Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri. Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak pagi ini. Penafian Difahamkan Jamaluddin dan Osman akan mengadakan sidang akhbar hari ini. Sementara itu, Ahmad Adli yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan menerima surat itu dan akan menyerahkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk tindakan selanjutnya. Bernama juga melaporkan Nizar yang keluar dari kawasan dengan menaiki kereta rasmi barunya Toyota Camry bernombor plet AGS 10, hanya mengucapkan 'terima kasih, kita jumpa pada lain kali' kepada seorang jurugambar yang merakamkan gambarnya yang sedang melambai tangan kepada pihak media. Jamaluddin dan Osman menghadapi tuduhan menerima rasuah berhubung kelulusan ermohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah. Perbicaraan kes berkenaan akan bermula di Mahkamah Sesyen di Ipoh selama tiga ari bermula 10 Februari ini. Ketika ini, Pakatan Rakyat Perak mempunyai 32 Adun termasuk Adun Bota, atuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lalu, manakala BN dianggotai 27 DUN. |
PKR: Jamaluddin, Osman masih Adun kami
| Feb 2, 09 1:52pm |
| Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu yang "hilang" sejak Isnin lalu sebagai wakil rakyat parti itu. Pengerusi PKR Perak Osman Abdul Rahman berkata kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti. Jamaluddin dan Mohd Osman "hilang" sejak Isnin lepas dan semalam Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah meminta mereka supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak. Osman berkata usaha menghubungi kedua-dua Adun berkenaan sehingga kini masih gagal. Lewat petang semalam, Speaker DUN Perak V Sivakumar mengumumkan Jamaluddin dan Osman telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Adun sebelum kedua-dua mereka muncul membuat penafian melalui media. Jamaluddin, 52, adalah pengerusi jawatankuasa pembangunan usahawan, koperasi, pertanian dan perladangan manakala Osman, 57, adalah pengerusi jawatankuasa pelancongan, pembangunan insan dan pertubuhan bukan kerajaan dan kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Semalam, Jamaluddin turut berkata beliau dan Osman masih Adun PKR dan tidak pernah membuat pengumuman menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Umno. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dianggotai PAS, DAP dan PKR kini mempunyai 32 kerusi dengan DAP (18) PKR (lapan) dan PAS (enam) manakala Barisan Nasional 27 kerusi. Dalam pilihanraya umum Mac 2008, BN menang 28 kerusi tetapi Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR minggu lalu. Dalam pilihanraya lepas, Jamaluddin mendapat 6,771 undi menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi. Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperolehi 9,411 mengalahkan penyandang dari BN Datuk Mat Isa Ismail yang memperoleh 8,309 undi. http://www1.malaysiakini.com/news/97403 |
Wakil Osman buat laporan polis
| Feb 2, 09 2:13pm |
| Seorang lelaki yang mengaku sebagai wakil Kapten (B) Mohd Osman Jailu membuat laporan polis bagi menafikan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Perak. Aduan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi dilaporkan dibuat oleh Mohd Farizal Umar di balai polis Seksyen 11, Shah Alam. Mereka turut mencabar kesahihan surat-surat peletakan jawatan itu. Sebaliknya, kata mereka, ia merupakan surat tidak bertarikh yang mana beliau dan enam lagi Adun PKR diminta tandatangani sejurus selepas memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaludin yang mengesahkan laporan itu berkata, aduannya antara lain menyebut laporan berita sebuah stesen TV malam tadi mengenai pengumuman Speaker DUN Perak V Sivakumar yang kedua-duanya sudah menghantar surat peletakan jawatannya adalah "satu pembohongan dan bertujuan mengelirukan orang ramai". Sementara itu, petang ini, wakil Adun itu, Puzi Ghazali berkata beliau sedar ada pihak yang membuat laporan polis, tetapi "bukan YB yang buat". http://www1.malaysiakini.com/news/97406 |
Anwar tempelak PM 'kongkalikong'
| Feb 2, 09 11:51am |
PKR menempelak perdana menteri yang mengalu-alukan penyertaan dua exco kerajaan Perak bersama BN dengan alasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menganggap usaha lompat parti sebagai "tidak bermoral." |
Hee terkilan dengan kenyataan Guan Eng
| Kuek Ser Kuang Keng | Feb 2, 09 1:21pm |
| Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Jelapang, Hee Yit Fong menuntut supaya setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng memohon maaf kerana membuat kenyataan bahawa kerusi mana-mana wakil rakyat dari parti itu yang hilang lebih daripada 24 jam tanpa alasan, akan dikosongkan. Hee yang tidak senang dengan kenyataan tersebut, turut dilaporkan telah 'hilang' sekejab semalam, dan sekaligus mencetuskan spekulasi yang beliau juga akan melompat menyertai Barisan Nasional (BN). "Saya tidak faham bagaimana pandangan beliau mengenai ahli-ahli dewan undangan negeri. Kenyataan itu tidak adil pada saya. Biasanya, masalah dalaman parti akan diselesaikan di kalangan ahli, bukan melalui kenyataan terbuka," kata Hee. Hee menyifatkan kenyataan Lim itu sebagai "amat mengecewanya", kerana beliau taat kepada DAP sejak 20 tahun lalu. Hee menjelaskan, beliau berada di rumahnya di Ipoh sepanjang hari semalam, dan hanya keluar rumah dari jam 3 petang hingga 6 petang. Katanya, beliau telah menutup telefon bimbitnya kerana 'tidak sihat', yang menurutnya, juga menjadi sebab mengapa beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin. "Saya tinggal di Ipoh, tetapi tidak seorang pun orang parti yang datang mencari saya (di rumah). Mereka boleh menghubungi suami saya, tetapi tidak seorangpun yang berbuat demikian. (Jadi) saya fikir semuanya baik," kata Hee yang juga timbalan speaker DUN Perak. Walaupun mengulangi bahawa beliau tidak pernah berniat untuk melompat menyertai BN atau meninggalkan DAP, tetapi Hee menyuarakan keraguan mengenai masa depannya. "Saya mahu kekal, tetapi adakah mereka akan menyingkirkan saya? Ini bukan hari pertama saya dalam DAP, dan saya akan amat keberatan untuk meninggalkan parti," katanya. Bagaimanapun, cakap-cakap mengenai Hee melompat menyertai MCA, bukanlah sesuatu yang baru. Spekulasi mengenainya bermula sejak Mei lalu, tetapi beliau masih kekal bersama parti itu. Memang menjadi rahsia umum bahawa Hee tidak sehaluan dengan pemimpin-pemimpin DAP Perak, terutama pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Ming. http://www1.malaysiakini.com/news/97399 |
Penyokong Pakatan enggan beredar
KUALA KANGSAR: Sebahagian besar penunjuk perasaan yang berhimpun di pekarangan Masjid Ubudiah masih enggan bersurai walaupun diarahkan berbuat demikian oleh salah seorang ahli jawatankuasa Pas Perak.
Sebahagian besar daripada mereka masih berkumpul di kawasan itu sambil melaungkan protes terhadap majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah. - Utusan
Enggan bersurai walaupun diarahkan berbuat demikian oleh salah seorang ahli jawatankuasa Pas Perak.
Kerajaan haram - Nik Aziz
KB: Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.
"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
"Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Petang ini Zambry dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Manakala barisan Exco kerajaan negeri yang baru pula dijadual dilantik 10 Feb ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia.
Oleh itu beliau mempertahankan tindakan Dato' Seri Nizar Jamaluddin memohon kepada sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi ruang rakyat menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang.
"Saya menyokong penuh usaha yang dibuat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tidak ada jalan lain lagi untuk keluar daripada kemelut tersebut melainkan diadakan pilihan raya semula.
"Saya juga menafikan dakwaan sebuah stesen televisyen yang mengatakan saya menyokong tindakan istana Perak memecat Nizar. Kenyataan saya semalam sengaja diputar belit," ujarnya.
Ditanya tindakan Sultan Perak enggan membubarkan Dun dan tetap mahu melantik Menteri Besar baru daripada BN, katanya hak itu terpulang kepada pihak terbabit.
Bagaimanapun katanya, isu berkenaan tidak akan selesai dengan mudah tanpa diberi semula mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan mana yang layak mentadbir.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat yakin kemelut yang melanda Perak sekarang tidak ada penghujungnya tanpa diserah semula mandat kepada rakyat.
Sementara itu, difahamkan tokoh agama ternama di Perak juga menyifatkan kerajaan baru yang diketuai Umno sebagai tidak sah dan haram. / Harakah
Tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia
Terkini: Zambry sah jadi MB Perak ke-11, Pakatan tumbang
KUALA KANGSAR: Perak mempunyai Menteri Besar baru hari ini apabila Adun Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balai Istiadat Istana Iskandariah, di sini, tepat jam 4 petang tadi.
Turut mengiringi baginda, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah serta Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
BERITA SEBELUMNYA
KUALA KANGSAR: Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebentar lagi.
Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor semalam diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam
Sementara itu, ribuan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di luar istana membantah upacara tersebut.
Najib turut lepas masuk istana
Datuk Seri Najib Razak masuk ke Istana Iskandariah, dengan diiring kenderaan keselamatan
Sultan, Zambry akhirnya berjaya masuk Istana Iskandariah untuk upacara angkat sumpah
IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah akhirnya berjaya memasuki Istana Iskandariah pada pukul 3.10 petang selepas Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal lalu lintas ekoran adanya perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah.
Pada pukul 3.15 petang pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) dilihat melepasi kawasan perhimpunan haram itu menghala ke istana untuk menghadiri upacara angkat sumpah. / Utusan
Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) dilihat melepasi kawasan perhimpunan
Keadaan kembali tenang, demonstran bersurai
Malaysiakini melaporkan tiada lagi penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah.
Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.
Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.
Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak.
Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.
BERITA SEBELUMNYA
Terkini: FRU sembur gas surai kemaraan ribuan penyokong serbu Istana Iskandariah
KUALA KANGSAR: Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menghalang kemaraan ribuan penyokong pembangkang menuju ke Istana Iskandariah bagi menghalang upacara angkat sumpah Menteri Besar yang baru.
Kebanyakan mereka lari bertempiaran menghala semula ke Masjid Ubudiah bagi menyelamatkan diri.
Sehingga kini mereka masih berhimpun di hadapan masjid tersebut sambil memegang kain rentang dan berteriak bagi menghalang upacara tersebut.
Beberapa minit selepas itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa sekali lagi melepaskan gas pemedih mata apabila penyokong pembangkang yang berhimpun di atas jalan raya di hadapan Masjid Ubudiah enggan bersurai.
Anggota-anggota FRU terpaksa turun ke jalan raya bagi mengarahkan mereka mengosongkan jalan tersebut, ia bagi membolehkan kenderaan orang kenamaan menghala ke Istana Iskandariah bagi upacara angkat sumpah.
Tindakan tegas FRU itu, akhirnya sedikit demi sedikit membolehkan kenderaan boleh melalui jalan tersebut.
Malaysiakini pula melaporkan kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.
Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.
Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.
Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.
Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.
Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.
Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis. / Utusan, Malaysiakini, Foto: Blog Cina Islam
Penyokong baring dijalan raya. Pemimpin PAS arah para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur
Silakan bawa ke mahkamah jika tak puas hati dengan keputusan baginda - Najib
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak boleh berbuat apa-apa terhadap penentangan pakatan pembangkang kerana keputusan pembentukan semula kerajaan negeri itu telah diputuskan oleh baginda. / Utusan
Barisan Nasional (BN) tidak boleh berbuat apa-apa terhadap penentangan pakatan pembangkang kerana keputusan pembentukan semula kerajaan negeri itu telah diputuskan oleh baginda
Tidak mustahil semangat Perak berjangkit ke 4 lagi negeri - Pemuda Umno
KETUA Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, angin perubahan yang telah melanda Perak tidak mustahil akan berlaku di empat negeri lain yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, hal itu adalah disebabkan sikap pemimpin parti pembangkang yang hanya memikirkan soal politik berbanding melaksanakan amanah rakyat yang memilih mereka semasa pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selepas hampir setahun diberi mandat memerintah lima negeri, Pakatan Rakyat lebih banyak memberi tumpuan memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai mereka tetapi lupa tanggungjawab membela rakyat.
"Inilah akibatnya apabila hanya memikirkan politik semata-mata. Rakyat memberi kepercayaan untuk membela nasib mereka, tetapi amanah itu tidak ditunaikan kerana mereka hanya memikirkan cara hendak memujuk wakil rakyat BN melompat parti.
"Saya percaya, keadaan ini juga boleh berlaku di Selangor, Kedah, Pulau Pinang malah tidak mustahil Kelantan, kerana pemimpin mereka hanya memikirkan politik saja," katanya di di Kluang, semalam.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengingatkan wakil rakyat BN, bahawa apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat di Perak itu juga boleh berlaku kepada BN, jika mereka tidak berhati-hati dan mengabaikan tanggungjawab.
Sementara itu, Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata krisis itu menjadi titik permulaan angin perubahan dan tidak mustahil akan turut berlaku di beberapa negeri lain yang ditadbir Pakatan Rakyat.
"Semua ini membuktikan BN dan Umno masih relevan untuk memerintah dan saya harap ia akan menjadi titik permulaan untuk turut membawa perubahan di negeri yang dikuasai pembangkang khasnya Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
"Ia juga menjadi iktibar dan petanda jelas yang perlu diambil perhatian oleh semua ahli dan pemimpin BN bahawa negeri diperintah pembangkang masih boleh diambil semula oleh BN," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini.
Abdul Azeez juga berkata, perkembangan yang berlaku di Perak juga harus dimanfaatkan oleh parti komponen BN khasnya sayap Pemuda.
Isi surat Nizar yang diutus ke Istana
5 Februari 2009
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampuan Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampuan Tuanku,
MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan
Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.
Ampuan Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampuan Tuanku,
Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampuan Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal 'Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
Daulat Tuanku
Krisis politik: Sultan Perak perlu guna kuasa simpanan
KUALA LUMPUR: Sultan Perak perlu menggunakan kuasa simpanan bagi menyelesaikan krisis politik yang kini melanda negeri itu.
Sehingga malam ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun jawatan itu kini secara rasminya telah disandang oleh Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir atas keyakinan yang beliau masih sah memegang jawatan itu di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kedudukan pada masa ini berada dalam keadaan Perlembagaan tidak 'berkata' apa-apa dan tidak menawarkan apa-apa bagi menangani krisis yang berlaku.
"Dalam kes seperti ini, Sultan perlu menggunakan kuasa-kuasa simpanan yang ada padanya. "Menang benar kuasa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan tetapi dalam menangani krisis seperti ini Sultan mempunyai kuasa, katanya kepada Bernama, hari ini. Beliau menjelaskan, ada dua cara Sultan boleh bertindak dan satu daripadanya adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar.
"Satu cara lagi adalah Sultan membatalkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan dewan undangan negeri," katanya.
Beliau berkata, krisis itu boleh berlanjutan selama mana Mohammmad Nizar enggan untuk mengosongkan jawatannya yang boleh menimbulkan persoalan berhubung kesahan kerajaan baru.
Sementara itu, bekas Dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Tun Abdul Razak, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid berkata, pemimpin yang matang tidak akan kembali ke zaman gasar semata-mata apabila berdepan dengan krisis. Sebaliknya, kata beliau, pemimpin yang bijaksana akan berpegang kepada prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam Rukun Negara dan Perlembagaan dengan mengekalkan budaya tinggi dan halus ketika menyelesaikan krisis tersebut.
"Apa yang dimaksudkan sebagai budaya tinggi dan halus ini termasuklah taat setia kepada raja dan cinta kepada negara," katanya.
Menyifatkan situasi politik di Perak sebagai 'krisis kecil' dan sebahagian daripada proses kematangan politik tanah air, Dr Ibrahim berkata pada akhirnya hanya pemimpin yang sedemikian akan disanjung rakyat.
"Jika pemimpin dan pasukan pemimpin ini bijak, maka rakyat juga akan menjadi bijak, dan saya yakin semua pihak yang terlibat akan belajar sesuatu daripada krisis ini dan akhirnya menjadi lebih matang," katanya.
Bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berpandangan, pembuat undang-undang yang tidak menghormati undang-undang tidak layak berada di dalam dewan yang menggubal undang-undang. "Sultan adalah pemerintah tertinggi sesebuah negeri, dan apa yang dilakukan Pakatan Rakyat ini kalau ikut budaya politik Melayu adalah satu penderhakaan yang tidak boleh diampun," katanya.
Beliau juga berpendapat golongan seperti itu wajar dihukum.
"Kita mesti menuntut mereka yang mengetepikan perintah diraja, adat-istiadat Dewan Undangan Negeri, yang memperlekeh raja, supaya dihukum.
"Barangkali dalam Perlembagaan tidak ada, tetapi daripada segi konvensyen dan istiadat perundangan orang-orang seperti ini mesti dihalang daripada hadir ke (persidangan) Dewan untuk tempoh tertentu," katanya.
Pakatan fail saman cabar pelantikan MB Perak
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru dari Barisan Nasional (BN).
Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan panel peguam daripada tiga parti komponen Pakatan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan mengkaji tindakan saman tersebut.
Anwar berkata, Pakatan berpendirian bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.
"Keputusan Pakatan Rakyat adalah untuk mempertikaikan kesahihan pelantikan Menteri Besar baru dan kami anggap ia tidak sah," katanya.
"Seterusnya sekarang, di Perak ada dua Menteri Besar...seorang yang sah yang dipilih pada pilihan raya umum lalu dan seorang lagi yang tidak sah yang mengangkat sumpah hari ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini yang berhasrat memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Anwar berkata, hal tersebut turut dipertimbangkan.
"Kita ambil kira pandangan Karpal. Bagaimanapun, kita minta supaya panel yang kita lantik ini melihat semula setiap cadangan yang dikemukakan," katanya.
Dalam pada itu Anwar turut mengutuk tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya cuba mengambilalih pentadbiran negeri Perak dengan cara rampasan kuasa.
"Kita kutuk cara BN dan Umno yang sungguh biadap terutamanya ketika melayan Datuk Seri Mohammad Nizar semasa beliau ke pejabatnya pagi tadi.
"Semua barangan beliau telah dirampas dari pejabat beliau," katanya.
Selain itu Anwar berkata isu Nizar yang dikatakan derhaka kepada Sultan Perak kerana enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar seperti yang disebarkan melalui media sengaja dibangkitkan oleh BN.
"Datuk Seri Mohammad Nizar tidak derhaka, sebaliknya beliau hanya tunduk kepada perlembagaan dan undang-undang dan tidak pernah berhasrat untuk bertindak derhaka kepada sultan," katanya.
Tegasnya Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa tidak ada peruntukan untuk memaksa seorang Menteri Besar untuk meletakkan jawatan.
Jelas beliau, Pakatan Rakyat juga akan memohon perkenan Sultan Perak untuk mempertimbangkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi diadakan pilihan raya negeri.
"Sekarang ada 28 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pakatan, 28 BN dan tiga telah di keluarkan daripada Dewan atas arahan Speaker.
"Jadi tak ada sebab untuk Menteri Besar letak jawatan kerana jadi pilihan raya harus diadakan," katanya.
Anwar turut mendakwa Umno dan BN takut untuk berhadapan dengan keputusan rakyat sebaliknya telah melibatkan institusi diraja untuk kepentingan politik mereka.
"Mereka tak boleh berhadapan dengan rakyat, gunakan sultan untuk kepentingan mereka.
"Umno gunakan isntitusi raja untuk pertahankan rasuah dan rampasan kuasa.
"Jadi kalau benar Umno ada kekuatan, adakan pilihan raya dan tengok siapa pilihan rakyat," katanya.
Anwar bagaimanapun berkata Umno menolak untuk diadakan pilihan raya kerana tahu implikasi yang bakal dihadapi.
"Mereka takut sebab mereka dah tengok apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
"Tiada peluang untuk mereka menang...hanya yang ada ialah melalui rampasan kuasa," katanya.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/6/mstar_berita/20090206175430&sec=mstar_berita
Friday, February 6, 2009
MB baru angkat sumpah, BN terajui Perak
KUALA KANGSAR: Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (gambar) dari Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak baru - yang ke-11 - di Istana Iskandariah sebentar tadi.
Zambry mengangkat sumpah di sebalik kegawatan politik yang melanda negeri itu sekarang.
Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, wakil Pakatan Rakyat dan PAS, pula sehingga majlis angkat sumpah itu masih menganggap diri beliau sebagai Menteri Besar Perak.
Beliau menerima watikah pelantikan daripada Sultan Azlan Shah seterusnya mengangkat sumpah dalam upacara penuh istiadat yang berlangsung pada pukul 4 petang tadi.
Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor semalam diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.
Dengan pelantikan Zambry itu, Barisan Nasional (BN) hari ini secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat.
Majlis angkat sumpah tersebut berlangsung dalam keadaan Pakatan Rakyat masih enggan menerima hakikat bahawa ia tidak lagi berkuasa di Perak.
Kesemua 28 ADUN Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah hari ini manakala penyokong mereka pula mengadakan demonstrasi di luar Masjid Ubudiah, 300 meter dari istana, dan cuba menimbulkan kekecohan dengan membaling kayu, batu dan botol ke arah polis dan kenderaan yang melalui Jalan Istana.
Pelantikan Zambry merupakan penyelesaian kepada kemelut politik di Perak apabila kerajaan Pakatan Rakyat hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri setelah empat orang anggotanya keluar parti dua hari lepas untuk menyokong BN.
Sultan Perak dalam keputusannya semalam menolak permohonan kerajaan Pakatan Rakyat supaya membubarkan DUN Perak sebaliknya baginda menitahkan supaya Mohammad Nizar serta barisan Exco Kerajaan Negeri pimpinannya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta kerana tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota dewan.
Mengikut Undang-undang tubuh Negeri Perak, jika Mohammad Nizar dan barisan Exco tidak berbuat demikian, jawatanjawatan itu dianggap telah dikosongkan.
Zambry, 47, adalah bekas anggota exco kerajaan negeri selama satu penggal dari tahun 2004 hingga 2008 sebelum Perak jatuh kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.
Berangkat ke istiadat itu adalah Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional negeri turut hadir bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, selain dua bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Zambry lulusan ijazah doktor falsafah dari Temple University Amerika Syarikat dalam bidang politik kontemporari, merupakan seorang penulis yang aktif dan ahli politik pertama negara diberikan tauliah sebagai Leftenan Komander Kehormat Tentera Diraja Laut Malaysia (TLDM).
Majlis mengangkat sumpah barisan Exco Kerajaan Negeri yang baru akan berlangsung di Istana Iskandariah pada 10 pagi Selasa ini.
Zambry mahu utamakan kestabilan, keharmonian kaum
KUALA KANGSAR: Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru hari ini, berkata beliau akan memberi keutamaan kepada mengembalikan kestabilan politik dan keharmonian di negeri itu dengan meningkatkan lagi hubungan antara kaum.
"Saya yakin dengan kematangan rakyat Perak, dan saya lihat mereka mampu mencapai satu peringkat persefahaman politik yang begitu baik berteraskan kehidupan rakyat pelbagai kaum," katanya di sini.
Zambry, 47, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, petang ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke11 di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini.
Graduan bidang ekonomi, politik dan pemikiran Islam itu, berkata beliau yakin rakyat Perak sendiri ingin melihat suasana poltik yang stabil kerana jika ketidakstabilan politik berpanjangan, ianya tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua.
Zambry, anak kelahiran Pulau Pangkor yang menjadi anggota exco kerajaan negeri Perak selama satu penggal dari tahun 2004 hingga 2008, juga berkata dalam keadaan suasana politik apa sekalipun "dengan riuh rendahnya serta jatuh bangunnya, kita dapat mengawalnya bagi memastikan kestabilan wujud di negeri ini". Mengenai keengganan kerajaan Pakatan Rakyat melepaskan kuasa walaupun telah dititahkan oleh Sultan Perak semalam, Zambry berkata : "Saya yakin rakan-rakan saya di pihak pembangkang memahami asas Perlembagaan, termasuklah hal ehwal yang berkaitan kuasa untuk melantik Mb, kuasa untuk membubarkan DUN terletak di bawah bidang kuasa Sultan."
Katanya beliau akan bersikap terbuka dan sedia mendengar teguran dan pandangan, dan akan meneruskan apa yang perlu dalam mentadbir negeri itu.
"Saya masih lagi seorang manusia biasa yang dipertanggungjawabkan dengan satu tugas besar untuk kembalikan keharmonian," katanya. BERNAMA
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/6/mstar_berita/20090206190413&sec=mstar_berita
Exco PKR Kedah tidak 'hilang' - Anwar
PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan desas-desus yang mengatakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, V. Arumugam 'hilang', sebaliknya hanya 'bercuti' untuk beberapa hari.
Beliau berkata Arumugam ada menghubunginya bagi memaklumkan mengenai statusnya ketika ini.
"YB (Yang Berhormat) Arumugam tak hilang, dia ada telefon saya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau itu dikatakan gagal dihubungi hingga wujudnya spekulasi yang mengatakan bahawa beliau berkemungkinan akan lompat parti meninggalkan Pakatan Rakyat.
Anwar memaklumkan tindakan Arumugam menghilangkan diri adalah kerana beliau telah diugut oleh beberapa pemimpin parti politik supaya menyertai mereka.
"Beliau diugut berulang-ulang kali oleh pemimpin-pemimpin tertentu termasuk Barisan Nasional (BN) yang memaksanya supaya masuk MIC," katanya.
Anwar turut memaklumkan bahawa Arumugam telah memfailkan dua laporan polis berhubung ugutan berkenaan.
"Dia dah buat dua laporan polis, tapi oleh kerana tidak ada sebarang tindakan, beliau bersama isteri dan anaknya pergi mencari ketenangan.
"Lepas satu atau dua hari beliau baliklah, tapi dia ada telefon, tak macam orang lain yang hilang tapi tak hubungi kita langsung," katanya.